The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adiirman61, 2020-04-12 12:35:38

AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA

Intro AMBKN.indd 1 15/03/2020 8:42:54

Intro AMBKN.indd 2 15/03/2020 8:42:54

Aku Menulis




Bukan




Kerana




Nama














AZAIKA SR


















Intro AMBKN.indd 3 15/03/2020 8:42:54

AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA
Azaika SR © 2020
Tiada bahagian dalam penerbitan ini yang boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau apa
jua pun kecuali dengan kebenaran penulis.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Azaika SR, 1970-
Aku Menulis Bukan Kerana Nama / AZAIKA SR.
ISBN 978-967-15531-1-4
1. Azaika SR, 1970- -Anecdotes.
2. Conduct of life-Anecdotes.
3. Anecdotes.
I. Judul.
808.882

Diterbitkan oleh: Asrul Effendi bin Kamaruzzaman
Seremban, Negeri Sembilan


Cetakan Pertama Mei 2020
Dicetak Oleh:
Senang Terbit PLT
26-2 Jalan Tasik Utama 7
Medan Niaga Tasik Damai
57100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
No. Telefon : 019-7191946
Facebook : fb.com/Senang Terbit /
Email : senangterbit@gmail.com





















Intro AMBKN.indd 4 15/03/2020 8:42:54

KANDUNGAN






1. Aku Masih Ingat Lagi di Suatu Ketika Dahulu.........................................1


2. Kenangan Terindah Yang Aku Lalui di Masa Silam...............................11
3. Warkah Buat Sahabatku Balqis Noor......................................................19


4. Aku Menulis Bukan Kerana Nama..........................................................26
5. Perihal Membaca, Berkarya dan Tulis-Menulis.......................................35


6. Kisah Cinta Anuar dan Rohana...............................................................43
7. Catatan Alam Persekolahan......................................................................51


8. Kenangan Aku di Pusat Tuisyen MONA Sebelum SRP 1985.................58
9. Siapakah Yang Memiliki Hatinya Kini......................................................66


10. Pengalaman Aku Semasa Bekerja di MASA Enterprise Kajang............74























Intro AMBKN.indd 5 15/03/2020 8:42:55

Prakata




Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak ter-
hingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua maka dapat
menghasilkan coretan kehidupan yang bertajuk Aku Menulis Bukan
Kerana Nama. Sesungguhnya pengalaman hidup yang kita lalui sama
ada suka ataupun duka mahupun manis dan pahit adalah guru yang
paling berguna dan bermakna.

Daripada pengalaman yang dilalui membentuk dan mengajar diri
kita untuk mengenal erti sebenar kehidupan ini. Dalam mengharungi
kehidupan kita tidak dapat lari dan mengelak daripada berdepan
dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang datang.

Sayugia kita juga harus ingat bahawa setiap keindahan dan kemanisan
yang pernah kita lalui hanya datang sekali sahaja dalam hidup ini.
Segala kemanisan dan keindahan yang kita alami itu kemudiannya
akan tinggal bersemadi dalam ingatan dan kenangan buat selama-
lamanya.

Justeru itu maka himpunan coretan kehidupan ini adalah diharapkan
dapat dihayati dan dikongsi bersama-sama dengan para pembaca.
Semoga dengan membaca himpunan coretan ini akan menjadi panduan
dan teladan kepada kita semua dalam mengharungi perjalanan hidup
sehingga ke akhirnya.

AZAIKA SR

27 DISEMBER 2017














Intro AMBKN.indd 6 15/03/2020 8:42:55

1. AKU MASIH INGAT LAGI
DI SUATU KETIKA DAHULU





AMA aku Asrul Effendi bin
Kamaruzzaman. Aku dilahirkan
Npada 6 Disember 1970 di Kuala
Pilah. Ayah aku Kamaruzzaman bin A Kadir adalah seorang
guru. Berasal dari Kampung Talang. Manakala ibu aku pula
Zaini binti Haji Ma’aya pula berasal dari Kampung Senaling.
Kampung Talang dan Kampung Senaling ini terletak dalam
daerah Kuala Pilah. Aku mempunyai 2 orang adik-beradik.
Aku anak yang kedua dan juga anak lelaki tunggal. Kakak aku
yang sulung Susilawati binti Kamaruzzaman. Manakala adik
aku yang bongsu Iza Hairani binti Kamaruzzaman.
Kedua-dua ayah dan ibu aku telah meninggal
dunia. Ayah aku meninggal dunia pada tahun 2005. Ibu aku
pula pada tahun 2013. Pada tahun 1975 kami sekeluarga
berpindah ke Seremban. Sebab ayah aku ditukarkan
mengajar di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah. Di
Seremban kami tinggal di Taman Murugasu. Ia berdekatan
dengan tempat sekolah ayah aku mengajar. Tuan punya
rumah ini adalah seorang lelaki India. Seingat aku dia selalu
menaiki basikal dan berseluar pendek. Sehingga sekarang
rumah yang kami tinggal itu masih ada lagi. Rumah-rumah
baru juga didirikan di taman ini.




1






Teks AMBKN.indd 1 26/02/2020 0:14:39

Azaika SR


Kami tidak lama tinggal di Taman Murugasu. Kami
kemudiannya berpindah rumah pula ke taman perumahan di
Jalan Hose atau sekarang Jalan Za’ba. Balai bomba tidak jauh
dari rumah kami tinggal. Setahu aku itulah satu-satunya
balai bomba yang ada di Seremban pada ketika itu. Nombor
rumah kami ialah 68. Tuan punya rumah ini adalah orang
India. Tak silap aku Encik Singgam namanya. Jiran-jiran
kami adalah orang Cina dan India. Kami satu-satunya
keluarga Melayu yang tinggal di taman perumahan itu.
Kami tinggal di sini sehingga tahun 1982. Taman
perumahan ini sekarang telah tiada lagi. Telah digantikan
dengan kedai-kedai milik bangsa Cina yang menjual aksesori
kereta. Ada juga beberapa buah rumah yang telah dirobohkan
dan digantikan dengan bangunan baru.
Aku masih ingat lagi. Ketika tinggal di Jalan Hose
aku sering melihat kereta lembu yang dibawa oleh seorang
lelaki tua Sikh. Kereta lembu ini membawa pasir, rumput
dan papan. Aku juga sering melihat seorang perempuan tua
Cina menjual sayur sambil mengandar bakul dan meneriak
sayur! sayur! sayur! dalam bahasa Cina. Pada waktu malam
penjual roti yang menaiki motosikal akan datang ke taman
perumahan tempat kami tinggal. Penjual roti ini adalah
lelaki berbangsa Cina. Dia akan membunyikan hon dan ibu
akan membeli roti sebagai juadah sarapan kami sekeluarga
pada keesokan hari.
Berhadapan dengan rumah aku ada gelanggang
bola keranjang. Setiap petang gelanggang ini akan dipenuhi
dengan anak-anak muda Cina bermain bola keranjang. Tapi
sekarang gelanggang bola keranjang ini telah tiada. Manakala
di belakang rumah aku pula adalah bengkel kereta. Besar
jugak bengkel ini. Nama bengkel ini Champion Motor.
Pekerjanya terdiri daripada Melayu, Cina India dan lain-lain



2






Teks AMBKN.indd 2 26/02/2020 0:14:39

Aku Menulis Bukan Kerana Nama



bangsa lagi. Bengkel ini sekarang telah tiada lagi. Telah
digantikan dengan perniagaan yang lain pula.
Berhampiran dengan bengkel kereta ini adalah
deretan rumah kedai yang kebanyakannya didiami orang
Cina. Seingat aku hanya ada sebuah restoran mamak dan
pejabat urusan syarikat bas Seremban Town Service (STS)
dalam deretan kedai tersebut. Yang lainnya adalah kedai
runcit milik orang Cina. Bas Seremban Town Service (STS)
adalah merupakan pengangkutan awam utama di bandar
Seremban pada waktu itu. Pemilik syarikat bas ini adalah
seorang lelaki Sikh. Selain daripada bas Seremban Town
Service (STS) satu lagi pengangkutan awam di Seremban
pada waktu itu adalah Sistem Kenderaan Negeri (SKN).
Pemilik syarikat bas ini adalah orang Melayu. Tapi sekarang
kedua-dua pengangkutan awam ini tidak ada lagi di bandar
Seremban. Sebaliknya digantikan pula dengan syarikat yang
lain pula.
Bengkel bas Seremban Town Service (STS) ini juga
terletak berhadapan dengan pejabat urusan syarikat bas
tersebut. Bengkel dan pejabat urusan syarikat bas ini
sekarang sudah tidak ada dan tidak beroperasi lagi apabila bas
Seremban Town Service (STS) tidak lagi menjadi
pengangkutan awam utama di Seremban. Aku juga pernah
melihat kereta antik di lorong deretan rumah kedai ini.
Kereta antik jenis ini selalu aku lihat dalam filem-filem
Inggeris lama. Sudah tentu kereta ini buatan dari luar
negara. Pemiliknya tidak aku ketahui.
Pada tahun 1976 aku memasuki alam persekolahan
tadika. Sekolah tadika tempat aku belajar tidak jauh dari
rumah aku. Jadi setiap pagi ibu akan menghantar aku dan
tengah hari ibu akan mengambil aku pulang dengan berjalan
kaki. Kawan-kawan aku di sekolah tadika terdiri daripada



3






Teks AMBKN.indd 3 26/02/2020 0:14:39

Azaika SR


Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa lagi. Guru-guru pula
adalah wanita Cina dan India. Aku masih ingat lagi sebelum
aku dan kawan-kawan melangkah ke Darjah 1 aku dan
kawan-kawan telah mengadakan konsert di Dewan Majlis
Perbandaran Seremban. Waktu itu dewan ini terletak
berhampiran dengan Pejabat Pos Seremban dan Pasar Besar
Seremban. Bangunan dewan ini adalah bentuk lama. Ia
kemudiannya telah dirobohkan dan dibina baru. Bangunan
Dewan Majlis Perbandaran Seremban sekarang ini terletak di
depan bangunan Yayasan Negeri Sembilan.
Aku amat meminati cerita Combat yang
ditayangkan di televisyen pada waktu itu. Ceritanya adalah
mengenai pertempuran antara tentera Amerika dengan
tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Tentera Amerika
sentiasa dapat menewaskan tentera Jerman dalam cerita
Combat. Watak utama dalam cerita Combat yang aku masih
ingat lagi adalah Vic Morrow sebagai sarjan dan Rick Jackson
sebagai leftenan.
Ketika itu cerita-cerita yang ditayangkan di
televisyen adalah dalam warna hitam putih. Tidak lama
kemudian barulah bertukar kepada warna. Aku masih ingat
lagi. Pada setiap Jumaat malam akan diselangselikan dengan
cerita Melayu dan cerita Indonesia. Kalau Jumaat minggu ini
cerita Melayu maka Jumaat minggu depan pula cerita
Indonesia. Begitulah jadual yang disusun oleh pihak Radio
dan Televisyen Malaysia (RTM) pada waktu itu.
Malahan aku masih ingat lagi ketika di tadika aku
dan kawan-kawan juga sering bermain perang-perang seperti
dalam cerita Combat di televisyen. Demikianlah kuatnya
pengaruh cerita Combat ke dalam diri aku dan kawan-kawan
pada ketika itu.
Pada tahun 1977 aku memasuki Darjah 1 di



