The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by netalia22-126, 2022-04-20 11:28:18

kesantunan kk

kesantunan kk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

96509 BINTANGOR, SARAWAK

PENTAKSIRAN BERTERUSAN

Nama Pelajar: NETALIA ANAK PHILIP
Angka Giliran: 2021032310050
No. Kad Pengenalan: 021030131400
Kumpulan: PPISMP BM 2 AMBILAN JUN 2021
Kod Kursus: BMMB 1144
Nama Kursus: KESANTUNAN BAHASA
Nama Pensyarah: PUAN DAYANG MADINI BINTI AWANG JEMAT
 Tarikh Hantar: 26 MAC 2022
Tandatangan Pemeriksa:
Nama Pemeriksa:
Tarikh Pemeriksaan:

PRAKATA
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
pengurusan Insitut Pendidikan Guru Kampus Rajang kerana telah
memberikan tugasan kerja khusus yang membolehkan saya sebagai siswa
pendidik menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada
untuk menulis penulisan akademik ini. Dalam usaha menyiapkan kerja
khusus ini, saya ingin berterima kasih kepada Puan Dayang Madini Binti
Awang Jemat selaku pensyarah bagi subjek ini iaitu Kesantunan Bahasa.
Beliau telah memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyiapkan
kerja khusus ini. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada semua rakan
yang saya kasihi kerana telah memberi nasihat dan dorongan kepada saya
sepanjang menghasilkan kerja khusus ini.
Penghargaan kepada rakan sekelas yang telah menjalankan sebuah
kolaboratif dalam mengumpulkan maklumat dan sumber rujukan berkaitan
tentang kerja khusus ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada mereka
kerana telah meluangkan masa bersama saya dalam mencari sumber rujukan.
Akhir kata, seikhlas tulus syukur kepada semua pihak terlibat yang telah
membantu secara langsung atau tidak secara langsung dalam menyiapkan
kerja khusus ini.

i

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1
2.0 Ciri-Ciri Kesantunan Bahasa 1
2
2.1 Bahasa Sopan 2
2.2 Nada dan Intonasi Gaya Sesuai 3
2.3 Bentuk Sapaan 3
2.4 Penggunaan Kata Ganti Nama Diri 4
3.0 Prinsip Kesantunan Bahasa 4
3.1 Maksim Kebijaksanaan 5
3.2 Maksim Kemurahan HATI 5
3.3 Maksim Simpati 6
3.4 Maksim Permuafakatan 6
3.5 Maksim Kesederhanaan 6
4.0 Kepentingan Kesantunan Bahasa 6
4.1 Dapat Membentuk Individu Bersopan 7

Santun 8
4.2 Mewujudkan Komunikasi Yang Baik 9
5.0 Kesimpulan
6.0 Rujukan

IiiI

1.0 Pengenalan

Bahasa merupakan medium yang digunakan ketika berkomunikasi. Semasa
berkomunikasi aspek kesantunan harus juga dititik beratkan. Kesantunan
bahasa ini merujuk nilai sopan, menggunakan perkataan yang sopan, halus
dan indah. Kesantunan bahasa merupakan pertuturan yang baik,halus,nilai
yang bersopan santun dan tingkah laku yang mencerminkan budi pekerti mulia.
Seseorang individu yang merupakan penutur baik menggunakan strategi
kesantunan dalam percakapan dan bahasa yang digunakan ialah bahasa
halus serta kata sapaan yang tepat. Kata-kata yang dituturkan haruslah tidak
mempunyai unsur sindiran atau hinaan dan harus berunsurkan kejujuran dan
bahasa yang sopan. Hal ini dikatakan demikian agar tidak menyinggung
perasaan orang lain dalam percakapan kita.
Kesantunan bahasa seseorang individu dapat ditafsir dari segi sikap,tingkah
laku dan cara menggunakan bahasa dengan betul. Bahasa yang digunakan
dalam aktiviti seharian tidak hanya menentukan corak budaya tetapi juga
membentuk cara dan pola fikir pembicara,( Sapir-Whorf,1921). Disebabkan itu,
bahasa dapat memberi pengaruh terhadap perilaku penutur. Pada masa yang
sama, bahasa yang digunakan masyarakat mempunyai hubungan pengaruh
yang kuat terhadap struktur sosial dan budaya masyarakat. Hubungan bahasa
antara kebudayaan sesuatu masyarakat mempunyai suatu hubungan yang
kukuh.

