POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
JABATAN PERLANCONGAN DAN HOSPITALITI
MPU21032 JABATAN PERLANCONGAN DAN HOSPITALITI
E-MAJALAH
DIPLOMA PENGURUSAN ACARA (DEV1B)
SESSION 2:2021/2022
DISEDIAKAN OLEH: NO MATRIKS
18DEV21F1022
No. NAMA 18DEV21F2002
1. NUR FATIN ALYA BINTI MOHD FADZLI 18DEV21F2003
2. AISYAH NABIILAH BINTI AZRAIN 18DEV21F2005
3. AZLIN NABILA BINTI MOHAMAD NOR AMIN
4. UMI KARMILA BINTI BADROL SAID
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN NORZIRA BINTI AHMAD
TARIKH PENYERAHAN:
12 MEI 2022
ISI KANDUNGAN
NO TAJUK MUKA
SURAT
1 PENGENALAN
2 BUDAYA DAN ADAT RESAM SETIAP KAUM DI MALAYSIA 1
3 MAKANAN DAN MINUMAN SETIAP KAUM DI MALAYSIA 2-19
4 PEMAKAIAN MENGIKUT BUDAYA SETIAP KAUM DI MALAYSIA 20-23
5 CARA HIDUP SETIAP KAUM DI MALAYSIA 24-36
6 KESIMPULAN 37-44
7 SUMBER RUJUKAN 45
46
PENGENALAN
Malaysia meruapakan negara majmuk yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik yang
mempunyai plbagai budaya. Kesepaduan sosial dan kebudayaan merentas bangsa sentiasa
menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini.
Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius
dalam membina negara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata kesepaduan sosial
dan kebudayaan menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan
kestabilan politik
BUDAYA DAN ADAB RESAM 4 KAUM TERBESAR DI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Setiap kaum mempunyai adat resam dan kebudayaan masing-masing yang boleh diamalkan
dengan aman dan damai. Adat secara umumnya didefinasikan sebagai suatu aturan dan cara
hidup yang merangkumi segala tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Ianya juga satu
peraturan yang diamalkan secara turun temurun dalam masyarakat sehingga menjadi suatu
hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Peraturan ini menjadi kebiasaan dan tabiat
manusia semula jadi serta kemestiaan yang diikuti dari satu generasi ke generasi yang lain
bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu. Adat ialah peraturan yang sudah lama diamalkan
yang merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang
dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Di Malaysia, adat resam dan
kebudayaan dapat dilihat dalam kehidupan bagi setiap ras seperti adat resam masyarakat
Melayu, Cina, India dan iban.
BUDAYA DAN ADAB RESAM KAUM MELAYU
Terdapat beberapa budaya dan adab resam yang diguna pakai oleh masyarakat melayu
antaranya ialah:
ADAT KELAHIRAN
Melenggang Perut
- Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika
kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.
- Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang
mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan
kedudukan bayi di dalam perut.
- Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak
yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan
melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu.
- Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan
peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan
diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah
dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
Sewaktu bersalin
- Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga
berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan
sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh
hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau.
Azan/Qamat
- Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala
bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan
melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan
berunsur keagamaan.
Membelah/Mulut
- Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam
agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian.
- Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti
dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga
yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang
baru lahir tersebut.
- Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat
ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.
Berpantang
- Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa
berpantang yang bermaksud larangan.
- Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau
sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh
empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus
hari.
- Tempoh Berpantang
- Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut
kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak
pergerakan.Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan
kegatalan di seluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta
memakan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana
ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan.Sebaliknya mereka digalakkan
memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar, direbus dan dibenarkan minum air
suam atau susu.
Bertungku
- Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku
dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal.Biasanya tungku
diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan
kain yang di lapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang
dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat.
- Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk
mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan
menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai
bengkung.Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau
pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita
selepas bersalin.
ADAT PERKAHWINAN
Merisik
- Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.
Pertama sekali adalah peringkat merisik.Adat ini juga dipanggil meninjau atau
menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan
teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan
orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati
keluarga pihak perempuan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam
membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuan adat ini dilakukan adalah
untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum
berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan
orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis.
Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu
atau bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk
menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.
- Bagi pihak si perempuan, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan
sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah
mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Meminang dan bertunang
- Setelah keluarga lelaki datang merisik mereka akan menetapkan Tarikh untung
meminang dan terus bertunang. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin,
beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar
atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih
junjung.
- Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak
perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar
oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak
perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan
7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran
dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal
dan kuih-muih.tetapi jika tempoh pertunangan tidak bertahan lama pihak lelaki tidak
boleh meminta semula hantaran yang diberikan kepada pihak perempuan. Berbeza
pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia
diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan
hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak
lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.
- Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat
mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina
ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada
kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam
pertunangan.Justeru, alam pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap
rumahtangga yang bakal dibina..Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan
membimbing hambaNYA ke jalan yang benar..
‘RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN’
- Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas kahwin telah
ditetapkan mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas tetapi hantaran pula
terpulang kepadapersetujuan kedua-dua belah pihak pengantin. kebiasaannya jumlah
hantaran dihantar dengan nombor yang ganjil seperti lima, tujuh,sembilan dan
sebelas. Jumlah hantaran daripada pihak pengantin lelaki adalah lebih kecil daripada
jumlah hantaran pengantin perempuan. contohnya, jika pihak pengantin lelaki
menghantar hantaran sebanyak tujuh dulang hantaran maka pihak pengantin
perempuan akan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran. Gambar di bawah
merupakan hantaran-hantaran yang selalunya dihantar.
Berinai
- Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat
3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Pengantin
perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada
tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking,
jari manisdan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya
membuat majlis berinai secara kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu
melaksanakan adat berinai besar.
ADAT KEMATIAN
Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, wajib bagi mereka menuruti kaedah pengkebumian
berasaskan garis panduan al-Quran dan as-Sunnah dan diselitkan dengan sedikit adat-
adat kemelayuaan.
1. Pertamanya,semasa berlakunya kematian, keluarga si mati akan menghebahkan
kematian kepada imam atau siak yang berada di masjid seterusnya masyarakat
sekitar. Hal ini bertujuan mendapatkan pertolongan daripada orang yang lebih arif
untuk menguruskan jenazah si mati.Di samping itu,untuk menghebahkan kematian si
mati.
2. Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup
dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat
dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan
kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-
Quran.
3. Kemudian, mayat akan dibersihkan melalui upacara mandi wajib (kecuali mati syahid).
Proses memandikan jenazah hanya akan dilaksanakan oleh kaum sejantina si mati.
Biasanya daripada kalangan keluarga si mati itu sendiri.Ianya meliputi membersihkan
seluruh bahagian badan si mati menggunakan kapur barus dan mengeluarkan sisa-
sisa perkumuhan dari tubuhnya.Ini kerana ianya sejajar dengan tuntutan agama yang
menyatakan bahawa si mati perlu bertemu dengan tuhannya (Allah S.W.T) dalam
keadaan bersih.
4. Selesai memandikan mayat, jenazah akan dikafankan. Kafan disini mendukung
maksud membalut badan jenazah dengan aturan tertentu. Proses mengafankan
melibatkan penggunaan kain putih yang mencukupi beserta dengan tali, juga
berwarna putih untuk mengikat seterusnya mengukuhkan lagi balutan kain kafan
tersebut.Balutan lapisan bagi mayat lelaki ialh 5 lapisan manakala mayat perempuan
7 lapisan. Sesudah jenazah dikafankan, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan
mengucup mayat sebagai tanda penghormatan terakhir tetapi disyaratkan air mata
tidak menitis pada tubuh jenazah.
5. Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan
memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika
selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga
akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar
dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati.
