The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jumlah halaman: 72
Harga: RM6.50 (WM) / RM6.90 (EM)
- Ditulis mengikut format Pentaksiran UASA Bahasa Melayu Sekolah Rendah mulai 2022/2023
- Boleh digunakan sebagai penilaian bilik darjah sumatif (PBD Sumatif)
- 4 set kertas model yang ditulis mengikut urutan tema buku teks
- 1 set kertas model merangkumi semua tema buku teks
- Setiap kertas model boleh dileraikan dan digunakan secara berasingan
- Tip menjawab soalan disediakan
- Jawapan lengkap disertai ulasan dilampirkan
- Merangkumi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-THINK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Daya, 2023-04-14 00:42:47

KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU BAHASA MELAYU SJKC TAHUN 5 KSSR SEMAKAN

Jumlah halaman: 72
Harga: RM6.50 (WM) / RM6.90 (EM)
- Ditulis mengikut format Pentaksiran UASA Bahasa Melayu Sekolah Rendah mulai 2022/2023
- Boleh digunakan sebagai penilaian bilik darjah sumatif (PBD Sumatif)
- 4 set kertas model yang ditulis mengikut urutan tema buku teks
- 1 set kertas model merangkumi semua tema buku teks
- Setiap kertas model boleh dileraikan dan digunakan secara berasingan
- Tip menjawab soalan disediakan
- Jawapan lengkap disertai ulasan dilampirkan
- Merangkumi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-THINK

Keywords: Tahun 6,UASA,Sumatif,Pentaksiran,Sekolah rendah,Bahasa Melayu

Jawapan Kertas Model (Tema 1 - 2) 1 Kandungan Pengenalan Format Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas Model (Tema 3 - 4) 2 Kertas Model (Tema 5 - 6) 3 Kertas Model (Tema 7 - 8) 4 Kertas Model (Tema 1 - 8) 5 (ii) 00 KM UASA LING SJKC BM TH4-KANDUNGAN-Venus 3P.indd ii 3/22/23 1:16 PM ©马来亚文化事业有限公司


Pengenalan Format Pengenalan Format Ujian Akhir Sesi Akademik Ujian Akhir Sesi Akademik Peperiksaan UPSR dimansuhkan pada tahun 2021. Selepas pemansuhan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan langkah-langkah untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sebahagian PBS yang berbentuk akademik, antaranya terbahagi kepada Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif. Pentaksiran Formatif: Pentaksiran berterusan sepanjang PdP Pentaksiran Sumatif: Pentaksiran yang dijalankan selepas satu peringkat PdP Antara langkah pemerkasaan PBS termasuklah murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 perlu menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik sebelum tamat sesi persekolahan setiap tahun. Format Pentaksiran Sekolah Rendah: Bahasa Melayu Tahun 4, 5, dan 6 BIL. PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis: Pemahaman dan Penulisan 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP Tatabahasa (3 – 5 soalan) Pemahaman petikan (5 – 7 soalan) (Teks tunggal dan teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRT Tatabahasa dan Pemahaman Petikan (3 – 5 soalan) Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb Penulisan Perenggan (1 soalan) Bahagian D (20 markah): SRTb Penulisan Karangan (1 soalan) 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit 6 Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis Kemahiran Menulis: • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik Format dan Sumber Kertas Pentaksiran: Lembaga Peperiksaan, KPM (iv) 00 KM UASA LING SJKC BM TH4-KANDUNGAN-Venus 3P.indd iv 3/22/23 1:16 PM ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 4 – 1 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan 011 Kertas Model 4 BAHASA MELAYU [011] Satu jam lima belas minit 1. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan. Bahagian A [10 markah] TEMA 7 – 8 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Juruelektrik itu sedang memeriksa peralatan elektronik di bilik utama. A kawalan B berkawal C pengawal D mengawal 2 Dengan adanya sains, kehidupan kita menjadi lebih mudah dan pantas. A pemaju B kemajuan C dimajukan D memajukan Soalan 3 3 Pilih ayat yang betul. A Menjual di tepi jalan Pak Ali air tebu. B Puan Nani membuka kedai kek itu pada tahun lepas. C Minta tolong tutup suis kipas di bilik jika tidak digunakan. D Pelayan itu sedang menghidangi makanan di meja pelanggan itu. Kertas Model 4 5HTH! 2LSHZ! ;HYPRO! TIP Cara menjawab soalan Teliti penggunaan kata berimbuhan yang paling sesuai berdasarkan konteks ayat yang diberikan. 04 KM UASA LING SJKC BM TH5-KM 4-Venus 3P.indd 1 4/13/23 2:41 PM ©马来亚文化事业有限公司


