The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juliaramli72, 2018-04-11 03:42:10

KP2.docx

KP2.docx

; KOLEJ
VOKASIONAL
KUANTAN

KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN,JALAN TENGKU MUHAMAD
25050 KUANTAN, PAHANG

KERTAS PENERANGAN 2

KOD DAN NAMA UAE 1112 ASAS EKONOMI
KURSUS

SEMESTER 1

NO DAN TAJUK 2. PERMINTAAN ,PENAWARAN DAN KESEIMBAGAN
PASARAN

STANDARD 2.1 Menerangkan Konsep Permintaan
PEMBELAJARAN 2.2 Mengenal pasti Konsep Penawaran
2.3 Menerangkan keseimbangan pasaran

2.1.1 Menyatakan konsep permintaan
2.1.2 Menyatakan hukum permintaan
2.1.3 Melukis keluk permintaan
2.1.4 Menjelaskan proses pembentukan keluk permintaan
2.1.5 Menerangkan permintaan individu dan permintaan

pasaran
2.1.6 Menerangkan penentu-penentu permintaan.

TUJUAN 2.2.1 Menyatakan konsep penawaran
2.2.2 Menyatakan hukum penawaran
2.2.3 Melukis keluk penawaran
2.2.4 Menjelaskan proses pembentukan keluk

penawaran
2.2.5 Menerangkan penawaran individu dan penawaran

pasaran
2.2.6 Menerangkan penentu- penentu penawaran.

2.3.1 Menerangkan penentu keseimbangan pasaran
2.3.2 Menerangkan perubahan keseimbangan pasaran

NO KOD UAE 1112

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

2.1 Menerangkan Konsep Permintaan

2.1.1 Menyatakan konsep permintaan
2.1.2 Menyatakan hukum permintaan

Definisi permintaan
Permintaan adalah merujuk kepada keinginan dan kemampuan pengguna untuk membeli sesuatu
barang atau perkhidmatan pada suatu harga tertentu dan pada waktu tertentu.

Hukum permintaan
“ Semakin rendah tingkat harga suatu barang maka semakin banyak barang itu diminta. Sebaliknya
semakin tinggi tingkat harga suatu barang maka semakin sedikit permintaan terhadap barang
tersebut”, dengan andaian ceteris paribus iaitu kuantiti yang diminta tidak dipengaruhi oleh faktor-
faktor lain seperti pendapatan, harga barang lain, citarasa dan lain-lain. Kuantiti yang diminta itu hanya
dipengaruhi oleh harganya sahaja.

Hukum permintaan boleh dijelaskan dengan menggunakan keluk permintaan individu seperti di Rajah 1
bawah.

RAJAH 1

Pada harga OH, kuantiti yang diminta adalah sebanyak OK. Tetapi bila harganya meningkat ke OH1,
kuantiti yang diminta akan berkurangan ke OK1. Begitulah sebaliknya, jika harganya jatuh dari OH ke
OH0, maka kuantiti yang diminta juga akan berubah iaitu dari OK ke OK0. Dengan ini apabila harga
sesuatu barang itu berubah, maka kuantiti yang diminta juga akan berubah. Tetapi perubahan yang
berlaku hanyalah di atas satu keluk permintaan yang sama sahaja.

Keluk permintaan yang ditunjukkan oleh Rajah 1 hanya mempunyai dua paksi sahaja. Paksi
menengak mewakili harga dan paksi mendatar mewakili kuaniti barang yang diminta. Ini seolah-olah
bermaksud bahawa permintaan sesuatu barang itu hanya bergantung kepada harga barang itu
sahaja (ceteris paribus). Ini sudah pasti tidak benar. Pada hakikatnya permintaan terhadap sesutu
barang bergantung kepada beberapa faktor, di antaranya ialah citarasa (keinginan untuk memiliki
barang tersebut dan barang-barang lain) , pendapatan pengguna, barang-barang lain (jumlah yang
ada dan harganya) dan sebagainya.

Keluk permintaan bercerun negatif disebabkan:
1) Kesan pendapatan benar (kuasa beli pengguna)

Pendapatan benar atau kuasa beli pengguna ialah jumlah barang yang mampu dibeli oleh
seorang individu dengan pendapatan wang yang ada.

