Smart Pedagogy Approach
Smart Pedagogy Approach
SMART PEDAGOGY APPROACH
TAHAJUDD MAJU ENTERPRISE
(SA0250373-P)
N0.51, Jalan TP-1, Taman Perdana,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.
Cetakan Kedua
Hakcipta Terpelihara 2022
Smart Pedagogy Approach
PRAKATA
Modul ‘Smart Pedagogy Approach’ dibangunkan bagi membantu dan memperkasa peranan
guru-guru dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mengaplikasi idea serta bahan
inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ia juga bertujuan sebagai garis
panduan dalam memantapkan idea pengajaran guru dengan pendekatan dan strategi yang
bersesuaian dengan minat, tahap dan kecenderungan murid di dalam bilik darjah. Diharapkan
modul ini dapat sama-sama membantu merealisasikan aspirasi Kementerian Pendidikan
Malaysia yang berfokuskan kepada Pendidikan Untuk Semua dan mencapai objektif bagi
melahirkan murid yang berdaya saing, berkemahiran dan berfikiran aras tinggi serta
berkerjaya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dengan adanya modul ini, diharapkan dapat meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan ke arah membentuk generasi yang boleh menyumbang
ke arah membangunkan negara Malaysia. Sebaliknya, potensi diri yang ada pada mereka
perlu diketengahkan serta ditonjolkan supaya mereka dapat bersaing dalam masyarakat
bersama-sama golongan yang lain. Semoga modul ini dapat membantu pihak sekolah, pihak
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia
bagi memacu generasi muda ke arah kecemerlangan pendidikan dan kemahiran kendiri yang
tinggi.
Sekian, terima kasih.
Penulis
i
Smart Pedagogy Approach
KANDUNGAN MUKA
SURAT
PRAKATA Pengenalan
BAB 1 Kompetensi Guru Pendidikan Khas i
BAB 2 Peranan Guru Dalam Pendidikan Khas 1
BAB 3 Kemahiran Asas Kompetensi Guru Pendidikan Khas 4
BAB 4 Ciri-ciri Guru Cemerlang 7
BAB 5 Rujukan 9
Indeks 15
Glosari 17
Biodata Penulis 18
19
21
ii
Smart Pedagogy Approach
BAB 1
PENGENALAN
Halatuju dalam amalan pendidikan jelas menyatakan Falsafah Pendidikan Khas adalah satu usaha yang
berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,
mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai individu dan
ahli masyarakat yang seimbang serta produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Untuk itu, peluang menyediakan pendidikan khas adalah penting untuk dilaksanakan sejajar dengan
dasar pendidikan di Malaysia untuk memberikan peluang pendidikan yang sama rata dan pemberian
akses pendidikan yang maksimum kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa
dan agama. Pendidikan Khas dilaksanakan berorentasikan dasar pendidikan di Malaysia yang
merangkumi kesamarataan hak asasi, pendidikan berkualiti dan keperluan sosial seseorang kanak-
kanak khas tersebut.
AKTA ORANG KURANG UPAYA (2008)
“Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas
ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan
prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak
upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat”
HALA TUJU MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS
Sistem Pendidikan di negara pada masa kini telah bergerak berorentasikan transformasi yang
memerlukan kepelbagaian tahap keupayaan guru. Perubahan dan pembaharuan menerusi sistem
pendidikan dilihat sebagai peluang untuk membangunkan potensi, kemampuan dan bagaimana untuk
mengoptimumkan pembangunan individu. Mereka perlu sedar akan kekuatan dan kelemahan diri dan
di atas kesedaran itu sanggup meningkatkan keupayaan diri serta bersedia melakukan perubahan
mengikut keperluan.