6. Sebelum dikebumikan jenazah akan disolatkan di masjid atau surau yang berhampiran
dahulu sebelum dikebumikan. Selesai sembahyang mayat, biasanya diedarkan
sedekah berupa wang atau benda contohnya seperti kain pelekat kepada mereka
yang telah menyembahyangkan mayat itu.Selesai sahaja solat mayat,mayat dengan
kerandanya itu akan dibawa dan dimasukkan ke dalam kubur yang disedia.Sebelum
ditimbus kubur itu, siak masjid atau sesiapa akan turun ke dalam kubur membuka
papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat itu serta membukakan ikatan di
kepala. Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan
selepas diazankan di telinganya. Selesai kubur itu ditimbus, dipacakkan sebatang
ranting pohon sebagai tanda untuk memacakkan batu nesan pada kemudian hari. Dua
batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di
atas kubur sebagai tanda.
7. Seterusnya upacara membaca talkin dan membaca doa kepada si mati akan
dijalankan oleh tuan haji, lebai atau tuan alim. Selepas talkin dan doa habis dibaca, air
akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki
sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur .
8. Biasanya selepas kematian si mati,kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan
oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari
pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah
untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga
masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati
dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas
seratus hari seseorang itu meninggal dunia.
BUDAYA DAN ADAB RESAM KAUM CHINA
Adat kelahiran
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina
dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat
Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang
bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau
kematian.
Sewaktu Mengandung
- Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung
dan bukannya suami.
- Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh
melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang.
- Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan
apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
Pantang Larang Semasa Bergandung
- Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi
yang lahir akan mengalami kecacatan.
Adat perkahwinan
Perkahwinan adalah satu perkara yang dipandang berat oleh masyarakat Cina secara
turun-menurun. Walaupun berada dalam zaman yang moden kini, banyak adat
tradisional dalam perkahwinan tidak diamalkan oleh masyarakat cina lagi, tetapi juga
mempunyai adat-adat yang kekal diamalkan dalam perkahwinan Cina.
Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-
baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang
diamalkan oleh mereka iaitu Eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu
bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan Implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua
lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing.
Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
Merisik
- Proses pertama adalah keluarga pihak pengantin lelaki dan perempuan akan merisik
latar belakang pasangan yang disukai oleh anaknya. Hal ini kerana keluarga kaum
Cina terlalu ambil berat tentang nama, keturunan, latar belakang, peribadi atau tingkah
laku pasangan anaknya.
- Ciri-ciri ini adalah penting untuk mewujudkan perkahwinan anak mereka menjadi kekal
dan bahagia. Terdapat pelbagai cara merisik seperti menanyakan soalan kepada
rakan-rakan yang rapat tentang pasangan anak mereka. Keluarga Cina lebih gemar
mengadakan perbincangan tentang perkahwinan di restoran-restoran dan ini biasanya
diadakan oleh keluarga pihak lelaki.
- Tradisi ini adalah penting dalam masyarakat Cina kerana keluarga kedua-dua pihak
dapat mengeratkan hubungan dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
perkahwinan.
Meminang
- Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-
masing, adat meminanag akan dijalankan. Seorang wakil akan dipilih iaitu Moi-Ngin
untuk berkunjung ke rumah pihak perempuan bagi membincangkan perkara-perkara
berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang
dengan wakil tersebut berkenaan jumlah wang untuk kahwin, peruntukan meja dalam
jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.
- Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah.
Segala permintaan pihak perempuan akan dibincang dan dipersetujui oleh ibu bapa
pihak lelaki. Selepas itu, ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk
menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua
pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang
dijalankan.
Bertunang
- Hari pertunangan akan dipilih berdasarkan kalendar Cina dan hendaklah bersesuaian
dengan bintang kelahiran (Ba-Zhi) pasangan tersebut. Lazimnya, perkhidmatan
tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh berpandukan kepada Toong-Su. Ini
penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa
bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan.
- Bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan tersebut untuk
menunaikan segala permintaan. Kemudian, upacara bertukar cincin akan dilakukan
mengikut masa yang ditetapkan. Bagi membukitkan persetujuan, perempuan
berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau Nyen-Sang yang tertulis
nama, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Selepas
penghitungan hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang, Tukang
tilik akan membuat ramalan dan menyediakan dua keping Nyik-Kor yang
mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat serta memberikan kertas tersebut
kepada kedua pasangan.
- Selain itu, hadiah besar juga diberikan kepada pihak perempuan pada hari
pertunangan. Proses ini dikenali sebagai Guo Da Li dan hadiah besar ini mengandungi
angpau, arak, biskut, dan lainlain. Bilangan barang yang ada dalam hadiah besar perlu
adalah genap kerana bermaksud hubungan pasangan akan berkekal selama-
lamanya. Dalam masyarakat Cina, semakin tinggi wang tunai atau angpau yang
diberikan dalam hadiah besar, semakin tinggi kedudukan keluarga lelaki. Sebelum hari
perkahwinan, keluarga pihak perempuan perlu menghantarkan hantaran kepada pihak
lelaki atau rumah baru pasangan tersebut.
- Selepas itu, kedua-dua keluarga akan menghantar surat jemputan kepada saudara-
mara dan rakan-rakan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak-anak mereka.
Majlis Perkahwinan
- Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut
tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan
sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan
itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Hal ini
kerana kepercayaan dalam masyarakat Cina adalah tidak manis mengadakan
perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Sebelum hari
perkahwinan, keluarga kedua-dua pihak akan menyembah nenek moyang mereka dan
ini bermaksud memberitahu keluarga mereka akan menjalankan perkahwinan, Selain
itu, keluarga pihak lelaki akan menyediakan satu katil di bilik pengantin dan
meletakkan angpau, limau dan gula-gula. Seorang budak lelaki akan diminta untuk
melompat di atas katil tersebut. Dalam kepercayaan masyarakat Cina, tindakan ini
adalah berdoa pasangan tersebut dapat melahirkan anak mereka dengan tempoh
masa yang pendek. Pengantin lelaki dan perempuan juga akan makan Tang-Yuan
iaitu bermakna mereka akan bersatu hati sebagai sebuah keluarga pada masa depan.
- Pada malam hari sebelum perkahwinan tersebut, pengantin perempuan dan lelaki
akan menjalankan upacara sikat rambut. Pengantin perempuan dan lelaki akan
memakai pakaian berwarna putih dan ibu bapa mereka akan mengemaskan rambut
mereka sambil menyanyikan lagu Shi Shu Ge. Ini merupakan satu adat yang
diamalkan oleh masyarakat Cina kerana bermaksud anak-anak mereka telah
berdewasa dan berdoa hubungan pasangan penganti akan berkekal.
- Pada pagi hari perkahwinan, pengantin dan penganti perempuan akan dihias indah.
Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat
daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias
dengan pelbagai aksesori. Baju perkahwinan Cina pada zaman kini telah berubah iaitu
tidak semestinya memakai baju perkahwinan tradisional dan juga boleh memakai baju
perkahwinan Barat. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning.
Warna baju yang dilarang memakai adalah warna hitam dan kelabu kerana dipercayai
warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
- Pengantin lelaki dan rakan-rakan akan bertandang ke rumah pengantin perempuan
dan semasa kereta pengantin leleki sampai ke rumah pengantin perempuan, seorang
adik atau budak lelaki dari keluarga perempuan akan membuka pintu kereta pengantin
lelaki. Pengantin lelaki akan memberi ang-pau kepada dia sebagai ganjaran.
- Selain itu, rakan-rakan pengantin perempuan akan meyediakan beberapa ujian atau
permainan kepada pengantin lelaki dan rakan-rakannya untuk hiburan. Selepas itu,
pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan
diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan
didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.
- Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan menyembah nenek moyang dan
dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan
keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di
samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua
masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting
dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai
maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin
terutamanya perempuan dalam keluarga lelaki di samping bertujuan untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini, pasangan pengantin akan
memberi teh yang disediakan kepada saudara mara kedua-dua keluarga.
- Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu
jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah,
dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai
hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan
cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir
sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua
pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Adat kematian
Semasa Kematian
- Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi
penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan
minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila
berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang
cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari
perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan
pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan
dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke
dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya,
keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan
seseorang semasa hidupnya.