2

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

Contohnya, jika harga barang X jatuh, kuantiti barang X yang diminta meningkat kerana dengan
jumlah pendapatan wang sama, pengguna dapat membeli lebih banyak barang X. Oleh itu,
apabila harga suatu barang jatuh, kuantiti diminta barang itu meningkat dan sebaliknya.

2) Kesan Penggantian (Kesan barang pengganti)
• Apabila harga barang sesuatu naik , kuantiti diminta terhadap barang tersebut akan
menurun kerana pengguna telah mengurangkan penggunaan barang tersebut dan beralih
kepada penggunaan barang pengganti yang relatif lebih murah. Dan sebaliknya berlaku.

3) Utiliti sut berkurangan
• Utiliti ialah kepuasan yang diterima dari penggunaan sesuatu barang atau perkhidmatan.
Utiliti sut ialah perubahan jumlah utiliti kesan dari perubahan satu unit penggunaan sesuatu
barang atau perkhidmatan pada satu tempoh tertentu.
• Hukum utiliti sut menyatakan bahawa tambahan kepuasan yang diperolehi oleh pengguna
akan semakin berkurang apabila pengguna terus menerus menambahkan satu unit barang
yang digunakan.

2.1.3 Melukis keluk permintaan
2.1.4 Menjelaskan proses pembentukan keluk permintaan

Melukis keluk permintaan berdasarkan jadual

Contoh:

Jadual 1: Permintaan Durian

PILIHAN HARGA DURIAN SEBIJI KUANTITI DURIAN YANG
(RM) DIMINTA (BIJI)
A 10 1
B 9 2
C 8 3
D 7 5
E 6 7
F 5 9
G 4 12
H 3 15
I 2 20

Berdasarkan Jadual 1 di atas, keluk permintaan individu terhadap durian dapat dibentuk seperti
Rajah 1 di bawah.

3

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

Harga (RM) KELUK PERMINTAAN DURIAN

12

10

8

6

4

2

0 20 25
0 5 10 15 Kuantiti Durian (unit)

RAJAH 1
Melukis keluk permintaan berdasarkan rumus permintaan

Secara umum, rumus permintaan bagi barang X dapat ditulis seperti berikut:

= −

Px = Harga barang X (RM) dengan
Qdx = Kuantiti diminta barang X (unit)
a = pintasan pada paksi harga
b = kecerunan keluk permintaan
Contoh:
Lukiskan keluk permintaan berdasarkan persamaan permintaan = 60 − 2
= ℎ ( ) dan = ( )

Langkah-langkah:
1. Bina jadual permintaan dengan menggunakan julat harga yang sesuai
2. Tentukan skala yang sesuai bagi paksi-x dan paksi-y
3. Lukis keluk permintaan dengan menyambungkan titik-titik plot.

Penyelesaian:

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
25 60 – 2(25) = 10
20 60 – 2(20) = 20
15 60 – 2(15) = 30
10 60 – 2(10) = 40
5 60 – 2(5) = 50

4

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

Keluk Permintaan

30
25
20
15
10

5
0

0 10 20 30 40 50 60
Kuantiti (unit)

Rumus permintaan bagi barang Y ialah = 100 − 5 , dengan = ℎ ( ) dan
= ( )
(a) Lengkapkan jadual di bawah

Harga (RM) 5 10 15
Kuantiti diminta (unit)

(b) Berdasarkan jadual dalam (a), lukis keluk permintaan bagi barang Y.

5

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

2.1.5 Menerangkan permintaan individu dan permintaan pasaran
• Permintaan individu ialah permintaan seorang pengguna terhadap sesuatu barang pada
tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu.
• Permintaan pasaran ialah permintaan semua pengguna . Permintaan pasaran diperoleh
dengan mencampurkan semua permintaan individu.
• Jadual 2 menunjukkan permintaan individu terhadap barang X oleh dua orang individu A
dan B.

Harga Permintaan individu (unit) Permintaan pasaran
(RM/unit) (unit)
Individu A Individu B Individu C
1.00 30 30 + 20 + 15 = 65
2.00 25 20 15 25 + 15 + 10 = 50
3.00 20 20 + 10 + 5 = 35
15 10

10 5

Jadual 2

2.1.6 Penentu Permintaan
Permintaan seseorang atau sesuatu masyarakat kepada sesuatu barang ditentukan oleh banyak faktor.
Antara faktor-faktor tersebut adalah:

i. Harga barang itu

Permintaan suatu barang akan turun jika harganya naik. Permintaan suatu barang akan naik jika
harganya turun.

ii. Harga barang lain

• Perubahan harga barang pengganti
Merupakan barang yang boleh diganti dengan barang lain. Contoh teh dengan milo. Apabila harga milo
naik, permintaan teh akan meningkat. (hubungan positif).

