HAK CIPTA TERPELIHARA
Semua bahagian dalam penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang
boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam sebarang cara sama ada dengan cara elektrik,
fotologi, mekanik, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.
Kementerian Pengajian Tinggi
BUKU PROGRAM SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN
DITERBIT OLEH:
Kolej Komuniti Semporna
Kementerian Pengajian Tinggi
Lot C3, C4,C7-C9, Bandar Utama
Jalan Bubul, Peti Surat 402
91308 Semporna
Sabah
Tel : 089-782300
Faks : 089-782303
Email : [email protected]
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
1
Sekapur Sireh (Pengarah Kolej Komuniti Semporna) 2
3
Pengenalan 4
Visi dan Misi 5-14
Carta Organisasi Kolej Komuniti Semporna 15 - 25
Outcome Based Education (O.B.E) 26 - 30
31 - 39
Latar Belakang Sijil Pengembaraan Pelancongan 40 - 42
• Maklumat Program 43 - 45
• Sinopsis Program
• Prospek kerjaya 46
• Hasil Pembelajaran Program (HPP) 47
• Struktur Program Julai 2017
• Struktur Program Disember 2020
Unit Peperiksaan
Unit Latihan Industri
Unit Pengambilan Pelajar
Unit Pembangunan Pelajar (Khidmat Sokongan Pelajar)
Tenaga Pengajar SPL dan Pengajian Umum
Jawatankuasa Editorial
SEKAPUR SIREH
اَلسَلامُ عََليْكُم وَرَحْمَُِةَللَا وََبرَكاُتُه
Salam sejahtera dan salam lautan biru.
Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih lagi maha penyayang, saya ingin
memanjatkan kesyukuran dan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan
tahniah kepada pasukan penulisan dan penerbitan buku program Sijil
Pengembaraan Pelancongan ini.
Sebagai sebuah institusi pendidikan berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional (TVET), Kolej Komuniti Semporna merupakan sebuah institusi
pendidikan yang sentiasa mencari peluang baharu dalam meningkatkan
perkhidmatan untuk melahirkan lebih ramai graduan TVET yang holistik dan
kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara
seiring dengan matlamat pendidikan negara.
Program Sijil Pengembaraan Pelancongan ini dilihat sebagai satu program yang PENGARAH
amat bersesuaian dianjurkan di Kolej Komuniti Semporna memandangkan
kedudukannya di bandar Semporna dan dikelilingi dengan tarikan pelancongan KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA
yang terkenal di peringkat domestik dan juga antarabangsa malahan ada yang
mengenali destinasi ini sebagai “Maldives Malaysia”. Justeru para pelajar Kolej
Komuniti Semporna amat beruntung kerana mereka dikelilingi oleh industri yang
berperanan dalam industri pelancongan, sekaligus dapat mendedahkan mereka
secara langsung dengan produk pelancongan sejajar dengan keperluan program.
Malahan pelajar ini dapat melihat dan mengalami sendiri perubahan dan
perkembangan yang berlaku dalam industri pelancongan di Malaysia khususnya
di Semporna.
Sepanjang Kolej Komuniti Semporna beroperasi, telah ramai graduan TVET
dilahirkan dan bukan sahaja bekerja dalam industri, malah ada yang menjadi
pemain industri pelancongan di Semporna sebagai “Job Creator” yang
menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Selain daripada itu,
ada juga di kalangan alumni kami sedang menyambung pelajaran ke peringkat
lebih tinggi terutamanya program diploma di Politeknik.
Oleh itu, diharapkan dengan wujudnya buku Program Sijil Pengembaraan
Pelancongan di Kolej Komuniti Semporna ini ianya dapat mendekatkan seluruh
warga semporna terutamanya para pelajar dan juga pihak berkepentingan untuk
mengetahui dan mendalami visi dan misi Kolej Komuniti Semporna sebagai
institusi yang menyediakan akses meluas kepada program TVET yang berkualiti
dan berdaya maju di daerah ini. Harapan kami adalah agar institusi ini dapat
menjadi sebuah institusi TVET yang unggul dan berperanan dalam mengerakkan
pembangunan komuniti setempat terutamanya dalam bidang pendidikan TVET.
