The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Topik 1_Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan (GWG)_25092022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanim2809, 2023-01-17 20:50:57

Kenaikan Berat Semasa Hamil

Topik 1_Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan (GWG)_25092022

PENINGKATAN BERAT BADAN SEMASA KEHAMILAN


Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan 01 Perubahan Badan Semasa Kehamilan 02 Saranan Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan 03 Pemantauan Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan 04 Peningkatan Berat Badan Yang Tidak Sihat Semasa Kehamilan 05 Ketidakselesaan Yang Biasa Dialami Semasa Kehamilan 06 Pengekalan Berat Badan Selepas Bersalin


01 Perubahan Badan Semasa Kehamilan


• Perubahan semasa kehamilan berlaku secara berperingkat 1. Perubahan saiz badan (perut, payudara dan pinggul) 2. Perubahan berat (jumlah cecair – penyumbang utama dan lemak) 1. Sensitif (Contoh: cepat marah) 2. Senang tersentuh (Contoh: Senang berasa sedih) 1. Mudah letih dan lemah semasa trimester 1 & 3 2. Adaptasi sistem kardiovaskular, pernafasan, pencernaan, darah dan buah pinggang. Perubahan paras hormon • estrogen dan progesteron -> meningkatkan kadar kebolehan badan menyimpan cecair (water-retention) -> sembab atau edema (terutamanya di bahagian kaki) Fizikal Emosi Lain - lain Hormon


Anggaran penambahan berat badan adalah disebabkan: 1 Bayi 3.4 kg 2 Plasenta 0.7 kg 3 Uterus 0.9 kg 4 Cecair amniotik 0.9 kg 5 Tisu payudara 0.8 kg 6 Darah 1.8 kg 7 Cecair badan 1.8 kg 8 Simpanan lemak badan 3.2 kg Penyumbang Peningkatan Berat Badan


Kepentingan Peningkatan Berat Badan Ibu sihat sepanjang kehamilan Ibu mempunyai kesihatan jangka panjang yang baik Ibu dapat menghasilkan susu badan selepas bersalin Bayi dalam kandungan dapat membesar dan berkembang dengan sihat


02 Saranan Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan


Saranan Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan adalah mengikut: Indeks Jisim Tubuh atau dikenali sebagai BMI sebelum kehamilan Rujukan saranan peningkatan berat badan semasa kehamilan adalah berdasarkan Institute of Medicine (IOM), 2009 Trimester kehamilan Bilangan bayi dalam kandungan #01 #02 #03


Langkah #1 Guna formula berikut: Langkah #2 Masukkan berat badan sebelum kehamilan dan tinggi *Sekiranya ibu tidak ingat berat badan sebelum kehamilan, gunakan berat badan yang ditimbang di Klinik Kesihatan semasa lawatan pertama (≤ 12 minggu) untuk penjagaan antenatal Langkah #3 Tentukan kategori BMI seperti jadual berikut: Langkah #4 Gunakan kategori BMI untuk menentukan saranan peningkatan berat badan semasa kehamilan. Berat (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m) Pengiraan BMI Sebelum Kehamilan


Saranan ini merangkumi peningkatan berat badan pada setiap trimester kehamilan seperti: Trimester 1 Trimester 2 dan 3 Sepanjang trimester 1, peningkatan sebanyak • 0.5 – 2.0 kg (ibu hamil seorang bayi dan ibu hamil dengan kembar • SAMA bagi setiap kategori BMI sebelum kehamilan Setiap minggu kehamilan, peningkatan sebanyak • 0.2 – 0.5 kg (ibu hamil seorang bayi) • 0.5 – 0.8 kg (ibu hamil dengan kembar) • BERBEZA mengikut setiap kategori BMI sebelum kehamilan


Hamil dengan SEORANG BAYI Hamil dengan KEMBAR Hamil dengan KEMBAR TIGA ATAU LEBIH (rujuk anggota kesihatan untuk nasihat peningkatan berat badan kehamilan yang sesuai) Saranan ini merangkumi peningkatan berat badan pada setiap trimester kehamilan seperti:


