The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqah basri, 2024-01-14 06:03:04

PDF Herodotus

PDF Herodotus

HERODOTUS MAGAZINE The definition of " Vintage style " "Do things at your own pace. Life's not a race."


Empirikal Herodotus Dalam Penulisan Sejarah Kesan Karya Herodotus ISI KANDUNGAN Pengenalan Rumusan Buku “The Historia” Contoh Karya dan Peristiwa Empirikal Kesimpulan


PENGENALAN


Masa muda Herodotus juga menyimpan kisah yang menarik, beliau lahir sekitar tahun 485 SM di Halicarnassus, pusat perdagangan di Asia Kecil. Keluarga kaya dan kosmopolitan yang terlibat dalam perlawanan terhadap aturan tiran Lygdamis, membuatnya mengalami pengasingan di pulau Samos. Meskipun kembali sebentar ke Halicarnassus untuk bergabung dalam pemberontakan anti-Persia yang gagal, dia tidak pernah kembali ke kota kelahirannya setelahnya.


Herodotus bukan hanya seorang penulis sejarah, namun juga seorang ahli geografi yang menandakan peranan pentingnya dalam masyarakat Yunani purba. Gelar "Bapa Sejarah" yang diberikan oleh Cicero menggambarkan penghargaan atas kontribusinya. Menelusuri dunia dengan semangat penjelajahannya, Herodotus menambah dimensi baru dalam penulisan sejarah dengan membawa peristiwa kehidupan ke dalam laporan yang mengasyikkan. Herodotus, perintis utama pensejarahan zaman klasik, dikenali sebagai "Bapa Sejarah" Barat atas usahanya dalam merintis bidang historiografi. Dilahirkan sekitar tahun 484-425 SM di Halicarnassus, kini Bodrum, Turki, Herodotus berasal dari keluarga berpengaruh, iaitu anak kepada Lyxes. Menyumbangkan sembilan buku sepanjang hayatnya, karyanya yang paling terkenal, "Histories," mengungkapkan penyelidikan mendalam mengenai Perang Parsi. Dengan kajian ini, istilah "History" atau "Sejarah" tercetus, terus relevan hingga kini. BAPA SEJARAH “Semua Keuntungan Manusia adalah dari Usaha”- Herodotus


THE HISTORIES Terbitnya karya monumentalnya, "The Histories," pada sekitar tahun 425 SM, merinci Perang Yunani-Persia secara rinci. Sebelum Herodotus, analisis sejarah yang sistematis jarang dilakukan, namun karyanya membuka jalan bagi pemahaman sebab-akibat dalam peristiwa sejarah. Karya ini melahirkan makna baru bagi "historie" dalam bahasa Yunani sebagai "penyelidikan." Warisan Herodotus telah memberikan dasar penting bagi intelektual dan politik selama 2.500 tahun ke depan.


RUMUSAN BUKU “THE HISTORIA” -Karya Herodotus


Herodotus membentuk sebuah cerita sejarah yang kompleks dan sering kali memasukkan unsurunsur mitos atau cerita rakyat. Karyanya menjadi catatan awal mengenai budaya dan adat istiadat pelbagai bangsa. Dengan pandangan inklusifnya, Herodotus cuba menjelaskan sebab di sebalik peristiwa sejarah dan membayangkan sejarah sebagai suatu kajian yang melibatkan manusia dan kejadian alam. "The Histories" karya Herodotus terkenal dengan gaya penyampaian cerita yang hidup dan berwarna-warni. Walaupun tidak bebas dari kelemahan dan kecenderungan subjektif, karya ini memiliki nilai penting sebagai sumber utama untuk memahami dunia kuno dan pandangan masyarakat Yunani terhadap dunia mereka. “HERODOTUSTHEHISTORIES” Buku "The Histories" karya Herodotus adalah sebuah karya sejarah klasik yang dihasilkan oleh Herodotus dari Halikarnasos, seorang sejarawan Yunani pada abad ke-5 SM. Karya ini juga dikenali sebagai "Herodotus's Histories" atau "Herodotus's The Histories," Buku ini telah merakamkan di mana berlakunya peristiwa sejarah dan geografi dunia kuno, serta memberikan tumpuan utama kepada Perang Persia dan konflik antara Yunani dan Kekaisaran Persia.


EMPIRIKAL HERODOTUS DALAM PENULISAN SEJARAH 1.Geografi dan Etnografi: Herodotus memberikan penerangan terperinci dari aspek geografi pelbagai wilayah atau daerah yang dikunjungi atau dilawatinya. Sebagai contoh beliau menggambarkan sungai, gunung, dan bandar di Mesir dan Parsi. 2.Penerangan Kepercayaan dan AdatResam: Herodotus mencatatkan perbezaan dalam budaya dan kepercayaan di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Sebagai contoh, dia memberikan penerangan tentang agama, adat perkahwinan, dan amalan agama di pelbagai wilayah yang dia terokai. 3.Catatan tentang Politik dan Pemerintahan: Herodotus memberikan maklumat mengenai sistem politik dan pemerintahan dalam pelbagai kerajaan dan negara yang dikunjunginya, Sistem politik termasuk organisasi sosial dan struktur pemerintahan sesuatu negara.


5.Pemerhatian Mengenai Alam dan Manusia: Herodotus membuat pemerhatian tentang alam dan manusia dalam kehidupan seharian. Beliau memberikan maklumat tentang mata wang, sistem pengangkutan, dan kehidupan seharian orang di tempat yang dia lawati. 4.Butiran Mengenai Pertempuran dan Peperangan: Karya Herodotus termasuk catatan terperinci tentang pertempuran dan peperangan yang berlaku pada zamannya, dengan penerangan tentang taktik ketenteraan, strategi dan butiran peristiwa tertentu.