Sekian, terima kasih. 1
PENGENALAN
Pada tahun 2005 pihak Jemaah Menteri bersetuju dengan penubuhan Kolej Komuniti
berdasarkan keperluan kawasan setempat. Seterusnya pada tahun 2007, Jemaah
Menteri telah bersetuju agar Kolej Komuniti dijadikan hab Pembelajaran Sepanjang
Hayat. Pada 01 Jun 2009 Kolej Komuniti Semporna telah memulakan
pengoperasiannya dengan menumpang sementara di Kolej Komuniti Tawau sebagai
Kolej Komuniti Cawangan Pertama di Sabah.
Pada 16 Julai 2009 Kolej Komuniti Cawangan Semporna telah berpindah ke kampus
tetapnya di alamat Lot 2-6, Bandar baru Semporna 2, Jalan Hospital, 91308, Semporna,
Sabah. Mulai 16 September 2009 KKCSS diletakkan di bawah Pentadbiran Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi.
Kolej Komuniti Semporna telah menawarkan peringkat sijil dalam bidang
Pengembaraan Pelancongan dan juga Program Pembelajaran Sepanjang Hayat
(Kursus Pendek) kepada warganegara Malaysia khususnya kepada masyarakat di
daerah Semporna. Lanjutan itu, pada tahun 2014, Jemaah Menteri telah mengambil
maklum mengenai pelaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di
Kolej Komuniti.
Oleh yang demikian, besarlah harapan pada tahun 2025, Kolej Komuniti Semporna
akan menjadi sebuah institusi TVET unggul di Malaysia yang menjadi rujukan pusat
kecemerlangan dalam bidang pelancongan marin bagi pelaksanaan program-program
pendidikan dan latihan yang diperlukan industri dan komuniti dengan penarafan dan
pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa.
2
VISI
Menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul
MISI
Menyediakan Akses Yang Meluas Kepada Program TVET Berkualiti Dan
Diiktiraf
Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat
Melahirkan Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan Dan Seimbang
Memanfaatkan Sepenuhnya Perkongsian Pintar Dengan Pihak
Berkepentingan
3
CARTA ORGANISASI
KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA
4
OUTCOME BASED EDUCATION
PENGENALAN OUTCOME BASE
EDUCATION (O.B.E)
APA ITU O.B.E
Satu proses pembelajaran yang memfokuskan kepada apa yang
pelajar boleh lakukan selepas diajar.
Memfokuskan kepada pencapaian sesuatu hasil yang dikhususkan
dalam aspek pembelajaran individu pelajar.
Sumber : Alwyn Lau (2009) dan Nazri (2013)
5
PENGENALAN OUTCOME BASED EDUCATION
(O.B.E)
PENDEKATAN O.B.E
Pendidikan yang berasaskan kepada hasil pembelajaran.
Pembelajaran terhadap hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Strategi pengajaran memudahkan pencapaian hasil pembelajaran
Melibatkan aktiviti penilaian, pengukuhan dan pengkayaan pengetahuan
Hasil pembelajaran dinyatakan jelas, berpusatkan pelajar, berfokuskan ilmu,
kemahiran dan sikap.
Strategi pengajaran yang memfokuskan tentang apa yang pelajar boleh buat
selepas melalui proses pengajaran pembelajaran.
Hasil pembelajaran ditetapkan dahulu dan kurikulum dibentuk untuk mencapai
matlamat dan objektif hasil pembelajaran
6
PRINSIP-PRINSIP
OUTCOME BASED EDUCATION
PRINSIP O.B.E
Clarity of Designing
focus Down
OBE
High Extended
Expectation Opportunity
7
CLARITY OF FOCUS
PRINSIP O.B.E
Penerangan • Fokus pada apa yang perlu pelajar
berjaya lakukan.
Amalan • Bantu pelajar menjadi cekap.
• Tetapkan hasil yang penting.
• Jelaskan niat jangka pendek dan
jangka panjang.
• Fokuskan penilaian yang berkaitan
dengan hasil.
8
DESIGNING DOWN
PRINSIP O.B.E
Penerangan • Merancang kurikulum dengan penerangan
yang jelas tentang apa pelajar harus
capai diakhir pembelajaran.
Amalan • Bangunkan kurikulum yang
sistematik.
• Lihat semula hasil akhir yang
diingini.
• Kenalpasti kerangka
pembelajaran yang diguna.
