The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vanilacaramel28, 2022-05-12 10:52:52

BUKU PROGRAM 2022

BUKU PROGRAM 2022

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Notis Panggilan Mesyuarat 1
2. Aturcara Majlis 2
3. Jawatankuasa PIBG 3
4. Jawatankuasa Pelaksana 4
5. Pencapaian Kokurikulum 7
7. Aktiviti PIBG 17
8. Minit Mesyuarat 18
9. Penyata Pendapatan/Perbelanjaan 29
10. Usul dan Cadangan 33
11. Catatan 35

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Tel : 04-8660217
Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Fax : 04-8660220
Jalan Balik Pulau, Emel : [email protected]
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ruj. Kami : SMKPU100-13/1/4(36)
Tarikh : 12 April 2022

Kepada :
Ibu Bapa/Penjaga dan Guru-guru,
SMK Pondok Upeh.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PONDOK UPEH KALI KE-14

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

2. Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang akan
diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 14 Mei 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (Googlemeet)

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
3.1 Ucapan Pengetua merangkap Penasihat PIBG SMK Pondok Upeh
3.2 Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Pondok Upeh
3.3 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG sesi 2021/2022
3.4 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2021/2022
3.5 Membentangkan dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Ogos 2022
3.6 Membahaskan usul dan cadangan
3.7 Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022
3.8 Pelantikan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023
3.9 Ucapan penangguhan

4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung
tersebut.

5. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan usul dan slip kehadiran tuan/puan untuk
dikembalikan kepada Setiausaha Kehormat PIBG melalui guru tingkatan anak tuan/puan selewat-
lewatnya pada atau sebelum 21 April 2022 (Khamis). Usul tuan/puan juga boleh dihantar melalui emel
[email protected].

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

…………………………………
(FADZELAH BINTI IBRAHIM)
Setiausaha
PIBG SMKPU

Page | 1

ATURCARA MAJLIS

MASA ATURCARA

9.00 pagi : Pendaftaran/Kehadiran Ibu bapa, waris dan guru (Secara
Atas Talian) dan Montaj

9.15 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis

9.20 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang

9.25 pagi : Bacaan Doa

9.40 pagi : Ucapan Pengetua SMK Pondok Upeh
(Hajah Faridah Binti Hussain)

10.00 pagi : Ucapan Perasmian YDP PIBG 2021/2022 dan
(En. Abdul Razak Bin Husain)

10.15 pagi : Persembahan Multimedia : “SMKPU Melebarkan Sayap”

10.20 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2022/2023 dimulakan
- Ucapan Alu-aluan YDP
- Pengesahan dan penerimaan Minit Mesyuarat Agung
PIBG sesi 2021/2022
- Pembentangan, menerima dan meluluskan Penyata
Kewangan Berakhir 30 April 2022
- Pembahasan Usul
- Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022
- Pelantikan Pengerusi Sementara
- Pelantikan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023
- Anugerah Ikon Waris PIBG
- Ucapan Penangguhan

11.20 pagi : Mesyuarat Agung PIBG dijangka tamat

11.25 pagi : Sesi bergambar

11.30 pagi : Majlis tamat

Page | 2

JAWATANKUASA PIBG

2021/2022

Jawatan AJK
Penasihat Hajah Faridah Binti Hussain
Yang Di-Pertua PIBG En. Abdul Razak Bin Husain
Naib Yang Di-Pertua PIBG En. Rizol Bin Md Ariff
Setiausaha Pn. Noorfadhilah Binti Khairi
Bendahari Pn. Rose Amalina Binti Nawi
AJK Ibu Bapa 1. Pn. Kalaa Devi A/P Karuppiah
2. En. Yuhezri Bin Mohd Yusuff
AJK Guru 3. Pn. Nur Sakinah Binti Abdullah
4. Pn. Norzamzuraidah Binti Nordin
Juruaudit Dalaman (Ibu Bapa) 5. En. Azlan Bin Abu Bakar
Juruaudit Dalaman (Guru) 6. En. Radzman Bin Abd Razak
7. En. Noor Irwan Bin Kamarudin
1. Pn. Siti Zulaiha Binti Zuraimi
2. En. Mohd Fadli Bin Idris
3. Pn. Asmahani Binti Abu Samah
4. Pn. Thilagarani a/p Muthiah
Pn. Hajah Suriati Binti Saat
Cik Hariany Binti Mohd Hassan

Page | 3

JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14 TAHUN 2022
SMK PONDOK UPEH

JAWATANKUASA AJK TUGAS
JEMPUTAN / LAPORAN Fadzelah Binti Ibrahim • Menyediakan surat jemputan
AKTIVITI PIBG / Rose Amalina Binti Nawi
LAPORAN KEWANGAN Mesyuarat Agung PIBG
• Menyediakan Laporan Aktiviti
POSTER DIGITAL Nuratikah Binti Abdul Halim (K)
Tuan Norsyafieka Binti Tuan PIBG sesi 2021/2022
PERSEMBAHAN Abdullah • Menyediakan Laporan
MONTAJ / MULTIMEDIA / Muhammad Fadli Bin Idris
LAGU NEGARAKU Amalina Binti Zamzuri Kewangan PIBG sesi 2021/2022
• Menyediakan Laporan
HEBAHAN Nurul Illiani Binti Mustapha (K)
Aqilah Nasuha Binti Abdullah Kewangan Surau Raudhatul
Sani Jannah.
Norihan Binti Mohamed • Menyerahkan semua maklumat
Veronica Anne A/P Thomas laporan kepada AJK Buku
Nur Fazliana Binti Yaacob Program
• Menyediakan poster yang
Semua Guru Kelas bersesuaian untuk tujuan
hebahan.
USUL & CADANGAN Siti Kamaliah Binti Yusoff (K)
Thilagarani a/p Muthiah • Menyediakan persembahan
Sick Kua Tee montaj/multimedia sebelum
Cheah Kim Ling mesyuarat dijalankan.
Rohana Binti Zainol Alam
Tasnim Binti Ahmad Nizam • Persembahan multimedia
Hanisah Binti Abdul Rahman aktiviti-aktiviti dan kejayaan
sekolah sepanjang 2021-2022.

• Guru kelas mengedarkan surat
jemputan mesyuarat dan borang
usul kepada kelas masing-
masing, mengumpul kembali
borang usul dan
menyerahkannya kepada AJK
usul dan cadangan.

• Guru kelas membuat hebahan
melalui group waris mengikut
kelas masing-masing sebelum
mesyuarat berlangsung.

• Mengumpul usul ibu bapa/waris
daripada semua guru tingkatan.

• Menaip usul daripada ibu
bapa/waris pelajar dan
menyerahkan kepada SU PIBG
untuk diserahkan kepada AJK
Buku Program.

Page | 4

BUKU PROGRAM Siti Zulaiha Binti Zuraimi (K) • Menyediakan Buku Program
Rosni Binti Daud dalam bentuk digital.
PENDAFTARAN / Najihah Annazeerah Binti Abd (online.anyflip.com dan PDF)
KEHADIRAN Latif dua hari sebelum majlis
PENGACARA MAJLIS Junalita Binti Hamid berlangsung.
BACAAN DOA Azlina Binti Ahmad
TEKNIKAL Mah Hooi Choo • Memasukkan usul daripada Ibu
Bapa / waris pelajar dalam Buku
KIRAAN UNDI Laporan Mesyuarat PIBG
PENCATAT MINIT SMKPU Kali Ke-14 2021/2022

• Menyerahkan link kepada SU
PIBG untuk hebahan.

Hasnoridah Binti Hassan (K) • Menyediakan link kehadiran
Suriani Binti Sulaiman Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-
Semua Guru Kelas 14 2022/2023

Nor Hafzan Binti Ramli (K) • Mengedarkan link kehadiran
Nor Ayu Binti Shamsudin kepada ibu bapa/waris yang
menyertai Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-14 2021/2022

• Menyediakan teks pengacara
majlis.

