The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqah basri, 2024-05-15 09:00:50

gua peraling farah

gua peraling farah

Tapak arkeologi gua peraling, Kelantan AUTHOR: N UR FARAH IZZATI BI N TI MOHAMAD RAHIMI 299074 SADN 1233 ARKEOLOGI


1.0 Definisi Arkeologi dan eskavasi 1 2.0 Pengenalan. 2 3.0 Contoh Tapak Arkeologi 3 4. Zaman-Zaman Sejarah 4-5 5. Penemuan Artifak 6-8 6. Penemuan Tapak Perkuburan 9-14 7. Kesimpulan 15 8. Rujukan 16 ISI KANDUNGAN M/S


ARKEOLOGI DAN ESKAVASI Arkeologi bermaksud satu usaha pembinaan semula sejarah dan kebudayaan manusia zaman silam iaitu mengikut zaman prasejarah dan protosejarah. Hasil daripada arkeologi terdapat jumpaan artifak dan ekofak yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu. Arkeologi bermaksud satu usaha pembinaan semula sejarah dan kebudayaan manusia zaman silam iaitu mengikut zaman prasejarah dan protosejarah. Hasil daripada arkeologi terdapat jumpaan artifak dan ekofak yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu. Arkeologi sebagai satu disiplin ilmu yang telah berkembang lebih dari tiga abad lalu yang menyingkap masa lalu manusia dan membinanya semula untuk tatapan generasi masa kini. 1


Gua Peraling merupakan sebuah kukup batu yang terletak di hadapan Sungai Perias, iaitu anak Sungai Nenggiri di Gua Musang, Kelantan. Kedudukan Gua Peraling ini berada di kawasan Kampung Tohoi iaitu sebuah perkmpungan Orang Asli Suku Temiar. Hasil daripada penyelidikan di Gua Peraling terdapat banyak penemuan artifak dari lapisan penempatan Hoabinhian berbanding Gua Chawas. Pelbagai tinggalan artifak budaya pada lapisan bawah dan atas di kawaan gua tersebut. Kajian Gua ini telah dilakukan oleh P.D.R William Hunt tahun 1951 dan Noone pada tahun 1936. PENGENALAN 2


Tapak Paleolitik- Neolitik pada tarikh 11,900- 7000 tahun dahulu CONTOH TAPAK ARKEOLOGI 3


zaman-zaman pensejarahan Terdapat lima lapisan kebudayaan sejak zaman Pleistosen Akhir yang didedahkan di Gua Peraling hasil daripada ekskavasi. Hasil jumpaan kebudayaan zaman Hoabinhian ialah mewakili alat batu seperti pebel bifas dan alat repehan manakala alat pebel unifas tidak dijumpai semasa penggalian dijalankan kerana sudah ditenggelami air kerana Gua Peraling ini terletak di Lembah Nenggiri. Antaranya mewakili: Kebudayaan zaman Hoabinhian Zaman Neolitik zaman Prasejarah 4


Zaman Hoabinhian Zaman Neolitik Zaman Prasejarah 5


Alat batu repehan bifas Alat repeh ialah batuan sabak. Alat ini direpeh di kedua-dua permukaan (bifas) dan saiznya sederhana yang sesuai untuk kerja ringan manakala mata tepi yang tajam pada alat ini digunakan untuk meraut atau mengikis. Di Gua Peraling, lapisan kebudayaan Hoabinhian setebal 3 meter telah menemukan pelbagai jenis artifak berupa alat-alat repehan bifas, jumpaan alat batu pebel bifas dalam kuantiti yang tinggi dan ekofak seperti tulang dan cangkerang. Alat batu pebel bifas Penemuan Artifak 6 Kajian ke atas tembikar tanah dan kalam semah yang terdapat di Gua Peraling menunjukkan bahawa bahan mentah iaitu tanah liat yang digunakan untuk menghasilkan tembikar tanah dan kalam semah bukan berasal dari kawasan sekitar Ulu Kelantan .Hal ini dapat dibuktikan masyarakat Neolitik di pedalaman tidak menghasilkan tembikar tanah sebaliknya menjadi pengguna sama ada digunakan sebagai peralatan memasak, menyimpan makanan dan digunakan sebagai alat bekalan kubur. Masyarakat yang menghasilkan tembikar tanah ialah asyarakat yang menetap di pesisir atau di tanah daratan di mana mereka ini lebih terdedah kepada dunia luar terutamanya dalam aspek perdagangan. Penempatan masyarakat yang berhampiran dengan kawasan pesisir ini mungkin ada kaitan dengan jumpaan artifak di Kampung Kubang Pak Amin dan jumpaan serpihan tembikar tanah di Sungai Sat. Survei yang dilakukan di sepanjang satu hingga dua kilometer di Sungai Sat telah menemukan pelbagai serpihan tembikar tanah terutamanya tembikar bercap tali. Penyelidikan Gua Peraling di Ulu Kelantan telah dijalankan pada tahun 1994 hingga 1995 oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti yang diketuai oleh Adi Taha. Tujuan utama adalah untuk menghasilkan kronologi turutan budaya masyarakat prasejarah di kedua-dua tapak ini dan membuat perbandingan dengan tapak di Gua Cha. Ekskavasi di tapak ini telah menemukan pelbagai jenis alat batu zaman Hoabinhian dan Neolitik di samping ekofak berupa sisa makanan dan tulang binatang. Gua Peraling juga menemukan kesan bahawa ia telah digunakan sebagai tapak perkuburan. Lapisan tanah di Gua Chawas juga amat kaya dengan phytolith yang mana antara yang dikenal pasti ialah dua spesies pisang, empat spesies rotan dan tiga spesies buluh. Data ini diperoleh dari lapisan budaya Hoabinhian yang berusia antara 12,000 hingga 5,000 tahun yang lalu .