2.0 Ciri-Ciri Kesantunan Bahasa

2.1 Bahasa Sopan

Kata-kata yang diujarkan bertatasusila merupakan salah satu cri kesantunan
bahasa. Kata-kata yang sopan digunakan agar dapat mengelakkan
perselisihan faham yang membawa pergaduhan dalam perhubungan antara
individu. Menurut Asmah Haji Omar (2000) , penggunaan bahasa dalam

1

kehidupan seharian yang tidak menimbulkan kemarahan,kerisauan serta
mengelakkan sesetengah individu tersinggung dengan pertuturan yang kasar.
Perlakuan bahasa yang digunakan untuk menyeimbangkan sesuatu
hubungan interpersonal dalam perhubungan sosial. Menurut Fraser & Nolan
(1981), kesantunan berlaku apabila sesebuah perbualan diaplikasikan oleh
penutur dan penden sebagai satu usaha untuk tidak menimbulkan sebarang
konflik. Contohnya, menggunakan bahasa halus seperti terima kasih, selamat
pagi,salam sejahtera dan sebagainya. Dalam pertuturan, tidak boleh
menggunakan bahasa yang kasar atau tidak sopan seperti “oi”, “wei” “bodoh”
dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian dapat menunjukkan rasa hormat
dan sopan semasa bertutur kepada individu yang lain.

2.2 Nada dan Intonasi Gaya Sesuai

Pertuturan diucapkan dengan sopan santun dan mewujudkan kesantunan.
Lazimnya, pada sesetengah bahagian bunyi pertuturan akan dipanjangkan
bunyinya agar kedengaran lebih mesra. Intonasi ialah nada suara yang turun
naik apabila seseorang individu bertutur. Dalam pertuturan yang biasa, kita
akan mengubah nada suara mengikut nada tinggi dan rendah. Nada suara
yang sentiasa berubah-ubah menunjukkan maksud isi pertuturan dan
perasaan individu semasa bertutur. Jika sesuatu ayat diungkapkan dengan
intonasi yang berbeza akan memberi maksud yang berbeza. Contohnya,
ayat-ayat berikut yang diucapkan mengikut nada suara yang biasa digunakan
dalam perbualan seharian. Sebagai ilustrasi, “Nama saya Roslan”, “Sila
masuk ke rumah saya”, “Cis, pantang aku dicabar!” dan sebagainya. Ayat
tersebut mengilustrasikan tentang gaya bahasa dan intonasi berbeza yang
kerap digunakan.

2

2.3 Bentuk Sapaan
Kata sapaan merupakan kata panggilan kepada seseorang individu mengikut
situasi. Kata sapaan biasanya digunakan dalam situasi rasmi dan tidak rasmi.
Sapaan bagi kekeluargaan asas merupakan panggilan kepada ahli keluarga
kita sendiri. Lazimnya, panggilan bagi sapaan diringkaskan agar kelihatan
lebih mesra dalam kalangan keluarga. Contohnya, Along,Angah,Alang,Anjang,
Andak,Acik dan sebagainya menunjukkan panggilan bagi adik-beradik dalam
keluarga. Bagi sapaan kekeluargaan pertalian darah seperti Pak Long,Mak
Long,Pak Ngah,Pak Anjang,Pak Andak dan lain-lain menggambarkan
panggilan nama untuk pak cik dan mak cik saudara. Menurut Vhaer (1988:136)
bahwa kata sapaan adalah kata-kata yang digunakan untuk
menyapa,menegur,atau menutur kepada orang yang diajak berbicara. Hal ini
dikatakan demikian untuk menunjukkan rasa hormat orang muda kepada
orang yang lebih tua dalam keluarga.

2.4 Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri merupakan perkataan untuk menggantikan nama
sebenar seseorang yang sedang bercakap,orang yang membalas percakapan
dan orang yang diperkatakan. Penggunaan kata ganti nama diri mewujudkan
kesopanan kerana orang yang lebih berusia dan mempunyai pangkat tidak
wajar digelar begitu sahaja. Kata ganti nama diri berbeza dalam keadaan
rasmi atau tidak rasmi. Contohnya, kata ganti nama diri rasmi ialah
beta,patik,saya manakala bagi tidak rasmi ialah aku dan hamba.Kata ganti
nama diri kedua ialah anda,awak,engkau,kamu, tuanku dan sebagainya. Kata
ganti nama diri ketiga ialah beliau dan dia.

