The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan Bertema

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezahariff, 2023-07-25 11:22:09

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan Bertema

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan Bertema

Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 3.3 Hubugan Makanan antara Hidupan 3.3.1 Menyatakan maksud rantai makanan. 3.3.2 Mengenal pasti pengeluar dan pengguna dalam rantai makanan. 3.3.3 Merumuskan tentang hubungan makanan antara hidupan dengan proses fotosintesis dari segi perpindahan tenaga berdasarkan rantai makanan. 3.3.4 Menyatakan maksud siratan makanan. 3.3.5 Membina siratan makanan di pelbagai habitat. 3.3.6 Meramalkan kesan terhadap hidupan lain jika berlaku perubahan populasi dalam siratan makanan suatu habitat. 3.3.7 Menjelaskan pemerhatian tentang hubungan makanan antara hidupan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. 1. Membina rantai makanan dan siratan makanan dan membentangkan di dalam kumpulan untuk menerangkan maksud rantai dan siratan makanan dan membuat perkaitan kesan terhadap hidupan lain jika berlaku perubahan populasi dalam siratan makanan suatu habitat. 2. Membuat simulasi rantai makanan dan siratan makanan untuk menunjukkan pengeluar dan pengguna dan hubungan makanan antara hidupan dengan proses fotosintesis dari segi perpindahan tenaga. Membina beberapa rantai makanan bagi satu habitat berdasarkan gambar yang diberikan dan membentangkan hasil dihadapan kelas. MINGGU KETIGA


PENDIDIKAN SENI VISUAL


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 1.1 Bahasa Seni Visual 1.1.1 Menginterpretasi bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang menggambar. 1.1.2 Menginterpretasi bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang membuat corak dan rekaan. 1.1.3 Menginterpretasi bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang membentuk dan membuat binaan. 2.1 Kemahiran Seni Visual 2.1.5 Meneroka penghasilan corak teknik titisan dalam bidang membuat corak dan rekaan dari aspek: (i) bahasa seni visual (ii) pelbagai media (iii) teknik dan proses 2.1.6 Meneroka penghasilan corak teknik kolaj dalam bidang membuat corak dan rekaan dari aspek: (i) bahasa seni visual (ii) pelbagai media (iii) teknik dan proses 2.1.7 Meneroka penghasilan stabail dalam bidang membentuk dan membuat binaan dari aspek: (i) bahasa seni visual (ii) pelbagai media (iii) teknik dan proses 2.1.8 Meneroka penghasilan model dalam bidang membentuk dan membuat binaan dari aspek: (i) bahasa seni visual (ii) pelbagai media (iii) teknik dan proses • Menghasilkan gambar salah satu haiwan yang kian pupus di Malaysia (Harimau Malaya, Penyu, Gajah, Burung Kenyalang dsb ) dengan menggunakan salah satu cara sama ada kolaj/ gurisan/ montaj/ mozek/ lukisan/ capan (guru tetapkan mengikut apa yang telah dipelajari murid) untuk menunjukan pemahaman tentang bahasa seni visual iaitu warna, ruang, kesatuan, keseimbangan dan harmoni. • Membuat penerokaan menggunakan pelbagai alat dan bahan, serta kaedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan karya yang dipelajari. • Pentaksiran berdasarkan pemahaman murid tentang bahasa seni visual iaitu warna, ruang, kesatuan, keseimbangan dan harmoni. • Pentaksiran berdasarkan kreativiti murid untuk membuat penerokaan dan kerjasama yang ditunjukkan. MINGGU PERTAMA


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 2.1 Kemahiran Seni Visual 2.1.1 Meneroka penghasilan karya gabungan kolaj dan gurisan dalam bidang menggambar dari aspek: (i) bahasa seni visual (ii) pelbagai media (iii) teknik dan proses 2.1.3 Meneroka penghasilan karya gabungan mozek dan catan dalam bidang menggambar dari aspek: (i) bahasa seni visual (ii) pelbagai media (iii) teknik dan proses 2.1.4 Meneroka penghasilan karya gabungan lukisan dan capan dalam bidang menggambar dari aspek: (i) bahasa seni visual (ii) pelbagai media (iii) teknik dan proses • Meneruskan penerokaan penggunaan pelbagai alat dan bahan, serta kaedah yang boleh digunakan untuk penghasilan karya. • Menghasilkan buku skrap/ koleksi lukisan/ capan/ catan/ kolaj dsb tentang gambaran haiwan yang kian pupus di dunia secara berkumpulan penggunaan proses dan teknik secara kreatif dalam proses pengkaryaan. • Pentaksiran boleh dijalankan mengikut tahap penguasaan murid berdasarkan SK dan SP. • Pentaksiran juga boleh dilihat melalui pelbagai cara dan kaedah dengan mengambil kira latar belakang dan lokaliti murid. MINGGU KEDUA


