The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msakirin, 2024-05-29 03:05:41

BULETIN PELABURAN APRIL 24

BULETIN PELABURAN APRIL 24

Sidang Editor berhak meminda mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip yang diterima sama ada disiarkan ataupun tidak disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip ini juga boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalualukan sebarang cadangan atau komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang Editor atau email ke [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved SIDANG EDITOR Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Pelaburan Buletin Sektor MARA APRIL / 2024 PENAUNG Y.Bhg Yahaya Bin Sani Pengarah Kanan Pelaburan MARA Jamizan bin Baki Timbalan Pengarah II KREATIF Mohd. Sakirin bin Lokman Penolong Pengarah TEKNIKAL & HEBAHAN Unit IT Solusi (BITK) Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) PENERBIT Nor Zaini binti Abu Kassim Pengarah EDITOR / WARTAWAN Wan Aida Wan Rohana Binti Mohammed Salleh Ketua Penolong Pengarah JURUFOTO Produksi Kreatif Unit AV, Sumber dari MARA


100 USAHAWAN AUTOMOTIF SERTAI SEMINAR PENJANAAN ASAS TEKNOLOGI EV INISIATIF MARA DALAM MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG) MALAYSIA PENGLIBATAN MARA DI DALAM USAHA SDG MALAYSIA MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) MARA DAN TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TEKNIKAL DI DALAM BIDANG SOLAR (PROSOLAR) MARAS PERANAN MARA DI DALAM INDUSTRI SOLAR DI MALAYSIA DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA PEMANGKIN PELABURAN NEGARA DASAR HIJAU NEGARA TARIKAN POSITIF PELABURAN NEGARA . Seleksi 04 06 09 10 12 14 13 18


BULETIN KORPORAT 4 Pelaburan 4/ 2024 Buletin Sektor 100 USAHAWAN AUTOMOTIF SERTAI SEMINAR PENJANAAN ASAS TEKNOLOGI EV Seramai 100 orang usahawan automotif di bawah kluster Automotif MARA telah didedahkan dengan kenderaan dan teknologi kenderaan elektrik (EV) melalui Seminar Penjanaan Asas Teknologi EV yang dianjurkan oleh Bahagian Industri Pengangkutan, Majlis Amanah Rakyat (MARA). Usaha ini merupakan salah satu inisiatif MARA dalam memacu pertumbuhan industri strategik dan pembangunan mampan secara inklusif melalui penglibatan usahawan Bumiputera dalam segmen kenderaan elektrik negara. Program ini juga selari dengan pengumuman kerajaan pada November 2023 apabila menetapkan sasaran penunjuk Matlamat Pembangunan Mampan Nasional serta memuktamadkan sembilan (9) inisiatif pemacu untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDG) di dalam negara. YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini adalah antara perkara yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis SDG Kebangsaan bagi Tahun 2023, yang dipengerusikannya pada 7 Nov 2023, bagi memastikan pelaksanaan SDG yang lebih berkesan dalam mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030 (Agenda 2030) Malaysia, yang hanya berbaki tujuh tahun lagi. Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki berkata, penganjuran seminar itu merupakan platform asas kepada usahawan


5 4/ 2024 Pelaburan Buletin Sektor automotif untuk lebih terdedah dengan kenderaan dan teknologi EV serta melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kepakaran yang diperlukan untuk mengemudi industri baharu di bawah salah satu inisiatif SDG negara. Menurutnya, seminar itu juga adalah sebahagian daripada komitmen MARA untuk menyediakan tenaga mahir dan usahawan diperlukan oleh negara, terutamanya mereka yang terlibat dalam sektor automotif untuk berkembang maju dalam era mobiliti elektrik. MARA komited dalam menangani anggaran jurang 15 tahun penglibatan Bumiputera di dalam teknologi mobiliti hijau berbanding permintaan dan pasaran dunia. Pemerkasaan usahawan dan profesional Bumiputera dengan lanskap EV yang sedang berkembang pesat mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan peningkatan peluang perniagaan di dalam komuniti. Beliau ditemui ketika hadir pada majlis penutupan seminar itu yang diadakan di Bengkel MARA Liner di sini. Selepas menyempurnakan majlis tersebut, Dr. Asyraf turut dibawa melawat sekitar bengkel dan meninjau fasiliti seperti alat pengecas pantas EV yang dibangunkan dengan kerjasama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta infrastruktur lengkap dua (2) buah bas elektrik yang menggunakan kepakaran dan teknologi tempatan daripada SKS Coachbuilder Sdn Bhd. Sebelum ini, pihak MARA telah menjalin beberapa kerjasama strategik dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), agensi kerajaan dan industri dalam memastikan kejayaan program yang dibangunkan ini. Antaranya ialah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pihak TNB pada 2022 dan projek rintis ujilari kenderaan awam berasaskan EV di Pulau Langkawi pada tahun yang sama dengan kerjasama syarikat pengeluar chasis dan badan bas (coachbuilder) seperti SKS, HINO, Scania dan lain-lain lagi. Pada bulan Jun lalu, MARA telah menerima tambahan dua (2) buah bas elektrik pertama di dunia keluaran HINO Motors dan telah memulakan operasi di Pulau ini sejak September 2023. Bas ini sedang menjalani ujian keberkesanan di laluan terpilih bagi tempoh dua tahun. Inisiatif projek rintis itu, yang telah mendapat sokongan penuh daripada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri, diharap dapat menyokong kepada matlamat SDG nasional serta mengurangkan pelepasan karbon di Pulau itu. Dalam perkembangan lain, syarikat pengangkutan awam dan logistik MARA iaitu MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) turut mengorak langkah ke hadapan dengan menawarkan perkhidmatan bengkel komersial atau lebih dikenali sebagai Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) yang dibangunkan dengan kerjasama HINO. Pihak HINO turut melantik MLSB Langkawi sebagai salah satu pusat Hino Authorized Service Outlet (HASO) yang menawarkan perkhidmatan MRO di Pulau tersebut dan merupakan outlet kedua selepas seumpamanya di Bengkel MLSB Muadzam Shah, Pahang.