3

3.0 Prinsip Kesantunan Bahasa

Menurut Wijama(1996:55), menyatakan bahawa retorika interpersonal,
pragmatik memerlukan satu prinsip kesopanan (politeness principle). Prinsip
kesopanan ini mempunyai perkaitan dengan percakapan iaitu diri sendiri dan
dengan orang lain. Menurut Rahardi (2005: 60-66) dalam pertuturan yang
sopan perlu mempertimbangkan prinsip-prinsip kesantunan berbahasa agar
dapat menyampaikan mesej dengan baik.

3.1 Maksim kebijaksanaan

Individu perlu berpegang teguh pada prinsip untuk mengurangkan keuntungan
dirinya sendiri dan memaksimalkan keuntungan pihak lain dalam aktiviti
bertutur dan gagasan dasar dalam kebijaksanaan dalam prinsip kesantunan.
Seseorang individu bertutur yang melaksanakan kebijaksanaan dianggap
sebagai seorang yang santun budinya. Semakin panjang percakapan
seseorang semakin besar pula keinginan individu untuk bersikap sopan
kepada pembicara. Demikian itu, percakapan yang diujarkan lazimnya lebih
sopan dibandingkan dengan percakapan yang diutarakan secara langsung.
Maksim kebijaksanaan dapat dilihat dari segi contoh pertuturan ayat.
Tuan rumah : “ Jemput makan kuih-muih yang di atas meja itu, Ali! Kami
sudah menjamah

Kuih itu tadi.”
Ali : “Eh, tak sopan pula saya makan kuih tanpa tuan rumah.”
Dalam perbualan tersebut, sungguh jelas bahawa percakapan yang dituturkan
oleh tuan rumah memberi manfaat kepada Ali sebagai tetamu.

4

3.2 Maksim Kemurahan hati

Menurut Leech (1993:209) , maksim kedermawanan jadikan keuntungan
sendiri sekecil yang boleh dan jadikan kerugian diri sendiri sebesar mungkin.
Maksim kedermawanan mengharapkan invividu yang bertutur dapat
menghormati orang lain. Berlakunya penghormatan terhadap masyarakat lain
apabila seseorang dapat mengurangkan keuntungan dirinya sendiri dan
memaksimalkan keuntungan bagi pihak lain. Dengan menawarkan sesuatu
kepada orang lain dari segi bantuan seperti menawarkan untuk menghantar
seseorang ke sesuatu tempat menggunakan kereta boleh dikatakan adanya
maksim kemurahan hati. Seseorang individu akan berasa senang hati apabila
mendapat pujian daripada orang lain. Oleh hal yang demikian, penutur
dinasihatkan untuk memberikan pujian kepada pendengarnya.

3.3 Maksim Simpati

Menurut Leech (1993: 207) menyatakan bahawa dalam maksim tersebut
pembicara dapat memaksimalkan sikap simpati antara dua pihak. Sikap
antipati terhadap salah seorang penutur akan dianggap sebagai tindakan tidak
santun. Orang yang bersikap antipati terhadap orang lain akan dianggap
sebagai individu yang tidak bersopan santun apabila bersikap sinis terhadap
orang lain. Jika menegur seseorang, penutur yang sangat santun akan
memberitahu “maaf”, memilih kata yang sesuai dan tahu tentang nasihat yang
mendidik. Namun, lain pula bagi penutur yang tidak santun,ia akan menasihati
seseorang menggunakan kata yang kasar,keras serta menghina di depan
khalayak ramai. Seseorang yang tidak mempunyai sikap kesantunan dalam
bertutur akan mudah emosi dan cepat menghakimi tanpa mengetahui
keseluruhan cerita.

