The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezahariff, 2023-06-21 00:55:39

Buku Mesyuarat PIBG Terkini 2023

Buku Mesyuarat PIBG Terkini 2023

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MOHD SHARIFF KOMPLEKS PENDIDIKAN JALAN STADIUM, 05604 ALOR SETAR, KEDAH AGUNG PIBG MESYUARAT KALI KE - 47 Sesi 2023/2024 22 JUN 2023 / Khamis 2.30 Petang DEWAN AS-SHARIFF, SK HAJI MOHD SHARIFF Dirasmikan oleh: ENCIK HAZANI BIN HAMZAH YANG DI PERTUA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MOHD SHARIFF


Kandungan ATUR CARA 2 NOTIS MESYUARAT AGUNG 3 AGENDA MESYUARAT 4 KATA ALU-ALUAN GURU BESAR 5 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 6 AJK PIBG SK HAJI MOHD SHARIFF 7 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 2022 8 -14 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 15 - 16 PENYATA KEWANGAN 17-21 SENARAI JK KERJA MESYUARAT AGUNG 22 - 23 PENGHARGAAN 24 + + + 1


Atur Cara MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU KALI KE-47 SESI 2023/2024 MASA PERKARA 2.30 PETANG KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA UCAPAN YDP PIBG UCAPAN GURU BESAR UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 SESI 2023/2024, SK HAJI MOHD SHARIFF PENUTUP + + + 2


Email:[email protected]. ____________________________________________________________________________________________________ Ruj.Kami : PIBG SKHMS 60/002/23(36) Tarikh : 08.06.2023 SemuaIbu/Bapa/WarisPelajar, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK HAJI MOHD SHARIFF KALI KE-47 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut: Tarikh : 22 Jun 2023 Hari : Khamis Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan As-Shariff, SKHMS 3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak ahli jawatankuasa dengan hormatnya mempersilakan tuan ke mesyuarat tersebut. Semua waris dimohon mengisi borang jawapan kehadiran bersama usul (jika ada) dalam pautan google form https://forms.gle/CYfDTSKfBwizXfaX7 pada atau sebelum 15 Jun 2023 (Khamis). 4. Pihak jawatankuasa mesyuarat telah memutuskan untuk memohon sumbangan sebanyak RM 5.00 bagi setiap murid yang perlu diserahkan kepada guru kelas selewat-lewatnya 15 Jun 2023 (Khamis). Wang tersebut akan dikembalikan kepada tuan semasa pendaftaran mesyuarat nanti sekiranya tuan hadir. Bagi waris yang tidak hadir wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG sebagai sumbangan tuan. 5. Keutamaan yang diberikan tuan untuk hadir nanti amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG” Saya yang menjalankan amanah, (NOOR AIZA ASHIKIN BINTI RAMLI) Setiausaha, Persatuan Ibu bapa dan Guru SKHMS + + + 3


Agenda Mesyuarat KALI KE-47 SESI 2023/2024 BIL PERKARA 1. Ucapan Yang Di-Pertua PIBG 2. Ucapan Guru Besar (Penasihat PIBG) 3. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-46 2022 4. Membentang dan Menerima Laporan Tahun 2022 5. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG (berakhir Disember 2022) 6. Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2023 7. Perlantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 8. Membahaskan Usul-Usul 9. Hal-hal Lain 10. Ucapan Penangguhan + + + 4


Kata Alu-Aluan Guru Besar SK Haji Mohd Shariff Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, dan salam sejahtera. Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu, maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-47 dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013, Ekshibit 7-11) menakrifkan sistem pembelajaran ialah sesuatu proses pembelajaran boleh berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam komuniti. Untuk itu, sekolah mesti menyediakan jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti. Kita perlu fahami bahawa apabila disebut Ekosistem Pembelajaran ia bermaksud murid dapat merasai suasana dan ruang belajar melalui teknologi, pandangan dunia, kuasai pemikiran kritikal, reflektif pengalaman persekitaran murid, interaksi sosial seperti filem kehidupan, talian internet, buku-buku, keluarga, kawan- kawan dan komuniti. Oleh yang demikian, kemenjadian murid di atas boleh dipacu secara komunikasi dua hala antara sekolah dengan kerjasama ibu bapa yang dapat diterjemahkan melalui rasa tanggungjawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid, meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid dan memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka. Manakala kemenjadian murid juga boleh dicapai secara kerjasama sekolah dengan komuniti melalui rasa sukarela daripada pertubuhan-pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah setempat dan menggalakkan pelibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui proses tersebut. Akhir sekali, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. .................................. TUAN HAJI MUNIR BIN SALLEH Guru Besar SK Haji Mohd Shariff 5


