1 Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas Usahawan MARA
Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas Usahawan MARA01
Laporan Dapatan Kajian
Impak Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) ke atas
Usahawan MARA
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Kajian ini telah melibatkan seramai 2436
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) usahawan MARA bagi tempoh 2 minggu
bermula 18 Mac 2020 selama dua minggu. PKP bermula 1 April 2020 hingga 14 April
Kawalan Pergerakan ini dilanjutkan 2020. Pemilihan sampel adalah dengan
ke fasa 2, dengan tambahan lagi dua mengunakan teknik convenience sampling.
minggu pada 1 April 2020 dan berakhir Soal selidik ini diedarkan melalui laman media
pada 14 April 2020. sosial iaitu Facebook Bahagian Pembangunan
Usahawan MARA dan juga kaedah edaran
MARA telah melancarkan satu soal selidik menerusi sistem aplikasi WhatsApp.
bagi menilai kesan PKP fasa 1 terhadap
usahawan-usahawan yang bernaung
dibawahnya. Ini bagi menilai sejauh
mana impak PKP terhadap perniagaan
yang dijalankan. Kajian ini diharap
dapat menilai impak Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan Pakej Rangsangan
Ekonomi (PRE) kepada usahawan.
Latarbelakang Responden
Responden daripada kluster penerima
kemudahan MARA agak seimbang dengan
majoritinya terdiri daripada penyewa,
penerima pembiayaan dan latihan dan
sebanyak 23% responden menerima lebih
dari satu kemudahan MARA (lain-lain).
02Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas Usahawan MARA
76.8% responden mengalami penurunan pendapatan
perniagaan dimana 43.6% responden mengalami lebih
50% pendapatan. Semua kluster terkesan dengan PKP
ini terutamanya pembinaan, automatif dan gaya hidup
dimana perniagaan terhenti secara terus.
03
Keseluruhan industri telah
mengurangkan bilangan pekerja
Ibmulpeatki nPkeerui nstaahhawKawnaanl an Per g era ka n ( PKP) ke at a s U s a hawa n M A R A ekoran daripada PKP ini. Lonjakan
menunjukkan lebih tinggi kepada
bidang pembinaan, automatif dan
makanan & minuman.
Majoriti Responden memilih ketiga-
tiga faktor yang dicadangkan oleh
soal selidik (lain-lain). Larangan
pergerakan menyebabkan peniaga
tidak dapat menjalankan aktiviti
perniagaan dan ini menyebabkan
rantaian perniagaan terputus.
Responden telah mempelbagaikan
aktiviti sepanjang PKP ini
bagi menjamin kelangsungan
perniagaan. Namun demikian,
sebanyak 41.6% responden menutup
terus operasi perniagaan mereka.
Antara Industri terlibat yang
terkesan ialah pembinaan (51%),
perkhidmatan (47%), automatif
(46%), lain-lain (42%), makanan
(35%) dan gaya hidup sebanyak
34%.
Responden juga dilihat cuba
mempelbagaikan aktiviti
perniagaan mereka dengan
cara beroperasi menerusi online
bagi meneruskan kelangsungan
perniagaan. Malangnya, operasi
secara atas talian bukanlah menjadi
tumpuan kepada responden. Hal ini
demikian kerana hanya 53 responden
sahaja yang menumpukan operasi
perniagaan secara atas talian
tersebut. Keperluan pendidikan dan
pengetahuan akan kepentingan
teknologi digital perlu diperkemaskan
lagi bagi memberikan akses kepada
usahawan.
Kesan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 04
Analisa keperluan responden ketika PKP adalah dengan Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas Usahawan MARA
menangguhan bayaran pembiayaan, sewa dan juga belanja
tetap lain seperti gaji pekerja, utiliti dan cukai-cukai yang
berkaitan (lain-lain) mewakili 81%.
Responden memilih lebih daripada satu jawapan yang
disenaraikan. Keperluan ini telah diberi perhatian oleh Perdana
Menteri Malaysia dalam pembentangan Pakej Rangsangan
Ekonomi (PRE) pada 27 Mac 2020. Ini dibuktikan pada dapatan
bahagian yang seterusnya.
Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas Usahawan MARA 70.4% responden bersetuju mereka menerima manfaat secara terus
05 dengan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dibentangkan oleh Perdana
Menteri pada 27 Mac 2020.
70.5% menerima lebih daripada 1 manfaat yang disediakan oleh pihak
kerajaaan. Terdapat juga usahawan yang mendapat manfaat termasuk
Bantuan Sara Hidup.
Pakej Rangsangan Ekonomi juga
dijangka akan membantu responden
dalam meneruskan survival
perniagaan. 20.1% responden dijangka
dapat bertahan sehingga 12 bulan
sekiranya PKP diteruskan manakala
38% dapat bertahan di antara 3 hingga
6 bulan
RUMUSAN 06
Walaupun kajian ini dijalankan selepas dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas Usahawan MARA
dilaksanakan, ia memberikan kesan yang ketara kepada usahawan tempatan. Penurunan
mendadak kepada pendapatan usahawan ini akibat daripada penutupan perniagaan,
operasi yang terhad dan kunjungan pelanggan. Bilangan pekerja juga terpaksa
dikurangkan dengan ketara, peningkatan 54% usahawan yang menjalankan perniagaan
kendiri (dari 429 responden kepada 939 responden) manakala 44% mengurangkan
bilangan pekerja melibatkan semua sektor industri. Jika PKP berpanjangan, ini akan
meningkatkan kadar pengangguran di Malaysia dan memberikan kesan yang lebih
buruk kepada sektor ekonomi.
Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dilihat dapat mengurangkan beban usahawan dalam
mengharungi ketidaktentuan yang berterusan. PRE dilihat sebagai suntikan jangka
pendek perniagaan, tetapi bagi jangka panjang, ia meningkatkan keyakinan pengguna
dalam berbelanja seterusnya meningkatkan pendapatan menjadi semakin kritikal.
CADANGAN
MARA sebagai sebuah agensi yang menggalak, membimbing, melatih dan membantu
bumiputera dalam bidang keusahawanan perlu menyediakan program dan insentif
seperti yang dicadangkan oleh pihak kerajaan. MARA telah memberikan moratorium
kepada penerima kemudahan pembiayaan perniagaan dan penyewaan sehingga enam
bulan. Bahagian Pembangunan Usahawan juga mengadakan kelas dan latihan secara
online bagi membolehkan usahawan menambah ilmu pengetahuan terutamanya
berkaitan perniagaan secara atas talian.
Pendekatan yang lebih tuntas adalah diperlukan terutamanya bagi usahawan
untuk mengubah corak kebiasaan perniagaan daripada perniagaan konvensional
kepada perniagaan atas talian dan interaktif. Penyediaan rekod-rekod perniagaan
dan mematuhi peraturan semasa akan membolehkan usahawan untuk menerima
kemudahan-kemudahan lain yang ditawarkan oleh lain-lain agensi kerajaan.
07 Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas Usahawan MARA