Batu Belah Batu Bertangkup Kumpulan 5 Cerita Teladan:
Cerita Teladan Apakah itu Cerita teladan ialah sejenis cerita rakyat dalam kesusasteraan rakyat / sastera lisan. Cerita yang mengisahkan tentang golongan rakyat biasa yang mengetengahkan gagasan bahawa watak yang baik itu akhirnya akan mendapat pembelaan, sebaliknya watak yang jahat akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan oleh mereka.
Ciri-ciri: Berlatarkan rakyat biasa dan alam nyata. Unsur kebetulan memainkan peranan penting dalam cerita, terutama sebagai titik perubahan watak utama Cerita ini mengetengahkan gagasan bahawa watak baik itu akan mendapat pembelaan, sebaliknya watak jahat akan mendapat pembalasan sewajarnya. Cerita teladan penuh dengan unsur deduktif dan pendidikan moral, yang diterapkan melalui nilai-nilai murni.
Watak Cerita ini sebagai dongeng biasa yang ditokohi oleh watak manusia daripada golongan manusia biasa atau rakyat bawahan yang miskin
Sinopsis: Batu Belah Batu Bertangkup Mak Tanjung tinggal bersama anaknya Melur dan Pekan. Suatu hari Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Telur itu sangat sedap. Mak Tanjung pergi menangguk ikan di sungai yang terletak berhampiran dengan rumah mereka. Setelah pulang ke rumah, Melur disuruh menyiang ikan itu untuk dibuat lauk. Mak Tanjung hendak ke hutan untuk mencari akar kayu. Sebelum pergi, dia berpesan kepada Melur supaya mennyimpan telur ikan itu untuknya. Pekan yang tidak sabar meminta kepada kakaknya untuk makan. Melur memujuk adiknya tetapi tidak diendahkan. Kerana terlalu lapar, Pekan telah menghabiskan semua lauk yang ada. Mak Tanjung yang baru pulang dalam keadaan letih berasa kacil hati dengan sikap anak-anaknya. Dia berlari ke arah batu belah batu bertangkup yang berpuaka. Melur dan Pekan menyesal atas perbuatan mereka.
Fungsi Cerita Batu Belah Batu Bertangkup Alat Pendidikan Cerita yang bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada pembaca Cerita teladan yang kebiasaannya dijadikan bahan hiburan sebelum tidur. Dituturkan oleh ibu-ibu kepada anak-anak 1. 2. Alat Hiburan
Pengajaran Cerita Batu Belah Batu Bertangkup Jangan sesekali menyakiti hati ibu bapa kerana mereka banyak berjasa kepada kita Kita hendaklah menghormati dan menyayangi ibu bapa kerana mereka telah melahirkan dan mendidik kita sejak dari kecil lagi Kita hendaklah meminta izin atau kebenaran sebelum mengambil hak orang lain.
SEKIAN TERIMA KASIH