The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezahariff, 2021-08-04 23:20:15

minit mesyuarat

minit mesyuarat 5 ogos

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MOHD SHARIFF,
05604 ALOR SETAR, KEDAH

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH
BIL. 2/2021

Tarikh : 9.6.2021 - Rabu
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
Pautan GM : https://meet.google.com/ube-cvmh-oqx

KEHADIRAN:

Bil. Nama Jawatan

1. Mahmuzir bin Osman Guru Besar/Pengerusi
2. Norseha binti Mohamad Rejab Penolong Kanan Pentadbiran
3. Zulkifle bin Othman Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Fathiyah bt Aziz Penolong Kanan Kokurikulum
5. Noor Aiza Ashikin binti Ramli Guru Penolong (Setiausaha)
6. Faridah binti Aziz Guru Penolong
7. Hazlina binti Hashim Guru Penolong
8. Khairunnisa’ binti Ismail Guru Penolong
9. Nurul Iman bt Yusof Guru Penolong
10. Noor Safariah binti Osman Guru Penolong
11. Noor Hafiz Fatihah binti Mohamed Guru Penolong
12. Norshaliza binti Wahab Guru Penolong
13. Nor Shuhada binti Desa Guru Penolong
14. Nor Syuhada bt Mohd Ismail Guru Penolong
15. Azizah bt Mohd Yazid Guru Penolong
16. Raniza binti Hassan Guru Penolong
17. Rasmuna binti Shafie Guru Penolong
18. Siti Salwa binti Shahbudin Guru Penolong
19. Suraya binti Mansor Guru Penolong
20. Vicnaswary a/p Chrisnasamy Guru Penolong
21. Azzah Afnan binti Zainol Guru Penolong
22. Zahura binti Shokut Ali Guru Penolong
23. Nurul Husna binti Ahmad Basah Guru Penolong
24 Noor Aiza Ashikin binti Ramli Guru Penolong
25. Zaidah binti Hashim @ Abdul Kadir Guru Penolong
26. Siti Nooraini binti Ahmad Guru Penolong
27. Nor Ezah binti Ariffin Guru Penolong
28. Mohd Helmi bin Fahrul Radzi Guru Penolong

TIDAK HADIR (dengan kenyataan): Jawatan
Bil Nama

1

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih pada semua guru yang hadir mengikuti
Mesyuarat Pengurusan Bil.2 yang diadakan secara maya iaitu melalui pautan
‘Google Meet’.

2. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah berjaya
melaksanakan PdPR fasa 1 iaitu 2 minggu sebelum cuti pertengahan penggal.
Guru-guru diminta untuk bersedia bagi perlaksanaan PdPR fasa 2 yang akan
bermula pada 13 Jun ini.

3. Pengerusi juga merakamkan sekalung tahniah kepada 2 orang ahli Pandu
Puteri Tunas iaitu adik Nurin Qistina binti Hasrun-Nizar mendapat tempat ke 2
dan adik Salma Solehah binti Zainal Abidin mendapat tempat ke 3 dalam
Pertandingan Cabaran Siber 2021 : Foto Personal (PBB) Rendah.

Tindakan :Makluman

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL.
1/2021

4. Minit Mesyuarat Bil. 1/2021 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.

Pencadang : Zaidah binti Hashim @ Abdul Kadir
Penyokong : Raniza binti Hassan

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

5. Pengerusi mengingatkan semua guru agar meneruskan penggunaan Dokumen
Penjajaran Kurikulum (DPK) tahun 2020 dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran secara PdPR ini. DPK ini telah disusun berdasarkan takwim
terkini.

Tindakan: Semua guru

2

IV. ANALISA PENGGUNAAN PORTAL DELIMa KPM

6. Guru ICT iaitu Cikgu Raniza memaklumkan bahawa 3 orang guru baru iaitu
Cikgu Noraini, Cikgu Norezah dan Ustaz Helmi masih belum boleh mengakses
ID bagi sekolah ini kerana sistem masih belum terima data mereka. Nama 24
orang guru sahaja yang diterima dan penggunaan data DELIMa guru mencapai
100% bagi bulan Mei ini.