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 3.1 Penghasilan karya kreatif 3.1.1 Menghasilkan karya gabungan dalam bidang menggambar melalui: (i) penentuan tema dan tajuk melalui sumber idea. (ii) perkembangan idea gabungan karya. (iii) penetapan jenis media dan teknik. (iv) disiplin pengkaryaan dan nilai murni. (v) kemasan akhir. 3.1.2 Menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dalam bidang membuat corak dan rekaan melalui: (i) penentuan tema dan motif melalui sumber idea. (ii) perkembangan idea melalui pengolahan dan struktur susunan corak. (iii) penetapan jenis media dan teknik. (iv) disiplin pengkaryaan dan nilai murni. (v) kemasan akhir. • menghasilkan catan mengikut sub-tema haiwan (haiwan kesayangan/ kesukaan) dengan pengolahan komposisi kadar banding perspektif dalam penghasilan karya. • menghasilkan corak kulit/bulu haiwan (rama-rama, ular, harimau, kuda belang dsb) menggunakan pelbagai media, corak dan teknik secara kreatif. Pentaksiran berdasarkan kreativiti murid untuk penghasilan karya dan kerjasama yang ditunjukkan. MINGGU KETIGA


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 3.1.4 Menghasilkan karya atau produk dalam bidang membentuk dan membuat binaan melalui: (i) penentuan motif melalui sumber idea. (ii) perkembangan idea melalui (iii) pengolahan dan struktur susunan corak. (iv) penetapan jenis media dan teknik (v) disiplin pengkaryaan dan nilai murni (vi) kemasan akhir 4.1 Penghayatan karya Seni Visual 4.1.1 Memerihal secara kritis berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses bagi: (i) karya sendiri (ii) karya rakan 4.1.2 Menghubungkaitkan karya yang dihasilkan dengan kehidupan seharian dan masyarakat. • menghasilkan stabail berbentuk haiwan menggunakan pelbagai media dan komposisi yang kreatif • mempamerkan salah satu hasil karya yang berkaitan dengan haiwan dalam gallery walk sambil menjelaskan pengalaman sendiri dalam penghasilan karya tersebut. Menyatakan bahan yang digunakan, aspek yang ingin dipamerkan, cabaran menghasilkanya, pemilihan warna, teknik,cara dsb. • Menilai hasil karya rakan yang dipamerkan dalam gallery walk dengan menginterpritasikan bahasa seni visual yang ada dalam karya. Secara umumnya, pentaksiran dalam PSV sangat subjektif. Guru perlu mentaksir murid secara holistik dari segi pengetahuan, kemahiran, penghasilan karya dan apresiasi seni. MINGGU KEEMPAT


PENDIDIKAN MUZIK


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran Standard Kandungan 2.1 Nyanyian Standard Pembelajaran 2.1.1 Bernyanyi dengan pic yang betul. 2.1.3 Bernyanyi mengikut tempo. 1. Latihan menyanyikan sebutan huruf vokal. (Sumber: Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 5, ms 3. Audio 1 dan 2) 2. Menyanyikan lagu Raja di Lautan dengan pic dan tempo yang betul. (Sumber: Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 5, ms 37.Audio 64,65 dan 66) 3. Menyanyikan lagu Raja di Lautan sambil melakukan pergerakan haiwan hidup di laut. Guru melakukan pentaksiran secara pemerhatian semasa murid menjalani akitiviti PdP. Semasa pemerhatian, tumpuan guru adalah kepada aspek pic dan tempo. MINGGU PERTAMA


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran Standard Kandungan 2.4 Rekoder Standard Kandungan 2.4.1 Memainkan rekoder bagi not E, F, G, A, B, C’ dan D’ dengan ton yang baik mengikut tempo. (i) Penjarian yang betul. (ii) Pernafasan yang betul. (iii) Perlidahan yang betul. (iv) Embouchure yang betul. (v) Postur yang betul. 1. Mengenal penjarian not E dan F 2. Memainkan not E dan F dengan ton yang baik. (Sumber: Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 5, ms 39, 40 dan 41.Audio 67 hingga 79) Guru melakukan pentaksiran secara pemerhatian semasa murid menjalani akitiviti PdP. Semasa pemerhatian, tumpuan guru adalah kepada aspek : • penjarian not E dan F • pic not E dan F • tempo MINGGU KEDUA