6 Pelaburan 4/ 2024 Buletin Sektor Dalam konteks Malaysia, kerajaan telah berusaha ke arah menyelaraskan dasar dan rancangan pembangunan negara ke arah pencapaian matlamat SDG. Ini melibatkan penjajaran perancangan serta penyepaduan prinsip dan sasaran SDG ke dalam agenda pembangunan negara. Beberapa aspek atau bidang tumpuan khusus bagi Malaysia berhubung dengan SDG termasuk pembasmian kemiskinan, pendidikan berkualiti, pertumbuhan ekonomi yang mampan, tadbir urus serta kolaborasi strategik, pemuliharaan alam sekitar dan rangkuman sosial. Malaysia juga telah memperkenalkan penunjuk SDG nasional dan inisiatif terlibat yang diterjemahkan ke dalam Pelan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan Fasa 2 yang sedang dilaksanakan. Data yang dikeluarkan oleh Laporan Pembangunan Mampan (Sustainable Development Report) pada tahun 2023 menunjukkan Indeks SDG Malaysia menduduki tangga ke-78 di kalangan 166 negara yang menyokong matlamat SDG, dengan markah menghampiri 70 (rujuk gambarajah di bawah). Malaysia adalah di antara negara di Asia Tenggara yang menyokong sepenuhnya inisiatif SDG, di mana Trend & Dashboard SDG Malaysia menunjukkan majoriti usaha ke arah pencapaian 17 inisiatif SDG berada di tahap penambahbaikan atau ‘Work In Progress’(rujuk gambarajah di bawah). Inisiatif MARA Dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia RENCANA KOPORAT Senario Matlamat Pembangunan (SDG) Malaysia Malaysia, seperti kebanyakan negara lain, komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan atau lebih dikenali dunia sebagai Sustainable Development Goals (SDG) yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). SDG merupakan himpunan tujuh belas (17) matlamat global yang direka untuk dijadikan asas kepada pelan tindakan untuk mencapai masa depan yang lebih baik, lestari dan mampan untuk semua menjelang 2030 (Agenda 2030). Setiap matlamat ini menangani aspek pembangunan mampan yang berbeza, termasuk membasmi kemiskinan, memastikan akses kepada pendidikan berkualiti, peningkatan akses kepada internet, mempromosikan tenaga boleh baharu, kepentingan alam sekitar, memerangi perubahan iklim dan lain-lain lagi. 6 Pelaburan 4/ 2024 Buletin Sektor


7 4/ 2024 Pelaburan Buletin Sektor Usaha di Malaysia untuk memajukan SDG melibatkan gabungan inisiatif dasar, perkongsian dengan pemegang taruh (stakeholders) atau pelbagai pihak berkepentingan dan pemantauan serta pelaporan kemajuan yang berterusan. Kerajaan, di samping organisasi masyarakat sivil dan sektor swasta, memainkan peranan penting dalam melaksanakan dan memantau inisiatif SDG di peringkat nasional. Selain itu, kesedaran dan penglibatan awam juga adalah komponen penting SDG, kerana ia memerlukan tindakan kolektif dan komitmen daripada semua segmen masyarakat. Secara keseluruhannya, pendekatan Malaysia terhadap SDGs melibatkan usaha yang komprehensif dan diselaraskan untuk menangani pelbagai cabaran pembangunan mampan, dengan matlamat utama untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan kelestarian masa depan untuk semua. Malaysia telah mengorak langkah drastik ke arah pencapaian matlamat ini melalui beberapa inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan seperti berikut:- a) Dasar dan Rancangan Jangkamasa Panjang Pembangunan Negara Malaysia telah memasukkan SDG ke dalam rancangan pembangunan negara, termasuk Rancangan Malaysia Ke-12 dan Polisi Ekonomi Baru (NEP). Usaha yang sama turut ditekankan di dalam dasar terkini negara dan digazetkan sebagai salah satu elemen didalam pendekatan Malaysia MADANI. Keseluruhan perancangan dan pelan ini menggariskan strategi dan inisiatif untuk mencapai pembangunan mampan merentas pelbagai sektor di dalam negara. b) Semakan Kebangsaan Sukarela Voluntary National Review (VNR) Sebagai salah satu negara yang menyokong matlamat SDG ini, Malaysia telah mengambil bahagian dalam proses VNR, yang melibatkan pelaporan komprehensif tentang kemajuan ke arah pencapaian matlamat SDG di peringkat global. VNR menyediakan penilaian menyeluruh tentang pencapaian, cabaran dan rancangan masa depan Malaysia yang berkaitan dengan SDG. Malaysia telah membentangkan laporan VNR terkini di dalam platfom High Level Political Forum On Sustainable Development (HLPF) yang berlangsung pada tahun 2021. c) Penglibatan Pelbagai Pihak Berkepentingan / Pemegang Taruh (Stakeholders) Malaysia telah menekankan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak di semua peringkat pentadbiran negara termasuk kerajaan pusat,kerajaan negeri, agensi kerajaan, organisasi masyarakat sivil dan sektor swasta atau korporat dalam memacu pelaksanaan SDG dan memantau kemajuan inisiatif ini daripada semasa ke semasa. 4/ 2024 Pelaburan 7 Buletin Sektor