Penghormatan terakhir kepada si mati
- Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai
dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan
dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan
perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-
kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan
si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si
mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang
piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam
akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua
lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga
akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama
dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini
seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap
kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.
- Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan
pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran
tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran
lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang
mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil
yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.
Sebelum Upacara Pengebumian
- Upacara sembahyang mayat bergantung kepada kepercayaan agama si mati. Bagi
sesetengah masyarakat Cina, anak cucu si mati akan berbisik di tepi keranda untuk
menasihati si mati agar melafazkan nama seorang Dewa atau Buddha secara
berterusan dalam masa lapan jam selepas kematian. Hal ini demikian kerana
dipercayai Dewa atau Buddha akan datang menjemput roh si mati ke syurga jika si
mati berbuat demikian secara ikhlasnya. Ahli keluarga terdekat si mati harus berulang
kali berkata di tepi keranda untuk memanggil roh si mati mengikut cahaya putih yang
terang dan menghindarkan cahaya kelam dan kabur. Cahaya yang terang dianggap
jalan ke syurga dan cahaya yang kabur ialah jalan ke neraka.
I. Mayat diarak ke jirat
II. Ahli keluarga berarak ke jirat
III. Keranda dibawa dengan van
- Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu
akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional
masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka
mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut
ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah
sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti
supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
- Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam.
Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda
si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian
tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap
dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada
jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung
dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak
sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini
adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas
tersebut.
Semasa Pengebumian
- Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut
haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional,
mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar
untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si
mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut
telah berkurangan kerana telah banyak kejadian menggali lubang kubur dilaporkan
sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk duit
sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang
tidak bertanggungjawab.
Upacara pengebumian
- Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan
penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang
telah meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi
adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah
perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan
masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan
pulang.
- Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan
yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai
melambangkan kekayaan si mati ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar dan
mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan. Ini bermakna si mati
layak menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup. Oleh itu tidak hairanlah
masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga yang
meninggal dunia.
Selepas Kematian
- Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai
beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna
lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang
kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.
BUDAYA DAN ADAT RESAM KAUM INDIA
Adat kelahiran
Sewaktu Mengandung
- Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil
menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan
sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Upacara ini juga
dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi
dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan
bunga-bungaan.
- Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli
oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Para cumanggali akan memulakan
upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita
hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan.
Selepas Kelahiran
- Adat-adat berikut dijalankan selepas kelahiran bayi.
I. Membawa Bayi Pulang Ke Rumah
II. Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima,
ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil.
III. Mandi Selepas Bersalin
IV. Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain
di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya.
V. Mendodoi Bayi
VI. Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat
India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan
lidah.
VII. Memberi Nama
VIII. Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia
dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli
keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan
dewa-dewa.
Adat perkahwinan
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu
kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di
negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.
Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan
dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan
perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai
suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat
India secara umum.
Merisik
- Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama.
Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi
aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras
dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira.
Kunjungan Ke Rumah Pengantin
- Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan
mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan
perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa
Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang
dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.
- Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta
serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan
mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak,
mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil
barang-barang tersebut.
- Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan
menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat
pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan
perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian
kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut
serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui
latar belakang bakal pengantin lelaki.
Ikat Janji Atau Niccayam
- Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan
datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan
membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-
buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal
pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan
untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut
akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin
akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.
Parisam
- Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan Parisam biasa
adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan,
manakal Udan Parisa adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama
di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India,
parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan
pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki
akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu
disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil
cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal
pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa
yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak
perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang
diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku
diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.
- Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu.
Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi
sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis
sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah
itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbu dengan lebih
dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan
dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa
orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin
perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan
memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu
mengunjungi rumah pengantin (pen paartal ), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian
hadiah.
Kad Jemputan
- Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat
India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat
kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad
jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang
keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa
bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas
dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang
kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan
dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan
begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai
tanda jemputan perkahwinan secara rasmi
.
Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
- Merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua
pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit.
Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath
thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai
suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau
sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana,
kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk
memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali.
- Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat
sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk
menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali. Selepas itu upacara
sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.Dalam upacara itu
bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan
pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini
kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan
tidak dicuri orang.
Mukuurtta Kaal
- Dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini
diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan
adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk
dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan
mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula
dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti
pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam
jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.
Upacara Kanggenam Dan Perkahwinan
- Menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari
sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar
selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh
Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda
akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin.
Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang
disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin
perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa
atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci
pada dahi pengantin
Selepas Majlis Perkahwinan
- Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas
berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin
perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami
selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki
pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa
itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan
jamuan.
- Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum
khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya
upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini.
Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan
khemah perkahwinan.Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas
upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-
sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan,
makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat
dilarang dalam agama Hindu.
- Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai. Terdapat
beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya
sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki
pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan
sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke
rumah pengantin perempuan selama tiga hari.
- Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan. Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan
dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda
menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi
dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka
yang merobohkan khemah perkahwinan. Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan
diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan
di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan
diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging
kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai
oleh saudara mara serta sahabat handai.
Adat kematian
Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan
upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.
Semasa Kematian
- Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu.
Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci
amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih
pinang diletakkan berhampiran si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si
mati sebelum disembahyang. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan
kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling
diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan
lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.. Mayat akan dimandikan terlebih
dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Selepas
dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat
perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
Upacara Menanggalkan Thaali
- Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya
sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan
hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia.
Upacara Vaaikkarisi
- Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.
Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam
mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian
terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi.
Kollic Catti
- Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut
diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung
dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak
ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan
anak bongsu untuk ibu. Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi
mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat
yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut ‘sorkam seer, kaiulaasam seer’
berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat
dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat.
Selepas Kematian
- Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan
seperti membersihkan rumah, mengumpul abu mayat dan berkabung.
BUDAYA DAN ADAB RESAM KAUM IBAN
Adat Perkahwinan
Dalam masyarakat iban, usia lelaki yang layak untuk bernikah adalah 20 tahun keatas.
Manakala, bagi perempuan adalah tiada had umur yang ditetapkan. Perkahwinan
yang sempurna bagi masyarakat iban adalah perkahwinan yang mengikut adat . Bagi
mana-mana pihak yang melanggar adat, mereka akan dikenakan denda yang
bertujuanuntuk mengelak pasangan suami isteri tersebut ditimpa bala atau
kesusahan.Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam adat perkahwinan kaum iban.
Antaranya;
Merisik
- Dalam masyarakat Iban, adat merisik merupakan adat yang wajib diikuti. Adab merisik
akan dijalankan apabila seorang teruna telah berkenan pada seorang gadis, ibu
bapanya atau wakil akan pergi ke rumah si gadis untuk merisik. Ini bertujuan untuk
menanyakan persetujuan daripada pihak gadis. Setelah mendapat persetujuan, pihak
pengantin perempuan akan menentukan permberian ( wang hantaran) dan syarat-
syarat perkahwinan.
Meminang atau bertunang
- Rombongan meminang daripada pihak lelaki akan desertai oleh lima hingga sepuluh
orang yang terdiri daripada golongan orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat
perkahwinan akan ditentukan sekali lagi. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak
lelaki akan menanggalkan lapik atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai
tanda pertunangan. Seterusnya, kedua belah pihak akan berbincang mengenai tarikh
dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan tersebut tidak boleh lagi menerima
kunjungan lelaki selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian, pihak lelaki akan
memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.
Majlis perkahwinan
- Majlis perkahwinan ini dimulakan oleh pihak lelaki dimana mereka akan menyediakan
barang-barang atau hantaran yang akan diberikan kepada pihak perempuan.
Antaranya ialah kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan barang kemas. Keluarga
pihak perempuan akan membuat persiapan seperti memburu binatang untuk dijadikan
lauk kepada tetamu yang akan datang.
