TEMA : PENEROKAAN DAN UNSUR ALAM
BAB 7 : UDARA
7.3 PENCEMARAN UDARA (JEREBU)
NAMA: NURWADIAH AINAA BINTI RAMLAN SHAM
KELAS: 1 PROAKTIF
NAMA GURU: PN NORLIZA ABD GHANI
1
ISI KANDUNGAN
Bil PERKARA MUKA SURAT
1 Penghargaan 3
2 Laporan proses kerja 5
3 Pencemaran Udara: Jerebu
6-8
• Pengenalan
• Pernyataan masalah 9 - 11
• Objektif kajian 12 - 14
• Kaedah pelaksanaan projek 15 - 16
• Alat/bahan digunakan
4 Hasil projek 17
5 Perbincangan
6 • Masalah/rintangan pelaksanaan projek
• Cadangan penambahbaikkan
• Kesimpulan
7 • Rujukan
• Lampiran
2
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan
dari-Nya saya telah dapat menyiapkan tugasan Folio Sains dengan jayanya.
Insyaallah, tugasan ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari
pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya mengucapkan sekalung penghargaan berbanyak – banyak terima kasih
dan setinggi – tinggi penghargaan kepada guru sains saya Puan Norliza Binti Abd
Ghani keraba memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam
menjayakan folio ini.
Jutaan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak
membantu saya serta memberikan dorongan dan sokongan buat saya dalam
menjayakan folio ini.
Tidak lupa juga buat kawan – kawan saya yang banyak menyumbang idea
serta memberikan tunjuk ajar kepada saya. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak
yang terlibat dalam membantu saya secara tidak langsung sepanjang saya
menyiapkan folio ini.
3
PENCEMARAN
UDARA
(JEREBU)
4
LAPORAN PROSES KERJA
Tarikh Aktiviti
15.9.2021 Menerima taklimat dari guru
15.9.2021 Memilih tajuk
20.9.2021 Mencari bahan
23.9.2021 Soal selidik (Google Form)
25.9.2021 Membuat Folio
28.9.2021 Membuat slaid powerpoint/e-book
29.9.2021 Menghantar tugasan projek
5
PENGENALAN
Jerebu terjadi apabila kehadiran partikel – partikel kecil di atmosfera
meningkat sehingga menghalang cahaya matahari dan menggelapkan suasana.
Partikel – partikel yang menyebabkan fenomena ini mungkin disebabkan oleh
faktor semula jadi atau buatan manusia. Punca dari sumber semula jadi meliputi
laut, hutan dan permukaan tanah. Namun, kebanyakkannya berpunca daripada
aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka, pembakaran hutan, asap kenderaan
dan pembakaran bahan api fosil dari kilang.
Jerebu yang terjadi di Malaysia berpunca daripada pembakaran haram
secara besar – besaran yang kerap dijalankan sekitar bulan Julai dan Oktober. Ia
terjadi mungkin kerana tanah yang dibakar dapat dijual dengan harga yang lebih
tinggi untuk digunakan oleh industri minyak sawit dan pembikinan kayu.
Pembakaran juga merupakan kaedah yang lebih mudah berbanding kerja – kerja
penebangan menggunakan mesin pengali.
Dalam jangka masa pendek, mata, hudung dan tekak mungkin akan
mengalami kerengsaan akibat jerebu. Risiko penyakit jantung dan paru – paru juga
akan meningkat apabila terdedah kepada jerebu. Manakala, dalam masa jangka
Panjang saluran darah juga akan terjejas yang boleh menjurus kepada penyakit
vaskular.
Untuk mewujudkan persekitaran serta masyarakat yang sihat, kita perlu
mendaparkan maklumat yang tepat tentang masalah jerebu ini supaya kida dapat
sama – sama membendung masalah ini dari terus merebak.
6
PERNYATAAN MASALAH
Pencemaran udara merupakan satu masalah global yang memberi kesan buruk
terhadap benda hidup dan alam sekitar. Contohnya masalah jerebu. Terdapat
banyak faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini.
Projek dijalankan untuk mengetahui tahap pencemaran udara dan kesan buruk
terhadap benda hidup dan alam sekitar. Kajian ini termasuklah
I. Apakah pencemaran udara
II. Kesan buruk pencemaran udara terhadap benda hidup, alam sekitar dan
ekonomi negara.
III. Cara atau Langkah – langkah untuk mencgah atau mengawal pencemaran
udara.
IV. Menghasilkan dokumentari / slaid power / E-book berkaitan pencemaran
udara.
7
OBJEKTIF KAJIAN
Projek ini dijalankan untuk mengetahui bagaimanakah pencemaran udara berlaku,
kesan buruk pencemaran dan cara mengatasi atau mengawal pencemaran tersebut.
KAEDAH PERLAKSANAAN KAJIAN
Satu soal selidik yang dijalankan melalui penggunaan Google Form. Responden
dipilih secara rawak di antara ibu bapa pelbagai latar belakang dan juga pelajar.
Hasil soal selidik ini digunakan untuk Analisa tahap pengetahuan responden
mengenai pencemaran udara.