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran Standard Kandungan 2.4 Rekoder Standard Kandungan 2.4 Rekoder 2.4.2 Memainkan melodi kaunter secara ensemble berdasarkan skor muzik. (i) (ii) tanda rehat 1. Mengenal skor melodi kaunter Raja di Lautan. 2. Memainkan melodi kaunter lagu Raja di Lautan (Sumber: Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 5, ms dan 42 dan 43.Audio 81) Guru melakukan pentaksiran secara pemerhatian semasa murid menjalani akitiviti PdP. Semasa pemerhatian, tumpuan guru adalah kepada aspek : • penjarian not E dan F • pic not E dan F • tempo • pembacaan skor MINGGU KETIGA


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran Standard Kandungan 2.4 Rekoder Standard Kandungan 2.4 Rekoder 2.4.2 Memainkan melodi kaunter secara ensemble berdasarkan skor muzik. (i) (ii) tanda rehat Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan 1: Menyanyikan lagu Raja di Lautan Kumpulan 2: Memainkan melodi kaunter Kumpulan 3: Melakukan pergerakan haiwan di laut. (Sumber: Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 5, ms dan 42 dan 43. Audio 81) Guru melakukan pentaksiran secara pemerhatian semasa murid menjalani akitiviti PdP. Semasa pemerhatian, tumpuan guru adalah kepada aspek : • penjarian not E dan F • pic not E dan F • tempo • pembacaan skor MINGGU KEEMPAT


MATEMATIK


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 8.1 Carta pai 8.1.1 Mentafsir carta pai. • Guru menyediakan jadual data berserta carta pai yang mengandungi data yang sama. o Guru minta murid nyatakan data berdasarkan jadual data diberi. o Minta murid juga bincangkan data yang terdapat dalam carta pai yang diberi. o Guru minta murid melihat perkaitan antara data dalam jadual dan data dalam carta pai dan bincangkan secara kelas. • Guru menyediakan carta pai dengan maklumat berkaitan kadar kemandirian spesis haiwan. o Bincangkan maksud kadar kemandiran spesis haiwan. o Bincangkan data yang terdapat dalam carta pai yang disediakan. • Pentaksiran dilakukan berdasarkan Standard Prestasi yang sedia ada dalam DSKP serta kreativiti guru. • Murid diberikan kerja individu atau kumpulan dalam mentafsir data carta pai. • Murid juga ditafsir dari segi jawapan mereka kepada guru atau pertanyaan rakan lain. • Guru juga boleh bersoal jawab dengan murid tentang data ataupun maklumat yang sesuai sebagai tafsirannya. • Pentaksiran berdasarkan seperti kenyataan lisan murid ketika perbincangan mentafsir jadual atau carta wajar diambil kira. • Pentaksiran ke atas kemahiran proses dan nilai matematik. MINGGU PERTAMA


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 8.2 Mod, median, min dan julat 8.2.1 Mengenal dan menentukan mod, median, min, dan julat daripada data tak terkumpul. • Guru menerangkan maksud mod, median, min dan julat berdasarkan data yang terdapat dalam jadual, piktograf, carta palang dan carta pai. • Guru perkenalkan dan menentukan mod, median, min dan julat bagi piktograf, carta palang dan carta pai, daripada data tak terkumpul. • Murid mentafsir data yang terdapat dalam carta pai dengan bimbingan guru, secara kelas atau kumpulan. • Melaksanakan aktiviti dengan soalan peneguhan bagi menentukan mod, median, min dan julat. • Guru menyediakan pernyataan masalah dengan menggunakan data berkaitan haiwan untuk diselesaikan oleh murid. • Pentaksiran dilakukan berdasarkan Standard Prestasi yang sedia ada dalam DSKP serta kreativiti guru. • Murid menerangkan maksud mod, median, min dan julat. • Murid diberikan latihan secara individu ataupun kumpulan dalam menentukan mod, median, min dan julat daripada data tak terkumpul. • Pentaksiran ke atas kemahiran proses dan nilai matematik. MINGGU KEDUA


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 8.3 Penyelesaian masalah 8.3.1 Menyelesaikan masalah melibatkan pengurusan data dalam situasi harian. • Guru mengimbas kembali dua standard pembelajaran yang murid telah belajar berdasarkan standard pembelajaran berkaitan pengurusan data. • Guru bimbing murid melaksanakan proses penyelesaian masalah dengan menggunakan Model Polya dalam penyelesaian masalah. • Guru bimbing murid untuk mengenal pasti mod, median, min dan julat berdasarkan kenyataan penyelesaian masalah serta mempastikan algoritma serta jawapan yang betul. • Guru menyediakan pernyataan masalah dengan menggunakan data berkaitan haiwan untuk diselesaikan oleh murid. • Pentaksiran dilakukan berdasarkan Standard Prestasi yang sedia ada dalam DSKP serta kreativiti guru. • Murid akan diberikan kerja secara individu ataupun kumpulan dalam mentafsir data carta pai. • Pentaksiran dilakukan ke atas tugasan dan penyelesaian masalah berkaitan: • Pentaksiran ke atas kemahiran proses matematik. MINGGU KETIGA