Kata Alu-Aluan Yang Dipertua Pibg Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, dengan rasa syukur saya dahulukan kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya menitipkan sepatah dua kata diruangan ini sebagai perkongsian bersama-sama dalam mendokong misi dan visi Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff. Syukur Alhamdulillah kerana nadi kita masih berdenyut dengan baik. Marilah kita dengan suci hati dan ikhlas dalam usaha murni ini, sekiranya ada sebarang kekurangan atau kelemahan dari aspek,peralatan, komunikasi dan hebahan maklumat perlu sama-sama kita cuba tangani secara berhemah. Saya selaku YDP PIBG sekolah ini, sangat-sangat berterima kasih atas segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan kakitangan serta ibu bapa, waris/penjaga yang sentiasa sama-sama senang,sama-sama susah dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Saya tahu bukan mudah untuk guru-guru mengorak langkah dalam melaksanakan PdP yang berkesan pada setiap masa tetapi saya percaya semuanya boleh diatasi jika kita bergerak sederap bersama. Akhir bicara,sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita semua membuahkan kejayaan kepada anak-anak SKHMS. Sekian, terima kasih. ………………………………………… HAZANI BIN HAMZAH Yang Dipertua PIBG SK Haji Mohd Shariff 6


AJK PIBG SK Haji Mohd Shariff KOMPLEKS PENDIDIKAN JALAN STADIUM, 05604 ALOR SETAR, KEDAH SESI 2021/2023 BIL NAMA JAWATAN 1. EN. HAZANI BIN HAMZAH YANG DI PERTUA 2. EN. SYAHRIZAL BIN YUSOF NAIB YANG DI PERTUA 3. PN. NOOR AIZA ASHIKIN BINTI RAMLI SETIAUSAHA 4. PN. NOR SHUHADA BINTI DESA PEN. SETIAUSAHA 5. PN. AZZAH AFNAN BINTI ZAINOL BENDAHARI 6. PN. FARIDAH BINTI AZIZ PEN. BENDAHARI 7. EN. MOHAMMAD NABBIL BIN OTHMAN AJK WARIS 8. EN. MUHAMMAD HISHAMUDDIN BIN ABDUL HALIM AJK WARIS 9. PN. MARTINA BINTI MAT GHANI AJK WARIS 10. PN. NOR KASMASARI BINTI MOHAMAD KASSA AJK WARIS 11. EN. ANUAR BIN AWANG AJK GURU 12. EN. MOHD HELMI BIN FAHRUL RADZI AJK GURU 13. PN. KHAIRUNNISA’ BINTI ISMAIL AJK GURU 14. PN. NOR EZAH BINTI ARIFFIN AJK GURU 15. EN. MUHAMMAD NAJDI BIN ABDULLAH ZAWAWI JURUAUDIT DALAMAN 16. PN. NURUL IMAN BINTI YUSOF JURUAUDIT DALAMAN (GURU) 7


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 46 SESI 2022/2023 Tarikh : 23 Jun 2022 Hari : Khamis Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan As-Shariff, SK Haji Mohd Shariff Kehadiran : 1. En. Mahmuzir bin Osman (Guru Besar) 2. En. Hazani bin Hamzah (YDP PIBG) 3. En. Syahrizal Bin Yusof (NYDP PIBG) 4. Pn. Noor Aiza Ashikin binti Ramli (Setiusaha) 5. Pn. Nor Shuhada Binti Desa (Penolong Setiausaha) 6. Pn. Azzah Afnan bin Zainol (Bendahari) 7. Pn. Faridah Binti Aziz (Penolong Bendahari) 8. Pn. Kasmasari binti Mohamad Kassa (AJK Waris) 9. Pn. Martina binti Mat Ghani (AJK Waris) 10. En. Mohd Nabbil bin Othman (AJK Waris) 11. En. Anuar bin Awang (AJK Guru) 12. Pn. Nor Ezah binti Ariffin (AJK Guru) 13. En. Mohd Helmi bin Fahrul Radzi (AJK Guru) 14. Pn. Kharunnisa’ binti Ismail (AJK Guru) (Ahli lain sila rujuk lampiran) 8