4






Teks AMBKN.indd 4 26/02/2020 0:14:40

Aku Menulis Bukan Kerana Nama



Sekolah Rendah St. Paul. Aku masih ingat lagi. Datuk
sebelah ayah yang menghantar aku pada hari pertama masuk
sekolah. Aku ke sekolah dengan menaiki van yang dipandu
lelaki India. Namanya aku tak tahu. Aku dan kawan-kawan
yang naik van ke sekolah memanggil dia “uncle” saja. Kakak
aku juga naik van yang dipandu “uncle” pergi ke sekolah.
Sekolah Rendah St. Paul ini terletak di tengah-tengah bandar
Seremban. Bentuk bangunan sekolah ini adalah lama iaitu
era penjajahan zaman British. Kesemua pelajar sekolah ini
adalah lelaki. Berhadapan dengan sekolah ini adalah kuil
orang Sikh. Sampai sekarang kuil ini masih ada lagi.
Berhampiran dengan sekolah ini adalah Padang Majlis
Perbandaran Seremban. Padang ini masih ada lagi pada hari
ini.
Aku masih ingat lagi. Berhampiran dengan sekolah
ini adalah kedai percetakan dan kedai makan nasi daun
pisang. Pemilik kedua-dua kedai ini adalah orang India.
Pada waktu balik aku dan kawan-kawan menunggu
van di kedai percetakan ini. Tapi sekarang kedua-dua buah
kedai ini telah dirobohkan. Menjadi tempat letak kereta.
Berhampiran dengan sekolah ini juga adalah pasar
raya Emporium. Seingat aku pasar raya ini menjadi tumpuan
utama penduduk Seremban membeli-belah pada waktu itu.
Kemudian barulah wujud beberapa pasar raya yang lain.
Pasar raya ini sekarang tidak ada lagi. Telah digantikan
dengan perniagaan lain.
Sekolah Rendah Convent dan Sekolah Menengah
Convent juga terletak tidak jauh daripada Sekolah Rendah St.
Paul pada waktu itu. Pelajar kedua-dua sekolah ini semuanya
adalah perempuan. Kakak dan adik aku bersekolah di sekolah
ini. Sekolah Rendah Convent dan Sekolah Menengah
Convent terletak sebelah-menyebelah. Bentuk bangunan



5






Teks AMBKN.indd 5 26/02/2020 0:14:40

Azaika SR


kedua-dua buah sekolah ini adalah lama iaitu era penjajahan
zaman British. Sama seperti Sekolah Rendah St. Paul.
Bangunan kedua-dua sekolah ini telah dirobohkan
apabila kedua-duanya berpindah ke Jalan Labu Lama,
Seremban. Nama kedua-dua sekolah ini juga telah ditukar
kepada Sekolah Kebangsaan Puteri dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Puteri.
Pada tahun 1978 aku melangkah ke Darjah 2. Aku
bersekolah petang dan masih lagi bersekolah di sekolah yang
sama. Sekolah Rendah St. Paul. Sewaktu Darjah 2 aku ke
sekolah dengan menaiki van yang dipandu oleh seorang
lelaki Cina. Aku dan kawan-kawan memanggil pemandu van
ini “taukeh”. Kakak dan adik aku juga menaiki van yang
dipandu “taukeh” pergi ke sekolah.
Tidak jauh dari sekolah ini ada sebuah gereja. Aku
masih ingat lagi. Bila pukul 6.00 petang saja loceng gereja ini
akan kedengaran berbunyi.
Pada tahun 1979 aku melangkah ke Darjah 3. Aku
bersekolah pagi dan masih lagi bersekolah di sekolah yang
sama. Sekolah Rendah St. Paul. Aku masih lagi menaiki van
taukeh pergi ke sekolah. Begitu juga dengan kakak dan adik
aku. Adaketikanya aku dan kawan-kawan menonton tayangan
filem Inggeris di dewan sekolah.
Aku masih ingat lagi. Waktu itu ada perkhidmatan
kereta api dari Seremban ke Port Dickson. Aku dan keluarga
pernah menaiki kereta api pergi ke Port Dickson.
Tambangnya aku tak ingat. Tapi sekarang perkhidmatan
kereta api dari Seremban ke Port Dickson sudah tidak ada.
Cuma yang tinggal landasan sepanjang laluan dari Seremban
ke Port Dickson serta stesen kereta api dan gudang
menyimpan barang di Port Dickson sebagai peninggalan
bersejarah.



6






Teks AMBKN.indd 6 26/02/2020 0:14:40

Aku Menulis Bukan Kerana Nama



Muzium pada waktu itu adalah di Taman Bunga
Seremban. Kemudian ia telah dipindahkan di Jalan Sungai
Ujong. Bangunan Rumah Rehat Seremban pada ketika itu
adalah kayu dan terletak bersebelahan dengan Sekolah
Menengah Kebangsaan King George V dan berhampiran
dengan Taman Tasik Seremban. Ia kemudiannya telah
dirobohkan dan digantikan dengan Hotel Tasik. Hotel Tasik
ini juga telah dirobohkan. Sekarang bangunan baru Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sedang dibina di
tapak Rumah Rehat Seremban dan Hotel Tasik. Di taman
Tasik Seremban ada sebuah pentas yang sering digunakan
artis-artis tempatan untuk membuat persembahan nyanyian
pada ketika itu. Persembahan ini seingat aku sering diadakan
pada hari Sabtu malam minggu.
Bangunan Sekolah Kebangsaan Rahang pada waktu
itu juga adalah kayu. Sekolah ini terletak berhampiran
dengan jambatan ke Rasah dan Stesen Kereta api Seremban.
Bangunan sekolah ini kemudiannya telah dirobohkan apabila
ia berpindah ke Jalan Medan Rahang. Seingat aku lagi pada
ketika itu banyak rumah-rumah kuarters kerajaan di Jalan
Medan Rahang. Tetapi sekarang rumah-rumah tersebut tidak
ada lagi. Sebaliknya digantikan dengan bangunan-bangunan
perniagaan.
Selain daripada Jalan Medan Rahang rumah-rumah
kuarters kerajaan terletak di Jalan Tembak. Mak cik aku iaitu
adik emak aku pernah tinggal di rumah kuarters kerajaan di
jalan tersebut. Dia bekerja sebagai ketua jururawat di
Hospital Besar Seremban manakala suaminya pula bekerja
sebagai pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Sembilan pada ketika itu.
Pada tahun 1980 aku melangkah ke Darjah 4. Aku
bersekolah pagi dan masih lagi bersekolah di sekolah yang



7






Teks AMBKN.indd 7 26/02/2020 0:14:40

Azaika SR


sama. Sekolah Rendah St. Paul. Aku masih lagi menaiki van
taukeh pergi ke sekolah. Begitu juga dengan kakak dan adik
aku. Pada tahun ini juga aku menyaksikan secara langsung di
televisyen perlawanan bolasepak kelayakan Olimpik antara
Malaysia dengan Korea Selatan di Stadium Merdeka, Kuala
Lumpur. Perlawanan berkesudahan dengan Malaysia menang
2-1 ke atas Korea Selatan dan seterusnya layak ke Moscow,
Russia. Hasil jaringan James Wong setelah mendapat
hantaran daripada Hassan Sani. Aku dapat merasakan betapa
hebatnya pasukan bolasepak Malaysia pada zaman itu.
Sewaktu Darjah 4 sekolah ini telah berpindah ke
Jalan Sungai Ujong, Seremban. Sekolah ini telah dirobohkan
dan dibina kompleks membeli-belah iaitu Wisma Punca
Emas. Aku masih ingat lagi pada ketika itu lori-lori sibuk
keluar masuk membawa perabot, kerusi, meja, barang-
barang dan lain-lain lagi berpindah ke tempat baru di Jalan
Sungai Ujong, Seremban.
Bangunan Wisma Punca Emas ini dan gereja masih
lagi terdapat sehingga ke hari ini. Cuma satu atau dua kedai
sahaja yang masih lagi menjalankan perniagaan di Wisma
Punca Emas. Yang lain tidak lagi beroperasi. Pasar Seremban
pada waktu itu adalah bangunan kayu dan beratapkan zink.
Ia terletak di bangunan Dewan Perniagaan Melayu Negeri
Sembilan sekarang. Aku selalu mengikut ibu ke pasar pada
waktu itu. Kebanyakan peniaga di pasar ini adalah orang
Cina.
Bangunan pasar ini telah terbakar. Ia kemudiannya
telah digantikan dengan bangunan pasar baru. Tidak jauh
dari tapak pasar lama yang telah terbakar. Hentian bas
Seremban Town Service (STS) juga terletak tidak jauh dari
tapak pasar lama. Berhampiran dengan hentian bas ini adalah
deretan kedai makan orang Minangkabau. Bas Seremban



8






Teks AMBKN.indd 8 26/02/2020 0:14:40

Aku Menulis Bukan Kerana Nama



Town Service (STS) seingat aku pada waktu itu akan
menunggu penumpang yang pergi menonton wayang di
panggung Odeon yang terletak tidak jauh dari hentian bas
sehingga pukul 12.00 tengah malam.
Hentian bas ini tidak lagi digunakan apabila bas
Seremban Town Service (STS) tidak lagi beroperasi.
Sebaliknya menjadi tempat letak kereta dan pemandu-
pemandu teksi bandar Seremban menunggu penumpang.
Begitu juga dengan deretan kedai makan orang Minangkabau
dan panggung wayang Odeon.
Deretan kedai makan orang Minangkabau telah
digantikan dengan bangunan kedai yang baru. Manakala
panggung wayang Odeon pula tidak lagi beroperasi dan
digantikan dengan perniagaan yang lain. Selain daripada
panggung wayang Odeon terdapat juga beberapa buah
panggung wayang yang lain di bandar Seremban. Namun
semuanya tidak lagi beroperasi dan digantikan dengan
perniagaan yang lain pula.
Aku masih ingat lagi. Hentian bas di bandar
Seremban pada ketika itu adalah bangunan kayu dan
beratapkan zink. Ketika di hentian bas Seremban aku sering
melihat seorang lelaki India menjual kacang putih dalam
bekas yang berbentuk seperti meja dalam kelas di sekolah
dan menjunjung di kepala.
Hentian bas ini kemudiannya telah berpindah ke
tempat baru. Tidak jauh daripada tapak lama hentian bas
Seremban. Tapak lama hentian bas Seremban kini telah
didirikan dengan bangunan kedai.
Pada ketika itu juga ada sebuah Pasar Rabu di
bandar Seremban. Pasar ini dinamakan Pasar Rabu kerana
peniaga-peniaganya berniaga pada setiap hari Rabu. Peniaga-
peniaganya duduk bersila menjual jualan mereka yang