PENDIDIKAN JASMANI


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 1.5 Kemahiran Pergerakan Melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut irama. 1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema menggunakan props berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik yang didengar. 2.5 Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Mengaplikasikan konsep pergerakan dalam pergerakan berirama. 2.5.1 Mengenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, langkah lurus dan konsep pergerakan mengikut muzik yang didengar. 5.1 Pengurusan dan Keselamatan Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan. 5.1.1 Mematuhi etika berpakaian Pendidikan Jasmani ketika menjalankan aktiviti fizikal. 5.1.3 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti. 5.1.4 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti. 5.2 Tanggungjawab Kendiri Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.2.1 Mempamerkan keyakinan untuk melakukan pelbagai kemahiran pergerakan. 5.3 Interaksi Sosial Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti. • Melakukan pergerakan bebas yang menggambarkan haiwan yang disukai seperti berikut: Murid dalam kumpulan besar. Murid menggunakan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor. • Guru menyediakan kad aktiviti pergerakan kreatif tema haiwan seperti haiwan di hutan, haiwan di laut dan haiwan ternakan. • Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dinamakan mengikut nama-nama haiwan seperti rama-rama, kumbang, pepatung, burung dan lain-lain lagi. • Pentaksiran melalui pemerhatian murid menguasai kemahiran pergerakan semasa aktiviti pergerakan kreatif dalam kumpulan. • Soalan bertulis tentang mengenal pasti kemahiran pergerakan kreatif dan haiwan di dalam hutan seperti berikut: Nyatakan jenis pergerakan yang dilakukan semasa aktiviti dalam kumpulan. Berikan empat pergerakan lokomotor dan dua pergerakan bukan lokomotor yang dilakukan dalam pergerakan kreatif. MINGGU PERTAMA


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 1.5 Kemahiran Pergerakan Melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut irama. 1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema menggunakan props berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik yang didengar. 2.5 Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Mengaplikasikan konsep pergerakan dalam pergerakan berirama. 2.5.1 Mengenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, langkah lurus dan konsep pergerakan mengikut muzik yang didengar. 5.1 Pengurusan dan Keselamatan Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan. 5.1.1 Mematuhi etika berpakaian Pendidikan Jasmani ketika menjalankan aktiviti fizikal. 5.1.3 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti. 5.1.4 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti. 5.2 Tanggungjawab Kendiri Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.2.1 Mempamerkan keyakinan untuk melakukan pelbagai kemahiran pergerakan. 5.3 Interaksi Sosial Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti. • Melakukan pergerakan bebas yang menggambarkan haiwan yang disukai seperti berikut: Murid dalam kumpulan besar. Murid menggunakan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor. • Guru menyediakan kad aktiviti pergerakan kreatif tema haiwan seperti haiwan di hutan, haiwan di laut dan haiwan ternakan. • Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dinamakan mengikut nama-nama haiwan seperti rama-rama, kumbang, pepatung, burung dan lain-lain lagi. • Setiap kumpulan dikehendaki mereka cipta pergerakan kreatif dengan iringan muzik dalam masa ditetapkan. • Pentaksiran melalui pemerhatian murid menguasai kemahiran pergerakan semasa aktiviti pergerakan kreatif dalam kumpulan. • Soalan bertulis tentang mengenal pasti kemahiran pergerakan kreatif dan haiwan di dalam hutan seperti berikut: Nyatakan jenis pergerakan yang dilakukan semasa aktiviti dalam kumpulan. Berikan empat pergerakan lokomotor dan dua pergerakan bukan lokomotor yang dilakukan dalam pergerakan kreatif. MINGGU KEDUA