Jumpaan tembikar prasejarah di Kelantan seperti di Gua Peraling. Jumpaan tembikar prasejarah yang dijumpai ini ditemui dalam berbagai-bagai bentuk, antaranya seperti Footed Vessels, Carinated Bowls, Biconnical Vessels, Globular Vessels, Simple Bowls, Rounded Containers, bucket-shaped Vessels, beakers, Pot-stands, Perforated cup and jars. Kebanyakan tembikar tanah ini mengandungi tanda cap tali. Berdasarkan pentarikhan kronometrik, bukti kewujudan aktiviti manusia di Gua Peraling adalah berdasarkan kepada pentarikhan C14 ke atas cangkerang siput bertarikh 11,930 ± 100 BP (ANU 9902) dan 11,770 ± 90 BP (ANU 9903). Zaman Hoabinhian Pertengahan di Gua Peraling adalah beberdasarkan kepada pentarikan C14 ke atas sampel arang yang bertarikh 6,910 ± 250 BP. Berdasarkan data pentarikhan sedia ada ini, Adi Taha telah mencadangkan berkenaan aktiviti manusia terawal di Gua Peraling ini adalah antara 8,000 hingga 9,000 tahun yang lalu. Cengkerang siput zaman Hoabinhian 7 Gua ini juga mempunyai fungsi kerana gua ini juga telah digunakan sebagai tapak pengebumian mayat masyarakat prasejarah sejak zaman Hoabinhian lagi. Gua Peraling juga digunakan sebagai tempat tinggal bermusim dan persinggahan sementara masyarakat prasejarah dan juga Orang Asli. Walaupun kajian telah dijalankan pada tahun 1994 hingga 1995 di Gua Peraling, masih terdapat kawasan yang tidak terganggu dan mempunyai deposit tanah yang menyimpan pelbagai artifak, ekofak dan juga fitur.


Penemuan artifak di kawasan Gua Peraling ialah seperti serpihan tulang haiwan yang dijumpai semasa aktiviti eskavasi dijalankan di dalam gua peraling. Selain itu, terdapat juga artifak lain seperti kulit siput dari jenis Brotia Costulla dan Amhipdramus Perakrensi yang wujud pada zaman neolitik . Tinggalan artifak lain yang dijumpai semasa aktiviti eskavasi dijalankan oleh Adi Taha ialah perkakas tembikar zaman neolitik yang bertarikh 3,500 SM dengan corak hiasan anyaman tali. 8


PENEMUAN TAPAK PERKUBURAN Terdapat empat tapak kubur yang ditemui di Gua Peraling yang dilabelkan dengan nama Gua Peraling 1 hingga 4. 9


Jumpaan tulang rangka manusia di Gua Peraling Kewujudan aktiviti manusia di Gua Peraling berdasarkan pentarikhan ke atas cengkerang siput dan aktiviti manusia terawal di Gua Peraling telah antara 8,000 hingga 9,000 tahun lalu oleh masyarakt Hoabinhian menerusi jumpaan yang terdapat di Gua Peraling Kelangsungan kebudayaan dari zaman Hoabinhian ke zaman Neolitik ialah dengan jumpaan tembikar tanah lengkap yang digunakan sebagai wadah bekalan kubur. 10


Di Gua Peraling, Kelantan terdapat juga penemuan seperti kubur kepingan batu yang merupakan amalan masyarakat prasejarah akhir. Reka bentuk kubur ini adalah disusun secara bertindih dengan batu sehingga membentuk seperti keranda batu. Kepingan batu tersebut adalah dengan menggunakan batu granit. Dalam aktiviti ekskavasi terdapat penemuan kubur dan rangka manusia di kawasan tertentu dapat menentukan pemilihan kawasan tempat tinggal oleh masyarakat terdahulu dengan mengambil kira beberapa faktor seperti perlindungan daripada binatang buas, perubahan cuaca dan bencana alam. Kepingan batu kubur 11