• Mengacara majlis.

Azman Bin Mohamed (K) • Menyediakan teks doa yang
Abidi Bin Ismail sesuai.

• Memimpin bacaan doa.

Rashidah Binti Abd Kader Mydin • Menyediakan platform Mesyuarat
(K) Agung PIBG Kali Ke-14
Siti Nor Aida Binti Che Jaafar 2021/2022 menggunakan 2 link
Siti Rahimah Binti Jusop iaitu akaun moe sekolah dan live
Nur Miswarie Bin Mat Yusoff stream.
Danny Goh Wah Yik
Jamaliah Binti Ishak • Waris dan guru-guru yang
Nalani a/p Ragunazan memberi cadangan atau usul
masuk link gm.
Mohd Zainurihisam Bin
Muhammad (K) • Memastikan ‘admission’ berjalan
Rosdi Bin Abdul Aziz lancar.
Rohaida Binti Omar
Ummie Kalsum Binti Semail • Menyelaraskan persembahan
Aida Hasliza Binti Hamzah multimedia sepanjang mesyuarat
Nazilah Binti Ismail berlangsung.
Abdul Rahman Bin Abu
Nur Syamimi Binti Abu Bakar (K) • Mengira undian mengikut kaedah
Che Siti Rohana Binti Yaacob yang sesuai.(cadangan pool)
Rabiah Binti Mustapa Kama
Halisah Binti Kasim • Memapar hasil undian
Norhazlina Binti Haron menggunakan kaedah yang
Siti Aminah Binti Zainol bersesuaian.
Siti Rashidah Binti Aziz
• Mencatat minit sewaktu
mesyuarat dijalankan

• Menyediakan minit mesyuarat
yang lengkap dalam bentuk ‘Soft
Copy’ dan ‘Hard Copy’ untuk
diserahkan kepada Setiausaha
PIBG sebagai bahan
dokumentasi.

Page | 5

JURU Hariany Binti Mohd Hassan (K) • Mengambil gambar (screenshot)/
GAMBAR/DOKUMENTASI Nor Afidah Binti Muhammad merekodkan video sepanjang
Nurul Huda Binti Bakar majlis berlangsung.
Goh Tan Feng

Rizal Bin Md Noor

Rusli Bin Aziz

Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

………….…………………………… (HAJAH FARIDAH BINTI HUSSAIN)
Pengetua
(FADZELAH BINTI IBRAHIM) Smk Pondok Upeh, Balik Pulau.
Setiausaha PIBG
Smk Pondok Upeh, Balik Pulau.

.

Page | 6

PENCAPAIAN KOKURIKULUM

SMK PONDOK UPEH

BIDANG KO AKADEMIK TEMPAT TARIKH PENCAPAIAN
BIL NAMA PERTANDINGAN

1 Pertandingan Adab dab Nilai Dalam talian Mei Peringkat Daerah
(ADNI)
Khat Siber Kategori
Perempuan
Johan (Norzunah Shazzana)

Khat Siber Kategori Lelaki
Johan (Adam Danish Bin
Nzari)

2 Pertandingan Adab dab Nilai Dalam talian Ogos Lagu Kerohanian
(ADNI) Naib Johan (Muhammad
Redwan)
Peringkat Negeri

Khat Siber Kategori
Perempuan
Johan (Norzunah Shazzana)

3 eMahabbah Pendidikan Khas, Atas talian Ogos Khat Siber Kategori Lelaki
Pulau Pinang tahun 2021 7 September Naib Johan (Adam Danish Bin
Nzari)
4. Kuiz Sejarah & Patriotisme Atas talian Peringkat Negeri
Kategeri eTarannum
Sempena Fiesta Merdeka JPNPP Tempat ke-3 (Siti Fatimah Bt
Ramli)
Peringkat Negeri
Penyertaan

Page | 7

5. Kuiz Pengetahuan Sejarah, Atas Talian 16 September Peringkat Negeri

Kewarganegaran dan Penyertaan

Kebudayaan Malaysia

6 Pertandingan Merekacipta Corak Atas Talian Julai-Ogos Peringkat Daerah

Baju- T Bertemakan PPD Barat Katogeri B18 Tahun

kemerdekaan Daya Johan

Tempat Ke-2

Tempat Ke-3

Katogeri B15 Tahun
Tempat Ke-2
Tempat Ke-4

7 Puisi Alam Sekitar Jabatan Alam Julai-Ogos Peringkat Negeri
Sekitar Pulau Jun Tempat 5 dan 6
8 Kuiz Kesedaran Jenayah Dan Pinang
Keselamatan Awam Semasa Sekolah Teknik Peringkat Negeri
Pandemik Covid-19 TAR Keputusan belum diketahui

9 Kangaroo Math KPM Julai Peringkat Kebangsaan
*Keputusan Belum diketahui
10 Pertandingan Deklemasi sajak PPD Barat Julai-Ogos Peringkat Daerah
dan Pantun Bertema Daya Katogeri B18 Tahun
Kemerdekaan Johan
Ke-3
Katogeri B15 Tahun
Johan
Ke-4

11 Pertandingan Melukis Doodle JPN April Peringkat Negeri
Art Alam Sekitar Dalam talian *Keputusan Belum Diketahui
Peringkat Kebangsaan
12 Pertandingan Adab dab Nilai Penyertaan
(ADNI) Norzunah Shazzana

13 Pertandingan Melukis Karikator PPD Julai- Ogos Peringkat Daerah
Tokoh Pejuang Kemerdekaan Johan (Kategori Men Rendah)

Page | 8

14 Pertandingan Mereka Cipta PPD Julai - Ogos Peringkat Daerah
Corak Baju T Kemerdekaan Kategori Men Rendah
Saguhati 3 peserta

15 Pertandingan Mendeklemasi PPD Julai-Ogos Katogeri Men Atas
Sajak Kemerdekaan Johan
Naib Johan
Ke-3
Ke-4
Ke-5
Peringkat Daerah
Kategori Men Rendah
Johan
Naib Johan
Ke-4
Ke-5
Ke-6

Kategori Men Atas

Johan

Ke-3

Ke-4

16 Pertandingan Wartawan Muda PPD Julai - Ogos Peringkat Daerah
Sukan
Kategori Men Rendah

Johan (Wan Muhammad Alif)

Ke-3 (Muhammad Raziq

Luqman)

17 Pertandingan Dare To Spell JPN 21 Oktober Peringkat Negeri

2021 Pusingan Akhir-Qaireen

Batruisya

18 Pertandingan Video Kreatif KPM 1 Dedikasi
12 Okt – 2 Peringkat Kebangsaan

Khidmat Masyarakat Peringkat Nov 2021 Penyertaan

Kebangsaan Tahun 2021 Yusrian 1Ino

19 Karnival Kesenian Murid KPM Nov Peringkat Kebangsaan

Malaysia Peringkat Kebangsaan Ke-4

Nur Husna & Aazfariah

Page | 9

KELAB DAN PERSATUAN

BIL NAMA PERTANDINGAN TEMPAT/ANJURAN TARIKH PENCAPAIAN

1. Karnival STEM 2021 JPN 18 Ogos 2021 Peringkat Negeri
2. Stem Decathlon Challange Unit Pembangunan Johan – Video Digital
Bakat Murid Tempat Ke-3 dan Ke-4 –

JPN Persembahan STEM
Unit Pembangunan Tempat ke-2 – Fotografi
Bakat Murid
Alam Semulajadi
Tempat ke-5 –Solar Oven

Peringkat Negeri

Tempat Ke-4

Saguhati : 3 orang (top 20)