5

3.4 Maksim Permuafakatan
Dengan adanya maksim permuafakatan ini, dapat mengharapkan pembicara
dapat memupuk kemuafakatan semasa berbicara. Dalam pertuturan jawa,
seseorang tidak boleh mencelah atau membantah secara langsung apa yang
diutarakan oleh pihak lain. Apabila terdapat bantahan atau percanggahan idea
semasa mengeluarkan buah fikiran dalam bertutur, perlulah
mempertimbangkan perasaan pihak yang lain. Penutur perlu memberitahu
dengan nada suara yang lembut dan sopan agar kesepakatan dapat dicapai
semasa dalam perbincangan. Permuafakatan dapat dicapai apabila dalam
situasi mesyuarat antara majikan dengan pekerja semasa membincangkan hal
berkaitan kerja untuk mengelakkan perselisihan faham.

3.5 Maksim Kesederhanaan

Penutur dinasihatkan untuk memiliki sikap rendah hati dalam maksim
kesederhanaan ini. Sikap rendah hati ini dilakukan dengan lebih kepada
memuji orang lain daripada diri sendiri. Seseorang individu dikategorikan
sombong apabila berbicara dan sering memuji diri sendiri. Dalam masyarakat
bahasa dan budaya Indonesia, kesederhanaan dan kerendahan hati serinh
digunakan sebagai kayu ukur penilaian kesantunan seseorang. Oleh itu,
sebagai pembicara digalakkan untuk tidak melebihi batas pergaulan dan
percakapan agar tidak dianggap “bodoh sombong” kerana terlalu riak dalam
berkata-kata.

4.0 Kepentingan Kesantunan Bahasa

4.1 Dapat Membentuk Individu Bersopan Santun

6

Kesantunan bahasa dapat melahirkan insan yang yang santun kerana
mempraktikkan amalan kesantunan dalam kehidupan seharian seperti dalam
pertuturan. Seseorang pembicara bertutur dengan bahasa yang halus,spoan
dan lembut akan memupuk diri mereka untuk menggunakan ciri-ciri
kesantunan bahasa . Dengan adanya kesantunan bahasa, individu dapat
mempraktiskan tatacara berbahasa untuk membolehkan kita bertutur dan
berkomunikasi secara lancar. Dengan mengetahui tatacara berbahasa
diharapkan orang lain lebih memahami mesej dan bicara yang disampaikan
dalam pertuturan kerana tatacara berbahasa mempunyai fungsi yang tertentu.
Hal ini dikatakan demikian kerana seorang penutur yang mempunyai
kesantunan akan mengetahui apa yang sebaiknya dikatakan pada waktu dan
keadaan yang sesuai. Penutur peka akan ragam bahasa yang sewajarnya
digunakan dalam situasi tertentu. Penutur tahu untuk cara untuk mengatur
kenyaringan suara ketika berbicara dan cara untuk menggerakkan anggota
tubuh badan dengan betul ketika berbicara. Kesantunan berbahasa tercermin
dalam tatacara berkomunikasi melalui tanda verbal dan tatacara berbahasa.
Ketika berkomunikasi,kita menyesuaikan diri dengan norma-norma budaya
dan tidak menumpukan menyampaikan mesej yang ingin dibicarakan.
Tatacara berbahasa harus sesuai dengan ciri-ciri percakapan yang santun.

4.2 Mewujudkan komunikasi Yang Baik

Kesantunan berbahasa membolehkan masyarakat untuk berkomunikasi
dengan baik agar tidak mengguriskan perasaan mana-mana pihak. Penutur
yang baik akan berbicara dengan bahasa yang sopan kerana sudah biasa
menggunakan kata=kata yang santun. Secara tidak langsung, cara berbicara
yang baik dapat disampaikan dengan baik agar penutur dapat berbicara
dengan santun. Contohnya,penutur perlu mengungkapkan kata-kata dengan
jelas,berbicara tidak terlalu cepat atau lambat,memilih kata-kata yang sesuai
agar komunikasi berjalan lancar. Penutur dapat mempelajari gestur tubuh
badan yang betul semasa berbicara melalui kesantunan berbahasa. Gestur
tubuh badan boleh mencerminkan pemikiran dan perasaan daripada pihak lain.

7

Penutur juga dapat peka akan gestur tubuh badan dan menunjukkan ekspresi
yang tepat.

