The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Alhamdulillah Majalah Legasi Tahun 6 SK Putrajaya Presint 5(1) bagi sesi 2023/2024 telah berjaya dihasilkan. Ini adalah majalah digital yang ketiga diterbitkan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aimansic97, 2024-05-22 08:13:27

Majalah Legasi Tahun 6 SK Putrajaya Presint 5(1) (2023/2024))

Alhamdulillah Majalah Legasi Tahun 6 SK Putrajaya Presint 5(1) bagi sesi 2023/2024 telah berjaya dihasilkan. Ini adalah majalah digital yang ketiga diterbitkan.

2 0 2 3 / 2 0 2 4 3 / 2 0 2 4 L E G A S I tahun 6


S E K A P U R S I R E H


Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi e-Majalah LEGASI atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang istimewa ini. Majalah sekolah memberikan pengertian yang besar kerana menerusi majalah sekolah ini kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek kurikulum, kokurikulun mahupun sahsiah. E-majalah LEGASI merupakan naskhah yang memaparkan kegiatan semua warga sekolah sepanjang tahun, khususnya murid Tahun 6 sesi 2023/2024. Butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Penggunaan teknologi maya dalam pembinaan e-majalah amat bertepatan dengan kemajuan teknologi semasa. Semua warga sekolah memainkan peranan penting dalam menggalas misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025, serta menyediakan pendidikan terbaik untuk warisan generasi akan datang. Generasi yang kita harapkan adalah ‘Anak yang Baik lagi Cerdik’ (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor. Justeru, saya berharap agar semua warga SK Putrajaya Presint 5(1) terus melipatgandakan usaha untuk meraih kejayan dalam semua bidang pada masa akan datang. Akhir kata, semoga penerbitan majalah sekolah ini dapat diteruskan bagi membina ukhwah serta menyatu padukan semua warga sekolah yang seterusnya melahirkan generasi Malaysia yang sejahtera. Saya merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung bagi menjayakan penerbitan e-Majalah LEGASI bagi tahun 2023/2024. Sekian, terima kasih.


NURSAKINAH BINTI TAHUN 6 PENYELARAS TAHUN 6 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menerbitkan majalah sekolah LEGASI. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan. Majalah sekolah merupakan dokumen untuk menyimpan pelbagai kenangan dan lakaran sejarah warga sekolah. Penerbitan majalah ini akan menjadi lebih bermakna selepas seseorang murid meninggalkan alam persekolahannya di SKPP5(1). Dalam usaha untuk menerbitkan majalah ini, banyak usaha dan tenaga yang telah dicurahkan. Apa yang terhasil dalam penerbitan ini menunjukkan komitmendan kreativiti setiap ahli untuk memastikan hasil kerja mereka menjadi kenangan kepada pemiliknya. Sekolah merupakan satu institusi untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah. Murid yang cemerlang bukan murid yang berjaya dalam bidang akademik semata-mata, tetapi mereka yang mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji serta aktif dan kokurikulum juga merupakan insan cemerlang. Justeru, guru merupakan insan yang bertanggungjawab dan berperanan penting untuk memastikan setiap aspirasi KPM untuk melahirkan insan yang cemerlang akan menjadi kenyataan. Selaras dengan perubahan pesat lagi pantas dalam teknologi dan ekonomi dunia, kita warga sekolah perlu berubah ke arah yang lebih baik untuk meningkatkan nama sekolah dalam semua bidang. Murid-murid perlu mengambil peluang yang ada semasa di bangku sekolah untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dirancang. Hal ini penting kerana semua aktiviti adalah untuk membentuk jati diri , berakhlak mulia di samping untuk meningkatkan prestasi akademik. Dengan itu murid lebih mudah menyesuaikan diri apabila berada di luar sekolah selepas tamat persekolahan nanti. Akhir kalam, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa majalah dan sidang redaksi e-majalah LEGASI. Besarlah harapan saya selaku Penyelaras Tahun Enam agar penerbitan e-majalah LEGASI ini dapat dijadikan rujukan dan kenangan kepada anak-anak sepanjang berada di sekolah rendah. Sekian, terima kasih.


