Misi Dewi Jesnita Misi Dewi Jesnita N U R D A L I L I Q I S T I N A
Suasana sepi memenuhi ruangan di bilik istana kerajaan Langit Inderawita, menyiratkan keheningan yang menggambarkan kesendirian seorang raja tua yang memikul beban tanggungjawab dengan penuh kesedaran, sementara bayang-bayang masa lalu menari-nari di dinding, mengingatkannya akan perjalanan yang dilaluinya untuk mencapai takhtanya yang tinggi dahulu.
Dewi Jesnita pula merupakan anak tunggal kepada raja tua tersebut. Dewi Jesnita sedang berehat di buaian halaman istana sambil bersajak riang. Di bawah rumpun, rimbun berdaun, Anakanda raja bermain, di buai sendu, Dengan langkah elok, hati yang tenang, Menganyam sajak, cinta nan suci. Angin berbisik, mengalun lembut, Rambutnya berkibar, bersama nyanyian, Di bawah sinar, mentari yang terang, Anakanda bermain, penuh bersemangat. Dalam buaiannya, dia berimaginasi, Menyajakkan kata-kata, indah nan suci, Bagai aliran sungai, yang mengalir perlahan, Mengalirkan pesan, damai dan kebaikan. Anakanda raja, pewaris hati luhur, Di dalam buaianmu, sinar terang berseri, Sajakmu mencipta, dunia yang damai, Bagai lukisan di atas kanvas yang suci.
Raja tua itu kemudian memanggil puterinya, Dewi Jesnita untuk menyampaikan hasratnya. “Puteriku, saatnya telah tiba bagi kerajaan ini untuk memiliki seorang raja baharu, yang akan memimpin Inderawita dengan bijaksana”. Tambahnya lagi, “Ayahanda memerintahkan kamu untuk menjelajahi bumi dan mencari seorang pemuda yang berani, bijaksana, dan bermartabat untuk menggantikan tempat beta sebagai raja.” Baginda menitahkan pencarian raja baharu, menyedari bahawa masa depan kerajaan bergantung pada pemilihan yang bijak bagi pewarisnya.
“Baiklah ayahanda”. Dewi Jesnita memulakan misi penting ini dengan kerjasama dayangnya. Dua dayang yang sanggup membantunya adalah Embun dan Melur. “Yang Mulia, kami siap membantu sepenuhnya." Setelah berbincang bersama kedua dayangnya, Dewi Jesnita menitahkan dayang pertamanya iaitu Embun untuk turun ke bumi mencari lelaki yang layak menjadi peneraju raja setelah ayahnya. Embun bertukar menjadi kucing untuk meresapi kehidupan di bumi tanpa menimbulkan kecurigaan. Embun menyusup ke bangunan-bangunan bandar, menyaksikan kehidupan manusia. Di tengah perjalanan, dia menyaksikan seorang pemuda sedang makan, lalu Embun terus bergegas ke arah pemuda itu. Embun mengiau cuba berlakon meraih simpati, malangnya pemuda itu mengusirnya. Embun berasa sedih kerana gagal membantu misi sang puteri lalu pulanglah dia dengan berat hati ke istana Inderawita. Selang beberapa hari, Melur turun ke bumi. Melur menyamar menjadi kucing dan berjalan di tengah kawasan yang ramai, merasakan denyut kehidupan sehari-hari. Di salah satu rumah kecil, Melur mengintai dari pintu dapur yang sedikit terkuak dan mendapati seorang pemuda bernama Rafee yang sedang membantu ibunya di dapur.
Pada awalnya, Rafee diam memasak di sebelah ibunya yang sedang membasuh pinggan menyebabkan tanggapan awal Melur terhadap Rafee adalah lelaki tepat yang baik hati kerana rajin membantu ibunya. Melur diam memerhati mereka dari pintu dapur yang terkuak itu. Melur mula berasa lega kerana misi pencarian raja baru hampir selesai. Sangkaan Melur meleset apabila dengan tiba-tiba, “PRANGG!” bunyi pinggan pecah. “Apa benda kau buat ni?” suara Rafee memecah kesunyian dengan tengkingan kepada ibunya. Melur terkejut melihat sisi lain pemuda itu. Dia tidak menyangka bahawa pemuda yang terlihat polos itu berubah sekelip mata menjadi seorang yang baran. Melur kesal dengan tingkah laku Rafee dan bertambah sedih apabila menyaksikan ibu Rafee hanya diam tidak berkutik seperti lali dengan tingkah Rafee. Melur terus pulang ke istana dan menceritakan setiap yang berlaku kepada sang puteri.
