The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teks Aku Menulis Bukan Kerana Nama (Draf)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adiirman61, 2020-04-12 11:44:32

AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA

Teks Aku Menulis Bukan Kerana Nama (Draf)

7. CATATAN ALAM PERSEKOLAHAN

ALAM persekolahan. Alam yang
paling menyeronokkan dan
menggembirakan. Semua orang
mengalami alam persekolahan. Kali ini aku nak berkongsi
tentang alam persekolahan sekolah menengah. Kerana aku
tidak dapat melupakannya sehingga ke hari ini. Kadang-
kadang rasa lucu pun ada. Mana tidaknya aku meronta-ronta
nak kembali semula ke alam persekolahan.
Tapi aku akur. Masa yang telah berlalu tak akan
dapat diundurkan kembali. Bak kata orang cempedak tak
akan jadi nangka. Sekali usia kita meningkat dan kita akan
terus ke depan. Dalam mengharungi kehidupan ini. Tanpa
menoleh ke belakang lagi. Sebaliknya apa yang telah kita
alami akan tinggal menjadi kenangan yang indah. Sekolah
Menengah ST. Paul. Itulah nama sekolah menengah tempat
aku belajar.
Sebelum ini dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6 aku
bersekolah di Sekolah Rendah ST. Paul yang terletak di
Taman Bukit Labu, Seremban. Jadi, aku meneruskan
kesinambungan bersekolah di nama sekolah yang sama.
Cuma bezanya peringkat sahaja. Kalau dahulu sekolah
rendah tapi sekarang sekolah menengah. Sebagai tanda

51

Azaika SR

penghargaan terhadap kenangan manis itu maka aku
coretkan catatan ketika bersekolah di Sekolah Menengah ST.
Paul. Bukan sahaja untuk tatapan pembaca malahan juga
kawan-kawan yang sama bersekolah dengan aku.

TAHUN 1983

Aku melangkah ke Tingkatan 1. Aku bersekolah di
Sekolah Menengah ST. Paul yang terletak di Jalan Tan Sri
Manickavasagam, Seremban. Sekolah ini adalah merupakan
sekolah lelaki dan Inggeris pertama yang ditubuhkan pada
tahun 1899 di Negeri Sembilan. Aku bersekolah petang.
Kelas aku 1 Austin.

Tak ramai pelajar Melayu pada waktu itu. Dalam
erti kata lain boleh dikira dengan jari. Selebihnya ramai
pelajar Cina, India dan bangsa-bangsa yang lain. Bagi aku
sekolah petang ada kelebihan dan keistimewaannya. Waktu
asar pelajar-pelajar Islam diberi kelonggaran untuk
menunaikan solat di surau sekolah.

Bulan Ramadhan pelajar-pelajar Melayu
dikecualikan daripada Pendidikan Jasmani kerana menjalani
ibadah puasa. Paling menyeronokkan sekolah bersurai lebih
awal daripada waktu biasa. Sampai rumah aje dah masuk
waktu nak berbuka. Jadi, masa berpuasa terasa singkat.

TAHUN 1984

Aku melangkah ke Tingkatan 2. Masih lagi
bersekolah petang. Kelas aku 2 Celestine. Tak banyak yang
dapat aku kongsikan sewaktu berada di dalam Tingkatan 2.

52

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

Cuma rasa terhibur dengan telatah pelajar-pelajar Melayu.
Suka mengusik dan membuat lawak dengan guru-guru. Jadi
terhibur dan seronok rasanya dengan telatah mereka itu.

Sehingga ke hari ini aku masih lagi terbayang-
bayang usikan nakal mereka. Tapi senakal-nakal mereka
tidaklah sampai dikenakan. Mereka masih lagi menjaga etika
dan disiplin sebagai seorang pelajar sekolah. Aku masih ingat
lagi. Hanya 2 orang sahaja pelajar Melayu yang menjadi
pengawas sekolah pada waktu itu. Zulkarnain dan Azman.
Sebab 2 orang sahaja maka senanglah aku ingat nama kedua-
dua mereka.

TAHUN 1985

Aku melangkah ke Tingkatan 3. Aku bersekolah
pagi. Tahun yang amat penting bagi aku. Peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran (SRP). Waktu itu kalau tak lulus SRP tak
dapat naik ke Tingkatan 4. Kalau nak naik Tingkatan 4 kena
ulang semula sampai lulus. Kelas aku 3 Isidore.

Dalam banyak-banyak alam persekolahan yang aku
lalui sewaktu berada di Tingkatan 3 yang tidak dapat aku
lupakan sehingga ke hari ini. Banyak kenangan indah dan
amat menyeronokkan. Lebih-lebih lagi telatah pelajar-pelajar
Melayu yang tidak ramai. Macam-macam perkara yang
mencuit hati dan menghiburkan yang mereka lakukan.

Sewaktu di Tingkatan 3 aku bersahabat karib
dengan Azman. Yang menjadi pengawas sekolah sewaktu di
Tingkatan 2. Sampai sekarang hubungan kami masih akrab.
Masa di Tingkatan 3 aku belajar bersungguh-sungguh.
Maklumlah nak lulus SRP dan seterusnya naik Tingkatan 4.

Matapelajaran yang aku beri tumpuan dan

53

Azaika SR

perhatian sepenuhnya adalah Matematik Moden. Waktu itu
kalau tak lulus matapelajaran ini alamatnya tak dapatlah naik
Tingkatan 4. Seperkara lagi pelajar Melayu mendapat
keistimewaan keluar awal pada setiap hari Jumaat untuk
menunaikan solat di masjid. Syukur alhamdulillah. Berkat
usaha aku, aku mendapat pangkat A 28 dalam peperiksaan
SRP.

TAHUN 1986

Aku melangkah ke Tingkatan 4. Kelas aku 4
Thomas. Aliran Perdagangan. Tingkatan 4 selalu dikaitkan
dengan bulan madu. Sebab tak ada peperiksaan penting
untuk diduduki. Semasa di Tingkatan 4 aku ada bercadang
hendak berpindah sekolah. Kerana sebelum ini aku dan
keluarga tinggal di Rahang. Namun pada penghujung tahun
1985 aku dan keluarga berpindah ke Taman Rashidah Utama
yang terletak di Jalan Paroi-Senawang.

Sebenarnya pengangkutan bas nak sekolah yang
mendorong aku untuk berpindah ke sekolah baru. Jauh juga
jarak antara rumah aku dengan Sekolah Menengah ST. Paul.
Bukan tak ada bas waktu itu cuma sebuah sahaja. Kalau
terlepas alamatnya lambatlah sampai ke sekolah. Ayah aku
pulak setiap hari berulang-alik ke tempat kerjanya di Kuala
Lumpur. Awal pagi lagi dia dah keluar. Jadi, dia tak dapatlah
nak menghantar aku ke sekolah bila aku terlepas bas. Dalam
fikiran aku sekolah yang menjadi pilihan adalah sama ada
Sekolah Menengah Seri Ampangan atau Sekolah Menengah
King George V.

