Kebenaran Ali
Yang Menyedihkan…
1
Dalam cerita ini mempunyai tiga kawan baik.
Kawan terbaik, Haikal dan Kail ialah kembar dari
keluarga yang sangat kaya manakala Ali berasal dari
keluarga miskin. Mereka saling berjumpa pada hari
pertama sekolah menengah. Mereka ialah sahabat
baik dalam sekolah sejak tahun 7. Mereka sentiasa
keluar untuk bermain bersama-sama.
Ali ialah seorang budak dari keluarga
yang miskin. Beberapa bulan sebelum
ini, ayahnya terlibat dalam kemalangan
dan tidak dapat kerja lagi kerana
kakinya patah dan perlu masa untuk
menpulih. Adiknya masih kecil dan
perlu duit untuk membeli susu tepung
dan pampers. Supaya itu, ibunya setiap
hari menjual nasi lemak untuk menjana
duit untuk digunakan oleh sekeluarga.
Ali juga perlu menolong ibunya pada masa lapang selepas sekolah. Ali
dapat masuk ke sekolah swasta kerana dia mendapat biasiswa selepas
mendapat keputusan yang baik dalam sekolah.
2
Bapa Haikal dan Kail ialah pengasas
sekolah. Mereka tidak perlu kerja
dan kerana itu mereka mempunyai
banyak masa lapang. Mereka suka
keluar dan pergi bersiar-siar dalam
pusat beli-belah. Tetapi kerana Ali
perlu kerja dengan ibunya selepas
kemalangan ayah untuk mendapat
lebih duit, dia tidak mempunyai
banyak duit untuk membeli-belah
dengan Haikal dan Kail.
Haikal dan Kail bermula bergelak
pada Ali kerana dia sentiasa
memakai baju yang sangat murah
dan kasutnya kotor dan
mempunyai lubang. Haikal dan
Kail memandang rendah Ali
kerana dia tidak dapat pesan
makanan yang mahal dan membeli baju-baju yang disukai. Haikal dan
Kail suka membeli banyak benda yang mahal. Haikal dan Kail
menayang kepada Ali dan mentertawakan Ali kerana Ali ada duit
untuk membeli barang itu. Ali berasa seperti kaca terhempas ke batu
tetapi dia tidak mengadu kerana mereka ialah kawan baik Ali.
3
Apabila dalam sekolah, Haikal dan Kail menyebar khabar angin yang
tidak benar tentang ayahnya ialah seorang kaki botol dan telah
menggunakan semua duit keluarga untuk membeli arak. Semua
murid-murid bermula mempercanyakan
khabar angin itu dan memberitahu
murid-murid lain. Topik ini sudah
menjadi topik hangat dan pelajar-pelajar
cakap banyak pekara yang tidak baik
tentang bapa Ali tetapi khabar angin ini
Ali tahu ialah palsu.
Selepas itu, Ali berasa takut seperti
tikus kerana semua murid sedang
membuli dia. Ali telah mencari guru
pengajar untuk memberitahu apa-apa
yang sedang berlaku. Guru pengajar itu
telah mencuba untuk berbual- bual
dengan Ali tentang masalah yang dia
menghadapi. Ali berasa lebih lega dan
dia belajar untuk tidak peduli khabar
angin itu kerana guru pengajar telah mengajarnya bagaimana untuk
mengatasi situasi seperti ini.
4
Selepas kemalangan itu, guru pengajar pergi mencari Haikal dan Kail
untuk tanya tentang pekara yang di sebut oleh Ali. Sementara selepas
masuk ke bilik guru pengajar, Haikal dan Kail keluar daripada
pejabat lalu berasa sangat bersalah dan mereka pergi minta maaf
kepada Ali. Ali juga terima
permintaan maaf mereka dan
Haikal dan Kail janji untuk tidak
membuli Ali lagi. Terakhirnya
pada buku cerita ini, mereka tiga
berjabat tangan dan menjadi
kawan-kawan dengan hubungan
yang lebih erat.
_________________________________________________
MORAL
Moral untuk cerita ini ialah jangan buli orang walaupun dia
sangat miskin atau hodoh. Setiap orang berasal daripada
keluarga yang berbeza dan tidak peduli jika mereka kaya atau
miskin, semua orang patut dilayan sama tidak kira apa.
5
6