8 Pelaburan 4/ 2024 Buletin Sektor d) Tumpuan kepada Pendidikan Berkualiti Malaysia telah mengutamakan usaha untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan peluang pembelajaran sepanjang hayat, selaras dengan SDG 4 (Quality Education). Malaysia dikenali sabagai salah satu negara yang mempunyai ekosistem pendidikan yang baik dan menyeluruh, merentasi peringkat rendah, menengah, mahupun tertiari. e) Program Pembasmian Kemiskinan Kerajaan Malaysia telah melaksanakan program yang bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup. Di dalam aspek SDG 1 (No Poverty), Malaysia telah berjaya mengurangkan peratusan di bawah paras kemiskinan daripada 8.4% pada 2020 kepada 6.2% pada 2022. Manakala, bagi SDG 8 (Decent Work & Economic Growth) pula, kadar pengangguran negara turun daripada 4.6% pada tahun 2021 kepada 3.4% pada Ogos 2023. f) Pemuliharaan Alam Sekitar Malaysia juga tidak pernah ketinggalan di dalam inisiatif untuk melindungi alam sekitar dan menggalakkan amalan mampan. Sektor awam dan swasta negara pada masa kini amat menitikberatkan aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG), sejajar dengan matlamat SDG 13 (Climate Action) dan SDG 15 (Life On Land). g) Pelaksanaan Tenaga Boleh Baharu / Diperbaharui Di dalam melaksanakan inisiatif SDG 7 (Affordable & Clean Energy), Malaysia, Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional Berhad dan Petronas telah banyak melabur dan menceburkan diri di dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidrogen. Kerajaan turut menyokong kemasukan teknologi kenderaan elektrik (EV) ke dalam industri automotif negara dalam mengawal kadapelepasan karbon di dalam negara. Malaysia juga melaksanakan dasar membuka pintu kepada pelaburan EV ke dalam negara oleh syarikat-syarikat seperti TESLA, BYD dan lain-lain. Inisiatif dan usaha ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk menyepadukan prinsip pembangunan mampan merentas dasar dan inisiatifnya dan sentiasa berusaha ke arah pencapaian SDG menjelang 2030. 8 Pelaburan 4/ 2024 Buletin Sektor


9 4/ 2024 Pelaburan Buletin Sektor Penglibatan MARA di dalam usaha SDG Malaysia Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah sebuah agensi di bawah kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang ditubuhkan pada1 Mac 1966, sebagai sebuah badan korporat berkanun tertakluk di bawah Akta Parlimen hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965. MARA yang bertindak sebagai social-engineering agency telah dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan dan membangunkan tahap sosioekonomi dan kemasyarakatan kawasan luar bandar melalui pendidikan, keusahawanan dan pelaburan. MARA juga menjadi agensi peneraju yang berperanan untuk meningkatkan penglibatan kaum Bumiputera di dalam aktiviti keusahawanan dan pelaburan dengan skop pendekatan 3P iaitu Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan yang akan mencorak haluan baharu MARA dan kaum Bumiputera khasnya. MARA adalah satu-satunya agensi yang mempunyai ekosistem lengkap dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan sosio ekonomi masyarakat luar bandar. Pada masa kini, MARA berlandaskan satu pelan strategik yang digubal untuk membawa MARA sebagai salah sebuah organisasi hibrid, selain mendokong polisi dan prinsip kerajaan, MARA juga mampu menjadi pemain sampingan di dalam industri strategik yang ditetapkan. Pelan Strategik MARA (2021 – 2025) dibangunkan melalui gabungan empat (4) sektor utamanya yang membentuk ekosistem lengkap MARA sebagai sebuah agensi pembangunan kerajaan yang mampu membangunkan ekonomi dan sosial masyarakat. Sektor Keusahawanan, Sektor Pendidikan dan Sektor Pelaburan merupakan sektor kritikal yang menterjemahkan kemudahan serta fungsi utama MARA kepada masyarakat. Manakala, Sektor Khidmat Pengurusan MARA pula bertindak sebagai pemacu (enabler) yang menjadi tulang belakang MARA dalam memastikan keseluruhan ekosistem ini ditadbir urus dengan baik. Penglibatan MARA di dalam inisiatif SDG negara telah bermula sejak dahulu lagi, di mana MARA memainkan peranan secara tidak langsung dalam menyumbang kepada modal insan dan pemain utama industri ini. Walau bagaimanapun, keseriusan kerajaan dalam usaha SDG ini telah menyebabkan MARA mengorak langkah proaktif menjadi organisasi yang mewakili masyarakat Bumiputera khususnya, untuk terlibat secara langsung dalam membentuk masa depan negara yang mampan. 4/ 2024 Pelaburan 9 Buletin Sektor


