PERATURAN 12: KEHADIRAN DAN PENYERTAAN
12.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan
oleh persatuan sepanjang tahun.
12.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut
dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah
kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal
berbuat demikian.
PERATURAN 13: AKTIVITI
13.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
13.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.
13.3 Rancagan Program Tahunan
13.3.1 Mesyuarat Agung
13.3.2 Sekolahku Rumahku
13.3.3 Melabelkan Nama-nama Saintifik dan Nama Tempatan Pokok
13.3.4 Program Tanaman menggunakan Baja Organik Dalam Sekolah
13.3.5 Program Taman Pencipta Haiwan
13.3.6 Pertandingan kolaj and montaj 3D
13.3.7 Program Satu Murid Satu Pokok bersama SK Lunas Jaya dan
SJK (C) Hwa Min
13.3.8 Program Mural Bersama Intel
13.3.9 Penubuhan Stesen Pembelajaran
13.3.10 Penyelenggaraan Taman Lestari Indah dan Alatan
13.3.11 Karnival Tanaman Sekolah
PERATURAN 14: PERATURAN-PERATURAN
14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
14.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
14.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 15: TINDAKAN DISIPLIN
15.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan
tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
15.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
15.2.1 Amaran lisan
15.2.2 Amaran bertulis
15.2.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara
bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
PERATURAN 16: PINDAAN PERLEMBAGAAN
16.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
16.2
16.3 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
16.4
Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamer dan disahkan
oleh Guru Besar.
PERATURAN 17: PEMBUBARAN PERSATUAN
17.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
17.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tergempar.
PERATURAN 18: HAL-HAL LAIN
18.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti
yang dijalankan.
18.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.
……………………………………….. ……………………………………………….
(SUBASAN A/L VEZHAVENTHAN) (SUBRAMANIAN A/L KOLANTHAISAMY)
Setiausaha Kelab Rakan Alam Sekitar
Tarikh: ………………….. Pengerusi Kelab Rakan Alam Sekitar
Tarikh: ……………….
………………………………………….
(ALAGAMMAH A/P CHANDRASEGAR)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Tarikh: ……………………..
DISAHKAN PERLEMBAGAAN INI:
………………………………………………..
(KANAGARAJOO A/L VELUMUTHU)
Guru Besar SJK (T) Ladang Wellesley
09600 Lunas,
KEDAH.
Tarikh : …………………