The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfarah_ain_ba21, 2022-06-06 06:15:56

PENGURUSAN BERORGANISASI

PENGURUSAN BERORGANISASI

UL00602 PENGURUSAN
BERORGANISASI

DIARI SEBAGAI
PEKERJA

 Diari ini menceritakan kisah mengenai diri seorang pekerja yang bernama Nurfarah Ain atau
lebih dikenali sebagai Farah. Terdapat cerita suka dan duka yang berlaku semasa dia
bekerja sebagai pelayan di restoran yang terletak di Sandakan. Dari sekecil-kecil kejadian,
sehinggalah masalah yang di hadapinya menyelubungi dirinya dan menyebabkan
kemurungan, serta keinginan untuk menyerah dalam kehidupan dan berputus asa sebagai
anak sulung dalam keluarganya. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja
kerana tidak mampu mengawal tekanan yang dihadapinya. Pada akhirnya dia telah
mendapatkan pekerjaan baru sebagai penolong penyelia di sebuah kedai Al-Quran yang
bernama Muslim Valet HQ. Dia sangat bersyukur dan bahagia kerana dikelilingi oleh rakan-
rakan sekerja yang baik hati dan majikan yang pemurah dan memahami.

 May 2021 Farah mencari kerja kosong di kawasan sekeliling penempatannya. Penat
mencari sehingga rasa putus asa untuk berhenti mencari pun ada. Kemudian, sepupu
Farah memberitahu kepadanya bahawa di tempat dia bekerja sebagai pelayan
restoran juga terdapat kekosongan kerja sambilan. Tanpa berfikir panjang, Farah
langsung menerima tawaran itu dengan hati terbuka. Keesokkan dia pun mula bekerja
di restoran tersebut. 21 May 2021 merupakan hari pertama Farah bekerja di restoran itu.
Hari pertama sememangnya hari yang membuatkannya begitu teruja. Dia berangkat
ke restoran dengan menaiki kereta sendiri. Di restoran tersebut, dia ditugaskan sebagai
pelayan. Tugasan pertama yang diberikan kepadanya ialah mengambil pesanan yang
dibuat oleh pelanggan. Pada awalnya agak janggal apabila Farah berteriak dari
tempatnya untuk menyampaikan pesanan pelanggan.

 Sebenarnya, bukan sahaja dia ditugaskan untuk mengambil order, malahan dia
boleh dikatakan multifunction. Misalnya tiada pelanggan yang mengambil order,
Farah akan membuat kerja seperti basuh pinggan, mop lantai, panaskan lauk dan
angkat makanan dan minuman. Kalau bab-bab basuh pinggan, mop lantai tu
sememangnya dia sudah biasa lakukan di rumah. Tapi, bayangkan saja, kalau
kerja itu diulang berkali-kali dari pukul 6 pagi sehingga pukul 5 petang, tidakkah
penat dan menyusahkan diri. Kerja ni bukan untuk sehari dua atau seminggu
malahan kerja untuk berbulan-bulan. Pada mulanya, Farah fikir bekerja ini adalah
sesuatu yang mudah. Mendapatkan nilai wang ringgit itu perkara yang remeh.
Namun pengalaman bekerja ini telah mengubah perspektifnya bahawa tanpa
usaha kita tidak akan dapat mengecapi kejayaan.

 Namun, sebelum pulang ke rumah, dia di suruh untuk bersihkan kawasan restoran. Di
sebabkan dia merupakan pekerja baru di situ, oleh yang demikian dia dibuli oleh rakan-
rakan sekerjanya untuk menyapu dan mop lantai. Sakit belakang menyapu, terpaksa
tunduk kalau ruangan tidak dapat dicapai dan tambahan restoran itu mempunyai
ruangan yang luas. Apa pengalaman yang lebih teruk, dia di suruh untuk mop laintai
sebanyak 2 kali kerana pada kali pertama dia mop menggunakan air biasa. Kemudian
setelah itu baru dia diberitahu untuk mop lantai menggunakan air panas. Kata rakan-
rakan sekerjanya itu merupakan peraturan yang perlu dituruti oleh semua pekerja di situ.
Farah hanya mampu tersenyum dan mengerjakan tugasan yang diberikan dengan rela
hati. Kawasan restoran itu sudah pasti kotor. Oleh itu, dia perlu sapu betul-betul dan
pastikan tiada sampah yang tertinggal. Namun demikian, pengurus restoran itu seorang
yang garang dan tegas tapi juga seorang yang baik hati. Setiap teguran yang dia
berikan, Farah hanya terima dengan hati yang lapang.