Guru yang bertaraf dunia bukan sahaja berkeupayaan merancang strategi pengajaran pembelajaran
dengan teliti tetapi sentiasa membuat perancangan untuk membuka peluang kepada pelajar menerusi
penerokaan menerusi kepelbagaian laluan pembelajaran dengan kemahiran yang tinggi
Halatuju pula bermaksud penetapan matlamat dan sasaran yang perlu dperolehi menerusi
pelaksanaan organisasi tertentu. Pendidikan Khas perlu menetapkan visi, misi dan objektif utama
dalam mengurus tadbir dan melaksanakan sesuatu matlamat. Hala tuju merangkumi perancangan
pentadbiran, pembangunan program utama, penghasilan kepakaran yang beretika, peningkatan
1
Smart Pedagogy Approach
tahap kemahiran, pengetahuan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdPc) serta
pembangunan karektar perwatakan.
Halatuju dalam amalan pendidikan telah jelas dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Khas iaitu satu
usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, berkeupayaan merancang dan pengurusan kehidupan serta menyedari potensi diri
sebagai individu serta ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Halatuju bermaksud menetapkan sasaran, misi, visi dan objektif
keseluruhan dalam sesuatu organisasi.
Pengurusan pendidikan khas dalam sesuatu organisasi akan berjaya apabila terdapat komitmen
sepenuhnya terhadap kualiti. menetapkan matlamat hendaklah tetap dan tidak berubah-berubah
setiap hari. Justeru itu hasrat organisasi untuk mempunyai hala tuju yang betul perlu selari dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi pendidikan untuk berdepan dengan cabaran-cabaran dalam
pendidikan. Secara keseluruhannya perbincangan halatuju dalam konteks pengurusan pendidikan
khas merangkumi aspek yang melibatkan sosial persekitaran, personaliti dan kepakaran, serta
peranan ibu bapa dan masyarakat.
KONSEP PENDIDIKAN MASA DEPAN
Pembangunan ekosistem pendidikan di negara sentiasa bergerak dan berubah secara dinamik serta
mengalami perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat untuk menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di peringkat
antarabangsa pada abad ke 21 memerlukan negara untuk meningkatkan kecemerlangan imej dan
kualiti pendidikannya ke taraf dunia dan memperolehi status "World Class Education".
Pendidikan bertaraf dunia memerlukan perkembangan dan merubah mengikut dinamik arus
pendidikan negara khususnya dari aspek kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti
yang diakui serta diterima di peringkat antarabangsa. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan
Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan
sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik iaitu:
● Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
● Pembangunan keperluan tenaga manusia
● Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
● Pembudayaan kemahiran berfikir dan intelektual
● Pemantapan aliran teknologi dan sains
● Kepesatan pertumbuhan ekonomi
● Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.
‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk memperbaiki tahap kualiti pendidikan negara agar dapat ditingkatkan kepada satu standard
yang tinggi dan berkemampuan menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang
berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu seiring dalam
2
Smart Pedagogy Approach
perkembangan dan mengalami perubahan transformasi yang dapat merintis alaf baru dalam segala
aspek. Ini juga merupakan satu satu langkah penting untuk mengangkat martabat dan tahap Malaysia
dalam ekosistem pendidikan di peringkat antarabangsa.
RUMUSAN
Dalam melaksanakan Program Pendidikan Khas ini, kerjasama dan komitmen semua pihak adalah
penting bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan Program Pendidikan Khas (PPK) di sekolah. Hal ini,
dapat memberikan satu peluang pendidikan yang sewajarnya kepada murid-murid berkeperluan
Pendidikan khas bagi mendapatkan pendidikan yang sama rata seperti murid biasa.
3
Smart Pedagogy Approach
BAB 2
KOMPETENSI GURU PENDIDIKAN KHAS
PENGENALAN
Semua guru perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran asas pendidikan khas dan perlu
bekerjasama secara kolaboratif dengan guru pendidikan khas. Konsep integrasi dan inklusif perlu
diterapkan dalam amalan harian dan dalam pelbagai aktiviti di sekolah dan dalam komuniti dengan
menggalakkan penglibatan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Di antara tindakan dan peranan guru
adalah seperti berikut:
1. Merangsang imej dan personaliti murid yang positif.
2. Amalan berasaskan tahap integriti, kompetensi, etika dan profesionalisme yang tinggi.
3. Penglibatan aktif secara berhemah dan beretika yang menghormati kepelbagaian budaya dan
individu.