Px Qy Hubungan barang ganti = Positif
(milo) (teh)

Naik Meningkat

Menurun Berkurangan

6

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

• Perubahan harga barang penggenap

Merupakan barang yang harus digunakan bersama untuk melengkapkan antara satu sama lain dengan
penggunaan. Misalnya:

✓ kereta dengan petrol

✓ sampul surat dengan setem

✓ pen dengan dakwat

Apabila harga kereta naik, kuantiti petrol yang diminta akan berkurangan, begitu juga dengan sampul
surat, apabila harga sampul surat meningkat, permintaan untuk setem juga turut berkurangan.

Px Qy Hubungan barang penggenap= Negatif
(pen) (dakwat)
Naik Meningkat

Menurun Meningkat

iii. Pendapatan pengguna
Perubahan dalam pendapatan individu mempengaruhi kuantiti yang diminta. Jika pendapatan individu
meningkat, permintaan akan naik kerana kuasa beli meningkat. Jika pendapatan individu turun,
permintaan akan turun kerana kuasa beli menurun. Hubungan antara tingkat pendapatan dengan
kuantiti yang diminta adalah positif.

• Barang Normal atau Barang Biasa
Kenaikan pendapatan akan menyebabkan permintaan ke atas barang normal akan meningkat
dan sebaliknya jika pendapatan jatuh, permintaan ke atas barang normal menurun. Contoh
barang normal ialah pakaian, buku, beg dll. Hubungan pendapatan dengan barang normal adalah
positif.

7

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

• Barang Bawahan atau Barang Giffen
Kejatuhan pendapatan menyebabkan permintaan ke atas barang bawahan akan meningkat dan
sebaliknya jika pendapatan meningkat, permintaan ke atas barang bawahan akan menurun
kerana pengguna akan mengganti barang yang lebih baik atau berkualiti. Contoh barang bawahan
ialah beras hancur. Hubungan pendapatan dengan barang bawahan ialah negatif.

• Barang Mesti
Perubahan dalam pendapatan tidak akan menyebabkan perubahan ke atas permintaan
barang mesti. Misalnya garam, gula, tepung dan minyak masak. Kenaikan dalam pendapatan
pengguna tidak akan menaikkan permintaan ke atas garam. Hubungan pendapatan ke atas
barang mesti adalah sifar.

iv. Cita rasa pengguna
Iklan, kesedaran kesihatan dan fesyen akan mengubah cita rasa pengguna. Permintaan terhadap
suatu barang akan bertambah jika terdapat perubahan cita rasa terhadap barang itu.

v. Jangkaan harga pada masa depan
Jika harga sesuatu barang dijangka naik pada masa depan dan barang tersebut boleh
disimpan, maka pengguna akan membeli dengan banyak pada masa sekarang. Oleh itu,
permintaan pada masa kini akan bertambah. Jika harga pada masa depan dijangka jatuh, maka
pengguna akan menangguhkan pembeliannya pada masa sekarang. Hubungan antara Jangkaan
harga pada masa depan dengan kuantiti yang diminta adalah negatif.

vi. Musim
Antaranya musim perayaan, musim cuti sekolah, keadaan cuaca pada masa-masa tertentu.
Contohnya: Hari Raya Aidilfitri - permintaan baju kurung, baju melayu, selendang dan songkok akan
meningkat. Musim persekolahan dan perayaan akan meningkatkan permintaan terhadap pakaian.

vii. Dasar Kerajaan
Jika kerajaan menaikkan kadar cukai pendapatan, permintaan akan jatuh kerana pendapatan jatuh.
Jika kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan, permintaan akan naik kerana pendapatan naik.
peningkatan pendapatan akan menambah kuasa beli pengguna.

