A P A K A H F A K T O R V A N D A L I S M E ? K E S A N V A N D A L I S M E LANGKAH MENGATASI VANDALISME
PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga menyiapkan tugasan projek ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini. kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi pemudahcara untuk menyiapkan projek ini. Mereka telah memberi kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka. Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secra langsung atau sebaliknya dalam pembikinan buku e-folio ini. Terima kasih
18DKM20F2008 MUHAMMAD A L AUDDIN Z A K I BIN MOHD A ZMI 18DKM20F2010 MUHAMMAD NURHAFI Z SHAHBIN RAMLE SHAH 18DKM20F2007 MUHAMMAD IQBA L DANI A L BIN MOHD SUKOR
Kupasan Tajuk 1-APAKAH ITU VANDALISME 2-PENGENALAN 3-CONTOH-CONTOH PERBUATAN VANDALISME 5-KESAN BURUK VANDALISME 4-FAKTOR BERLAKUNYA VANDALISME 6-KESAN TERHDAP NEGARA 7-LANGKAH - LANGKAH VANDALISME 8-KESIMPULAN
1 'Vandalism' adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undangundang. 'Vandalism' mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak. APAKAH ITU VANDALISME
2 Menurut Kamus Dewan (2005) vandalism merujuk kepada perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Vandalism juga dikenali sebagai pugut atau pemugut atau laku musnah. Berdasarkan pengertian ini vandalisme boleh diringkaskan sebagai perbuatan membuat perubahan di sebarang tempat seperti dinding un-tuk melukis, menandai, menyembur cat, menampal, merosak, dan men-gotorkan harta benda awam tanpa kebenaran bahkan boleh menyebabkan kerugian pihak berkuasa awam. Satu kajian analisis konten dilakukan terhadap mass media awam di Malaysia dengan tujuan kajian adalah untuk mencari definisi dan ciri umum vandalisme, jenis kumpulan yang terlibat dalam gejala ini, tujuan dan sebab, sasaran kerosakan, kegiatan yang mendorong gejala ini, pihak yang sewajarnya mengambil peranan mencegah gejala ini, kesan, dan kaedah menangani gejala vandalisme. Pemilihan kajian dengan menggunakan kata kunci ‘vandalisme’ di Google dengan fokus utama adalah daripada artikel akhbar ternama di Malaysia serta beberapa petikan buku bercetak yang dikeluarkan di Google book tersebut. Hasilnya terdapat sepuluh artikel mass media dan dua petikan buku dipilih untuk dijadikan verbatim data dengan penggunaan kod verbatim ialah AA bagi artikel Abdul Karim (2010); AB bagi Ahmad (2007); AC bagi Berita Harian (2001); AD bagi Berita PENGENALAN
3 CONTOH-CONTOH PERBUATAN VANDALISME Graffiti atau menulis dengan cat secara sembarangan pada dinding atau kemudahan awam Membanting atau merosakkan meja, kerusi, atau perabot awam di tempat umum. Membakar kenderaan atau kemudahan awam seperti telefon awam atau tandas awam Merosakkan taman atau tempat riadah dengan merosakkan tanaman atau kemudahan yang ada. Membuat calitan atau coretan pada kenderaan, motosikal, atau harta benda peribadi orang lain. Membuang sampah secara sembarangan di jalan atau taman.
4 FAKTOR BERLAKUNYA VANDALISME Ketiadaan pengawasan dan pemantauan pada tempat awam, seperti taman atau tandas awam, boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya vandalisme. Tekanan daripada rakan sebaya atau kelompok boleh mempengaruhi individu untuk melakukan vandalisme, terutamanya apabila mereka berada dalam kelompok yang merasa berkuasa atau tidak terkawal KURANG PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN TEKANAN RAKAN SEBAYA
5 Kesenjangan sosial dan ekonomi. Masalah mental: Beberapa individu mungkin mempunyai masalah mental seperti gangguan perilaku atau depresi yang menyebabkan mereka melakukan tindakan vandalisme. Orang yang merasa tertinggal atau tidak adil dalam masyarakat mungkin merasa frustrasi dan memilih melakukan vandalisme sebagai bentuk protes atau ekspresi diri.