I. UCAPAN ALUAN PENGERUSI (YANG DIPERTUA PIBG) 1. Pengerusi mengalukan kehadiran semua Ahli PIBG ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat dalam mengendalikan mesyuarat hari ini. Pengerusi juga mengharapkan agar mesyuarat hari ini dapat berjalan dengan lancar. II. PERUTUSAN PENASIHAT (GURU BESAR) 2. Tuan Guru Besar selaku penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan Ahli PIBG atas kesudian semua untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 ini. Beliau merakamkan rasa syukur kerana dapat berkumpul bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Jawatankuasa PIBG yang telah membuat persiapan pada mesyuarat kali ini. III. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 SESI 2021 3 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45. Para ahli menyemak minit mesyuarat di dalam Buku Mesyuarat pada halaman 9 hingga 13. 4. Pn. Kaarthiyaayini A/P Govindasamy mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 diterima. Pn. Fathiyah binti Aziz menyokong. Tiada bangkangan. 5. Pengerusi membentangkan laporan aktiviti dan sumbangan PIBG SKHMS sesi 2021/2023 pada halaman 16 dan 17 di dalam Buku Mesyuarat. 6. Pengerusi memaklumkan bahawa Yang Berhormat Dato’ Romani bin Wan Salin telah memberi sumbangan kepada PIBG sebanyak RM 2000.00. Tindakan: Setiausaha 9


IV. PERKARA BERBANGKIT 7. Tiada Tindakan: Makluman V. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021 8. Penyata kewangan dibentangkan oleh Pn. Azzah Afnan binti Zainol selaku bendahari untuk disahkan. Bendahari memohon semua ahli merujuk Buku Mesyuarat pada halaman 19 dan 20. 9 Cadangan pengesahan oleh En. Mohamad Nazir bin Abdul Rahman dan disokong oleh Pn.Tengku Munira binti Tengku Izhar. Tindakan: Bendahari VII. MEMBAHASKAN USUL-USUL 10. Penasihat memaklumkan bahawa hanya satu saja usul yang diterima. Usul tersebut boleh dikategorikan sebagai cadangan. Usul tersebut diterima daripada Puan Nor Aisyah Adwa binti Othman waris kepada Mohd Amir Rayyan dari kelas 5 Kasih. 11. Usulnya adalah kuantiti makanan yang disediakan oleh pihak kantin adalah sedikit dan menu di kantin tidak pelbagai. Beliau meminta agar pihak kantin menambah menu sampingan seperti bihun sup, mee goreng dan kuih muih seperti donut. 12. Pengerusi memaklumkan perkara ini akan diambil perhatian dan pihak sekolah akan berbincang dengan pihak pengusaha kantin untuk membuat penambahbaikan. Tindakan: Pentadbir 10


VIII. HAL-HAL LAIN 13. Penasihat memberikan penerangan kepada semua ibu bapa berkaitan pembahagian dan pecahan dana dalam 4 biro PIBG iaitu Dana PIBG, Dana Pendidikan dan Pembangunan, Dana Peningkatan Akademik dan Dana Keceriaan. 14. Penasihat juga memaklumkan bahawa kutipan sumbangan PIBG setiap murid adalah sebanyak RM50.00 masih dikekalkan. Sumbangan tersebut dibahagikan kepada RM20 Dana PIBG, RM10 Dana Keceriaan, RM10 Dana Peningkatan Akademik dan RM10 Dana Pendidikan dan Pembangunan. 15. Penasihat juga memaklumkan bahawa pihak sekolah sangat memerlukan beberapa peralatan sekolah seperti set LCD dan Smart TV untuk diletakkan di kantin dan di dewan, salah satunya adalah untuk Program Speech Corner dan kegunaan dalam bilik TS25. Penasihat mengharapkan sumbangan dari pihak perseorangan dan ibu bapa waris. 16. Pengerusi mencadangkan agar sumbangan sebayak RM5.00 dari semua ahli PIBG untuk tujuan pembelian Smart TV tersebut. Nama bagi penyumbang terbesar akan dicatatkan di papan kenyataan sebagai tanda penghargaan. 17. Penasihat memaklumkan, seorang murid sekolah ini terpilih untuk menyertai video dokumentari yang bertajuk Senario Sebelum dan Selepas Pendemik Covid-19 bagi peringkat antarabangsa. 18. Sebagai ucapan penangguhan, pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK PIBG Sesi 2022/2023 yang telah memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak sekolah dalam menjalankan semua aktiviti sekolah. Beliau juga sangat mengharapkan agar semua ahli PIBG dapat memberikan sepenuh kerjasama kepada sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang. Disediakan oleh, (NOOR AIZA ASHIKIN BINTI RAMLI) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 11