3 Pertandingan Low Touch Pusat Sain dan Inovasi September Peringkat Kebangsaan
High Impact 2021 2021 Penyertaan

4. Remaiging Mobility TOYOTA Oktober Peringkat Kebangsaan

5. Cabaran kek cawan 2020- April Penyertaan
mug cake challenge
2021
6. Pertandingan memasak
Virtual Kelab Autism Malaysia September Peringkat Kebangsan
2021 Tempat pertama
Tempat kedua
Jabatan Kesihatan September Tempat keempat

Negeri Sembilan 2021 Peringkat Kebangsaan
Penyertaan

Page | 10

7. Inovasi kejuruteraan Isef JPN September Peringkat Kebangsaan
2021 Penyertaan

8. Dec4AIR Drone Edu JPN 28 Ogos 2021 Peringkat Kebangsaan
Challange4.0 Penyertaan
(Cabaran Keselamatan Siber)

11 Program Pendidikan Dalam Kumpulan Oktober 2021 Peringkat Kebangsaan
Penyertaan
Talian Keselamatan Jalan Raya Perangsang

KPS#RideHomeSafe (Kuiz) Selangor

13 Pertandingan Inovasi STEM JPN Mac 2021 Peringkat Negeri
(PISTEK) 4 Inovasi STEM sekolah
layak
ke tahap Penilaian Ke2.
1.Carsia Angustifolia As An
Alternative For Breaking
Down dan Decreases Fat Cell
2.Water Colour paint from
flower Bougainvillea
Spektabilis
3.Smart Travelling Closet
And Scooterluggage
4.The Inner Core Of Musa
Spp. As A Moistre Trapping
Material And Soil Fettillezer
As A Solution To
Enviromental Problem,

Page | 11

BADAN UNIT UNIFORM TEMPAT TARIKH PENCAPAIAN
BIL NAMA PERTANDINGAN
1. Masakan Rimba Kediaman 18-30 Mac Peringkat Negeri
masig-masing 18-31 Mac Tempat ke4
Tempat ke-5
2. Pertandingan simpulan dan Atas Talian Penyertaan 26
ikatan Peringkat Negeri Pulau Atas Talian Peringkat Negeri
Pinang Penyertaan

3. Kuiz Pengerahuan Asas KRS 10 Julai Peringkat Daerah
2 Emas
4. Pertandingan laungan Azan KRS Atas Talian 15 Mac -12 21 Perak
Cabaran Siber KRS dan Pasukan Mei 2021 5 Gangsa
Badan Beruniform Peringkat 2 Penyertaan
Negeri Pulau Pinang Tahun 2021 Peringkat Negeri
(Secara Dalam Talian) Penyertaan
Peringkat Daerah
Johan (Muhammad Syadiq dan
Muhammad Redwan)

5. Bengkel Asas Pertolongan Atas Talian 9 Mac 2021 Peringkat negeri
Cemas Atas Talian Penyertaan
Jun 2021
6. Membina Replika Gajet Kraf Peringkat Negeri
Perkhemahan 18-31 Mac Kategeri Tingkatan 2
2021 Johan: (Saiful Muhayman)
7 Pertandingan Simpulan dan Atas Talian Ogos- Peringkat Negeri
Ikatan Atas Talian September Penyertaan

8 Cabaran Kor Kadet Polis Peringkat Negeri
peringkat kebangsaan 2021 Johan (Abdul Aziz Ilias)
(Virtual Run) Ketiga (Saiful Muhayman)
Kelima (Muhammad Zariq
Haqweem)

9 Cabaran KASPA Peringkat Atas Talian 2-27 September Peringkat Negeri
Negeri Pulau Pinang
2021 Penyertaan (Nur Batrisya

Dayana)

Page | 12

SUKAN DAN PERMAINAN TEMPAT TARIKH PENCAPAIAN
BIL NAMA PERTANDINGAN

1 E-KEJOHANAN Dewan 10-31 Mac Peringkat Daerah
OLAHRAGA MSSPP Bandaraya 2021
Pulau Pinang 1500m 15TKB (Perempuan)
Johan (Azatul Sheila Bt Abdul
Ghani)

400m 18TKB
Johan (Muhammad Emrie Diani)

400m 15TKB
Johan (Muhammad Farish B
Yusfarizal)

400m 15TKB (Perempuan)
Johan (Nor Fatini Binti M
Isrulnizam)
Naib Johan ( Nur Raihatul
Miska)
Ke-3 (Anis Nasuha Binti
Hisham)

100m 15TKB (Lelaki)
Johan (Muhammad Farish Bin
Yusfarizal)

100m 15TKN(Perempuan)
Johan (Nor Fatini Binti M
Isrulnizam)
Naib Johan ( Nur Raihatul
Miska)

2 Bakat Sukan Olahraga Dewan 6-8 April Peringkat Negeri
Bandaraya
Pulau Pinang 100m Lelaki 15TKB
Johan(Muhammad Farish Bin
Yusfarizal)

Page | 13

2 Bakat Sukan Olahraga Dewan Bandaraya 6-8 April 100m Permpuan
Pulau Pinang 15TKB
Johan (Nor Fatini
Binti M Isrulnizam)
Naib Johan ( Nur
Raihatul Miska)

400m 15TKB

(Perempuan)

Johan (Nor Fatini

Binti M Isrulnizam)

Naib Johan ( Nur

Raihatul Miska)

Ke-3 (Anis Nasuha

Binti Hisham

400m Lelaki

15TKB

Johan(Muhammad

Farish B

Yusfarizal)

400m Lelaki

18TKB

Naib Johan

(Muhammad Emrie

Diani)

6km Perempuan
15TKN
NaibJohan(Azatul
Sheila Bt Abdul
Ghani)

1500m Perempuan
15TKB
Ke-3(Azatul Sheila
Bt Abdul Ghani)

Page | 14

3. Uji Minda Sukan Hoki Dalam Talian 19-31 Mac Peringkat Negeri
Tempat ke-3

4 Kejohanan Catur Dalam Talian MSSPP Dalam talian 20-21 Mac Peringkat Negeri
Penyertaan 4 orang

5 Pertandingan Karikatur Idola Sukan Dalam Talian Julai Peringkat Daerah

Tempat ke2

(Kategori 15TKB)

6 Pertandingan Teka Bola Dalam Talian Jula-Ogos Peringkat Daerah
Tempat
Ke-5
Ke-6
Ke-7

7 Pertandingan Merentas Desa Virtual September Peringkat Negeri
Tempat ke-3 (Azatul
8 Kejohanan MSSPP Pertandingan Virtual 1-10 Sheila)
September
Kemahiran Sukan Olahraga MSSPP Peringkat Negeri
Tempat
Secara Dalam Talian Peringkat Negeri kedua(Standing Board
Jump & Sargent
Pulau Pinang Jump)
Katogeri Perempuan
B15
Katogeri Lelaki B15

Tempat ke 3 (
Standing Jump triple)
Tempat ke 3
(Merentas Desa)

Page | 15

9 Kejohanan MSSM Virtual Oktober Peringkat Kebangsaan

K

10 Kejohanan Merentas Desa MSSM Virtual Run 29Sept -13 Peringkat Kebangsaan

Okt 31 Penyertaan Murid ting 5

11 Kejohanan 1M1S Virtual Ride/walk 7 -20 Sept Peringkat Negeri

Tempat Ke-5

23 Penyertaan

12 Kejohanan 1M1S Virtual Freestyle 7-20 Sept Peringkat Daerah

skill bola Johan Kat Lelaki

15TKB(Saiful Muhayman)

Johan Kat Perempuan

18TKB(Natasha Othman)