5.0 Kesimpulan

Kesantunan berbahasa amat penting dalam setiap aspek kehidupan
masyarakat. Semua pihak perlu berganding bahu dalam memupuk aspek
kesantunan bahasa dalam kehidupan seharian. Kesantunan perlu diterapkan
dalam kalangan masyarakat agar kesopanan dan kehalusan bahasa dapat
digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi.Bahasa yang digunakan
perlulah penuh dengan adab,tatatertib,tatasusila supaya wujud suasana
komunikasi yang harmoni tanpa sebarang konflik. Kesantunan bahasa perlu
dipupuk sejak kecil lagi supaya tidak wujudnya isu “nasi sudah menjadi bubur”
kerana masyarakat yang tidak diajar dan dididik tentang penggunaan
kesantunan bahasa sejak peringkat umur yang awal lagi. Selain itu,
kesantunan bahasa yang berlaku dalam situasi formal telah menunjukkan
amalan kesantunan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat. Oleh
itu,pelbagai langkah dan strategi perlu dipraktikkan bagi meningkatkan tahap
kesantunan bahasa dalam kalangan generasi masa akan datang. Masyarakat
harus lebih bijak mengaplikasikan maksim kesopanan,kesederhanaan,simpati
dan sebagainya seperti yang diutarakan oleh Leech. Amalan kesantunan ini
akan menjadikan kita sebagai seorang individu yang dipandang tinggi dan
dihormati bukan kerana pangkat dan darhat tetapi tutur kata yang
lembut,halus dan berbudi bahasa. Hal ini sangat penting bagi semua pihak
untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk menerapkan
budaya kesantunan berbahasa. Bak kata pepatah “Budi bahasa, Budaya Kita “.
Ia mencerminkan sebagai masyarakat yang rasional kita perlu menunjukkan
contoh teladan yang baik kepada orang lain. Oleh hal yang demikian, kita
sebagai masyarakat yang bersopan santun perlu memartabatkan kesantunan
bahasa agar negara Malaysia dapat melahirkan generasi yang berbudi
bahasa,berakhlak mulia,berintegriti pada masa akan datang.

(1810 patah perkataan)

8

6.0 Rujukan

Hamzah, Z. A. Z., Hassan, A. F. M., & Hafizudin, M. N. (2011). Kesantunan
bahasa dalam kalangan remaja sekolah menengah. Jurnal Bahasa, 12(2),

321-328.

kajian_kesantunan_berbahasa-with-cover-page-v2.pdf
(d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net)

Iswara, A. A., & Susana, K. Y. (2019). Analisis kesantunan bahasa media

sosial: Komunikasi mahasiswa kepada dosen stmik stikom
Indonesia. KULTURISTIK: Jurnal Bahasa Dan Budaya, 3(2), 10-29.

ANALISIS KESANTUNAN BAHASA MEDIA SOSIAL: KOMUNIKASI
MAHASISWA KEPADA DOSEN STMIK STIKOM INDONESIA |
KULTURISTIK: Jurnal Bahasa dan Budaya (warmadewa.ac.id)

Mislikhah, S. (2020). Kesantunan berbahasa. Ar-Raniry, International
Journal of Islamic Studies, 1(2), 285-296.

Kesantunan Berbahasa | Mislikhah | Ar-Raniry, International Journal of
Islamic Studies

Febriasari, D., & Wijayanti, W. (2018). Kesantunan berbahasa dalam proses
pembelajaran di Sekolah Dasar. KREDO: Jurnal Ilmiah Bahasa dan
Sastra, 2(1), 140-156.

KESANTUNAN BERBAHASA DALAM PROSES PEMBELAJARAN DI
SEKOLAH DASAR Febriasari | KREDO : Jurnal Ilmiah Bahasa dan Sastra
(umk.ac.id)

Kurniawaty, I., Afidah, N. N., & Faiz, A. (2022). Kesantunan Berbahasa

Sebagai Aktualisasi Nilai-Nilai Pancasila di Kalangan
Mahasiswa. EDUKATIF: JURNAL ILMU PENDIDIKAN, 4(2), 2156-2163.

Kesantunan Berbahasa Sebagai Aktualisasi Nilai-Nilai Pancasila di
Kalangan Mahasiswa | Kurniawaty | EDUKATIF : JURNAL ILMU
PENDIDIKAN

9


Click to View FlipBook Version