LAPORAN AKTIVITI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 5 TAHUN 2023 SECARA DALAM TALIAN ANJURAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR TARIKH: 10 APRIL 2023 SEHINGGA 14 APRIL 2023 MELALUI PAUTAN GOOGLE MEET
LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 5 TAHUN 2023 ANJURAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Laporan Aktiviti: Aktiviti Slot 1 bermula dengan kehadiran para urus setia, para peserta, para pemantau dan seterusnya pencerama. Selepas nyanyian lagu Negaraku dan Wilayah, pengerusi majlis membaca ikrar Penjawam Awam. Selepas itu, En Hasrul memimpin bacaan doa. Slot diteruskan dengan memperkenalkan penceramah, En Nornazli Ayop. Beliau merupakan seorang pensyarah IPG. Permulaan: En Nornazli memberi salam dan memperkenalkan diri. Beliau menjalankan aktiviti memperkenalkan diri peserta PTM dengan memanggil nama beberapa peserta secara rawak mengikut tarikh lahir. Beliau juga minta peserta lain untuk bertanya beberapa soalan kepada peserta yang dipilihnya supaya semua boleh mengenali satu sama lain. Kami juga menyanyikan lagu hari jadi untuk seorang peserta yang lahir pada hari tersebut. Perkembangan: Dalam Perkembangan Slot 1, En Nornazli memainkan muzik sebagai iringan untuk beberapa senaman yang menarik mengunakan tangan untuk mengaktifkan otak. Beliau menekankan kepentingan kerjasama otak kiri dan kanan untuk seseorang untuk belajar. Beliau juga mengalakkan para peserta memulakan kelas dengan aktiviti begitu untuk menarik perhatian murid. En Nornazli menanya bagaimana orang yang kita tidak kenali boleh mengetahui seseorang itu guru. Peserta-peserta memberi beberapa jawapan seperti, perwatakan dan keterampilan diri. Belia kemudian menghuraikan tentang aura seseorang guru yang positif yang membolahkan orang lain untuk mengenali kerjaya seseorang itu ialah guru. Beliau menekankan beberapa kualiti yang penting untuk seorang guru. Salah satunya ialah kemahiran berinteraksi dengan murid-murid, rakan sekerja dan ibu bapa. Seorang guru haruslah bersikap positif dan sentiasa bersopan santun dari segi pertuturan dan pemakaian. Kemudian beliau memperkenalkan perkataan integrity dan memberi maksud yang ringkas. Beliau menekankan bahawa seorang guru haruslah menerapkan nilai-nilai murni pada setiap masa pada diri sendiri dan murid- murid. Sebagai ‘role-model’ seorang guru, haruslah telus dan jujur dalam setiap tugas yang diamanahkan NAMA SLOT SLOT 1 TOPIK: SESI PENGENALAN: INTEGRASI KUMPULAN PENCERAMAH EN NORNAZLI AYOP TARIK/HARI 10/4/2023 (ISNIN) MASA 1030-1230 KUMPULAN BERTUGAS PENGERUSI MAJLIS: ROHAYU BINTI OTHMAN BACAAN DOA: HASRUL EFANDY BIN SAMSUDIN
Setelah itu, beliau memilih Penghulu (En Raeis) dan Penghuluwati ( Pn Nurul Huda) menggunakan “wheels of names”. Beliau juga membahagikan kami kepada 10 kumpulan secara rawak. Kami diberi masa 15 minit untuk memilih ketua dan membincangkan tanggungjawab setiap ahli bagi tugasan-tugasan yang diberi. Penutup: Slot ini berakhir dengan merumuskan isi-isi penting ceramah. Beliau mengundur diri dan Dr.Hemanathan mengambil alih. Beliau menghuraikan tanggungjawab seorang penghulu, penhuluwati dan ketua kumpulan. Beliau memberi kebenaran untuk kami bersurai dari google meet untuk berehat. Kekuatan: - Pengerusi majlis mengendalikan slot ini dengan baik - Penceramah mengikut dan menepati masa Kelemahan: - Terdapat masalah teknikal semasa nyanian lagu Negaraku dan bacaan ikrar. Cadangan: - Perlu melantik AJK teknikal yang mempunyai rangkaian internet yang stabil untuk memainkan lagu dan “screen share” Laporan disediakan oleh, (CELINE DHARSHANA SOLOMON) Kumpulan 7 Laporan Bergambar: Lampiran 1: Para peserta mendengar ceramah En Nornazli Ayop.
LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 5 TAHUN 2023 ANJURAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Nama Slot : Slot 2 : Segmen 2: Topik: Tanggungjawab Dan Peranan Pegawai Penceramah : Pn.Nurulshahidah Binti Hamdan Tarikh / Hari : 10 April 2023 (Isnin) Masa : 2.30 am – 4.30pm Kumpulan Bertugas : Kumpulan 1 Ketua Kumpulan: Rohayu Binti Othman Pengerusi Majlis: Amira Sabrina binti Ismail Pembaca Doa: Arif Rashdan bin Mat Arifin Pencatat: Bremasakthi A/P Munisamy A. Laporan Aktiviti: a. Permulaan Penceramah bagi slot 2 adalah Puan Pn.Nurulshahidah Binti Hamdan yang bermula pada jam 2.30 petang. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah dan bacaan ikrar penjawat awam. Seterusnya majlis memohon kerahmatan dengan bacaan doa yang diketuai oleh En.Arif Rashdan bin Mat Arifin.Penceramah telah memaparkan tajuk iaitu Segmen 2: Tanggungjawab Dan Peranan Pegawai. Definisi dan peranan Kedudukan dalam perlembagaan,suruhanjaya perkhidmatan, dan kuasa melantik dan skim perkhidmatan. b. Perkembangan i. Kedudukan dalam Perlembagaan Penceramah memaklumkan bahawa konsep ketertinggian perlembagaan menyatakan peruntukan utama perlembagaan,
menyenaraikan jenis-jenis Hak Asasi,menjelaskan Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu dan Kaum Bumiputera Lain,menghuraikan proses pilihanraya,membanding beza ,Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Kedudukan dalam perlembagaan merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang.Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Pencerah menerangkan keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. ii. Suruhanjaya Perkhidmatan Penceramah memaklumkan bahawa pendedahan mengenai Suruhanjaya di Malaysia yang merangkumi Suruhanjaya Tetap dan Suruhanjaya Khas atau Sementara.Sub topic perbincangan adalah jenis suruhanjaya yang terdapat di Malaysia, Mengenalpasti antara suruhanjaya tetap dan suruhanjaya sementara.,menerangkan tujuan penubuhan suruhanjaya.menjelaskan peranan dan fungsi setiap suruhanjaya dan mengenalpasti bidang kuasa setiap suruhanjaya. Suruhanjaya di Malaysia merupakan satu badan khas yang ditubuhkan untuk melancarkan perjalanan pertadbiran negara. Pembentukan suruhanjaya samada tetap atau sementara adalah untuk memastikan suruhajaya ini dapat menjalankan tugas pentadbiran dengan bijak, adil dan cekap, khususnya dalam membentuk negara yang aman dan harmoni. iii. Komponen Skim Perkhidmatan Penceramah memaklumkan bahawa klasifikasi dan kumpulan perkhidmatan ,Tarikh kuat kuasa,Struktur Gred dan Jadual Gaji,Syarat Lantikan ,Tempoh percubaan,Peperiksaan perkhidmatan /kursus induksi,Pengesahan dalam perkhidmatan ,Latihan ,Kursus ,Peluang Kenaikan pangkat dan kenaikan Pangkat secara lantikan kerajaan telah menambah baik kaedah kenaikan pangkat berdasarkan dari masa ke masa.Bagi kenaikan pangkat (Gred) DG41 ke DG44 adalah 8
