The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

eMODEL BANDAR TEKNOLOGI HIJAU-BATU UNJUR FOREST CITY

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-40347150, 2022-10-04 10:32:48

eMODEL BANDAR TEKNOLOGI HIJAU- BATU UNJUR FOREST CITY

eMODEL BANDAR TEKNOLOGI HIJAU-BATU UNJUR FOREST CITY

eMODEL BANDAR
TEKNOLOGI HIJAU

BATU UNJUR FOREST CITY

Bandar moden yang
mengaplikasikan teknologi

hijau. Nyaman dan
mendamaikan

Contact us

SMK BATU UNJUR
JALAN NILAM 1, BUKIT TINGGI

41200, KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN

LAKARAN PETUNJUK SEKTOR BANDAR BATU UNJUR FOREST CITY

14. Balai Bomba

1 2 3 65 7 9 15. Hospital
23 4 8 10 16. Pokok solar
17.Pusat Kitar
semula/eWaste

24 25 26 11 18. Kilang
19 21 19. Kilang Batik
20. Kincir Air
21 22 16 12 21. Kincir Angin
20 14 13 22. Pertanian
18 17 15 Vertikal
23. Menara

Telekomunikasi

24. Bagunan MPK

1.Logi WTE 5. Jambatan 10. Pangsapuri Rosa 25. Bagunan Tenaga

2. Biodorm 6. Sungai Sinensis dan Telekomunikasi

3.Logi Rawatan Air 7. Sekolah 11. Taman Teknologi 26. Stadium Mini

4. Empangan 8. Stesen TRAM 12. UTC Permata

Hidroelektrik 9. Masjid 13. Balai Polis

Dimensi Model Batu Unjur Forest City

PANJANG LEBAR

TINGGI DIMENSI MODEL
Panjang - 150cm
Lebar - 100 cm
Tinggi - 40 cm ( tidak melebihi 50 cm )
Nisbah binaan ialah 1 cm: 4 m. Saiz
binaan ialah 1cm bersamaan 4 m jarak
sebenar

Tentang Bandar Kami

Objektif pembangunan Bandar ini adalah untuk menghasilkan sebuah bandar yang
mengaplikasikan teknologi hijau dari pelbagai sektor seperti bangunan, pengangkutan,
sumber tenaga, pertanian dan perhutanan, pengurusan sisa dan air sisa serta ICT.

Dengan mengaplikasi sepenuhnya teknologi hijau ini, kami merancang sebuah bandar
yang tidak lagi mencemarkan alam. Seterusnya memberikan kehidupan yang lebih lestari
kepada penduduknya pada masa kini dan juga masa hadapan.

Masalah alam sekitar seperti perubahan iklim, pencemaran
dan sumber yang terhad adalah isu yang membimbangkan.
Menyedari hakikat ini, kami membuat kajian dan mereka
model bandar terancang berkonsepkan teknologi hijau
dengan mengambil kira dalam pelbagai sektor seperti
tenaga, pengurusan sisa dan air sisa, pertanian dan
perhutanan, bangunan, pengangkutan dan industri

BATU UNJUR FOREST CITY Bangunan
Pengangkutan
SEKTOR-SEKTOR Sumber tenaga
DALAM BANDAR Pertanian dan

TIME FOR NATURE perhutanan
Pengurusan sisa dan

air sisa
Industri

ICT

SEKTOR BANGUNAN

Bandar ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti hospital, balai polis,
balai bomba, sekolah, jaringan pengangkutan yang sangat cekap, pusat membeli belah UTC dan
sebagainya

Bangunan-bangunan dilengkapi dengan elemen-elemen
teknologi hijau dan meminimumkan kesan negatif ke atas
alam sekitar.

Blok konkrit yang digunakan untuk membina bangunan-
bangunan dalam bandar ini adalah dari jenis berudara
yang mampu mengurangkan penggunaan tenaga untuk
penyejukan bangunan. Blok konkrit juga dari jenis Fly Ash
di mana ianya tidak mencemarkan alam.

Bangunan-bangunan di cat dengan cat yang memantul
haba dan juga rendah dalam komponen organic meruap
( VOC ). Ini meminimumkan kesan pencemaran ke atas
alam sekitar.