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 1.5 Kemahiran Pergerakan Melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut irama. 1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema menggunakan props berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik yang didengar. 1.5.2 Melakukan pergerakan kreatif bertema yang direka cipta menggunakan props mengikut muzik yang didengar. 5.1 Pengurusan dan Keselamatan Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan. 5.1.3 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti. 5.1.4 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti. 5.2 Tanggungjawab Kendiri Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.2.1 Mempamerkan keyakinan untuk melakukan pelbagai kemahiran pergerakan. 5.2.2 Memilih tindakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan kecergasan. 5.2.3 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti. 5.3 Interaksi Sosial Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti. 5.3.2 Mengiktiraf kelebihan dan menerima kekurangan rakan sebaya. • Melakukan pergerakan bebas yang menggambarkan haiwan yang disukai seperti berikut: Murid dalam kumpulan besar. Murid menggunakan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor. • Guru menyediakan kad aktiviti pergerakan kreatif tema haiwan seperti haiwan di hutan, haiwan di laut dan haiwan ternakan. • Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dinamakan mengikut nama-nama haiwan seperti rama-rama, kumbang, pepatung, burung dan lain-lain lagi. • Setiap kumpulan dikehendaki mereka cipta pergerakan kreatif dengan iringan muzik dalam masa ditetapkan. • Setiap kumpulan diberi masa untuk mereka cipta pergerakan dan menyiapkan props. • Pentaksiran melalui pemerhatian murid menguasai kemahiran pergerakan semasa aktiviti pergerakan kreatif dalam kumpulan. • Soalan bertulis tentang mengenal pasti kemahiran pergerakan kreatif dan haiwan di dalam hutan seperti berikut: Nyatakan jenis pergerakan yang dilakukan semasa aktiviti dalam kumpulan. Berikan empat pergerakan lokomotor dan dua pergerakan bukan lokomotor yang dilakukan dalam pergerakan kreatif. MINGGU KETIGA


Standard Kandungan & Standard Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 1.5 Kemahiran Pergerakan Melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut irama. 1.5.2 Melakukan pergerakan kreatif bertema yang direka cipta menggunakan props mengikut muzik yang didengar. 5.1 Pengurusan dan Keselamatan Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan. 5.1.3 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti. 5.1.4 Mengenal pasti ruang selamat untuk melakukan aktiviti. 5.2 Tanggungjawab Kendiri Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.2.2 Memilih tindakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan kecergasan. 5.2.3 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti. 5.2.4 Menerima keputusan dalam permainan secara positif. 5.3 Interaksi Sosial Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti. 5.3.2 Mengiktiraf kelebihan dan menerima kekurangan rakan sebaya. 5.3.3 Memberi dan menerima maklum balas secara terbuka. • Murid dalam kumpulan bergilir-gilir membuat persembahan. • Murid dari kumpulan lain membuat peniliaian persembahan. • Guru dan murid membuat perbincangan dan memberi maklum balas berkaitan persembahan tersebut. • Menyediakan borang penilaian kumpulan dan kendiri untuk murid menilai pergerakan yang diakukan dan kerjasama dalam kumpulan serta mematuhi etika dalam pergerakan kreatif. MINGGU KEEMPAT


PENDIDIKAN MUZIK SA PENDIDIKAN INS SENI VISUAL BAHASA MELAYU Minggu 1: Buku Catatan Minggu 2: Wawancara Minggu 3: Karangan Minggu4: Buku Skrap MATEMATIK HASIL AKTIVITI PEMBELAJARAN MINGGUAN MURID Minggu 1: Main Peranan Minggu 2: Nota Poket Haiwan Minggu 3: Model Haiwan Imaginasi Minggu4: Rantaian Makanan Minggu 1: Gambar haiwan pupus Minggu 2: Koleksi Lukisan/Buku Skrap Minggu 3: Catan/Corak Minggu4: Stabail Haiwan Minggu 1: Nyanyian Minggu 2: Rekorder (Not) Minggu 3: Rekorder (Melodi) Minggu4: Persembahan Minggu 1: Carta Pai Minggu 2: Penyelesaian Masalah Minggu 3: Penyelesaian Masalah PENDIDIKAN JASMANI Minggu 1: Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor Minggu 2: Pergerakan Kreatif Minggu 3: Merekacipta Pergerakan Kreatif Minggu4: Persembahan


Tingkatan Tiga Strategi 3: Projek Melalui Pendekatan Bertema


Strategi 3: Projek melalui Pendekatan Bertema Contoh: Nota: Guru merancang projek yang sesuai mengikut minat murid. Guru berbincang dan tentukan bilangan mata pelajaran yang terlibat dalam sesuatu projek. Projek dilaksanakan secara berkumpulan Pentaksiran: Guru mata pelajaran yang terlibat perlu berbincang untuk menyediakan rubrik bagi pentaksiran projek secara keseluruhan. Mata Pelajaran Bahasa 01 Mata Pelajaran Sains 02 Mata Pelajaran Pendidikan 03 Moral Tema Utama: Alam Sekitar Pernyataan Masalah: Masalah gangguan bekalan air. Projek: Persembahan tentang punca gangguan air dan langkah pencegahan. Lisan: Berbincang mengenai punca masalah air terjejas Bacaan: Laporan, artikel, teks deskriptif tentang air Penulisan: Kertas kerja, laporan Kajian Saintifik: Menjalankan kajian tengang tekanan air dan tekanan atmosfera. Kemahiran Saintifik: Mengaplikasika kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif Tinjauan Meninjau sikap dan amalan rakanrakan dalam penggunaan air. Penyediaan risalah: Dapatan dari temubual dan soal selidik digunakan dalam risalah tentang cara-cara berhemah menggunakan air