10 Pelaburan 4/ 2024 Buletin Sektor Memorandum Persefahaman (MoU) MARA dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perjalanan usaha MARA ke arah SDG, secara langsungnya bermula pada 26 Ogos 2022 apabila MARA mengadakan kolaborasi strategik dan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kerjasama ini bukan sahaja melibatkan kedua-dua organisasi utama, malah merangkumi program, projek dan pengoperasian subsidiari pihak-pihak terlibat. Pemasangan sistem solar photovoltaik di Institutsi Pendidikan MARA (IPMa) MARA mengambil langkah proaktif dalam melestarikan alam sekitar dan usaha peningkatan kecekapan perbelanjaan serta operasi, untuk berkerjasama dengan TNB melalui salah sebuah anak syarikat TNB, GSPARX Sdn. Bhd., dalam pemasangan panel sistem solar photovoltaik bagi menjana tenaga elektrik bersih di IPMa. Program kerjasama, yang menjurus kepada SDG 7 (Affordable and Clean Energy) dan SDG 17 (Partnership For The Goals) ini, akan membuka laluan, peluang dan manfaat kepada kedua-dua pihak untuk meneroka prospek yang lebih luas dalam agenda peralihan sumber tenaga dan kemajuan negara. Usaha ini juga menjadi penggerak kepada pelan jangkamasa panjang negara (RMKe12), terutamanya kelestarian alam sekitar dengan meningkatkan komitmen terhadap agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Pihak TNB telah menetapkan sasaran pelepasan karbon sifar bersih dalam mendukung inisiatif Skop perjanjian kerjasama ini melibatkan lima (5) skop utama iaitu:- • Pemasangan sistem solar photovoltaik di Institutsi Pendidikan MARA (IPMa) • Pembangunan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) di premis MARA dan MARA Liner • Projek Internet dan Telekomunikasi (ALO) di IPMa • Pembangunan Modal Insan dan Latihan di dalam bidang TVET • Program keusahawanan industri yang melibatkan SDG MARA – TNB Objektif utama kerjasama ini adalah untuk menyokong dan memperkukuhkan usaha ke arah kelestarian alam sekitar yang holistik untuk menyumbang dalam pertumbuhan industri dan ekonomi negara. Kerjasama ini juga sejajar dengan inisiatif Malaysia ke arah SDG amnya, dan berdasarkan Polisi Tenaga Boleh Baharu Kebangsaan 2025 di bawah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, khususnya. negara neutral karbon menjelang 2050. Kerjasama dengan pihak MARA ini akan mempercepatkan pelaksanaan nyah karbon sektor tenaga yang akan menjadi kunci utama kejayaan Peralihan Tenaga Baharu/Bertanggungjawab. Pembangunan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) di premis MARA dan MARA Liner Pada tahun 2021, pihak MARA telah memulakan satu lagi inisiatif ke arah SDG 7 negara dengan melihat peluang serta prospek di dalam sistem pengangkutan awam menggunakan teknologi EV. Setelah lebih setengah abad, MARA menyampaikan perkhidmatan pengangkutan awam kepada penduduk luar bandar khususnya melalui jenama MARA Liner (dahulunya dikenali sebagai Kenderaan Bas MARA, KBM), telah tiba masanya, MARA menyahut pelan kerajaan di dalam agenda SDG untuk menggunakan teknologi mesra alam serta mampan di dalam kemudahannya. Melalui kerjasama dengan pihak TNB, satu projek rintis ujilari kemudahan pengangkutan awam berasaskan EV telah dilaksanakan di Pulau Langkawi, 10 Pelaburan 4/ 2024 Buletin Sektor