Johan Kat Perempuan

15TKB (Nurul Aliya Sofiya

13 Kejohanan 1M1S Virtual Fit Workout 7-20 Sept Peringkat Daerah

Johan Kat Perempuan

B18TKB

Nureen Hadirah

14 Kejohanan 1M1S Virtual Freestyle 15 Okt Peringkat Negeri

skill bola Bawah 18TKB Perempuan

Tempat ke-4

15 Kejohanan 1M1S Virtual Fit work Out 15 Okt Peringkat Negeri

Tempat ke-10

16 Kejohanan 1M1S Virtual Ride/walk 16-30 Okt Peringkat Kebangsaan

23 Penyertaan

17 Kejohanan Bola Baling MSS Virtual Ogos Peringkat Daerah
Johan – 3 Peserta

18 Pertandingan Kemahiran Sukan Virtual (Kemahiran 17Ogos - Peringkat Negeri

MSSPP secara Atas Talian Tahun Bola baling) 25Sept Ke-4
2021 Eman, Rabiatul Najihah ,
Nur Aliya Safiya

19 Pertandingan Sukan Perpaduan 1M Virtual 11-17 Peringkat Negeri
1S Oktober Johan
(One Minutte Plank Challenge) 2021 Muhammad Fahim
Muhammad Faris
20 Pertandingan Kemahiran Sukan Virtual 10-20 Kaartheek a/l Karuppiah
September Peringkat Negeri
Hoki MSSPP Secara Dalam Talian Penyertaan
Oktober Bibi Dhia Lam Ra &
Peringkat Negeri Rafisah
Peringkat Kebangsaan
21 Kejohanan MSSPP Pertandingan Virtual Penyertaan
Kemahiran Sukan Olahraga MSSM (Standing Board Jump &
Secara Dalam Talian Sargent Jump)
Katogeri Perempuan B15
(Nur Raihatul Miska)
Katogeri Lelaki
B15(Muhammad Faris)

Page | 16

AKTIVITI PIBG

LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SMK PONDOK UPEH SESI 2021/2022

BIL AKTIVITI/PROGRAM TEMPOH MASA
APRIL 2021
1. MENAIKTARAF SINKI SEKOLAH
2021 - 2022
KUTIPAN DANA PEMBINAAN SURAU RAUDHATUL
2. JANNAH (AKAUN BANK RAKYAT : PEMBINAAN SURAU APRIL 2021
OGOS 2021
RAUDHATUL JANNAH SMK PONDOK UPEH)

3. AKTIVITI STEM

4. MUNAJAT AWAL MUHARAM 1443H SMKPU

5. PROGRAM MENUJU PUNCAK MURID SPM 2021 SEPTEMBER 2021

6. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM 2021 SEPTEMBER 2021
SUBJEK PERNIAGAAN (SIRI 1)

7. MESYUARAT AJK PIBG 2021 SEPTEMBER 2021

8. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 2021 SEPTEMBER 2021

9. SUMBANGAN HADIAH PERTUKARAN GURU DISEMBER 2021

10. JAMUAN AKHIR TAHUN DISEMBER 2021

11. MENGANGKAT PERABOT DARI SMK ST. GEORGE (M) MAC 2021 – JANUARI
KE SMK PONDOK UPEH 2022

12. PEMBINAAN PONDOK MENUNGGU JANUARI 2022
13. PROGRAM SOLAT DHUHA DAN BACAAN YASSIN JANUARI 2022

14. MESYUARAT AJK PIBG 2022 APRIL 2022

Page | 17

MINIT MESYUARAT

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK PONDOK UPEH

11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-13 SESI 2021 / 2022

TARIKH ;
25 SEPTEMBER 2021 (SABTU)

MASA :
9.00 PAGI

TEMPAT :
KEDIAMAN MASING-MASING (GOOGLEMEET)

Page | 18

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 SESI 2021/2022
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PONDOK UPEH
11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG

Tarikh : 25 September 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (Googlemeet)
Kehadiran : 160 orang

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengetua, Puan Hajah Faridah Binti Hussain.

1.1 Puan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 pada tahun ini. Beliau memaklumkan bahawa pihak
sekolah mendapat arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk melaksanakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021. Walau
bagaimanapun, memandangkan pada bulan Oktober pihak sekolah akan sibuk dengan
persediaan para pelajar tingkatan 5 bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka
pihak sekolah memilih hari ini untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang ke-
13.

1.2 Puan Pengetua memperkenalkan barisan pentadbir bagi Sekolah Menengah Kebangsaan
Pondok Upeh (SMKPU). Barisan pentadbir terdiri daripada pengetua sendiri, Puan Hajah
Faridah binti Hussain, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Hayati binti Mohamed,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Rohaya binti Yahaya dan Penolong Kanan
Kokurikulum, Puan Zaiton binti Ambrin.

1.3 Puan Pengetua membentangkan analisis pencapaian SPM dari tahun 2017 hingga 2020.
Gred Purata Sekolah (GPS) pada tahun 2017 ialah 5.36. GPS meningkat pada tahun 2018,
iaitu 4.42. Pada tahun 2019 pula GPS sedikit menurun kepada 5.08. GPS pada tahun 2020
pula sangat cemerlang dengan nilai 4.27 yang mana ini merupakan pencapaian terbaik
sepanjang penubuhan SMKPU. Pengarah JPN telah mengumumkan SMKPU antara sekolah
yang mendapat lonjakan saujana pada tahun ini.

Peratus lulus SPM tahun 2020 juga meningkat kepada 96.4% berbanding tahun sebelumnya
2019 iaitu 94.6%. Ini merupakan satu cabaran bagi pihak sekolah untuk mengekalkan serta
meningkatkan lagi pencapaian sepertimana yang diharapkan oleh Tuan Pengarah JPN dan
Tuan PPD. Oleh yang demikian, Beliau mengharapkan kerjasama daripada para pelajar dan
juga waris terutamanya pelajar dan waris tingkatan 5 agar sama-sama berusaha untuk
meningkatkan kecemerlangan.

Seterusnya, Puan Pengetua membentangkan peratus calon yang cemerlang iaitu calon yang memperoleh gred
A dalam SPM. Merujuk data tahun 2017 hingga tahun 2020, peratus calon

Page | 19

memperoleh gred A meningkat dengan ketara. Pada tahun 2019, peratus calon yang
mendapat gred A ialah 12.6% manakala pada tahun 2020 meningkat kepada 33.3%. Beliau
berharap agar para pelajar tingkatan 5 tahun 2021 dapat mengekalkan kecemerlangan ini
serta berusaha meningkatkan lagi kecemerlangan dalam SPM yang akan datang.

Seterusnya, data lepasan SPM 2020 yang berjaya ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi
ambilan pertama. Bilangan pelajar yang berjaya ke Pusat Asasi ialah 4 orang, Matrikulasi 16
orang, Institusi Pendidikan Guru seorang, Diploma 20 orang, Pra Diploma 2 orang, Sijil 2
orang dan Tingkatan 6 seramai 5 orang. Puan Pengetua memanjatkan rasa bersyukur kerana
ramai pelajar yang dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

1.4 Puan Pengetua juga turut membentangkan pencapaian ko-akademik dan kokurikulum bagi
tahun 2020/2021. Menurut beliau para pelajar SMKPU sangat berpotensi. Kebanyakan
pelajar yang mewakili sekolah akan mendapat tempat dalam setiap pertandingan yang
disertai. Puan Pengetua telah berkongsi semua kejayaan yang diperoleh oleh para pelajar
terutamanya yang telah mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa.
Terkini akan ada pelajar yang akan mewakili peringkat kebangsaan dalam acara olahraga
Majlis Sukan Sekolah Menengah (MSSM). Puan Pengetua merakamkan ucapan
penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat. Terima kasih kepada waris
kerana sentiasa memberi kerjasama membenarkan anak-anak terlibat dalam setiap
pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

1.5 Puan Pengetua juga menyentuh tentang kehadiran PdPR iaitu pembelajaran atas talian.
Beliau mempamerkan data murid yang tidak hadir antara Julai hingga Ogos. Peratus
ketidakhadiran yang agak tinggi amat membimbangkan pihak sekolah. Puan Pengetua
memohon kerjasama ibu bapa untuk memantau anak-anak di rumah agar mereka hadir
mengikuti kelas PdPR terutamanya kelas 4 Kreatif dan 5 Kreatif yang menunjukkan peratus
ketidakhadiran yang agak tinggi. Puan Pengetua memaklumkan bahawa masalah melibatkan
pembelajaran di rumah ini bukan sahaja dihadapi oleh sekolah kita, malah dihadapi oleh
seluruh dunia. Jadi, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk mastikan PdPR
ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat kehadiran PdPR ini akan diterima dan
dianalisis oleh pihak JPN dan KPM kerana pihak sekolah sememangnya akan menghantar
laporan kehadiran secara atas talian. Puan Pengetua berharap agar ibu bapa juga memberi
perhatian terhadap kehadiran anak-anak ke kelas. Tahniah diucapkan kepada para pelajar
yang sentiasa mengekalkan momentum kehadiran dengan hadir penuh ke kelas PdPR.