tahun perkhidmatan, dari DG44 ke DG48 adalah 8 tahun perkhidmatan, dari DG48 ke DG52 adalah dalam tempoh 6 tahun, dari DG52 ke DG54 adalah dalam tempoh 3 tahun. Jadinya, jumlah tempoh perkhidmatan ke Gred DG54 adalah 25 tahun. Manakala, untuk mendapat Jusa C, perlulah memohon melalui saluran yang betul..Pencerama juga menbentangakan tentang guru cemerlang dan garis panduan untuk mencapai guru cermarlang iv. Malaysia Madani Penceramah memaklumkan bahawa seseorang pegawai perlu mengetahui dasar-dasar kerajaan danmenbincangkan semua dasar di Malaysia dan menerangkan tentang Malaysia Madani merupakan sintesis gaya Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru yang direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Enam nilai teras MADANI dicerakin sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain. MADANI diilhamkan berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambil kira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui Reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur. . B. Pengakhiran Pencerah menasihatkan kepada semua menbaca dan memahami semua topic dalam Tanggungjawab Dan Peranan Pegawai kerana sebagai pejawat awam kita mesti berpeka kepada isu-isu,peraturan-peraturan dan dasar di Malaysia.Semua yang terlibat juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan sekiranya terdapat perkara-perkara yang masih menjadi keraguan. Slot 2 ini telah tamat pada jam 4.30 petang dan seterusnya dikendalikan oleh pengacara majlis iaitu Cik.Amira Sabrina binti Ismail C. Kekuatan: Kumpulan yang bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan slot tersebut. Semua peserta melibatkan diri secara aktif sepanjang slot berlangsung Penceramah yang mesra dan memberi peluang untuk peserta mengajukan soalan D. Kelemahan:
Terdapat beberapa orang peserta yang mengalami gangguan internet sehingga menyebabkan terkeluar dari platform GoogleMeet. Terdapat beberapa orang yang ‘tutup’ kamera dan memaklumakan di ruangan chat. E. Cadangan Penambahbaikan: Semua peserta perlu membuka mikrofon semasa nyanyian Lagu Negaraku, lagu Wilayah dan Ikrar penjawat awam bagi menyemarakkan lagi semangat berprogram. Membuka sesi persoalan yang 10 minit dan akan ditanyakan kepada penceramah supaya program berjalan dalam masa yang ditetapkan.. Laporan disediakan oleh: SAKTHI _____________________ (BREMASAKTHI A/P MUNISAMY )
LAMPIRAN LAPORAN BERGAMBAR SLOT 2 Gambar 1: Pn.Nurulshahidah Binti Hamdan memperkenalkan diri dan bertanya khabar semua peserta program dan kandungan topic slot yang ke 2. Gambar 2: Pn.Nurulshahidah Binti Hamdan menbincangkan tentang tajuk Perkhidmatan awam
Gambar 3: Penceramah sedang menerangkan berkaitan Malaysia Madani Gambar 4: Semua peserta diingatkan tentang Kabinet Perpaduan.
Gambar 5: Semua peserta diingatkan tentang Hak rakyat.yang melindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 5 TAHUN 2023 ANJURAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Nama Slot : SLOT 3 Topik Segmen II (Bahagian I) : Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Penceramah : Pn. Nurulshahidah Binti Hamdan Tarikh/ Hari : 11 April 2023/ Selasa Masa : 2.30 – 4.30 petang Kumpulan Bertugas : Kumpulan 5 Pengerusi Majlis: Nurafreeda binti Amir Laporan Aktiviti: Aktiviti dalam Slot 3 bermula dengan kehadiran urus setia, para peserta Program Transformasi Minda (PTM), para pemantau dan seterusnya penceramah. Selepas semua peserta bersedia, pengerusi majlis memulakan slot dengan memperkenalkan nama penceramah iaitu Pn. Nurulshahidah Binti Hamdan dan menyerahkan majlis kepada penceramah. Berikut merupakan serba