Untuk mengurangkan kesan haba, bumbung-bumbung
rumah dilapisi dengan penebat haba dan kaca tingkap

SEKTOR BANGUNAN

Bangunan-bangunan juga menggunakan sistem penuaian air
hujan untuk kerja-kerja penyelenggaraan seperti mencuci dan
menyiram pokok. Selain itu, air juga dikitar semula. Sebagai
contoh, di masjid air wuduk dikitar semula untuk menjiram
pokok-pokok.

Penggunaan panel solar juga wajib bagi semua
bangunan di dalam kejiranan hijau ini. Selain untuk
kegunaan bangunan itu sendiri, elektrik yang
dihasilkan daripada rumah-rumah dan parker ini juga
disalurkan untuk kegunaan lain di bandar ini.

Untuk menambahkan lagi kesejukan bangunan-bangunan di bandar ini, kaedah Nano
Bahan Berubah Fasa ( PCM ) yang menggunakan teknologi nano juga digunakan.
Teknologi ini berfungsi menyerap, menyimpan dan menyingkirkan haba terma daripada
persekitaran. Bahan ini mampu mengawal turun naik suhu dalam bangunan seterusnya
menghasilkan persekitaran selesa-suhu. Ini akan mengurangkan kebergantungan
terhadap sistem penghawan dingin. PCM ini dicampurkan ke dalam simen dan juga cat
untuknya berfungsi bahan penebat aktif yang boleh diaplikasikan pada siling dan
dinding bangunan.

SEKTOR PENGANGKUTAN

TRAMS merupakan salah satu daripada pengangkutan awam
yang disediakan di Bandar ini. TRAMS ini mempunyi dwi fungsi.
Selain dijadikan sebagai alat untuk bergerak dari satu destinasi ke
satu destinasi yang lain, ia juga dijadikan sebagai kenderaan
santai sambil menikmati pemandangan hutan yang menghijau.

Jaringan pengangkutan di Bandar ini sangat cekap kerana
daripada stesen trams disediakan bas elektrik untuk pengguna
bergerak ke kawasan tumpuan.

Sebolehnya kemudahan dibina berdekatan agar penduduk boleh
mencapai dalam jarak pejalan kaki.

Penggunaan basikal juga amat-amat digalakkan. Jalan untuk
penunggang basikal dan mesra pejalan kaki juga disediakan.

SEKTOR SUMBER TENAGA

Tenaga kinetik daripada para pejalan kaki yang berjalan keluar
daripada stesen TRAMS juga dimanfaatkan dan ditukarkan
kepada tenaga elektrik. Sistem ini di panggil Pavegen system.
Sistem ini berfungsi apabila berat daripada tapak kaki pejalan
kaki menekan generator elektomegnatik yang terdapat di lantai.
Tenaga daripada tapak kaki ini mampu menerangi laluan
tersebut.

Di sekitar bandar ditempatkan stesen untuk
mengecas kereta-kereta elektrik. Disediakan juga
solar tree ( stesen mengecas EV ). Solar tree ini
menukarkan tenaga cahaya kepada elektrik.

Sisa pepejal diurusan dengan baik. Di Bandar ini sisa pepejal ini diselenggara oleh logi WTE
( Waste To Energy ). Sisa pepejal ini diproses di logi ini dan ditukarkan kepada tenaga elektrik

SEKTOR SUMBER TENAGA

Bandar ini terletak lebih kurang 13 km daripada pantai
membolehkan kincir angin dijadikan sebagai salah satu
daripada sumber tenaga di bandar ini.

Iklimnya pula panas dan lembap sepanjang tahu amat sesuai
untuk penggunaan solar sebagai sumber tenaganya.

Selain daripada itu, sumber tenaga hidroelelektrik dan tenaga
biojisim ( sisa pepejal ditukarkan kepada tenaga elektrik di logi
WTE ) juga digunakan untuk menggerakkan Bandar ini.

Tenaga air ( kincir air ) juga dimanfaatkan oleh para petani
untuk memproses hasil tanaman.

Parkir-parkir dilengkapi dengan solar panel untuk
mengecas kereta-kereta. Solar panel dari parkir-parkir
ini juga menjadi sebahagian dari sumber tenaga Bandar
ini

SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN

Bandar ini dimajukan dengan meminimumkan penebangan
hutan. Pokok-pokok hanya ditebang untuk kawasan pembinaan
sahaja. Dengan ini, hutan yang sedia ada akan kekal sebagai
hutan Bandar dan memberikan suasana yang nyaman dan
menghijau.