• Kaitkan perancangan,
pengajaran dan penilaian
dengan hasil yang diharapkan.
9
HIGH EXPECTATION
PRINSIP O.B.E
Penerangan • Meletakkan piawaian/standard yang
tinggi dan mencabar bagi pencapaian
pelajar.
Amalan • Libatkan pelajar dengan lebih
mendalam tentang isu yang
pelajar sedang pelajari.
• Menggalakkan pelajar untuk
melakukan lebih dari kebiasaan
mereka.
10
EXTENDED OPPORTUNITY
PRINSIP OBE
Penerangan • Pelajar-pelajar tidak belajar sesuatu
yang sama dengan cara yang sama
dalam masa yang sama.
Amalan • Sediakan pelbagai peluang
pembelajaran bersesuaian dengan
keperluan pelajar dengan pelbagai
teknik pengajaran.
11
DOMAIN PEMBELAJARAN
KONSEP OBE
12
PROSES OUTCOME BASED EDUCATION
PELAKSANAAN O.B.E
13
KELEBIHAN
OUTCOME BASED EDUCATION
MENGAPA O.B.E PENTING
Kurikulum yang lebih terpandu dan sistematik
Menghasilkan graduat yang memenuhi kehendak industri
serta pihak berkepentingan lain dan kekal relevan
Penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) akan sentiasa
berlaku.
14
LATAR BELAKANG
SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN
MAKLUMAT PROGRAM
Program Sijil Pengembaraan Pelancongan ditawarkan bagi
mengikuti perkembangan teknologi yang semakin pesat dan
berkembang dalam industri hari ini. Bahagian Kurikulum,
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
telah bekerjasama dengan pemain industri pelancongan
negara dalam menyediakan kurikulum program Sijil
Pengembaraan Pelancongan. Kerjasama ini bertujuan untuk
melengkapkan pelajar dengan pengetahuan terkini dan
kemahiran yang relevan untuk memenuhi cabaran dan
keperluan global industri.
15
SINOPSIS PROGRAM
Program ini direka bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja
yang terkini berdasarkan permintaan industri. Melalui program ini, pelajar akan
memperolehi pengalaman dalam melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan
industri pelancongan.
Antara kandungan pengajian yang diperkenalkan dalam program ini ialah seperti Asas
Pelancongan Malaysia, Pengenalan kepada Industri Pelancongan dan Hospitaliti,
Interpretasi Pelancongan, Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan,
Pemasaran Pelancongan, Rekreasi Pelancongan, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi
Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Tempahan dan Tiketan, Geografi Pelancongan,
Operasi Acara, Pembangunan Profesional dan Pengurusan Acara Sosial. Pelajar juga akan
diajar berkaitan dengan Kursus Am dimana pelajar akan dibekalkan dengan kemahiran
insaniah dan keusahawanan.
Di samping tugasan dan ujian, pelajar juga akan dinilai melalui amali dan praktikal bagi
membolehkan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara berkesan. Program sijil
ini ditawarkan selama empat (4) semester termasuk latihan industri pada semester akhir
bertujuan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar sebagai persediaan untuk
memasuki pasaran kerja. Lulusan program ini akan bersedia menyahut cabaran dunia
sebenar dalam bidang pelancongan.
16
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
pelancongan yang boleh diaplikasikan pada pelbagai jenis kerjaya
dalam industri pelancongan. Pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi pelajar dari program ini membolehkan mereka meneroka
peluang pekerjaan sebagai:
a. Pemandu Pelancong Bandar (City Guide)
b. Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi (Nature Guide)
c. Pemandu Pelancong Setempat (Onsite Guide)
d. Kerani Tempahan
e. Perunding Lawatan
f. Koordinator Lawatan
g. Pegawai Pelancongan
h. Penyelia Rekreasi
i. Pengendali Acara
j. Pegawai Khidmat Pelanggan
k. Wakil Pemasaran dan Jualan
l. Usahawan
17
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
Setelah menamatkan program ini, pelajar dapat:
HPP1: menjelaskan pengetahuan asas, teori, prinsip dan konsep
dalam bidang Pengembaraan Pelancongan.
HPP2: mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah dan
kemahiran numerasi berkaitan tugas dalam bidang Pengembaraan
Pelancongan.
HPP3: mempamerkan kemahiran teknikal berdasarkan skop kerja
yang diperlukan dalam bidang Pengembaraan Pelancongan.