sedikit perkongsian daripada penceramah slot 3. Permulaan Slot 3 Penceramah memulakan slot dengan memperkenalkan diri secara ringkas kepada para peserta. Penceramah memuat naik bahan pembentangan yang bertajuk pengenalan kepada organisasi. Slot dimulakan dengan memberikan penerangan kepada organisasi. Organisasi merupakan jentera yang mengembleng kerja dan tenaga manusia untuk mencapat sesuatu matlamat. Oleh itu, dapat difahami bahawa organisasi yang baik perlulah mempunyai elemen seperti matlamat yang jelas, pemimpin yang berkaliber dan pentadbiran yangh bertapisan. Hal ini penting dalam memastikan pencapaian matlamat, visi dan misi organisasi sebagaimana yang diharapkan. Perkembangan Slot 3
Puan Nurshahidah turut memberikan penerangan padu dan jelas berkaitan tatakelakuan dan tatatertib. Tatatertib memainkan peranan penting kepada organisasi. Hal ini penting dalam memastikan supaya pegawai awam memahami, menghayato dan membudayakan tatakelakuan penjawat awam selain memelihara imej perkhidmatan awam khususnya di institusi pendidikan. Punca kuasa tatatertib turut diberikan penerangan oleh penceramah kepada para peserta. Tindakan disipilin seperti kesan kepada perkhidmatan, rekod perkhidmatan akibat kes disiplin atau pelanggaran tatatertib merupakan kesan yang perlu diambil tahu oleh semua penjawat awam. Selesai penerangan berkaitan tatatertib, penceramah beralih kepada pelaksanaan kursus yang perlu diikuti oleh semua penjawat awam. Antaranya ternasuklah Kurusu 7 Hari yang perlu diikuti oleh penjawat awam dalam tempoh setahun. Kursus yang boleh diikuti terbahagi kepada 3 jenis iaitu latihan, sesi pembelajaran dan pembelajaran kendiri. Kursus ini boelh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pembacaan buku, bersemuka mahupun atas talian. Pendedahan yang diberikan oleh penceramah sangat membantu peserta memahami lebih lanut berkaitan perkara yang wajib dilakukan oleh penjawat awam dan apa kesannya. Pengakhiran Slot 3 Diakhir slot, penecramah iaitu Puan Nurulshahidah mengingatkan kepada para peserta supaya sentiasa mengambil maklum dalam setiap perkara khususnya yang berkaitan dengan perkhidmatan awam. Hal ini penting dalam mengelakkan perkara yang yang tidak diingini berlaku seterusnya memartabatkan keberkesanan institusi perkhidmatan awam. Diakhir slot, sesi soal jawab penceramah dan perserta turut berlangsung bagi membantu kefahaman peserta. Kekuatan: Kumpulan bertugas menunjukkan komitmen yang baik dalam mengendalikan slot tersebut. Semua perserta melibatkan diri sepanjang berlangsungnya slot.
Kelemahan: Terdapat sesetengah peserta yang menghadapi masalah rangkaian internet. Cadangan Penambahbaikan: Para peserta perlulah bersedia lebih awal dan memaklumkan sekiranya berlaku masalah. Mencari tempat yang memiliki rangkaian internet yang kuat. Disediakan oleh, …………………………. (CHE NUR SALMIE BINTI CHE HARUN)
LAPORAN BERGAMBAR Penceramah memberikan penerangan ringkas berkaitan organisasi kepada peserta. Terdapat sesi soal jawab antara perserta dan penceramah.
Penerangan berkaitan tindakan disiplin yang boleh diambil dan kesannya. Impak penyalahgunaan dadah penjawat awam turut dibincangkan dalam tatatertib.
Antara hukuman yang boleh dikenakan sekiranya terlibat dalam salahlaku.
LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 5 TAHUN 2023 ANJURAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Nama Slot : Slot: 4 Tajuk: Topik Segmen III: Budaya Kerja Kelas Pertama Penceramah : Pn. Hazimah Hj. Samin Tarikh / Hari : 11 April 2023 (Selasa) Masa : 10.30 am – 1.30 pm Kumpulan Bertugas : Kumpulan 4 Pengerusi Majlis: Nurafreeda Pembaca Doa: Nur Arif Laporan Aktiviti: Aktiviti dalam slot 4 bermula dengan pengerusi majlis, Saudari Nurafreeda menjemput pembaca doa, Saudara Nur Arif bagi memimpin bacaan doa. Seterusnya, tanpa membuang masa, pengerusi majlis menjemput penceramah pada slot pagi ini iaitu Dr. Hazimah Hj. Samin untuk menyampaikan isi kandungannya. (Permulaan Slot 4) Pada awal slot 4, Dr. Hazimah menyapa semua hadirin dan memulakan perkongsiannya dengan penuh ceria dan santai. Dr. Hazimah bermula dengan menyebut perkara-perkara yang akan dikongsikannya sepanjang slot 4 berlangsung. (Perkembangan Slot 4) Dalam perkembangan slot 4, Dr. Hazimah menyentuh tentang keterampilan diri, pengurusan pelanggan, pemikiran kritis dan inovatif dan mengutamakan masyarakat. Pertama sekali Dr. Hazimah mula membicarakan tentang tajuk pertama iaitu mengenai keterampilan diri. Dr. Hazimah membahagikan tajuk pertama kepada beberapa bahagian iaitu definisi keterampilan diri, konsep penampilan diri, kategori majlis atau program, etiket, tata hias dan hemah diri, pemakaian ke pejabat dan pekeliling pakaian. Antara isi penting yang dapat saya simpulkan dari perkongsian beliau ialah kita perlu menjaga keterampilan diri kita. Hal ini kerana, sebagai seorang guru jika kita menjaga keterampilan diri kita, anak-anak murid kita akan selesa ketika berhubung atau
berkomunikasi dengan kita. Secara tidak langsung, mereka akan lebih rapat dengan kita dan proses penyampaian ilmu akan lebih berkesan. Selain itu, sebagai ahli penjawat awam, kita hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian mengikut kehendak majlis atau program yang kita hadiri. Dr. Hazimah menyelit sedikit aktiviti mengelaskan pakaian mengikut kategori majlis sama ada majlis rasmi formal, rasmi tidak formal, tidak rasmi formal dan tidak rasmi tidak formal. Kedua, Dr. Hazimah menyentuh topik pengurusan pelanggan. Topik ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu siapa pelanggan perkhidmatan awam, ekspektasi, ciri-ciri kualiti perkhidmatan, amalan 8s dan tonggak 12. Secara ringkas, pelanggan perkhidmatan awam adalah warganegara, bukan warganegara, pemegang taruh atau “stakeholders” dan sector swasta. Ekspektasi pelanggan terhadap perkhidmatan awam adalah mereka mahukan perkhidmatan yang cepat, maklumat yang tepat, layanan yang mesra dan lain-lain. Anggota perkhidmatan awam hendaklah mengamalkan Amalan 8S iaitu salam, sayang, segak, segera, sempurna, sensitif, senyum dan sopan ketika berada dalam perkhidmatan. Anggota juga haruslah tidak lupa untuk mengamalkan tonggak 12. Nilai murni yang diterapkan ini, antaranya ialah menghargai masa, tekun, seronok bekerja, kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, baik hati, pengaruh teladan, menjalankan tugas, berhemat, sabar, peningkatan bakat dan nikmat mencipta mestilah menjadi panduan bagi setiap anggota. Ketiga, pemikiran kritis dan inovatif. Dr. Hazimah banyak menekankan pasal pentingnya kita berfikir di luar kotak. Kenapa? Hal ini kerana, berfikir di luar kotak akan banyak membantu seseorang itu untuk menjadi seorang yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Seseorang yang selalu berfikir di luar kotak, secara tidak langsung melatih otaknya berfikir secara kritis dan kreatif dan akhirnya menjadi seorang yang inovatif. Dr. Hazimah meminta peserta untuk melukis sesuatu objek baru dari bekas contengan bagi melihat tahap kreativiti dan inovatif peserta. Akhir sekali, mengutamakan masyarakat. Kita perlulah sentiasa berfikir ‘apa yang perlu diberi bukannya apa yang kita akan dapat’ supaya kita dapat memberi manfaat yang semaksima mungkin kepada orang lain. Sebagai seorang manusia di muka bumi ini, kita haruslah membantu satu sama lain. Kata orang, ukur baju biarlah di badan sendiri. Jika tidak mampu membantu dari segi kewangan, bantulah dari segi apa yang kita mampu. Contohnya, seorang guru menghulurkan bantuan kepada seorang nenek tua dengan menggunakan tenaganya untuk mengangkat barang yang berat ke dalam kenderaan nenek tersebut. Kesan dari perkara ini, kita dapat memudahkan urusan orang lain dan secara tidak langsung meningkatkan imej yang baik dalam masyarakat khususnya bagi anggota perkhidmatan awam.