Taman teknologi hijau juga diwujudkan di Bandar ini.
Tempat-tempat reakreasi juga adalah penting untuk
mendapat kesihatan mental yang baik. Taman di sini
sangat mendamaikan kerana terdapat unsur hijau yang
sangat dititiberatkan. Di sini juga disediakan pondok-
pondok yang terdapat solar panel di atasnya. Pengguna
dapat menikmati tenaga elektrik dengan percuma.
Kerusi-kerusi di taman ini adalah daripada bahan
buangan pembinaan.

Disini, terdapat pokok buatan iaitu Super Tree di mana
diatasnya tumbuh pokok-pokok kecil dan juga berfungsi
sebagai tempat tadahan air hujan untuk kegunaan taman
ini

SEKTOR PERTANIAN DAN PERHUTANAN

Pertanian Vertical ( Vertical Farming ) diaplikasi di
bandar Sistem pertanian akuaponik juga di amalkan.
Sistem ini adalah gabungan di antara akuakultur dan
hidroponik di mana ia menggabungkan ternakan ikan
dan tumbuhan bersama dalam satu sistem yang
bersepadu.

Biodorm ialah tempat di mana tanaman bersuhu
sederhana ditanam seperti anggur dan strawberi.
Suasana di dalam biodorm ini sangat nyaman dan
sejuk. Hanya motor sahaja yang digunakan untuk
mengawal suhu di dalam biodorm ini. Suhu di dalam
biodorm ini boleh turun sehingga 10 0 C jika dibanding
dengan suhu di luar. Motor yang dipasang pada
biodorm ini mengepam udara panas keluar . Tekanan
di dalam biodorm ini akan jatuh. Ini menyebabkan
udara sejuk daripada luar dipam masuk. Suasana
sejuk ini juga ditambah lagi dengan adanya ‘cooling
pads’

SEKTOR PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA

Di Bandar ini, sisa pepejal diselenggara oleh logi WTE ( Waste
To Energy ). Sisa pepejal ini diproses di logi ini dan ditukarkan
kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan akan
disalurkan ke grid utama dan menjadi antara sumber tenaga
di bandar ini.

Air sisa juga di rawat seperti air dari kilang
batik/kawasan Industri yang mengandungi bahan
kimia seperti bahan pewarna organic dan tak organik.
Untuk menyelenggara air sisa ini, Kaedah Olahan
Larutlesapan digunakan sebelum dilepaskan ke
dalam sungai dan juga dalam saliran yang terdapat
disepanjang Bandar ini.

Air yang masuk ke dalam saliran-saliran air yang terdapat sepanjang
Bandar ini adalah daripada logi rawatan air. ‘Water feature’ yang terdapat
dalam Bandar ini adalah ‘grey water’ iaitu sumber air daripada mesin basuh,
bilik mandi dan sinki rumah.
Saliran-saliran air di Bandar ini ditanamam dengan pokok papyrus. Pokok ini
berfungsi untuk menapis air ( biofilter ) dalam saliran-saliran air sepanjang
bandar.

SEKTOR INDUSTRI

Sektor industri di bandar ini menggunakan sepenuhnya alatan dan teknologi cekap tenaga.
Ini untuk memastikan tidak berlakunya pembaziran tenaga berlaku. Semua industri yang
beroperasi di bandar ini mesti mengikut Dasar Teknologi Hijau dari segi pengurusan sisa
dan air sisa.

Semua kilang diwajibkan memasang alat
“Continuos Admission Monitoring System” pada
cerobong asap. Alat ini disambung secara dalam
talian kepada pihak berwajib. Dengan ini, setiap
pelepasan yang dilakukan dapat dipantau dan
diambil tindakan dengan segera. Selain daripada
itu, kilang-kilang diwajibkan memasang penapis
asap pada cerobong asap masing-masing.

SEKTOR INDUSTRI

Kilang-kilang di bandar ini semestinya menggunakan
inovasi masa depan yang merangkumi utiliti cekap
tenaga, pemprosesan sifar kerugian, mengguna
semula air hujan serta kebolehkitaraan semula yang
dipertingkatkan

Kawasan perindustrian dibina jauh daripada
kawasan kediaman penduduk bandar. Pokok-pokok
juga banyak ditanam sekeliling kawasan
perindustrian ini untuk mengurangkan pencemaran
kerana pokok ini adalah penapis semula jadi dan
dapat membekalkan gas oksigen kepada sekitaran.

