The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maslinaadanan5292, 2020-04-21 07:02:17

NOTA PAPAN TANDA SEMBURAN CAT

5.1 PERALATAN DAN BAHAN SEMBURAN


5.2 MENYEDIAKAN KELENGKAPAN

5.3 TEKNIK MENYEMBUR LATAR BELAKANG


5.4 TEKNIK MENYEMBUR PENGHURUFAN

5.5 MEMBERSIHKAN PERALATAN

5.6 ANGARAN BAHAN DAN KOS

LANGKAH KESELAMATAN DAN KEBAKARAN

• Kebanyakan kemalangan berpunca daripada kesilapan dan kecuaian manusia.

• Pelajar merupakan punca utama kemalangan selain daripada suasana tempat kerja,keadaan

peralatan,bahan yang digunakan, pakaian bekerja juga bolah mengakibatkan kemalangan.

Keselamatan Diri Sendri


1. Kesihatan:
• Pekerja yang tidak sihat tidak dapat memberikan tumpuan kepada kerja yang

dilakukan.
• Kesihatan perlu merangkumi fizikal, cukup tidur atau rehat dan tidak lapar.

• Pekerja juga perlu sihat dari segi mentel/fikiran (tenteram)

• Tidak berangan-angan semasa bekerja.
2. Disiplin :

• Perlu mematuhi arahan dan peraturan.
• Jangan melakukan sesuatu yang membahayakan diri dan orang lain.

• Menjaga keberihan di tempat kerja.
• Bekerja sama dengan pekerja lain.


3. Pengetahuan :

• Pekerja perlu mempunyai pengetahuan berkaitan peralatan yang digunakan, agar
pekerja dapat menggunaka peralatan dengan baik.

• Latihan dari masa ke semasa boleh meningkatkan pengetahuan pekerja.

4. Perlindungan :
• Pakaian yang sesuai perlulah sesuai. Pakaian yang koyak dan tidak kemas serta

bersandal adalah tidak sesuai. Kasut bertapak getah amat sesuai.
• Cermin mata keselamatan (google) perlu dipakai untuk melindungi muka dan mata.

• Topi Keledar keselamatan digunakan untuk melindungi kepala.
• Bagi melindungi tangan sarung tangan yang sesuai hendaklah digunakan. Contohnya

bagi melakukan kerja kimpalan sarung tangan kulit henaklah digunakan, untuk kerja

yang ringan pula sarung tangan kain perlu digunakan.
• Semasa melakukan kerja semburan cat topeng pernafasan (mask) perlu digunakan

bagi melundungi pernafasan kerana cat yang disembur bahaya untuk kesihatan.







2

JENIS-JENIS KEBAKARAN DAN PEMADAM API

Kebakaran Kelas A :

• Punca kebakaran dari bahan mudah terbakar seperti:
✓ Kayu
✓ Kain

✓ Kertas
• Kaedah memadam adalah dengan menyejukkan bahan terbakar seperti:
✓ Menggunakan air untuk menyejukkan bahan yang terbakar

✓ Menggunakan pemadam jenis “foam”


Kebakaran Kelas B :
• Punca kebakaran dari bahan sangat mudah terbakar seperti :

✓ Petrol
✓ Minyak

✓ Cat

✓ Thinner
✓ Lilin
✓ Syelek

• Kaedah Memadam :

✓ Menggunakan kaedah “blanketing”. Supaya oksigen diasingkan dari api.
✓ Menggunakan pemadam api jenis karbon dioksida atau bertepung kering.

✓ Pemadam api jenis “foam” juga boleh digunakan.


Kebakaran Kelas C :
• Punca kebakaran ialah api yang terhasil dari kelengkapan seperti :

✓ Kabel
✓ Papan litar

✓ Motor
✓ Suis

✓ Alatan eletronik/ eletrik
• Kaedah memadam :

✓ Menggunakan kaedah “blanketing”. Supaya oksigen diasingkan dari api.
✓ Menggunakan pemadam jenis gas karbon dioksida, tepung, cecair kering

atau cecair berwarna BCF.