4 – 2 Kertas Model 4 011 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pak cik saya telah membuka sebuah restoran di tepi sebuah sungai. Yang uniknya, meja-meja makan diletakkan di dalam sungai yang jernih airnya. Restoran pak cik saya ini terletak di Kemensah, Kuala Lumpur. Pada setiap hari, ibu saya bersama-sama dengan beberapa orang tukang masak restoran akan memasak pelbagai juadah. Makanan yang disediakan terdiri daripada masakan kampung dan barat. Apabila menjelangnya tengah hari, banyak pelanggan yang datang untuk menjamu selera. Sering kali restoran pak cik saya ini penuh dengan pelanggan pada hari minggu. Restoran ini turut dikunjungi oleh pelancong dari negeri lain dan ada juga dari luar negara. Mereka hendak mencuba kelainan di restoran pak cik saya. Mereka ingin merendam kaki di dalam air sungai yang jernih dan sejuk itu sambil menikmati makanan. Para pelanggan memuji konsep restoran pak cik saya ini. 4 Siapakah yang telah membuka restoran? A “Saya” B Ibu “saya” C Pelanggan D Pak cik “saya” 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Semua juadah dimasak oleh pak cik “saya”. B Restoran itu menyediakan juadah makan malam. C Pelanggan yang datang terdiri daripada pelancong dari luar negara. D Pelanggan dapat menikmati makanan sambil mandi-manda di sungai itu. 6 Yang berikut ialah fakta tentang restoran pak cik “saya” berdasarkan petikan kecuali A terletak di tepi sebuah sungai. B meja makan diletakkan di dalam air sungai. C menyediakan masakan tradisional, barat, dan cina. D pelanggan dapat merendam kaki di dalam air sungai. TIP Ayat ini menunjukkan bahawa pak cik “saya” telah membuka sebuah restoran. 04 KM UASA LING SJKC BM TH5-KM 4-Venus 3P.indd 2 4/13/23 2:41 PM ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 4 – 3 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan 011 Kertas Model 4 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. BAHAN 1 CIPTAAN SAINS mencepatkan kerja mendekatkan hubungan memudahkan pergerakan menyembuhkan penyakit BAHAN 2 Ciptaan sains amat penting kepada manusia. Tanpa ciptaan sains, manusia akan kekal hidup seperti pada zaman dahulu kala. Dengan adanya ciptaan sains, kita tidak perlu membasuh pakaian dengan menggunakan tangan lagi. Kita boleh menggunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian. Pakaian dapat dibasuh dengan lebih cepatnya dan menjimatkan masa. Selain itu, kita dapat menaiki kereta api, kapal terbang, feri, dan sebagainya untuk memudahkan pergerakan. Kita dapat sampai dengan cepatnya ke tempat yang dituju. Kita juga dapat menghubungi anggota keluarga yang berjauhan dari kita dengan menggunakan teknologi komunikasi. Penyakit juga dapat disembuhkan dengan adanya teknologi dalam bidang perubatan. Oleh itu, jangka hayat manusia dapat dipanjangkan. 04 KM UASA LING SJKC BM TH5-KM 4-Venus 3P.indd 3 4/13/23 2:41 PM ©马来亚文化事业有限公司