1.6 Puan Pengetua memaklumkan tentang kerja kursus yang perlu diselesaikan oleh para pelajar tingkatan
5. Terdapat empat subjek yang terlibat dengan kerja kursus iaitu, Pendidikan Seni Visual, Perniagaan, Prinsip
Akaun dan Reka Cipta. Kerja kursus tersebut telah bermula mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pelbagai
usaha telah dilakukan oleh guru subjek untuk membimbing para pelajar bagi menyiapkan kerja kursus ini. Ada
guru yang telah membuat kelas online pada waktu malam untuk memantau perkembangan hasil kerja kursus
para pelajar. Bimbingan hanya boleh dibuat secara atas talian. Puan Pengetua juga memaklumkan, jika calon
SPM gagal menyiapkan kerja kursus maka pelajar tersebut akan gagal dalam subjek tersebut. Pihak sekolah
tidak pernah memaksa pelajar untuk mengambil subjek ini. Pilihan adalah atas minat dan kecenderungan pelajar
itu sendiri. Apabila para

Page | 20

pelajar telah didaftarkan untuk SPM, maka mereka mestilah berusaha menyiapkan kerja kursus
tersebut. Puan Pengetua sekali lagi memohon agar ibubapa memainkan peranan untuk
memastikan anak-anak dapat menyiapkan kerja kursus tersebut mengikut tempoh masa yang
telah ditetapkan. Kerjasama semua pihak amatlah diperlukan untuk menjamin
kecemerlangan anak-anak.

1.7 Puan Pengetua juga memaklumkan tentang Ujian Lisan dan Amali yang akan diambil oleh
calon-calon SPM 2021. Antaranya, Pendidikan Islam Kertas 2 (UTQH) berkemungkinan
berlangsung pada bulan Oktober 2021 melibatkan semua murid Islam tingkatan 5.
Seterusnya, Ujian Lisan Mendengar dan Bertutur bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Ujian Amali Sains pula melibatkan kelas 5 Inovatif sahaja iaitu untuk subjek Fizik,
Kimia dan Biologi. Untuk makluman semua, Ujian Amali Sains adalah sebahagian daripada
kertas SPM yang baru diperkenalkan pada tahun ini. PEKA Sains pula untuk semua kelas
yang mengambil Sains Teras dan Amali PAFA pula untuk semua calon Pendidikan Islam.

1.8 Berkenaan pembukaan sekolah secara bersemuka, Puan Pengetua memaklumkan bahawa
sekolah akan dibuka secara bersemuka secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan
Negara (PPN). Memandangkan Pulau Pinang masih dalam fasa 2, SMKPU hanya melibatkan
Murid Berkeperluan Khas sahaja yang akan ke sekolah dan belajar secara bersemuka tanpa
penggiliran. Jumlah murid adalah 10 orang. Murid-murid lain masih belajar secara atas talian.
Jika Pulau Pinang telah bertukar ke fasa 3, pembukaan sekolah secara bersemuka akan
dijalankan tetapi ada penggiliran akan dilaksanakan. Maklumat lanjut akan diberitahu kelak
apabila telah bertukar ke fasa 3. Puan Pengetua menyeru agar waris yang belum menyertai
group whatsapp utama waris-waris SMKPU hendaklah berbuat demikian supaya
memudahkan para waris mendapatkan maklumat terkini berkaitan persekolahan. Waris juga
boleh berhubung dengan guru kelas untuk sebarang pertanyaan.

1.9 Puan Pengetua juga memaklumkan berkaitan program vaksinasi/imunisasi murid. Untuk
remaja, program ini dikenali sebagai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Bagi
program ini, ibu bapa perlu mendaftarkan anak-anak melalui aplikasi MySejahtera. Respon
daripada PK HEM, Puan Rohaya binti Yahaya untuk SMKPU, program ini akan bermula 26
September 2021 melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5. Justeru, Puan Pengetua menyatakan
bahawa waris dan pelajar perlu merujuk kepada tarikh temu janji yang diberikan oleh KKM
dalam aplikasi MySejahtera. Waris perlu hadir bersama-sama anak ke Pusat Pemberian
Vaksin (PPV) dengan membawa surat kebenaran. Bagi murid lain selain tingkatan 4 dan 5,
maklumat lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa.

1.10 Puan Pengetua memaklumkan nilai sumbangan PIBG adalah sebanyak RM50 setahun bagi
setiap waris yang mempunyai anak di SMKPU. Sumbangan digunakan untuk menjalankan
pelbagai aktiviti akademik, kokurikulum dan kebajikan pelajar. Guru-guru juga turut
menyumbang dalam tabungan PIBG. Puan Pengetua berharap agar waris dapat memberi
sumbangan untuk tabung PIBG bagi kegunaan dan kebajikan pelajar. Hal ini kerana, terdapat
pertandingan yang memerlukan dana untuk menyertai pertandingan-pertandingan tersebut.

Page | 21

1.11 Berkenaan dengan projek pembinaan Surau Raudhatul Jannah, Puan Pengetua
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dana dan orang
perseorangan yang mewakafkan sejumlah wang untuk pembinaan tersebut. Pihak sekolah
juga telah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk membuka akaun
wakaf surau melalui Bank Rakyat. Pembinaan surau ini 90% peratus hampir siap.
Pendawaian elektrik dan grill dalam proses pemasangan tetapi tergendala kerana lockdown.
Untuk makluman semua, dana tambahan sebanyak RM40000.00 diperlukan untuk siap
sepenuhnya.

1.12 Puan Pengetua memaklumkan berkenaan laman facebook rasmi SMKPU. Beliau memohon
agar waris mengikuti facebook rasmi SMKPU dan tekan butang like sebagai tanda sokongan
dan kerjasama dalam apa jua aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Banyak maklumat
yang dimuat naik dalam laman facebook rasmi sekolah. Informasi terkini tentang
persekolahan, pertandingan, program yang sedang berjalan sama ada di peringkat sekolah,
PPD dan JPN dimuat naik dalam facebook rasmi sekolah.

Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan YDP PIBG Sesi 2020/2021, Encik Abdul Razak Bin Husain

2.1 YDP PIBG, Encik Abdul Razak bin Husain mengucapkan terima kasih kepada ahli
jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada guru-guru dalam menjayakan Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG kali ke-13 pada hari ini. Pada hari ini kita dapati sistem pendidikan
telah berubah daripada sistem pembelajaran bersemuka di sekolah kepada PdPR iaitu
belajar di rumah secara atas talian. Sebagai ibu bapa, kita perlu bersedia melakukan
perubahan dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan. YDP
PIBG menyeru kepada ibu bapa supaya mengambil peluang ini untuk lebih mendekati anak-
anak. Waris perlu memastikan anak-anak berdisiplin mengikuti PdPR. Didik anak-anak
dengan akhlak yang baik supaya mudah bagi guru-guru mendidik anak-anak mencapai
kecemerlangan. Ini peluang terbaik untuk waris bersama anak-anak kerana pada masa ini
anak-anak sentiasa berada di rumah.