NUR ZERINA SOFIA BINTI ARIFFIN KETUA PENGAWAS SEKOLAH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan kurnia dan izin-Nya, penerbitan majalah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya jawatankausa e-Majalah LEGASI. Terima kasih kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk mencoret ucapan sepatah dua dalam majalah ini. Sememangnya saya berasa bangga di sekolah yang indah ini, apatah lagi saya diberi tugas dan tanggungjawab yang besar sebagai ketua pengawas untuk memimpin semua murid bagi memartabatkan disiplin sekolah. Saya berasa bangga kerana dapat membantu serba sedikit pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan murid. Melalui kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan pengawas, tugas yang diamanahkan itu terlaksana jua sepenuhnya. Tanpa disedari, sudah 6 tahun saya berada di sekolah ini. Terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh yang telah membentuk saya menjadi seorang murid yang berdisiplin dan berkualiti seperti sekarang. Terima kasih kepada kepada semua guru yang telah banyak memberikan saya tunjuk ajar dan pengalaman yang sememangnya tidak boleh dibeli di mana-mana . Buat rakan-rakan Tahun 6, jangan kita pernah melupakan jasa guru-guru kita. Guru merupakan ibu bapa kedua kita, yang memainkan peranan besar dalam hidup kita. Akhir kata, saya mewakili semua murid memohon maaf segala kesilapan yang kami lakukan sepanjang menjadi murid di SKPP5(1). Semoga SKPP5(1) terus cemerlang dalam pelbagai aspek dan melahirkan insan yang berkualiti. Sekian, terima kasih.


B A R I S A N G U R U tahun 6 2023/2024


Anis Farrahah binti Sabry Whatever you are, be a good one! Ingatlah bahwa setiap orang memiliki jalur uniknya sendiri; jangan bandingkan perjalanan anda dengan orang lain. Suriyawanis binti Mahmur @ Mohamod


Nur Asmatul Husna binti Kamarudin Noriza binti Muhamad Zaid The pain you feel today will be the strenght you feel tomorrow. Tidak ada batasan untuk apa yang boleh kamu capai, kecuali batasan yang kamu tetapkan untuk dirimu sendiri.


Nurakhmal Lyna binti Abdul Hamid Hairunnisaa binti Hasan Jangan pernah takut untuk gagal, tetapi takutlah untuk tidak mahu berusaha atau mencuba. Setiap kegagalan adalah pelajaran. Jika kamu tidak gagal, kamu tidak belajar. Jika kamu tidak belajar, kamu tidak akan berubah.


Norazlina binti Ali Chitradevi a/p Alumalai Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya (At-Talaq:4) من جد وجد Masa depan adalah milik mereka yang bersiap sedia pada hari ini


ROZLINA BT MOHD ZAIN JANGAN PERNAH TAKUT UNTUK GAGAL TAPI, TAKUTLAH JIKA TIDAK MAHU MENCUBA DAN BERUSAHA. Jadikan setiap cabaran sebagai batu loncatan menuju kejayaan anda. Ingat, tekanan dapat mengubah batu bara menjadi berlian. Nurul Adibah binti Tajuddin


SITI FAIRUS BAHARON If u want the rainbow, u gotta put up with the rain Attitude is a little thing that makes a BIG difference. All the best! WAN RABIATUL ADAWIAH BINTI WAN MOHAMAD


Zuriyatina binti Abdullah Tuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Di saat kamu kaya, ia akan jadi perhiasaanmu. - Luqman al-Hakim - Percayalah pada diri sendiri dan impian anda. Kepercayaan ini akan menjadi pendorong yang kuat dalam menghadapi cabaran dan meraih kejayaan. Hartini binti Abd Ghani


Asnah binti Ismail Christine Jane anak Ridos No pain, no gain. Kelilingi diri anda dengan orang-orang yang positif dan sokongan.


