ڤنديديقن
إ س لا م
PUASA
BENTENG
DIRI
(BIDANG FIQH)
PELAJARAN 18
TINKATAN 2
1. KEISTIMEWAAN BULAN
RAMADHAN
•Bulan yang diturunkan al-quran
•Bulan untuk berpuasa
•Terdapat Lailatul Qadar yang
lebih baik daripada seribu bulan
•Bulan pengampunan
2. MAKSUD, HUKUM
Bahasa : Menahan diri
Istilah : Menahan diri daripada perkara
yang membatalkan puasa, bermula dari terbit
fajar sehingga terbenam matahari mengikut
syarat tertentu dan di sertai dengan niat puasa.
Hukum Berpuasa :Wajib ke atas settiap
individu muslim
. 4. Syarat wajib puasa
- Islam, bukan kafir
- Baligh, bukan kanak-kanak
- Beraqal, tidak gila
- Tidak uzur syarie yang menghalangnya
berpuasa contohnya:
− Haid atau nifas
− Gila walaupun seketika
− Pitam sepanjang hari
- Tidak uzur syarie yang mengharuskan
berbuka puasa contohnya :
− Musafir
− Sakit yang memudaratkan
− Orang tua atau pesakit yang tiada harapan
untuk sembuh
5. Syarat sah puasa
- Islam, bukan kafir
- Mumayyiz
- Tidak uzur syarie yang menghalangnya
berpuasa contohnya :
− Haid atau nifas
− Gila walaupun seketika
− Pitam sepanjang hari
. 6. Rukun Puasa
- Niat puasa dalam hati
- Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa
7. Perkara yang membatalkan puasa :
- Makan dan minum
- Muntah dengan sengaja
- Haid atau nifas
- Pitam sepanjang hari
- Hilang akal
- Bersetubuh
- Murtad
- Mengeluarkan air mani dengan sengaja
- Memasukkan sesuatu dalam anggota badan
melalui rongga terbuka
8. Perkara makruh ketika berpuasa :
- Tidur berlebihan pada siang hari
- Merasa makanan di lidah tanpa menelannya
- Berkumur atau memasukkan air secara
berlebihan
- Mandi wajib selepas fajar
- Berbekam
- Mandi secara berlebihan untuk menyegarkan
badan
- Melewatkan berbuka
- Melakukan permulaan persetubuhan bagi
suami isteri
9. Sunat puasa :
1.Ketika sahur
- Bersahur
- Melewatkan sahur
- Mandi wajib sebelum fajar jika berjunub
2.Ketika berbuka
- Bersegera untuk berbuka
- Mendahulukan kurma,air atau makanan manis
ketika berbuka
- Membaca doa berbuka puasa
- Menjamu orang lain berbuka puasa walau dengan
sebiji kurma atau seteguk air
3.Ibadah pada waktu siang dan malam
- Membaca Al-Quran
- Berzikir, berselawat dan berdoa
- Bersedekah
- Beriktikaf di masjid, terutama pada sepuluh hari
terakhir ramadhan
- Menahan lidah daripada perkara yang haram
seperti mengumpat dan berbohong
- Menahan diri daripada perbuatan yang
memberahikan seperti menonton video lucah dan
melihat bukan muhrim tanpa sebab
- Solat terawih dan witir waktu malam sahaja
10. JENIS PUASAj
JENIS CONTOHNYA
PUASA
PUASA - Puasa Ramadan
WAJIB − Puasa Qada’
− Puasa Nazar
PUASA − Puasa Kafarah
SUNAT
- Puasa pada hari Isnin dan Khamis
− Puasa selang sehari (puasa Nabi Daud
a.s)
− Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijah)
− Puasa pada hari Tasua’ (9 Muharram) dan
Asyura (10 Muharram)
− Puasa pada hari putih ( )الايام البيضاء, iaitu
13,14,15 setiap bulan
− Puasa enam hari pada bulan Syawal
selepas Idul Fitri
PUASA − Puasa pada hari raya Idulfitri dan Idil Adha
HARAM − Puasa pada hari Tasyrik, iaitu 11,12 dan 13
Zulhijah
− Puasa selepas Nifsu Syaaban (kecuali bagi
orang yang biasa berpuasa dan orang yang
wajib berpuasa)
− Puasa pada hari Syak, iaitu berpuasa pada
30 Syaaban
PUASA − Puasa pada hari Jumaat sahaja
MAKRUH − Puasa pada hari Sabtu sahaja
− Puasa pada hari Ahad sahaja
− Puasa sepanjang tahun
11.Golongan yang harus berbuka
puasa
Musafir yang diharuskan syarak
Orang yang ditimpa sakit yang memudaratkan
Orang tua yang tidak mampu berpuasa
Ibu yang mengandung atau menyusu anak yang bimbang akan
kesihatan diri atau anaknya.