2.2 YDP PIBG, Encik Abdul Razak bin Husain mengakhiri ucapan dengan merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 2021.

Tindakan : Makluman

3.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2020/2021 Yang Lalu.

3.1 Puan Noorfadhilah binti Khairi membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SMKPU kali ke-
12 sesi 2020/2021 (rujuk halaman 16 – 29). Beliau meminta para hadirin menyemak dan
mengesahkannya.

3.2 Encik Mohd Darolazam bin Dahalan mencadangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-12 sesi
2020/2021 disahkan dan disokong oleh Encik Zainon Bin Omar.

Page | 22

4.0 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2020/2021.

4.1 Puan Noorfadhilah binti Khairi membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG kali ke-12 sesi
2020/2021. Semua hadirin diminta merujuk buku program (rujuk halaman 13-14) untuk aktiviti-
aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun dan memohon agar laporan diterima dan
disahkan.

4.2 Encik Hisham bin Ismail mencadangkan agar laporan aktiviti disahkan dan disokong oleh Puan
Hamidah.
Tindakan : Setiausaha PIBG

5.0 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Sesi 2020/2021.

5.1 Puan Rose Amalina binti Nawi membentangkan laporan kewangan 2020/2021 (rujuk halaman
30 – 37). Semua hadirin diminta untuk menyemak dan mengesahkannya.

5.2 Puan Rosita binti Yak Ali mencadangkan agar laporan kewangan disahkan dan disokong oleh
Encik Mohamad Azaley bin Othman

Tindakan : Bendahari PIBG

6.0 Membahaskan Usul.

6.1 Usul Pertama daripada Encik Mohamad Pazli bin Ismail.

6.1.1 YDP PIBG, Encik Abdul Razak bin Husain membacakan usul pertama daripada Encik
Mohamad Pazli bin Ismail. Beliau mengusulkan agar diadakan PdPR pelajar bersama
ibu bapa atau penjaga sebulan sekali selama sejam bagi mengenal pasti kelemahan
atau penambahbaikan pelajar sewaktu mengikuti PdPR.

6.1.2 Puan Pengetua mengucapkan terima kasih atas cadangan tersebut. Pihak sekolah
memang ada membuat perancangan berkenaan hal tersebut. Puan Pengetua
memaklumkan bahawa pada minggu hadapan akan bermulanya audit akademik untuk
pelajar-pelajar SPM. Selepas itu, waris tingkatan 1 hingga 5 akan menerima
keputusan pentaksiran anak-anak. Pihak sekolah akan memberikan masa untuk waris
berhubung dengan guru tingkatan dan guru subjek anak masing-masing. Puan
Pengetua berharap agar lebih ramai waris yang akan hadir dalam sesi tersebut.
Menurut Puan Pengetua, untuk melaksanakan perjumpaan seperti ini akan
mengambil masa yang agak lama. Puan Pengetua seboleh-bolehnya mahukan para
guru mempunyai lebih banyak masa untuk mengajar para pelajar yang akan
menduduki SPM. Atas faktor tersebut, pihak sekolah tidak dapat melaksanakannya
sebulan sekali. Namun begitu, pihak sekolah akan cuba melaksanakannya mengikut
hari dan masa yang akan ditetapkan selama satu jam.

Page | 23

6.2 Usul Kedua juga daripada Encik Mohamad Pazli bin Ismail.

6.2.1 Beliau mengusulkan agar sumbangan PIBG dibuat melalui talian online, tranksaksi
bayaran dihantar kepada ibubapa melalui whatsapp atau email bagi memudahkan
urusan sumbangan dibuat secara atas talian.

6.2.2 Menurut Puan Pengetua usul yang dikemukakan adalah satu cadangan yang baik.
Perkara ini akan dimaklumkan kepada Setiausaha PIBG untuk tindakan. Setiausaha
perlu menyediakan pautan dan nombor tabungan PIBG melalui group whatsapp waris
dan laman facebook SMKPU.

6.3 Usul Ketiga daripada Encik Ramli Bin Othman.

6.3.1 YDP PIBG, Encik Abdul Razak bin Husain membacakan usul daripada Encik Ramli
bin Othman. Beliau meminta setiap pendidik dan keluarga pelajar hendaklah jujur dan
ikhlas untuk memaklumkan kepada pihak sekolah agar tidak hadir dan tidak
membenarkan anak-anak datang ke sekolah jika mempunyai hubungan rapat atau
positif Covid-19.

6.3.2 YDP PIBG, Encik Abdul Razak bin Husain memaklumkan bahawa pengawalan di
sekolah adalah ketat dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Cadangan yang
dikemukan amat bernas di mana setiap individu perlu jujur dan mengakui sekiranya
positif Covid-19 ataupun mempunyai kontak rapat. Elakkan datang ke sekolah supaya
persekitaran sekolah selamat daripada penyebaran virus ini. Hal ini amat memerlukan
kerjasama daripada semua pihak.

6.4 Usul Ketiga daripada Puan S.Thelagesvari a/p Sevaraja.

6.4.1 YDP PIBG, Encik Abdul Razak bin Husain membacakan usul daripada Puan
S.Thelagesvari a/p Sevaraja. Beliau meminta penjelasan tentang maklumat vaksinasi
secara walk in.

6.4.2 YDP PIBG, Encik Abdul Razak bin Husain memaklumkan bahawa semalam KKM
telah membuat pengumuman baru berkenaan siapa yang layak untuk divaksinasi
secara walk in. Individu berkenaan ialah pelajar-pelajar IPT, pelajar-pelajar yang tidak
bersekolah dan pelajar-pelajar yang homeschooling. Selain daripada golongan itu,
untuk pemvaksinan, setiap individu perlu menyemak tarikh yang diberikan dalam
aplikasi MySejahtera.

6.4.3 Menurut Puan Pengetua, pihak sekolah perlu mendapat garis panduan dan maklumat
yang rasmi terlebih dahulu sebelum disebarluaskan kepada semua waris.

Page | 24

7.0 Usul Tambahan

7.1 Usul tambahan pertama daripada Puan S.Thelagesvari a/p Sevaraja.

7.1.1 Puan S.Thelagesvari a/p Sevaraja bertanya adakah pelajar akan dibekalkan dengan
test kit Covid-19 semasa pembukaan sekolah nanti?

7.1.2 Puan Pengetua memaklumkan berdasarkan maklumat awal yang diterima, apabila
Pulau Pinang beralih ke fasa 3 pihak PPD akan membekalkan kit tersebut. Namun
perkara ini belum diputuskan lagi secara rasmi. Pihak sekolah akan menyediakan test
kit untuk pelajar yang mempunyai gejala semasa di sekolah.

7.2 Usul tambahan kedua daripada Encik Nizam.

7.2.1 Encik Nizam bertanyakan tentang harga duit buku dan yuran peperiksaan.

7.2.2 Puan Pengetua memaklumkan bahawa pihak koperasi telah memaklumkan kepada
para pelajar berkenaan harga buku semasa peringkat awal pembukaan sekolah pada
tahun ini. Berkenaan duit peperiksaan pula, peperiksaan di Malaysia sememangnya
percuma kecuali jika ada guru-guru tingkatan 5 yang meminta anak-anak membeli buku
atau modul. Jadi, para pelajar perlulah membayar harga buku atau modul tersebut
kepada guru subjek tersebut.

