Kolej Vokasional Kuantan
Jalan Tengku Muhamad
25050 Kuantan, Pahang Darul Makmur
LAPORAN MAJLIS RAMAH MESRA MINUM PETANG
SEMPENA PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR KURSUS LATIHAN
PERAKAUNAN ANTARA SUNGAI KOLOK INDUSTRIAL AND
COMMUNITY EDUCATION COLLEGE THAILAND (SKC THAILAND)
DAN KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN (KV KUANTAN) 2018
PADA :
21 MAC 2018
MAJLIS RAMAH MESRA MINUM PETANG SEMPENA PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR
KURSUS LATIHAN PERAKAUNAN ANTARA SUNGAI KOLOK INDUSTRIAL AND COMMUNITY
EDUCATION COLLEGE THAILAND (SKC THAILAND)
DAN KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN (KV KUANTAN) 2018
Tarikh / Hari : 21 Mac 2018 (Rabu)
Masa : 4.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : 1. Bilik gerakan Kolej Vokasional Kuantan
2. Mock Office Pengurusan Perniagaan
3. Bengkel Perakaunan
4. Café KV kuantan
Penganjur : Jawatankuasa Pengantarabangsaan KV Kuantan & Polisas
Objektif :
1. Mewujudkan jalinan kolaborasi khususnya di peringkat antarabangsa
2. Memastikan aktiviti kolaborasi terus aktif bagi kedua-dua institusi
3. Meningkatkan pengetahuan khususnya dalam bidang perakaunan, pengurusan perniagaan dan
kebudayaan bagi kedua-dua negara
4. Memperkenalkan dan meningkatkan imej Kolej Vokasional di peringkat antarabangsa
Peserta :
• 22 orang delegasi Thailand
• 5 orang wakil Polisas
• 24 orang pensyarah dan staff KV Kuantan
• 15 orang pelajar program Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan KV Kuantan
Senarai nama delegasi daripada SKC Thailand:
No. Nama Sungaikolok Industrial and Jawatan Jantina
1. Mr. Mahesom Pattanaraj Community Education Pengarah M
College (SKC)
2. Mr. Kasfee Domae Timbalan M
Raman Industrial and Pengarah
3. Mr. Saman Hayor Community Education Pegawai M
F
College (RC) Guru F
Guru F
RC Guru F
Guru F
4. Mrs. Suthasinee Chumkeau SKC Guru F
Guru F
5. Mrs. Chanyaporn Plermsamran SKC Guru F
Jurugambar F
6. Miss Chonnart Naraprasit SKC Pelajar F
Pelajar F
7. Miss Wanawan Tila SKC Pelajar F
Pelajar F
8. Mrs. Pa –e-sa Chewae SKC Pelajar F
Pelajar F
9. Mrs. Sareeta Salaeh SKC Pelajar M
Pelajar M
10. Mrs. Sainuree Yusoh SKC Pelajar F
pelajar M
11. Miss Mariah Sama SKC Pemandu
12. Miss Kameelah Prakhongehok SKC
13. Miss Suhaibas Mareh SKC
14. Miss Nur-in Muti SKC
15. Miss Musnida Ya SKC
16. Miss Muneeroh U-Seng SKC
17. Miss Rosemanee Salee SKC
18. Miss Suriyanee Makyusoh SKC
19. Mr. Ameerudeen Sa Ma- Ae SKC
20. Mr. Pongpol AwaeKueji SKC
21. Miss Nuratikah Yakob SKC
22. Mr. Sukiplee Maseng SKC
Aturcara majlis :
Tarikh : 21 Mac 2018
Hari : Rabu
Masa : 4.00 petang – 6.30 petang
Tempat : 1. Bilik gerakan KV Kuantan
2. Mock Office Pengurusan Perniagaan
3. Bengkel Perakaunan
4. Café KV kuantan
4.00 – 4.15 petang : Ketibaan tetamu
4.15 – 4.30 petang
: Ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) KV Kuantan,
4.30 – 4.40 petang En. Mokhtar bin Mohd Redan
4.40 – 4.50 petang
4.55 – 5.45 petang : Ucapan wakil SKC Thailand
5.45 – 6.15 petang : Persembahan Multimedia
6.15 – 6.30 petang
6.30 petang : Lawatan ke Mock Office Pengurusan Perniagaan dan bengkel
Perakaunan
: Jamuan Minum petang di Café KV Kuantan
: Sesi Bergambar
: Bersurai
Ringkasan Sungai Kolok industrial and Community Education College Thailand (SKC Thailand)
SKC Thailand beralamat di 123 Moo. 3, Pasirmas, Sungai Kolok, 96120 Narathiwat Thailand. Jumlah
keseluruhan pensyarah adalah 60 orang dan mempunyai 700 orang pelajar.