9






Teks AMBKN.indd 9 26/02/2020 0:14:40

Azaika SR


kebanyakannya sayur-sayur kampung dan kuih-muih
tradisional Melayu. Aku selalu juga mengikut ibu ke pasar
ini. Tapak Pasar Rabu ini terletak berhampiran dengan
Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo Chinese School (ACS)
dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist. Bangunan
Pasar Rabu ini sekarang telah tiada lagi. Tapak pasar ini telah
didirikan dengan bangunan kedai yang menjual makanan dan
minuman.
Pada tahun 1981 aku melangkah ke Darjah 5. Aku
bersekolah pagi dan masih lagi bersekolah di sekolah yang
sama. Sekolah Rendah St. Paul. Aku tidak lagi menaiki van
taukeh pergi ke sekolah. Taukeh telah diminta oleh anak-
anaknya agar berhenti daripada memandu van sekolah
kerana dia telah tua dan membahayakan keselamatan. Aku
telah menaiki bas ke sekolah yang dipandu oleh lelaki Cina
yang bernama Ah Hock. Begitu juga dengan kakak dan adik
aku.
Pada tahun ini juga aku dan keluarga berpindah ke
selang beberapa buah rumah iaitu rumah No. 65 di taman
perumahan yang sama. Tuan punya rumah yang kami
sekeluarga sewa ini adalah lelaki berbangsa Cina dan
namanya aku tak ingat.
Pada tahun 1982 aku melangkah ke Darjah 6. Aku
bersekolah pagi dan masih lagi bersekolah di sekolah yang
sama. Sekolah Rendah St. Paul. Aku masih lagi menaiki bas
yang dipandu Ah Hock pergi ke sekolah. Begitu juga dengan
kakak dan adik aku. Pada tahun ini juga aku dan keluarga
telah berpindah rumah ke taman perumahan di Rahang.
Sekarang tempat-tempat dan kehidupan yang
pernah dilalui pada suatu ketika dahulu semuanya tinggal
menjadi kenangan. Namun begitu ia sentiasa segar di ingatan
aku sehingga ke hari ini walaupun zaman sentiasa berubah.



10






Teks AMBKN.indd 10 26/02/2020 0:14:40

2. KENANGAN TERINDAH
YANG AKU LALUI DI MASA SILAM







ENANGAN yang terindah. Itulah
yang ingin aku kongsi bersama
Kdalam coretan ini. Kenangan
yang ingin aku ceritakan ini adalah mengenai zaman yang
pernah aku lalu pada suatu ketika dahulu. Zaman silam itu
benar-benar meninggalkan memori yang indah dalam hidup
aku sehingga ke hari ini. Zaman yang aku lalui amat berbeza
sekali dengan zaman sekarang. Seperti kata orang lain padang
lain padang. Lain zaman lain perubahannya.
Masa aku sekolah rendah dahulu hanya memakai
seluar pendek dan kasut Bata saja. Berbanding dengan
sekarang. Murid-murid sekolah rendah memakai seluar
panjang. Waktu itu mana ada handphone macam sekarang.
Hanya telefon dan telegram saja sebagai alat perhubungan.
Kalau nak bertanya khabar berita dengan saudara-mara dan
kawan-kawan hanya melalui surat sahaja. Tak macam
sekarang menggunakan sms, wasup, facebook, twitter dan
instagram.
Posmen pulak pada waktu itu menghantar surat
dengan menaiki basikal saja. Pada ketika itu posmen
memang orang penting. Dalam menyampaikan perhubungan
menerusi surat-menyurat. Tak macam sekarang surat diemail




11






Teks AMBKN.indd 11 26/02/2020 0:14:40

Azaika SR

atau difaks terus kepada penerima. Jadi cepatlah penerima
dapat surat. Ketika itu surat-menyurat ditaip dengan
menggunakan mesin taip. Aku masih ingat lagi. Waktu di
sekolah rendah soalan peperiksaan ditaip dengan mesin taip.
Warna kertas soalan peperiksaan pada ketika itu kalau tak
silap aku warna kuning air. Tak macam sekarang surat-
menyurat ditaip dengan menggunakan komputer.
Pada waktu itu makanan dan minuman di kantin
sekolah cukup murah sekali. Bawa duit 50 sen untuk belanja
seminggu pun dah cukup. Sepinggan mi goreng harganya 20
sen. Air sirap pun 10 sen. Tapi sekarang harga makanan dan
minuman macam itu dah tak dapat lagi. Seperti kata orang
sekali air bah sekali pantai berubah. Dalam erti kata lain dulu
lain sekarang lain. Seperti lagu yang dinyanyikan Tan Sri
Dato’ Dr. SM Salim.
Ketika itu lagu diputarkan melalui piring hitam
dan kaset. Tak macam sekarang menggunakan VCD. TV pulak
pada waktu itu hitam putih. Tak lama kemudian TV bertukar
pula kepada warna. Siaran TV yang ada pada masa itu hanya
RTM atau Radio Televisyen Malaysia saja. Siaran yang ada
pada ketika itu hanya dua sahaja iaitu Siaran 1 dan Siaran 2.
Kalau tak silap aku Siaran 1 dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Siaran 2 dalam Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil. Rancangan yang diminati pada waktu itu adalah cerita
Melayu pada malam Jumaat selepas berita, rancangan
hiburan iaitu persembahan nyanyian dan lawak jenaka
daripada artis-artis tempatan pada malam Sabtu dan Drama
Minggu Ini pada malam Ahad.
Sekarang dah macam-macam siaran TV ada.
Dengan bermacam-macam program dan rancangan yang
menarik untuk kita tonton bersama. Masa di sekolah rendah
dulu aku dan kawan-kawan ada menonton rancangan TV



12






Teks AMBKN.indd 12 26/02/2020 0:14:41

Aku Menulis Bukan Kerana Nama


Pendidikan di Bilik Sumber. Hari dan waktunya aku tak
ingat. Setahu aku rancangan itu disiarkan pada waktu pagi.
Semua baju dan seluar pada waktu itu dicuci
dengan menggunakan tangan. Aku lihat sendiri arwah emak
aku buat kerja-kerja itu. Zaman itu seingat aku belum ada
lagi mesin basuh. Lepas itu dia gosok dengan menggunakan
seterika. Tak pernah aku lihat arwah emak aku menghantar
ke kedai dobi untuk mencuci dan menggosok semua baju dan
seluar. Berbeza dengan sekarang. Semua baju dan seluar
dihantar saja ke kedai dobi untuk dicuci dan digosok.
Terutama bagi wanita yang sibuk bekerja.
Masih lagi segar di ingatan aku ketika hendak
menyambut puasa dan Hari Raya Aidilfitri. Selalunya bila
esok mula puasa aku dan keluarga akan pulang ke kampung
ibu aku iaitu Kampung Senaling yang terletak di Daerah
Kuala Pilah. Aku dapat membayangkan betapa seronknya
pada ketika itu kami sekeluarga bersama dengan arwah datuk
dan arwah nenek memasak lemang pulut dan tepung,
rendang daging dan sup tulang. Kami sekeluarga akan
menyiapkan makanan tersebut secara bersama. Dapat
dirasakan betapa eratnya semangat kekeluargaan pada ketika
itu. Saling bekerjasama dan bantu membantu di antara satu
sama lain. Segala kerja yang berat menjadi ringan dan
mudah untuk diselesaikan. Bertepatan dengan kata pepatah
yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Duduk
seorang sempit duduk ramai lapang. Paling aku tidak boleh
lupa arwah datuk akan melilit usus lembu yang panjang pada
batang kayu yang aku tidak ketahui namanya dan
memanggangnya.
Lemang, rendang daging, sup tulang dan usus
lembu yang telah dimasak dan dipanggang tadi kemudiannya
lalu dimakan bersama sebagai hidangan tengah hari yang



13






Teks AMBKN.indd 13 26/02/2020 0:14:41

Azaika SR

sungguh menyelerakan. Tambah pulak nasi, lemang, rendang
daging, sup tulang dan usus lembu masih lagi panas. Itu
yang membangkitkan selera kami sekeluarga. Usus lembu
yang dipanggang tadi sedap dimakan bersama dengan kuih
kicap yang dicampur dengan bawang mentah dan cili api
yang telah dihiris.
Lemang dan rendang selalunya kami bawa pulang
ke rumah. Sebagai hidangan makan malam dan sahur pada
hari pertama puasa. Arwah datuk dan nenek juga
mengagihkan lemang kepada jiran sekampung dan sanak-
saudara. Arwah emak aku juga memasak dan membuat kuih
sendiri untuk juadah berbuka puasa dan bersahur pada waktu
itu. Seingat aku waktu itu tak ada Bazar Ramadan. Tak
macam sekarang beli aje di Bazar Ramadan. Macam-macam
juadah ada. Terutama bagi wanita yang sibuk bekerja dan
tidak sempat untuk menyiapkan juadah berbuka puasa. Maka
Bazar Ramadanlah yang menjadi pilihan mereka. Seingat aku
pada waktu itu sebelum masuk waktu berbuka puasa RTM
menyiarkan rancangan keagamaan bertajuk Syiar Ramadan.
Bila dua minggu nak Hari Raya aku dan keluarga
akan pulang ke Kampung Senaling untuk mengacau dodol.
Biasanya arwah nenek akan mula memasak dodol selepas
makan sahur. Sebab dodol memakan masa yang lama untuk
masak. Kami sekeluarga akan bergilir-gilir mengacau dodol.
Paling sedap dodol ini dimakan ketika ia masih cair lagi.
Dodol yang cair ini memang sedap dimakan sebagai hidangan
berbuka puasa. Lazimnya dodol ini akan dimasak menjelang
petang. Seingat aku arwah datuk dan arwah nenek akan
membungkus dodol yang telah masak dengan daun pisang.
Begitu juga bila esok nak Hari Raya. Macam biasa
aku dan keluarga akan pulang ke Kampung Senaling. Kami
sekeluarga bersama dengan arwah datuk dan arwah nenek