3

PELARUT DAN THINNER

Pelarut :
• Bahan yang dicampurkan ke dalam cat untuk mendapat kelikatan “viscosity” bagi kegunaan

biasa.
Kegunaannya:

1. Digunakan dalam buatan lekar
2. Digunakan untuk mencairkan resin sintesis

3. Digunakan untuk menanggalkan cat


Thinner :

• Bahan yang boleh dicampurkan ke dalam cat untuk mengurangkan kelikatan “viscosity” bagi
kerja tertentu.

Kegunaannya :
1. Di gunakan dalam cat minyak sebagai pencair mengurangkan kelikatan

2. Berfungsi untuk menanggalkan cat
3. Di gunakan untuk membersihkan alatan semburan cat selepas kerja.


KAEDAH MENGERINGKAN CAT MINYAK


Jenis Cat Minyak Kaedah Mengeringkan Cat Minyak


Lapisan Asas Evaporation
(Alkyed Asas) (peluapan) Oxidation Polymerization


Evaporation - Polymerization
Nitro-cellulose
(peluapan)


Evaporation - Polymerization
Polyurethane
(peluapan)


Alkyd Enamel Evaporation Oxidation Polymerization
Flat/Kilat (peluapan)










4

5.1 PERALATAN DAN BAHAN SEMBURAN CAT

Kompenen Peralatan Semburan Angin.




Kompresor angin




Spray-gun



Tolok angin





Penapis udara



Hos angin





Rajah 1



























5

Alat utama dalam bahan semburan cat ialah “Spray-Gun”

Terdapat 2 jenis “Spray-Gun” iaitu :
i. “Suction feed” (jenis sedutan)

▪ Lebih berkesan penggunaannya kerana dapat menakung cat
sehingga 1 liter.

▪ Takungan dipasang pada bawah “spray-gun”
▪ Angin daripada kompresor menghasilkan “vacum” yang

membolehkan cat diserap naik ke dalam “spray-gun”
▪ Cat dan angin bercampur dan “automized” pada “cap angin

dikeluarkan sebagai semburan.
▪ Corak semburan boleh diubah dengan menukar dengan mengubah

kedudukan “cap” angin.


Spray-Gun jenis :
“Suction feed” (jenis sedutan)







Takungan cat terletak pada bahagian
bawah spray-gun






Rajah 2





















6

ii. “Graviti feed” (tarikan gravity)

▪ Sesuai untuk kerja semburan kawasan kecil seperti membaiki
semula (touch-up)

▪ Takungan dipasang pada bahagian sisi atau atas spray-gun.
▪ Hanya mampu menakung kurang dari 1 liter cat.

▪ Tidak sesuai untuk kerja semburan kawasan besar.





Spray-Gun jenis :

“Graviti feed” (tarikan gravity)





Takungan terletak pada bahagian sisi
spray-gun.






Rajah 3



























7

BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA “SPRAY-GUN”
























Rajah 4


“ATOMIZATION”





“air atomization”








Rajah 5


➢ “Air atomization” ialah
Satu proses di mana cat dicampurkan bersama dengan tekanan angin daripada kompresor.

Pencair (cat) yang dikeluarkan melalui cap angin “spray-gun” adalah dalam bentuk kabus
halus “fine-mist” yang mengandungi cat yang “diotomise”






8

Jika semburan tidak seimbang, kemungkinan disebabkan oleh beberapa perkara seperti berikut:


























Rajah 6



A. Paip penyedut longgar atau rosak.

B. Kedudukan taking serong.


C. Paip penyambung rosak atau longgar.

D. Nozzle yang tersumbat.

E. Seal yang rosak


F. Seal pada jarum rosak atau longgar

G. Lubang angin pada takungan tersumbat.

H. Campuran cat terlalu pekat.


I. Kekurangan cat dalam takungan.







9

5.2 MENYEDIAKAN KELENGKAPAN


Pemasangan Kelengkapan Semburan Angin (“Equipment Set-Up”)



Spray-gun
Takungan cat

Kompresor angin










Tolok angin
Hos
angin


Penapis angin


Salur keluar air injap


Rajah 7




1. Kelebihan semburan angin berbanding cat tangan ialah:

a. Menghasilkan permukaan kemasan yang licin dan seragam

b. Lebih kemas.