Sekolah Menengah Seri Ampangan jaraknya tidak
jauh daripada rumah aku. Berbanding dengan Sekolah

54

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

Menengah King George V. Jaraknya jauh sedikit dan terletak
di tengah-tengah Bandar Seremban. Entah mengapa. Hasrat
aku untuk berpindah ke sekolah baru terpendam dengan
begitu sahaja. Aku sebaliknya terus bersekolah di Sekolah
Menengah ST. Paul. Walaupun bas hanya sebuah sahaja tapi
aku tak pernah lewat datang sekolah. Setiap hari aku keluar
awal dan lama-kelamaan tidak timbul lagi dalam fikiran aku
untuk bertukar sekolah disebabkan pengangkutan bas.

Dalam pada itu ada juga kawan-kawan aku yang
tidak lagi bersekolah di Sekolah Menengah ST.Paul. Ada yang
berpindah ke sekolah lain dan ada yang berpindah ke sekolah
vokasional mengambil kemahiran dalam bidang yang mereka
minat. Sewaktu di Tingkatan 4 juga minat aku dalam dunia
penulisan mula bercambah. Bermula dengan saja suka-suka
menulis puisi dalam buku dan membacanya sendiri.

Aku tidak menghantar puisi yang ditulis ke mana-
mana majalah mahupun akhbar. Aku sendiri pun tak tahu.
Kenapa aku berbuat begitu. Banyak juga puisi yang aku tulis.
Seingat aku penuh juga satu buku. Aku tulis, baca dan
simpan. Mungkin pada waktu itu aku tidak tahu ke majalah
atau suratkhabar mana yang harus aku hantar untuk
disiarkan.

TAHUN 1987

Aku melangkah ke Tingkatan 5. Bermakna bulan
madu telah pun tamat. Tahun yang amat penting.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ringkasnya SPM. Kelas
aku 5 Thomas dan masih lagi dalam aliran Perdagangan. Aku
mengambil matapelajaran tambahan. Kesusasteraan Melayu.

Ada juga kawan aku yang pelik kerana aku

55

Azaika SR

mengambil matapelajaran itu. Sedangkan ia tidak ada
langsung di Sekolah Menengah ST.Paul. Aku beritahu yang
aku minat sangat dengan Kesusasteraan Melayu. Jadi, sebab
itu aku mengambil matapelajaran tersebut. Semasa di
Tingkatan 5 minat aku menulis puisi terus terpadam. Aku
sendiri pun tak tahu kenapa.

Mungkin kerana aku menumpukan sepenuh
perhatian terhadap pelajaran untuk menghadapi peperiksaan
SPM yang bakal tiba maka aku tidak menulis puisi. Apabila
keputusan SPM diumumkan akan mendapat pangkat 2.
Kesusasteraan Melayu aku dapat 1. Aku kemudiannya lalu
melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah
Seri Ampangan dalam aliran Sastera. Sekolah Menengah ST.
Paul hanya ada aliran Sains sahaja di Tingkatan 6.

Demikianlah yang dapat aku catatkan mengenai
alam persekolahan di Sekolah Menengah ST. Paul. Walaupun
aku dan kawan-kawan telah lama meninggalkan alam
persekolahan namun kami tetap sentiasa berhubung.

Terima kasih kepada saudara Raja Azlan yang telah
mewujudkan wasup group yang diberi nama Muslim Paulians
United. Melaluinya dapatlah kami bertanya khabar dan
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Kepada kawan-kawan sekolahku sama ada yang
membaca catatan ini atau di mana jua berada setinggi-tinggi
rasa penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga aku
ucapkan. Kerana telatah kalian sepertimana yang aku
katakana pada awal tadi amat menghiburkan dan
menggembirakan.

Harapan aku semoga hubungan persahabatan yang
kita bina semenjak daripada bangku sekolah lagi akan terus
berkekalan buat selama-lamanya. Lebih-lebih lagi sahabat

56

Aku Menulis Bukan Kerana Nama
karibku Azman. Akhir kata sebelum mengundurkan diri aku
sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian semua dan
semoga terhibur di samping dapat mengembalikan semula
nostalgia indah zaman persekolahan yang pernah kita lalui
bersama pada satu ketika dahulu.

57

8.KENANGAN AKU DI
PUSAT TUISYEN MONA
(SEBELUM SRP 1985)

TAHUN 1985 aku menduduki
Peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran atau singkatannya SRP.
Peperiksaan SRP amat penting sebagai tiket untuk naik ke
Tingkatan 4. Kalau tak lulus SRP maka tak dapatlah naik ke
Tingkatan 4 dan sebaliknya terpaksa mengulang semula. Jadi,
untuk memastikan dapat naik ke Tingkatan 4 selain daripada
belajar di sekolah maka aku pun mengambil kelas tuisyen.
Kelas tuisyen tempat aku belajar kalau tak silap
namanya Pusat Tuisyen Mona yang terletak di Jalan Rahang.
Kini pusat tuisyen itu tidak lagi beroperasi sebaliknya hanya
tinggal bangunan sahaja.
Setiap kali melintasi pusat tuisyen ini maka
terimbaulah kenangan indah sewaktu belajar bersama
dengan kawan-kawan untuk menghadapi peperiksaan SRP
nanti.
“Tumpukan sepenuh perhatian semasa belajar.
Ingat. Tahun ni penting. Kalau tak lulus SRP nanti tak dapat
naik ke Tingkatan 4,” pesan ayah.
“Hah! Ingat pesan ayah kau tu. Jangan pulak kau
asyik mengurat anak dara orang di pusat tuisyen tu. Belajar
bersungguh-sungguh. Supaya kau dapat naik ke Tingkatan 4

58

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

tahun depan,” kata ibu pula.
Memang ayah dan ibu amat mengambil berat

pelajaran aku sewaktu di Tingkatan 3. Tambahan pulak aku
anak tunggal lelaki dalam keluarga dan menjadi harapan
kepada mereka berdua.

Bayangkanlah kalau aku tidak lulus dan tidak dapat
melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 sudah tentu mereka
akan berasa kecewa yang teramat sangat.

Berbalik semula kepada Pusat Tuisyen Mona
pemiliknya adalah Encik Mohan yang berketurunan Sikh. Dia
mengusahakan pusat tuisyen ini bersama dengan adiknya
yang bernama Encik Krishnan.