7. Pengerusi mengucapkan tahniah di atas pencapaian tersebut dan
menggalakkan guru-guru agar meneruskan penggunaan Portal DELIMa secara
berterusan terutamanya dalam pelaksanaan PdPR.

8. Penggunaan Portal DELIMa bagi murid masih belum mencapai tahap yang
memuaskan. Cuma 115 orang murid (42.28%) yang menggunakan Portal
DELIMa bagi bulan Mei ini manakala 157 orang murid (57.72%) belum
mengakses Portal DELIMa.

9. Pengerusi meminta guru kelas untuk memaklumkan kepada para waris agar
sentiasa menggunakan Portal DELIMa semasa murid-murid mngikuti PdPR
secara dalam talian contohnya ‘Google Classroom’ dan Google Meet”. Data
penggunaan Portal DELIMa murid akan masukkan ke dalam kumpulan
‘whatsapp’ kelas pada setiap minggu ke-3 bagi tujuan untuk menggalakkan
para waris dan murid untuk sentiasa menggunakan portal ini.

10. Cikgu Raniza memaklumkan templet baru akan digunakan untuk tujuan analisa
ini. Setiap hujung bulan Cikgu Raniza akan membuat rumusan bagi data
penggunaan DELIMa oleh guru dan murid.

Tindakan :Semua guru

V PROGRAM TS25

11. Pengerusi memaklumkan kepada semua guru tentang Taklimat
Jawatankuasa Induk Program TS25 yang telah diadakan secara atas talian
pada 6 Jun 2021 bagi membincangkan Modul 1 iaitu ‘Caoching dan
mentoring’.

12. Pengerusi mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua J/K Induk yang
telah menyiapkan 9 tugasan dalam Modul 1 ini dengan sebaiknya.

3

13. Dalam pelaksanaan program TS25 kohort 6 ini, terdapat 10 modul iaitu
semua tugasan akan diselesaikan oleh 15 orang J/K induk dan J/K kecik yang
melibatkan semua guru dan 16 toolkits yang perlu diselesaikan oleh PGB dan
PKP.

14. Rasionalnya untuk melibatkan semua guru adalah supaya semua warga
sekolah dapat memahami dengan lebih mendalam berkaitan program
TS25 ini.

15. Tugasan yang dibuat adalah untuk dipraktikkan dan rakan elit sekolah akan
datang untuk memantau pelaksanaan tugasan di sekolah.

Tindakan: Semua guru

VI PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)

16. Pengerusi memaklumkan bahawa Tuan PPD Kota Setar mengharapkan agar
semua sekolah di Daerah Kota Setar ini dapat menjalankan Program SUMUR
ini di sekolah masing-masing.

17. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan membina kesedaran
untuk menilai amalan murid secara berterusan berteraskan kepada 3 teras
utama iaitu berbudi bahasa, penampilan diri dan jati diri.

18. Program ini adalah di bawah unit HEM dan pengerusi meminta PK HEM
menubuhkan Jawatankuasa Induk Program SUMUR ini.

19. Kebanyakan program yang telah dijalankan di sekolah ada perkaitan dengan
program SUMUR ini, Cuma pihak Jawatankuasa perlulah memastikan
semua program didokumentasikan untuk dijadikan program SUMUR.

20. Salah satu projek sekolah yang akan dijalankan iaitu Sudut Kemasan Diri di
bawah kelolaan Cikgu Zaidah yang memfokuskan kepada keterampilan murid
boleh dijadikan sebagai salah satu Program SUMUR.

21. Pengerusi akan memberikan keterangan lanjut berkaitan program ini selepas
mendapat taklimat terperinci dari pihak PPD bersama PGB dan PK Hem pada
taklimat yang akan dihadiri petang ini.

Tindakan: Makluman

4

VII PdPR Fasa 2

22. Pengerusi memaklumkan bahawa PdPR Fasa 2 ini akan berlangsung pada
13 Jun hingga 15 Julai 2021 ini iaitu selama 25 hari.

23. Menteri Kanan Pendidikan telah memaklumkan bahawa TV Pendidikan telah
diwujudkan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan
murid. Jadual siaran mungkin tidak sama dengan jadual PdPR guru,
walaubagaimanapun guru-guru haruslah bijak menggunakan bahan
yang disediakan bersesuaian dengan keperluan murid.