4 – 4 Kertas Model 4 011 7 Tanpa ciptaan sains, manusia akan A sembuh daripada penyakit. B sampai ke destinasi dengan cepatnya. C kekal hidup seperti pada zaman dahulu kala. D dapat membasuh pakaian dengan lebih cepatnya. 8 Selain itu, kita dapat menaiki kereta api, kapal terbang, feri, dan sebagainya untuk memudahkan pergerakan. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris dalam ayat di atas ialah A buah. B deret. C batang. D keping. 9 Perkataan memudahkan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A melicinkan. B melancarkan. C meringankan. D menyenangkan. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Kita menggunakan teknologi komunikasi untuk memudahkan pergerakan. B Jangka hayat manusia dapat dipanjangkan tanpa perlu menyembuhkan penyakit. C Kita tidak dapat sampai ke destinasi dengan cepatnya jika menaiki kapal terbang. D Peralatan elektrik seperti mesin basuh dan pengisar makanan dapat mencepatkan kerja. TIP Cara menjawab soalan 1. Baca ayat yang diberikan dengan telitinya. 2. Kenal pasti kehendak soalan. Soalan tersebut meminta kamu memilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi perkataan yang bergaris. 04 KM UASA LING SJKC BM TH5-KM 4-Venus 3P.indd 4 4/13/23 2:41 PM ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 4 – 5 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan 011 Kertas Model 4 Bahagian B [10 markah] Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Hani mempunyai tugasan yang diberikan oleh guru Sainsnya. Oleh itu, Hani melayari Internet untuk mencari maklumat yang diperlukan. Dengan Internet, Hani dapat mencari pelbagai maklumat dari seluruh pelosok dunia. Hani berasa gembira kerana maklumat yang dikehendakinya dapat diperoleh dengan mudahnya dan pantasnya. Ketika sedang melayari Internet, Hani juga berkomunikasi dengan rakan-rakannya dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Walaupun Internet banyak manfaatnya, namun Hani tidak menyalahgunakan Internet untuk perkara yang tidak berfaedah. Hani ingat akan pesanan gurunya agar menjadi pengguna yang bijak ketika menggunakan Internet. 1 (a) Hani melayari untuk mencari maklumat yang diperlukan. [1 markah] (b) Mengapakah Hani berasa gembira? [2 markah] TIP Ayat ini menunjukkan bahawa Hani melayari Internet untuk mencari maklumat yang diperlukan. 04 KM UASA LING SJKC BM TH5-KM 4-Venus 3P.indd 5 4/13/23 2:41 PM ©马来亚文化事业有限公司


4 – 6 Kertas Model 4 011 (c) Gariskan kata berimbuhan yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Dengan Internet, Hani dapat mencari pelbagai maklumat dari seluruh pelosok dunia. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan ( ✓ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Ketika sedang melayari Internet, Hani juga berkomunikasi dengan rakan-rakannya dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Hani menggunakan aplikasi WhatsApp ketika rakan-rakannya sedang melayari Internet untuk berkomunikasi. Hani juga berkomunikasi dengan rakan-rakannya dengan menggunakan aplikasi WhatsApp ketika sedang melayari Internet. [1 markah] TIP Cara menjawab soalan 1. Fahami ayat yang diberikan dengan telitinya. 2. Kenal pasti ayat yang membawa maksud ayat yang sama dengan ayat yang diberikan. 04 KM UASA LING SJKC BM TH5-KM 4-Venus 3P.indd 6 4/13/23 2:41 PM ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 4 – 7 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan 011 Kertas Model 4 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2 Ketika hari raya yang lalu, kamu mendapat banyak duit raya daripada anggota keluarga dan saudara-mara kamu. Apakah yang akan kamu lakukan dengan duit raya tersebut? [5 markah] TIP Cara menjawab soalan 1. Baca dan fahami situasi yang diberikan. 2. Soalan tersebut meminta kamu memberikan pendapat berdasarkan situasi yang diberikan. 04 KM UASA LING SJKC BM TH5-KM 4-Venus 3P.indd 7 4/13/23 2:41 PM ©马来亚文化事业有限公司


4 – 8 Kertas Model 4 011 Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah ini menunjukkan pelanggan bank sedang berurusan di bank. Tulis pendapat kamu tentang kebaikan menyimpan wang di bank. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. 04 KM UASA LING SJKC BM TH5-KM 4-Venus 3P.indd 8 4/13/23 2:41 PM ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 4 – 9 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan 011 Kertas Model 4 [10 markah] 04 KM UASA LING SJKC BM TH5-KM 4-Venus 3P.indd 9 4/13/23 2:41 PM ©马来亚文化事业有限公司


4 – 10 Kertas Model 4 011 Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. 04 KM UASA LING SJKC BM TH5-KM 4-Venus 3P.indd 10 4/13/23 2:41 PM ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 4 – 11 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan 011 Kertas Model 4 04 KM UASA LING SJKC BM TH5-KM 4-Venus 3P.indd 11 4/13/23 2:41 PM ©马来亚文化事业有限公司


4 – 12 Kertas Model 4 011 [20 markah] 04 KM UASA LING SJKC BM TH5-KM 4-Venus 3P.indd 12 4/13/23 2:41 PM ©马来亚文化事业有限公司