8

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

2.2 PENAWARAN

2.2.1 Konsep Penawaran

Penawaran adalah kuantiti sesuatu barang yang sanggup ditawar oleh pengeluar atau firma pada
tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu. Semakin tinggi tingkat harga, semakin banyak
barang yang sanggup dikeluarkan oleh pengeluar. Hal ini kerana, pengeluar mengutamakan
keuntungan.

2.2.2 Hukum Penawaran
Hukum penawaran menerangkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti sesuatu barang yang
ditawarkan. Semakin rendah harga sesuatu barang, semakin sedikit kuantiti barang tersebut
ditawarkan. Sebaliknya semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang yang
ditawarkan.

HARGA TINGGI PENAWARAN TINGGI
HARGA RENDAH PENAWARAN RENDAH

Hukum ini menunjukkan hubungan positif antara tingkat harga dengan kuantiti yang ditawarkan. Hal
ini disebabkan:

• Harga yang tinggi akan memberi keuntungan yangg lebih kepada pengeluar/firma, jadi
pengeluar akan menawarkan lebih banyak barang.

• Harga yang tinggi akan menyebabkan pengeluar berpendapat barang tersebut sangat diminta
oleh pengguna tetapi penawarannya kurang di pasaran.

• Pengeluar akan menambahkan penawaran untuk memenuhi permintaan.

9

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN
2.2.3 Keluk penawaran
Keluk penawaran menunjukkan kuantiti barang yang ditawarkan oleh firma pada pelbagai tingkat
harga. Keluk penawaran menyambungkan setiap kombinasi harga dengan kuantiti sesuatu barang yang
ditawarkan. Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan (cerun positif).

Keluk Penawaran Barang X

Berdasarkan keluk penawaran di atas:
• Paksi menegak mewakili harga barang X.
• Paksi mendatar mewakili kuantiti barang X yang ditawar atau dikeluarkan oleh firma.
• Keluk penawaran dihasilkan dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti

ditawarkan, iaitu tititk A, B, dan C.
• Kombinasi A, menunjukkan harga barang RM1 dan kuantiti ditawar adalah 3 unit.
• Kombinasi C pula menunjukkan apabila harga barang meningkat kepada RM3, kuantiti

ditawarkan akan turut meningkat menjadi adalah 7 unit.
• Keluk penawaran menerangkan semakin tinggi harga, semakin banyak kuantiti barangan yang

akan ditawarkan oleh firma dan sebaliknya.

10

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

2.2.4 Pembentukan Keluk Penawaran

Berdasarkan jadual penawaran di bawah, semakin tinggi harga barang, semakin banyak kuantiti yang
ditawarkan kerana firma mengutamakan keuntungan.

Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Ini menunjukkan hubungan yang positif antara
harga dan kuantiti yang ditawarkan.

KOMBINASI HARGA KUANTITI DITAWAR
(RM) (UNIT)
A 2.00 1
B 4.00 2
C 6.00 3

• Andaikan harga asal adalah RM4 dan kuantiti ditawarkan sebanyak 2 unit sahaja
• Jika harga jatuh dari RM4 kepada RM2, kuantiti yang ditawarkan berkurang daripada 2 unit kepada 1

unit
• Jika harga meningkat dari RM4 kepada RM6, kuantiti yang ditawarkan akan meningkat daripada 2 unit

kepada 3 unit.

11

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

2.2.5 Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran

i. Definisi Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran
Penawaran individu ialah kesanggupan seorang pengeluar untuk menawarkan sesuatu barang
pada satu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Penawaran pasaran pula ialah,
kesanggupan semua penjual dalam pasaran untuk menawarkan sesuatu barang pada satu tingkat
harga dalam tempoh masa tententu.

SS FIRMA SS PASARAN

Penawaran barang dan perkhidmatan Penawaran barang dan perkhidmatan oleh
oleh sesebuah firma pada suatu tingkat semua firma dalam pasaran pada suatu
harga tertentu dalam jangka masa tingkat harga tertentu dalam jangka masa
tertentu. tertentu.

ii. Jadual Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran
Jadual penawaran individu adalah jadual yang menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu
barang yang ditawarkan oleh sesebuah firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu dalam satu jangka masa tertentu.

Jadual penawaran pasaran ialah jadual yang menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu
barang yang ditawarkan oleh semua firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga tertentu
dalam satu jangka masa tertentu.

