The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10294421, 2021-09-21 04:33:13

BISNES KEDAI RUNCIT PROJEK

BISNES KEDAI RUNCIT PROJEK

Perniagaan
Kedai Runcit

NAMA KEDAI RUNCIT

AFFAR
DIVERSIFIED
SDN. BHD.

PENGENALAN TENTANG AFFAR DIVERSIFIED SDN. BHD.

AFFAR DIVERSIFIED SDN. BHD. ialah sebuah perniagaan kedai
runcit. Kedai runcit AFFAR DIVERSIFIED SDN. BHD. menjalankan
perniagaan membekalkan barang-barang makanan basah dan
kering serta barang-barang keperluan harian secara runcit kepada
seisi rumah. Pemilik menjangka akan dapat menarik minat
sebahagian besar penduduk sekitar untuk mendapatkan barang-
barang keperluan harian yang dijual di kedai ini.

Ini kerana lokasi kedai yang berhampiran dengan kediaman
mereka, di samping barang-barang dijual dengan harga yang
berpatutan serta perkhidmatan penghantaran barang-barang yang
dibeli ke rumah masing-masing jika diperlukan secara percuma.

TUJUAN MEMBUAT PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT AFFAR
DIVERSIFIED SDN. BHD.

Tujuan kami membuat kedai runcit AFFAR
DIVERSIFIED SDN. BHD. kerana ingin
membantu golongan yang berpendapatan
rendah untuk membeli di kedai kami kerana
barang di kedai kami berkualiti serta harga
yang berpatutan. Di samping itu, kami dapat
mengamalkan rukun islam yang keempat iaitu
bersedekah seperti makanan atau barangan
yang ada di kedai kami untuk diberikan kepada
golongan yang memerlukan.

KEISTIMEWAAN KEDAI RUNCIT AFFAR
DIVERSIFIED SDN. BHD.

• Cuba memuaskan hati pelanggan dengan
menawarkan perkhidmatan selepas
jualan seperti menghantar barangan ke
rumah bagi golongan yang tiada
kenderaan dengan percuma.

• Membantu golongan yang kurang
berkemampuan.

• Diusahakan sepenuhnya oleh warga
tempatan.

CARA MENARIK PELANGGAN KE KEDAI RUNCIT AFFAR
DIVERSIFIED SDN. BHD.

• Mempunyai harga yang berpatutan.

• Mempunyai barang yang berkualiti.

• Menyediakan kemudahan kredit kepada
pelanggan.

• Membuat iklan tentang kedai runcit
AFFAR DIVERSIFIED SDN. BHD. di
media sosial seperti Facebook,
Instagram, dan sebagainya.

PERNIAGAAN INI DAPAT MEMBANTU MASYARAKAT DENGAN CARA :

• Mengambil pekerja yang kehilangan
pendapatan.

• Membantu golongan yang kurang
berkemampuan dengan bersedekah barang-
barangan keperluan harian.

• Mengambil pekerja ibu tunggal atau miskin dan
remaja yang menunggu keputusan kemasukkan
ke institusi pengajian tinggi.

PENUTUP DAN HARAPAN

Kami berharap agar perniagaan kedai
runcit AFFAR DIVERSIFIED SDN. BHD.
yang kami jalankan ini akan dapat
keuntungan pada diri kami dan syarikat.
Semoga kami dapat membantu lebih
ramai golongan yang tidak
berkemampuan ataupun susah. Di
samping itu, kami berharap agar
masyarakat pada masa kini dapat
memberi sokongan kepada perniagaan
kami.

NAMA AHLI KUMPULAN

1.'AFAF HUMAIRA' BINTI ABD. RAHIM
(6 CERDIK)

2.'AFAF UMAIRAH BINTI ABD. RAHIM
(6 CERDIK)

3.NURFARISHA SAKINA BINTI ZAINUDIN
(6 CERDIK)

SEKIAN, TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version