“Awak semua ingat. Datang ke sini adalah untuk
belajar. Bukannya untuk bermain. Ayah dan ibu awak
sanggup mengeluarkan duit yang banyak menghantar awak
ke sini. Semata-mata untuk melihat awak lulus dalam
peperiksaan SRP dan bukannya mengucapkan selamat jalan
pada Tingkatan 4.” Demikian pesannya pada aku dan kawan-
kawan yang lain.

Kawan-kawan aku yang belajar di pusat tuisyen ini
terdiri daripada pelbagai bangsa. Melayu, Cina, India, Sikh
dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan guru-guru yang
mengajar aku dan kawan-kawan. Melayu, Cina, India, Sikh
dan lain-lain lagi. Kelas tuisyen aku adalah pada setiap hari
Isnin, Rabu dan Khamis. Setiap kali sampai sahaja di pusat
tuisyen kedatangan kami akan diambil terlebih dahulu
sebelum memulakan pelajaran.

“Kedatangan kamu semua perlu diambil. Untuk
memastikan tidak berlaku ponteng kelas. Kalau ada di antara
kamu yang ponteng kelas saya akan beritahu ibu bapa kamu,”
ujar Encik Mohan.

59

Azaika SR

Mendengarkan apa yang dikatakan Encik Mohan itu
menjadikan aku dan kawan-kawan lalu takut untuk ponteng
kelas. Dari sehari ke sehari aku dapat merasakan
keseronokan dan kegembiraan belajar di Pusat Tuisyen Mona.
Bukan sahaja guru-gurunya pandai mengajar malahan
mewujudkan suasana yang ceria dan gembira. Yang
menjadikan aku dan kawan-kawan tidak berasa bosan dan
dapat menerima dengan mudah pelajaran yang disampaikan.

Dalam banyak-banyak matapelajaran aku
memberikan tumpuan sepenuhnya pada Matematik Moden.
Ini bukanlah bermakna aku mengabaikan matapelajaran
yang penting.

Waktu itu Matematik Moden amat penting dalam
peperiksaan SRP. Kalau tak lulus Matematik Moden akan
menjadi penyebab utama kepada kegagalan tidak dapat naik
ke Tingkatan 4.

Sebagai rekod semenjak daripada Tingkatan 1
hingga ke Tingkatan 2 aku tidak pernah lulus dalam
matapelajaran Matematik Moden.

Nasib baiklah hanya dalam peperiksaan penggal
sahaja. Tapi apabila melangkah ke Tingkatan 3 suasana
adalah berbeza. Jadi, sebagai jalan terbaik untuk aku
mengatasi kelemahan ini maka aku mengambil kelas tuisyen
agar lulus dalam matapelajaran ini di samping matapelajaran
yang lain.

“Kalau kamu rajin dan sentiasa membuat latihan
pasti kamu akan lulus,” ujar Encik Krishnan yang mengajar
matapelajaran Matematik Moden.

Aku pun mengikut nasihat Encik Krishan itu
dengan setiap hari membuat latihan. Hasilnya dalam
peperiksaan penggal pertama aku telah lulus dalam

60

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

matapelajaran Matematik Moden. Aku berasa amat gembira
sekali kerana buat pertama kalinya aku telah lulus dalam
matapelajaran tersebut.

“Jangan cepat berpuashati. Terus tingkatkan usaha.
Ini baru peperiksaan penggal pertama. Yang sebenarnya
adalah dalam peperiksaan SRP nanti,” ingat ayah.

“Rajin mengira dan buat latihan. Kalau boleh
bukan sahaja setakat lulus malah dapat keputusan yang
cemerlang dalam Matematik Moden,” ibu berkata pula.

“Baiklah ayah, mak! Saya akan ingat pesan ayah dan
mak itu!” aku sebaliknya membalas dengan mengangguk-
anggukkan kepala.

Sebenarnya macam-macam karenah dan ragam
kawan-kawan aku semasa belajar di Pusat Tuisyen Mona.
Maklumlah bila dah ramai macam tulah jadinya. Aku jadi
terhibur dan lucu juga apabila melihatnya. Tapi dalam pada
itu aku tidak melupakan matlamat dan tujuan utama aku
datang ke pusat ini adalah untuk belajar dan seterusnya lulus
dalam peperiksaan SRP.

“Jangan jadikan tempat ini untuk bergembira.
Nanti kamu menangis,” kata Cik Devi yang mengajar
matapelajaran Bahasa Inggeris sambil tersenyum.

“Kenapa pulak menangis, cikgu?” tanya salah
seorang daripada kawanku.

“Sebab tak lulus dalam peperiksaan SRP. Apa?
Kamu dah lupa ke pesan Encik Mohan. Datang ke sini untuk
belajar dan bukannya untuk berseronok,” dia menjawab.

Dalam sekali kata-kata Cik Devi itu sehingga kawan
aku itu tersengih. Memang benar apa yang dikatakannya itu.
Aku dan kawan-kawan tidak seharusnya datang ke pusat
tuisyen ini semata-mata hanya untuk membuang masa dan

61

Azaika SR

membazirkan wang ibu bapa kami. Kalau tak lebih baik tak
payah datang dan sebaliknya belajar di rumah sahaja selepas
balik daripada sekolah.

Paling mencuit hati aku adalah sewaktu mengikuti
matapelajaran Sains yang diajar Encik Mohan.

“Hari ini kita akan belajar tentang teori Newton,”
katanya.

“Newton?” celah salah seorang daripada kawan aku
dalam nada suara yang penuh dengan kehairanan.

“Ya! Kenapa kamu nampak pelik sangat bila saya
berkata tentang teori Newton,” jawabnya.

“Saya ingatkan tupperware. Rupanya newton juga
ada dalam teori sains. Baru hari ni saya dengar,” dia
membalas.

Memang newton jenama tupperware yang amat
terkenal pada waktu itu. Mendengarkan sahaja apa yang
dikatakan kawan aku itu maka seisi kelas lalu ketawa
terbahak-bahak. Kerana berasa lucu dan gelihati dengan
lawak yang dibuat kawanku itu.

“Pandai awak, ya. Kalau macam ni gayanya
nampaknya tak luluslah awak dalam matapelajaran Sains,”
kata Encik Mohan pula sebaliknya.

Itulah antara kenangan yang aku ingat sewaktu
belajar bersama dengan kawan-kawan di Pusat Tuisyen Mona.
Dalam pada itu aku sentiasa komited dan bertanya pada
Encik Krishan tentang apa yang aku tak faham dalam
matapelajaran Matematik Moden.

Dia sentiasa memberikan tunjuk ajar dan
menasihatkan aku sentiasa meningkatkan usaha supaya lulus
dalam matapelajaran Matematik Moden dan seterusnya dapat

62

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

naik ke Tingkatan 4.
“Saya tengok awak sentiasa meningkat dalam

matapelajaran Matematik Moden. Setiap latihan yang saya
beri awak dapat menjawab dengan baik. Saya yakin awak
akan lulus dengan baik dalam peperiksaan SRP nanti,” dia
berkata.