4. Meningkatkan penglibatan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di kelas arus perdana belajar
dan bersosialisasi dengan rakan sebaya yang normal.
5. Pengetahuan dan kemahiran interpersonal yang baik untuk berurusan dengan pelbagai pihak
yang memberi perkhidmatan pendidikan dan khidmat bantu.
6. Mengamalkan sikap keprihatinan yang tinggi iaitu lebih mengambil perhatian, sensitif, tidak
bertanggapan negatif, memberi sokongan padu, membuat adaptasi dan fleksibel.
7. Mengamalkan tanggapan baik terhadap semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
termasuk ahli keluarga dan pakar yang terlibat dalam memberi perkhidmatan pendidikan dan
khidmat sokongan.
4
Smart Pedagogy Approach
Pengajaran Penyelidikan
PP Perundingan
Profesional
Secara umumnya peranan guru yang berkait pendidikan melibatkan 5 komponen iaitu ketuhanan,
pengajaran, profesional, perundingan dan penyelidikan.
1. Komponen Ketuhanan: Guru pendidikan khas perlu memikul amanah bahawa kerjaya sebagai
pendidik bagi murid-murid yang tergolong sebagai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Perkara ini
merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan untuk dilaksanakan. Amanah kepada guru ini
datangnya dari sesama manusia (ibu bapa, masyarakat dan kerajaan) dan amanah yang
dipertanggungjawabkan oleh Tuhan. Guru perlu menjadikan kerjayanya sebagai suatu ibadah. Mereka
perlu sentiasa bersyukur dan melipatgandakan usaha untuk memberikan didikan yang terbaik dan
sempurna sebagaimana yang diamanahkan. Dalam mendidik, bentuklah akhlak murid-murid untuk
menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
2. Komponen Profesional: Guru yang profesional adalah guru yang tahu apa yang mesti
dilakukan di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Mereka melaksanakan tugas secara
saksama tanpa melabelkan murid secara negatif. Sentiasa berusaha menjadikan murid-muridnya
beroleh kejayaan dalam hidup menerusi ilmu, kemahiran dan nilai-nilai ilmu yang terbaik. Dengan itu
guru perlu menjadi orang yang sentiasa meningkatkan penguasaan mereka terhadap perubahan yang
berlaku dan sentiasa tahu mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi dalam bidang
tugasnya.
3. Komponen Pengajaran: Guru memerlukan kepakaran dalam bidang pengajaran yang
melibatkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, bahasa dan nilai yang saling bergabung untuk
melahirkan murid yang cemerlang. Guru perlu menguasai perkara tersebut dan berkebolehan untuk
menterjemahkan ke dalam amalan pedagogi yang berkesan. Kemahiran mengajar, komunikasi dan
5
Smart Pedagogy Approach
pengendalian teknologi adalah perkara yang diutamakan. Manakala pengetahuan secara mendalam,
meluas dan terkini terhadap konten, pedagogi khusus dan am, kurikulum, murid, konteks dan
matlamat pendidikan adalah penting.
4. Komponen Perundingan: Guru perlu bersifat unik kerana berkebolehan untuk mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian yang
pelbagai. Oleh itu, guru merupakan seorang pemimpin, pembimbing dan pendorong untuk
memastikan tiada murid yang tertinggal di belakang. Guru perlu bertindak sebagai perunding yang
cekap terhadap murid, ibu bapa, rakan sejawat dan pihak-pihak yang lain. Sebagai perunding, peranan
guru ialah memastikan tiada masalah atau halangan dalam memastikan semua murid beroleh
kejayaan.
