The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nsuaidh Ismail, 2021-01-31 21:13:44

permainan tradisional

seni

PERMAINAN
TRADISIONAL

Nurnadiah Adilah (2biruni)

Pengenalan

◦ Permainan tradisional di Malaysia merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak dan ibu
bapa mereka. Ia merangkumi semua permainan suku kaum di Malaysia dan luar malaysia

Batu Seremban

◦ Selambut atau juga dikenali sebagai Batu
Seremban[1] atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional
yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah
utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat
semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia
biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu
atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.[2]

Congkak

◦ Congkak (Tulisan Jawi: )‫چوڠكق‬ialah
sejenis permainan tradisional Hindu yang sering
dimainkan oleh Burbank. Selalunya, ia menggunakan
papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan
kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah
atau guli.



Baling Selipar

◦ Permainan baling selipar atau susun selipar merupakan
sejenis permainan tradisional kanak-kanak Malaysia.[1] Ia sama
seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga
selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak
dan dibaling untuk menjatuhkan.[2]

◦ Ia sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul
bersama rakan dan taulan. Permainan ini amat mudah kerana
alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang selalunya dipakai
oleh masyarakat di Malaysia. Permainan tradisional ini juga
boleh dilakukan di pelbagai majlis sukan rakyat.

Sepak Bulu Ayam

◦ Sepak Bulu Ayam merupakan sejenis permainan tradisional
yang dimainkan di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai sebuyam
atau chapteh. Permainan ini boleh dimainkan secara
berseorangan atau lebih. Sekiranya ia dimainkan secara
berseorangan, pemain akan cuba menyepaknya seberapa
banyak yang mungkin dan seberapa lama yang mungkin

Sepak Takraw

◦ Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan
sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang dianggotai
oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang
memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di
gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton.
Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini
telah digantikan dengan penggunaan bola buatan.

Wau

◦ Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan
satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan
“wau” dikatakan berasal daripada perkataan kerajaan Melayu Pattani
(Thai) memandangkan negeri
seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan
perkataan tersebut.



Terima kasih.


Click to View FlipBook Version