TEMA: ALAM SEKITAR


Tahun Empat Strategi 1: Pendekatan Bertema dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Subtema Berbeza)


Pembelajaran melibatkan 3 mata pelajaran iaitu: • HASIL PEMBELAJARAN MURID MENGHASILKAN PROJEK DAN MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN BAHASA , MUZIK DAN SENI VISUAL DALAM PROSES MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN DALAM DSKP BAHASA MELAYU : 10 waktu x 30 minit PENDIDIKAN MUZIK : 1 waktu x 30 minit PENDIDIKAN SENI VISUAL : 2 waktu x 30 minit


A. SIAPA JIRAN SAYA 1. Kenal nama-nama jiran dan ahli keluarga mereka 2. Kenali bangsa dan agama jiran tetangga 3. Kenal pekerjaan jiranjiran tetangga 4. Kenal hobi dan kegemaran jiran 5 Kenali dan tahu arah rumah jiran-jiran 6. Kenal sikap jiran tetangga 7. Kejiranan saya B. MENJALIN KEMESRAAN 1. Aktiviti seharian yang selalu dijalankan oleh jiran saya 2. Aktiviti bersama-sama jiran pada hujung minggu- riadah 3. Aktiviti pada musim perayaankaum Melayu, Cina, India dan lain-lain 4. Majlis –majlis kesyukuran, majlis hari lahir atau majlis perkahwinan bersama-sama jiran. 5. Aktiviti rumah terbuka di taman perumahan C. BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI 1.Berkunjung ke rumah jiran 2.Beramah mesra dengan jiran 3.Menziarahi jiran yang sakit 4. Menziarahi jiran yang ditimpa kemalangan atau bencana 5. Tolong-menolong sesama jiran C. BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING 1. Aktiviti Hari Keluarga di taman perumahan 2. Aktiviti Hari Sukan di taman perumahan 3. Aktiviti Gotong royong membersihkan taman 4. Gotong-royong menceriakan taman 5. Aktiviti menjaga keselamatan taman 6. Aktiviti Rukun Tetangga KENALI JIRAN SEMANGAT KEJIRANAN JIRAN PRIHATIN AKTIVITI BERSAMA JIRAN MASYARAKAT Minggu 1 (4 minggu) Minggu 2 Minggu 3 SUBTEMA Minggu 4 SUBTEMA SUBTEMA SUBTEMA


CADANGAN AKTIVITI MINGGU PERTAMA SUBTEMA: KENALI JIRAN Siapa jiran saya KENALI JIRAN TAJUK KANDUNGAN 1. Kenal nama-nama jiran dan ahli keluarga mereka 2. Kenali bangsa dan agama jiran tetangga 3. Kenal pekerjaan jiran-jiran tetangga 4. Kenal hobi dan kegemaran jiran 5 Kenali dan tahu arah rumah jiran-jiran 6. Kenal sikap jiran tetangga 7. Kejiranan saya


OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran subtema kenali jiran, murid dapat: Bahasa Melayu 1. mendengar dan memberi respons terhadap soalan dan maklumat yang didengar serta bercerita tentang jiran menggunakan sebutan dan intonasi yang sesuai. 2. membaca dengan sebutan yang betul dengan intonasi yang sesuai serta dapat menjawab soalan berkaitan petikan dengan betul. 3. mencatat maklumat tentang jiran dan menulis karangan jiran saya. 4. bercerita dan mengujarkan dialog berkaitan jiran yang mengandungi peribahasa dengan baik. 5. memahami dan menggunakan kata nama am dan kata nama khas serta kata adjektif dengan betul. Pendidikan Seni Visual 1. mengetahui dan memahami bahasa seni visual iaitu warna, ruang, kesatuan dan harmoni semasa membuat catan. 2. mengaplikasi penggunaan media basah, proses dan teknik secara kreatif dalam proses pengkaryaan. 3. menghasilkan catan mengikut tema dengan pengolahan komposisi kadar banding perspektif dalam penghasilan karya. 4. menjelaskan pengalaman sendiri dalam penghasilan karya. Pendidikan Muzik 1. menyanyikan lagu “Desaku Tercinta” dengan pic dan tempo yang betul.