2 cara menggunakan saranan daripada IOM 2009: Cara 1: Jumlah Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan ➔ Beri jumlah peningkatan berat badan yang diperlukan oleh ibu sepanjang kehamilan mengikut kategori BMI masing-masing ■ Ibu kurang berat badan sebelum kehamilan -> Peningkatan berat badan lebih banyak ■ Ibu lebih berat badan dan obes -> Peningkatan berat badan lebih kurang Kategori Kehamilan / Kategori BMI Kurang berat badan (BMI: < 18.5) Berat badan normal (BMI: 18.5 – 24.9) Lebih berat badan (BMI: 25.0 – 29.9) Obes (BMI: ≥ 30.0) Peningkatan berat badan sepanjang kehamilan (kg) Hamil dengan SEORANG BAYI 12.5 – 18.0 11.5 – 16.0 7.0 – 11.5 5.0 – 9.0 Hamil dengan KEMBAR 23.0 – 28.0 17.0 – 25.0 14.0 – 23.0 11.0 – 19.0 Saranan Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan


2 cara menggunakan saranan daripada IOM 2009: Cara 2: Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan Mengikut Trimester Kehamilan ➔ Beri maklumat peningkatan berat badan yang diperlukan oleh wanita hamil mengikut trimester Saranan Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan Kurang berat badan (BMI: < 18.5) Berat badan normal (BMI: 18.5 – 24.9) Lebih berat badan (BMI: 25.0 – 29.9) Obes (BMI: ≥ 30.0) Trimester 1 (Minggu 1 – 12) (kg / trimester) 0.5 – 2.0 0.5 – 2.0 0.5 – 2.0 0.5 – 2.0 Trimester 2 & 3 (Minggu 13 – 42) (kg / minggu) 0.5 0.4 0.3 0.2 Kurang berat badan (BMI: < 18.5) Berat badan normal (BMI: 18.5 – 24.9) Lebih berat badan (BMI: 25.0 – 29.9) Obes (BMI: ≥ 30.0) Trimester 1 (Minggu 1 – 12) (kg / trimester) 0.5 – 2.0 0.5 – 2.0 0.5 – 2.0 0.5 – 2.0 Trimester 2 & 3 (Minggu 13 – 42) (kg / minggu) 0.8 0.7 0.6 0.5 Hamil dengan SEORANG BAYI Hamil dengan KEMBAR


1 Jalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui keadaan kesihatan semasa 2 Amalkan pemakanan sihat dengan mengambil pelbagai jenis makanan dengan kuantiti yang mencukupi mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 3 Ambil makanan dengan menggunakan konsep Pinggan Sihat - suku suku separuh. 4 Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak, gula, garam dan makanan terproses 5 Ambil asid folik seawal 3 bulan sebelum hamil 6 Kekal aktif setiap hari dan lakukan senaman sekurang-kurangnya 5 kali seminggu (150 minit/minggu) 7 Capai berat badan yang sihat sebelum kehamilan Persediaan Bagi Ibu Yang Bercadang Untuk Hamil


03 Pemantauan Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan


Berikut adalah pemantauan yang perlu dilakukan pada lawatan pemeriksaan antenatal yang pertama: Cara #1 Kira BMI ibu sebelum kehamilan Cara #2 Tentukan saranan peningkatan berat badan mengikut kategori BMI sebelum kehamilan Cara #3 Timbang berat badan semasa Cara #4 Berikan nasihat umum tentang pengurusan berat badan kepada ibu hamil Cara #5 Berbincang dengan Pegawai Perubatan sama ada perlu merujuk ibu hamil yang obes atau kurang berat badan kepada Pegawai Sains Pemakanan untuk sesi Runding Cara Pemakanan (RCP)


Berikut adalah pemantauan yang perlu dilakukan pada lawatan pemeriksaan antenatal ulangan: Cara #1 Timbang dan catat berat ibu untuk menentukan berat badan semasa Cara #2 Kira jumlah peningkatan berat badan dengan menggunakan formula ini: Jumlah peningkatan berat badan = Berat badan semasa – Berat badan sebelum ini Cara #3 Kira tempoh antara lawatan semasa dengan lawatan terakhir wanita Tempoh kehamilan = Minggu kehamilan untuk berat badan semasa – Minggu kehamilan untuk berat badan sebelum ini Cara #4 Kira kadar peningkatan berat badan menggunakan formula ini: Kadar peningkatan berat badan = Jumlah peningkatan berat badan / tempoh kehamilan Cara #5 Banding kadar peningkatan berat badan dengan julat peningkatan berat badan yang disarankan