Kombinasi Harga Qs Qs Penawaran
(RM) Firma A Firma B Pasaran
A 22
B 4 8 14 ............
C 3 5 10 ............
D 2 3 6 ............
1 0 2

iii. Keluk Penawaran Individu dan Keluk Penawaran Pasaran

Keluk penawaran individu adalah keluk yang menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu
barang yang ditawarkan oleh sesebuah firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu dalam satu jangka masa tertentu

Keluk penawaran pasaran ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu barang
yang ditawarkan oleh semua firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dalam
satu jangka masa tertentu.

12

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN
Berdasarkan rajah di bawah, pembentukan keluk penawaran pasaran dilakukan dengan
mencampur secara mendatar kuantiti yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada
suatu tingkat harga tertentu.

Huraian Pembentukan Keluk Penawaran Pasaran
• Pada harga RM4 kuantiti sos tomato yang ditawar oleh Firma X ialah 5 botol, Firma Y
ialah 8 botol dan penawaran pasaran 13 botol ditunjukkan pada titik a.
• Pada harga RM3 kuantiti sos tomato yang ditawar oleh Firma X ialah 4botol, Firma Y ialah
6 botol dan penawaran pasaran 10 botol ditunjukkan pada titik b.
• Pada harga RM2 kuantiti sos tomato yang ditawar oleh Firma X ialah 3 botol, Firma Y
ialah 4 botol dan penawaran pasaran 7 botol ditunjukkan pada titik c.
• Pada harga RM1 kuantiti sos tomato yang ditawar oleh Firma X ialah 2 botol, Firma Y
ialah 2 botol dan penawaran pasaran 4 botol ditunjukkan pada titik d.
• Apabila titik-titik a, b, c dan d disambungkan maka terbentuklah keluk penawaran pasaran
• Keluk penawaran pasaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan
• Wujud hubungan yang positif antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan

13

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

2.2.6 Menerangkan Penentu- Penentu Penawaran

a) Perubahan harga barang itu sendiri
Dengan andaian ceteris paribus, semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti
barang itu ditawarkan. Sebaliknya, semakin rendah harga sesuatu barang, semakin kuranglah
kuantiti barang itu ditawarkan. Harga sesuatu barang dan kuantiti barang itu ditawarkan
mempunyai hubungan positif.

b) Perubahan Harga Barang Lain yang Berkaitan
• Barang bersaing/bertanding

Sesetengah barang menggunakan input pengeluaran yang sama dalam proses pengeluaran. Jika
pengeluaran sesuatu barang bertambah, maka pengeluaran barang lain akan berkurang. Hal ini
kerana pengeluar akan menggunakan input yang sama untuk meningkatkan keluaran yang lain.

• Barang bersama
Penawaran barang adalah secara serentak atau bersama. Jika pengeluarannya bertambah maka
pengeluaran suatu barang lain juga akan bertambah.

c) Harga faktor-faktor pengeluaran
Perubahan harga faktor-faktor pengeluaran akan mempengaruhi penawaran sesuatu barang.
Kenaikan harga faktor bermaksud peningkatan dalam kos pengeluaran. Pengeluar terpaksa
membayar kos yang lebih tinggi dalam pengeluaran. Sesetengah pengeluar akan menghentikan
pengeluaran atau mengurangkan pengeluaran. Penawaran pasaran akan dikurangkan.

d) Tingkat Teknologi
Perkembangan teknologi baru dapat menjimatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran dan
mempercepatkan pengeluaran barangan. Dengan pengurangan dalam kos dan penambahan
keuntungan, firma digalakkan meningkatkan penawaran.

e) Matlamat Pengeluar
• Memaksimumkan Pengeluaran
Firma yang ingin memaksimumkan pengeluaran akan menawarkan kuantiti barang seberapa
banyak yang mampu. Contoh firma yang memaksimumkan pengeluaran ialah firma yang
dimiliki oleh kerajaan.

• Memaksimumkan Keuntungan
Firma yang ingin memaksimumkan keuntungan tidak akan menawarkan kuantiti dengan
maksimum. Oleh itu, penawaran adalah terhad.

f) Dasar Kerajaan
• Mengenakan cukai

Pengutipan cukai ke atas sesuatu barang akan menaikkan kos pengeluaran firma. Peningkatan
kos ini akan menyebabkan penurunan penawaran. Kesannya keluk penawaran berpindah ke kiri.