KEHADIRAN AHLI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 SESI 2022/2023 NO NAMA CATATAN 1 SYUKRI BIN ABDUL RAHMAN WARIS 2 NORHASLIZA BINTI MOHD AZIZ WARIS 3 AFIANTI BINTI CHE SHAFIE WARIS 4 NOOR LAILY AKMA BINTI RAMLI WARIS 5 SITI AISHAH BINTI ALI WARIS 6 NURUL FADILAH BIN MOHD NASIR WARIS 7 NOR KASMASARI BINTI MOHAMAD KASSIM WARIS 8 NOR AZAH BINTI MAHMUD WARIS 9 BAZILAH BINTI BAHASIM WARIS 10 MOHD NAZIR BIN ABD RAHMAN WARIS 11 NOR 'ASMA BINTI ZAKARIA WARIS 12 FAZLINA BINTI YAHAYA WARIS 13 MOHD FAIZAL BIN ABD HALIM JALANI WARIS 14 MOHD FAUZI BIN OTHMAN WARIS 15 KHAIRUL ANUAR BIN SABU WARIS 16 HAZANI BIN HAMZAH WARIS 17 FATIMAH BINTI SHAFIE WARIS 18 FATHIYAH BINTI AZIZ WARIS 19 FAUZIAH BINTI SALLEH WARIS 20 MARTINA BINTI MAT GHANI WARIS 21 NAZRUL HISHAM BIN OTHMAN WARIS 22 NURAISYAH ADWA BINTI OTHMAN WARIS 23 KAARTHIYAAYINI A/P GOVINDASAMY WARIS 24 MOHAMMAD SOBRI WARIS 25 ARIF BIN JAAFAR WARIS 26 ROSMAJORAIDA BINTI ABDUL GHANI WARIS 27 NUR IZZA BINTI ISHAK WARIS 28 MOHAMAD NAZIR BIN ABDUL RAHMAN WARIS 29 SHAFIANIN BINTI MOHD SHAM WARIS 30 FARIDAH BINTI AZIZ WARIS 31 HAFIZAH WARIS 32 MOHAMMAD TAUFIK BIN SAIDON WARIS 33 KHAIRUNNISA BINTI ISMAIL WARIS 34 MARZUKI WARIS 35 MAWARDI BIN SAID WARIS 36 SYAHRIZAL YUSOF WARIS 37 HASRUN-NIZAR BIN ABDUL HAMID WARIS 12