Terdapat tinggalan kerangka yang dijumpai dalam keadaan tidak sempurna di kawasan batu granit iaitu di kawasan Gua Peraling 1 yang menunjukkan perkuburan zaman Neolitik dengan hanya menemukan bahagian kaki sahaja dalam keadaan penguburan kaedah extended burial yang ditanam sedalam 20cm di dalam tanah dan dipercayai milik seorang lelaki berumur sekitar 20 tahun. 12


Di tapak Gua Peraling 4 pula dijumpai dalam keadaan yang lebih baik dengan tulangtemulang yang hampir lengkap. Rangka mayat ditapak ini dipercayai dikuburkan dalam keadaan flexed burial dan merujuk kepada seorang individu berumur antara 25 hingga 35 tahun. Gambar: Rangka Manusia Kaedah pengebumian secara (Flexed burial) atau melentur adalah mengikut zaman iaitu seperti zaman paleolitik iaitu dilakukan dengan cara membengkokkan lutut mayat ke dagu sama ada secara mengiring atau terlentang seperti Manusia Perak (Perak Man). 13


Alat batu Beliung yang digunakan pada zaman Neolitik. Contoh: pengebumian mayat bersama tembikar dan alat batu Tambahan pula, Gua Peraling turut mempunyai satu pengkebumian dengan cara kiriman tiga bekas tembikar yang telah lengkap pada bahagian kaki manusia dan sebuah alat batu beliung yang digunakan pada zaman Nekolitik. 14


Kesimpulan Kesimpulan, Gua Peraling merupakan tapak arkeologi yang penting di Malaysia kerana ia telah menyimpan sejarah dan budaya manusia. Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa gua ini pernah menjadi tempat tinggal dan lokasi aktiviti manusia prasejarah dan memberikan pemahaman yang lebih baik tentang gaya hidup, teknologi dan tabiat manusia pada zaman prasejarah. Gua ini perlulah dilindung dan dipelihara sebagai warisan budaya dan sejarah. Usaha pemuliharaan dan pemuliharaan perlu dijalankan bagi memastikan tapak ini masih dapat dinikmati oleh generasi akan datang dan merupakan sumber ilmu yang berharga tentang masa lampau. Selain itu, Gua Peraling menyimpan banyak khazanah negara terutama artifak-artifak dan ekofak hasil daripada zaman Hoabinhian dan zaman Neolitik yang dikatakan zaman awal dalam sejarah perkembangan manusia. Gua ini turut ditemui pelbagai artifak dan rangka manusia yang dikuburkan menunjukkan bahawa kewujudan zaman ini telah berkembang dengan penemuan artifak seperti alat repehan dan tembikar terawal dalam tamadun manusia di Gua Peraling. Kerjasama penyelidikan Kerjasama antara kerajaan, institusi arkeologi dan masyarakat tempatan yang berkaitan perlulah dijalankan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sejarah dan budaya masyarakat.Program pembangunan pendidikan dan lawatan arkeologi dapat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan warisan budaya dan sejarah, serta meningkatkan penghayatan tapak arkeologi di Gua Peraling. 15


1.Penemuan terkini tapak prasejarah di lembangan Sungai Nenggiri https://journalarticle.ukm.my 2.http://www.jmm.gov.my/ms/archaeology-ulu-kelantan 3.https://www.researchgate.net/publication/319235308_Sejarah_p enyelidikan_arkeologi_Hulu_Kelantan_Satu_sorotan_semula_dari_ aspek_kepentingan_dan_signifikan_kepada_pensejarahan_negara 4.https://thepatriots.asia/arkeologi-kematian-dan-pengebumianmasyarakat-awal-semenanjung-malaysia/ 5.https://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/download/3330/1 359/ 6.https://www.coursehero.com/file/p588p175/Penyelidikan-yangdilakukan-oleh-GDeG-Sievking-ini-lebih-terperinci-dan/ 7.The Archaeological Survey of Gua Peraling, Kelantan " oleh Mohd Zuliskandar Ramli (Journal of Southeast Asian Studies, Volume 25, Issue 2, 2019). 8."Preliminary Report on the Excavations at Gua Peraling, Kelantan " oleh Nurul Afiqah Abdul Rahim dan Farid Arafat Mohamad Hafiz (Journal of Archaeological Science, Volume 42, 2017). 9.https://www.researchgate.net/publication/305225169 Era Proto-sejarah di Kelantan: zaman kerajaan awal sebelum Islam 10.https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/EJOSS/article/view/8944 /4773 RUJUKAN 16


Click to View FlipBook Version