14






Teks AMBKN.indd 14 26/02/2020 0:14:41

Aku Menulis Bukan Kerana Nama


sibuk memasak lemang dan rendang daging. Sebagai
hidangan di pagi raya. Keletihan mahupun kepenatan tidak
terasa apabila hidangan dimasak secara bersama.
Selalunya selepas menunaikan solat sunat Hari
Raya Aidilfitri aku dan keluarga akan beraya terlebih dahulu
di rumah arwah datuk dan arwah nenek aku di Kampung
Talang. Kampung Talang ini juga terletak di Daerah Kuala
Pilah. Memang seronok bila dapat berkumpul dan bertemu
dengan sanak-saudara yang dekat dan jauh. Sambil saling
bermaaf-maafan dan menikmati juadah yang disediakan.
Selepas beraya di rumah datuk dan nenek sebelah ayah kami
sekeluarga akan beraya pula di rumah datuk dan nenek
sebelah ibu di Kampung Senaling.
Memang seronok dan amat indah sekali apabila
dikenangkan semula saat itu. Waktu itu memang gembira
bila dapat berpakaian baru dan kasut Johnson kalau tak silap
aku namanya. Kasut Johnson ini tingginya atas sedikit
daripada buku lali. Ketika itu kalau dapat duit raya 20 sen, 10
sen dan RM 1.00 pun dah cukup banyak bila dikumpulkan.
Boleh beli macam-macam. Barang waktu itu memang
murah. Berbanding dengan zaman sekarang.
Tapi sekarang semuanya tinggal menjadi kenangan.
Kedua-dua datuk dan nenek sebelah ayah dan ibu aku telah
meninggal dunia. Begitu juga dengan ayah dan ibu aku. Al-
Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh
mereka dan kaum keluarga aku yang lain yang telah pergi
buat selama-lamanya.
Masih aku ingat lagi waktu itu paling seronok bila
cuti sekolah pergi ke pantai peranginan Port Dickson dan
melawat Muzium Negara dan Zoo Negara di Kuala Lumpur.
Aku bersama dengan keluarga selalu jugak pergi ke kedua-
dua tempat ini bila cuti sekolah. Waktu itu Port Dickson tak



15






Teks AMBKN.indd 15 26/02/2020 0:14:41

Azaika SR

ada banyak hotel macam sekarang. Yang ada hanyalah
rumah-rumah peranginan sahaja. Memang seronok bila
bersantai dengan keluarga di tepi pantai sambil menghirup
udara yang segar dan mandi-manda.
Muzium Negara yang seronoknya pada waktu itu
dapat melihat bahan-bahan sejarah. Zoo Negara pula dapat
tengok pelbagai binatang. Selalunya dalam perjalanan balik
dari Kuala Lumpur ke Seremban kami sekeluarga akan
singgah di Bandar Kajang yang popular dengan makanan sate
sehingga ke hari ini. Seingat aku waktu itu belum ada lagi
Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur. Jadi kena melalui
Kajang sebelum sampai ke rumah di Seremban.
Pada ketika itu seingat aku pekerjaan yang
mendapat perhatian adalah guru, kerani, tentera dan polis.
Nak jadi guru dan kerani setakat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) pun sudah memadai. Manakala tentera dan polis pula
setakat Darjah 6 pun dah cukup. Berbanding dengan zaman
sekarang. Semua pekerjaan memerlukan kelulusan yang
tinggi.
Pakaian remaja lelaki dan perempuan apa yang aku
lihat pada zaman itu jauh bezanya dengan zaman sekarang.
Remaja lelaki gemar memakai baju kemeja lengan panjang
dengan tidak membutangkan baju di dada. Manakala seluar
pula panjang sehingga menutup kasut yang bertumit tinggi.
Begitu juga dengan remaja wanita suka memakai baju lengan
panjang dan seluar yang sehingga menutupi kasut. Pakaian
mereka ini boleh dilihat dalam filem-filem 70-an yang
dilakonkan oleh Hail Amir dan Uji Rashid. Artis yang menjadi
pujaan mereka pada ketika itu adalah Allahyarham Latiff
Ibrahim, Allahyarhamah Sharifah Aini, D.J. Dave dan ramai
lagi. Seingat aku kumpulan muzik yang popular pada waktu
itu adalah Black Dog Bone.



16






Teks AMBKN.indd 16 26/02/2020 0:14:41

Aku Menulis Bukan Kerana Nama


Fesyen rambut mereka pada masa itu adalah “afro
look” atau kembang dan keriting. Motosikal yang digunakan
oleh mereka pada zaman itu adalah scrambler dan satu lagi
aku tak tahu namanya tapi tayarnya yang aku tengok besar.
Pada ketika itu jugak aku melihat pelamin dan khemah
jamuan makan dalam majlis perkahwinan yang diadakan di
kampung dibuat dengan menggunakan buluh. Ia dibuat
secara gotong-royong oleh orang-orang kampung. Tapi
sekarang khemah jamuan makan dan pelamin disewa
daripada pihak katering.
Waktu itu panggung wayang memang menjadi
tumpuan orang ramai untuk melihat filem-filem baru.
Seingat aku tayangan filem pada waktu petang dan malam
saja. Sekarang cerita-cerita baru selain daripada boleh dilihat
dalam tv juga boleh dilihat dalam CD dan youtube. Pada
zaman itu antara kereta yang aku ingat adalah Toyota,
Datsun, Pejot, Renault, Mercedes Benz, Ford Escot, Opel dan
Ford Capri. Manakala bas dan lori pula adalah Mercedes
Benz, Bredford dan Tata. Bas pada waktu itu tingkapnya
adalah kayu dan ada tempat khas di bahagian bumbung
berhampiran pintu belakang yang digunakan penumpang
untuk meletakkan basikal dan barang-barang besar dengan
diikat supaya tidak jatuh. Berapa harga yang dikenakan aku
tak tahu. Aku melihat saja ada bas yang membawa basikal
dan barang-barang tersebut.
Aku juga dapat menyaksikan era kegemilangan bola
sepak negara pada tahun 70-an dan 80-an. Nama-nama
seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh
Singh, Mendiang R. Arumugam, Khalid Ali, Bakri Ibni dan
ramai lagi telah membawa kejayaan bola sepak negara
memenangi Pestabola Merdeka dan Sukan Sea pada waktu
itu. Malaysia adalah gergasi bola sepak Asia Tenggara pada




17






Teks AMBKN.indd 17 26/02/2020 0:14:41

Azaika SR

waktu itu. Kejayaan yang paling manis apabila berjaya
melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Moscow, Russia pada
tahun 1980. Jepun dan Korea Selatan yang telah beraksi di
pentas Piala Dunia amat gentar apabila berhadapan dengan
pasukan bola sepak negara.
Demikianlah indahnya kenangan silam yang pernah
aku lalui pada suatu ketika dahulu. Walaupun ia telah lama
berlalu dan tak akan kembali semula namun aku akan tetap
mengingatinya sepanjang hayat ini. Bagi aku dengan
menitipkan coretan ini kita akan mengetahui khususnya
generasi muda hari ini bahawa sesuatu yang lama itu tidak
boleh dilupakan bila muncul sesuatu yang baru dalam hidup
ini.
Ketahuilah oleh kita bahawa tanpa yang lama kita
tidak akan dapat merasai yang baru. Sepertimana yang kita
nikmati pada hari ini. Pada aku zaman boleh berubah tanpa
dapat ditahan tapi kehidupan yang dilalui pada suatu waktu
dahulu tetap segar bersemadi buat selamanya di ingatan ini.

























18






Teks AMBKN.indd 18 26/02/2020 0:14:41

3. WARKAH BUAT
SAHABATKU BALQIS NOOR







E HADAPAN sahabatku Balqis
Noor yang sering diingati.
KWalaupun kita terpisah jauh
namun kau sentiasa dekat di hati ini. Sebelum warkah yang
tidak seberapa ini melayarkan jauh coretannya terlebih dahulu
izinkan aku menyusun sepuluh jari. Memohon maaf andainya
kehadiran warkah ini bisa mengganggu ketenanganmu di tika
ini. Ke hadrat Allah SWT jua aku pohonkan doa semoga kau
sentiasa sihat dan sejahtera selalu.
Sahabatku Balqis Noor .... Setiap kali fajar
menyingsing di kaki langit maka kehidupan baru pun
bermula. Maka kita akan melangkah dan terus melangkah.
Semalam yang kita lalui dengan rasa suka dan duka lalu kita
tinggalkan. Menjadi pengalaman untuk mendewasakan kita
dalam hari-hari yang mendatang.
Sesungguhnya hidup kita ini ibarat lautan biru
yang luas terbentang. Pasang surut silih berganti. Hidup kita
juga ibarat putaran roda. Sekejap kita berada di atas. Sekejap
kita berada di bawah. Bila kita berada di atas kita akan dipuji
dan disanjung. Dengan dikelilingi ramai kawan-kawan yang
akan bergelak ketawa bersama dengan kita. Namun bila kita
berada di bawah kita akan dicaci dan dicemuh. Kita akan




19






Teks AMBKN.indd 19 26/02/2020 0:14:42

Azaika SR


menangis sendirian. Tanpa kawan-kawan yang dulunya
ketawa bersama dengan kita. Sewaktu kita berada di atas.
Hidup ini penuh dengan cabaran. Bukan hidup
namanya kalau kita tidak menghadapi cabaran. Ibarat kita
makan nasi tak akan berselera tanpa ulam dan sambal
belacan. Demikianlah ibaratnya cabaran dalam kehidupan
kita ini. Sama ada suka atau tidak mahupun manis atau pahit
kita harus menerima cabaran dengan penuh berlapang.
Kerana cabaran itu sebenarnya adalah nikmat dalam
kehidupan yang kita tempuhi. Cabaran akan menjadikan kita
kuat dan sabar dalam hidup ini.
Balqis Noor sahabatku .... Jadikanlah seperti ikan
yang hidup dalam lautan biru yang luas. Walaupun airnya
masin namun isinya tetap manis apabila kita makan. Hidup
kita perlu ada pendirian. Jangan jadi seperti lalang. Mudah
melayang-layang. Adaketikanya ke kanan dan adawaktunya ke
kiri apabila ditiup angin.
Dalam hidup ini biar kita kalah asalkan jangan
mengalah. Sekali kita gagal bukan bererti kita akan gagal
buat selama-lamanya. Tiada jalan pintas atau mudah untuk
kita menuju ke puncak kejayaan. Perlu usaha dan kerja keras.
Sedangkan makan nasi dan lauk untuk mengenyangkan
perut kita perlu digaul serta dikunyah terlebih dahulu dan
seterusnya ditelan dan bukannya terus masuk ke dalam
perut.
Biar kita dipandang miskin harta asalkan kaya
dengan budi bahasa. Jangan meninggi diri dan sombong bila
sudah berjaya dalam hidup. Dengan menongkah langit
tinggi. Sebaliknya pandanglah rumput di bawah. Jangan lupa
akan asal usul kita. Jadilah seperti padi makin tunduk makin
berisi. Bukannya seperti si kudung mendapat cincin. Mudah
lupa diri apabila sudah diulit dengan kejayaan dan



