RIWAYAT RASULULLAH S.A.W UNIT MAKDIS & PANITIA PEND. ISLAM 2023/1445H
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim KENALI RASULULLAH S.A.W AYAH TARIKH LAHIR IBU SUSUAN PERTAMA: THUWAIBATUL ASLAMIYAH ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB BIN HASHIM BONDA AMINAH BINTI WAHAB BIN ABDUL MANAF GELARAN Al-Amin TEMPAT LAHIR KEDUA: HALIMATUS SA’ADIAH ISNIN, 12 Rabbiul Awwal Tahun Gajah. Rumah Abu Thalib di Mekah. (Orang yang dipercayai)
SEJARAH RASULULLAH S.A.W USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah s.a.w. yang dilakukan oleh malaikat Jibril untuk mengeluarkan suatu gumpalan (alaqah) dari dadanya iaitu bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. Peristiwa ini dianggap sebagai petanda kenabian dan kemuliaan yang diberikan oleh Allah terhadapnya. USIA 6 TAHUN Ibunya, Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’. Kemudian, baginda berada dibawah jagaan Ummu Aiman dan ditanggung oleh datuknya, Abdul Muttalib. Datuknya amat menyayangi baginda melebihi kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anaknya.
SEJARAH RASULULLAH S.A.W USIA 8 TAHUN Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Kemudian, baginda dipelihara oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Setelah itu, ketika usianya 12 tahun baginda mengikut bapa saudaranya untuk bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. Pembinaan tersebut telah dilakukan semula oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. Rasulullah s.a.w telah diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul Aswad ke tempat asal sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung isu perletakan batu tersebut.
SEJARAH RASULULLAH S.A.W USIA 40 TAHUN Baginda menerima wahyu di Gua Hira’ melalui Malaikat Jibril. Ini menjadi penanda bahawa baginda adalah Nabi dan Rasul yang terakhir dikalangan umat manusia. Wahyu pertama yang diturunkan adalah pada 17 Ramadhan iaitu Surah Al-Alaq ayat 1 - 5. USIA 63 TAHUN Kewafatan Rasulullah s.a.w. di Madinah al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabbiul Awal tahun ke 11 Hijrah.
sifat RASULULLAH S.A.W SIDDIQ (Benar) AMANAH (Jujur) FATONAH (Bijaksana) TABLIGH (Menyampaikan)
mukjizat RASULULLAH S.A.W Al-Quran al-Karim Terbelahnya bulan Air yang keluar dari jari-jemari Peristiwa Isra’ Mikraj Menjadikan makanan yang sedikit, tetapi cukup untuk ribuan orang menjamahnya. Menyembuhkan penyakit
JOM SELAWAT “Barangsiapa berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah s.w.t akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (Riwayat Muslim)