2. Bagi menghasilkan kerja semburan yang baik tekanan angin yang sesuai ialah

3 bar dan 5 bar (45psi-55psi).


3. Tolok angin digunakan bagi memastikan tekanan angin tidak berubah.

4. Bagi memastikan angin bebas dari kotoran (wap air dan habuk) penapis udara

digunakan.


5. Air yang bertakung dalam penapis udara hendaklah di buang melalui saluran keluar air






10

Kaedah Menyediakan Kelengkapan Semburan Angin ( Equipment Set-Up)


1. Mengatur kelengkapan semburan cat dengan betul dan selamat digunakan

2. Mamastikan “spray-gun” dan tolok angin berfungsi dengan baik

3. Semak semua alatan utama iaiti kompresor, penapis angin, penapis air, hos angin,


tolok angin, dan injap angin supaya tidak longar.

4. Kompresor diuji supaya tidak longar

5. Hos angin diuji untuk kebocoran


6. Pasangkan peralatan dengan betul

7. Uji tolok angin dan “spray-gun” berfungsi dengan baik




5.3 TEKNIK MENYEMBUR LATARBELAKANG.

Alat Dan Bahan Dalam Menghasilkan Semburan Latar belakang.



ALAT/BAHAN KEGUNAAN/FUNGSI


ZINK Panel kerja untuk kerja semburan

GUNTING
Untuk memotong zink
ZINK


KERTAS PASIR Untuk menggosok permukaan zink dari kotoran dan minyak



SPRAY GUN Alat untuk menyembur cat pada panel kerja


PELARUT
Untuk mengurangkan kelikatan cat
/THINNER

CAT
untuk menimbulkan kesan imej pada panel kerja.
MINYAK/KILAT










11

Langkah Kerja Sebelum Membuat Semburan Latar Belakang. (ms/18)


1. Pasangkan kompresor.

2. Keluarkan angin yang ada dalam tangki kompresor. Tutup semula saluran skru selepas
angin dikeluarkan.

3. Sambung hos angin kepada tolok angin dan “sray-gun”
4. Campurkan cat dengan thinner untuk mendapat kelikatan “viscisity” yang sesuai.

5. Isikan takungan cat ¾ penuh, pasangkan pada spray-gun
6. Semak tekanan angin (tolok angin 45 psi – 55 psi.

7. Uji and selaras spray-gun supaya atomization adalah memuaskan. Penyelarasan dibuat
dengan memusingkan injap menyelaras jarum dan injap kawalan semburan.

8. Lakukan kerja semburan.

9. Bersihkan alatan selepas kerja semburan.
10. Keluarkan angin dari tangki kompersor setelah kerja selesai.



Langkah Kerja Membuat Semburan Latar Belakang.

1. Ukur, tanda dan potong zink mengikut ukuran


2. Gosok zink menggunakan kertas pasir halus, cuci dan keringkan zink tersebut.

3. Sediakan kelengkapan kerja semburan cat.

4. Pasang dan uji kelengkapan semburan cat


5. Isikan cat kedalam takungan dan pasangkan pada spray-gun

6. Lakukan kerja semburan latar belakang

7. Bersihkan peralatan selepas digunakan






Keselamatan:

1. Pastikan topeng pernafasan dipakai semasa membuat kerja semburan
2. Pastikan kawasan kerja mempunyai pengedaran yang baik.
3. Pastikan saluran angin ditutup semasa memisahkan peralatan daripada hos angin
4. Pastikan cat atau thinner terpakai dibuang dengan selamat.






12

Teknik Menyembur Cat



1. Cat ditapis semasa dituang ke dalam takungan untuk

mengasingkan cat yang telah beku dan kotoran.







2. Jarak antara spray gun dengan permukaan kerja sembura 15-30cm
adalah 15 -30 cm.











3. Kedudukan “spray-gun” perlulah tepat pada
permukaan kerja semburan (90®)


90®



4. Jarak spray-gun yang terlalu dekat dengan
permukaan kerja semburan akan menyebabkan
cat menjadi terlalu tebal dan menghasilkan
kelenturan cat







5. Jarak spray-gun yang terlalu jauh akan

menyebabkan kesan berhabuk dan menghasilkan
kemasan berpasir.