- Pasangan ini akan mengenakan pakaian tradisional Iban. Keluarga pihak lelaki
berjalan diiringi oleh paluan gong. Tiba di rumah pengantin perempuan, satu das
tembakan akan dilepaskan tanda tetamu sudah tiba. Rombongan pengantin
perempuan akan bersiap sedia untuk turun ke sungai mandi bersama-sama dengan
pengantin lelaki. Ini adalah untuk menunjukkan permulaan silaturahim antara dua
keluarga pengantin.
- Sebelum upacara perkahwinan bermula, perbincangan akan diadakan di ruai dan “air
tuak” turut dihidangkan sebagai air peransang kepada tetamu. Setelah mengetahui
hubungan kekeluargaan, pengantin akan meminta berian. Nilainya ditetapkan oleh
masyarakat di situ. Pihak pengantin perempuan akan minta bayaran “pemecah
tangga” iaitu sebilah beliung, bayaran “pembuka pintu” iaitu sebatang lembing,
bayaran “pembuka kelambu” iaitu sebilah pedang dan bayaran-bayaran yang
lain.setelah selasai pemberian, ibu bapa pengantin akan berbincang tentang
pemberian yang akan diberikan jika berlaku penceraian. Namun, jika penceraian
terjadi dengan alasan yang tidak nyata, maka perjanjian tersebut tidak akan
digunapakai.
- Setelah itu, upacara membelah pinang dijalankan. Upacara ini adalah untuk
menentukan tempoh jodoh antara pasangan pengantin ini. Buah pinang itu dibelah
dan diagihkan kepada tetamu. Setelah itu, upacara ini pun tamat. Jika ada sebarang
kesalahan semasa menjalankan adat ini, pengantin akan mandi di sungai untuk
membersihkan diri. Sehelai kain yang panjangnya 7 ela dipegang supaya kesalahan
mereka akan hilang.
- Walaupun mereka sudah sah sebagai suami dan isteri, mereka tidak boleh tidur
bersama selagi masih ada bunyi-bunyi yang membawa petanda buruk. Mereka akan
dipisahkan sementara waktu sehingga semua petanda buruk tersebut tiada lagi.
Adat kematian
1. Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian,
semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya.
2. Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah
merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat
dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya.
3. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka
percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si
mati. Kemudia mayat diletakkan di tengah-tengah rumah panjang dan dilingkungi
dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.
4. Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-
barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas
mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian.
5. Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa dan dipercayai roh
si mati dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca
berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang.
6. Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang-orang tua akan
berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang.
7. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan
menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah
melalui celahan lantai.
8. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu.
9. Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu.
Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.
Perayaan kaum iban
1. Perayaan Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut
untuk menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan
perayaan ini dengan berkumpul di serambi umum Rumah Panjang yang terdapat
ranyai atau dikenali pokok istiadat dengan mengenakan pakaian tradisional
masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya atau adat nenek
moyang mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi suasana dengan
berjumpa, berkumpul dan bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan
tradisional yang disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang
dikenali sebagai tarianNgajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga diselitkan
dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain.
2. Dari segi kepercayaan mereka, mereka turut menyediakan makanan dan arak kepada
dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih hasil daripada tuaian yang
baik dan menguntungkan. Upacara ini dikendalikan oleh orang yang tertentu sahaja
seperti wakil masyarakat. Mantera dibacakan dan darah ayam akan direnjiskan pada
persembahan tersebut.
3. Ngajat Lesung ialah sejenis tarian yang dipersembahkan oleh para penari yang
bersaing ingin menunjukkan kehebatan mereka dengan mengangkat lesung
penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Apabila ranyai dibuang, maka berakhirlah
perayaan ini.
Agama dan kepercayaan
Zaman dahulu, masyarakat Iban percaya terhadap kepercayaan animisme. Mereka
berpegang pada kepercayaan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka dahulu.
Mereka berpandukan pada ‘Papan Turai’ yang telah ditulis oleh ‘Tuai Raban Bansa”
dengan berpandukan nasihat dari ‘Manang’ dan ‘Lemambang’.
Orang Iban percaya bahawa terdapat kewujudan seorang Tuhan iaitu Binsi Petara
yang dipercayai mencipta dunia dan alam semesta. Di bawah Tuhan ini terdapat 7
orang dewa. Anatranya ialah:
· Dewa Peperangan – Sengalang Burong
· Dewa Keagamaan – Biku Imam Bunsi Petara
· Dewa Perubatan – Menjaya
· Dewa Pertanian & Tanah – Sempulang Gana/Semerugah
· Dewa penyembuh semulajadi & Dewa Keadilan – Ini Inee/Andan
· Dewa Kekayaan – Anda Mara/Gangga Ganggong
Orang Iban percaya bahawa semua benda hidup mempunyai semangat dan roh
mereka masing-masing. Mereka juga turut percaya pada ilmu firasat dan turut
bergantung padanya. Contoh ilmu firasat mereka adalah melalui mimpi yang baik atau
buruk, binatang bisa, burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja dan
hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya. Kini, masyarakat Iban majoritinya adalah
penganut agama kristian. Selebihnya ada yang menganut agama lain seperti Agama
Tradisional, Islam, Ateisme dan lain-lain agama.
MAKANAN DAN MINUMAN MENGIKUT KAUM DI MALAYSIA
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.Aspek tersebut
menjadi penyumbang kepada perkembangan pemakanan yang mempengaruhi perpaduan
kaum di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di Malaysia ini mempunyai
sejarah tentang makanan tradisional kaum masing-masing. Makanan tradisional sangat
popukar dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Makanan tradisional ini bukan sahaja
diminati oleh masyarakat kita malah turut diminati oleh golongan antarabangsa. Malaysia
terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Terdapat pelbagai jenis
makanan tradisional mengikut kaum utama di Malaysia. Antaranya ialah Nasi Lemak, Laksa,
Yong Tau Fu, Roti canai dan sebagainya. Makanan tradisional ini semakin hari semakin
popular walaupun Malaysia kini sudah mencapai status negara sedang membangun.
Makanan tradisional ini boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU.
Kaum melayu merupakan kaum yang mempunyai elemen-elemen serta asal usul yang barkait rapat
dari Sumatera, Jawa, Thailand, Sulawesi dan Polinisia. Oleh yang demikian, tidak asing dan
hairanlah jika rasa masakan Melayu menyajikan sedikit sebanyak kualiti dan pengaruh yang di bawa
oleh negara-negara jiran.
Lahiriahnya, mejoriti masakan yang dihasilkan kaum melayu iaitu makanan tradisional malayu amat
gemar dengan penggunaan rempah ratus yang banyak dan menghasilkan makanan yang berlemak
dan pekat dengan penggunaan santan, budu atau perasa pedas, lengkuas dan serai dalam masakan.
Dalam pada itu, seperti yang kita ketahui makanan utama penduduk Asia ialah nasi. Begitu juga bagi
kaum melayu hampir setiap hidangan disajikan bersama nasi.Hidangan yang mampu
menghangatkan suasana di meja makan itulah yang dikenali sebagai hidangan orang Melayu yang
mahsyornya kerana kekayaan penggunaan rempah ratus serta keenakkan dari segi kepedasannya.
JENIS-JENIS MAKANAN KAUM MELAYU
Nasi Lemak
Nasi Lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai
sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak
nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu
tradisional. penggunaan santan dalam nasi, membuatkan nasi itu berlemak. Nasi Lemak biasanya
dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng,kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai
hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.
Makanan ini kebiasaannya dijual dikebanyakkan kedai makan, warung-warung dan penjaja.
Lemang
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai oleh orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun,
tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Semua orang daripada pelbagai
kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang meupakan hidangan isitimewa di Malaysia. Makanan
tradisi ini juga selalunya dihidangkan dengan rending dan serunding untuk dimakan. Lemang
diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik
dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak yang menggunakan buluh
ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA.