“Baiklah, cikgu. Saya akan terus berusaha untuk
memastikan dapat naik ke Tingkatan 4 tahun depan,” aku
membalas pula sebaliknya.

“Bagus! Teruskan usaha. Awak pasti berjaya!” dia
menepuk-nepuk lembut bahuku.

Sewaktu belajar di Pusat Tuisyen Mona aku rapat
dengan Zeffry. Dia bersekolah di Sekolah Menengah King
George V. Manakala aku pula bersekolah di Sekolah
Menengah ST.Paul.

Walaupun kami berlainan sekolah tapi kami
berkawan baik dan selalu duduk bersama dalam kelas. Nak
dijadikan cerita sewaktu belajar di Pusat Tuisyen Mona juga
ada 2 orang pelajar dari Sekolah Menengah King George V
yang sering aku perhatikan.

Norain dan Mastura. Bukannya apa aku perhatikan
mereka berdua sangat rapat. Selalu duduk bersama dalam
kelas sama macam aku dengan Zeffry. Aku tidak pulak
menegur atau berbual dengan mereka berdua. Mungkin pada
waktu itu aku mempunyai sifat malu. Maklumlah sekolah
aku tak ada pelajar perempuan dan semuanya lelaki. Cuma
Tingkatan 6 sahaja bercampur dengan pelajar perempuan.
Paling tidak pun aku bertanya pada Zeffry tentang mereka
berdua.

“Norain dan Mastura tu kawan baik ke?” aku
menyoal.

63

Azaika SR

“Ai, tiba-tiba aje kau tanya ni, kenapa,” jawabnya.
“Tak ada la. Aku tengok dia orang berdua tu rapat,”
kataku lagi.
“Ni mesti ada sesuatu,” ujar Zeffry.
“Kau jangan nak mengarut la,” aku membalas.
“Kau minat siapa sebenarnya ni. Norain ke
Mastura,” ucapnya pula sambil tersenyum.
“Dahlah. Kau jangan nak merepek boleh tak. Aku
datang sini nak belajar bukannya nak bercinta,” aku berkata.
Zeffry sebaliknya hanya diam dan tersenyum.
Semenjak daripada hari itu aku tak lagi bertanya pada dia
tentang kedua-dua pelajar perempuan yang sama sekolah
dengannya itu. Sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian
terhadap peperiksaan SRP yang bakal dihadapi tidak lama
lagi.
Saat yang ditunggu dan dinanti pun tiba. Aku lalu
menduduki peperiksaan SRP dan syukur alhamdulillah aku
telah lulus dengan mendapat agregat A 28. Maka aku pun
dapat melanjutkan pelajaran di Tingkatan 4. Ayah dan ibu
berasa amat gembira dengan kejayaan aku itu.
Kini semuanya telah tinggal menjadi kenangan.
Walaupun telah berlalu 32 tahun namun masih lagi segar di
ingatanku. Sekarang peperiksaan SRP telah digantikan
dengan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau dalam
bahasa ringkasnya PMR.
Terima kasih kepada Encik Mohan, Encik Krishnan
dan guru-guru yang telah membimbing dan mengajar aku
sewaktu belajar di Pusat Tuisyen Mona. Sehingga kini aku
masih lagi berkawan baik dengan Zeffry dan kepada Norain
dan Mastura seandainya membaca coretan ini aku harap akan

64

Aku Menulis Bukan Kerana Nama
berasa seronok dan gembira walaupun kita tidak pernah
bertegur sapa sewaktu sama-sama belajar di Pusat Tuisyen
Mona.

65

9. SIAPAKAH YANG
MEMILIKI HATINYA KINI?

TAHUN 1999 aku bertukar
daripada Jabatan Muzium dan
Antikuiti, Kuala Lumpur ke
Muzium Lukut, Port Dickson. Aku bertukar atas permintaan
aku sendiri. Sebab jarak antara rumah aku di Seremban ke
Kuala Lumpur agak jauh. Walaupun tinggal dengan keluarga
namun kasar jugak belanja aku apabila setiap hari berulang-
alik dengan menaiki bas SKS.
Bukan itu sahaja malahan awal pagi lagi dah
bangun. Nak kejar bas. Kalau tertinggal bas alamatnya
lewatlah sampai ke tempat kerja. Aku kena jaga juga prestasi
pada waktu itu. Sebab baru berkhidmat sebagai penjawat
awam. Kalau tak jaga prestasi jawabnya tak dapatlah
pengesahan dalam jawatan.
Ketika itu aku memegang jawatan sebagai
Pembantu Muzium. Berbalik kepada cerita berulang-alik
setiap hari dari Seremban ke Kuala Lumpur memang
memenatkan. Apa tidaknya dahlah bangun sebelum matahari
terbit balik ke rumah pulak bila dah matahari terbenam.
Dalam erti kata lain keluar gelap balik ke rumah pun gelap.
Bila dah macam tu keadaannya bila dalam bas
jawabnya pergi tidur balik pun tidur. Bukan setakat aku

66

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

seorang sahaja. Penumpang-penumpang yang lain pun sama.
Kadang-kadang aku berasa lucu juga apabila aku terjaga dari
tidur. Terdengar bermacam-macam bunyi dengkuran.
Maklumlah mereka pun sama macam aku jugak. Keletihan
dan mengantuk. Sebab berulang-alik ke Kuala Lumpur
semata-mata untuk mencari rezeki. Geli jugak hati aku
apabila melihat pemandu bas membawa penumpang yang
tidur.

Itulah secebis kisah yang dapat aku ceritakan
tentang pengamalan berulang-alik dari Seremban ke tempat
kerja di Kuala Lumpur. Kembali semula kepada kisah
pertukaran aku ke Muzium Lukut. Waktu itu Muzium Lukut
baru dibuka dan memerlukan penempatan seorang pegawai
Kumpulan C. Aku pun lalu memohon atas dasar sebagai anak
jati Negeri Sembilan untuk berkhidmat di negeri kelahiranku
sendiri.

Syukur alhamdulillah. Permohonanku telah
diluluskan. Tahniah, Asrul! Dapat balik semula ke kampung.
Semoga terus berjaya dan cemerlang di tempat baru.
Demikian kata kawan-kawan yang sama bertugas dengan aku
di Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kuala Lumpur. Tidak
kurang juga yang berkata, Jangan ingat kau akan duduk di
Lukut buat selama-lamanya mungkin satu hari nanti kau
akan balik semula ke Kuala Lumpur.