Kesimpulannya, dalam membudayakan budaya kerja kelas pertama, kita hendaklah mempraktikkan kesemua perkara yang telah disebut di atas. Antaranya ialah menjaga keterampilan diri, bagaimana menguruskan pelanggan, berfikiran kritis dan inovatif dan mengutamakan masyarakat dalam segala tindak tanduk kita. Tugas kita sebagai seorang penjawat awam, hendaklah sentiasa memberi manfaat kepada orang dan juga memudahkan orang lain. Oleh itu, jadilah kita seorang anggota perkhidmatan awam yang hadirnya dirai, perginya ditangisi, bukan hadirnya dicemuh, perginya tidak diendah. (Pengakhiran Slot 4) Slot ini berakhir dengan sesi soal jawab antara peserta dan juga Dr. Hazimah. Kekuatan: Kumpulan bertugas menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang dan program berjalan dengan lancar Penyampaian dari presenter sangat menarik dan mudah difahami Aktiviti selingan yang menarik Kelemahan: Sesetengah peserta menghadapi masalah rangkaian internet yang lemah Cadangan Penambahbaikan: Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal dan mencari rangkaian internet yang lebih kuat Laporan disediakan oleh: (Mohammad Azreen Bin Ariffin)
LAMPIRAN LAPORAN BERGAMBAR Aktiviti (keterampilan diri) Aktiviti (lakaran inovatif)
LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 5 TAHUN 2023 ANJURAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Nama Slot : Slot : Slot 5 Topik : Pengurusan Integriti dan Keselamatan (Tanggungjawab dan Peranan Pegawai) Penceramah : Dr. Ardiana binti Aziz Tarikh / Hari : 11/4/2023 Selasa Masa : 8.30 pagi Kumpulan Bertugas : Kumpulan 2 Pengerusi Majlis : Amira Sabrina binti Rosmunawar Pembaca Doa : Arif Rashdan bin Mat Arifin Pencatat Slot : Mohammad Amirul Haqqim bin Mohammad Yusaini Laporan Aktiviti Aktiviti Slot 5 bermula dengan kehadiran para urus setia, para peserta dan pnceramah yang diraikan. Pengerusi Majlis memulakan majlis dengan bacaan doa seterusnya ucapan aluan, nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah dan Ikrar Penjawat Awam. Kemudian Pengerusi Majlis memperkenalkan serba sedikit latar belakang penceramah dan menyerahkan majlis kepada penceramah, Dr. Ardiana binti Aziz. Permulaan Slot 5 Penceramah, Dr. Ardiana memperkenalkan segmen tanggungjawab dan peranan pegawai. Topik ini terarah kepada Integriti Dalam Perkhidmatan Awam. Penceramah mengajukan beberapa soalan untuk dibincangkan dan diberikan pandangan tentang keadaan dan cara kerja di sekolah. Perkembangan Slot 5 Dr. Ardiana menerangkan mengenai pengurusan integriti dan keselamatan. Selain itu, penceramah juga menyatakan beberapa faktor yang menjejaskan integriti seperti kelemahan individu, kepimpinan yang tidak baik, budaya tidak sihat,struktur dan institusi seseorang itu berkhidmat. Beliau juga menjelaskan bagaimana individu-individu boleh terjebak dengan rasuah dan salah guna kuasa serta contoh-contoh keadaan yang memungkin individu akan terbabit sama dengan masalah tersebut. Pengakhiran Slot 5 Dr. Ardiana menjelaskan beberapa cabaran integriti yang dihadapi oleh penjawat awam di Malaysia. Beliau juga amat menegaskan supaya setiap individu perlu menguatkan diri untuk tidak terlibat dengan penyalahgunaan
