The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-64289441, 2020-03-30 09:40:30

tips belajar matematik berkesan

jom baca

Keywords: math

.



Sebenarnya kalau kita tidak tuisyen pun kita boleh
mendapat kejayaan seperti orang lain.macam mana ya??
resepinya ….fokus semasa pdp berlangsung. Semasa cikgu
mengajar di dalam kelas amat penting sangat kita memberi
sepenuh perhatian, boleh dikatakan jangan tertinggal satu
pun apa yang cikgu mengajar. Jika ada yang tidak faham,
terus bertanya kepada guru. Jangan perkara yang tidak
difahami itu, disimpan dan akhirnya sampai bila-bila kita
tidak mendapat jawapannya dan tidak faham . Elakkkan diri
daripada gangguan rakan-rakan yang mendorong untuk
bercakap semasa guru mengajar.

Pastikan kita faham konsep dahulu sebelum
memulakan pengiraan. Ini amat penting sekali
dalam matematik. Kita perlu mendengar dan
memahami apa yang diterangkan oleh guru semasa
pdp di dalam kelas. Ramai pelajar belajar matematik
susah sebab ramai yang tidak faham dulu konsep
asas matematik. Seterusnya kita cuba menerangkan
konsep matematik mengikut kefahaman sendiri
supaya lebih faham dan ingat.

Apa jua kita perkara kita pelajari , mestilah
bermula dengan pengiraan yang mudah dahulu
untuk mengukuhkan asas sesuatu tajuk.
Kemudian bila sudah mahir yang mudah boleh
tingkatkan ke tahap sederhana dan seterusnya
yang tahap susah .Jika terus mula dengan tahap
yang sukar, memang kita akan stress dan akhirnya
tidak yakin pada diri. Sama juga macam main
video game , mesti bermula dengan level 1,level 2
dan seterusnya sehinggala akhirnya menang.














 Apabila sudah mahir setiap bab, biasakan diri pelajar menjawab
soalan-soalan format peperiksaan tahun-tahun lepas dan
mengikut masa yang telah ditetapkan. Pelajar akan jumpa
pelbagai soalan yang pernah dikeluarkan untuk kertas
peperiksaan tahun-tahun yang lepas ini di samping memahirkan
diri.

 Selain daripada mencuba menjawab soalan-soalan tahun-tahun
lepas, boleh juga menjawab soalan daripada set-set buku keluaran
syarikat-syarikat lain seperti, sasbadi, pelangi, nilam, alaf sanjung
dan lain-lain. Cara begini akan membantu pelajar mahir
menjawab pelbagai soalan seterusnya memantapkan lagi
penguasaan keseluruhan bab yang dipelajari dan meningkatkan
teknik tahap teknik menjawab pelajar.

 Buatlah teknik ini secara berterusan , terutama 4 bulan sebelum
menghadapi peperiksaan. Jika terdapat soalan yang kurang
markah atau tidak dapat menyelesaikannya, bolehlah bertanya
kepada guru keesokannya.

Selamat mencuba
Tip Cikgu Ruha


Click to View FlipBook Version