Puan A mempunyai BMI normal sebelum kehamilan dan telah memasuki minggu ke16 kehamilan. Oleh itu, saranan kadar peningkatan berat badan untuk Puan A adalah sebanyak 0.4 kg/minggu. Pengiraan peningkatan berat badan untuk Puan A: o Berat badan pada minggu ke-12 kehamilan adalah 48.0 kg o Berat badan semasa iaitu pada minggu ke-16 kehamilan adalah 51.0 kg o Oleh itu, peningkatan berat badan Puan A dalam tempoh 4 minggu (16-12) adalah: 51.0 - 48.0 = 3 kg o Kadar peningkatan berat badan seminggu adalah: 3 kg/4 minggu = 0.75 kg seminggu Ini menunjukkan Puan A telah mengalami peningkatan berat badan yang berlebihan. Puan A boleh dipertimbangkan untuk dirujuk kepada Pegawai Pemakanan bagi sesi Runding Cara Pemakanan. Contoh Pengiraan Kadar Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan


04 Peningkatan Berat Badan Yang Tidak Sihat Semasa Kehamilan


Peratusan ibu yang mempunyai peningkatan berat badan MENGIKUT SARANAN 44% Kurang berat badan sebelum kehamilan 39% Berat badan normal sebelum kehamilan 26% Lebih berat badan sebelum kehamilan 24% Obes sebelum kehamilan Peratusan ibu yang mempunyai peningkatan berat badan MELEBIHI SARANAN 61% Lebih berat badan sebelum kehamilan 55% Obes sebelum kehamilan


Ibu yang mempunyai BMI kurang berat badan sebelum kehamilan adalah lebih cenderung untuk mengalami peningkatan berat badan yang kurang dari saranan semasa kehamilan Ibu dengan BMI berlebihan berat badan atau obes pula cenderung untuk mengalami peningkatan berat badan yang berlebihan dari saranan semasa hamil Ibu yang merancang untuk hamil perlu mengawal berat badan sebelum kehamilan bagi memastikan pencapaian peningkatan berat badan yang sihat.


Ibu berisiko mengalami kekurangan nutrien seperti anemia atau kurang darah merah Ibu juga berisiko melahirkan bayi yang saiz kecil untuk umur (small-forgestational age) atau kurang berat lahir dan pramatang Bayi yang dilahirkan terlalu kecil mungkin mengalami kesukaran memulakan penyususan susu ibu, mudah mendapat penyakit dan perkembangan yang perlahan daripada umur yang sepatutnya Bayi seterusnya membesar sebagai seorang kanak-kanak yang terbantut, kurang berat badan sekiranya tidak dirawat dengan betul Peningkatan Berat Badan KURANG daripada Saranan


Ibu berisiko mendapat penyakit diabetes semasa kehamilan atau masalah tekanan darah tinggi semasa kehamilan Ibu berisiko melahirkan bayi yang terlalu besar atau makrosomia, yang boleh menyebabkan komplikasi kelahiran atau kelahiran melalui pembedahan Ibu sukar menurunkan berat badan kepada berat asal sebelum kehamilan Masalah berlebihan berat badan akan berterusan pada kehamilan yang berikutnya dan ianya boleh menyebabkan masalah obesiti dan ibu berisiko mendapat penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi untuk jangka masa panjang Bayi berisiko mengalami obesiti kanak-kanak dan seterusnya obesiti semasa dewasa Peningkatan Berat Badan LEBIH daripada Saranan


05 Ketidakselesaan Yang Biasa Dialami Semasa Kehamilan


Mabuk Kehamilan (Morning Sickness) Apa itu mabuk kehamilan? • Berasa loya, mual dan hendak muntah • Bermula pada minggu ke-4 hingga ke-7 kehamilan • Berkurangan pada minggu ke-16 hingga ke-20 kehamilan • Berpunca dari peningkatan kepekatan hormon HCG atau Human Chorionic Gonadotrophin Simptom • Loya, mual dan hendak muntah • Muntah berlebihan boleh menyebabkan penurunan berat badan