5. Komponen Penyelidikan: Guru mesti sentiasa memperbaiki diri bagi meningkatkan tahap
profesionalisme. Penyelidikan adalah perkara yang perlu dilakukan oleh guru dalam konteks
amalannya dalam bilik darjah. Penyelidikan yang dilaksanakan bertujuan untuk memperbaiki
kelemahan diri dan meningkatkan prestasi pencapaian murid.
Secara khusus semua guru di sekolah perlu memainkan peranan yang besar bagi memastikan program
pendidikan berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Peranan tersebut melibatkan pengetua/guru
besar, penolong kanan, guru kelas, guru mata pelajaran, guru bimbingan dan kaunseling, guru disiplin,
guru pemulihan dan guru pendidikan khas.
6
Smart Pedagogy Approach
BAB 3
PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN KHAS
PENGENALAN
PRASEKOLAH PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH RENDAH
SEKOLAH MENENGAH Guru berperanan dalam menyediakan suasana pembelajaran yang
PENGAJIAN LANJUTAN kondusif berlandaskan persekitaran yang menyokong perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak.
Guru memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid
dalam pelbagai bidang bagi menjurus persediaan ke alam kehidupan
dewasa.
Guru menyediakan pengetahuan, kemahiran dan aplikasi latihan
transisi kerjaya dan vokasional kepada murid bagi persediaan dalam
kehidupan pada masa depan.
Guru atau pendidik memberi kemahiran kepada pelajar bagi alam
kerjaya di masa hadapan
7
Smart Pedagogy Approach
TUNJANG PENDIDIKAN:
GURU
SOKONGAN IBUBAPA
KOMUNITI
8
Smart Pedagogy Approach
BAB 4
KEMAHIRAN ASAS KOMPETENSI GURU PENDIDIKAN KHAS
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan proses untuk melonjakkan
kualiti pendidikan agar sejajar dengan keperluan global iaitu menghasilkan modal insan (sumber
manusia) yang mempunyai:
▪ daya saing (competitiveness)
▪ kebolehpasaran (marketability)
▪ kebolehgajian (employability) yang tinggi.
Guru perlu dibekalkan dengan pelbagai kemahiran supaya dapat merealisasikan objektif Pendidikan
yang disasarkan terutama kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).
Rajah 4.1: Konsep Kemahiran ‘Multitasking’ uru dalam pengajaran
Berdasarkan rajah konsep di atas, menunjukkan bahawa guru yang mempunyai kemahiran
‘multitasking’ perlu menterjemahkan kebolehan, pengetahuan, kemahiran dan penilaian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi membentuk satu model kompetensi guru. Asas Standard
uru Malaysia menjadi pegangan kepada kemahiran ‘multitasking’ bagi memastikan keberhasilan
murid bagi setiap ringgit dapat direalisasikan dalam proses pendidikan masa depan.
9
Smart Pedagogy Approach
MODUL 1 (KOMPETENSI GURU)
AKTIVITI (A): MODUL 'MULTITASKING SKILL'-'PROBLEM BASIC LEARNING'
ama ktiviti: ‘ ask nalysis’ (Individu)
Objektif: Membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Bahan keperluan pelaksanaan:
1. Kertas A4
2. Pen/Pensil
3. Gunting
Langkah-langkah aktiviti:
1. Peserta perlu melipat kertas A4 kepada empat bahagian.
2. Peserta perlu menulis apa yang disukai, tidak digemari, kekuatan dan kelemahan
yang ada pada diri.
3. Peserta menyatakan dapatan tugasan kepada rakan.
4. Masa yang diperuntukkan 15 minit
Refleksi:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
10
0
Smart Pedagogy Approach
AKTIVITI (B): MODUL IDEA INOVASI-FOKUS PENGAJARAN
Nama aktiviti- Cambah kognitif (Individu)
Objektif: Peserta dapat bertindak balas dalam aktiviti yang disediakan bagi membangunkan potensi
diri dan sumbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bahan keperluan pelaksanaan:
1. Watak ‘hero’
2. Komputer
3. Talian internet
Langkah-langkah aktiviti:
1. Pilih satu watak ‘hero’
2. Aplikasi perwatakan ‘hero’ dalam PdP.
3. Hasilkan inovasi dalam PdP
4. Masa yang diperuntukkan 15 minit
Refleksi:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
11
0
Smart Pedagogy Approach
AKTIVITI (C): MODUL INOVASI PENGAJARAN
Nama aktiviti- Tindak Susul (Kumpulan)
Objektif: Peserta dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan analisis SWOT.