20






Teks AMBKN.indd 20 26/02/2020 0:14:42

Aku Menulis Bukan Kerana Nama


kesenangan dalam hidup.
Ketahuilah bahawa segala kejayaan dan kesenangan
yang kita miliki dalam dunia ini tidak akan kekal buat
selama-lamanya. Semuanya adalah milik Tuhan Yang Esa.
Tuhan yang menjadikan kita sebagai manusia yang hidup di
atas muka bumi ini. Tuhan yang menjadikan sekian alam dan
semesta.
Sahabatku Balqis Noor .... Kita tidak tahu. Bila-bila
masa saja Tuhan akan menarik semula nikmat yang kita
perolehi. Kerana semua yang diberikan kepada kita di atas
dunia ini adalah pinjaman semata-mata dan bukannya kekal
abadi buat selamanya. Lebih-lebih lagi usia kita. Oleh itu kita
harus sentiasa berasa bersyukur dengan apa yang telah
diberikan Tuhan kepada kita.
Yang baik kita jadikan teladan. Yang buruk kita
jadikan sempadan. Berhati-hatilah dalam memilih intan dan
kaca. Agar kelak kita tidak menyesal jadinya. Kalau kita sesat
maka segeralah kita kembali semula ke pangkal jalan
sebelum terlambat. Dalam membuat sesuatu keputusan
janganlah terburu-buru. Buatlah keputusan dengan bijak.
Sesal dahulu sebelum pendapatan sesal kemudian tiada
gunanya.
Usia muda adalah ibarat sehelai daun hijau. Namun
satu hari nanti akan bertukar warna juga keperangan dan
kekeringan. Kemudian lalu gugur ditiup angin jatuh
menimpa tanah. Demikianlah perjalanan usia kita di atas
dunia ini.
Sahabatku Balqis Noor .... Pada yang tua kita
hormatkan. Pada yang berilmu kita belajar daripadanya.
Jangan dicaci dan dihina pada yang miskin harta.
Ringankanlah tangan membantu pada mereka yang




21






Teks AMBKN.indd 21 26/02/2020 0:14:42

Azaika SR


memerlukan. Barulah terasa kasih sesama insan. Tidak terasa
jurang ibarat langit dan bumi. Kita manusia adalah sama di
sisi Tuhan. Tanpa mengira kaya dan miskin. Darjat mahupun
keturunan.
Andainya kita tidak berasa bahagia pada hari ini
usah kecewa. Mungkin Tuhan sudah sediakan esok hari
bahagia buat kita. Jangan sesekali mengeluh mahupun
merintih apabila kita tidak dapat mengecapi kebahagiaan
dalam hidup kita. Terimalah dengan sabar takdir yang telah
ditentukan ke atas kita. Kerana sesuatu yang diuji Tuhan itu
ada hikmah yang tersembunyi buat kita.
Kehidupan yang kita lalui pada setiap hari selagi
kita diberikan kesempatan untuk bernafas oleh Tuhan adalah
ibarat melayari sebuah bahtera. Di mana kita sebagai
nakhoda harus kuat dan cekap melambung ombak dan badai
ganas yang adakalanya melanda lautan biru nan luas agar
tidak karam dan tenggelam. Bila kita cekap dan kuat
melambung ombak dan badai ganas maka kita akan selamat
sampai ke pelabuhan yang dituju. Itulah tafsiran kehidupan
yang kita lalui di atas dunia yang fana ini.
Sejarah jangan sesekali kita lupakan. Sejarah tidak
dapat dipisahkan dalam hidup kita yang bernama manusia.
Kita harus menerima sejarah sama ada suka atau tidak.
Banyak pengajaran dan teladan yang boleh kita perolehi
daripada sejarah. Dengan sejarah kita kenal asal usul dan
tamadun bangsa kita sendiri.
Balqis Noor sahabatku .... Warisan adat dan budaya
yang setelah sekian lama diperturunkan oleh nenek moyang
kepada kita harus kita pulihara dan pertahankan sentiasa.
Walaupun zaman sentiasa berubah silih berganti. Warisan
adat dan budaya adalah khazanah yang tinggi nilainya.
Andainya hilang sukar untuk dicari ganti. Kalau cicir amat



22






Teks AMBKN.indd 22 26/02/2020 0:14:42

Aku Menulis Bukan Kerana Nama


payah untuk dipungut kembali.
Ilmu adalah pelita hidup. Tuntutlah ia sentiasa
janganlah jemu. Tanpa ilmu kita adalah seperti orang buta
yang meraba-raba dalam kegelapan. Cintailah ilmu sentiasa.
Jadikanlah membaca sebagai amalan untuk menambahkan
ilmu di dada.
Jangan lupa jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang
kemerdekaan. Tanpa pengorbanan dan perjuangan mereka
sehingga ke titisan darah terakhir kita tidak akan dapat
menikmati hidup bebas dan merdeka. Seperti yang dinikmati
pada hari ini. Mereka rela bermandikan darah dan peluh
semata-mata untuk melihat kita anak cucu dan juga cicit
tidak terus hidup di bawah telunjuk penjajah. Sepertimana
yang dialami mereka.
Meskipun ada di antara mereka yang telah pergi
buat selama-lamanya namun perjuangan mereka mesti
diteruskan. Kemerdekaan hasil daripada keringat dan titik
peluh mereka harus kita pertahankan. Semangat perjuangan
mereka mengusir penjajah daripada tanah air yang bertuah
ini sewajarnyalah kita contohi dan teladani. Di sini kita hidup
di sini juga kita berani mati. Berkorbanlah! Demi tanah air
yang tercinta.
Sebarang ancaman musuh yang cuba mengganggu-
gugat negara ini harus kita tentang habis-habisan. Marilah
kita bersama bersatu tanpa mengira latarbelakang agama dan
kaum mempertahankan negara yang tercinta ini daripada
ancaman musuh durjana. Bila kita sentiasa bersatu musuh
tak akan dapat menghancurkan negara kita.
Sahabatku Balqis Noor .... Seperti kata pepatah
berat sama kita pikul ringan sama kita jinjing. Ke bukit sama
kita daki ke lurah sama kita turuni. Dalam membuat sesuatu




23






Teks AMBKN.indd 23 26/02/2020 0:14:42

Azaika SR


pekerjaan itu kita tidak boleh sendirian. Mesti ada semangat
berpasukan. Barulah pekerjaan yang berat menjadi ringan
dan mudah untuk diselesaikan.
Begitu jugaklah halnya kehidupan kita dalam
masyarakat. Mesti sentiasa bermuafakat dalam melakukan
sesuatu. Ibarat aur dengan tebing saling sandar-menyandar.
Sentiasa memerlukan antara satu sama lain setiap waktu dan
ketika. Saling bekerjasama dan bergotong-royong. Bantu-
membantu dalam semua perkara. Jiran sepakat membawa
berkat dan bukannya seperti enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing.
Anak-anak adalah ibarat sehelai kain putih. Kita
sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab untuk
mencorakkan kehidupan mereka. Kita adalah contoh ikutan
kepada mereka. Macam mana acuan begitu jugaklah dengan
kuihnya. Didiklah mereka dengan didikan agama dan akhlak
yang sempurna. Agar mereka menjadi insan yang berguna
pada agama, bangsa dan negara. Benih yang baik pasti akan
menghasilkan buah yang lebat dan masak ranum.
Balqis Noor sahabatku ..... Jasa ayah dan ibu yang
telah menjaga dan membesarkan kita sehingga dewasa
jangan dilupakan. Ayah dan ibu mana yang tidak sayangkan
anaknya. Mereka sanggup berkorban dan bersusah payah
demi anaknya. Apabila mereka sudah tua tibalah pula giliran
kita untuk menjaga mereka sepertimana yang mereka
lakukan sewaktu kita masih kecil dahulu. Berbaktilah pada
mereka selagi mereka masih ada dan bukannya dihantar ke
rumah orang tua-tua.
Jasa guru jangan kita lupakan. Mereka adalah ibarat
lilin yang membakar diri. Rela berkorban demi untuk
melihat orang lain tidak hidup dalam kegelapan. Tanpa
mereka kita tidak akan dapat membaca, menulis dan



24






Teks AMBKN.indd 24 26/02/2020 0:14:42

Aku Menulis Bukan Kerana Nama


mengira. Merekalah yang telah mendidik kita menjadi insan
yang berguna pada hari ini. Terima kasih, cikgu! Itulah
ucapan yang harus kita tujukan kepada mereka.
Jadilah seperti pendaki gunung kerana mereka
mengajar kita akan erti semangat waja dan ketabahan untuk
sampai ke puncak. Demikianlah tafsirannya dengan semangat
dan usaha yang gigih tidak mustahil sesuatu kejayaan itu
akan dapat kita capai walaupun amat berat dan payah untuk
kita melakukannya.
Sahabatku Balqis Noor .... Sebelum mengundurkan
diri sekali lagi aku memohon ampun dan maaf. Andainya ada
kata-kata yang menyinggung dan mengguris perasaanmu.
Sebagai manusia biasa aku tidak dapat mengelakkan diri
daripada melakukan salah dan silap. Yang baik itu datangnya
daripada Allah SWT. Dan yang lemah itu datangnya daripada
diri aku sendiri. Aku ingin berpesan termasuk juga pada diri
aku sendiri agar sentiasa meningkatkan iman dan takwa
terhadap Allah SWT. Agar mendapat keberkatan dan
kesejahteraan hidup di dunia mahupun di akhirat.























25






Teks AMBKN.indd 25 26/02/2020 0:14:43

4. AKU MENULIS
BUKAN KERANA NAMA







KU menulis bukan kerana nama.
Ya! Memang amat bertepatan
Asekali dengan lagu nyanyian
Ramli Sarip dan A Romzi itu. Aku memang minat menulis.
Minat aku ini bercambah semenjak aku daripada bangku
sekolah lagi. Tambah pulak ayah aku jugak seorang penulis
tersohor di tanahair ini. Jadi, darah itu mengalir segar dalam
tubuhku. Dalam erti kata lain seperti yang disebut pepatah ke
mana lagi tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.
Aku masih ingat lagi. Semasa aku kecik-kecik dulu
aku minat melukis. Apa saja yang terlintas dalam fikiran aku
waktu itu akan kulis. Sehinggakan aku memberitahu ayahku
yang aku mahu menjadi seorang pelukis yang terkenal
kepada arwah ayahku. Tetapi cita-cita aku untuk menjadi
seorang pelukis sebaliknya telah bertukar sebagai seorang
penulis. Bak kata orang lain yang dihajati lain pulak yang
dapat. Namun aku menerima ini sebagai ketentuan daripada
Tuhan dan berasa amat bersyukur. Bahawa aku dilahirkan ke
dunia ini sebagai seorang penulis dengan bakat yang telah
sedia ada.
Mengungkap kembali bagaimana aku boleh terjun
ke bidang penulisan pada mulanya hanya secara suka-suka




