LAPORAN HUTAN SIMPAN NEGARA SEKOLAH KEBANGSAAN ANTARA GAPI JALAN GAPI 1A, ANTARA GAPI, 48200 SERENDAH, SELANGOR DARUL EHSAN.
Mereka bentuk produk atau penyelesaian untuk mengatasi masalah penebangan hutan di Malaysia.
Objektif pertandingan 1. Membina generasi yang menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah. 2. Menerapkan budaya mencipta di kalangan murid-murid agar dapat menerajui Malaysia sebagai negara pengeluar utama pada masa hadapan.
1. Pastikan anda muat turun dan gunakan templat laporan yang betul. Ini adalah templat laporan untuk tema Life on Land. 2. Kategori: Sekolah Rendah Tahap 1 (Darjah 1-3) 3. Terdapat 3 soalan. Sila baca dan jawab semua soalan di dalam slaid ini. 4. Anda boleh menambah slaid sekiranya diperlukan dan mengikut kesesuaian. 5. Anda boleh ubah saiz tulisan sekiranya diperlukan dan mengikut kesesuaian. Panduan Penggunaan Templat Laporan
Langkah 1 - Sahkan pendaftaran anda dan mencari guru atau mentor. - Bincang dan cari idea tentang penyelesaian masalah untuk tugas tersebut. - Muat turun Minecraft: Education Edition dan bantuan pertandingan. Langkah 2 - Muat turun templat dunia daripada pautan yang diberikan dan import pada Minecraft: Education Edition anda. - Mula membina ciptaan/reka bentuk anda dalam Minecraft. Langkah 3 - Rekod video pada ciptaan/reka bentuk anda. (syarat penyerahan video) - Lengkapkan laporan anda. - Muat naik video dan laporan dalam OneDrive dan salin pautan untuk tujuan penyerahan. (Sila pastikan pautan boleh diakses). Langkah 4 - Klik pautan penyerahan dan isikan semua maklumat yang diperlukan. - Pastikan pautan adalah untuk kategori anda. Langkah 5 - Admin akan menerima serahan anda. - Tunggu pengumuman pemenang.
Nama Murid NUR AZALEA MARISSA BINTI AHMAD SUFIAN Darjah TAHUN 3 Kategori SEKOLAH RENDAH TAHAP 1 Guru Pembimbing PUAN NURUL AMALINA BINTI JAJULI Nama sekolah SK ANTARA GAPI Negeri SELANGOR Tema: Life on Land
Soalan 1 Sila huraikan bagaimana ciptaan anda mengatasi permasalahan penebangan pokok dan serta keunikan ciptaan anda. (Huraian tidak melebihi 50 patah perkataan) Ciptaan saya ini mempraktikan eco-forestry. Ecoforestry adalah kaedah pemulihan pengurusan hutan, yang tidak berdasarkan produktiviti ekonomi. Selain itu, saya juga berpendapat, dengan mewujudkan hutan simpan dapat memelihara dan memulihara flora dan fauna dari terancam.
Soalan 2 Terangkan proses reka bentuk dan pembinaan ciptaan anda berdasarkan perkara berikut. - Reka bentuk ciptaan yang saya hasilkan adalah mesra alam kerana kaedah ini meminimumkan kerosakan pada kawasan hutan dengan tujuan untuk mewujudkan sebuah hutan yang tidak dieksploitasi sesuka hati oleh pihak luar tanpa kawalan. Hanya kawasan yang diperlukan sahaja akan digunakan untuk menghasilkan anak pokok yang berkualiti untuk dijadikan sebagai bahan mentah utama dalam penghasilan produk. - Selain itu, hutan ini juga menjadi sebuah tempat yang selamat dan sesuai untuk haiwan dan tumbuhan yang terancam berlindung. Hutan ini dikawal dengan ketat supaya tiada aktiviti pemburuan dan pembalakan secara haram yang dapat memusnahkan habitat flora dan fauna serta menjejaskan ekositem di Malaysia.
Soalan 3 Sila lampirkan gambar berkaitan dengan projek anda. Tempat penanaman semula Tempat penanaman semula
Soalan 3 Sila lampirkan gambar berkaitan dengan projek anda. Kawasan pembalakan terkawal Kawasan pemuliharaan haiwan akuatik
Soalan 3 Sila lampirkan gambar berkaitan dengan projek anda. Pagar besi Pintu masuk
Soalan 3 Sila lampirkan gambar berkaitan dengan projek anda. Pondok pengawal Papan peringatan
Soalan 3 Sila lampirkan gambar berkaitan dengan projek anda. Hutan Simpan Negara Pusat pemuliharaan haiwan liar
Kesimpulan Sila kongsikan pengalaman yang anda pelajari sepanjang tempoh menyiapkan projek ini dengan Minecraft: Education Edition. Pengalaman saya sepanjang saya menyiapkan projek ini adalah banyak penggunaan blok di dalam aplikasi Minecraft Education yang saya temui boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Selain itu, saya mempelajari banyak cara untuk membuat pengatucaraan di dalam Minecraft Education untuk menghasilkan sesuatu ciptaan. Di samping itu, saya juga dapat meluaskan maklumat dan ilmu tentang isu semasa yang penting untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang stabil.