SEKTOR ICT

Seiring dengan kemajuan, ICT sangat penting. Walaupun begitu,
ianya perlu mengambil kira kesan ke atas alam. Pennggunaan
ICT juga memenuhi spesifikasi ciri-ciri hijau seperti penjimatan
penggunaan tenaga, pengeluaran karbon yang rendah, dan
komponen boleh diguna semula

Semua peralatan ICT yang sudah tidak boleh
digunakan lagi ( e-waste ) akan di uruskan oleh
syarikat yang menguruskan sisa e-waste ini. Penting
untuk sisa elektronik ini diselenggara dengan baik
kerana sisa elektronik ini selalunya mengandungi
kimia beracun dan bahan berbahaya. Jika tidak
diuruskan dengan baik, ini boleh menyebabkan
bahan berbahaya ini terlepas ke alam sekitar. Kitar
semula bahan-bahan e-waste ini melibatkan proses
semula dan juga guna semula.

SEKTOR ICT

Stesen pemancar diletakkan di atas bukit supaya
pengguna dapat menerima isyarat dengan baik. Dengan
adanya jaringan internet yang cekap, sektor-sektor
bandar akan mempertingkatkan penggunaan teknologi
seterusnya mengurangkan penggunaan kertas.

Teknologi Internet Pelbagai Benda ( IoT )
digunakan untuk mengesan mangsa banjir
berasaskan Sistem Kedudukan Global ( GPS ).
Ini memudahkan pihak penyelamat mengesan
kedudukan mangsa dengan cepat dan tepat.
Sensor juga digunakan untuk mengukur paras
air sungai

Bangunan dan Binaan

Pangsapuri Empangan Hidroelektrik

Pusat Kitar Semula Loji WTE

Bangunan dan Binaan

Balai Bomba Balai Polis

Hospital Masjid

Bangunan dan Binaan Solar Tree Untuk
Pengecasan Kereta
Pondok Berkuasa
solar di Taman Elektrik
Teknologi Hijau

Loji Rawatan Super Tree Untuk
Air Taman Teknologi

Hijau

Bangunan dan Binaan

Kawasan Ternakan dan Bangunan MPK
Pertanian ( Biodorm )

Sekolah Kilang Batik

Bangunan dan Binaan

Stesen TRAMS Pavegen System

Parkir dengan Bangunan
bumbung solar Tenaga

Bangunan dan Binaan

Kilang Jaringan sistem Stadium
pengangkutan

UTC & Pusat Membeli Pertanian Vertikal Lampu Jalan
Belah

Model Bergerak dan Model Berfungsi

Kincir air Keretapi Solar

Kincir Angin Replika Berputar
Di Atas Bangunan

Tenaga dan
Komunikasi

Model Bergerak dan Model Berfungsi

Panel Solar Pavegen Sistem

Lampu Jalan dan
Lampu Pada
Binaan

Proses Kerja

Pavegen Sistem

Bahan-bahan Untuk Menghasilkan Model Bahan utama pembuatan
bangunan-bangunan ini adalah kotak.

Bahan-bahan Untuk Menghasilkan Model Bahan utama pembuatan
bangunan-bangunan ini adalah

bekas plastik.

Panorama

Panorama

u

Sokongan Moral Daripada Tuan Pengetua dan Para Pentadbir

Batu Unjur Forest City

Organisasi

PENGERUSI ( PENGETUA )
ENCIK ABDUL RAZAK BIN SUPAJAN



NAIB PENGERUSI ( PK PENTADBIRAN )

PUAN SALMAH BINTI MOKNI



PENYELARAS ( GKMP SAINS DAN MATEMATIK )
ENCIK MOHD SYARUDIN BIN MOHD NAZIR


SETIAUSAHA ( KP SAINS )
PUAN AFIDA MOHAMAD DAHARI



PENYELIA ( PEMBANTU MAKMAL )
PUAN HELI SURIANI BINTI SAARI



GURU PEMBIMBING
PUAN NOOR WAHIDA BINTI ABDUL RAHMAN



PESERTA
MUHAMMAD NUR FIRDAUS BIN AHMAD ( ARKITEK)

SUBRAMANIYA JOTHI A/L ILANGOVAN ( IT)

ROS ERA AZZARIMA BINTI RUSLI ( TEKNIKAL)

Sekian , Terima Kasih

We Love

Batu Unjur Forest City


Click to View FlipBook Version