The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nuraini zaini, 2023-11-03 03:33:53

Jenis-jenis alatan berbahaya di taska dan tadika

asignment

FLIP BOOK UMI NURFATIHAH BT ZULKAFLI ( I23306551 ) & NURAINI BINTI ZAINI ( I22306518 ) JENIS-JENIS ALATAN YANG BERBAHAYA DI TASKA/TADIKA


Pengenalan Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak di awasi dan berada dalam keadaan selamat serta jauh dari segala bentuk bahaya. Setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciriciri keselamatan yang sudah ditetapkan oleh pihak pengurusan TASKA/TADIKA. Setiap pengasuh perlu memberi perhatian yang serius terhadap aspek keselamatan kanak-kanak semasa berada di taska dan tadika.


Jarum Jenis-jenis alatan berbahaya Jenis-jenis alatan berbahaya Gunting Pisau Bucu meja Soket tidak bertutup Bahan pencuci/kimia Cerek elektrik Garpu


Gunting Gunting boleh menyebabkan kanak-kanak tergunting jari sendiri atau rakan lain yang akan menyebabkan kecederaan yang serius dan parah


Bucu meja Bucu meja yang tirus dan tajam amat berisiko untuk kanak-kanak terhantuk ketika bermain yang akan menyebabkan kecederaan yang teruk dan serius


Pisau Pisau mempunyai hujung yang tajam yang akan menyebabkan cedera seperti terkena tikam dan terhiris jari oleh kanakkanak ketika bermain


Jarum Jarum mempunyai kawasan tajam yang boleh menyebabkan kanakkanak tertusuk dan berdarah. Saiz jarum yang kecil berisiko untuk kanak-kanak bawa ke dalam mulut dan tertelan


Soket Tidak Bertutup Soket Tidak Bertutup Soket yang tidak tertutup juga boleh menyebabkan kanak-kanak terkena renjatan elektrik yang terhasil di soket tersebut ketika kanak-kanak itu memasukkan jari atau menggigit wayar.


Bahan Pencuci/Kimia Bahan Pencuci/Kimia Bahan pencuci mengandungi bahan kimia yang berbahaya jika tertelan dan boleh menyebabkan maut. Lebih berbahaya jika kanak-kanak terminum bahan pencuci yang dijumpainya.


Cerek Elektrik Barang elektronik seperti cerek amat berbahaya jika diletakkan di tempat yang salah. Ia boleh berlakunya kecederaan seperti melecur apabila kanak-kanak memegangnya kerana air didalam cerek yang masih panas.


Garpu Garpu boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak kerana mempunyai mata garpu yang tajam. Ini boleh menyebabkan kecederaan jika kanak-kanak mencuba menggunakan tanpa pengawasan orang dewasa .


Kepentingan Jauhi Alatan Berbahaya Kepentingan Jauhi Alatan Berbahaya Mengurangkan risiko kanakkanak terkena renjatan elektrik atau terbakar. Menghalang kanak-kanak dari mencucuk atau dicucuk oleh kawan menggunakan alat yang tajam. Mengelakkan kanak-kanak dari tercedera dan terjatuh semasa berada di TASKA/TADIKA


Cara Mengendalikan Alatan Berbahaya Cara Mengendalikan Alatan Berbahaya Simpan alatan tajam seperti gunting, pisau, dan jarum di tempat yang selamat, seperti dalam laci berkunci atau kotak khas yang hanya boleh dibuka oleh orang dewasa. Jika alatan ini perlu digunakan, pastikan pengawasan ketat oleh orang dewasa dan ajarkan mereka menggunakan secara selamat. Pastikan suis yang boleh diakses kanak-kanak oleh dipasangkan penutup keselamatan dengan atau diletakkan di kawasan yang tidak boleh dicapai kanak-kanak. oleh Berikan arahan kanak-kanak kepada tentang suis tanpa izin orang dewasa. tidak menyentuh Pastikan alatan elektrik seperti cerek , periuk disimpan dalam lokasi yang boleh diakses tidak oleh kanak-kanak. matikan Selalu alatan elektrik digunakan. selepas Bahan cuci seperti deterjen atau bahan berbahaya lain perlu disimpan di dalam bekas yang kedap udara dan dilabel dengan jelas. Simpan bahan cuci di tempat yang tinggi dan selamat daripada jangkauan kanak-kanak. Ajarkan kanak-kanak tentang bahaya bahan cucian dan mengapa mereka tidak sepatutnya menyentuhnya. Pastikan kanak-kanak hanya menggunakan garpu plastik yang tidak tajam dan simpan garpu di tempat yang selamat selepas digunakan untuk mengelakkan kecederaan. Pilih meja yang sesuai dengan kanakkanak, dengan ketinggian yang sesuai dan sudut-sudut yang tumpul, yang mengurangkan risiko kecederaan jika kanak-kanak terjatuh.


Penutup Sudah terang lagi bersuluh , aspek keselamatan kanak-kanak perlulah dipandang serius oleh semua golongan terutama ibu bapa dan guru. Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan kanak-kanak daripada segala perkara yang tidak diigini berlaku seperti kecederaan , kemalangan dan kematian. Oleh itu , kita perlulah mempersiapkan diri dengan kemahiran awal mengenai keselamatan kanakkanak. Ini adalah satu alternatif untuk meningkatkan pengetahuan kanak-kanak mengenai aspek keselamatan serta dapat membantu dalam pengendalian kanak-kanak yang semakin mencabar pada masa kini.


Click to View FlipBook Version