Sejarah kemasukan kaum cina ke dalam negara kita telah membawa kepada berubahan yang baru
dalam seni kulinari yang jauh lebih berbeza dengan kaum Bumiputra. Kehadiran mereka telah
memperkenalkan kita kepada Mee yang menjadi makanan utama bagi masyarakat Cina sejak 2000
tahun dahulu. Kerana keadaannya yang bertahan lama, mudah diangkut dan senang disediakan
menyebabkannya menjadi makanan yang terkenal di hampir seluruh pelusuk dunia. Makanan ini
merupakan kebanggaan masyarakat Cina kerana ia menjadi salah satu bukti terserlahnya
keintelektualan nenek moyang mereka.Oleh kerana tekstur mee yang kenyal dan tanpa sebarang
perasa atau tawar, makanan ini amat mudah diolah kepada pelbagai macam hidangan yang lazat dan
menarik serta boleh disediakan dalam pelbagai cara samada sejuk atau panas. Variasi masakan
berasaskan mee juga menjadi kegemaran masyarakat Malaysia samada Mee sup, Mee berkuah,
Mee celur atau digoreng dan sangat mudah didapatai di sekitar tanah air.
JENIS-JENIS MAKANAN KAUM CINA
DimSum
Dim Sum merupakan hidangan ringkas yang kebiasaanya dihidangkan bersama Teh Cina. Secara
praktikalnya istilah “Minum Teh” yang di amalkan adalah untuk menggambarkan pengalaman atau
suasana yang khususnya dalam Kantonis sezaman serta dikaitkan dengan sejarahnya, pada zaman
dimana para pengembara di Laluan Sutera kuno yang memerlukan suatu tempat untuk berehat. Oleh
itu, mereka akan ke gerai-gerai minum yang didirikan di tepi jalan untuk berehat. Waktu
penghidangannya juga ialah pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan kedai
makan dim sum khas. Selain itu, sebilangan keluarga cina juga suka berkumpul pada perayaan khas
seperti Tahun Baru Cina dan hari Ahad untuk bertemu dan berbual-bual dengan datuk dan nenek
mereka sambil disajikan hidangan ini. Hidangan ini kebiasaannya dihidangkan dalam bakul pengugus
kecil atau atas pinggan kecil. Namun demikian, meskipun makanan ini adalah hidangan tradisional, ia
telah menjadi suatu evolusi yang masih digemari sehingga kini dengan bermacam inovatif yang baru.
Kuih Bakul
Kuih bakul atau nama lainnya Nian Gao atau lebih dikenali sebagai kuih Tahun Baru Cina ialah
makanan tradisional masyarakat cina yang diperbuat daripada tepung pulut yang berbentuk seperti
dodol. Secara tradisisnya, makanan ini lebih mendapat sambutan untuk dimakan ketika sambutan
Tahun Baru Cina, walaupun boleh dimakan bila-bila masa. Amalan memakan kuih bakul pada masa
perayaan Tahun
Baru Cina adalah dipercayai akan membawa tuah ini kerana namanya “nian gao” yang bermaksud
‘kuih’, dan (gao) yang bermaksud “tinggi”. Dalam erti kata lain, ‘tinggi’ melambangkan erti “Semakin
tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA.
Berdasarkan apa yang telah ditulis oleh sejarah sudah pasti kita dapat ketahui bahawa kedatangan komuniti
kaum India telah memperkenalkan kita kepada kepelbagaian rempah ratus yang mempunyai aroma dan rasanya
yang tersendiri. Antara makanan yang terkenal dan dinikmati seluruh masyarakat Malaysia zaman kini ialah kari.
Masakan kaum India yang sangat sinonim dengan panggilan kari seperti Kari ayam, Kari daging, Kari kacang
dal, Kari kurma ayam dan sebagainya. Makanan kaum India di Malaysia masih mengekalkan keaslian masakan
yang diwarisi dari negara asal mereka. Selain pedas dan berempah, kaum India juga gemar menggunakan
lemak dalam masakkan yang biasanya menggunakan lemak
haiwan seperti minyak sapi dan susu segar. Penggunaan Bawang merah atau Bawang bombay yang
sangat banyak menyebabkan masakan India sangat harum dan haruman tersebut boleh bertahan
sehingga 8 jam.
JENIS-JENIS MAKANAN KAUM INDIA
Murukku
Murukku merupakan makan tradisional yang berasal dari negara India. Nama lainnya ialah Chakli dan
Chakri. Makanan tradisional ini boleh didapati diamana-mana sahaja dan dihidang sebagai makanan
ringan. Bahan utama dalam menyediakan marukku ialah urad dan tepung beras. Seterusnya, oleh
kerana ia dibuat dalam pelbagai perasa seperti cili, asafoetida, ajawain dan cumin menjadikan ia
amat lazat dan senang untuk disediakan.Makanan ini dinikmati pelbagai kaum masyarakat tidak kira
umur sehingga sampai kepada rakyat United Kingdom yang merujuk murukku sebagai Chakri di
negara tersebut.
Putu Mayam
Putu Mayam merupakan makanan tradisional yang dihidangkan bersama kelapa parut dan gula
perang atau gula kabung atau gula melaka atau nisan. Sehingga kehari ini jika kita perhatikan nenek
dan atuk, malah ibubapa kita sendiri masih gemar untuk mencari makanan tradisional ini untuk
dinikmati terutama ketika suasana sejuk seperti ketika hujan senja. Makanan ini turut mendapat
sambutan yang menggalakan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh kaum di Sri Lanka,
Malaysia dan Singapura sebagai snek. Selain itu, proses penghasilanya bermula dengan penggaulan
tepung beras dan atau tepung idiyappam dengan air atau santan dan seterusnya doh ditekan dalam
acuan untuk membentuk hasil utusan seperti mee. Di Malaysia biasanya ia dijual sebagai makanan
jalanan dari gerai penjaja, atau motosikal.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM IBAN
Bagi masyarakat Iban di Sarawak, kebanyakan dari mereka sudah tidak tinggal lagi di kawasan luar
bandar dan tidak lagi mendiami rumah panjai (rumah panjang). Namun, mereka masih tetap
mengekalkan adat serta budaya masyarakat Iban bagi mengekalkan keharmonian sesame mereka.
Bagi mengelakkan warisan serta tradisi masyarakat Iban terus ditelan zaman, maka pelbagai
hidangan tradisional kaum Iban masih tetap diteruskan supaya generasi akan datang dapat
meneruskan legasi kaum Iban
JENIS-JENIS MAKANAN KAUM IBAN
Umai
Umai merupakan hidangan yang berasaskan ikan mentah dengan campuran beberapa bahan seperti
bawang merah, cili, garam dan perahan limau untuk menghasilkan rasa yang enak. Ia juga boleh
dihasilkan menggunakan udang ataupun sotong.Gabungan pelbagai bahan telah membuatkan ikan
atau udang atau sotong mentah tersebut dimasak secara semulajadi tanpa perlu memasaknya di
atas dapur. Hidangan ini sememangnya enak dimakan bersama nasi panas.
Kemiding atau Midin
Sebut sahaja sayur midin, pastinya ramai mengenalinya terutama sekali masyarakat Sarawak.
Namun, jika ianya disebut dengan nama kemiding, mungkin juga ada yang terpinga – pinga tidak
mengenali.
Kemiding merupakan panggilan kepada sayur midin oleh masyarakat Iban. Ia merupakan sayur yang
begitu terkenal, malah hidangan midin merupakan makanan tradisional masyarakat Iban.
Sayur ini biasanya dimasak bersama belacan yang dikenali sebagai midin belacan. Ada juga yang
memasaknya secara rebus bersama ikan bilis sahaja.
PEMAKAIAN MENGIKUT BUDAYA SETIAP KAUM DI MALAYSIA
Pakaian tradisional adalah istilah untuk gambarkan baju dan seluar yang dipakai semasa perayaan
dalam Bahasa kebangsaan Malaysia mengikut kaum-kaum tertentu.
