DARAH TITIK DI
SEMANTAN
BAB 9 & 10
AHLI KUMPULAN:
HESTERA NICHELLE,ADRIANA
BATRISYIA,SITI ARYNA,AHMAD
RYAN
DARI KELAS
2 COMMUNICATOR
Sinopsis
Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad di kubu lubuk Sengarat.Pak
Long Abas datang dengan pakaian untuk berperang. Keris diselir
dipinggangnya, berserta senapang yang tersandang di bahunya. Datuk
Bahaman tiba dengan seutas rantai besi. Diikatnya rantai itu di pangkal pokok
merbau berdarah. Datuk Bahaman memegang rantai besi lalu terjun ke dalam
sungai dan berenang ke seberang. Sampai di seberang terus mengikat itu pada
pangkal pokok jambu air. Datuk Bahaman berenang balik naik ke darat.
Rantai besi itu dijampi.
Apabila mendengar bunyi tabuh, Tuk Muda Bidin dan orang-orangnya akan
merempuh rumah pasung itu dan membunuh semua mata-mata Inggeris.
Zahid dan Samad diarah agar balik makan dahulu dan kembali ke kubu Lubuk
Sengarat untuk menanti ketibaan Inggeris.
Dalam perahu itu ada mayat. Bisik Datuk Bahaman, tentu mayat Ismail. Enam
buah perahu yang lain sedang berpatah balik untuk menangkap Datuk
Bahaman.Apabila senjata tiba, perahu yang memebawa Desborough sampai
ke tempat air berpusing di hilir lubuk. Perahu Desborough cuba bergerak
semula. Apabila bahagian tengah perahu itu bersetentangan dengan rantai
yang tenggelam dalam air,Datuk Bahaman merentap rantai besi sehingga
tegang. Perahu Desborough pun terbalik. Desborough dan orang-orangnya
tercampak ke dalam sungai. Tabuh dibunyikan. Datuk Bahaman memberi
perintah untuk menyerang. Berpuluh-puluh buluh runcing bertaburan
menghujani tempat air berpusing mengenai sasaran. Beberapa orang Inggeris
hilang di olak lubuk. Datuk Bahaman terjun ke dalam air dengan keris
panjangnya. Dia mengejar musuh-musuh yang berpaut pada perahu yang
terlingkup. Kira-kira sejam kemudian, keadaan kembali tenang. Orang-orang
Datuk Bahaman pun pulang ke kubu mereka.
Pada malamnya, di rumah Datuk Bahaman Tuk Muda Bidin berkata bahawa
mereka telah mencapai kemenangan yang besar. Semua mata-mata Inggeris
di rumah pasung tewas kecuali seorang dua yang dapat melarikan diri.
Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh membawa sebanyak
lima hingga enam puluh orang di rumah pasung itu untuk menyerang Bentong pada malam
itu juga
Perang sudah bermula. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, dan Mat Lela bersama empat
hingga lima puluh orang akan berjalan kaki ke Temerloh dan dijangka sampai pada malam
itu juga untuk menyelamatkan mayat Ismail. Zahid, Awang Muhammad, dan Samad pula
akan mengikut Datuk Bahaman ke Kuala Semantan.
Zahid, Samad Awang Muhammad dan Lajis mengikut Datuk Bahaman ke Kuala Semantan.
Mereka tiba di Kuala Semantan sebelum subuh. Datuk Bahaman bergerak ke rumah
pasung. Dia berhenti kira-kira tiga puluh depa daripada rumah pasung itu, lalu membaca
sesuatu. Kemudian, dua orang mata-mata yang berkawal di situ terlentok tidur. Mayat
Ismail kemudian dibawa ke perahu. Datuk Bahaman memerintahkan empat, lima orang
mudik semula ke Lubuk Terua dan mengebumikan mayat Ismail keesokan harinya. Datuk
Bahaman dan orang-orangnya kemudian bergerak ke rumah pasung. Datuk Bahaman dan
Mat Lela masuk ke dalam. Semua mata-mata Inggeris telah dibunuh. Senapang dan peluru
telah dirampas. Mereka kemudian naik perahu menyeberang Sungai Semantan dan terus
ke tanjung dan berehat di situ. Datuk Bahaman mengarahkan orang-orangnya agar jangan
tidur berbaris bagi mengelakkan diri daripada dipukau
BAB 9:
Ada Ubi Ada Batas
Watak Dan Perwatakan
*Zahid
>s>watak utama dalam novel ini.orang yang pandai menentang musuh.
>seorang yang patuh kepada ajaran agama.
>seorang yang berani.
>seorang yang mementingkan semangat setia kawan.
>seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.
*Datuk Bahaman
>orang kaya Semantan
>mempunyai 2 anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad
>pembesar negeri.
>seorang yang bertanggungjawab melaksankan amanah yang dipikul.
>seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran..
>seorang yang berani.
>seorang yang mementingkan kebajikan rakyat.
>seorang yang berpegang pada janji.
*Samad
>Rakan kepada Zahid,Rahman dan Awang Muhammad.
>Pernah ditangkap oleh Pihak Inggeris kerana membawa rotan.
>seorang yang berani.
>seorang yang pandai menyimpan rahsia.
>seorang yang bijaksana mengatur strategi.
>seorang yang mempunyai semangat kerjasama
*Mat Lela
>Umurnya hendak meningkat ke 30 tahun.
>Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad
>Terkena tembakan di peha namun dapat diselamatkan
>seorang yang berfikiran terbuka.
>seorang yang berterus-terang.
*Lajis
>guru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya.
>Baru berkahwin dengan Kak Minah.
>Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia gerakan Inggeris di Kuala Semantan.
>seorang yang mudah bekerjasama apabila dia bermuakat dengan Pak Uda untuk
membina bengkel membuat senjata.
>seorang yang taat pada perintah agama.
*Awang Muhammad
>Rakan Zahid
>Anak bongsu kepada Datuk Bahaman
>Adik kepada Mat Lela
<Turut sama berjuang dengan Datuk Bahaman menentang inggeris
*Rahman
<Rakan Zahid
<Jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman
<Turut sama berjuang dengan Datuk Bahaman menentang inggeris
PERSOALAN BAB 9
~Mendengar Arahan Ketua
Mat Lela,Lajis,Samad,Zahid,Pak Long Abas,Awang Muhammad
dan Rahman menunggu arahan Datuk Bahaman sebelum
menyerang perahu yang membawa Desborough dan mata-
mata inggeris itu
~Semangat cinta akan negara
contohnya Datuk Bahaman dan orang-orangnya sanggup
melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan tanah air
tercinta. Buktinya, apabila dia membunuh 50 orang mata-mata
Inggeris yang dibawa oleh Desborough kerana menganggap
golongan penjajah tidak boleh diberi muka di bumi Semantan.
LATAR TEMPAT
~Kubu Di Lubuk Senggarat,Sungai Semantan,Rumah Pasung
LATAR MASA
~Tengah hari,Malam
LATAR MASYARAKAT
~Masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan tanah air dan
sanggup menentang musuh
Nilai Dan Pengajaran
Kerjasama
-Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu
pekerjaan
contohnya Zahid, Samad, Rahman, dan Awang
Muhammad bersama-sama membina kubu di Teluk
Sengarat.
Patriotisme
Kita mestilah berjiwa patriotisme
contohnya Datuk Bahaman dan orang-orangnya sanggup
melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan tanah air
tercinta.
Bab 10:
Inggeris Mesti
Dikalahkan
Watak Dan Perwatakan
*Datuk Bahaman
>orang kaya Semantan
>mempunyai 2 anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad
>pembesar negeri.
>seorang yang bertanggungjawab melaksankan amanah yang dipikul.
>seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran..
>seorang yang berani.
>seorang yang mementingkan kebajikan rakyat.
>seorang yang berpegang pada janji.
*Zahid
>watak utama dalam novel ini.
>seorang yang pandai menentang musuh.
>seorang yang patuh kepada ajaran agama.
>seorang yang berani.
>seorang yang mementingkan semangat setia kawan.
>seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.
*Samad
>Rakan kepada Zahid,Rahman dan Awang Muhammad.
>Pernah ditangkap oleh Pihak Inggeris kerana membawa rotan.
>seorang yang berani.
>seorang yang pandai menyimpan rahsia.
>seorang yang bijaksana mengatur strategi.
>seorang yang mempunyai semangat kerjasama
*Mat Lela
>Umurnya hendak meningkat ke 30 tahun.
>Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad
>Terkena tembakan di peha namun dapat diselamatkan
>seorang yang berfikiran terbuka.
>seorang yang berterus-terang.
*Lajis
>guru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya.
>Baru berkahwin dengan Kak Minah.
>Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia gerakan Inggeris di Kuala
Semantan.
>seorang yang mudah bekerjasama apabila dia bermuakat dengan Pak
Uda untuk membina bengkel membuat senjata.
>seorang yang taat pada perintah agama.
*Awang Muhammad
>Rakan Zahid
>Anak bongsu kepada Datuk Bahaman
>Adik kepada Mat Lela
<Turut sama berjuang dengan Datuk Bahaman menentang inggeris
*Rahman
<Rakan Zahid
<Jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman
<Turut sama berjuang dengan Datuk Bahaman menentang inggeris
Persoalan
Keberanian untuk menegakkan keadilan
-contohnya Datuk Bahaman berani menentang penjajah
Inggeris walaupun tahu dirinya dalam keadaan terancam.
Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bahaman ialah menyusun
strategi perang terhadap Inggeris. Apabila Desborough datang
dengan membawa 50 orang mata-mata Inggeris, Datuk
Bahaman menyerang dan menewaskan mereka.
pekerjaan Budaya bekerjasama dalam melakukan sesuatu
Contohnya Zahid ,Samad .Rahman dan Awang
Muhammad bersama-sama membina kub di
Teluk Sengarat.Apabila tempat itusiap ,Datuk Bahaman
,Mat Lela dan Tuk Selampit mengawal tempat tersebut.
LATAR TEMPAT
-Kuala Semantan,Temerloh,Lubuk Sengarat,Batu Hampar,
Rumah Pasung Temerloh,Lubuk Terua,Genting Bidai
LATAR MASA
-Waktu subuh,waktu pagi,waktu malam
LATAR MASYARAKAT
-masyarakat kampung,masyarakat penjajah
inggeris,masyarakat yang taat pada perintah dan agama
Nilai Dan Pengajaran
Nilai : Hormat-menghormati
Pengajaran : Kita hendaklah sentiasa menghormati ketua dalam
organisasi
Contoh : Tuk muda Bidin dan Perang Weh sentiasa menghormati Datuk
Bahaman
Nilai : Keberanian
Pengajaran : Kita haruslah berani menempuh cabaran dan halangan
dalam kehidupan
Contoh : Datuk Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar musuhnya
iaitu askar inggeris
SEKIAN
TERIMA KASIH
KUMPULAN 4 :Hestera Nichelle,Adriana Batrisyia,Siti Aryna,Ahmad
Ryan
2 COMMUNICATOR