Terdapat 9 jabatan di SKC Thailand iaitu;
1) Accounting
2) Elecronic
3) Electric Power
4) Computer Business
5) Welding
6) Hotel and Tourism
7) Marketing
8) Automotive
9) Short Course
Pengisian Aktiviti:
1. Ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Kuantan, En. Mokhtar bin
Mohd Redan
Majlis ramah mesra minum petang Sempena Program Pertukaran Pelajar Kursus Latihan
Perakaunan Antara SKC Thailand Dan Kolej Vokasional Kuantan 2018 dimulakan dengan ucapan
aluan oleh Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Kuantan, En. Mokhtar bin Mohd Redan.
Intipati utama ucapan adalah mengalu-alukan kehadiran warga SKC Thailand dan mengharapkan
agar majlis ini akan menjadi permulaan kepada hubungan kerjasama di antara kedua-dua pihak pada
masa akan datang.
2. Ucapan oleh wakil SKC Thailand,
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh wakil daripada SKC Thailand iaitu Cik Sainuree Yusoh. Intipati
daripada ucapan tersebut juga menzahirkan perasaan mereka iaitu amat berbesar hati untuk
menjalinkan kerjasama dengan KV Kuantan pada masa akan datang.
3. Persembahan multimedia
Semua tetamu kemudian dipersembahan tayangan multimedia khas berkaitan dengan KV Kuantan.
Video berdurasi 10 minit tersebut adalah mengenai latar belakang KV Kuantan dan maklumat
program-program yang ditawarkan di KV Kuantan.
4. Lawatan ke Mock Office Pengurusan Perniagaan dan Bengkel Perakaunan
Semua tetamu kemudian melawat ke Mock Office Pengurusan Perniagaan dan Bengkel Perakuanan.
Semasa sesi lawatan kedua-dua pihak banyak berkongsi maklumat berkaitan pelaksanaan program
yang dijalankan di Kolej masing-masing yang meliputi kandungan program, halatuju program dan
fasiliti-fasiliti yang disediakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkongsian
mengenai kemenjadian pelajar KV Kuantan juga dikongsikan bersama mereka.
Selain itu, penglibatan pelajar daripada program Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan pada
program petang tersebut bersama deligasi daripada SKC Thailand juga telah dapat memberi
pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai kepentingan jalinan kerjasama di peringkat
antarabangsa dan meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Ianya juga dilihat sebagai langkah
permulaan untuk jalinan kerjasama pada masa akan datang.
5. Jamuan minum petang bertempat di Café KV Kuantan dan Sesi bergambar
Setelah selesai sesi lawatan ke Mock Office Pengurusan Perniagaan dan bengkel Perakaunan,
kesemua tetamu diraikan dengan sedikit jamuan minum petang bertempat di Café KV Kuantan.
Kesemua tetamu mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat
serta berharap akan ada lagi kerjasama seumpama ini pada masa hadapan. Akhir sekali semua
delegasi dan Jawatankuasa yang terlibat telah bergambar sebagai tanda kenangan telah terjalinnya
hubungan kerjasama di antara kedua-dua pihak.
Ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional
Kuantan, En. Mokhtar bin Mohd Redan
Ucapan oleh wakil daripada SKC Thailand Miss Sainuree Yusoh
Penerangan mengenai program Pengurusan Perniagaan oleh Ketua
Program Pn. Siti Norbaya Husin dibantu pelajar Diploma tahun 2
Mrs. Chanyaporn Plermsamran melengkapkan daftar pelawat di
Mock Office Pengurusan Perniagaan
Lawatan ke bengkel Perakaunan : Penerangan oleh Pn. Kasmani
Binti Mohd Satar bersama tenaga pengajar perakaunan
.
Jamuan Minum Petang di Café KV Kuantan
.
Bergambar kenangan di antara deligasi daripada SKC Thailand dan
Jawatankuasa Program Pengantarabngsaan KV Kuantan/ Polisas
Bergambar kenangan di antara Jawatankuasa Program
Pengantarabangsaan KV Kuantan dan Polisas