Oleh kerana Malaysia adalah negara berbilang budaya: Melayu, Cina, India dan ratusan kumpulan
peribumi lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo, masing-masing mempunyai tradisi dan
agama serta gaya pemakaian yang khusus untuk jantina dan mungkin disesuaikan dengan pengaruh
dan keadaan tempatan.Sebelum ini, pakaian tradisonal dipakai setiap hari. Namun, kini baju melayu,
baju kurung dan baju kebaya hanya dipakai pada majlis-majlis khas seperti upacara perkahwinan dan
acara kebudayaan.
Komuniti utama Malaysia adalah Melayu, Cina dan India, masing-masing mempunyai pakaian
tradisionalnya sendiri. Sebilangan besar rakyat Malaysia berpakaian seperti orang barat. Selalunya
pada majlis-majlis khas hanya warganegara yang memakai pakaian tradisional Malaysia. Semua
pakaian tradisional Malaysia yang pelbagai etnik berwarna-warni, mengikut budaya mereka dan
berseri-seri
Pemakaian budaya kaum Melayu
Baju Riau
- Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja
Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan
Bugis. Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi
dengan kain Songket.
Baju Belah Kebaya Panjang
- Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka
muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.
- Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi
potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan
baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah
panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini
kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang
menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah
dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga [macam takde beza dengan yang
atas].
Baju Melayu
- Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau
leher tegak empang. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju
yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran
(bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di
Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar
Baju Teluk Belanga
- Baju "Cekak Musang" lengkap
Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas
johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan
telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri
Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini
akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’
Baju Kurung
- Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak
pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai
satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak
langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati
konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan
sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan
berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama
namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.
Pemakaian budaya kaum Cina
Samfoo
- Membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh
lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di
depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan
pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian
tradisional kepada Orang Manchu.
Hanfu
- Orang Cina merupakan Suku Cina Han.merupakan pakaian tradisional sebenar kaum Cina.
Gambar yang ditunjukkan ialah pakaian tradisional kaum lelaki.
CHEONGSAM
- Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa
bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan
dengan suasana tempatan.
- Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan
sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam
majlis dan upacara.
- Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara
tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
- Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam
dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
Pemakaian mengikut budaya kaum India
Kurta
- Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan
kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.
Salwar Kameez
- Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara
India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar,
serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
Sari
- Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang
kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna
seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya.
Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atasbahu
kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari
tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang
sememangnya indah.
Pemakaian mengikut budaya di Sabah
Pakaian
- Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka.
Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah
lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai
daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan
bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan
semulajadi di waktu itu.
Bajau
- Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain
sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki
Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Orang Bajau,
(juga ditulis sebagai Badjao, Badjaw atau Badjau) adalah sebuah kumpulan etnik pribumi dari
Malaysia dan Filipina Selatan serta diiktiraf sebagaikumpulan etnik kedua terbesar di
negarabahagian Sabah.
Kadazan
- Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar
souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek
sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.Baju
tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias rendakuning
keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung
dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan
dan tali pinggang syiling perak.
Murud
- Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu
puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi
sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas
berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik
seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai. Orang Murut adalah sebuah kumpulan
etnik pribumi yang mendiami wilayah utara pedalaman Kalimantan.Sebahagian besar
masyarakat Murut adalah di pedalaman barat daya Sabah, Malaysia timur, khususnya
daerah Keningau, Tenom dan Nabawan Pensiangan, sepanjang Sapulut dan Sungai Padas.
Pemakaian mengikut budaya di Sarawak
1. Iban
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN
KAIN SIRAT
- Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang
berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan
yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di
bahagian itu. Sirat dipakai dengancara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung
kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian
yang berhia.
DANGDONG
- Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada
bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus
barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada
kain yang ditenun dengan cara ikat.
PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN
BIDANG
- Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan
panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang
kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya
yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka
coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-
warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh
pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-
kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif
tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang
bewarna merah.
KALAMBI
- Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan
kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu
sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat
bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau
ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada
yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah.
Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias
dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang.
Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada
kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-
jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam
bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal
atau dihias dengan karangan manik
BEDONG
- Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini
dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang
bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau
diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.
Bidayuh
PAKAIAN LELAKI SUKU KAUM BIDAYUH
- Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar
memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.
PAKAIAN PEREMPUAN SUKU KAUM BIDAYUH
- Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam
berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya
ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.
PAKAIAN LELAKI SUKU KAUM MELANAU
- Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked
oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa
PAKAIAN PEREMPUAN SUKU KAUM MELANAU
BAJU BABAN
- Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung
pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang
merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.
PAKAIAN PEREMPUAN SUKU KAUM MELANAU
BAJU BALDU
- Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan
Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih
sanggul.
CARA HIDUP 4 KAUM TERBESAR DI MALAYSIA
Cara hidup ialah sesuatu perkara yang diwarisi oleh sesebuah anggota masyarakat dari
semasa ke semasa dan dari satu generasi ke satu generasi.Cara hidup setiap kaum adalah
berlainan.
Cara hidup orang melayu
Cara hidup orang melayu pada zaman dahulu dan sekarang adalah sangat berbeza.Ini
boleh dilihat dari segi politik,ekonomi dan sosial.Pada zaman dahulu orang melayu dikenali
dengan masayarakat melayu tradisional.Cara hidup orang melayu dari segi politik adalah
bermula sejak kurun ke 15 dimana struktur kerajaan melayu Melaka diasaskan.Struktur
kerajaan melayu Melaka pada masa itu adalah dipengaruhi dengan Hindu.Corak
pemerintahan kerajaan melayu melaka adalah feudal iaitu terdapat susun lapis sosial
berdasarkan status.Mengikut pada hierarki pada zaman itu,terdapat dua golongan sahaja
iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.Golongan pemerintah terdiri
daripada raja,bangsawan,pembesar dan penghulu manakala golongan yang diperintah
terdiri daripada rakyat biasa dan hamba.Pemerintah ialah orang yang mempunyai
kuasa,berpengaruh,berkedudukan tinggi,mempunyai pengikutnya sendiri dan mempunyai
sumber kekayaan.Golongan yang diperintah ialah orang kerahan dan jika mereka derhaka
kepada pemerintah,maka akan dihukum.Kegiatan pertanian juga merupakan kegiatan
ekonomi sara diri yang diamalkan masyarakat melayu.Penanaman padi sawah dijalankan di
Kawasan delta sungai.Antara tanaman lain yang ditanam ialah ubi
kayu,pisang,tebu,jagung,keladi,keledek,kopi,tembakau dan sirih.Hasil tanaman tersebut
biasanya untuk kegunaan sendiri dan selebihnya diberikan kepada jiran ataun kaum
keluarga mereka.Kegiatan pertanian yang dijalankan adalah menggunakan tanah milik
sendiri atau pajakan atau bekerja untuk tuan tanah.Masyarakat melayu juga menternak
binatang seperti ayam,itik,kambing,kerbau dan lembu.Masyarakat melayu yang mendiami
Kawasan pinggir pantai atau tepi sungai juga menjalankan kegiatan menangkap ikan laut
dan ikan air tawar seperti sungai,tasik dan paya.Masyarakat Melayu juga memungut hasil
hutan seperti damar,rotan,buluh,ubat ubatan herba dan buah buahan hutan.Hasil hutan
tersebut akan dijual atau ditukar dengan barangan keperluan lain seperti beras,garam,kain
dan gula.Selain itu,keindahan seni pengucapan melayu seperti peribahasa,pantun dan
sebagainya menyatakan hal masyarakat melayu yang suka berkias ibarat menyatakan
Hasrat dan perasaan.Elemen teguran dan pengajaran adalah pernyataan moral yang tidak
dilakukan secara keras dan paksa tetapi secara lembut dan bersahaja dengan
menggunakan peribahasa,pepatah petitih,berkias ibarat dan dengan berpantun.Seni
persembahan masyarakat melayu pula menampilkan makyong,tari gamelan,tarian inang dan
lilin,tarian dabus,silat dan kuda kepang.Aspek kepercayaan dan keagamaan bagi
masyarakat melayu membantu memberikan fungsi manusia sebagai satu cara hidup
sempurna.Bagi yang berpegang teguh kepada agama islam akan bekerja bersungguh-
sungguh dan bertanggungjawab pula dalam soal ibadat seperti sembahyang lima waktu
sehari semalam,berpuasa dalam bulan Ramadhan atau menunaikan haji.