 Pada keesokkan harinya bekerja sebagai pelayan, restoran tersebut menjual air
seperti air buah-buahan, coffee, air kelapa dan sebagainya di hadapan restoran
itu. Kemudian, datanglah seorang pelanggan lelaki ingin membeli air dan pada
masa itu Farah yang menjaga air-air tersebut. Lelaki itu pula mahukan air Teh C
Special yang perlu di order terlebih dahulu. Oleh itu, Farah pun menjerit ‘Teh C
Special satu’ kepada pekerja yang berada di dapur restoran itu. Namun, dia
hanya melihat muka Farah dan tiada sebarang respon diberikan kepadanya. Lalu
Farah memberitahu kepada pelanggannya itu untuk menunggu sebentar kerana
kawan sekerjanya berkemungkinan sibuk dengan order pelanggan lain. Jadi,
lelaki itu pun berdiri dengan sabar untuk menunggu air yang dipesannya.

 Setelah 20 minit berlalu, lelaki tersebut bertanya kepada Farah, “ada kah air
yang saya pesan tadi dik?”. Farah bertanyakan sekali lagi kepada rakan
sekerjanya berkaitan dengan air Teh C itu, namun masih tiada respon diberikan.
Disebabkan Farah berasa kasihan terhadap pelanggan itu kerana menunggu
terlalu lama, lalu dia bertanya, “ maaf ya cik, boleh kah beli air yang ada di
hadapan ni saja? Sebab kawan saya yang berada di dapur agak sibuk.” Farah
bersyukur sebab lelaki itu tidak menunjukkan bahawa dirinya marah akibat
menunggu terlalu lama. Lelaki itu hanya berkata “okay tidak apa dik. Kalau
begitu saya beli air coffee ni.” Kemudian, tiba-tiba Farah mendengar bunyi “ ting
ting” yang menunjukkan order air Teh C Special tadi sudah siap. Walhal
pelanggan tadi sudah pun balik.

 Lanjutan dari cerita itu, Farah terpaksa menanggung kerugian dengan membeli air
tersebut walaupun itu bukan kesalahannya. Rakan sekerjanya itu pula
menunjukkan muka tidak puas hati terhadap Farah. Farah sangat terkejut dengan
tingkahnya itu, namun apakan daya dia hanya mampu terdiam. Sikap pekerja lain
yang tiada kerjasama antara mereka dan juga tidak boleh berkomunikasi dengan
baik menyebabkan Farah berasa bahawa persekitaran kerjanya sangat toksik
sehingga wujud keinginannya untuk berhenti kerja di restoran itu. Sebaik sahaja tiba
di rumah, Farah mengurung dirinya di dalam bilik dan berfikir sejenak tentang
kejadian yang berlaku di tempat kerjanya. Dia menyimpannya sendiri kerana tidak
ingin membuat orang tuanya risau akan dirinya.

 Bulan kedua Farah bekerja, dia ditugaskan untuk menjadi cashier. Nampak kerja
cashier ni macam senang, hanya ambil order dari pelanggan dan buat makanan
untuk mereka. Tapi sebenarnya ada banyak lagi kerja-kerja lain yang perlu dibuat
dan kena kejar semua benda kerana takut pelanggan tunggu lama. Farah sangat
lemah dalam subjek maths. Mahu bagi duit baki kepada pelanggan pun kira 2
hingga 3 kali takut salah bagi. Tambahan pula kalau pelanggan itu datang
membawa keluarga besar yang order dia sahaja sampai ratus-ratus ringgit dan dia
perlu scroll resit untuk periksa satu-satu benda yang di order. Sangatlah
menyeksakan. Lagi satu, apabila pelanggan cancel order, lagi lah menduga emosi
Farah. Oleh kerana Farah ada perangai yang gelabah, dia merasakan bahawa
dirinya tidak sesuai untuk jadi cashier.

 Meskipun begitu, dia harus tetap bersemangat untuk tetap bekerja di restoran
tersebut demi keluarga tersayang. Farah menjalankan kerjanya dengan baik
meskipun dia disisihkan oleh rakan-rakan sekerjanya. Hari silih berganti, dua
bulan telah pun berlalu dan sikap rakan-rakan sekerjanya semakin lama semakin
teruk. Oleh disebabkan Farah merupakan orang baru diterima bekerja di situ,
rakan-rakannya yang lain membuli dan menyuruh Farah untuk membuat semua
kerja tanpa ada belas kasihan. Perkara yang dilaluinya telah menyebabkan
Farah mengalami tekanan yang berat. Dia sudah tidak mampu untuk menyimpan
perkara ini dan akhirnya dia menceritakan segalanya kepada ibunya.
Mendengar perkara itu, ibunya sangat terkejut mengenangkan nasib yang
menimpa anaknya. Oleh itu, ibunya menyuruh dia untuk berhenti kerja dan
mencari pekerjaan lain.