Tiap senyuman, ibu berseri, Setia menuntun, menyemai bakti, Bunga kasih, mekar di hati, Salam hormat, cinta abadi. Wahai ratu, pelita hati, Tulus kasih, menerangi diri, Terimalah, lagu ini, Pohon maaf, jika mengasari. Tiap senyuman, ibu berseri, Setia menuntun, menyemai bakti, Bunga kasih, mekar di hati, Salam hormat, cinta abadi. Di hati ibu, kasih tak terkira, Banyak jasa, tidak terbalas, Hargai ibu, selagi ada, Jangan menyesal, waktu terbatas. LAGU Hargai Ibu Hargai Ibu (Nenek Si Bongkok Tiga)
Setelah meneliti, Dewi Jesnita membuat keputusan untuk mencemar duli ke bumi sendiri bagi meneruskan pencarian raja baru yang layak menggantikan tempat ayahandanya. Dewi Jesnita pun turun ke bumi dengan identiti sebagai seekor kucing hitam menyusuri kampung-kampung untuk memahami kehidupan manusia.
Di suatu kampung, Dewi Jesnita meneroka dari terbitnya matahari pagi hingga terbenam. Sang puteri mula berasa lapar dan mendekati dua pemuda yang sedang makan di tepi jalan. Dewi mengiau meminta makanan namun salah seorang dari mereka mula bangun lalu menyepak perut Dewi. Dewi Jesnita terkejut dan menahan perit kerana tidak sangka seteruk itu perangai manusia.
Tiba-tiba seorang lagi pemuda bangun dan cuba untuk menangkap Dewi. Tidak sempat pemuda itu menangkap Dewi, seorang lagi lelaki muncul menyelamatkan Dewi. Lelaki itu bernama Jebat. Dewi, walaupun terkejut dan dalam kesakitan akibat perlakuan kasar yang baru saja dialaminya, tetap menahan diri dari menunjukkan rasa sakitnya. Dia kekal menjaga kekuatan dan keteguhannya di hadapan para pemuda yang menyiksanya, namun raut wajahnya mencerminkan kebingungan dan kekecewaan yang mendalam terhadap perilaku manusia yang begitu kejam. Sementara itu, Jebat dengan tegas menegur dua pemuda tersebut atas perilaku mereka yang tidak manusiawi. Dia menatap mereka dengan penuh ketegasan, menyampaikan nasihat bahawa semua makhluk hidup, termasuk kucing, layak mendapat perlakuan yang baik dan penyayang. "Kalian harus menyedari bahawa kekerasan tidak pernah menjadi jalan keluar. Menyakiti makhluk lain, apapun bentuknya, adalah tindakan yang tidak pantas dilakukan, " ujar Jebat dengan suara yang menggema di antara para pemuda tersebut.
Dua pemuda itu merasa terpegun mendengar nasihat Jebat. Mereka menundukkan kepala, merasa malu atas tindakan mereka yang tidak terpuji. Mereka bahkan menyampaikan permintaan maaf kepada Dewi, meskipun dengan ragu-ragu. Dewi, meskipun masih merasa sakit dan trauma akibat perlakuan yang dia alami, merasa lega melihat ada manusia seperti Jebat yang berani membela hak-haknya. Dia mengangguk dan menggeselkan badannya di kaki Jebat sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas perlindungan yang diberikan oleh Jebat. Jebat kemudian membawa Dewi pulang ke rumah untuk merawat Dewi dengan sebaik mungkin.
Dewi terpesona dengan Jebat saat dia mulai mengamati kepemimpinan alamiah dan kebijaksanaan Jebat dalam mengatasi masalah masyarakat. Ternyata, Jebat merupakan seseorang yang dihormati sebagai seorang ketua orang muda di kampungnya. Dia memimpin dengan hati, memiliki visi yang jelas untuk membantu ketua kampung memajukan daerah mereka. Dewi pun semakin yakin bahawa dia telah bertemu dengan seseorang yang istimewa. Jebat bukan sekadar penyelamatnya dari bahaya, tetapi juga seorang pemimpin berkomitmen.
Setelah beberapa waktu bersama Jebat, Dewi Jesnita yakin bahawa Jebat adalah pilihan yang tepat. Dengan keajaiban kecil, Dewi Jesnita mengungkapkan identiti dirinya dan menceritakan hajat sebenarnya turun ke bumi ini. Setelah menceritakan hajatnya dia terus menawarkan kepada Jebat “Sudikah Jebat menjadi raja baharu di kerajaan kami.” Jebat amat terkejut namun dengan penuh hormat, menyatakan kesudian menerima tugas mulianya sebagai peneraju raja baru yang akan membawa keadilan dan kemakmuran kerajaan Langit Inderawita. Dengan penuh keyakinan, Dewi Jesnita kembali ke istana bersama Jebat membawa kabar gembira.
Dewi Jesnita, wanita bijak dan berwibawa, telah menjunjung kasih kepada dua dayangnya, Embun dan Melur kerana telah setia membantunya dalam misi mencari raja baru bagi kerajaan Langit Inderawita. Dengan penuh kesetiaan, mereka telah bekerja bersama Dewi Jesnita menelusuri negeri-negeri di bumi. Setelah beberapa hari, Raja Tua turut terpesona dengan kepemimpinan dan kebijaksanaan Jebat dalam menguruskan hal-hal kerajaan dan baginda mula berasa tenang dan gembira.
~TAMAT~