kuasa dan mengambil tindakan yang tegas terhadap individu yang melakukan kesalahan. Kekuatan: Kumpulan yang bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan slot Tiada masalah teknikal yang berlaku Semua peserta PTM melibatkan diri secara aktif ketika slot berlangsung Kelemahan: Sesetengah peserta mengalami gangguan internet ketika slot berlangsung Masa yang agak singkat untuk penceramah menghuraikan topik yang luas Cadangan Penambahbaikan: Meminta para peserta bersedia dengan lebih awal atau memaklumkan kepada urusetia jika mengahadapi masalah rangkaian internet Membuat perancangan masa yang bersesuaian dengan topik yang hendak dibincangkan Memperuntukkan masa yang cukup kepada penceramah Laporan disediakan oleh: (MOHAMMAD AMIRUL HAQQIM BIN MOHAMMAD YUSAINI)
LAMPIRAN LAPORAN BERGAMBAR
LAPORAN SLOT PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM SIRI 5 TAHUN 2023 ANJURAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Nama Slot : Slot: Slot 6 Topik: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam (Peraturan Pegawai dan Perintah-Perintah Am-Kemudahan cuti) Penceramah : Puan Salmawati Binti Mohd Diah (Pensyarah IPG) Tarikh / Hari : 12 April 2023 (Rabu) Masa : 8.30 am – 10.30 am Kumpulan Bertugas : Kumpulan 5 Ketua Kumpulan: Rohayu Binti Othman Pengerusi Majlis: Ras Nor Ummairah Binti Abdul Razak Pembaca Doa: Raies Nazeef Bin Rosli Pencatat: Aza Ayu Afera Binti Noridan F. Laporan Aktiviti: c. Permulaan Penceramah bagi slot 6 adalah Puan Salmawati Binti Mohd Diah yang bermula pada jam 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah dan bacaan ikrar penjawat awam. Seterusnya majlis memohon kerahmatan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Raies Nazeef Bin Rosli. Penceramah telah memaparkan tajuk iaitu Peraturan Pegawai & Perintah-perintah am yang terbahagi kepada 6 perkara iaitu urusan perkhidmatan, pelantikan, kenaikan pangkat, penamatan perkhidmatan, kemudahan cuti dan gaji, elaun & faedah am.
d. Perkembangan v. Ringkasan Urusan Perkhidmatan Penceramah memaklumkan bahawa semua guru akan melalui 3 fasa iaitu fasa Pelantikan, fasa Perkhidmatan dan fasa Penamatan Perkhidmatan. Bagi fasa Pelantikan, penceramah memaklumkan bahawa penjawat awam akan diberikan surat pengesahan lantikan. Seterusnya, bagi fasa Perkhidmatan, penjawat awam boleh mendapat pelbagai faedah antaranya pelarasan gaji dan dibenarkan memohon cuti. Manakala, seseorang boleh ditamatkan perkidmatan dengan perletakan jawatan, meninggal dunia dan bersara. vi. Pelantikan Penceramah memaklumkan bahawa pelantikan boleh dikategorikan kepada 4 bahagian iaitu Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT), Pengesahan dalam Perkhidmatan (PDP), Pelanjutan tempoh percubaan (PTP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB). Semua ahli PTM dimaklumkan bahawa setiap bahagian ini mempunyai proses dan syarat yang tersendiri. vii. Kenaikan pangkat Puan Salmawati memaklumkan bahawa kerajaan telah menambah baik kaedah kenaikan pangkat berdasarkan Time- Based. Bagi kenaikan pangkat (Gred) DG41 ke DG44 adalah 8 tahun perkhidmatan, dari DG44 ke DG48 adalah 8 tahun perkhidmatan, dari DG48 ke DG52 adalah dalam tempoh 6 tahun, dari DG52 ke DG54 adalah dalam tempoh 3 tahun. Jadinya, jumlah tempoh perkhidmatan ke Gred DG54 adalah 25 tahun. Manakala, untuk mendapat Jusa C, perlulah memohon melalui saluran yang betul. viii. Penamatan perkhidmatan Seseorang pegawai boleh ditamatkan perkhidmatan sekiranya gagal disahkan dalam tempoh percubaan. Selain itu, sekiranya menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan perubatan, membuat akuan palsu, tidak menandatangani surat aku janji, memalsukan apa-apa dokumen dan gagal tapisan keselamatan. Selain itu, seseorang boleh ditamatkan perkhidmatannya adalah dengan perletakan jawatan atau persaraan.