26






Teks AMBKN.indd 26 26/02/2020 0:14:43

Aku Menulis Bukan Kerana Nama



saja. Aku tulis puisi dalam buku dan kemudian aku baca
sendiri. Waktu itu aku berada di Tingkatan Empat pada tahun
1986. Tidak kuhantar ke mana-mana akhbar mahupun
majalah untuk disiarkan. Namun apabila meningkat remaja
aku mula serius menulis. Tak lagi tulis kemudian aku baca
apa yang aku tulis. Aku sebaliknya sudah mula
memberanikan diri menghantar tulisanku ke akhbar dan
majalah.
Puisi yang aku hantar kebanyakan mengenai kisah
cinta yang luka dan tak kesampaian. Entah mengapa. Aku
sendiri pun tak tahu kenapa aku terpanggil untuk menulis
puisi-puisi cinta yang sedemikian rupa. Mungkin disebabkan
usia remajaku tika itu yang mudah dilambung dengan
perasaan cinta terhadap seorang wanita. Padahal pada waktu
itu aku tidak pun mempunyai seorang teman istimewa. Atau
boleh jadi aku terpengaruh dengan lagu-lagu jiwang yang
berkumandang di corong radio pada waktu itu.
Aku menggunakan nama pena Azaika SR.
Gabungan nama aku, arwah ibu dan arwah ayah. SR
bermakna Suara Rasa. Apa yang ingin aku suarakan dan
mahu pembaca di luar sana berkongsi sama rasa yang aku
luahkan. Satu hari puisi aku yang bertajuk Sekuntum Mawar
Merah telah disiarkan dalam akhbar Bacaria pada tahun
1991. Aku berasa amat gembira sekali. Mungkin kerap kali
menghantar dan di atas kerajinan aku berkarya tanpa jemu
maka mereka telah menyiarkan puisiku itu.
Itulah yang menjadi titik tolak dan pencetus
semangat kepada aku untuk berkarya dan terus berkarya.
Hasil usahaku itu akhirnya membuahkan hasil dan
menajamkan lagi bakatku dalam penulisan. Puisi-puisiku
yang bercorak cinta semakin banyak tersiar dalam akhbar
dan majalah tempatan. Aku berasa semakin seronok dan



27






Teks AMBKN.indd 27 26/02/2020 0:14:43

Azaika SR


berasa amat kepuasan apabila karyaku itu disiarkan. Antara
sajak-sajakku yang telah tersiar adalah Sekuntum Mawar
Merah, Gadisku, Kekasih, Kuhimpunkan Janji Mewangi, Bila
Tiba Detik Itu, Bila Kasih Menyepi, Sayap Cinta Luka dan
bermacam-macam lagi.
Bakat penulisan aku semakin berkembang pada
tahun 1992 apabila aku bekerja sebagai Pembantu Editor di
Masa Enterprise yang kemudiannya dikenali sebagai Makruf
Publisher & Distributors Sdn. Bhd., Kajang. Tugas aku
adalah untuk membantu mengedit manuskrip sebelum
diterbitkan menjadi sebuah buku. Melalui kerja-kerja yang
aku buat ini menjadikan aku semakin terdedah dan belajar
untuk menjadi seorang penulis yang menghasilkan karya
yang baik. Bermula dari situ aku mula berjinak-jinak untuk
menulis cerpen. Tema yang aku tulis sama seperti karya puisi
yang aku hasilkan. Percintaan. Nampaknya pemikiran aku
masih lagi tidak berubah. Cinta! Cinta! Cinta! Mungkin
masih lagi dibayangi dengan alam remaja yang khayal
dengan percintaan menjadikan aku begitu. Untuk diluahkan
dalam setiap cerpen yang aku tulis.
Pada awalnya cerpen yang aku hantar tidak
mendapat perhatian daripada akhbar dan majalah. Namun
aku bukanlah jenis yang mudah berputus asa dan mengalah.
Aku terus berkarya tanpa hentinya. Tanpa mengira sama ada
tersiar mahupun tidak. Segala usahaku ini akhirnya
membuahkan hasil apabila cerpenku yang bertajuk Terhalang
telah disiarkan dalam akhbar Bacaria. Dengan tersiarnya
cerpen yang tersiar itu menjadikan aku bertambah semangat
dan berkobar-kobar untuk menulis dan terus menulis.
Hasilnya cerpen-cerpen yang kutulis antaranya seperti Aku
Bukan Milikmu, Suratan Takdir, Sepucuk Warkah Biru,
Catatan Buat ‘S’, Jodoh dan lain-lain lagi.




28






Teks AMBKN.indd 28 26/02/2020 0:14:43

Aku Menulis Bukan Kerana Nama



Bakat aku dalam penulisan cerpen dan puisi telah
dikesan oleh Allahyarham Ma’arof bin Saad pengurus tempat
syarikat aku bekerja yang juga sahabat akrab kepada arwah
ayah aku. Dia juga adalah antara penulis yang terkenal di
tanah air ini. Dia banyak memberikan galakan dan
menasihatkan aku supaya banyak membaca sebagai kunci
utama untuk menjadi seorang penulis yang karyanya sentiasa
dinanti-nantikan akhbar dan majalah tempatan. Berkat
daripada dorongan dan nasihatnya yang amat berguna itu
menjadikan aku semakin banyak menulis. Baik puisi
mahupun cerpen.
Satu hari dia meminta aku agar menulis novel.
Dalam fikiranku sudah terbayang permintaannya ini amat
berat untuk ditunaikan. Maklumlah menulis novel ini
bukannya mudah umpama merebus sebiji telur atau
memasak mi segera. Memakan masa yang agak lama.
Berbulan-bulan. Boleh jadi bertahun-tahun. Dia meminta
aku menulis kisah moral yang banyak memberikan teladan
dan nilai-nilai yang murni kepada kanak-kanak.
Memandangkan mahu mencuba sesuatu yang baru maka aku
pun menulis novel sepertimana tema yang dimintanya itu.
Setelah berusaha dan bertungkus-lumus memerah
fikiran dan ilham akhirnya aku dapat juga menyiapkan novel
yang bertajuk Meniti Ke Puncak dan telah diterbitkan oleh
Makruf Publisher & Distributors Sdn. Bhd. Dengan lahirnya
novel sulungku itu membuatkan aku semakin teruja dan
penuh bersemangat untuk menulis novel. Namun pada masa
yang sama aku tidak melupakan untuk menulis puisi dan
cerpen. Pada tahun 1996 aku tidak lagi bekerja di Makruf
Publisher & Distributors Sdn. Bhd. Kerana mendapat
tawaran kerja sebagai Pembantu Muzium di Jabatan Muzium
dan Antikuiti, Kuala Lumpur.




29






Teks AMBKN.indd 29 26/02/2020 0:14:43

Azaika SR


Walaupun aku telah bekerja di tempat yang baru
namun tidak menghalang untuk aku terus menulis. Semasa
di Jabatan Muzium dan Antikuiti novel kedua aku yang
bertajuk Surat Cinta telah diterbitkan oleh Puncak Kreatif.
Kemudian pada tahun 1999 aku telah bertukar ke Muzium
Lukut, Port Dickson atas permintaanku sendiri untuk
berkhidmat di negeri kelahiranku sendiri. Aku masih lagi
berpegang pada prinsip di mana aku berkhidmat mahupun
ditempatkan aku tetap akan menulis. Tanpa mengira keadaan
dan suasana yang berlainan. Tradisi penulisan puisi dan
cerpen aku masih lagi tak berubah. Apalagi kalau bukan
kisah cinta yang penghujungnya berakhir dengan kedukaan.
Pada tahun 2000 aku menempuh alam kehidupan
yang baru iaitu berumahtangga dengan gadis pilihan ayah
dan ibuku yang berasal dari Kelantan. Penulisan aku juga
telah berubah. Kalau sebelum ini tema yang aku bawa dalam
kebanyakan puisi dan cerpen yang aku tulis adalah mengenai
percintaan. Tapi kali ini aku telah mengubahnya kepada tema
yang lebih berkisarkan kepada ketuhanan, kemanusiaan dan
kedamaian. Mungkin kerana aku telah berkahwin maka aku
perlu tinggalkan dunia yang berkisar tentang cinta yang
terputus di tengah jalan.
Antara puisi yang aku hasilkan adalah Coretan Buat
Isteri, Senja Di Pelabuhan, Catatan Buat Kawan, Tragedi
Mereka Yang Tidak Berdosa, Memori Yang Tak Pernah
Padam, Si Pengukir Bahasa dan banyak lagi. Manakala karya
cerpen yang telah aku hasilkan adalah Kisah Seorang Isteri,
Gerila Hijau, Operasi Bukit Merah, Seorang Tua dan
Falsafahnya, Setelah Hujan Berhenti, Pendekar Sungai Deli,
Jalan Pulang, Tumbangnya Sang Ditaktor, Bicara Petang dan
berbagai-bagai lagi. Kesemua puisi dan cerpen ini telah
disiarkan dalam akhbar dan majalah tempatan.




30






Teks AMBKN.indd 30 26/02/2020 0:14:43

Aku Menulis Bukan Kerana Nama



Selain daripada itu, puisi aku yang bertajuk Batu-
batu Kecil dan Pasir telah disiarkan dalam Buletin Jabatan
Muzium Malaysia. Puisiku yang bertajuk Amanat Buat Warga
Muzium pula telah memenangi Hadiah Saguhati
Pertandingan Mencipta Puisi Hari Q anjuran Jabatan
Muzium dan Antikuiti. Pada tahun 2002 hingga 2006 aku
telah menyambung semula pelajaran di peringkat ijazah di
Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan mengambil
Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dalam bidang Bahasa Melayu dan
Linguistik. Dengan mengambil bidang tersebut maka dapat
menajamkan dan mematangkan lagi penulisanku.
Pada tahun 2002 cerpen aku yang bertajuk
Pahlawan Seri Menanti telah mendapat hadiah tempat ketiga
dalam Sayembara Penulisan Cerpen dan Sajak PEN 2003.
Manakala puisi aku yang bertajuk Catatan Buat Perwira Bukit
Putus dan Puisi Buat Kota Lukut pula telah mendapat hadiah
saguhati. Kemuncak karier aku dalam bidang penulisan
adalah pada tahun 2005 apabila memenangi Anugerah
Sastera Negeri Sembilan Darul Khusus 2005 anjuran
Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan kerjasama
Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan Darul
Khusus bagi genre karya remaja bertajuk Batu-batu Kecil
dan Pasir. Aku berasa amat bersyukur sekali di atas
kejayaanku itu. Sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan
terhadap bidang penulisan yang aku ceburi selama ini.
Pada tahun 2007 aku tidak lagi berkhidmat di
Muzium Lukut, Port Dickson kerana telah menerima
tawaran sebagai Penolong Kurator di Lembaga Muzium
Negeri Sembilan. Selain daripada rancak menulis cerpen dan
puisi aku juga giat menghasilkan beberapa buah novel.
Antaranya adalah Hero Kampung Talang terbitan JS
Adiwarna, Bandar Baru Bangi, Selangor (2011), Aku Budak