7.3 Usul tambahan ketiga daripada Encik Abdul Razak bin Husain.

7.3.1 YDP PIBG, Encik Abdul Razak bin Husain mengusulkan agar sumbangan PIBG
sebanyak RM 50.00 dikekalkan bagi sesi 2021/2022.

7.3.2 Usul ini disokong oleh Encik Rizol bin Md Ariff selaku Naib Yang Di-Pertua PIBG SMK
Pondok dan telah dipersetujui sebulat suara.

7.4 Usul tambahan keempat daripada Encik Mohd Darolazam bin Dahalan.

7.4.1 Encik Mohd Darolazam bin Dahalan meminta agar menyemak semula harga makanan
di kantin kerana ada aduan harga mahal.

7.4.2 Puan Rohaya binti Yahya selaku PK HEM memaklumkan bahawa kantin tidak boleh meletakkan harga
sesuka hati kerana pihak kantin perlu menyediakan makanan mengikut ketetapan harga oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Melihat kepada keadaan semasa, pihak kantin mempunyai masalah dari segi peningkatan
kos. Hal ini kerana setiap makanan perlu dibungkus. Selain itu, makanan juga dihantar ke kelas. Jadi, pihak
kantin memerlukan tenaga pekerja yang lebih. Dari segi harga pula berdasarkan pemantauan oleh PK HEM
sendiri, harga makanan di kantin masih dalam julat harga yang telah ditetapkan. Pihak kantin juga menghadapi
kesulitan kerana ramai pelajar yang tidak mahu membeli makanan daripada kantin. Jadi, inisiatif dilaksanakan
dengan memberi pilihan makanan dan minuman kepada para pelajar di mana pelajar boleh memilih menu yang
lebih murah seperti mi goreng dan

Page | 25

sebagainya. PK HEM berharap agar pihak kantin diberi ruang dan peluang untuk
menyediakan makanan dan minuman kepada para pelajar memandangkan ramai
pengusaha kantin yang menarik diri disebabkan oleh pendemik Covid-19 ini. Menurut
PK HEM, makanan yang disediakan sedap cuma disebabkan keadaan semasa
menyebabkan peningkatan kos daripada pihak kantin sendiri.

7.5 Usul tambahan kelima daripada Puan Linda Shaari.

7.5.1 Puan Linda Shaari menyatakan bahawa ada sesetengah buku tulis telah habis
digunakan untuk membuat nota dan latihan. Beliau bertanya adakah koperasi dibuka
untuk membeli buku tulis ataupun boleh dibeli di luar sahaja?

7.5.2 Puan Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah tertakluk kepada arahan tertentu
untuk membenarkan individu yang boleh masuk serta berapa orang sahaja yang
dibenarkan berada di dalam sekolah pada satu-satu masa. Buat masa sekarang,
koperasi sekolah ditutup. Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan membuat
perbincangan jika pelajar ingin dapatkan buku tulis mungkin jualan akan dilakukan
berhadapan denagn pondok jaga. Pelajar sama sekali tidak dibenarkan masuk ke
Kawasan sekolah. Pihak sekolah akan memutuskan tarikh untuk pelajar membeli buku
tulis dan akan dimaklumkan melalui group whatsapp.

8.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021.

8.1 YDP PIBG, Encik Abdul Razak bin Husain memaklumkan pembubaran jawatankuasa PIBG
bagi sesi 2020/2021. Puan Pengetua dilantik sebagai pengerusi sementara. Persetujuan
sebulat suara.

9.0 Pemilihan YDP dan Ahli Jawatankuasa PIBG 2021/2022.

9.1 Puan Pengetua sebagai pengerusi sementara memohon cadangan daripada hadirin untuk
pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022.

9.2 Encik Hisyam bin Ismail mencadangkan YDP PIBG dan semua Ahli Jawatankuasa sedia
ada dikekalkan. Cadangan ini disokong oleh Encik Zaidi Ghazali.

9.3 Puan Pengetua mengumumkan bahawa dengan sebulat suara jawatan YDP dan semua Ahli
Jawatankuasa PIBG sedia ada dikekalkan bagi sesi 2021/2022. Ahli jawatankuasa PIBG
guru juga dikekalkan kerana perlu memegang jawatan tersebut selama 2 tahun.

9.4 Puan Pengetua memaklumkan bahawa akan ada tiga lantikan AJK ibu bapa akan dibuat
memandangkan ada di antara ibu bapa yang anaknya telah tamat persekolahan di SMK
Pondok Upeh. AJK ibubapa yang terlibat ialah Puan Kalaa Devi a/p Karuppiah, Puan Nur
Sakinah binti Abdullah dan Encik Azlan bin Abu Bakar. Puan Kalaa Devi a/p Karuppiah telah
bersetuju untuk menyumbang kepada sekolah dan kekal sebagai AJK PIBG bagi sesi
2021/2022. Sehubungan dengan itu Puan Pengetua mencadangkan agar Puan Kalaa Devi
a/p Karuppiah kekal sebagai salah seorang AJK PIBG SMK Pondok Upeh. Cadangan ini
disokong oleh Encik Rizol bin Md Ariff.

Page | 26

9.5 Puan Nur Sakinah binti Abdullah mohon mengundur diri kerana anaknya telah tamat
persekolahan di SMK Pondok Upeh. Begitu juga dengan Encik Azlan bin Abu Bakar kerana
anak beliau telah bertukar ke sekolah berasrama penuh. Berikut adalah lantikan baru bagi
menggantikan AJK PIBG ibu bapa bagi sesi 2021/2022 :

Wakil ibu bapa : Encik Johar bin Ismail
Cadangan : Encik Mohd Pazli bin Ismail
Sokongan : Majoriti

Wakil ibu bapa : Encik Mohd Darolazam bin Dahalan
Cadangan : Encik Rizol bin Md Ariff
Sokongan : Puan Nur Yusliha binti Hamzah

9.6 Puan Pengetua memaklumkan pelantikan AJK ibu bapa dan guru yang baharu untuk sesi
2021/2022 adalah seperti berikut :

Jawatan AJK
Penasihat Puan Hajah Faridah binti Hussain
Yang Di-Pertua PIBG Encik Abdul Razak bin Husain
Naib Yang Di-Pertua PIBG Encik Rizol bin Md Ariff
Setiausaha Puan Noorfadhilah binti Khairi
Bendahari Puan Rose Amalina binti Nawi
AJK Ibu Bapa 1. Puan Kalaa Devi a/p Karuppiah
2. Encik Yuhezri Bin Mohd Yusuff
AJK Guru 3. Puan Noor Zamzuraidah Binti Noordin
4. Encik Radzman Bin Abd Razak
Juruaudit Dalaman (Ibu Bapa) 5. Encik Noor Irwan Bin Kamarudin
Juruaudit Dalaman (Guru) 6. Encik Johar bin Ismail
7. Encik Mohd Darolazam bin Dahalan

1. Puan Siti Zulaiha binti Zuraimi
2. Encik Mohd Fadli bin Idris
3. Puan Asmahani binti Abu Samah
4. Puan Thilagarani a/p Muthiah
Puan Hajah Suriati Binti Saat
Cik Hariany Binti Mohd Hassan

Page | 27

10.0 Hal-hal Lain.

10.1 Tiada

11.0 Ucapan Penangguhan YDP PIBG, En. Abdul Razak bin Husain.

11.1 YDP PIBG, Encik Abdul Razak bin Husain mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan
dan dorongan yang diberikan. Beliau mengharapkan kerjasama daripada semua pihak agar
semua program dan aktiviti sekolah yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Beliau
juga berharap agar guru-guru dan anak-anak dapat kembali bersemuka di sekolah bagi
meneruskan sesi persekolahan seperti biasa.