Illiad dan Odysey oleh Homer Karya oleh Hesiod Karya oleh Penulis Prosa Karya Theogony berkaitan dengan catatan penciptaan alam semesta dengan mitos Tuhan pertama hingga ke kemunculan pahlawan yang hebat. Bagi karya Works and Days pula menceritakan tentang autobiografinya iaitu berkaitan tempat kelahiran Hesiod, tempat asal bapanya dan nama saudaranya. Saudaranya, Perses mempunyai perselisihan faham menyebabkan beliau diinspirasikan oleh Hesiod bagi mengarang Works and Days. Keutuhan The Illiad and Odyssey didefiniskan oleh Homer sebagai rangkuman utama yang menyatakan mengenai tema takdir, watak hero, kemuliaan dan dendam (Blakeley, S. 2015). Salah satu penulis yang terlibat ialah Hecataeus dari wilayah Miletus. Beliau menulis mengenai Genealogial dan Periēgēsis (Description of Earth) yang membahas tentang sejarah dan geografi. Dalam karya Description of Earth mendapati tentang perihal bumi, haiwan di Mesir seperti buaya, badak nil dan Phoenix (Lendering, J. 2019). Kontradiknya, penulisan inu juga terdapat dalam karya The Histories. CONTOH KARYA PEMBENTUKAN EMPIRIKAL KARYA THE HISTORIES MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BESAR KEPADA SEJARAH TAMADUN KLASIK YUNANI. MESKIPUN TERDAPAT UNSUR MITOS, HERODOTUS MENONJOLKAN BENTUK EMPIRIKAL YANG DEKAT DENGAN DIRINYA


Pemerhatian dan Penghayatan terhadap Keajaiban Alam Keadaan epistemologi menjadi salah pengisian dalam karya The Historia. Herodotus mencatat pelbagai keajaiban alam dan fenomenya seperti gambaran geografi, iklim, sungai-sungai, gunung dan sebagainya. CONTOH PERISTIWA EMPIRIKAL KARYA THE HISTORIES MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BESAR KEPADA SEJARAH TAMADUN KLASIK YUNANI. MESKIPUN TERDAPAT UNSUR MITOS, HERODOTUS MENONJOLKAN BENTUK EMPIRIKAL YANG DEKAT DENGAN DIRINYA


KESAN KARYA HERODOTUS “it is better to be envied than to be pitied” -Herodotus


Kaedah dan pendekatan Herodotus membentuk asas bagi penulisan sejarah Barat. "Historia"nya menjadi model untuk ahli sejarah seterusnya, yang mengamalkan penekanannya pada bukti, analisis kritis, dan naratif berstruktur. Karya Herodotus menandakan peralihan daripada penjelasan berasaskan mitos tentang masa lalu kepada pendekatan yang lebih rasional dan berasaskan empirikal. Walaupun dia tidak meninggalkan sepenuhnya unsur mitos, dia lebih menekankan bukti yang boleh disahkan dan analisis objektif. Tumpuan Herodotus pada agensi manusia dan proses sejarah mendorong kesedaran yang semakin meningkat tentang sejarah sebagai kuasa penentu dalam membentuk masyarakat dan budaya. Beralih daripada mitos kepada sebab Perkembangan kesedaran sejarah Asas pensejarahan Barat


KESIMPULAN


Pendekatan empiris Herodotus dalam penulisan sejarah memperkenalkan idea penyelidikan faktual dan penjelajahan lapangan, menjadikannya berbeda dari sejarawan zaman itu yang cenderung mencatat peristiwa secara terperinci tanpa melakukan investigasi. Melalui "Histories," ia membedah peristiwaperistiwa sejarah dengan pemahaman mendalam, memberikan wawasan tentang kehidupan dan kebudayaan pada masa itu. Herodotus, sebagai perintis utama dalam pensejarahan zaman klasik, lahir sekitar tahun 484-425 SM di Halicarnassus, Turki, dan melalui karya-karya monumentalnya telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bidang historiografi. Karya utamanya, "Histories," yang merupakan catatan terperinci tentang Perang Yunani-Persia, tidak hanya membuka pintu untuk pemahaman sejarah yang sistematis dan menyeluruh, tetapi juga mengubah makna "historie" dalam bahasa Yunani menjadi "penyelidikan." Karya dan pendekatan Herodotus telah menghasilkan dampak yang monumental bagi pemikiran sejarah, memengaruhi pemikiran intelektual selama berabad-abad. Sebagai pionir dalam merintis landasan penyelidikan sejarah dan pengenalan pemikiran empirisisme dalam sejarah, Herodotus tidak hanya dikenang sebagai sejarawan, tetapi juga sebagai figur yang membuka jalan bagi studi sejarah yang ilmiah. Warisannya telah menambah dimensi baru dalam pendekatan sejarah, memperkaya pemahaman kita tentang masa lalu, dan menjadikannya sebagai "Bapa Sejarah" yang tak terlupakan dalam sejarah pemikiran manusia.


THE ONLY GOOD IS KNOWLEDGE, AND THE ONLY EVIL IS IGNORANCE. –HERODOTUS


RUJUKAN Blakeley, S. (2015). The Iliad & The Odyssey by Homer | Summary & Characters - Video & LessonTranscript https://study.com/learn/lesson/iliad-odyssey-homer-summary-characters.html Hesiod. (n.d). Theogony Delphic oracle | Definition, Greek Mythology, Pythia, & Facts | Britannica. (2024). In Encyclopædia Britannica. https://www.britannica.com/topic/Delphic-oracle Lendering, J. (2019). Hecataeus of Miletus - Livius. (2019). Livius.org. https://www.livius.org/articles/person/hecataeus-of-miletus/


Click to View FlipBook Version