24. Guru-guru digalakkan menggunakan Portal DELIMa dalam pelaksanaan
PdP disamping buku kerja murid sebagai latihan tambahan.

25. PK1 mencadangkan agar guru-guru lebih kreatif dalam penyampaian PdPR
yang berkesan contohnya menghasilkan latihan murid dalam bentuk ‘google
form’ manakala bagi subjek elektif pula bolehlah menganjurkan projek ‘based
learning’ dan beri masa selama 2 atau 3 minggu kepada murid untuk
menyelesaikannya.

26. Pengerusi meminta guru kelas agar sentiasa ingatkan para waris supaya
mengisi kehadiran murid pada awal pagi iaitu sebelum jam 10 pagi.

27. Guru kelas dan guru subjek diminta untuk mengenalpasti murid-murid yang
tidak pernah mengikuti kelas PdPR Fasa 1 dan menyerahkan namamurid
tersebut kepada PK1 untuk diambil tindakan.

28. Bagi kelas 4S Muhammad Syawal mempunyai masalah ketiadaan peranti.
Aniq Syazani 4S dan adiknya Aina Sofea 3S mempunyai masalah keluarga
serta masalah kehadiran ke sekolah. PK Hem akan mengambil tindakan
selanjutnya bagi menyelesaikan permasalahan ini.

28. Setiausaha PBD, Cikgu Nor Shuhada memaklumkan agar pengisian PBD
bagi Aniq Syazani dan Aina Sofea dibiarkan kosong pada slip keputusan.
Pada ruangan ulasan guru bolehlah isikan masalah penjagaan anak.

Tindakan: Semua guru

5

VII E-RPH

29. Bagi tujuan penghantaran RPH PdPR 2.0 ini, guru besar akan wujudkan
pautan dalam ‘google classroom’ (GC) bagi membolehkan guru-guru
menghantar RPH masing-masing di dalam pautan tersebut.

30. Penulisan RPH bagi PdPR 2.0 ini adalah RPH lengkap seperti RPH
bersemuka cuma di bahagian aktiviti sahaja diubah mengikut kesesuaian
aktiviti PdP guru.

31. Jadual yang digunakan adalah jadual PdPR versi 2.0.

Tindakan: Makluman

IX HAL-HAL LAIN

32. Pelaksanaan Mesyuarat Kurikulum Bil.2, Mesyuarat Panitia Bil.2 dan
Mesyuarat Kokurikulum Bil.2 akan bermula minggu depan secara dalam talian
melalui pautan ‘google meet’(GM) .

33. Aktiviti kokurikulum murid dijalankan seperti biasa secara atas talian.

34. Semua pertandingan ko-akademik peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
boleh rujuk PK Kokurikulum untuk tujuan penyertaan.

35. Cikgu Hazlina memaklumkan akan menyertai pertandingan ‘International
PPT’ sekiranya surat pertandingan diperolehi dari JPN Kedah.

36. Cikgu Vicnaswary memaklumkan bahawa Panitia Bahasa Inggeris sedang
melatih murid untuk masuk pertandingan scrabble, story telling, public
speaking and easy writing peringkat daerah dan peringat negeri dalam masa
yang terdekat.

37. PK Hem, Cikgu Zulkifle memaklumkan bahawa 37 orang murid layak menerima
bantuan KWAMP dan pemohonan mereka telah diluluskan. 3 orang murid layak
menerima bantuan awal persekolahan.

38. Setiausaha PBD, Cikgu Shuhada mengingatkan semua guru akan tarikh akhir
pengisian pelaporan PBD adalah 10 Jun 2021.
Tindakan: Makluman

6

XI. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang dan pengerusi mengucapkan
terima kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir dan berharap semua guru dapat
menjalankan tanggungjawab dengan lebilh baik untuk meningkatkan tahap
pencapaian murid sepanjang tahun 2021.

Disediakan oleh,

……………………..
Noor Aiza Ashikin binti Ramli
Setiausaha Pengurusan Sekolah,
SK Haji Mohd Shariff
8 Julai 2021

7


Click to View FlipBook Version