11 4/ 2024 Pelaburan Buletin Sektor Kedah. Lokasi pemilihan projek ini dibuat bukan sahaja secara praktikaliti dan penyampaian perkhidmatan langsung kepada lebih 68,000 orang penduduk, tetapi disebabkan oleh teknikaliti teknologi EV berdasarkan laluan luar bandar dan pengazetan Pulau tersebut sebagai Pulau Bebas Karbon pada tahun 2030 oleh pihak berkuasa tempatan. Kerjasama projek ini tidak tertakluk hanya kepada pihak TNB, tetapi berkonsepkan tripartite (3 penjuru) dengan pemain industri. Pihak MARA juga telah menjalin kerjasama strategik dengan syarikat pengeluar chasis dan pembuatan badan bas (coachbuilders) seperti SKS Coachbuilder, HINO, Scania, TMJ, Go Auto dan lain-lain lagi. Inisiatif ini juga adalah sejajar dengan SDG 17, apabila semua pihak, secara kolektif menyumbang kepada usaha melahirkan masa depan yang mampan. Pihak TNB, melalui bahagian bertanggungjawab, PMO EV, dan anak syarikatnya, TSG Sdn Bhd telah membangunkan infrastruktur stesyen pengecas elektrik berkuasa tinggi (DV/120Kw) di dalam Bengkel MARA Liner, Pulau Langkawi yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada masyarakat setempat. Sejumlah empat (4) buah bas dengan melibatkan empat (4) laluan sebenar perkhidmatan MARA Liner telah dijadikan sebagai pelaburan aset untuk projek ini. Manakala, pihak industri pula, menyediakan kemudahan bas berserta teknologi EV dalam merealisasikan projek rintis ini. Menghampiri tempoh dua (2) tahun ini, kesemua pihak telah mempunyai data lengkap untuk proses pembuatan keputusan komersil bagi projek berasaskan EV ini. Projek Internet dan Telekomunikasi (ALO) di IPMa Merujuk kepada kenyataan YAB PM Malaysia selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis SDG Kebangsaan pada 7 November 2023, dalam merealisasikan SDG 17 (Partnership For The Goals), penggunaan individu untuk Internet meningkat daripada 81.2% pada 2018 kepada 97.4% pada tahun 2022. Salah satu skop kerjasama di antara MARA dan TNB ini melibatkan penyediaan akses internet jalur lebar dan perkhidmatan telekomunikasi di premis Institusi Pendidikan MARA (IPMa) oleh salah sebuah anak syarikat TNB, Alloy Technologies Sdn. Bhd. Lokasi pertama yang dipilih untuk melaksanakan projek ujilari ini ialah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghaffar Baba, Terendak, Melaka, di mana pihak TNB menjadikan pusat ini sebagai lapang sasar pertama untuk menjadi pesaing kepada syarikat utama perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Projek yang telah dimulakan pada tahun 2023 ini melibatkan pemasangan infra serta infrastruktur telekomunikasi di MRSM tersebut, dengan sampel pengguna melebihi 1,000 orang. TNB mensasarkan pengkomersilan perkhidmatan ini di seluruh negara pada tahun mendatang dan mempunyai data lengkap untuk penambahbaikan perkhidmatan melalui projek yang sedang dilaksanakan dengan MARA ini. Komitmen kedua-dua pihak ini mampu membuka lembaran baharu di dalam sumbangan kepada inisiatif SDG negara. Pembangunan Modal Insan dan Latihan di dalam bidang TVET MARA mempunyai ekosistem pendidikan yang paling lengkap berbanding organisasi lain. Sistem Pendidikan MARA tersesar kepada semua pihak dan lapisan masyarakat dan bergerak secara horizontal ke semua tahap pendidikan sedia ada. Bermula dengan pendidikan peringkat menengah sehinggalah ke peringat tinggi, MARA menjadi salah satu organisasi penyumbang tenaga kerja, modal insan dan usahawan utama negara. Laluan pendidikan dan kerjaya yang dibentuk oleh sistem MARA terbahagi kepada dua (2) segmen utama iaitu profesional dan teknikal (Technical & Vocational Education and Training, TVET). Berbekalkan tahap kebolehpasaran modal insan yang dilahirkan oleh MARA melebihi 97 peratus, program pembangunan modal insan yang terlibat melalui kerjasama ini, akan memberi kelebihan atau manfaat kepada lebih 30 ribu orang pelajar serta pelatih bidang TVET yang akan diperkasa di bawah ekosistem MARA dan TNB. Program keusahawanan industri yang melibatkan SDG MARA – TNB MARA, yang dipacu oleh Sektor Keusahawanan telah melahirkan berjuta usahawan di di dalam dan luar bandar sejak daripada awal penubuhannya. Berbekalkan pengalaman selama lebih 50 tahun, MARA menawarkan pelbagai kemudahan yang terdiri daripada sistem sokongan kepada perniagaan seperti pembiayaan dan premis perniagaan, termasuk program pembangunan kendiri para usahawan ditawarkan oleh MARA, dalam menyokong matlamat keusahawanan negara. Kerjasama dengan pihak TNB secara tidak langsung dapat memastikan pengwujudan serta pembangunan usahawan di dalam industri SDG dapat dilaksanakan secara strategik dan holistik. Skop yang membabitkan program keusahawanan turut digariskan secara khusus di dalam salah satu pencapaian matlamat kerjasama ini. Pelaburan Buletin Sektor