ALAT/BAHAN DIGUNAKAN
Google Form
https://docs.google.com/forms/d/1SrPJK1CHIGmAlx7d1gVu1UrTsxNubAdC9QBogU
4RGXA/edit
8
HASIL PROJEK
9
10
11
PERBINCANGAN
Apakah pencemaran udara?
1. Punca Jerebu
Jerebu ialah suatu kawasan apabila terdapatnya debu, asap, habuk, debu
serta gas dan pepejal yang terapung – apung atmosfera berhampiran dengan
bumi. Jerebu kebiasaannya berlaku di kawasan yang mempunyai penduduk
yang padat.
Antara punca berlakunya ialah terbentuk asap kotor berpunca daripada kilang
dan kenderaan bermotor. Bahan – bahan tersebut dan menyerap haba
daripada sinaran matahari. Seterusnya, menyebabkan suhu bumi meningkat.
Bertambahnya kenderaan bermotor di jalan raya menambah keburukkan lagi
kualiti udara di negara kita.
Selain itu, fenomena jerebu menjadi bertambah buruk apabila aktiviti
perindustrian dijalankan tanpa pengawasan yang rapi oleh pihak yang
bertanggungjawab. Hal ini menyebabkan pihak kontraktor menebang lebih
banyaj pokok daripada had yang telah ditetapkan. Pembakaran secara
terbuka dan pembakaran api fosil yang merupakan salah satu punca –
puncanya kerana ia membebaskan gas nitrogen yang agak tinggi dan
berbahaya kepada manusia.
Akhir sekali, jerebu lazimnya berlaku sekiranya hujan tidak turun dalam
tempoh masa yang lama dan tiada angin bertiup. Angin yang bertiup akan
membawa sekali debu asap serta gas dan pepejal yang terapung – apung di
atmosfera berhampiran dengan bumi. Habuk yang terdapat di dalam udara
yang tercemar tadi, secara tidak langsung mengurangkan bacaan indeks.
2. Masa Inkubasi
Sekiranya fenomena jerebu berlaku di negara ini, jangka masa untuk pulih
adalah sekitar dua bulan jangka masa untuk keadaan bertambah baik.
12
3. Simptom atau Tanda Jerebu
Simptom yang akan dialami setelah terdedah kepada jerebu adalah:
❖ Terasa gatal – gatal dibahagian kereongkong dan batuk – batuk
❖ Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas
❖ Mata terasa pedih dan berair
❖ Hidung berair dan kerap bersih
❖ Kulit badan terasa gatal – gatal
❖ Terasa sakit dada
4. Tindakan semasa jerebu
o Kurangkan aktiviti di luar rumah
o Pakai penutup muka yang sesuai jika keluar rumah
o Pastikan udara di dalam rumahatau bangunan sentiasa bersih
o Basuh muka dan tangan dengan air bersih dan sabun setelah melakukan
aktiviti
o Banyakkan minum air kosong sekurang - kurangnya 8 gelas sehari
13
Langkah mencegah & mengawal jerebu
➢ Penguatkuasa undang - undang
o Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong
asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi
lapisan atmosfera bumi.
o Denda kepada individu yang melakukan pembakaran terbuka
o Tidak membenarkan mendirikan kilang berhampiran kawasan
perumahan
➢ Pendidikan alam sekitar
o Melaksanakan program antimerokok di sekolah
o Menekankan pencemaran udara dan langkah-langkah pengawalannya
di sekolah
➢ Melalui sains dan teknologi
o Reka cipta kenderaan hibrid
o Pemasangan penapis cerobong asap di kilang-kilang
o Penggunaan penukar bermangklin pada kenderaan bermotor
➢ Kempen kitar semula
o Melalui kempen kitar semula bahan buangan/sisa pertanian boleh
dikitar menjadi bahan baru.
o Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja
kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu getah pula boleh
dijadikan perabot seperti meja dan kerusi.
➢ Memakai topeng muka
o Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk dan
selsema pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah amatlah
digalakkan.
14
MASALAH/RINTANGAN MELAKSANAKAN PROJEK
Semasa menjalankan soal selidik terdapat beberapa rintangan seperti :
1) Sebilangan kecil responden lambat memberikan respon di atas kesibukkan
responden
CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN
1) Menambahkan jumlah responden yang akan disoal selidik
2) Memperbanyakkan jumlah soalan untuk disoal selidik
3) Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia perlu sentiasa memberikan
penerangan serta kempen tentang bahayanya jerebu
15
KESIMPULAN
Keseluruhan responden yang di soal selidik mengetahui danmemhami bagaimana
wabak jerebu ini terjadi dan cara-cara mencegah dan mengawalnya.Akan tetatpi ada
juga yang tidak berapa jelas tentang abak jerebu ini.Pihak berkuasa di dalam bidang
kesihatan amat perlu mengadakan dengan lebih baik serta berkesan lagi.
RUJUKAN
▪ https://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu
▪ https://www.scribd.com/presentation/329633278/Langkah-langkah-Mengawal-
Pencemaran-Udara
▪ http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/07/langkah-langkah-mengatasi-
jerebu.html
16
LAMPIRAN
17