The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Imran Helmi, 2020-05-21 01:23:39

Kata Partikel

Kata Partikel

Kata Partikel

NAMA PELAJAR: IMRAN KHAIREEN BIN ZAINOL HELMI
NAMA GURU: NABILA HUDA BINTI YASIN
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH ISLAM INTEGRASI PINTAR
KELAS : 4 BESTARI

Maksud Kata Partikel

 Kata partikel tergolong dalam kata tugas bahasa Melayu. Kata
tugas terbahagi kepada empat kelompok besar, iaitu kata
penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata
pascafrasa, dan kata praklausa. Kata partikel berada dalam
kelompok kata prafrasa, dan kata pascakata. Kata partikel ini
berupa perkataan yang memberikan penegasan pada bahagian
tertentu dalam ayat, sama ada pada bahagian subjek atau
bahagian predikat. Perkataan-perkataan jua, sahaja, memang,
pun, -kah, -tah, -lah merupakan contoh kata penegas.

Maksud Kata Partikel

 Dengan melihat fungsinya dalam ayat, kata partikel dapat
dibahagikan kepada dua, iaitu kata partikel yang hanya
menegaskan frasa predikat atau bahagian frasa predikat. Kata
partikel yang tergolong dalam kategori ini ialah partikel -kah, -
tah dan –lah. Kedua ialah kata partikel yang bersifat bebas dari
segi kehadirannya dalam ayat, sama ada hadir dalam subjek
atau predikat. Contohnya: hanya, jua, juga, lagi, memang,
sahaja dan pun.

Contoh Penggunaan Kata-Kata
Tersebut:

 Apatah daya orang kurang upaya itu!
 Siapakah juara squasy negara tahun ini?
 Beliaulah yang menjadi harapan keluarganya

sekarang.
 Walaupun kurang sihat, datang juga dia pada hari

ini.
 Saya pun pernah dibawanya bersama.
 Komputer memang satu keperluan masa ini.

 Partikel -kah, -tah dan –lah dikatakan kata kecil yang
tidak mempunyai makna sempurna. Maksudnya,
kata ini tidak boleh mandiri lantaran tiada mempunyai
makna, kecuali hanya untuk menentukan makna
sesuatu ayat; dan pada umumnya, partikel ini
terbentuk daripada satu suku kata sahaja, iaitu
morfem terikat.

 Partikel -kah, -tah dan -lah merupakan partikel
terpenting predikat kerana partikel ini terletak dalam
bahagian predikat ayat, dan oleh sebab terletak
dalam bahagian predikat, maka predikat yang
dipentingkan oleh -kah, -tah dan –lah mestilah
didahulukan dalam susunan (binaan) aya.
Contohnya:

 Maniskah buah langsat ini?
 Dialah yang bersalah.
 Apatah dayaku.

 Dalam ayat (1) – (3), perkataan yang bergabung
dengan -kah, -tah dan -lah ialah predikat ayat. Ayat-
ayat tersebut berasal daripada ayat bersusunan
biasa subjek + predikat seperti yang berikut:

 7. (a) Buah langsat ini / manis.
(S) (P)

 8. (a) Yang bersalah / dia.
(S) (P)

 9. (a) Dayaku / apa?
(S) (P)

 Sesuatu ayat menjadi tidak gramatis sekiranya partikel -
kah, -tah dan –lah dalam bahagian predikat ayat tidak
dikedepankan, seperti yang berikut:

 1. (a) Buah langsat ini / maniskah.
(S) (P)

2. (b) Yang bersalah / dialah.
(S) (P)

3. (c) Dayaku / apatah?
(S) (P)

 Sudah menjadi satu peraturan apabila partikel diletakkan di
bahagian predikat, maka unsur predikat menjadi penting, dan
oleh itu, predikat dikedepankan menjadi ayat (1) – (3).

Dalam jenis dan ragam ayat apakah partikel -kah, -tah dan –
lah ini hadir?

Partikel -kah, dan -tah hadir dalam ayat tanya yang
berperanan sebagai penegas untuk mementingkan predikat
dalam ayat tanya, dalam ayat penyata songsang, ayat
perintah aktif dan ayat perintah pasif.


Click to View FlipBook Version