The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-78123586, 2022-08-27 02:32:38

Kajian kes Sejarah perayaan utama T6

Kajian kes Sejarah perayaan utama T6

SK BUKIT BERUANG,
BUKIT BERUANG, MELAKA

‘KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6’

Nama Penuh : ZHARIFF HAIQAL BIN AZIZI
No myKid: 090829-04-0031
Tahun / Kelas : 2022 / 6 USM

Guru Mata pelajaran : Puan Hasmiza binti Abu Hassan

i

PERNYATAAN MASALAH

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah
masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya, sesuatu perayaan itu disambut
bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada
suatu masa dahulu. Selain itu, perayaan juga akan disambut berdasarkan
agama yang dianuti.

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di
Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap
tahun. Malaysia yangterdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,
Cina dan India pastinyaberpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari
Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban,Tahun Baru Cina, Deepavali dan
sebagainya

Di samping itu, masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi
“perayaan” dan menghormati perayaan kaum lain. Tambahan pula, melalui
perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara
ini sedikit sebanyak dapat diutuhkan.

ii

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada dua-dua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain kerana telah memberi
dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan kajian lapangan
Sejarah ini.

Penghargaan juga buat guru mata pelajaran Sejarah iaitu Cikgu
Hasmiza binti Abu Hassan yang telah memberi tunjuk ajar dan panduan bagi
melaksanakan tugasan ini.

Tidak lupa kepada ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-
rakan sekelas 6 USM yang bersama-sama berkongsi pangalaman dalam
menyiapkan tugasan ini.

iii

Isi Kandungan

1. Tajuk Tugasan i

2. Pernyataan Masalah ii

3. Penghargaan iii
4. Objektif Kajian 1
5. Kaedah Kajian 2
6. Pengenalan 3
7. Hasil dapatan / Laporan Kejadian 4
8. Kesimpulan 19
9. Rujukan 20
10. Lampiran 21

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian Lapangan yang ditugaskan ini dilakukan
bertujuan untuk :-
1. Mengkaji sejarah perayaan utama di malaysia
2. Tujuan sambutan perayaan di malaysia

1

KAEDAH KAJIAN

1. Kaedah analisis bahan
Saya juga turut merujuk buku teks dan buku rujukan dalam
memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan
kajian saya tidak akan diragui fakta kebenarannya.

2. Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam
negara dengan melayari laman sesawang malah turut memuat
turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

3. Temubual
Saya juga menggunakan kaedah temubual bagi mendapatkan
maklumat. Saya menemubual jiran saya untuk mendapatkan maklumat
perayaan mereka.

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang beraneka budaya,bahasa
agama,makanan dan sebagainya.Hal ini disebabkan oleh keunikan malaysia
yang mempunyai pelbagai kaum seperti melayu,cina india dan sebagainya.

Masyarakat Malaysia hidup bersama dengan harmoni. Perayaan disambut
penuh muhibah dan mementingkan tradisi. Pelbagai kaum yang
membezakan budayanya menggabungkan budaya Malaysia yang
unik,seperti perayaan di Malaysia.Budaya masyarakat Malaysia dapat
melihat melalui perayaan disambut oleh kaum tertentu.

Pada setiap tahun banyak perayaan yang Malaysia sambut.Hal ini
menunjukkan Malaysia hidup berbilang bangsa tidak kira agama dan warna
kulit. Disamping itu,perayaan dan pelbagai kaum dalam Negara kita turut
menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Kita harus berbangga dengapelbagai keunikan yang ada dinegara kita

3

HASIL DAPATAN KAJIAN

1. Perayaan utama di Malaysia

Kemajmukan rakyat menjadikan kepelbagaian kebudayaan negara. Penduduk
yang berbilang kaum ini menyambut pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun dalam
keadaan yang meriah serta muhibah. Dalam setiap perayaan, tradisi mengadakan
rumah terbuka telah memberi peluang kepada pelbagai kaum untuk saling kunjung
mengunjungi atara satu sama lain bagi memeriahkan perayaan tersebut.

Perayaan yang berkaitan dengan keagamaan dan kebudayaan ialah Hari raya
Aidilfitri,Hari raya Aidiladha,tahun baharu Cina,Deepavali,Thaipusam,Vaisakhi,Hari
Gawai,Pesta Kaamatan,Krismas,Wesak,Tahun baharu dan San pedro.

4

A. Hari Raya Aidilfitri

• Disambut oleh masyarakat Islam pada 1 syawal mengikut
kalendar Islam

• Menandakan kegembiraan selepas menjalani ibadah puasa
selama sebulan

B.Hari Raya Aidiladha

• Disambut oleh masyarakat Islam pada 10 Zulhijah mengikut
kalendar Islam. Perayaan ini diteruskan pada hari Tasyrik,iaitu
pada 11,12 dan 13 Zulhijah

• Umat Islam mengadakan ibadah korban tersebut dan
memberikan sedekah daging

C.Tahun Baharu Cina

• Disambut oleh masyarakat cina pada hari pertama
mengikut kalendar Cina.

• Perayaan bermula dengan seluruh ahli keluarga
berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Perayaan
ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari “Chap Goh
Meh.”

D.Deepavali

• Disambut pada bulan Aippasi mengikut kalendar
masyarakat Hindu.

• Perayaan ini menandakan kecerahan mengatasi
kegelapan atau kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Ketika
perayaan, penganutnya akan menghias rumah dengan
“kolam” dan menyalakan pelita.

E.Thaipusam

• Diraikan pada bulan ke-10 kalendar masyarakat Hindu
yang jatuh pada bulan penuh antara akhir Januari hingga
awal Februari.

