The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAZNA BINTI MISRAN - TUGASAN PB KETERAMPILAN BERBAHASA (KOMIK DIGITAL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NAZNA BINTI MISRAN KPM-Guru, 2025-03-05 10:44:04

NAZNA BINTI MISRAN - TUGASAN PB KETERAMPILAN BERBAHASA (KOMIK DIGITAL)

NAZNA BINTI MISRAN - TUGASAN PB KETERAMPILAN BERBAHASA (KOMIK DIGITAL)

Assalamualaikum, Cikgu Ros NUKILAN : Nazna binti Misran


Bosannya. Lepas ni subjek Bahasa Melayu. Mesti Cikgu Ros akan tanya tentang komsas. Tap... Tap... Tap... Assalamualaikum dan salam sejahtera, murid-murid. Waalaikumsalam, Cikgu Ros.


Pernahkah kamu berdepan dengan situasi banjir? Saya pernah. Rumah saya pernah dilanda banjir, cikgu. Tahun 2021, rumah saya ditenggelami air hingga paras bumbung. Apa tindakan yang sepatutnya kamu ambil apabila berdepan dengan situasi banjir?


Berpindah ke tempat yang selamat, cikgu. Contohnya, berpindah ke pusat pemindahan sementara. Kenapa kamu perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara ketika banjir? Supaya memudahkan bantuan disalurkan kepada mangsa banjir, cikgu. Betul. Tetapi masih ramai mangsa banjir yang lebih suka berada di rumah dan tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir. Contohnya, Mak Piah.


Mak Piah mana pulak? Mak Piah tu mak cik kantin sekolah kita ke, cikgu? Kenapa Mak Piah tak nak berpindah ke PPS, cikgu? Anak-anak Mak Piah tak datang bantu ibu mereka ke, cikgu? Kalau kamu semua nak tahu siapa Mak Piah, sila buka buku antologi Baik Budi Indah Bahasa muka surat 51. Ala... Tapi, cikgu...


Kenapa semua mengeluh? Bosanlah, cikgu baca buku komsas. Baca sikit dah mengantuk. Boleh tak kalau kami tak perlu baca buku tu? Betul tu, cikgu. Kami semua tak suka baca buku komsas. Cuba ulang balik apa kamu kata.


Alamak. Habislah kita.! Kawan-kawan, Cikgu Ros dah mengamuk.! Kami gurau saja, cikgu. Kami baca buku tu sekarang.!


Murid-murid... Err... Iya, cikgu. Kamu cakap kamu tak suka baca buku komsas, kan? Tiba-tiba kami rasa suka baca buku, cikgu.


Cikgu ada cara untuk buat kamu suka baca buku komsas. Ada ke caranya, cikgu? Kita berlakon menggunakan teknik main peranan. “Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan muridmurid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang dibayangkan.”


Saya nak berlakon, cikgu. Saya suka berlakon. Saya nak jadi pelakon macam Fattah Amin. Hello... Assalamualaikum... Waalaikumsalam.... Nana ke tu? Nana... Lama Nana tak telefon Mak. Rumah kita sekarang tengah banjir. Mak tak berpindah ke PPS. Mak lapar. Makanan dekat rumah semua dah habis. Tinggal ikan kering dan cili kering saja. Tapi saya bukan Nana, mak cik. Saya nak pilih Hanna dan Najiha untuk lakonkan semula cerpen Banjir di Mata Emak. Hanna sebagai ‘saya’ dan Najiha sebagai Mak Piah.


15 minit kemudian... Apa pendapat muridmurid tentang cerpen Banjir di Mata Emak yang dilakonkan oleh kawankawan kamu tadi? Sedih sangat, cikgu. Wujud ke anak macam Nana dan Nubhan, cikgu? Kenapa Nubhan takut dengan isteri dia, cikgu? Saya nak balik peluk Mak saya, cikgu.


Berdasarkan lakonan rakanrakan kamu tadi, cikgu nak kamu semua tuliskan sinopsis cerpen Banjir di Mata Emak. Ini kerja rumah kamu. Kerja rumah? Tidak!!!


Click to View FlipBook Version