Bahan keperluan pelaksanaan:
1. Kertas Manjung
2. Marker Pen
3. Talian internet
Langkah-langkah aktiviti:
1. Pilih satu isu dalam pendidikan
2. Bincangkan isu dengan membincangkan tindakan yang perlu diambil melalui analisis SWOT.
3. Bentangkan hasil dapatan anda
4. Masa yang diperuntukkan 15 minit
Refleksi:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
12
0
Smart Pedagogy Approach
AKTIVITI (D): MODUL INOVASI PENGAJARAN
Nama aktiviti- ABC Inovasi (Kumpulan)
Objektif: Peserta dapat menghasilkan satu bahan sokongan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Bahan keperluan pelaksanaan:
1. Kertas Manjung
2. Marker Pen
3. Talian internet
Langkah-langkah aktiviti:
1. Rancang satu sesi ringkas pengajaran
2. Hasilkan satu alat sokongan dalam PdP
3. Terangkan fungsi alat sokongan tersebut
4. Masa yang diperuntukkan 15 minit
5. Bentang hasil aktiviti.
Refleksi:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
13
0
Smart Pedagogy Approach
AKTIVITI [E]: MODUL INOVASI PENGAJARAN
Nama aktiviti- Keting ting (Kumpulan)
Objektif: Peserta dapat mengaplikasikan aktiviti belajar sambil bermain dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Bahan keperluan pelaksanaan
1. Kertas Mahjung
2. Pen marker
3. Komputer
4. Talian internet
Langkah-langkah aktiviti
1. Bina aktiviti keting ting
2. Hasilkan satu proses pembelajaran melalui aktiviti keting ting
3. Terangkan fungsi alat keting ting tersebut
4. Masa yang diperuntukkan 15 minit
5. Bentang hasil aktiviti.
Refleksi:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
14
0
Smart Pedagogy Approach
BAB 5
CIRI-CIRI GURU CEMERLANG
PENGENALAN
Pembangunan Bai'ah Ruhiyah (persekitaran kerohanian) amat perlu dalam membentuk pendidikan
nilai dengan mengintegrasikan pedagogi berkesan. Ini diimplementasikan dengan meletakkan model
ibn khaldun sebagai panduan dengan meletakkan keupayaan murid sebagai keutamaan.
Pelaksanaan melibatkan penggunaan teori dan diterjemahkan dengan praktik yang lebih menarik
adalah suatu bidang yang memerlukan panduan khusus dalam pelaksanaan. Maka, penguasaan
pengetahuan dan pengaplikasian nilai yang spesifik amat diperlukan oleh para guru. Justeru,
pendekatan bai'ah ruhiyah yang meliputi perancangan,pelaksanaan dan penilaian bagi pendidikan
perlu dibentuk untuk menghasilkan modul atau alat bantu mengajar yang sesuai kepada murid.
Allah S.W.T
Guru
Ilmu Kemahiran Keperibadian
Agama Isi pelajaran Pedagogi Komunikasi Kasihan Hikmah
Pelajar
Rajah 5.1. Model Guru Cemerlang mengikut Imam al-Ghazali
Berdasarkan kerangka yang dibentangkan oleh Imam al-Ghazali, terdapat pelbagai kajian dan
pemerhatian dilaksanakan bersesuaian dengan konteks pendidikan semasa bagi setiap mata
15
0
Smart Pedagogy Approach
pelajaran. Ia memperjelaskan suatu kerangka yang baharu dan terperinci dalam konteks lebih baharu.