Kerap makan dan minum dalam kuantiti yang kecil (lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari) Elak makanan berminyak, pedas atau bergoreng Cara Mengurangkan Mabuk Kehamilan (Morning Sickness) Elak makanan yang boleh menyebabkan rasa loya Elak minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan Minum air sedikit di antara hidangan bagi mengurangkan muntah


Makanan manis Makanan masin Makanan masam Makanan berlemak Mengidam (Food Craving) Apa itu mengidam? Keadaan di mana ibu hamil berdepan dengan keinginan yang kuat sehingga tidak dapat dikawal untuk mengambil sesuatu jenis makanan. Contoh Keinginan Kesan Mengidam Boleh menimbulkan masalah kepada ibu hamil seperti pola makan tidak sihat dan peningkatan berat badan semasa kehamilan yang berlebihan.


Belajar untuk menangani tekanan Minum air secukupnya Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat Cara Mengatasi Mengidam (Food Craving)


Pedih Ulu Hati (Heartburn) Apa itu pedih ulu hati? • Rasa sensasi terbakar di bahagian atas saluran pencernaan termasuk bahagian tekak • Biasanya dialami semasa Trimester 3 • Berpunca dari tekanan rahim yang semakin membesar terhadap perut dan usus • Asid perut akan mudah memasuki saluran esofagus (saluran yang menghubungkan mulut ke perut) dan ini akan menyebabkan sakit dada seperti rasa terbakar di bawah tulang dada. Simptom • Rasa terbakar di dada, di bawah tulang dada • Rasa kepanasan di dalam tekak • Sendawa • Batuk yang teruk • Suara menjadi serak


Elak makanan pedas dan berempah serta minuman berkarbonat dan kafein Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak Makan kerap dengan kuantiti sedikit Makanan dengan perlahan, kunyah makanan dan elak dari terus menelan Jangan makan ketika berasa bimbang, cemas atau kecewa Berhenti merokok Cara Mengurangkan Pedih Ulu Hati (Heartburn)


Senaman ringan (senaman regangan pada bahagian belakang badan, pinggang dan pinggul) Urut secara lembut pada bahagian yang sakit Posisi tidur yang betul Gunakan hot pack atau alat tuam pada bahagian yang tidak selesa (belakang badan, pinggang atau pinggul) selama 15 minit Guna ‘maternity belt’ untuk menyokong tulang belakang Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi dan tidak selesa Sakit belakang Rehat yang cukup Penyebab Sakit Belakang Perubahan fizikal badan seperti peningkatan berat badan Cara Mengatasi Sakit Belakang


Sembelit Apa itu sembelit? • Kesukaran untuk membuang najis dan pengurangan kekerapan membuang najis • Berpunca dari peningkatan hormon progesterone yang meningkatkan tempoh masa yang diambil untuk makanan melalui usus kecil ke usus besar semasa trimester kedua dan ketiga • Ini digabungkan dengan tekanan rahim yang semakin membesar pada usus, memperlambat pergerakan dan menyebabkan sembelit • Pengambilan suplemen zat besi boleh menyebabkan sembelit Simptom • Perut kembung • Meneran secara berlebihan • Najis yang keras dan berketul • Sensasi pembuangan najis yang tidak lengkap • Pembuangan najis yang tidak kerap


Tips Mengurangkan Sembelit Tingkatkan pengambilan serat dalam diet seharian. Keperluan serat harian bagi dewasa adalah 20 – 30g serat. Antara makanan dan minuman yang mempunyai tinggi kandungan serat: Limau (2.2g/biji) Bayam (2.4g/100g) Epal (3g/biji) Oat (4g/cawan) Jambu batu (5.1g/100g) Brokoli (5.1g/100g) Minuman probiotik 6-8 gelas air kosong


Penyebab kekejangan Peningkatan berat badan Perubahan peredaran darah Kurang pengambilan kalsium dalam diet Cara mengatasi kekejangan: Mengurut bahagian betis atau kaki yang kejang Berjalan dalam tempoh masa yang singkat untuk menggalakkan peredaran darah setelah kekejangan hilang Minum air yang mencukupi Amalkan senaman ringan yang sesuai Dapatkan khidmat nasihat dari anggota kesihatan sekiranya masalah kekejangan berterusan Kekejangan