31






Teks AMBKN.indd 31 26/02/2020 0:14:44

Azaika SR


Kampung dan Rumah Banglo Lama Di Atas Bukit terbitan SR
Publication, Rawang, Selangor (2015) dan Rumah Api
terbitan SR Publication, Rawang, Selangor (2016). Novel aku
yang bertajuk Aku Budak Kampung dan Rumah Banglo Lama
Di Atas Bukit telah dilancarkan bersempena dengan Pesta
Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015.
Aku dikategorikan sebagai penulis cerita seram.
Maklumlah tengok tajuk pun dah nampak. Rumah Banglo
Lama Di Atas Bukit. Sedangkan novel yang aku tulis itu
berkisahkan tentang penyiasatan yang dilakukan oleh 3
orang remaja yang membongkar kegiatan jenayah di rumah
yang dikatakan bermisteri itu. Dua buah lagi novel yang
bakal menyusul adalah Cahaya Suci dan Aku Petani Moden
yang diterbitkan oleh SR Publication. Dalam diam tak diam
dah masuk 7 buah novel aku hasilkan.
Tahun lepas 2016 cerpen aku yang bertajuk
Pejuang telah mendapat tempat pertama dalam Anugerah
Cerpen Alam Siber E-Sastera Malaysia. Syukur
alhamdulillah. Satu lagi kejayaan yang amat besar dan
bermakna bagiku. Baru-baru ini novel aku yang bertajuk
Rumah Api telah dilancarkan bersempena dengan Pesta Buku
Negeri Sembilan 2017. Setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Jamilah binti
Haji Katis, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Sembilan. Kerana telah memberikan aku ruang dan peluang
untuk mempromosikan novel terbaru aku itu.
Seperkara lagi walaupun arwah ayah aku seorang
penulis yang terkenal namun dia tidak pernah memberikan
bimbingan dan tunjuk ajar kepadaku. Paling tidak pun dia
hanya memberikan nasihat dan pandangan apabila membaca
puisi, cerpen dan novel yang aku tulis. Aku mengambil segala
nasihat dan pandangannya yang diberikannya itu sebagai



32






Teks AMBKN.indd 32 26/02/2020 0:14:44

Aku Menulis Bukan Kerana Nama



sesuatu yang membina. Dalam untuk menjadikan karya yang
aku tulis mantap dan terbaik. Aku juga tak pernah mengikuti
bengkel mahupun kursus yang berkaitan dengan penulisan
puisi, cerpen dan novel.
Selalunya aku menulis pada hari tidak bekerja. Aku
tidak mencampuadukkan antara waktu bekerja dengan
menulis. Kalau kerja mesti tumpukan sepenuh perhatian
dengan kerja. Sebab itu adalah amanah dan tanggungjawab.
Lagipun kita dibayar gaji untuk bekerja. Jadi, perlu
melaksanakannya dengan penuh komitmen. Aku berpegang
kepada prinsip kalau ilham untuk menulis datang ketika
tengah bekerja maka simpan dahulu. Takut mengganggu
pula jadinya dan lalu hilang tumpuan serta perhatian
terhadap kerja yang telah diberikan.
Dalam menulis juga perlu ada disiplin ilmu.
Maknanya kalau ilham tengah rancak dan mencurah-curah
datang macam air hujan yang turun lebat dari langit maka
kita perlu sudahkan apa yang telah kita tulis sehingga selesai.
Kalau bertangguh alamatnya tak jadilah dan sebab itulah kita
berasakan bahawa menulis ini adalah sesuatu yang amat
berat. Umpama memikul seketul batu yang besar. Aku juga
merasakan bahawa aku ini masih lagi kerdil dan belum lagi
standing dengan penulis-penulis lain yang telah menempa
nama besar. Oleh yang demikian aku perlu belajar lagi dan
menerima setiap kritikan dengan hati yang terbuka. Aku
pernah mendengar bahawa kalau apa yang kita buat itu
ditegur oleh seseorang itu tandanya dia sayang pada kita dan
mahu melihat kita terus berjaya.
Aku tidak memikirkan sangat tentang soal bayaran.
Berapa yang aku dapat aku syukuri sebagai rezeki yang telah
dikurniakan Allah SWT. Begitu juga dengan karya yang aku
tulis. Sama ada akan disiarkan atau tidak oleh mereka yang



33






Teks AMBKN.indd 33 26/02/2020 0:14:44

Azaika SR


berkenaan. Bagi aku itu adalah hak mereka untuk membuat
penilaian. Aku hanya mampu melakukan yang terbaik. Dalam
pada itu aku akur ada lagi yang karyanya lebih baik dan
menarik berbanding dengan aku. Sepertimana yang telah aku
katakana awal tadi bukan nama yang aku kejar. Tapi oleh
kerana minat yang mendalam dan kepuasan apabila karya
disiarkan maka aku menulis dan terus menulis tanpa
hentinya.









































34






Teks AMBKN.indd 34 26/02/2020 0:14:44

5. PERIHAL MEMBACA,
BERKARYA DAN TULIS-MENULIS







ENULIS. Mungkin kerana
minat. Atau untuk melepaskan
Mperasaan. Bila tertekan. Ada
orang menulis bukannya. Terpaksa memerah otak untuk
mencari ilham. Tapi bagi orang yang suka menulis ia amat
mudah. Ibarat seperti merebus telur. Tak semua orang
dilahirkan sebagai penulis. Berkarya adalah bakat anugerah
Tuhan. Menulis juga boleh dijadikan sebagai sumber
pendapatan. Itu bagi orang yang mata pencariannya adalah
dengan menulis saja.
Kita boleh tulis apa saja yang terlintas di fikiran
kita. Kemudian kita kongsi bersama dengan pembaca.
Umpamanya pengalaman hidup yang pernah kita lalui. Suka
duka. Manis pahit. Atau apa saja. Kita luahkan dalam tulisan.
Sebelum menulis kita mesti tahu. Siapa yang akan
membacanya. Kerana kita perlu ingat. Kita menulis untuk
dibaca orang lain. Bukannya kita sendiri yang karang dan
kita sendiri yang membacanya. Itu lain jadinya. Jadi sebelum
menulis pastikan apa yang hendak kita tulis dan sampaikan
kepada pembaca.
Menulis ini macam-macam ragam sebenarnya.
Dengan hanya mengambil beberapa contoh saja. Ada yang




35






Teks AMBKN.indd 35 26/02/2020 0:14:44

Azaika SR


suka menulis tentang ketuhanan dan kedamaian. Kisah
hidup manusia dengan pelbagai ragamnya. Mencintai alam
sekitar. Tidak kurang pula yang menulis tentang percintaan.
Semuanya ini dicurahkan dalam puisi, cerpen dan novel. Ada
juga yang menulis untuk mencari kepuasan. Puas bila karya
disiarkan dalam majalah dan akhbar. Begitu juga puas apabila
novel diterbitkan.
Tips untuk menjadi penulis yang hebat dan
terkenal adalah dengan menulis hari-hari. Parang kalau
setiap hari diasah pasti akan tajam. Membaca juga perlu.
Selain daripada mengasah bakat menulis. Membaca itu
adalah jambatan ilmu. Banyak manfaatnya apabila kita rajin
membaca. Penulisan juga menjadi mantap. Ilham datang tak
menentu. Adakalanya pada waktu malam yang sunyi. Tika
sendirian. Sewaktu berbual dengan kawan-kawan. Melihat
gelagat kehidupan manusia saban hari. Dalam erti kata lain
ilham menulis ini mempunyai ruang lingkup yang sangat
luas.
Bila di tepi pantai melihat ombak juga akan dapat
ilham. Hidup manusia seperti lautan biru yang luas. Pasang
dan surut silih berganti. Penuh dengan warna-warna suka
dan duka. Hari ini kita berasa gembira. Tapi esok belum
tentu lagi. Kerana semua itu bukan di tangan kita sebagai
manusia. Tapi di tangan Tuhan. Inilah yang mencetuskan
ilham kepada kita untuk menulis. Kisah perjalanan hidup
manusia di atas dunia ini.
Dengan melihat angin yang bertiup sepoi-sepoi
bahasa bersama dengan pohon-pohon hijau yang
bergoyangan dan daun-daun bergeseran juga akan
menggerakkan kita untuk menulis. Bunyi suara angin yang
merdu dan irama daun-daun yang mengusik jiwa sebenarnya
adalah pencetus ilham kepada kita. Untuk menulis tentang
keindahan alam. Bagi yang jiwanya sudah sebati dengan


36






Teks AMBKN.indd 36 26/02/2020 0:14:44

Aku Menulis Bukan Kerana Nama



menulis hidupnya tak akan lengkap kalau sehari tak menulis.
Macam makan nasi tak akan berselera tanpa sambal belacan
dan ulam.
Ada yang menghadapi tekanan di tempat kerja. Lalu
dia menulis untuk melepaskan perasaannya. Mungkin itu
adalah cara yang terbaik baginya. Untuk menghilangkan
tekanan perasaan. Bila ada yang membacanya lalu
menghulurkan simpati dan memahami perasaannya. Maka
ringanlah tekanan perasaan yang dihadapinya. Menulis juga
menggambarkan siapa kita yang sebenarnya. Kalau kita
menulis tentang ketuhanan dan kehidupan manusia maka
itulah gambaran sebenarnya jiwa kita. Begitu juga kalau
menulis kisah cinta maka kita sebenarnya adalah berjiwa
jiwang-jiwang dan cintan-cintan.
Menulis tentang ketuhanan dan kehidupan
manusia memerlukan watak, tema dan klimaks. Di
sebaliknya perlu ada pengajaran dan teladan. Yang
meninggalkan kesan di hati pembaca. Ada penulis yang dapat
mengalirkan air mata pembaca. Menggeletek hati pembaca.
Malahan berbagai-bagai lagi. Itu adalah kelebihan masing-
masing sebagai penulis. Bagi penulis kisah cinta pembaca
terpesona dengan ayat-ayat indah dan berbunga. Dapat
merasakan betapa hebatnya cinta itu bila bersemi. Dunia
dirasakan berseri. Dihiasi warna-warna suka. Tiada
mengenali erti duka dalam kamus kehidupan.
Suasana kehidupan di desa misalnya juga
menyumbangkan kepada kita untuk menulis. Keindahan dan
kedamaian desa permai bersama pohon-pohon nyiur yang
melambai. Sawah padi yang terbentang luas. Deru air sungai
yang mengalir tenang. Ikan keli bermain dengan penuh
keriangan. Ladang dan kebun yang subur menghijau.
Semuanya ini akan menjadikan ilham kita mencurah-curah.
Macam hujan yang turun lebat daripada langit.