14

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

• Memberi subsidi
Pemberian subsidi ke atas sesuatu barang akan mengurangkan kos pengeluaran firma. Hal ini
akan mendorong firma menawarkan lebih banyak barang itu dan penawaran barang tersebut akan
meningkat.

• Menaikkan tarif
Peningkatan tariff ke atas barang import akan menaikkan harga barang itu. Orang ramai akan
membeli kurang barang import dan meminta lebih banyak barang pengganti tempatan. Penawaran
barang pengganti tempatan akan naik.

g) Daya Pengeluaran Buruh
Buruh yang cekap mempunyai daya pengeluaran yang tinggi. Mereka dapat menghasilkan lebih
banyak kuantiti sesuatu barang. Kenaikan daya pengeluaran buruh secara keseluruhan dapat
menaikkan penawaran pasaran.

h) Bilangan Pengeluar
Penawaran pasaran ditentukan oleh bilangan pengeluaran dalam pasaran. Semakin ramai
pengeluar, semakin banyak penawaran sesuatu barang di pasaran.

2.3 KESEIMBANGAN PASARAN

2.3.1 Penentu Keseimbangan Pasaran

i. Definisi Pasaran
Pasaran adalah tempat penjual dan pembeli bertemu untuk urus niaga. terdapat dua pihak
yang mempunyai matlamat yang berbeza iaitu :-
Penjual : ingin tawarkan barang pada harga tertinggi untuk mencapai
keuntungan yang maksimum
Pembeli : ingin membeli barang yang ditawarkan pada harga yang terendah
untuk mencapai kepuasan yang maksimum

ii. Andaian Keseimbangan Pasaran
Keseimbangan pasaran ialah suatu keadaan di mana jumlah permintaan sama dengan
jumlah penawaran pada suatu tingkat harga tertentu.

Terma keseimbangan digunakan dalam ekonomi untuk menerangkan keadaan di mana
semua pemboleh ubah telah mencapai titik yang mantap tanpa sebarang kecenderungan
untuk berubah. Keseimbangan hanya akan berubah sekiranya penentu permintaan atau
penawaran berubah.

Melalui keluk pula, keseimbangan dapat ditentukan apabila keluk permintaan bersilang dengan
keluk panawaran di pasaran pada suatu tingkat harga tertentu. Persilangan tersebut akan
menentukan harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan.

15

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

iii. Jadual Keseimbangan Pasaran
Berdasarkan kepada perbincangan kita sebelum ini, kita tahu yang Keluk permintaan
mempunyai kecerunan yang negatif manakala keluk penawaran pula bercerun positif.
Berdasarkan rajah di bawah, kedua-dua keluk ini dilakarkan dalam diagram yang sama.
Kedua-dua keluk ini bersilang pada titik E0. Titik E0 ini dikenali sebagai titik keseimbangan,
manakala D mewakili kuantiti yang diminta, manakala S pula adalah kuantiti yang
ditawarkan.

16

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

Tingkat Situasi
Harga

• Ketiadakseimbangan pasaran berlaku kerana lebihan permintaan.

• Kuantiti diminta adalah 18 unit, tetapi jumlah yang ditawarkan adalah 8 unit.
RM1 • Maka wujud lebihan permintaan sebanyak 10 unit.

• Ini menyebabkan harga naik dan pengeluar menambahkan penawaran
sementara permintaan beerkurang.

• Proses ini berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan di tingkat
harga RM2 dan kuantiti keseimbangan 13 unit.

• Keseimbangan tercapai.
RM2 • Ini bermakna tiada lebihan atau kurangan penawaran dan permintaan berlaku.

• Dicapai pada tingkat harga RM2 dengan kuantiti keseimbangan 13 unit.

• Ketidakseimbangan pasaran berlaku kerana lebihan penawaran

• Kuantiti yang ditawarkan adalah 18 unit, tetapi jumlah yang diminta hanyalah 8
RM3 unit

• Maka wujud lebihan penawaran sebanyak 10 unit.

• Ini menyebabkan harga turun dan pengeluar mengurangkan penawaran
sementara permintaan meningkat.

• Proses ini berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan di tingkat
harga RM2 dan kuantiti keseimbangan 13 unit.