11.2 Beliau juga memohon sumbangan ikhlas daripada semua waris untuk merealisasikan
pembinaan Surau Raudhatul Jannah yang masih memerlukan dana sebanyak RM
40000.00. Semoga dengan terbinanya surau ini ianya menjadi saham akhirat buat semua
yang menyumbang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

(NOORFADHILAH BINTI KHAIRI) (ABDUL RAZAK BIN HUSAIN)
Setiausaha PIBG 2021/2022 Yang Di-Pertua PIBG 2021/2022
Smk Pondok Upeh
Balik Pulau Smk Pondok Upeh
Balik Pulau

Page | 28

PENYATA
PENDAPATAN/PERBELANJAAN

PENYATA KEWANGAN PIBG SMK PONDOK UPEH ( OGOS 2021 – MAC 2022 )

PENERIMAAN BUTIRAN TUNAI BANK PEMBAYARAN BUTIRAN TUNAI BANK
BAKI B/B 55.00 14893.23 BAKI H/B 55.00 14893.23
TARIKH 55.00 TARIKH 14893.23
1 OGOS 55.00 14893.23 30 OGOS 55.00
24332.73
1 SEPT BAKI B/B 55.00 14893.23 30 SEPT BAKI H/B 24332.73
9439.50 3000.00
1 OKT BAKI B/B
17 OKT KUTIPAN PELAJAR 24332.73 3.50
3003.50
31 OKT BAKI H/B 55.00

1 NOV BAKI B/B 55.00 24332.73 22 NOV BAKI H/B 55.00
29 NOV KUTIPAN PELAJAR 600.00 1000.00
AKAUN TUMPANG (YPM) 500.00
500.00
CAJ BANK
JAMUAN AKHIR TAHUN

SEKOLAH

655.00 25332.73

Page | 29

1 DIS BAKI B/B 155.00 22329.23 30 NOV BAKI H/B 155.00 22329.23
10 DIS KUTIPAN PELAJAR 850.00 300.00 9 DIS BAKI H/B 155.00 22329.23
31 DIS SUMB. HADIAH 50.00
1005.00 22629.23 PERTUKARAN GURU 50.00 0.00
955.00 22629.23
BAKI H/B

JAN 2022 BAKI B/B 955.00 22629.23
1000.00 5000.00
26 JAN SUMBANGAN YB 25 JAN ATNUARTH 8000.00
27 JAN BAKHTIAR 500.00 CONSTRUCTION : 0.50
PEMBINAAN PONDOK
KUTIPAN PELAJAR
MENUNGGU

CAJ BANK

1955.00 28129.23 8000.50
20128.73
31 JAN BAKI H/B 1955.00 20128.73
BAKI H/B 1955.00
1 FEB BAKI B/B 1955.00 20128.73

Page | 30

850.00 800.00 SUMB. TEKNIK
MENJAWAB SPM
KUTIPAN PELAJAR 11 FEB (PERNIAGAAN) 200.00
28 FEB 200.00
2805.00 20928.73 BAKI H/B 2605.00 0.00
BAKI H/B 2605.00 20928.73
1 MAC BAKI B/B 2605.00 20928.73 20928.73
30 MAC KUTIPAN PELAJAR 1545.00 250.00

4150.00 21178.73 0.00 0.00

BAKI H/B 4150.00 21178.73

1 APRIL BAKI B/B 4150.00 21178.73 BAKI H/B 4150.00 21178.73
7 APRIL AKAUN TUMPANG ASRAMA 200.00 45.00 0.00
9 APRIL AKAUN TUMPANG ASRAMA 100.00 26 APRIL BAYARAN TEMPAHAN 0.00
28 APRIL BANNER PIBG 550.00
250.00 0.00
28 APRIL AKAUN TUMPANG 400.00
23 APRIL AKAUN TUMPANG ASRAMA ASRAMA

PROGRAM MENUJU
PUNCAK MURID TING 5

2021

Page | 31

29 APRIL KUTIPAN PELAJAR 250.00 0.00
4400.00 21728.73
30 APRIL BAKI B/B 3405.00 21728.73 BAKI H/B 995.00 0.00
3405.00 21728.73

BAKI DI TANGAN = RM 3405.00

BAKI DI BANK = RM 21728.73

JUMLAH KESELURUHAN = RM 25, 133.73

Page | 32

USUL DAN CADANGAN

BIL. NAMA WARIS NAMA ANAK USUL PIBG TAHUN 2022 CATATAN
KELAS USUL

1 ROZITA BT AFRINA 2 INO Kipas rosak dalam kelas. Kelas KIPAS
YAACOP BATRISYIA BT panas menyebabkan murid tidak (Usul daripada 14
ROSLAN selesa. 1 kipas sahaja yang
berfungsi untuk kelas 2 Inovatif waris)

Kawasan tingkap silau dan panas

2 WAN ROSDAN WAN 2 INO kerana tiada langsir (SOP baharu). LANGSIR
BIN WAN AB MUHAMMAD ALIF Mohon pihak sekolah mencari (Usul daripada 6
RAHMAN alternatif bagi mengatasi masalah
silau dan panas kerana cahaya waris)

matahari waktu pagi (pasang tinted)

3 FAZIAH BINTI AZIQ AL IMRAN 2 WAW Memastikan semua murid menjaga
MD. NOOR BIN NOOR kebersihan tandas seperti
AZAHAR SHAH mengepam tandas selepas
menggunakannya dan buang
sampah dalam bakul sampah atau
tong sampah yang sudah
disediakan.

NOOR ZARIDA MUHAMAD FARIS Saya amat berharap pihak sekolah TANDAS
BT NOOR ZAFRI BIN dapat membina tandas di setiap
4 MUHAMED HASMADI 1 DIN tingkat bagi memudahkan para
pelajar dan guru

5 SAHLIZA BT NURUL ALEEYA 2 BES Perbaiki tandas pelajar perempuan
FADZIL SYAZANA BT MD yang rosak untuk kemudahan
SABRI pelajar-pelajar

Page | 33

1. Menggalakkan murid-murid

sarapan pagi dahulu sebelum

6 NORSAM BIN MUHAMMAD 2 memulakan aktiviti sekolah.
AHMAD HAFIZ NAJMI DIN 2. Menggalakkan peniaga
kantin memakai topi atau

sarung tangan semasa

menyediakan makanan

1. Menambah baik KANTIN
perkhidmatan di kantin kerana
NOR AZILA NOR ATHIRAH 2 sebelum ini penyediaan
7 BINTI MAT IZYAN BT WAW makanan yang tidak mencukupi
MOHD FAISAL telah 'burned' 15 minit masa
YUSOP rehat pelajar.

2. Selain itu, makanan
bergoreng hendaklah
dikurangkan.

3. Mempelbagaikan menu yang
lebih berkhasiat

8 NAJIDAH BT AMIRUL HAFIY 2 Aktiviti koko diharap terbuka
MOHD ANNUAR WAW untuk murid memilih mengikut
minat mereka. Jangan ada limit
kuantiti pelajar untuk mengikuti.
Kasihan pelajar yang terpaksa
memilih aktiviti yang bukan
mereka minat . Tolong ambil
perkara ini sebagai perkara
penting

KOKURIKULUM

1. Menambahkan masa untuk

aktiviti kokurikulum kepada dua

ROSLINAWATI jam setiap minggu
9 BINTI MOHD
MIZWAR RAFIQI 3
RASHID
BIN MASZAN INO 2. Menggantikan peralatan

sukan yang telah rosak kepada

yang baharu seperti jaring dan

bola tampar

10 SITI NOR BT AFIQ ZAKWAN 2 1. Cara mendekati murid yang BULI
YUSOFF BIN AZAHAR KRE suka buli rakan sekelas supaya
masalah buli tidak berulang
atau berlarutan

2. Bagaimana cara guru
menyiasat kes buli murid/rakan
sekelas?

Page | 34

CATATAN

Page | 35


Click to View FlipBook Version