Cara hidup orang cina
Orang cina Malaysia adalah warganegara Malaysia yang berketurunan Bangsa Han.Mereka
merupakan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan kebanyakan
berbangsa Han.Bahasa cina lisan terdiri daripada sebilangan dialek Cina sepanjang
sejarah.Ketika Dinasti Ming,Bahasa Mandarin baku dinasionalkan.Sungguhpun
begitu,barulah Ketika zaman Republik China pada awal abad ke 20 apabila kelihatan apa-
apa hasil yang nyata dalam memupuk satu Bahasa seragam di China.Pada zaman
kuno,Bahasa Cina klasik menjadi standard penulisan selama beribu-ribu tahun,tetapi banyak
terhad kepada golongan sarjana dan cendekiawana.Menjelang abad ke 20,jutaan rakyat
termasuk yang luar kerabat diraja buta huruf.Hanya selepas Gerakan 4 mei baru
bermulanya uasaha beralih ke Bahasa cina vernacular yang membolehkan rakyat biasa
membaca kerana dirangka berasaskan linguistik dan fonologi bagi suatu Bahasa
lisan.Sebahagian besar budaya cina berasakan tanggapan bahawa wujudnya sebuah dunia
roh,Berbagai bagai kaedah penelahan telah membantu menjawab soalan dan dijadikan
alternatif kepada ubat.Budaya rakyat telah membantu mengisi kekosongan untuk segala hal
yang tiada penjelasannya.Kaitan antara mitos,agama dan fenomena yang aneh memang
rapat sekali.Dewa-dewi menjadi suatu tradisi,antara yang terpenting termasuk Guan
Yin,Maharaja Jed dan Budai.Kebanyakan kisah-kisah ini telah berevolusi menjadi perayaan
tradisional cina.Konsep-konsep lain pula diperluas ke luar mitos menjadi lambing kerohanian
seperti dewa pintu dan singa penjaga.Di samping yang suci,turut dipercayai yang
jahat.Amalan-amalan seperti menghalau mogwai dan jiang shi dengan pedang kayu pic
dalam Taoisme adalah antara konsep yang diamalkan secara turun-temurun.Upacara
penilikan nasib Cina masih diamalkan pada hari ini selepas bertahun-tahun mengalami
perubahan.Antara hiburan masyarakat cina ialah Tarian singa yang merupakan tarian
tradisional dalam adat warisan masyarakat cina.Penari akan meniru pergerakan singa
dengan menggunakan kostum singa.Kostum sing aitu dimainkan oleh dua penari iaitu
seorang memainkan di bahagian hadapan dengan mengerakkan kepala kostum,manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.Kedua-dua
penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan.Tarian sing aini
akan diiringi oleh gong,dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa
tuah.Selain itu,tarian singa juga merupakan sebentuk tarian dan persembahan tradisional
dalam budaya cina.Tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang cina
selalu menyebut “keturunan naga” sebagai lambing identiti etnik.Pada fikiran orang
cina.naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.naga mewakili kekuatan yang tiada
bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.Mereka akan
mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Cara hidup orang india
Orang india di Malaysia merangkumi 10 peratus populasi.Kebanyakkan berasal daripada
pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil yang dating ke Malaysia sewaktu
zaman penjajahan British dahulu.Mereka dating ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih
baik,luar daripada system kasta yang diamalkan di India.Kebanyakkan beragama
Hindu,mereka turut membawa budaya mereka yang unik.Masyarakat India merupakan etnik
ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang kea rah
pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita.Cara hidup kaum india mempunyai
banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu.Ini jelas terlihat dalam aspek
kelahiran dan perkahwinan.Mereka menyapa dengan sebutan “vanakam” dan sentiasa
bertanyakan tentang kesihatan,kerja,perniagaan atau sebagainya.Tetamu sentiasa dijamu
minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda
hormat kepada tuan rumah.Jika menerima sesuatu,elok digunakan tangan kanan sebagai
tanda kebaikan dan kesyukuran.Selain itu,keluarga amat penting dalam masyarakat
Tamil.Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang
dianggap mulia. “Ibu adalah umpama Tuhan” dan anak perempuan pun dipanggil “amma”
seperti seorang ibu.Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian.Seorang suami pula
adalah “tuhan bagi isterinya” dan mesti sentiasa dihormati.Oleh itu proses perkahwinan
ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi
pasangan berkahwin.Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk
mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk.Sewaktu mengandung,adat
Valaikaappu dilakukan Ketika kandungan sulung Wanita hamil menjangkau usia tujuh
hingga Sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan
baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud "kandungan ibu" dan Kaappu pula
bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam
kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Gelang tangan yang dipakaikan dalam
upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas
mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas
tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan
pada hari pemberian nama kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.Pada hari upacara
dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam
dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang
tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai
manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara
memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir
(kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti
air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita
hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan
kalungan bunga oleh suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengankemas, sari,
gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta
pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya
upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai
mutuguniir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan
dengan air seperti air susu, air kunyit,air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan.
Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan
dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.Wanita hamil tersebut dipakaikan
dengan sari perkahwinan atau sari bar yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di
ruang tamu. Seterusnya lampu minyalkuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu
sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan has bagi wanita hamil
tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih dan lain lain.
Cara hidup orang sabah
Penduduk Sabah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang
kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya
30 kumpulan[1] dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90
dialek. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut , Lun Bawang/Lun Dayeh ,
Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan,
Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Kraftangan di kalangan
masyarakat asli Sabah bermula dalam usaha mereka untuk berteduh/berlindung,
menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik sekali. Mereka
menghasilkan berbagai-bagai barang yang banyak dengan menumpukan kepada
fungsi bahan yang dihasilkan dan kurang perhatian pada hiasan. Benda-benda yang
dihasilkan meliputi kelengkapan rumah, pertanian dan pemburuan di samping benda
untuk kegunaan ritual dan upacara keagamaan. Penghasilan kraftangan mereka
bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya.
Kaum lelaki dan wanita secara tradisi membuat berbagai-bagai jenis kraftangan. Di
pedalaman Sabah, sebilangan besar kaum wanita membuat terendak, anyaman
tikar, tenunan kain, sulaman, bakul-bakul kecil, nyiru dan benda-benda kecil untuk
kegunaan seharian. Kaum lelaki pula membuat bakul yang lebih besar, parang, alat-
alat membajak dan memburu, jala dan alat menangkap ikan yang lain dan senjata.
Dalam kalangan masyarakat nelayan tepi pantai pula kaum lelaki membuat perahu,
ukiran kayu dan alat penangkap ikan sementara wanitanya menenun dan menyulam
kain, mengayam tikar dan lain-lain. Kraf yang dihasilkan oleh penduduk dari
berbagai-bagai budaya dalam berbilang daerah mempunyai variasi yang luas.