12 Pelaburan 4/ 2024 Buletin Sektor Program PROSOLAR MARA dibangunkan bertujuan untuk meningkatkan penyertaan serta pemilikan usahawan Bumiputera, di samping memberi galakan kepada para pelajar lepasan institusi pengajian tinggi awam dan swasta khususnya pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) untuk menceburi atau menjalankan perniagaan di dalam bidang solar. Program yang dibangunkan hasil daripada kerjasama dengan pihak TNB ini telah memasuki fasa kedua apabila mendapat sambutan yang menggalakkan di peringkat awal pengenalannya pada tahun 2022. Melalui program ini, MARA bertindak sebagai pihak perantara (intermediary) yang menghubungkan beberapa pihak di dalam rantaian industri terbabit di dalam satu program komprehensif. Program mendapat kerjasama penuh daripada salah satu anak syarikat TNB, GSPARX Sdn. Bhd. dan usahawan MARA yang terkenal di dalam industri solar, Gading Kencana Sdn. Bhd. Fungsi syarikat Gading Kencana Sdn. Bhd. di dalam program ini tertumpu kepada penyediaan projek dan pasaran bagi memanfaatkan projek pembelian tenaga yang diterima daripada pihak TNB. Program ini juga merupakan kesinambungan kepada usahasama di antara MARA dan TNB yang mencetus peluang pelaburan bernilai RM150 juta melalui projek pemasangan panel solar Rooftop di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Se-Malaysia. Seramai seratus (100) orang usahawan yang dipilih dan hanya dua puluh (20) peserta terbaik telah disenarai pendek untuk mengikuti program, yang telah diperuntukkan sebanyak RM3 juta oleh pihak MARA, yang terdiri daripada latihan berstruktur, merangkumi latihan Program Pembangunan Usahawan Teknikal Di Dalam Bidang Solar (PROSOLAR) MARA keusahawanan, latihan teknikal, pensijilan kompetensi dan pemantauan secara berkala. Manakala, fasa lanjutan program ini menawarkan sistem sokongan ke atas perniagaan usahawan terbabit termasuk pembiayaan perniagaan, geran pemasaran dan premis perniagaan MARA. Pihak MARA menjangkakan sebanyak lebih daripada 100 peluang pekerjaan dan nilai jualan melebihi RM4 juta akan dihasilkan sebagai outcome program ProSolar Fasa Pertama ini. Bilangan peserta yang dijangka memenuhi permintaan pasaran sedia ada pada masa sekarang ialah seramai 120 orang. Jumlah ini amat signifikan kepada inisiatif SDG yang akan menyumbang kepada peratusan inisiatif SDG negara. Program ProSolar ini mendapat sokongan positif daripada pihak pengawalselia dan badan pentauliahan pensijilan industri tenaga baharu negara, iaitu Sustainable Energy Development Authority (SEDA). Peserta program ProSolar akan mempunyai kelebihan daripada aspek pensijilan serta pentauliahan sebagai Registered Photovoltaic Service Provider (RPVSP) oleh SEDA, yang akan memberi nilai tambah kepada peserta di dalam pasaran industri tenaga baharu, terutamanya di dalam sektor kritikal seperti kerajaan dan rumah kediaman. Di dalam aspek lain, program ProSolar ini, secara tidak langsung juga membuka peluang baharu kepada usahawan perkilangan panel solar, bertindak sebagai inisiatif ke arah pengurangan penggunaan tenaga elektrik (Net Energy Metering, NEM), penjimatan kos operasi melalui penggunaan tenaga bersih yang boleh diperbaharui dan bertetepatan dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bebas karbon pada tahun 2050. pengurangan pelepasan karbon melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui. 12 Pelaburan 4/ 2024 Buletin Sektor


13 4/ 2024 Pelaburan Buletin Sektor Melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak SEDA, pasaran solar bagi tahun 2021-2025 di Malaysia merangkumi pemasangan solar Roof Top dan Large Scale Solar adalah sebanyak RM6.24 bilion dan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri ini adalah sebanyak 4,921 yang terdiri daripada pemasang panel, pereka dan lain-lain pekerjaan yang berkaitan. Industri berasaskan teknologi hijau seperti penggunaan sumber tenaga suria, air dan sebagainya diperkenalkan bagi menggantikan sumber tenaga sedia ada yang mempengaruhi kadar pelepasan karbon dioksida ke udara. Pihak MARA berperanan dalam menyokong pembangunan teknologi ini melalui pelbagai inisiatif, penyediaan ruang serta peluang, dalam merencana program berpotensi tinggi untuk membantu memperkasakan usahawan Bumiputera dalam bidang solar, sekaligus meningkatkan keupayaan dan daya saing usahawan agar lebih berdaya saing di pasaran. Industri yang berpotensi tinggi untuk menggunapakai tenaga solar ialah industri perhotelan hasil daripada peralihan kepada Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy, RE) atau penggunaan tenaga solar bagi mengatasi krisis tenaga, berikutan kenaikan tarif elektrik bagi pihak industri dan komersial pada ketika ini. Menurut sumber laporan akhbar, sebanyak 388 hotel bertaraf empat dan lima bintang terkesan teruk apabila berdepan peningkatan kos yang sangat tinggi iaitu hampir 40 peratus kenaikan akibat pelarasan tarif. Kesemua hotel terlibat menggunakan hampir sejuta Peranan MARA Di Dalam Industri Solar di Malaysia kilowatt jam (kWj) sebulan berbanding kira-kira 4,300 hotel bajet dan hotel bertaraf dua bintang ke bawah yang menggunakan hanya 20,000 kWj sebulan. Pilihan terbaik buat industri perhotelan agar dapat meningkatkan produktiviti dan pengurangan kos operasi adalah menggunakan tenaga boleh baharu atau pemasangan panel solar di bumbung hotel. Keadah ini dijangka dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 30 peratus dan mampu mempengaruhi keuntungan hotel dalam jangka masa panjang. Sektor perkilangan negara juga dilihat mempunyai perkembangan positif di dalam penggunaan tenaga solar bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga elektrik konvensional, sekaligus mempengaruhi kos pengoperasian serta perkilangan secara keseluruhan. Penggunaan teknologi solar juga telah mula diterima oleh pengguna domestik, iaitut masyarakat Malaysia yang terdedah kepada impak peralihan tenaga baharu dunia. Pembukaan bandar serta kawasan perumahan baharu dilihat mula menyediakan kemudahan berasaskan penggunaan teknologi hijau (green city) sebagai alternatif kepada penduduk. Secara keseluruhannya, keperluan terhadap industri tenaga baharu seperti solar ini menyediakan peluang pasaran bernilai tinggi kepada para usahawan di dalam negara, terutamanya kepada usahawan Bumiputera dengan bantuan, sokongan dan peranan pihak berkepentingan yang terdiri dariada agensi kerajaan seperti MARA, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti TNB dan industri seperti syarikat Gading Kencana Sdn. Bhd. dan peserta ProSolar. Sumber: Rizal Effendi Bin Razali Pengarah MARA Perak 4/ 2024 Pelaburan 13 Buletin Sektor