2.3.2 Pperubahan Keseimbangan Pasaran

Keseimbangan pasaran tidak akan berubah selagi tiada sebarang kuasa di pasaran yang
mempengaruhi permintaan dan penawaran. Walau bagaimanapun, permintaan dan penawaran
akan sentiasa bergerak ke kiri atau kanan apabila penentu permintaan dan penawaran berubah.
Oleh itu, perubahan dalam penentu permintaan dan penawaran akan menyebabkan kuantiti dan
harga keseimbangan berubah.

i. Perubahan Permintaan
• Secara umumnya, perubahan permintaan dan penawaran akan memberi kesan yang
boleh dijangka kepada kuantiti dan harga keseimbangan seperti berikut:

• Apabila permintaan meningkat manakala penawaran pula tidak berubah, maka harga dan
kuantiti keseimbangan juga akan meningkat. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih
jelas tentang kesan peningkatan permintaan ke atas keseimbangan pasaran, mari kita lihat
Rajah 3.3(a). Titik E0 adalah keseimbangan asal di mana keluk permintaan D0 bersilang
dengan keluk penawaran S0. Harga dan kuantiti keseimbangan adalah P0 dan Q0.

• Apabila permintaan meningkat, keluk permintaan D0 akan beralih ke D1, manakala E1 titik
keseimbangan yang baru.

17

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN
• Apabila permintaan berkurangan dan penawaran tidak berubah, harga dan kuantiti

keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.3[b]).

ii. Perubahan penawaran sahaja
Apabila penawaran meningkat dan permintaan tidak berubah, harga keseimbangan akan
jatuh dan kuantiti keseimbangan akan naik (rujuk Rajah 3.4[a])
Apabila penawaran turun dan permintaan tidak berubah, harga keseimbangan akan naik dan
kuantiti keseimbangan akan jatuh (rujuk Rajah 3.4[b])

iii. Perubahan permintaan dan penawaran secara serentak

18

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN
Perubahan permintaan dan penawaran secara serentak akan menyebabkanb harga dan kuantiti
keseimbangan berubah seperti berikut:

• Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran meningkat, kuantiti keseimbangan
akan naik (rujuk Rajah 3.5 [a])

• Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran turun, kuantiti keseimbangan akan
jatuh (rujuk Rajah 3.5[b])

Rajah 3.5 menunjukkan kedua-dua keadaan ini. Kesan ke atas harga pula tidak dapat
ditentukan kerana ia bergantung kepada beberapa perkara terutamanya sejauh mana keluk
berubah dan juga keanjalan keluk iaitu:

• Apabila permintaan naik dan penawaran turun, harga keseimbangan akan naik (rujuk Rajah
3.6[a])

• Apabila permintaan turun dan penawaran naik, harga keseimbangan akan turun. Kesan
kepada kuantiti tidak dapat ditentukan disebabkan oleh perkara yang sama seperti di atas
(rujuk Rajah 3.6[b]).
19

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

LATIHAN
1. Nyatakan konsep permintaan dan konsep penawaran

Konsep Permintaan..............................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
Konsep Penawaran..............................................................................................................................
............................................................................................................................................................

2. Berikut merupakan jadual permintaan suri rumah terhadap susu pekat manis

Harga (RM) Kuantiti diminta (Unit)
1 40
2 28
3 20
4 12
5 5

Lukiskan keluk permintaan tukang masak tersebut pada kertas graf di bawah

20

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

3. Jadual di bawah menunjukkan permintaan komputer riba pada tahun 2013 hingga 2015

Tahun Unit
2013 40,000
2015 70,000

Huraikan tiga (3) faktor-faktor yang menyebabkan perubahan permintaan terhadap komputer pada
tahun 2015?
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................

4. Jadual berikut menunjukkan penawaran untuk suatu barang oleh Firma A dan Firma B.

Harga Kuantiti ditawar (Unit) Penawaran Pasaran
(RM) (Unit)
Firma A Firma B
3
4 10 2
5
6 15 4

20 6

25 8

i) Hitungkan penawaran pasaran
ii) Lukis keluk penawaran individu dan penawaran pasaran

FIRMA A 21

KERTAS PENERANGAN 2 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UAE 1112 PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN

FIRMA B

PENAWARAN PASARAN

22


Click to View FlipBook Version