Jawapan © The Malaya Press Sdn. Bhd. J1 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan KERTAS MODEL 1 Bahagian A 1 B kami – kata kami ialah ganti nama diri pertama yang digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua 2 B merebus – memasak sesuatu dalam air yang mendidih 3 C ayat yang betul A ayat yang betul: Ayah membawa balik setandan pisang dari kebun. B ayat yang betul: Adik sedang makan sebiji kek coklat yang kecil di dapur. D ayat yang betul: Nenek menggunakan dua papan petai untuk membuat sambal bilis petai itu. 4 B ja wapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris kedua petikan 5 A jawapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris keempat petikan 6 D jawapan tidak dapat ditemukan dalam petikan 7 D jawapan dapat ditemukan pada Bahan 1, iaitu tempat ialah Dewan Serba Guna Taman Mastana 8 B buah – penjodoh bilangan yang digunakan untuk benda-benda yang besar dan padu, tidak tentu bentuk dan jenisnya 9 A jawapan tersebut berbentuk KBAT – maksud perkataan terhad ialah terbatas 10 C jawapan dapat ditemukan pada Bahan 2, perenggan ketiga baris pertama petikan Bahagian B 1 (a) badminton (b) Daniel mengaduh kerana dia terjatuh ketika bermain badminton dan lututnya luka dan berdarah. (c) Beliau segera mencuci dan merawat luka pada lutut Daniel. (d) Ibu Danish meminta Danish mengambil peti kecemasan. ✓ Ibu Danish memaksa Danish mengambil peti kecemasan. 2 Sebagai seorang jiran, saya akan menyiram pokokpokok bunga jiran saya itu. Saya akan menyemburkan air dengan menggunakan hos air dari rumah saya ke arah pokok-pokok bunga itu. Saya akan berbuat demikian sehinggalah jiran saya itu pulang ke rumahnya semula. [34 patah perkataan] Bahagian C Pada pendapat saya, dengan bergotong-royong untuk membersihkan kawasan perumahan, kita dapat menjalinkan dan merapatkan hubungan sesama jiran tetangga. Kita juga dapat membina sikap kerjasama dalam kalangan jiran. Malah, kita dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan jiran pelbagai bangsa. Kawasan perumahan juga menjadi bersih dan ceria. [44 patah perkataan] Bahagian D Karangan Berformat (Dialog) Rangka Karangan Pendahuluan persatuan penduduk taman kita – mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Isi-isi Penting (a) menariknya – bila akan diadakan – minggu depan – 29 April – bermula – pukul 6:30 petang – 11:00 malam – tempat – Dewan Komuniti Taman Muhibah (b) majlis – bagus – diadakan – menyemai semangat kejiranan – perpaduan – meraikan hari raya (c) banyak acara diadakan – persembahan nyanyian – tarian – jamuan makan – cabutan bertuah (d) tidak sabar – mengunjungi rumah terbuka – memakai pakaian cantik-cantik – meminta kebenaran ibu bapa – mengunjungi Penutup berjumpa semula – semasa majlis – minggu depan Aida: Persatuan penduduk taman kita akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri. Kin Lin: Wah, menariknya! Bilakah majlis itu akan diadakan? Chitra: Majlis itu akan diadakan pada minggu depan, iaitu 29 April. Majlis itu akan bermula pada pukul 6:30 petang hingga 11:00 malam. Aida: Tempatnya adalah di Dewan Komuniti Taman Muhibah. Kin Lin: Majlis sebegini amat bagus diadakan kerana dapat menyemai semangat kejiranan dan perpaduan selain meraikan hari raya. Chitra: Saya setuju dengan kata-kata kamu, Kin Lin. Semasa majlis berlangsung, para pengunjung dapat saling berkenalan dan beramah mesra. Aida: Betul kata kamu. Ada banyak acara yang diadakan juga seperti persembahan nyanyian dan tarian selain jamuan makan. 06 KM UASA LING SJKC BM TH5-JAWAPAN-Venus 2P.indd 1 4/13/23 3:48 PM ©马来亚文化事业有限公司