Perancangan Pembelajaran Bahasa Melayu Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal. 1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkan dalam situasi tidak formal. • Murid mendengar dan memberi respons terhadap soalan dan maklumat yang didengar berkaitan jiran dengan baik. • Murid dapat membaca maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat catatan. • Murid dapat mencatat maklumat yang diperolehi daripada soal jawab dengan jiran. • Murid mengenali jiran dengan bersoal jawab dengan jiran bagi mendapatkan namanama jiran. • Aktiviti membaca dan mencari maklumat jiran berdasarkan gambar atau bahan yang diberi. • Aktiviti menulis maklumat tentang jiran sekeliling. • Aktiviti melakar rupa paras jiran. • Aktiviti pembentangan hasil karya. Pentaksiran melalui pemerhatian rakaman antara jiran dan murid atau melalui catatan murid. Pemerhatian juga melalui pemahaman murid terhadap bacaan maklumat yang diberi oleh jiran. Pemerhatian melalui hasil catatan buku skrap yang dihasilkan oleh murid. 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan. 1.2.3 Bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan. 1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar , ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. 1.3.1 Bercerita dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.


Perancangan Pembelajaran Bahasa Melayu Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 2. 2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik 2.1.1Membaca dan memahami, bahan grafik daripada multimedia untuk membuat gambaran. • Murid dapat menghasilkan karangan jiran saya dengan baik. • Murid memahami dan menggunakan kata nama am dan kata nama khas berkaitan jiran dengan baik. • Murid memahami dan menggunakan kata adjektif dengan baik. • Murid menghasilkan penulisan karangan. • Murid menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas dalam proses mengumpul maklumat berkaitan jiran. • Murid menyenaraikan kata adjektif yang sesuai semasa mengumpul maklumat tentang jiran. • Murid menghasilkan buku skrap tentang jiran terdekat dengan mereka. Pentaksiran melalui hasil penulisan murid. Pemerhatian sepanjang proses murid mengumpul dan mencatat maklumat. 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. 3.2.3Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu perkara yang dirujuk. 3.3 Menghasilkan penulisan. 3.2.2Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan kreatif. 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. 3.3.1Menulis draf dan menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif. 3.2.3Menganalisis dan mencatat maklumat tentang sesuatu yang dirujuk.


Perancangan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 1.1 Bahasa Seni Visual 1.1.1 Mengenal pasti dan membanding beza bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang menggambar: i. catan ii. mozek iii.poster iv.cetakan • Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual iaitu warna, ruang, kesatuan dan harmoni semasa membuat catan. • Murid dapat mengaplikasikan penggunaan media basah, proses dan teknik secara kreatif dalam proses pengkaryaan. • Murid melakar rupa paras jiran berpandukan bahasa seni visual. • Murid mengaplikasikan penggunaan media dan teknik catan. Pemerhatian: Pemilihan bahasa seni visual yang sesuai. Pemerhatian : Penggunaan media dan teknik. 2.1 Kemahiran Seni Visual 2.1.1 Mengaplikasikan bahasa seni visual pada karya catan dalam bidang menggambar melalui penerokaan: i. media dan teknik basah atas basah ii.proses pengkaryaan


Perancangan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 3.1 Penghasilan karya kreatif 3.1.1 Menghasilkan karya kreatif dalam Bidang Menggambar berdasarkan: i. penentuan tema dan tajuk melalui sumber idea ii. perkembangan idea melalui pengolahan komposisi, kadar banding, perspektif dan reka letak berpandukan kajian lakaran. iii. penetapan jenis media dan teknik yang sesuai berdasarkan perkembangan idea. iv. disiplin pengkaryaan dan nilai murni. v. kemasan akhir. • Murid dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam pengkaryaan. • Mengamalkan budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual. • Meningkatkan daya koordinasi yang baik semasa pengkaryaan seni visual. • Murid dapat membuat ulasan terhadap karya sendiri dan rakan. • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam aktiviti seni visual. • Murid menghasilkan karya seni catan secara kreatif berpandukan gambar foto jiran mengikut ruang, komposisi yang sebenar. • Mempamerkan karya yang dihasilkan • Membuat apresiasi seni: i.menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses penghasilan karya kreatif. Penilaian hasil karya kreatif mengikut ruang komposisi yang sebenar. Penilaian ulasan terhadap penggunaan bahasa seni visual, media, teknik dan proses pada karya yang dipamerkan. 4.1 Penghayatan karya Seni Visual 4.1.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 4.1.2 Membuat penyataan lisan secara kritis karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses serta menghubungkaitkan seni dengan kehidupan seharian.