Namun aku tak ambil endah kata-kata itu. Lagipun
aku faham. Kalau kerja di bawah jabatan peringkat
persekutuan ini akan ditukar ke mana-mana sahaja.
Termasuk Sabah dan Sarawak. Lebih-lebih lagi bila dah naik
pangkat. Aku akur dengan semua itu. Kerja ikut arahan
macam tulah. Lainlah kalau kerja sendiri. Tapi kerja sendiri
ni nasib tak menentu. Berbanding dengan kerja kerajaan
terjamin sampai pencen.

67

Azaika SR

Walaupun tempat kerja aku dah dekat di Lukut,
Port Dickson namun aku masih naik bas lagi. Kalau dulu
semasa berulang-alik ke Kuala Lumpur naik bas SKS tapi
sekarang naik bas Park May pula. Yang sekarang ini dikenali
sebagai City Liner. Nak dijadikan cerita semasa naik bas Park
May aku sering berulang-alik dengan seorang gadis. Cantik
dan jelita wajahnya.

Dengan bertudung dan berbaju kurung terserlah
sifat-sifat wanita Melayu dalam dirinya. Aku sekadar
meminatinya dari jauh. Nak bertegur sapa belum lagi terbuka
pintu hati aku untuk berbuat demikian. Mungkin kerana sifat
malu dan segan yang membuatkan aku jadi begitu. Selalunya
waktu pergi kerja saja aku dan dia sama naik bas. Tapi bila
waktu balik aku tak jumpa pulak dia naik satu bas dengan
dia.

Dari sehari ke sehari aku asyik teringatkan dia.
Kalau sehari dia tak naik bas mulalah hati aku tertanya-
tanya. Ke mana pulak dia pergi hari ni? Aku dah jadi
meminati dia diam-diam. Sehinggalah ke satu hari aku
berpeluang bercakap dengannya di dalam bas. Dia beritahu
aku yang dia bekerja di bank MBF, Port Dickson. Rumahnya
di Paroi Jaya.

Bila dia dah bukak cerita apalagi aku pun balaslah.
Aku beritahu dia yang aku bekerja di Muzium Lukut.

“Lukut ada muzium rupanya, ya!” katanya.
“Ya, baru buka!” aku mengangguk-anggukkan
kepala.
“Apa yang ada di Muzium Lukut tu?” dia menyoal
lagi.
“Sejarah mengenai kegemilangan pemerintahan
Raja Jumaat dan Lukut sebagai kawasan perlombongan bijih

68

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

timah yang masyhur pada suatu ketika dahulu.” Demikianlah
jawapan yang aku berikan.

Dia sebaliknya membalas dengan mengangguk-
angguk diam.

“Datanglah,” pelawaku.
Maklumlah kerja dengan muzium ni kenalah
ramah dan mesra untuk tarik orang datang. Ternyata dia
seorang yang ramah. Kami rancak berbual-bual macam dah
lama kenal.
Lagipun kami dah kenal satu sama lain. Maklumlah
boleh dikatakan hari-hari sama naik satu bas. Cuma tak
berkesempatan aje untuk bertegur sama.
“Dah lama ke kerja muzium?” dia tanya aku lagi.
“Baru 3 tahun. Sebelum saya bertugas di Kuala
Lumpur dan baru berpindah ke Lukut,” jawabku.
“Kenapa pulak pindah ke Lukut? Kat elok duduk
kat Kuala Lumpur. Senang naik pangkat,” ujarnya lagi.
Aku sebaliknya lalu tersenyum.
“Tak larat nak berulang hari-hari. Lagipun ada
kosong kat Lukut. Saya pun mintak tukarlah,” aku
membalasnya sebaliknya.
Sedar-sedar bas yang aku naiki pun dah sampai
Lukut. Aku beritahu dia yang aku turun dulu. Ada masa nanti
kita bersembang lagi. Dia sebaliknya hanya mengangguk-
angguk sambil tersenyum. Sepanjang hari itu aku asyik
teringatkan akan kemesraan dan keramahannya. Sehingga
aku termenung dan tersenyum sendirian. Maklumlah dapat
bercakap dengan gadis yang aku minati dari jauh dan dalam
diam selama ini.
“Hai, Rul! Termenung aje nampak hari ni!” tegur

69

Azaika SR

Abang Md Zin rakan sekerjaku.
Agaknya dia perasan yang aku asyik termenung aje

semenjak daripada pagi tadi.
“Tak ada apa-apalah, bang!” aku berdalih dengan

menggeleng-gelengkan kepala.
“Mesti ada apa-apa ni. Teringatkan buah hati ke?”

katanya lagi sambil tersenyum.
“Hish, abang ni. Ke situ pulak perginya. Mana ada

buah hati,” jawabku.
“Habis? Yang kau termenung dan tersenyum aje

abang tengok bukan teringat buah hati namanya tu,”
ucapnya.

“Teringat kisah-kisah lalu, bang,” aku berkata.
Keesokan harinya aku berpeluang lagi berbual-bual
dengannya. Kali ini sebelum naik bas. Dia beritahu aku yang
umurnya muda setahun daripada aku dan dahulu bersekolah
di Sekolah Menengah Vokasional Ampangan. Kampungnya di
Alor Gajah. Anehnya aku tidak memberitahu nama aku dan
dia tidak memberitahu namanya.
Entahlah! Kenapa masing-masing tidak
memperkenalkan diri. Tak lama kemudian bas pun sampai.
Kami lalu menaiki bas dan duduk berasingan. Jadi, kami tak
dapatlah nak meneruskan perbualan. Semenjak daripada hari
itu aku jarang berjumpa dengan dia. Macam biasalah. Hatiku
selalu tertanya-tanya. Kenapa dah lama tak nampak dia?
Risik-risik punya risik dia rupanya belum berkahwin. Aku
tahu daripada Abang Razali pemandu bas.
Aku selalu berbual-bual dengan Abang Razali. Jadi,
terbukaklah cerita yang dia tu belum berkahwin. Selalu jugak
dia naik bas yang dipandu Abang Razali dan bercerita akan

70

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

perihal dirinya pada pemandu bas itu. Lama-kelamaan aku
dah tak teringatkan dia lagi. Sebab aku akan melangsungkan
perkahwinan dengan gadis yang berasal daripada Kelantan
tak lama lagi.

Dah jodoh aku dapat orang jauh. Jadi, buat apa
diingatkan dia. Tapi satu hari ketika membeli barang
hantaran di salah sebuah pusat membeli-belah di Seremban
aku berjumpa dengan dia. Kami hanya tersenyum saja.
Lagipun arwah emak dan kakak aku ada sama masa tu.
Takkan aku nak berbual mesra dengan dia. Nanti apa pulak
kata arwah emak dan kakak aku.