J2 Kin Lin: Ada cabutan bertuah juga. Tidak sabar rasanya saya hendak mengunjungi rumah terbuka itu. Chitra: Saya pun sama. Bolehlah kita memakai pakaian yang cantik-catik. Aida: Jangan lupa untuk meminta kebenaran daripada ibu bapa masing-masing untuk mengunjungi majlis ini. Nanti kita berjumpa lagi semasa majlis itu pada minggu depan. Kin Lin: Baik, Aida. Chitra: Baiklah, Aida. Karangan Tidak Berformat (Keperihalan) Rangka Karangan Pendahuluan persatuan penduduk taman – mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri – bermula – pukul 6:30 petang – 11:00 malam – tempat – Dewan Komuniti Taman Muhibah Isi-isi Penting (a) saya dan keluarga – pergi ke dewan – pukul 7:00 malam – memakai p akaian tradisional kaum kami – samfu dan ceongsam – setibanya di situ – melihat banyak tetamu pelbagai bangsa – hadir – memakai pakaian tradisional kaum masing-masing – duduk di kerusi dan meja – disediakan (b) juruacara majlis mengumumkan – persembahan nyanyian dan tarian – diadakan – sambil makan – menyaksikan persembahan – menarik dan be rwarnawarni – makanan – sedap-sedap (c) berbual-bual – tetamu yang lain – berasa seronok – majlis sebegini – menyemai semangat kejiranan dan perpaduan – penduduk berbilang bangsa – bangga – semua penduduk – bertolak ansur – mengambil makanan (d) cabutan bertuah diadakan – terkejut – mendapat cabutan bertuah – tempat ketiga – memenangi ketuhar mikrogelombang – sungguh gembira Penutup pulang ke rumah – pukul 10:00 malam – senang hati – perut kenyang – memenangi hadiah cabutan bertuah Pada minggu lepas, persatuan penduduk taman saya, iaitu Persatuan Penduduk Taman Muhibah telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri. Majlis itu bermula dari pukul 6:30 petang hingga pukul 11:00 malam di Dewan Komuniti Taman Muhibah. Saya dan keluarga saya pergi ke dewan itu pada pukul 7:00 malam. Kami memakai pakaian tradisional kaum kami, iaitu samfu dan ceongsam. Setibanya di situ, kami melihat banyak tetamu pelbagai bangsa telah hadir. Mereka juga memakai pakaian tradisional kaum masing-masing. Kemudian kami duduk di kerusi dan meja yang telah disediakan. Tidak lama kemudian, juruacara majlis mengumumkan bahawa persembahan nyanyian dan tarian akan diadakan. Sambil kami makan, kami menyaksikan persembahan yang menarik dan berwarna-warni itu. Makanan yang disediakan semuanya sedap-sedap. Kami juga berbual-bual dengan tetamu yang lain. Saya berasa seronok kerana majlis sebegini dapat menyemai semangat kejiranan dan perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang bangsa. Saya juga berasa bangga kerana para penduduk saling bertolak ansur ketika mengambil makanan. Ketika cabutan bertuah diadakan, saya sangat terkejut. Saya telah berjaya mendapat cabutan bertuah pada tempat ketiga. Saya memenangi sebuah ketuhar mikrogelombang. Saya berasa sungguh gembira. Saya dan keluarga saya pulang ke rumah pada pukul 10:00 malam. Saya berasa senang hati kerana perut telah kenyang dan memenangi hadiah cabutan bertuah pula. KERTAS MODEL 2 Bahagian A 1 B berpesan – kata berimbuhan yang paling menepati konteks ayat 2 D tanggungjawab – kata tanggungjawab yang bermaksud kewajipan paling menepati konteks ayat 3 B ayat yang betul A ayat yang betul: Khairil menemukan segugus kunci di padang permainan. C ayat yang betul: Ketua kampung berusaha untuk menyelesaikan masalah itu D ayat yang betul: Mekanik itu sedang membaiki kerosakan enjin kereta Encik Mail. 4 A jawapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris ketiga petikan 5 C jawapan dapat ditemukan pada perenggan kedua baris keempat petikan 6 D jawapan dapat ditemukan pada perenggan kedua baris ketiga petikan 7 A jawapan dapat ditemukan pada Bahan 1, iaitu tarikh ialah 6 November 2023 8 B buah – penjodoh bilangan yang digunakan untuk benda-benda yang besar dan padu, tidak tentu bentuk dan jenisnya 9 A jawapan tersebut berbentuk KBAT – maksud perkataan matlamat ialah tujuan 10 B jawapan dapat ditemukan pada Bahan 1, iaitu aktiviti cabutan bertuah Bahagian B 1 (a) merosot (b) Masalah disiplin berlaku dalam kalangan murid kerana kurangnya nilai integriti dalam diri muridmurid. (c) Murid yang berintegriti dapat membantu untuk meningkatkan tahap disiplin sekolah kita. (d) Jika tiada pengawasan, murid-murid akan melanggar peraturan sekolah. ✓ Peraturan tanpa pengawasan daripada pihak sekolah akan dilanggar oleh murid-murid. 06 KM UASA LING SJKC BM TH5-JAWAPAN-Venus 2P.indd 2 4/13/23 3:48 PM ©马来亚文化事业有限公司


Click to View FlipBook Version