Kebanyakan individu yang melakukan vandalisme hanya untuk melepaskan geram dan sesetengahnya untuk memenuhi kepuasan hati. Hal demikian memberikan kesan kepada individu untuk melakukan perbuatan yang sama itu lagi jika masalah ini masih berterusan. Hal ini secara tidak lansung akan menyebabkan perkara yang lebih teruk akan berlaku seperti merompak atau membunuh. KESAN BURUK VANDALISME KESAN TERHADAP INDIVIDU 1. Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat setempat. Mereka hanya berdiam diri sedangkan Vandalisme berlaku di depan mata mereka. Akhir perhubungan semasa dalam keadaan kecemasan. Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar. Contengan pada dinding tandas awam memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk meniru gejala tidak sihat ini. 2. KESAN TERHADAP MASYARAKAT
Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah tentu menjejaskan imej negara Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan- kemudahan yang dirosakkan itu lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. 3. KESAN TERHADAP NEGARA
LANGKAH - LANGKAH VANDALISME 1) Ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anakanak mereka supaya tidak terjerumus ke dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-anak juga patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebihlebih lagi, ibu bapa harus menyemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya ibu bapa melaksanakan peranan mereka dengan sempurna, pasti masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah. 2) Masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka demi menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang ahli masyarakat, kita harus peka terhadap situasi di sekeliling kita. Contohnya, jika terlihat perlakuan vandalisme, kita patut melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pendek kata, kita tidak patut bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Maka, sekiranya masyarakat bersikap proaktif, pasti kegiatan vandalisme mampu dikurangkan.
3) Pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting dalam mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Hakikatnya, undang- undang kini hanya seperti melukut di tepi gantang kerana tidak mampu menunjukkan impak yang signifikan dalam menangani gejala negatif dalam kalangan pelajar. Menyedari realiti ini, pihak berkuasa perlulah menggubal undang-undang supaya hukuman yang lebih berat dijatuhkan terhadap si masalah vandalisme boleh disifarkan dalam kalangan pelajar. 4) Pihak sekolahpatut melaksanakan peraturan sekolah pelaku vandalisme denga lebih tegas terhadap pelajar. langkah-langkah dilaksanakan masalah vandalisme boleh disifarkan dalam kalangan pelajar. pelajar yang melakukan vandalisme di dalam kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu dirotan atau dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat menginsafkan pelajar yang terlibat dan mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga harus mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan vandalisme. Langkah ini bukan sahaja mampu menangani masalah vandalisme, tetapi turut dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain.
5) Media massa juga perlu memainkan peranan selain fungsinya sebagai media hiburan. Media massa memainkan peranan yang penting dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran dalam memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa jua bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. Media massa juga berperanan dalam membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen " Harta Awam Milik Bersama" kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan
Kesimpulan Secara ringkasnya pengertian vandalism ialah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang sama ada perbuatan ini dilakukan secara persendirian atau berkumpulan. Kegiatan ini juga sering dilakukan oleh golongan remaja terutamanya pelajar-pelajar sekolah, tidak mengira lelaki mahupun perempuan. Apa yang lebih penting ialah sikap vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan peralatan yang rosak. Isu vandalisme juga merupakan salah satu isu gejala sosial yang sering dilakukan oleh para remaja yang tidak mempunyai sifat kesantunan. Mereka ini bersikap mementingkan diri sendiri sahaja kerana mereka merosakkan kemudahan awam tanpa memikirkan akibatnya terhadap orang awam. Mereka ini juga tidak menyayangi dan menghargai harta benda awam. Memandangkan gejala sosial ini semakin berleluasa di Malaysia, maka masyarakat wajar berusaha membendung masalah ini.