Menyedari akan kepentingan dasardasar negara yang diperkenalkan, kerajaan memandang serius akan perkara ini kerana dasar-dasar ini akan memberikan pulangan positif kepada negara pada masa hadapan. Bertepatan dengan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 baru-baru ini,penguasaan teknologi baharu turut menjadi salah satu kluster yang menekankan penggunaan teknologi baharu dan penciptaan baharu yang membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan dan berteknologi tinggi. Langkah dalam mempercepatkan teknologi dan inovasi akan ditumpukan kepada teknologi terbaharu. Selaras dengan ini, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Teknologi Hijau negara sebagai salah satu agenda mempercepatkan dan melaksanakan Dasar 4IR Negara yang akan diselaraskan melalui Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara. Secara sepintas lalu Dasar Teknologi Hijau Negara ini merangkumi unsur ekonomi, alam sekitar dan sosial seperti yang digariskan oleh lima (5) objektif yang berikut: • Untuk menyelaraskan pertumbuhan industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangan Teknologi Hijau terhadap ekonomi negara; • Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; • Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya Dasar Teknologi Hijau Negara Pemangkin Pelaburan Negara saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa; • Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; • Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau. • Matlamat kebangsaan mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat. Persekitaran yang sihat akan membawa kesejahteraan kepada kehidupan rakyat Malaysia. Lantaran itu beberapa matlamat jangka pendek dan jangka panjang telah digubal dalam menentukan agenda negara tercapai matlamat dan berada dalam landasan yang betul ke arah menuju negara maju. Matlamat Jangka Pendek Rancangan Malaysia Ke-10 Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui programprogram sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau. Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan; Pelaburan langsung asing (foreign direct investments, FDIs) dan pelaburan langsung tempatan (domestic direct investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau dan Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai. 14 Pelaburan 4/ 2024 Buletin Sektor


Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat (4) sektor utama yang berikut: • Sektor Tenaga Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (cogeneration) di sektor industri dan komersial. • Sektor Penggunaan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga. • Sektor Bangunan Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan; • Sektor Air dan Pengurusan Sisa Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; • Sektor Pengangkutan Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam. Matlamat Jangka Sederhana Rancangan Malaysia Ke-11 Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan. Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau .Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan. Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta Inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional. Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global dan peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi. Matlamat Jangka Panjang Rancangan Malaysia Ke-12 Tempoh seterusnya penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia. Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara. Pengurangan signifikan dalam penggunaan tenaga negara. Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran (environmental ratings). Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global dan Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau. Teras Strategik 1 • Mengukuhkan Kerangka Institusi dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui: • Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan (stakeholders) utama untuk melaksanakan Dasar Teknologi Hijau yang efektif. • Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. • Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif. • Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; • Penjelasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan tanggungjawab masingmasing. 15 4/ 2024 Pelaburan Buletin Sektor


Teras Strategik 2 • Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global, menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara. Ini boleh dicapai melalui Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh langkahlangkah kewangan dan fiskal bagi membantu peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan matlamatnya. • Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri. • Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri tempatan. • Menubuhkan hab Teknologi Hijau yang strategik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; • Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau. Teras Strategik 3 • Memperkukuh Pembangunan Modal Insan dalam Teknologi Hijau Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui: • Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau; • Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau di peringkat ijazah sarjana muda dan pascaijazah; • Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau; • Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang Teknologi Hijau; • Pengeksploitasian Program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor Teknologi Hijau. Sungai Kinta di Ipoh, Perak. Teras Strategik 4 • Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan aplikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui: • Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC, Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan; • Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan Pusat Kecemerlangan atau Institut Penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau; • Perkongsian pintar antara kerajaan, industri dan pusat penyelidikan; • Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau. Teras Strategik 5 • Promosi dan Kesedaran Awam Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah: • Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau; • Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau; • Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif; • Program demonstrasi secara efektif dalam aplikasi Teknologi Hijau; • Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti yang berhubung dengan kerajaan. 16 Pelaburan 4/ 2024 Buletin Sektor