Lazimnya, guru-guru cemerlang lantikan Kementerian Pendidikan Malaysia dilihat mematuhi ciri-ciri
yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali. Walaubagaimanapun aspek hubungan ketuhanan dilihat
begitu subjektif dan sukar diperincikan. Namun begitu keterampilan dan amalan pengajaran guru-guru
yang dilaksanakan secara berterusan sedikit sebanyak memberikan gambaran keteguhan rohani
seseorang.
Kemahiran •Pengurusan komunikasi
dan •ICT
•Penulisan
kecekapan •Berbahasa
•Merawat
•Seni
Guru • Visi dan misi
Cemerlang • Persediaan PdPc
• Set induksi
Pengajaran • Pengurusan kelas
dan • Pelaksanaan
• Pendekatan
pembelajaran • BBM
• Penilaian
• Penutup
Keperibadian • Allah (ketuhanan)
• Penampilan diri
• Keperibadian kepada pelajar
Rajah 5.2 Model Guru Cemerlang
RUMUSAN
Kompetensi guru penting bagi menentukan halatuju pendidikan masa depan. Guru Pendidikan Khas perlu ada
pengetahuan, kefahaman, kemahiran,mengaplikasi, mensintesis dan menilai dalam konteks Pendidikan bagi
menyediakan murid yang trampil dalam semua aspek supaya seimbang dan holistic dalam penyediaan diri ke
alam kerjaya pada masa depan.
16
0
Smart Pedagogy Approach
RUJUKAN
Hishamuddin Ahmad et. all (2020). Pendidikan Inklusif di Malaysia. Penerbit UPSI Tanjong Malim,
Perak.
Kama Shaffeei, Mohd Syaubari Othman dan Mohd Ridzuan Jamil (2021). Modul Smart Pedagogy
Approach. Tahajjud Enterprise Sdn Bhd.
Kama Shaffeei (2021). Perkongsian Malim Sarjana: Inovasi Bahan Bantu Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Pusat Inovasi dan Pedagogi Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia UPSI. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim, Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
17
0
Smart Pedagogy Approach
A INDEKS
Akta
Adaptasi 18
Bai”ah uhiyah 0
C
Cabaran
D
Disleksia
Dasar
F
Falsafah
G
Generasi
I
Integrasi
Interpersonal
Inisiatif
Inklusif
K
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kognitif
Kolaboratif
Kemahiran Abad Ke 21
Kemahiran Pemikiran Kritis
Kreatif
Ketuhanan
Kompetensi
Ketidakupayaan Penglihatan
Ketidakupayaan Pendengaran
Ketidakupayaan Pertuturan
Ketidakupayaan Fizikal
Ketidakupayaan Pelbagai
Smart Pedagogy Approach
M
Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
MBPK Ketidakupayaan Pendengaran
MBPK Ketidakupayaan Penglihatan
MBPK Ketidakupayaan Pertuturan
MBPK Masalah Pembelajaran
MBPK Ketidakupayaan Pelbagai
O
Orang Kurang Upaya (OKU)
P
Pedagogi
Polisi
Proaktif
Pembelajaran Abad Ke 21
Program Pendidikan Khas (PPK)
Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Khas
Potensi
Profesional
Pengajaran
Perundingan
Penyelidikan
S
Sistematik
Spesifik
Sosial
V
Vokasional
19
0
Smart Pedagogy Approach
GLOSARI
Adaptasi - Kebolehan penyesuaian dengan keadaan yang baru atau berbeza
Bai'ah Ruhiyah - Persekitaran kerohanian
GPK - Guru Pendidikan Khas
Holistik - Bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem yang menyeluruh
Kompetensi - Kemampuan atau kemahiran yang dimiliki oleh seseorang dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab tertentu
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
MBPK - Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
Pengalaman pembelajaran- Segala gerak balas atau interaksi murid dengan persekitaran pembelajarannya.