HPP4: mengamalkan kemahiran interpersonal dan komunikasi
secara berkesan terhadap individu atau berkumpulan dalam
menyampaikan perkhidmatan.
18
KURIKULUM S.P.L
SEMAKAN JULAI 2017
MAKLUMAT PROGRAM
Program Sijil Pengembaraan Pelancongan ditawarkan bagi mengikuti
perkembangan teknologi yang semakin pesat dan berkembang dalam
industri hari ini. Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan
Kolej Komuniti (JPPKK) telah bekerjasama dengan pemain industri
pelancongan negara dalam menyediakan kurikulum program Sijil
Pengembaraan Pelancongan. Kerjasama ini bertujuan untuk
melengkapkan pelajar dengan pengetahuan terkini dan kemahiran yang
relevan untuk memenuhi cabaran dan keperluan global industri.
19
KURIKULUM S.P.L
SEMAKAN JULAI 2017
20
KURIKULUM S.P.L
SEMAKAN JULAI 2017
21
KURIKULUM S.P.L
SEMAKAN JULAI 2017
22
KURIKULUM
VERSI DISEMBER 2020
23
KURIKULUM
VERSI DISEMBER 2020
24
KURIKULUM
VERSI DISEMBER 2020
25
UNIT PEPERIKSAAN
PENGENALAN
Unit Peperiksaan adalah merupakan suatu pusat yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai
Peperiksaan.
Pelajar layak dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti setelah syarat berikut dipenuhi:
i. Telah lulus semua kursus yang ditetapkan bagi setiap program;
ii. Lulus LI;
iii. PNGK ≥ 2.00;
iv. Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian yang ditetapkan;
v. Memenuhi syarat kemasukan program dan syarat-syarat lain yang ditetapkan;
vi. Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
26
UNIT PEPERIKSAAN
MAKLUMAT PEGAWAI
Nama : Roslina binti A. Mohamad Nor
Jawatan : Pegawai Peperiksaan DH 44
Tarikh memegang jawatan : 16 Julai 2019
No. telefon pegawai : 089-782300
27
UNIT PEPERIKSAAN
SISTEM PEMARKAHAN (GRADING SYSTEM)
Semua markah yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu kursus akan
dinyatakan dalam bentuk gred seperti Jadual di bawah.
Markah Gred Nilai Mata Status
90 - 100 A+ 4.00 Sangat Cemerlang
80 - 89 A 4.00 Cemerlang
75 - 79 A- 3.67
70 - 74 B+ 3.33 Kepujian
65 - 67 B 3.00
60 - 64 B- 2.67
5 - 59 C+ 2.33 Baik
50 - 54 C 2.00
47 - 49 C- 1.67
44 - 46 D+ 1.33 Lulus
40 - 43 D 1.00
0 - 39 F 0.00 Gagal
28
UNIT PEPERIKSAAN
PENILAIAN
Pelajar hendaklah menduduki dan melaksanakan semua aktiviti Pentaksiran
Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) bagi setiap kursus berdasarkan
keperluan kurikulum program yang digunakan.
Kategori penilaian
i. Kategori I - Gabungan PA dan PB
ii. Kategori II – PB 100%
SYARAT LULUS KURSUS
Kategori I
i. Wajib hadir PA; dan
ii. Memperolehi markah gabungan PA dan PB dengan minimum 40
markah (Lulus) atau gred D iaitu Nilai Mata 1.00.
Kategori II
i. Pelajar wajib menghadiri 80% daripada jumlah jam pertemuan bagi
setiap kursus; dan
ii. Memperolehi markah PB dengan minimum 40 markah (Lulus) atau
gred D iaitu nilai mata 1.00.
29
UNIT PEPERIKSAAN
PENILAIAN AKHIR (PA)
PA hendaklah dijalankan dalam tempoh dan kaedah yang ditetapkan oleh JPPKK.
Seseorang pelajar adalah layak menduduki PA sekiranya memenuhi syarat berikut:
i. Telah mendaftar kursus
ii. Telah menghadiri 80% atau lebih daripada jumlah jam pertemuan kursus .
PENILAIAN ALTERNATIF (PALT)
JPPKK memutuskan bahawa Peperiksaan Akhir (PA) digantikan dengan Penilaian
Akhir (PAlt) berikutan pelaksanaan PKPB/PKPD/PKPDP.