13

Kedudukan yang spray-gun semasa kerja semburan



BETUL SALAH















Rajah 8



Jarak dan pergerakan yang betul semasa kerja semburan bagi permukaan panel kerja yang rata






























Rajah 9



Pergerakan spray-gun pada penghujung semburan







14

Pergerakan semburan bagi permukaan kerja yang melengkung


















BETUL SALAH






















SALAH

BETUL







Semburan pada sudut








Semburan pada tepi












15

Arah semburan tidak diubah semasa

kerja semburan. (Tidak berpatah balik.)











Campuran cat terlalu cair menyebabkan
cat meleleh semasa semburan.









Lapisan kemasan yang baik, pastikan

campuran cat yang baik, lekap dan
kaedah memegang spray gun adalah

betul









Tekanan angina tinggi mengakibatkan
kesan berhabuk dan berpasir














16

Lapisan semburan tidak lekap
(jarak yang sesuai ialah 5-10mm)













Lapisan semburan yang tidak melekap
menghasilkan kesan berjalur















Campuran cat yang pekat mengakibatkan
kelenturan



















17

5.4 MENYEMBUR PENGHURUFAN

Bahan Dan Peralatan Untuk Membuat Kerja Semburan Penghurufan.


BIL ALAT DAN BAHAN FUNGSI/KEGUNAAN


Lakaran atau huruf Untuk menghasilkan imej pada permukaan panel
1
potongan computer kerja


Untuk menghasilkan setnsil(acuan) bagi
2 Vinil
penghurufan atau grafik


Plat zink yang telah
disembur latar
3 Sebagai panel kerja
belakang atau colour
bond


Semburan tin atau cat Untuk member kesan warna pada penghurufan
4
minyak atau grafik


Untuk membuat kerja semburan sekiranya
5 Spray-gun menggunakan cat minyak sebagai media
semburan


6 Pisau grafik Untuk memotong garisan lakaran


7 Pelarut Untuk mengurangkan kelikatan cat minyak





















18

Kaedah Mengecat Huruf
Kaedah 1













1. Huruf dipotong pada vinil 2. Melekatkan vinil yang dipotong
mengikut templat pada penel kerja













3. Membuat semburan di atas 4. Menanggalkan vinil selepas

huruf semburan kering


Kaedah 2













1. Huruf dibentuk mengikut garis 2. Mengecat huruf menggunakan
rupa menggunakan “masking kain, berus atau semburan tin.
tape”




19

5.5 MEMBERSIHKAN PERALATAN




Membersihkan lubang angin pada cap
angin







Membersihkan bahagian dalam spray-gun
dengan thinner









Membersihkan cap angin dan nozzle
dengan merendam ke dalam thinner







Bahagian spray-gun yang perlu dilincirkan





dengan minyak :

A – injap jarum B – injap angin

C – skru pemetik D – spring jarum





Angin kompresor dikeluarkan selepas
kerja (mengelakkan tangka angin berkarat)








20

5.6 ANGGARAN BAHAN DAN KOS
Soalan:

1. Anda diminta untuk menghasilkan papan tanda semburan cat bersaiz 30” x 60”
sebanyak 15 keping. 2 orang pekerja diperluka untuk menyiapkan papan tanda
tersebut dalam masa 4 hari. Cat yang diperlukan untuk menghasilkan kesemua
15 keping papan tanda tersebut ialah 4 tin merah, 2 tin cat hitam dan 3 tin cat
kuning. Sekeping colourbond bersaiz 90”x180” dapat menghasilkan 3 keping
papan tanda. Pengiraan tersebut adalah berdasarkan maklumat di bawah:

❖ Sekeping ‘colorbond’ (90 inci x 180 inci) = RM 50.00
❖ 1 Tin cat = RM 15.00
❖ Kos vinil = RM 30.50
❖ Upah seorang pekerja ( 1 hari ) = RM 20.00
❖ Kos Sampingan = RM 15.00

Hitungkan :

a) Kos cat yang diperlukan untuk menghasilkan 15 keping papan tanda tersebut.