Perancangan Pembelajaran Pendidikan Muzik Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran Aktiviti Pentaksiran 2.1 Nyanyian 2.1.2 Bernyanyi dengan pic yang betul. 2.1.3 Bernyanyi mengikut tempo • Murid dapat menyanyikan lagu Desaku Tercinta. dengan pic dan tempo yang betul. • Latihan pernafasan • Latihan menyanyikan sebutan huruf vokal. • Latihan menyanyikan lagu Desaku Tercinta dengan bimbingan guru. • Murid menyanyikan lagu Desaku Tercinta berdasarkan lirik lagu. Pemerhatian: i.Nyanyian (Pic, sebutan dan tempo)


kecil besar cantik ceria jingga kuning perang Hari Pertama 1. Murid mendengar guru bercerita akan jiran guru. Murid memberi respons terhadap maklumat yang didengar. 2. Murid mendengar lagu Desaku tercinta. 3. Murid ditanya adakah mereka mengenali jiran mereka? 4. Murid mendengar dan bertutur berkaitan jiran tetangga . (Buku teks unit 1) 5. Murid diberi tugasan menjalankan sesi berkenalan dengan jiran. Murid diminta mencatat nama, agama, bangsa dan hobi serta kegemaran jiran. Murid boleh merakam maklumat dalam telefon bimbit atau membuat catatan maklumat tentang keluarga jiran mereka. Hari Kedua 1. Murid membaca petikan buku teks di muka surat 3. 2. Murid membaca dan menyenaraikan kata nama khas serta kata nama am dalam buku teks di muka surat 3 dan 6. 3. Murid diberi tugasan membuat analisis maklumat tentang bangsa, dan agama mereka dengan menggunakan peta pengurusan grafik. 4. Murid juga diminta membaca dan mengumpul maklumat tentang bangsa dan agama sesuatu kaum untuk dibentangkan. KENALI JIRAN 1. Latihan pernafasan. 2. Latihan menyanyikan sebutan huruf vokal. 3. Latihan menyanyikan lagu Desa Ku Tercinta dengan bimbingan guru. 4. Murid menyanyikan lagu Desa Ku Tercinta dengan sebutan dan pic yang betul mengikut tempo. BAHASA MELAYU PENDIDIKAN MUZIK BAHASA MELAYU


Kata Adjektif kecil besar cantik ceria jingga kuning perang 1. Murid menyanyikan lagu Desa Ku Tercinta. Murid dan guru berbincang tentang lagu dan kehidupan kejiranan di desa . 2. Murid membentangkan hasil dapatan tentang jiran -jiran mereka sebelum ini . 3. Murid diminta membuat draf peta pengurusan grafik tentang jiran mereka. 4. Murid mencatatkan maklumat mengenai jiran mereka termasuk nama, keluarga, bangsa, agama, hobi kegemaran jiran mereka dalam pelbagai bentuk persembahan . KENALI JIRAN Hari Ketiga BAHASA MELAYU 1. Murid melakar rupa paras jiran berpandukan bahasa seni visual. 2. Murid mengaplikasikan penggunaan media dan teknik catan. 3. Murid menghasilkan karya seni catan secara kreatif berpandukan gambar foto jiran mengikut ruang, komposisi yang sebenar. 4. Mempamerkan karya yang dihasilkan. 5. Membuat apresiasi seni dengan menceritakan hasil karya sendiri dan rakan secara lisan berpandukan bahasa seni visual, teknik dan proses penghasilan karya kreatif. PENDIDIKAN SENI VISUAL


Kata Adjektif kecil besar cantik ceria jingga kuning perang KENALI JIRAN Hari Keempat BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU Hari Kelima 1. Murid menyanyikan lagu Desaku tercinta. 2. Berdasarkan buku teks di muka surat 5, murid diminta menyenaraikan peribahasa dalam petikan . 3. Murid dan guru membincangkan maksud peribahasa dalam teks. 4. Murid menceritakan tentang Kebun Komuniti di Kawasan perumahan berdasarkan teks. Murid diminta menceritakan mengenai bangunan yang ada di kawasan kejiranan mereka. 5. Murid melukis peta rumah jiran -jiran dan bangunan di kawasan kejiranan secara berkumpulan. 1. Murid diminta menyenaraikan kata adjektif berkenaan sifat , sikap dan perwatakan jiran mereka dalam peta minda. 2. Murid membina ayat menggunakan kata adjektif berkenaan jiran mereka. 3. Murid membentangkan hasil mereka kepada kelas.


Bahagian Pembangunan Kurikulum Terbitan, Unit Cetak BPK


Click to View FlipBook Version