ix. Kemudahan cuti Penjawat awam telah diberikan cuti kerana perkhidmatan iaitu boleh terdapat beberapa kategori cuti iaitu cuti atas sebab perubatan, cuti tanpa rekod dan cuti-cuti lain yang perlu dimohon dalam sistem HRMIS. Semua yang terlibat dalam PTM ini juga telah diterangkan berkaitan Cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti atas sebab perubatan, cuti sakit ketika sedang cuti rehat, cuti perbatan khas, cuti kerantina, cuti bersalin, cuti TIBI/Kusta/Barah, cuti menjaga anak, cuti kuarantin, cuti haji, cuti berkursus, cuti gentian, cuti latihan pasukan sukarela, cuti masuk peperiksan, cuti isteri bersalin, cuti urusan kematian dan cuti umrah. x. Gaji, elaun dan faedah am Antara komponen gaji ialah terdapat gaji pokok, imbuhan tetap dan komponen berubah. Bagi gaji pokok adalah kekal dan mengikut jenis kerja dan tanggungjawab. Manakala, imbuhan tetap adalah ITKA, ITP dan ITK. Seterusnya, bagi komponen berubah adalah tidak kekal dan tidak wajib masuk payroll. e. Pengakhiran Puan Salmawati menasihatkan kepada semua agar menggunakan cuti dengan sebaiknya supaya tidak menimbulkan isu dalam perkhidmatan. Semua yang terlibat juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan sekiranya terdapat perkara-perkara yang masih menjadi keraguan. Slot 6 ini telah tamat pada jam 10.30 paggi dan seterusnya dikendalikan oleh pengacara majlis iaitu Ras Nor Ummairah Binti Abdul Razak. G. Kekuatan: Kumpulan yang bertugas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengendalikan slot tersebut. Semua peserta melibatkan diri secara aktif sepanjang slot berlangsung Penceramah yang mesra dan memberi peluang untuk peserta mengajukan soalan H. Kelemahan: Terdapat beberapa orang peserta yang mengalami gangguan internet sehingga menyebabkan terkeluar dari platform GoogleMeet.
Terdapat beberapa orang yang ‘tutup’ kamera tanapa memaklumakan di ruangan chat. I. Cadangan Penambahbaikan: Semua peserta perlulah membuka mikrofon semasa nyanyian Lagu Negaraku, lagu Wilayah dan Ikrar penjawat awam bagi menyemarakkan lagi semangat berprogram. Mengehadkan soalan yang akan ditanya kepada penceramah supaya program berjalan dalam masa yang ditetapkan. Laporan disediakan oleh: ______________________ (Aza Ayu Afera Bt Noridan)
LAMPIRAN LAPORAN BERGAMBAR SLOT 6 Gambar 1: Puan Salmawati Binti Mohd Diah (Pensyarah IPG) memperkenalkan diri dan bertanya khabar semua peserta program. Gambar 2: Majlis diserikan dengan bacaan doa dari saudara Raies Nazeef Bin Rosli
Gambar 3: Penceramah sedang menerangkan berkaitan kemudahan cuti yang tertakluk dalam Peraturan Pegawai & Perintah-perintah am Gambar 4: Semua peserta diingatkan supaya tidak melakukan perkara-perkara yang boleh ditamatkan perkhidmatan.