Jumlah cat yang dipelukan ialah :

Merah 4 tin, Hitam 2 tin, Kuning 3 tin. = 9 tin

Kos 1 tin cat = RM 15

9 tin cat = 9 x RM 15 = RM 135
Kos cat untuk menghasilkan 15 keping papan tanda = RM 135




b) Kos colorbond untuk menghasilkan kesemua papan tanda.

Sekeping colorbond bersaiz 90” x 180” dapat menghasilkan 3 keping papan
tanda bersaiz 30”x 60”.

5 keping colorbong diperlukan untuk menghasilkan 15 keping papan tanda

Sekeping colorbond = RM 50 ( 5 keping = RM 50 x 5) = RM 250

Kos colorbond untuk 15 keping papan tanda = RM 250











21

c) Kos upah bagi menyiapkan 15 keping papan tanda itu.

Kos upah sehari bagi seorang pekerja = RM 20
Jumlah pekerja diperlukan = 2 orang
Bilangan hari bekerja = 4 hari


Kos upah sehari = RM20 x 2 orang pekerja = RM40 sehari

Kos upah bagi 15 keping papan tanda = RM 40 x 4 hari = RM 160



d) Kira jumlah kos pengeluaran 15 keping papan tanda tersebut.

Kos pengeluaran papan tanda = kos bahan + kos upah + kos sampingan
Kos bahan =
• kos colorbond RM 250.00
• kos cat RM 135.00
• kos vinil RM 30.00 +
RM 415.00

Kos pengeluaran = RM 415 + RM 160 + RM RM 15 = RM 590.00


e) Hitung harga jualan untuk sekeping papan tanda, jika 40% keuntungan diambil
daripada kos pengeluaran

Harga Jualan sekeping papan tanda = kos pengeluaran + % keuntungan

Kos pengeluaran bagi 15 keping papan tanda = RM 590
Kos pengeluaran bagi sekeping papan tanda = RM 590 ÷ 15 = RM 39.30

Jumlah keuntungan 40% daripada kos pengeluaran =

RM39.30 x 40 ÷ 100 = RM 15.70

Harga Jualan sekeping papan tanda = kos pengeluaran + 40% keuntungan
RM 39.30 + RM 15.70 = RM 55.00

harga jualan untuk sekeping papan tanda, jika 40% keuntungan diambil
daripada kos pengeluaran ialah = RM 55.00


*harga jualan perlu melebihi kos pengeluaran bagi mendapatkan keuntungan dan
pulangan modal.






22

2. Jadual dibawah adalah jadual bagi kos untuk menghasilkan 50 keping papan
tanda semburan cat.
Lengkapkan jadual pengiraan kos tersebut.


HARGA
BIL ITEM KUANTITI JUMLAH
SEUNIT

1 Colourbond RM 20.00 50 keping RM 1000

2 Cat Kilat RM 15.50 10 tin RM 155


3 Kos Upah RM 20.00 5 hari RM 100


4 Kos Sampingan RM 10.00 5 hari RM 50

Jumlah Kos Pengeluaran RM 1305



Hitung harga jualan bagi 50 keping papan tanda jika keuntungan yang di ambil adalah
sebanyak 35% dari kos pengeluaran.


Harga Jualan 50 papan tanda = kos pengeluaran + % keuntungan

Kos pengeluaran bagi 50 keping papan tanda = RM 1305

Jumlah keuntungan 40% daripada kos pengeluaran =

RM 1305 x 35 ÷ 100 = RM 456.75

Harga Jualan 50 papan tanda = kos pengeluaran + 35% keuntungan
RM 1305 + RM 456.75 = RM 1,761.75

harga jualan 50 papan tanda, jika 35% keuntungan diambil daripada kos
pengeluaran ialah = RM 1,761.75

*harga jualan perlu melebihi kos pengeluaran bagi mendapatkan keuntungan dan
pulangan modal.


















23


Click to View FlipBook Version