Keputusan pelaksanaan PAlt adalah atas arahan daripada Bahagian Peperiksaan &
Penilaian (BPN), JPPKK dan mengikut kepada keadaan semasa.
Penilaian alternatif (PAlt) merujuk penilaian dilaksanakan menggunakan kaedah-
kaedah yang dicadangkan bagi menilai tahap intelektual dan kemahiran generik
pelajar merujuk dokumen kurikulum.
Kaedah-kaedah penilaian yang dicadang adalah seperti online test, take-home test,
portfolio, tugasan, case study atau lain-lain kaedah bersesuaian.
Penilaian yang diberikan perlu mengukur pencapaian pelajar berdasarkan hasil
pembelajaran kursus (CLO).
30
UNIT LATIHAN INDUSTRI
PENGENALAN
Latihan Industri (LI) merujuk kepada penempatan pelajar di
sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang
diselia oleh pihak industri yang dipilih sama ada di luar
ataupun di dalam negara dalam jangka masa yang ditetapkan
sebelum mereka dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi (Dasar Latihan Industri IPT,
2010)
MATLAMAT
Matlamat LI ialah untuk membolehkan pelajar mendapat
pengalaman di industri, firma atau jabatan kerajaan yang
berkaitan bagi melahirkan graduan yang mempunyai
kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan
semasa negara.
31
UNIT LATIHAN INDUSTRI
OBJEKTIF
Objektif LI ialah untuk:
• Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dalam bidang masing-masing;
• Mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga pengetahuan yang
terbaru di pasaran;
• Mendapat pengalaman bekerja di industri / organisasi berkaitan bidang
masing-masing;
• Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan
yang sebenar;
• Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di
semua peringkat di tempat kerja;
• Memupuk semangat bekerja secara berkumpulan;
• Menghayati nilai / etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin dan
bertanggungjawab;
• Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat kerja;
• Menyediakan laporan teknikal berkaitan bidang masing-masing;
• Meningkatkan peluang pekerjaan; dan
• Merapatkan jaringan antara kolej komuniti dengan industri.
32
UNIT LATIHAN INDUSTRI
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah tamat LI, pelajar berupaya untuk:
Menggunakan kemahiran teknologi yang digunakan di
tempat kerja yang sebenar;
Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di
tempat kerja; dan
Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi
secara berkesan
33
UNIT LATIHAN INDUSTRI
SKOP LATIHAN INDUSTRI
Pihak Kolej Komuniti perlu merangka skop latihan berpandukan kepada
kurikulum program untuk memudahkan pihak industri merangka
rancangan LI pelajar. Walau bagaimanapun, pihak industri berhak
mengubah skop latihan bersesuaian dengan aktiviti dan keperluan
mereka selaras dengan skop yang telah dikenal pasti oleh pihak Kolej
Komuniti. Antara skop program LI adalah memberi:
i. Pendedahan pelbagai jenis pekerjaan dalam industri dengan
melakukan kerja yang berkaitan di bawah penyeliaan seperti
mengumpul data, membuat uji kaji, menyenggara dan membaik
pulih, mereka bentuk, membangun sistem, mengurus sumber
dan lain-lain;
ii. Kefahaman mengenai proses dan operasi sesuatu sistem
secara menyeluruh. Contohnya kerja operasi pengeluaran,
pemeriksaan dan penganalisaan; dan
iii. Latihan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran mengikut
pengkhususan yang diambil. Sebagai contoh, melatih pelajar
dalam projek berkumpulan.
34
UNIT LATIHAN INDUSTRI
TEMPOH LATIHAN INDUSTRI
Tempoh LI memerlukan pelajar ditempatkan di industri yang bersesuaian
untuk tempoh 1 semester (16 minggu). Tempoh yang ditetapkan ini bagi
memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia
(Malaysia Qualifications Agency – MQA).
SYARAT LATIHAN INDUSTRI
Syarat layak menjalani LI
• Pelajar perlu lulus semua kursus / modul; dan
• Bagi program Sijil Asas Kolej Komuniti, pelajar perlu lulus tapisan di peringkat
kolej komuniti berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut program.