37






Teks AMBKN.indd 37 26/02/2020 0:14:45

Azaika SR


Perbezaan hidup di desa dan kota boleh dijadikan
sebagai bahan penulisan. Bagai langit dengan bumi.
Jurangnya sangat dalam. Demikianlah perbandingan antara
hidup di desa dengan di kota. Kota dipenuhi dengan
bangunan-bangunan tinggi sehingga mencakar langit. Jalan
raya penuh sesak dengan kenderaan. Dari yang kecil
sehinggalah ke yang besar. Siang dan malam tanpa hentinya
berlibur di jalan raya. Kesesakan lalu-lintas sudah menjadi
rutin kehidupan penghuni kota. Masing-masing punya
banyak urusan. Dalam meneruskan kehidupan di kota yang
penuh mencabar. Ragam hidup manusia di kota boleh ditulis
dan dijadikan kisah menarik. Untuk kita kongsi bersama.
Tidak kurang juga yang menulis mengenai
penderitaan hidup kerana kemiskinan. Pahit getir yang
diharungi dalam kehidupan. Bila tak punya wang dan harta.
Hidup dibayangi dengan tangis dan derita. Kemiskinan
mengajar erti ketabahan dalam hidup. Berjuang untuk keluar
daripada belenggu kemiskinan. Mengajar erti menginsafi diri
dan bersyukur. Apabila sudah berjaya dalam hidup dengan
menjadi kaya.
Begitu juga ada yang menulis kisah orang yang
lupa diri. Bila sudah berjaya. Terlalu memandang langit yang
tinggi. Rumput di bawah tidak dipandang lagi. Seperti
kacang yang lupakan kulit. Sedangkan asalnya hidup susah.
Tapi bila dikurniakan dengan kesenangan dan kemewahan
yang melimpah-ruah macam air sungai yang mengalir dari
hulu ke hilir lalu lupa diri dan menjadi sombong serta
bongkak. Sedangkan hidup ini tak ubah macam putaran
roda. Sekejap di atas. Sekejap di bawah. Akhirnya bila
kenikmatan dan kemewahan ditarik balik Tuhan barulah
tahu langit itu tinggi rendah.
Sememangnya penulis mahu pembaca menilai yang



38






Teks AMBKN.indd 38 26/02/2020 0:14:45

Aku Menulis Bukan Kerana Nama



mana baik dan yang mana buruk. Yang baik dijadikan
teladan. Yang buruk dijadikan sempadan. Tahu menilai yang
mana kaca dan yang mana intan. Dalam erti kata lain penulis
menyampaikan pesanan dan ingatan kepada pembaca. Hidup
ini penuh dengan pancaroba dan dugaan. Pilihlah jalan yang
betul. Jangan pilih jalan yang salah. Seperti yang disebut
dalam pepatah buat baik berpada-pada buat jahat jangan
sekali.
Penulis harus menyampaikan mesej yang jelas
melalui tulisannya kepada pembaca. Tidak jelas dan kabur
akan menyebabkan pembaca tidak memahami apa
sebenarnya yang ingin disampaikan pembaca. Dalam hal ini
penulis perlu kreatif dan berimiginasi tinggi. Untuk
menghasilkan karya yang benar-benar memikat hati
pembaca. Karya yang baik akan sentiasa mendapat perhatian
dan tidak jemu dibaca pembaca. Ini menjadikan penulis
mempunyai peminat yang tersendiri.
Ada yang menulis dengan menggunakan gaya
bahasa yang ringkas dan mudah untuk difahami. Tidak
kurang juga yang menggunakan madah dan kiasan.
Terpulanglah kepada kreativiti masing-masing. Penulis
mengabdikan seluruh hidupnya dengan berkarya. Apa saja
yang terlintas di fikiran akan ditulis. Umpamanya dia melihat
pergolakan hidup yang berlaku pada hari ini. Maka dia
menulisnya untuk tatapan dan menimbulkan kesedaran
kepada pembaca. Bahawa pergolakan hidup akan membawa
kepada kemusnahan dan tidak menguntungkan.
Kita boleh menyampaikan kepada pembaca betapa
pentingnya semangat berpasukan dalam melakukan apa jua
pekerjaan. Sebagai penulis kita perlu menekankan kepada
mereka bahawa apabila bekerja dalam satu pasukan maka
kerja yang berat akan terasa ringan. Begitu halnya dalam



39






Teks AMBKN.indd 39 26/02/2020 0:14:45

Azaika SR


hidup bermasyarakat. Perlu sentiasa ada muafakat. Saling
tolong-menolong dan bantu-membantu.
Antara satu sama lain. Bak kata pepatah ke bukit
sama kita daki ke lurah sama kita turuni. Ibarat aur dengan
tebing saling sandar-menyandar. Saling memerlukan. Jangan
menjadi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Hanya mementingkan diri sendiri saja.
Melalui cara yang disampaikan ini pembaca akan sedar
betapa pentingnya hidup bersatu. Agar tidak berlaku
perpecahan.
Menerusi penulisan dapat meniup semangat
cintakan tanah air di kalangan rakyat khususnya generasi
muda hari ini.
Tulisan yang penuh dengan semangat nasionalisme
yang berkobar-kobar akan membangkitkan kesedaran kepada
mereka betapa pentingnya menghargai jasa dan pengorbanan
pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Penulis
menjadikan semangat dan perjuangan mereka sebagai
sumber inspirasi kepada generasi muda dalam memastikan
negara yang dicintai ini tidak dijajah semula mahupun
diceroboh musuh. Ia disampaikan oleh penulis dalam novel,
cerpen, puisi dan rencana.
Dalam melakukan apa jua perkara perlu ada minat.
Begitu juga halnya dalam bidang penulisan. Apabila sudah
minat semuanya mudah untuk ditulis. Zaman kanak-kanak,
remaja sehinggalah yang kita lalui pada hari ini boleh kita
tulis dalam bentuk catatan. Mungkin ada tersirat pengajaran
dan teladan yang boleh diambil ikhtibar oleh pembaca.
Menulis pengalaman hidup adalah mudah. Kerana ia amat
dekat dengan kita.
Menulis adalah satu perjuangan. Penulis berjuang




40






Teks AMBKN.indd 40 26/02/2020 0:14:45

Aku Menulis Bukan Kerana Nama



melalui karya untuk memperkasa dan memartabatkan seni
dan kesusasteraan tanah air. Pada masa yang sama penulis
menyampaikan ilmu kepada pembaca untuk dimanfaatkan
bersama. Tak kira apa yang ditulis asalkan mendatangkan
faedah dan manfaat apabila dibaca adalah dianggap sebagai
ilmu.
Sekali jatuh cinta selamanya akan jatuh cinta.
Begitu juga dengan menulis. Apabila sudah menulis
selamanya akan menulis dan tak akan berhenti. Ibarat irama
dan lagu. Karya dan penulis tidak dapat dipisahkan. Penulis
sentiasa mencari ilham.
Penulis harus menerima dengan berlapang dada.
Apabila tulisannya dikritik. Kritikan itu adalah membina.
Sebagai penulis kita belajar daripada kritikan. Untuk
membaiki kelemahan penulisan kita.
Kalau mahu menjadi seorang penulis hebat kita
harus sentiasa bersedia untuk menerima teguran dan belajar.
Daripada orang yang setelah sekian lama mencipta nama
dalam bidang penulisan. Kita tak boleh menganggap karya
kita paling hebat. Sedangkan ada lagi karya yang lebih hebat
dihasilkan orang lain.
Matahari yang tadinya cerah telah bertukar warna
seperti buah pinang masak. Langit kelihatan kelabu. Burung-
burung telah pulang semula ke sarang. Tak lama lagi senja
akan melabuhkan tirainya menyambut malam. Segala suka
duka yang kita layari sepanjang hari ini kita himpunkan
menjadi pengalaman. Pengalaman untuk mendewasakan kita
dalam hidup ini. Demikianlah gambaran perjalanan yang
dilalui penulis dalam berkarya.
Menulis lahir daripada perasaan dan alam
sekeliling. Semuanya ini membentuk keperibadian kita




41






Teks AMBKN.indd 41 26/02/2020 0:14:46

Azaika SR


untuk menjadi seorang penulis. Kepada yang mula berjinak-
jinak dengan dunia penulisan teruskanlah usaha. Jalan
berhenti di pertengahan jalan. Kalau orang lain boleh
menjadi seorang penulis hebat mengapa kita tidak. Mana
tahu dengan berkat usaha dan kegigihan kita akan menjadi
seorang penulis yang terkenal.











































42






Teks AMBKN.indd 42 26/02/2020 0:14:46

6. KISAH CINTA
ANUAR DAN ROHANA







ISAH cinta Anuar dan Rohana.
Inilah kisah yang ingin aku
Kkongsikan bersama. Anuar
bekerja di syarikat penerbitan buku di Kajang. Sebagai
penolong editor. Setiap hari dia berulang-alik dari rumahnya
di Seremban ke Kajang. Dengan menaiki bas Foh Hup. Pada
satu hari ada seorang gadis duduk di sebelahnya. Gadis itu
lalu menegurnya. Namanya Rohana. Panggilan mesra Ana.
Ana bekerja sebagai guru tadika di Mantin. Setiap hari dia
akan turun di Mantin. Jadi Anuar hanya dapat berbual sekejap
dengan Ana. Dari sehari ke sehari hubungan Anuar dan
Rohana semakin mesra.
Memandangkan hubungan mereka semakin mesra
dan intam lalu pada satu hari Anuar mengajak Ana keluar.
Pada mulanya Ana seperti keberatan untuk menerima
pelawaan Anuar itu. Maklumlah baru saja kenal belum lagi
kenal hati budi lelaki itu dah ajak dia keluar. Itu sebablah
agaknya dia seperti amat berat untuk keluar dengan Anuar.
Mungkin kerana Anuar pandai main ayat akhirnya dia
bersetuju untuk keluar dengan lelaki yang dikenalinya dalam
bas itu. Maka pada hari Sabtu selepas habis kerja Anuar dan
Rohana pun bertemu di Terminal Bas Seremban. Mereka pun




43






Teks AMBKN.indd 43 26/02/2020 0:14:46

Azaika SR


berjalan-jalan di sekitar Bandar Seremban.
Setelah penat berjalan mereka kemudiannya lalu
duduk di satu tempat. Tangga panggung wayang Ruby.
Sebagai lelaki Anuar lalu mencurahkan perasaannya pada
Ana. Sambil membelai lembut jari-jemari Ana. Macam
pasangan yang dah lama bercinta. Tapi macam bertepuk
sebelah tangan saja. Rohana berat untuk menerima lelaki itu.
Sebenarnya dia takut. Bukan apa dia baru saja putus cinta.
Anuar terus meyakinkan Rohana bahawa dia benar-benar
suka dan jatuh cinta dengan Rohana. Akhirnya Rohana
menerima juga lelaki yang bernama Anuar itu dengan
seadanya.
Setelah lama memadu kasih di tangga panggung
wayang Ruby mereka pun berjalan semula ke Terminal Bas
Seremban. Untuk menaiki bas pulang ke rumah. Anuar tak
kenderaan. Gajinya berapa banyaklah sangat. Nak beli motor
atau kereta. Jadi kenalah naik bas. Tambah pulak jarak antara
Seremban dengan Kajang bukannya dekat. Anuar dan
Rohana tinggal dengan keluarga.
Anuar tinggal di Senawang. Manakala Rohana pula
tinggal di Jalan Tembak. Sambung balik cerita tadi. Sambil
berjalan menuju ke Terminal Bas Seremban Rohana
memegang tangan kekasihnya itu dengan rasa penuh cinta
dan sayang yang amat mendalam. Macam lautan biru yang
luas. Memang Rohana ini seorang gadis yang romantik bila
bercinta. Dah tuah badan Anuar. Dapat kekasih hati macam
Rohana. Atau dalam erti kata lain dah rezeki dia.
Anuar kemudiannya lalu mengajak Rohana minum
di restoran yang terletak tidak jauh dari Terminal Bas
Seremban. Biasalah lelaki nak tunjuk dia ada duit. Jadi dia
belanjalah awek dia minum. Sambil minum mereka
bertentang mata. Antara satu sama lain. Memang benar cinta



44






Teks AMBKN.indd 44 26/02/2020 0:14:46


Click to View FlipBook Version