Disediakan oleh: (KUMPULAN 2) 1) NURUL IFFAH BINTI KHAIRUL ANUAR D20202096695 2) ILI HARYANI BINTI ZAKARIA D20202096701 3) HAZWANI BINTI MOHD JAMHARI D20202096649 4) NOR DALILA MAISARA BINTI KHARUL AZHAR D20202096679 5) NUR IZZATI WAHIDA BINTI MOHD AMIN D20202096671 TABUNGAJAIB
Ali seorang budak yang nakal dan suka berbohong.
Ibu Ali selalu memarahi Ali kerana suka menipu.
Pada satu hari, ibu Ali memberi sebuah tabung kepada Ali.
Ibu Ali berkata bahawa tabung itu adalah tabung ajaib. "Ali, apabila kamu buat baik dan jujur, tabung ini akan bertambah duit. Kalau kamu berbohong, tabung ini akan hilang" , pesan ibu Ali. Ali menggangguk tanda faham.
Sejak hari itu, Ali mula berbuat baik dan berlaku jujur. Duit di dalam tabungnya semakin bertambah. Ali berasa sangat gembira.
Namun begitu, Ali mula rasa tamak. Dia tidak lagi bersikap jujur.
SEKOLAH TAMAN Ali telah berbohong kepada ibunya bahawa dia pergi ke sekolah. Tetapi, Ali sebenarnya ponteng.
Pada mulanya, ibu Ali percaya dengan katanya. Tiba-tiba, guru kelas Ali memberitahu ibunya bahawa Ali tidak hadir ke sekolah.
Ibu Ali berasa sangat marah kerana Ali berbohong. Pada suatu malam ketika Ali sedang tidur, ibu Ali masuk ke dalam bilik Ali dan mengambil tabung itu.
Keesokan harinya, Ali mendapati bahawa tabungnya kosong. Ali menangis dan mengadu kepada ibunya.
Ibu Ali berkata, "bagaimana duit itu boleh hilang? Adakah kamu berbohong ?". Ali menggangguk tanda menyesal.
Ibu Ali menasihati bahawa itu adalah pengajaran kepada Ali kerana suka berbohong. Akhirnya, Ali berasa menyesal dan meminta maaf.
Ibu Ali memberi tabung itu kepada Ali semula kerana Ali jujur dan mengaku akan kesalahannya.