Syarat lulus LI
• Menghadiri LI mengikut tempoh yang ditetapkan;
• Lulus penilaian LI daripada Penyelia Syarikat dan Pensyarah Penyelia
berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan;
• Melengkap dan menghantar Buku Laporan Harian LI; dan
• Sekiranya pelajar diberhentikan oleh majikan, pelajar tersebut akan dikira
sebagai gagal dalam LI dan keputusan tidak boleh dipinda oleh Jawatankuasa
Perhubungan dan LI Kolej Komuniti (JPLIKK).
35
UNIT LATIHAN INDUSTRI
KREDIT DAN PENILAIAN
Kredit
LI membawa lapan (8) hingga 12 kredit mengikut keperluan program.
Satu (1) bulan LI bersamaan dua (2) kredit. Kursus LI diambil kira
dalam pengiraan jumlah kredit bergraduat tetapi tidak diambil kiraan
dalam pengiraan HPNM.
KREDIT DAN PENILAIAN
Kriteria Penilaian Latihan
Industri
Penilaian LI di buat berdasarkan
kriteria seperti dalam Rajah 1.
36
UNIT LATIHAN INDUSTRI
KREDIT DAN PENILAIAN
Prestasi LI di tunjukkan dalam
bentuk gred seperti dalam
Rajah 2.
37
UNIT LATIHAN INDUSTRI
MAKLUMAT PEGAWAI
GAMBAR
MAKLUMAT PEGAWAI
Nama : Noriza Binti Ariffin
Jawatan : Pegawai Pehubungan
Industri & Alumni DH 41
Tarikh memegang jawatan : 16 Julai 2019
No. telefon pegawai : 089-782300
38
UNIT LATIHAN INDUSTRI
PROSES ALIRAN KERJA
Proses LI pelajar adalah merujuk kepada Rajah 3.
39
UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
PENGENALAN
Unit Pengambilan bertanggungjawab mengurus dasar dan
pelaksanaan pengambilan pelajar bagi program sepenuh
masa dan menguruskan dokumen-dokumen berkaitan
pengambilan pelajar serta menyelia hal-hal berkaitan
bantuan kewangan pelajar.
Unit Pengambilan juga bertanggungjawab dalam
merancang, melaksana dan menyemak proses penawaran,
pendaftaran dan urusan hal-hal pengambilan bagi semua
Program Pengajian di Kolej Komuniti
40
UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
MAKLUMAT PEGAWAI
GAMBAR
MAKLUMAT PEGAWAI
Nama : Mohd Ariff bin Alias
Jawatan : Pegawai Pengambilan DH 41
Tarikh memegang jawatan : 08 November 2018
No. telefon pegawai : 089-782300/ 0179557109
41
UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
SYARAT – SYARAT PENGAMBILAN
1. Sijil Kolej Komuniti (SKK):
1.1 Warganegara Malaysia dan
1.2 Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau setara.
1.2.1 Syarat khas berdasarkan program.
42
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
(KHIDMAT SOKONGAN PELAJAR)
PENGENALAN
Fungsi Unit Pembangunan Pelajar adalah merancang, memantau dan
melaksanakan perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal pelajar
dengan berhemah mengikut tatacara yang ditetapkan mengikut Akta
Institusi-Institusi Pelajaran 1976 (AKTA 174) bagi melahirkan pelajar
yang holistik dan seimbang selari dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025.
43
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
(KHIDMAT SOKONGAN PELAJAR)
MAKLUMAT PEGAWAI
MAKLUMAT PEGAWAI
Nama : Rodzi Bin Kamis
Jawatan : Pegawai Pembangunan Pelajar
DH44
Tarikh memegang jawatan : 1 Julai 2016
No. telefon pegawai : 089-782300/ 0125740525
44
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
(KHIDMAT SOKONGAN PELAJAR)
BIDANG TUGAS
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
i. Insurans Pelajar
ii. Disiplin Pelajar
iii. Sukan
iv. Psikologi
v. Kebudayaan
vi. Kesukarelawanan Pelajar (BriSK)
vii. Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA)
viii. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
ix. Kebajikan Pelajar (BKPKK dan lain-lain)
x. Pertandingan & Kemahiran Pelajar
xi. Alumni
xii. Lain-lain aktiviti sokongan pelajar
45
TENAGA PENGAJAR SPL
TENAGA PENGAJAR PENGAJIAN UMUM
46