• Bagi pembayar niat , mereka membawa persembahan
kepada Dewa Muruga sebagai tanda terima kasih atau
meminta hajat lain.

F. Hari Gawai

• Disambut oleh kaum Iban, Dayak dan bidayuh pada 1 Jun
setiap tahun.

• Perayaan ini menunjukkan tanda kesyukuran terhadap
hasil tani yang diperoleh. Semasa perayan ini,
persembahan Ngajat turut diadakan didalam rumah
panjang.

G. Pesta Keamatan

• Disambut oleh kaum Kadazan, dusun dan Murut pada
bulan Mei setiap tahun.

• Pesta ini disambut oleh golongan petani bagi mensyukuri
hasil tuaian . Semasa pesta berlangsung , diadakan
upacara ritual Magavau oleh Bobohizan.Tarian Sumazau
dan Pertandingan Unduk Ngadau diadakan bagi
memeriahkan sambutan

6

G. Krismas

• Disambut oleh penganut agama kristian pada 25 Disember
setiap tahun

• Perayaan ini diraikan bersempena dengan memperingati
hati kelahiran Jesus Christ . Pemberian hadiah dan
nyanyian Karol dari rumah ke rumah memeriahkan
perayaan ini.

H. Hari Wesak

• Disambut oleh masyarakat beragama Buddha pada bulan
Mei setiap tahun

• Perayaan ini dikaitkan dengan tiga peristiwa penting dalam
hidup Sidharta Gautama, iaitu hari kelahiran, hari
mencapai kesempurnaan fikiran dan hari nirwananya.

I. Vaisakhi

• Disambut oleh kaum Sikh pada bulan Vaisakh mengikut
kalendar Sikh.

• Pada 14 hari bulan Vaisakh , kaum Sikh akan
mengadakan upacara sembahyang di Gurdwara

• Perayaan ini disambut bagi mensyukuri hasil tanaman .
Dari aspek kebudayaan7, tarian Bhangra dan Gidha akan
disambut di luar Gurdwara.

J. Sambutan Tahun Baharu, Genggulang dan Hari Moyang
• Sambutan Tahun Baru oleh masyarakat Orang Asli.
Perayaan ini bermula pada 31 disember setiap tahun
• Perayaan ini diraikan dengan berdoa agar wujud
kesejahteraan di kampung .

K. San Pedro
• Disambut oleh masyarakat berketurunan Portugis di
Melaka pada bulan Jun setiap tahun
• Perayaan ini bagi meraikan San Pedro, iaitu penaung
nelayan . Kapal-kapal akan dihias indah oleh nelayan .
Tarian Branyo yang diwarisi sejak dahulu lagi akan
ditarikan pada hari tersebut.

8

PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA

KAUM MELAYU
HARI RAYA AIDILFITRI

KAUM CINA / AGAMA BUDHA
TAHUN BARU CINA

9

PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA

KAUM INDIA
AGAMA HINDU

DEEPAVALI

KAUM IBAN, DAYAK DAN BIDAYUH
HARI GAWAI

10

PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA PENGANUT KRISTIAN
PERAYAAN KRISMAS

KAUM KADAZAN, DUSUN DAN MURUT
PESTA KEAMATAN

11

PERAYAAN AGAMA DAN KEKEPERCAYAAN DI MALAYSIA

PENGANUT AGAMA ISLAM
HARI RAYA AIDILADHA

PENGANUT AGAMA BUDHA
HARI WESAK

12

PERAYAAN AGAMA DAN KEKEPERCAYAAN DI MALAYSIA

PENGANUT AGAMA KRISTIAN
HARI EASTER

PENGANUT AGAMA HINDU
THAIPUSAM

13

PERAYAAN AGAMA DAN KEKEPERCAYAAN DI MALAYSIA

PENGANUT AGAMA SIKH
HARI VAISAKHI

14

14

PERAYAAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

MASYARAKAT CINA
CHAP GO MEH

MASYARAKAT INDIA
PONGGAL

15

PERAYAAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

MASYARAKAT PORTUGIS
SAN PEDRO

MASYARAKAT ETNIK SIAM
LOY KRATHONG

16

PERAYAAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

MASYARAKAT ORANG ASLI
JIS PAI / TAHON BARO /
TAWUN EMPAI/ HARI
GENGGULANG/ HARI
MOYANG

17

2. TUJUAN SAMBUTAN PERAYAAN

➢ Memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada sesuatu
masa dahulu.

➢ Mengikut pegangan agama yang dianuti

➢ Meneruskan tradisi perayaan yang disambut oleh masyarakat
terdahulu

➢ Tanda mensyukuri hasil tanaman atau hasil laut

➢ Mengaharapkan unsur baik mengatasi kejahatan
➢ Tanda mengingati Tokoh Agama

18

KESIMPULAN

Kita perlulah menghormati perayaan kaum lain dan
menghargai warisan perayaan ini yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan kepercayaan. Sikap ini akan membantu kita membentuk
masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar menghormati
kepelbagaian sambutan dan memelihara warisan perayaan agar
negara kita kekal harmoni.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berasa bangga
kerana kemeriahan sambutan perayaan dapat mengeratkan
perpaduan masyarakat demi kesejahteraan negara.

19

RUJUKAN

1. Buku Teks Sejarah Tahun 6
2. Laman Web :

https://www.malaysia.gov.my/portal/content/141?language=my
https://www.youtube.com/watch?v=fFmcbEoAODo

20

LAMPIRAN

21

22


Click to View FlipBook Version