Selepas berkahwin pada satu hari aku berjumpa
sekali lagi dengan dia. Kali ini sewaktu aku membeli barang
dapur di salah sebuah kedai di Paroi Jaya. Jadi, kami pun lalu
berbual hanya seketika sahaja. Lepas aje kahwin aku lalu
membeli kereta dan tidak menaiki bas lagi ke tempat kerja.
Maklumlah dah kahwin. Dulu lain bujang. Tambah pulak tak
lama lagi aku akan ada anak. Jadi, kenalah pakai kereta.
Takkan nak naik bas pulak.

Bila dah pakai kereta aku dah tak nampaklah dia
lagi. Tak macam sebelum ini. Sama naik satu bas ke tempat
kerja. Cuma dipisahkan aku turun di Lukut manakala dia
pula turun di Port Dickson. Satu hari arwah ayah aku mintak
tolong aku bayarkan kad kredit dia di bank MBF Seremban.
Sekali lagi aku berjumpa dengan dia. Dia beritahu yang dia
dah tukar Seremban. Aku pulak beritahu dia yang aku masih
lagi bertugas di Lukut.

“Mungkin dah rezeki saya di Lukut. Tak tukar ke
mana-mana. Untunglah awak. Dekat dengan rumah,” kataku.

Seingat aku selang beberapa bulan kemudian aku
nampak dia sedang menunggu bas di Terminal Bas Seremban

71

Azaika SR

untuk pulang ke rumah. Waktu itu aku nak ambil adik aku
dari Kuala Lumpur. Semenjak dari hari itu sehinggalah ke
hari ini aku tak berjumpa dengan dia lagi.

Dalam pada itu aku telah ditawarkan kenaikan
pangkat sebagai Pembantu Muzium Kanan. Namun aku
menolak kerana aku mahu kekal di Muzium Lukut dan tidak
mahu berpindah semula ke Kuala Lumpur. Oleh kerana aku
mahu kekal buat selama-lamanya di negeri kelahiranku maka
pada tahun 2006 aku telah memohon jawatan sebagai
Penolong Kurator di Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Aku kemudiannya telah dipanggil temuduga untuk
jawatan tersebut. Alhamdulillah. Pada tahun 2007 aku telah
pun dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kurator dan
berkhidmat di Lembaga Muzium Negeri Sembilan sehingga
kini. Dah rezeki aku dan kekal buat selama-lamanya di negeri
kelahiran aku yang terkenal dengan Adat Perpatih.

Selain daripada Muzium Negeri, Seremban aku
juga telah berkelana ke Muzium Rembau dan Teratak Za’ba.
Sekarang aku ditempatkan di Unit Adat Perpatih yang
pejabatnya di Muzium DiRaja Seri Menanti. Setiap hari aku
berulang-alik dari rumah aku di Taman Desa Ros, Ampangan
ke Seri Menanti. Lagipun jaraknya dekat dan ditambah pulak
jalan Bukit Putus dah lurus sekarang dan bukan macam dulu
banyak selekoh. Setengah jam sampailah ke tempat aku
bekerja.

Akhir sekali sebelum mengundur diri buat dia yang
aku ceritakan dalam kisah ini andainya membaca coretan
yang kutuliskan ini akan berasa terhibur dan teringat pada
diriku hendaknya sebagai seorang teman. Aku juga sentiasa
mendoakan yang terbaik buat dirinya. Kalau dia sudah
berkeluarga aku mendoakan kebahagiaan buat dia dan
keluarga buat selama-lamanya.

72

Aku Menulis Bukan Kerana Nama
Kehadirannya walaupun cuma seketika namun bagi
aku adalah kenangan yang indah. Sudah ketentuan Tuhan
bahawa dia bukan menjadi pasangan hidup aku. Namun
melalui coretan ini apalah kiranya sebagai seorang teman
aku merisik khabar tentang dirinya. Lebih-lebih lagi siapakah
yang memiliki hatinya sekarang. Demikianlah secebis kisah
dariku untuk dikongsi bersama.

73

10. PENGALAMAN AKU
SEMASA BEKERJA DI MASA ENTERPRISE

TAHUN 1992 aku melangkah ke
alam yang baru. Alam pekerjaan
ketika aku berumur 22 tahun
waktu itu. Aku mendapat pekerjaan sebagai pembantu editor
di syarikat penerbitan buku. Masa Enterprise itulah nama
syarikat tempat aku bekerja yang terletak di Kajang. Dalam
fikiran aku terbayang-bayang jugak. Tentang tugas sebagai
seorang pembantu editor. Aku masih ingat lagi pesanan
kedua-dua arwah ayah dan arwah ibu ketika aku hendak
memulakan hari pertama bekerja.
“Kerja elok-elok. Ikut arahan ketua dan peraturan
yang telah ditetapkan,” ingat ayah.
“Dapat duit gaji simpan. Jangan habiskan tak tentu
arah. Ingat masa depan.” Demikian pesan ibu pula.
“Baiklah, ayah! mak!” aku sebaliknya membalas.
Aku kemudiannya lalu menuju ke perhentian bas
Seremban dan mengambil bas untuk ke Kajang. Bas Foh
Hup. Itulah nama bas yang aku naiki. Setibanya di tempat
aku akan memulakan kerja aku lalu melaporkan diri pada
Encik Ma’arof bin Saad, pengurus syarikat.
“Selamat datang ke Masa Enterprise. Semoga awak

74

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

akan komited dan menyumbangkan kejayaan kepada syarikat
ini,” katanya.

“Terima kasih, Encik Ma’arof. Kerana menerima
saya bekerja di syarikat ini. Saya berjanji akan bekerja dengan
baik dan penuh komited,” janjiku pula.

Dia sebaliknya lalu tersenyum dan mengangguk
apabila mendengar kata-kataku itu. Aku kemudiannya lalu
diperkenalkan kepada kakitangan yang lain. Mereka
menerima aku dengan baik dan mesra. Aku seterusnya diajar
cara membaca pruf iaitu menyunting dan menyemak
manuskrip sebelum diterbitkan menjadi sebuah buku.

Mula-mula agak kekok jugak aku dan banyak
terlepas pandang pada kesalahan manuskrip setelah ditaip
oleh pengatur huruf. Maklumlah pertama kali membuat
kerja sebegini. Aku berterima kasih kepada rakan-rakan
sekerjaku yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk
ajar kepadaku. Lama-kelamaan aku pun menjadi mahir dan
tidak lagi melakukan kesilapan. Encik Ma’arof juga sering
mengingatkan aku agar tidak meninggalkan solat dan bekerja
dengan penuh disiplin.