Orang yang terlalu lapar atau dahaga sehingga boleh memudaratkan
diri jika meneruskan puasa
12. Maksud Qada’, Fidyah dan
Kaffarah Puasa
QADA FIDYAH KAFFARAH
Mengganti hari puasa Memberi makan fakir miskin Denda yang dikenakan
Ramadan bagi setiap dengan qadar secupak terhadap suami yang
membatalkan puasa
hari yang makanan asasi sesebuah pada bulan Ramadan
ditinggalkan negara bagi sehari puasa dengan melakukan
persetubuhan (jimak)
yang ditinggalkan.
Secupak bersamaan dengan
675 gram makanan.
13. Denda Kaffarah suami yang bersetubuh di
bulan puasa.
- Denda yang dikenakan terhadap suami sahaja, yang
membatalkan puasa pada bulan Ramadan dengan melakukan
persetubuhan (jimak), mengikut turutan berikut:
1. Memerdekakan seorang hamba.
2. Jika tidak mampu , berpuasa dua bulan berturut-turut.
3. Jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin
dengan kadar secupak seorang.
* Wanita tidak dikenakan denda
14. Qada’, Fidyah dan Kaffarah puasa bagi golongan yang diharuskan
berbuka puasa
HUKUM GOLONGAN YANG TERLIBAT
• Musafir yang diharuskan syara’
WAJIB QADA - Orang yang ditimpa sakit yang memudaratkan
- Perempuan haid atau nifas
- Ibu yang mengandung atau menyusu anak yang bimbang akan
kesihatan diri
WAJIB FIDYAH - Pesakit yang tiada harapan untuk sembuh
- Orang tua yang tidak mampu berpuasa
- Orang yang mati sebelum sempat qada’ puasa, jika tidak diqada’ oleh
waris
WAJIB QADA • Ibu yang mengandung atau menyusu anak yang bimbang akan
DAN FIDYAH
kesihatan anaknya.
- Tidak qada’ puasa tanpa keuzuran sehingga masuk bulan Ramadan
seterusnya.
WAJIB QADA - Suami yang membatalkan puasa bulan Ramadan dengan melakukan
DAN persetubuhan (jimak)
KAFFARAH
15. Hikmah puasa
- Menambah ketaatan kepada Allah SWT kerana melaksanakan ibadat kepada-
Nya dan mengurangkan maksiat
- Memelihara kesihatan badan kerana merehatkan sistem pencernaan dan diet
seimbang
- Melahirkan sifat belas ihsan kepada fakir miskin kerana merasakan
pengalaman kekurangan makanan.
- Menjimatkan belanja kerana puasa tidak makan dan minum pada siang hari
- Mengelakkan diri daripada perbuatan zina kerana dapat mengawal nafsu
syahwat
16. Kelebihan puasa dari sudut sains.
- Merupakan proses detoksifikasi yang baik iaitu menyucikan dan
membersihkan badan daripada racun dan toksin
- Menyembuhkan atau membantu mempercepatkan proses penyembuhan
penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur, sakit kulit dan gangguan
pada sistem penghadaman
- Melewatkan sahur membantu memelihara kesihatan badan dan mengelakkan
risiko seperti kegemukan,sakit jantung, kencing manis dan kekurangan zat
besi yang boleh mengakibatkan penyakit anemia.
- Kurma digalakkan untuk dimakan ketika berbuka mengandungi sejenis gula
yang mudah diserap melalui badan iaitu (glukosa) dan (fruktosa) serta 23
jenis asid amino yang sebahagiannya tidak terdapat dalam buah-buahan yang
lain.
SOALAN KBAT
• Huraikan tindakan yang perlu dilakukan ketika menghadapi situasi dibawah
• Fatimah mendengar azan subuh jetika sedang mengunyah makanan
• Anas masih dalam kereta ketika azan maghrib dilaungkan
• Maryam belum habis menggantikan puasanya sehingga tiba hari syak
NOTA TAMAT
DISEDIAKAN OLEH
US. AIS
19/4/2020