Petunjuk Utama Negara Merupakan kriteria yang ditetapkan untuk mengukur kejayaan Dasar Teknologi Hijau dan inisiatifnya. Ia menyediakan mekanisme maklum balas dan peluang untuk memperbaiki atau mengukuhkan usaha, sekiranya perlu. Petunjuk Utama Negara berikut akan terus diperhalusi menjadi petunjuk prestasi kuantitatif dan kualitatif (KPI) untuk setiap Rancangan Malaysia dan rancangan tahunan untuk pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan. Alam Sekitar Pengurangan awal dalam kadar kenaikan pengeluaran GHG dan seterusnya ke arah pengurangan tahunan pengeluaran GHG. Memperbaiki kedudukan dalam tahap persekitaran menjelang tahun 2030 dan Peningkatan kualiti udara dan air sungai. Ekonomi Industri Teknologi Hijau menyumbangkan peratus dan nilai yang ketara kepada KDNK negara; Jumlah yang besar akan dilaburkan dalam industri Teknologi Hijau melalui pelaburan langsung asing (FDIs) dan pelaburan langsung tempatan (DDIs). Meningkatkan bilangan industri Hijau yang diiktiraf dan jumlah hasil atau pulangan balik dalam negara. Industri Teknologi Hijau mewujudkan peningkatan bilangan pekerjaan yang bertambah di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan serta SMEsatau SMIs dan meningkatkan jumlah spin-off dan industri sokongan daripada industri Teknologi Hijau. Sosial Lebih banyak kota, perbandaran dan komuniti mengamalkan Teknologi Hijau dan diklasifikasikan sebagai Perbandaran Hijau. Lebih ramai rakyat Malaysia menghargai Teknologi Hijau dan budaya Teknologi Hijau akan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka dan memperbaik kualiti hidup di Malaysia. Disediakan oleh: Wan Aida Rohana Binti Mohammed Salleh Sumber: Dasar Teknologi Hijau Negara 17 4/ 2024 Pelaburan Buletin Sektor


Malaysia berjaya mencapai minat pelaburan baharu dengan potensi nilai RM45.4 bilion hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman baru-baru ini menunjukkan peluang pelaburan baharu yang bakal diadakan bersama dengan Jerman. Lawatan tersebut akan memberi impak positif kepada negara yang sedang mengorak langkah dalam membuka lembaran baharu dalam bidang pelaburan negara yang akan merancakkan perdagangan antarabangsa di antara kedua-dua negara. Insentif yang ditawarkan negara dalam persaingan bagi mendapatkan peluang pelaburan ini hampir sama dengan negara-negara jiran tetapi yang menarik negara Jerman terhadap Malaysia adalah kestabilan politik, dasar-dasar yang jelas dan kesediaan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan dalam mempercepat proses kelulusan projek-projek selain dasar Malaysia berkaitan peralihan tenaga membantu menarik pelaburan baharu. Dasar-dasar hijau Malaysia terutamanya, transisi tenaga dan tenaga boleh baharu, penyelidikan dalam bidang hidrogen, solar dapat menarik perhatian Jerman untuk melabur di Malaysia. Penerapan dasar hijau ini menjadi pemangkin Dasar Hijau Negara Tarikan Positif Pelaburan Negara dalam usaha menarik pelaburan ke Malaysia pada masa akan datang. Dasar-dasar hijau ini memberikan tarikan positif kepada negara luar untuk memulakan kerjasama dua hala dengan Malaysia. Pertemuan dua hala Perdana Menteri dengan rakan sejawatan, Canselor Olaf Scholz selain bertemu Naib Canselor Jerman merangkap Menteri Ekonomi dan Tindakan Iklim Robert Habeck, serta mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier telah menampakkan minat yang mendalam Jerman membuka peluang pelaburan baharu kepada negara. Pertemuan tersebut turut berlangsung dengan 38 peneraju industri dari Jerman, Belgium, Perancis dan Belanda dengan memberikan komitmen untuk Jerman sama ada membuat pelaburan baharu atau meningkatkan pelaburan sedia ada di Malaysia. Peneraju syarikat utama yang ditemui Perdana Menteri di Berlin dan Hamburg termasuklah dari X-Fab Silicon Foundries, Melexis, Infineon Technology, Schott AG, Siemens Energy, Nexperia dan Airbus. Disediakan oleh: Wan Aida Rohana Binti Mohammed Salleh Editor Buletin Pelaburan MARA Sumber: Berita Harian Usaha menarik pelaburan ke Malaysia disokong dengan liputan media antarabangsa seperti Financial Times dan New York Times yang menganggap Malaysia sebagai pusat perkembangan elektronik dan semikonduktor dunia juga membantu usaha dalam membuka peluang-peluang pelaburan kepada negara. Perkara ini amat jelas apabila Syarikat aeroangkasa Airbus pula bersedia membeli produk dan perkhidmatan bernilai RM1.4 bilion dari Malaysia untuk Jerman dalam tempoh lima tahun akan datang. Peluang ini akan memberi pulangan yang besar kepada pelaburan negara yang lebih mapan. 18 Pelaburan 4/ 2024 Buletin Sektor


19 4/ 2024 Pelaburan Buletin Sektor


Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur. Tel: 03 2613 2401 Faks: 03 2691 0075 Email: [email protected] Copyright ©️ MARA 2021. All rights reserved


Click to View FlipBook Version