 Setelah berfikir masak-masak, akhirnya dia memutuskan untuk berhenti kerja dari
restoran itu. Dia memberanikan dirinya untuk berjumpa dengan majikannya dan
menerangkan sebab dan alasan munasabah agar dia dapat melucutkan
jawatannya dengan aman. Oleh kerana itu, majikannya menerima alasannya
dan berterima kasih sekaligus meminta maaf atas segala kesulitan dan pahit
manis yang dilaluinya sepanjang bekerja di situ. Farah memaafkan dengan hati
terbuka dan juga meminta maaf kerana sudah tidak mampu untuk meneruskan
khidmatnya.

 Farah mengambil masa selama 2 minggu untuk menenangkan dirinya sebelum
mencari pekerjaan baharu.

 Setelah dia yakin dirinya sudah baik untuk memulakan pencarian kerja baru, dia
bercadang untuk menghantar resumenya ke salah satu kedai Al-Quran yang
terdapat di Sandakan. 3 hari kemudian, dia telah mendapat panggilan bahawa
dia telah diterima untuk bekerja di kedai tersebut. Nama kedai tersebut ialah
Muslim Valet HQ. Farah diterima bekerja dan menjawat jawatan sebagai penolong
penyelia. Dia diterima sebagai penolong penyelia oleh disebabkan pengalaman
dan jawatan yang pernah dipegang olehnya ketika berada di sekolah menengah
yang memberi keyakinan kepada majikannya untuk mengambil jawatan sebagai
penolong penyelia. Jawatan ini sangat bersesuaian dengan dirinya yang
mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi dalam diri.

 Selayaknya sebagai pekerja baharu, dia diberikan tunjuk ajar dan
bimbingan oleh rakan-rakan sekerja dan juga majikannya. Farah sangat
bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan baru yang banyak
memberikannya semangat dan membuatkannya percaya bahawa mereka
bukanlah seperti rakan-rakan sekerjanya ketika bekerja di restoran sebelum
ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui layanan mereka yang sangat baik dan
sikap mereka dalam memberikan kerjasama seperti aur dengan tebing.

 Farah sangat teruja dan bersemangat setiap kali pergi ke kerja kerana tidak
sabar untuk berjumpa dengan rakan-rakannya. Meskipun perkenalan
mereka hanya dalam masa yang singkat, namun ikatan persahabatan
mereka sangat erat bagai isi dengan kuku.

 Waktu terus berlalu, Farah akhirnya selesa bekerja sebagai penolong penyelia di
kedai Al-Quran itu. Hal ini kerana dia dan rakan-rakannya mudah untuk
berkomunikasi antara satu sama lain dan saling memberi sokongan ketika
membuat sesuatu kerja.

 Farah ditugaskan untuk membantu majikannya, dalam erti kata lain, setiap
kekurangan di kedai itu, Farah perlu mengambil alih dan pastikan setiap masalah
yang wujud dapat di atasi. Farah perlu cekap dalam melaksanakan sebarang
kerja dan perlu sentiasa bersedia. Sebagai contoh, sekiranya ada kekosongan
bahagian ‘sales marketing’, Farah lah yang perlu membuat kerja ‘marketing’.
Sambil buat kerja ‘marketing’, dia juga harus memantau pekerja-pekerja yang
lain.

 Menurut Farah, pengurusan organisasi yang ditunjukkan oleh majikan di kedai
ini sangatlah baik dan cekap. Hal ini kerana majikannya menganggap
pekerjanya itu sebagai sahabatnya sendiri dan tidak menganggap mereka
sebagai orang bawahannya. Malah majikannya tiada sikap berat sebelah
sedikit pun di antara mereka. Kini, Farah yakin bahawa benarlah setiap perkara
yang terjadi pasti akan ada hikmahnya. Oleh kerana Farah menunjukkan sikap
bekerja yang cemerlang dan terbaik, Farah telah dinaikkan pangkit sebagai
penolong pengurus. Meskipun dia telah dinaikkan pangkat dalam tempoh masa
yang singkat, rakan-rakan yang lain tidak menunjukkan rasa cemburu atau
dengki terhadap dirinya kerana mereka juga tahu bahawa Farah merupakan
seorang yang bekerja keras dan sangat berdedikasi. Mereka sangat bangga
terhadap kejayaan yang dicapai oleh Farah.


Click to View FlipBook Version