Marlina binti Morshidi Fateha Alia binti Abdul Malek Teruskan memacu diri anda menjadi versi terbaik diri anda. Hidup adalah kanvas, warnailah dengan warna-warna cerah impianmu.


Bashirah binti Ramli Nurkhausar Norim binti Ahmad Bersangka baik menghasilkan ibadah yang baik, Ibadah yang baik membuahkan akhlak yang baik. Kamu adalah penulis skenario hidupmu, buatlah jalan cerita yang luar biasa.


Farah ‘Aina binti Sudin Zuraidah binti Abu Bakar You create your happiness. Be kind and be grateful, always. "Adab dulu, baru ilmu"


Zainawati binti Manan Nur Hidayah binti Ahmad Think positive and positive things will happen For my teenage explorers, the sky's the limit! Just make sure to land back in your seats for class!


Nursakinah binti Amatslan Nor Fadhlina binti Hassim Murid yang berilmu itu biasa, tetapi murid yang berilmu dan beradab itu luar biasa. Learning is not attained by chance; it must be sought for with diligence. So keep on learning


Adila Farhana binti Ali Ahmad Noor Balqis binti Muhamad Safian You gotta live to learn, you gotta crash and burn. You gotta make some stances, and you gotta take some chances. You gotta live and love, and take all life has to give. You gotta live and learn, so you can learn to live. Love yourself!


Mohamad Raffiuddin bin Yusof Siapa kamu hari ini tidak akan menentukan masa depan kamu. Teruskan berusaha dan menjadi orang berjaya Mohd Sofian bin Jusoh Orang yang berhenti belajar akan menjadi pemilik masa lalu, orang yang masih dan terus belajar akan menjadi pemilik masa depan


Amirul Lukhmannul Hakim bin Idris Jadikan setiap hari sebagai kesempatan untuk menjadi lebih baik dari kemarin. Ketika kamu merasa seperti menyerah, ingatlah mengapa kamu memulai. Ahmad Syiham Nubli bin Sha'ari


Ahmad Aiman bin Mohamed Mior Qayyum Naim bin Mior Tajal Ariff Adab dulu baru ilmu. Kalau hanya berilmu, iblis pun lebih tinggi ilmunya dari manusia AL 'AQLU SALIN FI JISMI SALIM


Mahmad Tayeb bin Abd Manaf Anwar bin Mohammad Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain, tetap menjadi diri sendiri. Amalkan rasa syukur dan hargai perjalanan ke arah tujuan hidup anda.


Zaharin bin Liam Izmir Fadzil bin Ibrahim Kehidupan kita hari ini adalah anugerah yang tidak ternilai, syukuri dan hargailah ia. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat


Mohd Muizzuddin bin Mohd Yatim Reyysmaan Avuddaiyar a/l K. Kavi Chelven Nothing is impossible, the word itself says “ I’m possible!” Jadilah proaktif dalam mengejar impian dan tujuan anda.


Asyraff Mierza bin Amir Marhin Ibrahim bin Zainuddin One cheer for LimaSatu ! SYARAT CEMERLANG #1: SOLAT AWAL WAKTU.


Ku Salleh bin Ku Salim Mohd Saleh bin Idris Peristiwa lepas adalah pedoman masa hadapan Jadikan keingintahuan Anda sebagai kompas dalam mengeksplorasi berbagai kemungkinan hidup.


Jeeva a/l Manoharan AHMAD FADHIL BIN CHE KAMARULLDIN Siapa berusaha, dia berjaya Teachers open the door, but you must enter by yourself.


''Jika kamu belajar dari kegagalan, maka kamu tidak akan pernah gagal.” MOHD HANIFF BIN HUSSAIN


6 TOPAZ


6 EMERALD


6 RUBY


6 OPAL


6 DIAMOND


6 PEARL


6 SAPPHIRE


6 JADE


6 AMETHYST


Click to View FlipBook Version