20
Smart Pedagogy Approach
BIODATA PENULIS
Kama bin Shaffeei
PhD (UPSI), MSc (UPSI),B.ed (UPSI) [Pendidikan Khas]
Sijil KDP14M [Disleksia] (MPIK)
Sijil Perg.Asas [PSR Muzik] (MPRM)
Email: [email protected]
Kama bin Shaffeei berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Khas di Fakulti
Pembangunan Manusia, UPSI. Dalam kerjaya beliau pernah berkhidmat selama 23 tahun di
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 01 Januari 1997 hingga 30 Mei 2019. Beliau pernah
bertugas sebagai guru di sekolah rendah dan menengah, menjawat jawatan jurulatih utama
kokurikulum di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Khas di Jabatan
Pendidikan Selangor dan Penolong Pengarah di Bahagian Pendidikan Khas, KPM di Putrajaya. Mula
bertugas di UPSI pada 01 Jun 2019 hingga kini. Beliau telah melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran ditahap Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran, Beliau juga teribat
dalam melaksanakan penyelidikan, perundingan dan penyeliaan di peringkat UPSI, Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT), KPM dan Swasta.
Kepakaran beliau dalam bidang Pendidikan Khas mencakupi Pendidikan Khas, Pendidikan Inklusif,
Kurikulum, Program Transisi Kerjaya dan Pembangunan Instrumen. Beliau juga telah terlibat dalam
penyelidikan dan pelbagai pertandingan inovasi. Antara anugerah yang diterima sepanjang beliau
berkhidmat di UPSI ialah memenangi Anugerah Penyelidikan sebagai Pembentangan Kertas Kerja
Terbaik pada tahun 2019 dalam International Conference Social Science anjuran Kaizen Sdn Bhd.
Pernah juga terlibat sebagai pembentang di Internasional Conference Special Education (ICSE) pada
tahun 2017 di Kuching, Sarawak dan tahun 2019 di Bandung, Indonesia, pembentang di Seminar
Penyelidikan Kebangsaan pada tahun 2019 hingga 2022. Memenangi pelbagai anugerah inovasi
mewakili UPSI dalam kategori pengajaran dan pembelajaran iaitu Malaysian Technology Ekspo
(MTE2021) Pingat Emas (I-KOAM), Anugerah 3 Pingat Emas di peringkat Internasional Innovation bagi
Inovasi JOBA (Jom Bantu Anak) murid pemulihan dan satu Pingat Perak bagi Inovasi CER-BA murid
berkeperluan Pendidikan khas pada tahun 2021. Pada tahun 2022, beliau telah mengondol Pingat
Platinum bagi inovasi peringkat Internasional Innovation bagi Inovasi ISKV MBPK kemahiran dalam
Pendidikan Khas serta Pingat Perak bagi Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam STEM.
Di samping itu, Beliau juga aktif dalam Program Pemindahan Ilmu berlandaskan penyelidikan bagi
kursus-kursus dan Webinar Pendidikan, khususnya Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas di peringkat
UPSI, KPM dan Swasta. Terlibat juga dalam penulisan buku pendidikan khususnya Buku Pendidikan
Inklusif dibawah Penerbit UPSI, Pembangunan Modul-modul Latihan, Modul Pengurusan Kokurikulum
dan Program Pendidikan lain. Modul Latihan ‘Smart Pedagogy Approach’ yang dibangunkan menjadi
rujukan khususnya kepada guru-guru pendidikan khas khususnya memperkasa kompetensi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga aktif menulis artikel-artikel Jurnal Berindeks, Jurnal
Pendidikan dan Prosiding Pendidikan di peringkat UPSI, Kebangsaan dan Antarabangsa.
Beliau mengganggotai ahli ALUMNI UPSI, Persatuan Kakitangan Akademik UPSI (PEKA), Ahli PRIMAS
(Kesatuan Orang Kurang Upaya dan Warga Emas ) Tanjong Malim, dan Ahli SOCIAL SCIENCE AND
HUMANITIES RESEARCH ASSOCIATION (SSHRA).
21
0
Smart Pedagogy Approach