Cara mengatasi rasa pitam: Elak berdiri dalam tempoh masa yang lama Sekiranya terasa hendak pitam, ibu hamil hendaklah duduk serta menundukkan kepala hingga lutut Sekiranya sedang baring, mengiring terlebih dahulu sebelum berdiri secara perlahan Rasa Pitam Penyebab Rasa Pitam Tekanan darah tinggi yang rendah


Cara mengatasi berpeluh: Pakai pakaian kapas yang longgar Minum air yang mencukupi Duduk di dalam ruangan yang mempunyai pengudaraan yang baik seperti bilik yang mempunyai kipas atau penghawa dingin Berpeluh Penyebab Berpeluh Perubahan hormon serta peningkatan pengaliran darah ke kulit


Cara Mengatasi Lesu Atau Keletihan Semasa Kehamilan: Rehat dengan secukupnya Tidur lebih awal Melakukan senaman ringan atau sederhana untuk menenangkan fikiran. Sebagai contoh, berjalan pantas (brisk walking), yoga, berenang atau berbasikal setempat (stationary cycling) Tidak melakukan tugasan yang berat dan membebankan Berasa Lesu atau Keletihan Penyebab Lesu atau Keletihan Beban kehamilan dan ada kalanya oleh kerisauan yang melampau semasa kehamilan


Kekurangan nutrien seperti zat besi dan zink. Tindak balas badan untuk memenuhi keperluan nutrien yang tidak terdapat dalam makanan yang diambil. Masalah kesihatan mental Contoh bahan bukan makanan: Debu Tanah Sabun Ubat gigi Kapur Belarang mancis Span Mengidam Bahan Bukan Makanan (Pica) Punca Mengidam Bahan Bukan Makanan:


Kekurangan nutrien yang berterusan • Menghalang penyerapan nutrien (vitamin dan mineral) Kehilangan selera makan makanan berkhasiat • Pemantauan status hemoglobin (Hb) adalah amat penting Peningkatan berat badan Risiko keracunan • Bahan bukan makanan mempunyai bahan toksik atau kuman Masalah pembuangan najis/sembelit Kesan Mengidam Bahan Bukan Makanan (Pica)


1 Ambil makanan yang perlu kunyah dalam masa lama • Untuk mengalihkan tumpuan dari mengambil makanan yang tidak sepatutnya • Seperti gula getah tanpa gula (sugarless chewing gum) 2 Suami serta rakan ibu hamil hendaklah cakna tentang masalah ini agar dapat membantu ibu hamil mengatasi ‘pica’ Cara mengatasi Mengidam Bahan Bukan Makanan (Pica)


06 Pengekalan Berat Badan Selepas Bersalin


Pengekalan berat badan selepas bersalin atau dikenali sebagai postpartum weight retention (PPWR) merujuk kepada berat badan yang tidak kembali kepada berat sebelum kehamilan. Apa itu pengekalan berat badan selepas bersalin? 75% Wanita dianggarkan GAGAL untuk kembali ke berat badan pra-kehamilan dalam tempoh setahun selepas bersalin


Kesan Pengekalan Berat Badan Selepas Bersalin BMI BMI pra-kehamilan BMI


6 Bulan Pertama Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif sehingga 6 bulan. Utamakan makanan yang berkhasiat dan tinggi nutrien bagi memenuhi keperluan pemulihan badan ibu dan juga penyusuan susu ibu. Makan mengikut keperluan kalori yang disarankan menggunakan konsep Pinggan Sihat. Teruskan pengambilan suplemen zat besi sekiranya perlu. Lakukan aktiviti fizikal setiap hari. Cara Untuk Kembali ke Berat Badan Sebelum Kehamilan


6 Bulan Kedua Teruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia 2 tahun. Teruskan pengambilan makanan yang berkhasiat dan tinggi kandungan nutrien. Makan mengikut keperluan kalori yang disarankan dengan menggunakan konsep Pinggan Sihat. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak, gula dan garam. Lakukan aktiviti fizikal setiap hari Amalkan senaman intensiti sederhana seperti berjalan pantas selama 60 minit setiap hari. Dapatkan nasihat selanjutnya di klinik kesihatan 6 bulan selepas bersalin sekiranya berat badan tidak kembali kepada berat sebelum kehamilan. Cara Untuk Kembali ke Berat Badan Sebelum Kehamilan


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version