Sebagai contoh, penduduk pesisiran pantai yang penghidupannya bergantung pada
laut telah menghasilkan alat yang berbeza dari penduduk pedalaman yang masih
mengamalkan penanaman padi huma atau padi sawah dan memburu serta
menangkap ikan sungai. Perbezaan juga wujud di antara kebudayaan kebendaan
penduduk yang mengusahakan padi sawah dan padi huma. Perbezaan bukan
sahaja terdapat pada alat-alat ‘utilitarian’ tetapi juga benda-benda ritual, alat-alat
muzik dan ciri-ciri kebudayaan kebendaan yang lain. Benda-benda yang dibuat pada
masa lalu adalah hanya untuk kegunaan rumah sahaja dan corak asas benda-benda
tersebut mencerminkan fungsi asalnya. Hasil yang lebih kadang kala dijual di tamu
untuk komoditi lain. Dengan cara ini, barang-barang dagangan yang diimport seperti
tempayan, manik, benda tembaga, gong tembaga dan kraftangan yang dihasilkan
oleh penduduk pesisiran pantai dibawa masuk ke kawasan pedalaman pulau
Borneo. Dengan perhubungan dengan dunia luar yang semakin meningkat, bahan-
bahan yang jarang terjumpa diganti dengan benda-benda yang diimport dan lebih
murah dalam usaha menghasilkan kraftangan tradisional. Dengan itu, manik-manik
kaca yang jarang ditemui telah diganti dengan manik plastik yang murah dalam
penghasilan manik dan hiasan pakaian. Benang kapas import yang murah kini
diguna dalam sulaman dan tenunan. Kain kapas dan baldu hitam yang diimport telah
digunakan sebagai pengganti kepada kain buatan sendiri secara tradisional dalam
penghasilan pakaian.
Salah satu kraftangan yang sangat banyak dibuat di Sabah ialah bakul oleh kerana
benda ini dipakai oleh hampir semua kumpulan etnik. Bentuk dan jenis bakul
bergantung kepada fungsi dan tradisi penduduk yang membuat benda-benda ini.
Artifak berbagai-bagai macam kini telah diubah suai dan dihasilkan untuk memenuhi
selera pelancong walaupun sesetengah dari artifak ini masih dibuat dalam bentuk
yang asal. Muzik tempatan sering berkait rapat dengan tarian. Ia juga berfungsi
sebagai muzik latar dalam sesuatu majlis upacara. Sesetengah alat lazimnya
digunakan oleh orang perseorangan untuk hiburan diri sendiri. Antara tarian-tarian
asli yang popular dan dikenali ramai adalah tarian Sumazau, tarian Limbai, tarian
Igal Igal, tarian Magunatip,tarian busak baku irau rayeh Lundayeh Sabah[2] , tarian
Adai-adai dan tarian Daling-daling. Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem
not yang tradisional dan seni kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan
nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi. Persembahan muzik
boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi
dihasilkan khusus sama ada untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja.
Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai
contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton, gabang dan togunggak
diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat
daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan
menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian
pokok palmaaa.
Cara hidup orang Sarawak
Sarawak sinonim dan terkenal kerana sifat budaya yang mempamerkan kepelbagaian yang
ketara dalam etnik, budaya, dan bahasa. Budaya Sarawak telah dipengaruhi oleh orang
Melayu Brunei daripada kawasan pantai. pengaruh budaya besar juga datang dari budaya
Cina dan British Majlis Kraf Sarawak mempelopori seni kraf tempatan. Pavilion Sarakraf
menempatkan bengkel yang menunjukkan pelbagai kemahiran pembuatan kraf. Kraftangan
terkenal di Sarawak termasuk manik Orang Ulu, Pua Kumbu Iban, Tikar Kesah Bidayuh dan
bakul Tambok, Kain Songket Melayu, helang etnik, dan tembikar Cina. Persatuan Seniman
Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1985 untuk mempromosikan budaya dan kesenian
tempatan dalam bentuk lukisan. Kebanyakan artis dalam pasca perang Sarawak lebih suka
pemandangan dan alam semula jadi, tarian tradisional, dan aktiviti harian tradisional sebagai
tema lukisan mereka. Sapeh Orang Ulu (gitar gali) adalah alat muzik tradisional yang paling
terkenal di Sarawak. Ia dimainkan untuk Ratu Elizabeth II semasa lawatan rasmi beliau ke
Sarawak pada tahun 1972. Alat muzik tradisional lain adalah pelbagai
jenis gong dan Kulintang, idiofon, seruling buluh dan alat muzik yang diperbuat. Tradisi lisan
telah menjadi sebahagian daripada budaya pelbagai kaum asli di Sarawak selama beberapa
generasi. Ia digunakan untuk menyampaikan pelajaran, tradisi, dan nilai kehidupan kepada
generasi muda. Kisah-kisah ini diceritakan berulang kali oleh para penatua kepada golongan
yang lebih muda, seperti dalam sesi bercerita pada majlis-majlis khas dan melalui
persembahan tradisional. Sebahagian daripada amalan tradisional ini adalah tarian Ngajat
Iban, Renong (Maklumbalas vokal Iban,), Ensera (Kisah lisan Iban), dan cerita bercerita epik
oleh Kayan dan Kenyah. Biro Kesusasteraan Borneo wujud dari 1958 hingga 1977; ia
menggalakkan dokumentasi budaya tempatan, penulis tempatan, dan penerbitan dalam
bahasa Inggeris, Cina, Melayu, Iban dan bahasa-bahasa asli yang lain. Biro telah digantikan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1977, yang menganjurkan penerbitan
hanya dalam bahasa Melayu. Dokumentasi tradisi lisan juga telah dilakukan oleh Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Majlis Kastam Sarawak. Sarawak Gazette pertama kali
diterbitkan oleh kerajaan Brooke pada tahun 1870. Ia mencatatkan pelbagai berita di
Sarawak berkaitan dengan ekonomi, pertanian, antropologi, dan arkeologi. Warta masih
diterbitkan hari ini. Hikayat Panglima Nikosa, yang dicetak pada tahun 1876 di Kuching,
merupakan salah satu penerbitan teks terawal di Borneo. Ia juga merupakan novel pertama
dari Malaysia. Tradisi adat telah menjadi sumber penulisan inspirasi untuk penulis Cina
Sarawak Rakyat Sarawak mengamati beberapa cuti dan perayaan sepanjang
tahun. Selain Hari Merdeka kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia, negeri ini juga
meraikan Hari Kerajaan Sendiri Sarawak pada 22 Julai dan hari jadi Gabenor
Negeri Kumpulan etnik juga meraikan perayaan mereka sendiri. Tradisi rumah terbuka
membolehkan kumpulan etnik lain untuk menyertai perayaan. Sarawak adalah satu-satunya
negeri di Malaysia untuk mengisytiharkan perayaan Gawai Dayak sebagai cuti umum. Ia
juga satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mewartakan perayaan Deepavali sebagai
cuti umum. Kumpulan agama bebas untuk mengadakan perarakan di bandar-bandar dan
bandar-bandar utama semasa musim perayaan. Sarawak dan Sabah adalah dua negeri di
Malaysia yang mengisytiharkan Good Friday cuti umum. Festival Kuching adalah sambutan
selama sebulan yang diadakan setiap bulan Ogos untuk memperingati ketinggiannya
kepada status bandar pada tahun 1988. Rakyat Sarawak meraikan perayaan dengan
pertunjukan bunga api.
KESIMPULAN
Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang
bersifat majmuk. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkan peranan mereka
dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei tidak berulang semula.
Kesepaduan sosial dan kebangsaan antara bangsa ini amatlah penting bagi meningkatkan
hubungan etnik
SUMBER RUJUKAN
1. https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/sarawak.html
2. https://www.ceriasihat.com/pakaian-tradisional-mengikut-kaum-utama-di-
malaysia/
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_tradisional_Melayu
4. https://muslimahclothing.com/wp-content/uploads/2019/12/WEB-KURUNG-
MODEN-TRISHA-MAROON-1.jpg
5. https://website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2021/05/2-5-
40.jpg
6. https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2019/08/WhatsApp-Image-2019-
08-27-at-15.53.19.jpeg
7. https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fquizizz.com%2Fadmin
%2Fquiz%2F60a2229f309824001b2eafa2%2Funit-6-hidup-bersatu-padu-
menjana-kesejahteraan-selasa-
185&psig=AOvVaw2vuTd400rbuMV3vNM44mkV&ust=1652440166334000&sour
ce=images&cd=vfe&ved=0CAwQjRxqFwoTCPj2zb_p2fcCFQAAAAAdAAAAAB
AZ