“Ingat. Kalau dah masuk waktu solat, solat.
Tinggalkan semua kerja dulu. Jadikan kerja itu sebagai satu
ibadah. Datang dan balik mesti ikut peraturan. Barulah
berkat gaji yang kita dapat,” ingatnya pada aku dan
kakitangan yang lain setiap kali mesyuarat.

Beberapa bulan kemudian aku pun mendapat gaji
yang pertama RM 500.00. Waktu itu RM 500.00 besar
berbanding dengan sekarang. Cukup untuk menampung
perbelanjaan aku pada ketika itu. Tambah pulak aku masih
lagi bujang. Jadi, dengan gaji sebanyak itu aku buat belanja
dan selebihnya aku simpan sepertimana yang dipesan oleh

75

Azaika SR

arwah ibu aku.
Selalunya macam-macam manuskrip yang aku edit.

Buku dewasa, buku remaja, buku kanak-kanak, buku teks,
majalah dan sebagainya. Memang seronok apabila
membacanya. Ada yang menggembirakan dan tidak kurang
pula yang menyedihkan. Seperkara lagi yang paling
menyeronokkan adalah pada bulan Ramadhan. Encik Ma’arof
memberi kelonggaran kepada kami kakitangan balik awal
daripada waktu biasa.

Katanya untuk memberi peluang kepada
kakitangan terutama aku yang tinggal jauh untuk sampai
awal ke rumah dan dapat berbuka puasa bersama dengan
keluarga. Manakala yang perempuan pula dapat menyediakan
hidangan berbuka puasa dan tidak terkejar-kejar. Pernah juga
dia belanja kami berbuka puasa di salah sebuah hotel di
Seremban.

Menjelang hari raya dia akan memberikan kami
bonus sebagai keperluan untuk membeli baju raya dan
barangan lain. Memang dia amat mengambil berat akan
kebajikan pekerja. Dia juga mengadakan rumah terbuka
untuk menjamu kakitangannya. Baginya inilah peluang
terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan
saling bermaaf-maafan antara dia dan kakitangan. Aku dan
kakitangan yang lain amat seronok sekali bekerja dengan
Encik Ma’arof.

Keperihatinan dan kemesraan beliau menjadikan
aku dan kakitangan yang lain menganggap dia tak ubah
seperti bapa kami sendiri. Dia jugak begitu. Menganggap
kami macam anaknya sendiri. Tapi dalam soal kerja dia amat
tegas dan berdisiplin. Katanya itulah kunci utama untuk
menjadi seorang pekerja yang berjaya dan cemerlang.

76

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

“Kerja kita buat dengan teliti dan sungguh-
sungguh. Jangan campuradukkan hal-hal lain ketika sedang
bekerja. Barulah kerja yang kita buat tak silap dan berkualiti.
Kalau kita datang awal kita balik awal. Kalau kita datang
lambat balik lambat. Ganti kelewatan kita lewat hadir
bekerja. Kita bekerja dibayar gaji dan mengikut peraturan.”
Demikian pesanannya pada aku dan rakan-rakan sekerja yang
lain.

Seperkara lagi dia amat gemar bercerita tentang
pengalaman hidup yang pernah dilaluinya.

“Awak semua beruntung. Zaman sekarang semua
serba moden. Berbanding dengan zaman saya dahulu. Kalau
buku tu silap cetak alamatnya lewat pagilah baru balik.
Bukan itu sahaja sebelum saya ada kereta saya naik bas
berjumpa dengan pengarang untuk mendapatkan manuskrip
untuk diterbitkan. Awak sekarang beruntung. Ada kereta tak
perlu susah payah naik bas,” katanya.

Kalau ada kerja yang perlu diselesaikan dengan
segera dia akan mengarahkan kami agar menyiapkannya hari
itu jugak. Sehinggakan kami terpaksa balik lewat. Bila
hujung bulan dapat gaji akan dibayar sekali dengan kerja
lebih masa yang telah dibuat. Dia tidak mahu kami membuat
kerja bertangguh. Kerana katanya kerja bertangguh tak akan
menjadi dan takut akan datang kerja yang lain pulak.

Sepanjang bekerja dengan beliau sekalipun kami
tak pernah lewat dibayar gaji. Cukup tarikh aje gaji kami
akan dibayar. Katanya gaji pekerja mesti dibayar mengikut
tarikh. Kerana masing-masing mempunyai tanggunggan
terutama yang telah berkeluarga. Dia juga sentiasa
menggalakkan kami agar sentiasa banyak membaca untuk
menambah ilmu di dada.

77

Azaika SR

“Dalam bekerja bukan sahaja buat apa yang disuruh
tapi juga mesti berilmu pengetahuan.” Itulah antara
pesannya kepada aku dan kakitangan yang lain.

Selain daripada itu, pada setiap petang Jumaat aku
dan rakan-rakan sekerja termasuk Encik Ma’arof mengikuti
kelas agama yang diadakan di pejabat. Dia telah membayar
seorang ustaz untuk mengajar kami hal-hal yang berkaitan
dengan tauhid, fekah dan tafsir Al-Quran. Baginya dunia dan
akhirat perlu seimbang agar mendapat keredhaan dan
keberkatan daripada Allah SWT. Aku dan rakan-rakan sekerja
semakin rasa seronok bekerja di bawah beliau kerana diberi
peluang untuk belajar hal-hal yang berkaitan dengan agama.

Satu hari aku telah dipanggil oleh Encik Ma’arof
masuk ke biliknya. Sebelum masuk ke biliknya hati aku
tertanya-tanya jugak. Kenapa aku dipanggil dengan tiba-tiba?
Aku ada buat salah ke? Detik hati kecilku tak putus-putus.
Aku kemudiannya lalu melangkah masuk ke dalam biliknya.

“Besok saya nak awak ikut bahagian pemasaran ke
Johor. Tengok bagaimana cara mereka menghantar buku teks
ke sekolah-sekolah. Saya tak mahu awak asyik terperap aje di
pejabat ni dengan mengedit manuskrip. Sesekali awak perlu
jugak tengok dunia luar,” beritahunya.

“Baiklah, Encik Ma’arof!” aku pantas membalas
dengan mengangguk-anggukkan kepala.

“Saya akan ikut apa yang Encik Ma’arof arahkan,”
sambungku lagi.

Keesokan harinya aku pun mengikut kakitangan
bahagian pemasaran ke Johor. Seronok juga melihat
bagaimana cara mereka mengedarkan buku teks ke sekolah-
sekolah. Satu ilmu pengetahuan yang baru buatku. Mana
tahu satu hari nanti aku akan ditukarkan ke bahagian

78

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

pemasaran. Jadi, tak kekoklah aku nanti bila ada sedikit ilmu
dan pengetahuan. Sepertimana yang diinginkan Encik
Ma’arof pada bukan aku sahaja malahan kakitangan yang
lain.