NO NAMA CATATAN 38 NOOR SAFARIAH BINTI OSMAN WARIS 39 HUZAINA BINTI HASHIM WARIS 40 ERMA HAJARATUNA AIN BINTI ABDUL TAHLIB WARIS 41 SHUHAIDA BINTI JAMALUDIN WARIS 42 NOR HASLINA ABU HASSAN WARIS 43 MOHD REDZA ASYRAF WARIS 44 MAS LIYANA BINTI BAHRIN WARIS 45 WAN MOHD AMINLUDIN WARIS 46 MOHAMAD FAIZOL BIN ABDUL HALIM JALANI WARIS 47 MOHD TERMIZI WARIS 48 NURAMALINA BINTI ABDULLAH WARIS 49 NOOR SYUHADA BINTI ISMAIL WARIS 50 AMINOH BINTI AWANG WARIS 51 TENGKU MUNIROH BINTI TENGKU IZHAR WARIS 52 NURBAIZURA BINTI ABDUL LATIF WARIS 53 MOHD SHAHERMAN BIN BASHAR WARIS 54 MOHAMMAD NABBIL BIN OTHMAN WARIS 55 NORHAMIRA BINTI OMAR ALI WARIS 56 SITI SARAH BINTI MOHD FAZDLI WARIS 57 MOHD HAFIZUL IZHAM BIN MAZLAN WARIS 58 MAHMUZIR BIN OSMAN GURU 59 ROSLINA BINTI MD ISA GURU 60 MOHD JAZLEY BIN OTHMAN GURU 61 FATHIYAH BT AZIZ GURU 62 NOOR AIZA ASHIKIN BINTI RAMLI GURU 63 FARIDAH BINTI AZIZ GURU 64 HAZLINA BINTI HASHIM GURU 65 KHAIRUNNISA’ BINTI ISMAIL GURU 66 NURUL IMAN BINTI YUSOF GURU 67 NOOR SAFARIAH BINTI OSMAN GURU 68 NOOR HAFIZ FATIHAH BINTI MOHAMED GURU 69 NORSHALIZA BINTI WAHAB GURU 70 NOR SHUHADA BINTI DESA GURU 71 NOR SYUHADA BINTI MOHD ISMAIL GURU 72 AZIZAH BINTI MOHD YAZID GURU 73 RANIZA BINTI HASSAN GURU 74 RASMUNA BINTI SHAFIE GURU 75 SITI SALWA BINTI SHAHBUDIN GURU 76 SURAYA BINTI MANSOR GURU 77 VICNASWARY A/P CHRISNASAMY GURU 13


NO NAMA CATATAN 78 AZZAH AFNAN BINTI ZAINOL GURU 79 ZAHURA BINTI SHOKUT ALI GURU 80 NAZIHAH BINTI MOHD YUSOFF GURU 81 ZAIDAH BINTI HASHIM @ ABDUL KADIR GURU 82 SITI NOORAINI BINTI AHMAD GURU 83 NOR EZAH BINTI ARIFFIN GURU 84 MOHD HELMI BIN FAHRUL RADZI GURU 85 ANUAR BIN AWANG GURU 86 MOHAMAD ZUL FADZLI BIN ABDUL JAABAR GURU 87 MOHD NAJIB BIN AHMADI GURU LAPORAN JAWATANKUASA PIBG SK HAJI MOHD SHARIFF SESI 2023/2024 1. LAPORAN PENTADBIRAN DAN AKTIVITI 1.1 KEHADIRAN MESYUARAT Mesyuarat Jawatankuasa PIBG telah diadakan sebanyak 2 kali pada sesi 2023/2024. Kehadiran Ahli Jawatankuasa dan pentadbir adalah seperti berikut : BIL AHLI JAWATANKUASA TARIKH MESYUARAT 2.1.2023 7.6.2023 1. EN. MAHMUZIR BIN OSMAN / / 2. TN. HAJI MUNIR BIN SALLEH - - 3. EN. HAZANI BIN HAMZAH / / 4. EN. SYAHRIZAL BIN YUSOF / / 5. PN. NOOR AIZA ASHIKIN BINTI RAMLI / / 6. PN. NOR SHUHADA BINTI DESA / 0 7. PN. AZZAH AFNAN BINTI ZAINOL / / 8. PN. FARIDAH BINTI AZIZ / / 9. EN. MOHAMMAD NABBIL BIN OTHMAN / / 10. EN. MUHAMMAD HISHAMUDDIN BIN ABDUL HALIM / 0 11. PN. MARTINA BINTI MAT GHANI / 0 12. PN. NORKASMASARI BINTI KASSA / 0 13. EN. ANUAR BIN AWANG / / 14. EN. MOHD HELMI BIN FAHRUL RADZI / 0 15. PN. KHAIRUNNISA’ BINTI ISMAIL / / 16. PN. NOR EZAH BINTI ARIFFIN / / 17. PN. ROSLINA BINTI OTHMAN / 0 18. EN. MOHD JAZLEY BIN OTHMAN / / CATATAN : / HADIR 0 TIDAK HADIR (BERSEBAB/DENGAN KENYATAAN) 14


2. LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SKHMS SESI 2023/2024 2. DANA AKTIVITI 2.1 DANA PIBG 2.1.1 Sumbangan guru bertukar (En.Mahmuzir bin Osman) 2.1.2. Sumbangan guru bertukar (En.Mohd Helmi bin Fahrul Radzi) 2.1.3 Jamuan makan Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 2.2 BIRO PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN 2.2.1 ‘Smart TV’ dan ‘Bracket TV’ 2.2.2 Hadiah murid untuk HAC dan Graduasi Januari 2023 2.3 BIRO PENINGKATAN AKADEMIK 2.3.1 Cetakan Kertas Soalan Ujian dan PBD 2.4 BIRO KECERIAAN 2.4.1 Keceriaan Sekolah 2.4.2 EBL (Environment Based Learning) 2.5 SARANA 2.5.2 Gotong Royong Perdana 2.5.3 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2.5.4 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2.5.5 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 2.5.6 Hari Terbuka SKHMS 15


3. PENGHARGAAN Semua AJK PIBG SK Haji Mohd Shariff merakamkan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih kepada semua waris dan warga SK Haji Mohd Shariff atas sumbangan buah fikiran, tenaga, masa dan wang ringgit untuk bersama-sama menjayakan perancangan PIBG dan pihak sekolah. Semoga program SARANA dapat dipertingkatkan ke satu tahap yang lebih membanggakan untuk kecemerlangan bersama. Laporan disediakan oleh : ………………………………… (NOOR AIZA ASHIKIN BINTI RAMLI) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Haji Mohd Shariff 16


PENYATA KEWANGAN PIBG 2023/2024 17


18


19


20


21


JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG SK HAJI MOHD SHARIFF KALI KE 47 TARIKH : 22 JUN 2023 HARI : KHAMIS MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : DEWAN AS-SHARIFF PENASIHAT : TUAN HAJI MUNIR BIN SALLEH YANG DIPERTUA : ENCIK HAZANI BIN HAMZAH NAIB YANG DIPERTUA: ENCIK SYAHRIZAL BIN YUSOFF SETIAUSAHA : PUAN NOOR AIZA ASHIKIN BINTI RAMLI BENDAHARI : PUAN AZZAH AFNAN BINTI ZAINOL JEMPUTAN`& SAMBUTAN Semua Pentadbir AJK Tertinggi PIBG PENGACARA MAJLIS Puan Zahura binti Shokut Ali BACAAN DOA Encik Mohd Najib bin Ahmadi PENDAFTARAN Puan Azizah binti Mohd Yazid Puan Norshaliza binti Wahab BUKU MESYUARAT Puan Noor Aiza Ashikin binti Ramli Puan Norshuhada binti Desa BANNER / TEMPLET BUKU PELAWAT Puan Nor Ezah binti Ariffin 22


PENCATAT Puan Rasmuna binti Shafie Puan Safariah binti Osman SIARAYA Encik Anuar bin Awang Encik Mohd Zul Fadzly bin Abd Jaabar JURUFOTO Encik Asuwad bin Abdullah DOKUMENTASI Puan Noor Aiza Ashikin binti Ramli PERSIAPAN DEWAN Puan Nor Syuhada binti Ismail Puan Vicnaswary A/P Chrisnasamy Puan Siti Nooraini binti Ahmad Pekerja Sekolah CENDERAMATA VIP, AJK PIBG SESI 2021/2023 & CABUTAN BERTUAH Puan Azzah Afnan binti Zainol Puan Raniza binti Hassan Puan Noor Hafiz Fatihah binti Mohamed Puan Siti Salwa binti Shahbudin GOODIES WARIS Puan Khairunnisa’ binti Ismail Puan Roslina binti Othman Puan Suraya binti Mansor JAMUAN VIP Puan Faridah binti Aziz Puan Hazlina binti Hashim Puan Siti Salwa binti Shahbudin Puan Faizah binti Ahmad Tajudin MAKANAN WARIS Puan Nazihah binti Mohd Yusof Puan Nurul Iman binti Mohd Yusoff Cik Nur Nabila Fatin binti Mohd Fauzi 23


Penghargaan Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Haji Mohd Shariff merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: Guru Besar, Penolong-penolong Kanan dan Guru-guru serta Staf SK Haji Mohd Shariff. Semua waris yang telah memberi kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan majlis kita serta Semua pihak yang terlibat dalam membantu kami dari segi kewangan,material dan sokongan moral dalam melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya. Semoga Tuhan memberi keberkatan atas segala usaha kita. 24


Click to View FlipBook Version