Beberapa bulan kemudian sekali lagi dia
memanggil aku masuk ke biliknya.

“Mulai dari hari ini selain daripada mengedit dan
membaca pruf saya nak awak belajar menjadi pengatur huruf
dan merekabentuk buku. Saya mahu awak tidak tertumpu
kepada satu bidang sahaja malahan juga bidang-bidang yang
lain dalam syarikat ini,” dia berkata.

Nada suaranya tenggelam dalam deruan kesejukan
alat penghawa dingin yang mengepung seluruh ruang bilik.
Hawanya terasa termampan pada dinding batu yang dicat
dengan warna putih.

“Baiklah, Encik Ma’arof. Saya akan buat apa yang
Encik Ma’arof suruh,” aku sebaliknya menjawab.

Dia kemudian lalu membalas dengan senyuman.
Sebagai tanda gembira apabila mendengar jawapan yang aku
berikan itu.

Aku pun belajar menjadi pengatur huruf dan
membuat reka bentuk buku. Walaupun aku ada asas menaip
namun bukannya mudah untuk membuat reka bentuk buku
kerana memerlukan kekreatifan dan kesabaran. Bagi aku
membuat reka bentuk buku sama seperti seorang jurutera
yang membuat pelan bangunan. Encik Ma’arof terus
memberikan aku perangsang dan galakan agar tidak jemu
dan berputus asa untuk menimba ilmu sebagai seorang
pengatur huruf dan membuat rekabentuk buku sehingga ke
peringkat cetakan. Aku akui hanya sedikit sahaja ilmu yang
aku perolehi dalam bidang yang berkaitan dengan proses

79

Azaika SR

merekabentuk buku. Mungkin kerana aku tidak mempunyai
kemahiran dan kebolehan dalam bidang tersebut. Kerana
setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai
kelebihan dan kekurangan.

Setelah 4 tahun bekerja dengan beliau akhirnya
pada tahun 1996 aku pun berhenti kerana menerima tawaran
jawatan sebagai Pembantu Muzium di Jabatan Muzium dan
Antikuiti di Kuala Lumpur. Dia melepaskan aku pergi demi
masa depan yang lebih terjamin. Aku berterima kasih kepada
beliau kerana telah mendidik aku menjadi pekerja yang
komited dan berdisiplin. Dia juga banyak memberi peluang
dan ruang kepada aku untuk menimba pelbagai ilmu
pengetahuan dalam bidang penerbitan buku.

Kini semuanya telah tinggal menjadi kenangan.
Encik Ma’arof telah pun kembali ke rahmatullah. Alfatihah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di
kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Sekali lagi
aku berterima kasih kepada beliau. Kerana telah mendidik
aku menjadi seorang pekerja yang komited terhadap tugas
dan berdisiplin. Hasilnya aku telah mendapat Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) sewaktu berkhidmat di
Jabatan Muzium dan Antikuiti dan sekarang di Lembaga
Muzium Negeri Sembilan.

80

BIODATA

Azaika SR atau Asrul Effendi bin Kamaruzzaman
dilahirkan pada 6 Disember 1970 di Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
ST. Paul, Seremban (1977-1982) dan Sekolah Menengah ST.
Paul, Seremban (1983-1987). Kemudian meneruskan
pelajaran di Tingkatan Enam Atas di Sekolah Menengah Seri
Ampangan, Seremban (1988-1989).

Memperolehi Ijazah Bahasa Melayu dan Linguistik
daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 2006. Mula
menceburi bidang penulisan cerpen, sajak dan esei sejak
berusia 16 tahun lagi.

Kebanyakan puisi dan cerpennya banyak tersiar
dalam akhbar dan majalah tempatan. Antara sajak-sajaknya
yang pernah tersiar ialah Sekuntum Mawar Merah, Gadisku
dan Kekasih (Bacaria), Kuhimpunkan Janji Mewangi dan Bila
Tiba Detik Itu (Majalah URTV), Bila Kasih Menyepi, Sayap
Cinta Luka (Majalah Remaja) dan lain-lain lagi. Manakala

cerpen-cerpennya yang pernah tersiar dalam akhbar-akhbar
tempatan dan majalah ialah Terhalang, Aku Bukan Milikmu
dan Kisah Seorang Isteri (Bacaria), Suratan Takdir dan
Sepucuk Warkah Biru (Majalah Pesta), Catatan Buat ‘S’ dan
Jodoh (Media Hiburan), Gerila Hijau (Watan), Nabilah
(Tempo) dan lain-lain lagi. Telah menghasilkan lima buah
novel iaitu Meniti Ke Puncak terbitan Makruf Publisher &
Distributor, Kajang, Selangor (1996), Surat Cinta terbitan
Puncak Kreatif terbitan Puncak Kreatif, Kuala Lumpur
(1998), Hero Kampung Talang terbitan JS Adiwarna, Bandar
Baru Bangi, Selangor (2011), Aku Budak Kampung terbitan
SR Publication, Rawang, Selangor (2015) dan Rumah Banglo
Lama Di Atas Bukit terbitan SR Publication, Rawang,
Selangor (2015).

Antara anugerah yang pernah dimenangi adalah
Anugerah Sastera Negeri Sembilan Darul Khusus 2005
anjuran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan
kerjasama Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan
Darul Khusus bagi genre karya remaja bertajuk Batu-batu
Kecil dan Pasir, Hadiah Saguhati Pertandingan Mencipta
Puisi Hari Q 2000 anjuran Jabatan Muzium dan Antikuiti,
Hadiah Saguhati Pertandingan Mencipta Visi & Misi Hari Q
2000 anjuran Jabatan Muzium dan Antikuiti, Hadiah
Saguhati Sayembara Penulisan Cerpen dan Sajak PEN 2003
cerpen bertajuk Pahlawan Seri Menanti, Hadiah Tempat Ke-3
puisi bertajuk Catatan Buat Perwira Bukit Putus Sayembara
Penulisan Cerpen dan Sajak PEN 2003 dan Hadiah Saguhati
puisi bertajuk Puisi Buat Kota Lukut Sayembara Penulisan
Cerpen dan Sajak PEN 2003 dan Hadiah Saguhati Peraduan
Mengarang Esei Sektor Badan Berkanun 2002. Pengalaman
bekerja pernah bertugas sebagai Pembantu Editor di Masa
Enterprise, Kajang (1992 hingga 1996), Pembantu Muzium

Unit Dokumentasi dan Penerbitan di Jabatan Muzium dan
Antikuiti (1996 hingga 1999) dan Pembantu Muzium Lukut,
Port Dickson (1999 hingga 2006). Kini bertugas sebagai
Penolong Kurator Lembaga Muzium Negeri Sembilan (2007
hingga sekarang).


Click to View FlipBook Version