KSSR SEMAKAN SASBADI
Bestari
5A
Bahasa Melayu
KBATBerdasarkan buku teks
Menepati Pentaksiran Bilik Darjah
Disertakan audio Kemahiran
Mendengar dan Bertutur
Mesra Google Classroom Nama
ht t ps://bi t.ly/31y xmj9 Kelas
Sekolah
© Sasbadi Sdn. Bhd. KANDUNGAN
Tema 1: Keluarga Tercinta (PBD 1 – PBD 12) �������������������������������������������1 –12
Unit 1 – 3
Tema 2: Perpaduan Tunjang Keharmonian (PBD 13 – PBD 22) ��������������� 13 – 22
Unit 4 – 6
Tema 3: Pastikan Selamat di Mana-mana (PBD 23 – PBD 34) ������������� 23 – 34
Unit 7 – 9
Tema 4: Integriti dalam Kehidupan (PBD 35 – PBD 44) ������������������������� 35 – 44
Unit 10 – 12
Mendengar dan Bertutur (PBD 1 – PBD 8) ��������������������������������������� MB1 – MB8
Unit 1 – 12
Jawapan ���������������������������������������������������������������������������������������������������� J1 – J8
MB
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 1
Tema 1: Keluarga Tercinta Unit 1: Riangnya Keluargaku
Kemahiran: Membaca Standard Pembelajaran: 2.1.1
Arahan: B aca dan fahami maklumat tersurat untuk memberikan respons.
1. Pada cuti sekolah yang lalu, Li Fen dan keluarganya bercuti di Melaka. Mereka
bertolak dari rumah pada pukul 6:00 petang dengan menaiki kereta. Bapa Li Fen
pemandu yang berhemah. Beliau memandu kereta dengan berhati-hati.
Maklumat Tersurat Respons
Beliau memandu kereta Kita hendaklah berhati-hati
dengan berhati-hati.
© Sasbadi Sdn. Bhd.
2. Li Fen dan keluarganya tiba di Melaka pada pukul 8:00 malam. Mereka terus
mendaftar masuk ke hotel yang telah ditempah oleh bapanya. Li Fen membantu
bapanya mengangkat beg pakaian di dalam kereta.
Maklumat Tersurat Respons
Kita hendaklah membantu
Li Fen membantu bapanya
mengangkat beg pakaian
di dalam kereta.
3. Keesokan harinya, mereka bersiar-siar di bandar raya Melaka. Mereka melawat
ke Kota A Famosa, Bangunan Stadthuys, dan Muzium Samudera. Li Fen berasa
sangat gembira kerana dapat melawat ke tempat-tempat bersejarah di sana.
Maklumat Tersurat Respons
Mereka melawat ke Kota Kita dapat menambah
A Famosa, Bangunan
Stadthuys, dan Muzium
Samudera.
1 SP 2.1.1 TP 1 2 3 4 5 6
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 4
Tema 1: Keluarga Tercinta Unit 2: Keluarga Bestari
Kemahiran: Membaca Standard Pembelajaran: 2.1.2, 5.1.1(iii)
Arahan: Lengkapkan teks dialog dengan kata ganti nama yang betul. Kemudian,
berikan maksud perkataan.
ini kamu itu apa saya dia
Situasi di ruang tamu
Ying: Ibu, bolehkah (1) menyertai pertandingan menulis cerpen?
Ibu: Sudah tentu boleh, Ying. (2) kah syarat-syarat untuk menyertai
© Sasbadi Sdn. Bhd.
pertandingan (3) ?
Ying: Pertandingan itu terbuka kepada semua murid tahap dua. Karya yang
dihasilkan mestilah ditulis dalam bahasa Melayu serta mengandungi nilai
dan pengajaran.
Ibu: Mintalah bantuan kakak (4) kerana (5) mahir
tentang bidang penulisan karya kreatif.
Ying: Betul itu, ibu. Bolehlah kakak membantu saya untuk menghasilkan cerpen
yang baik.
Situasi di perpustakaan
Kakak: Ying, mari lihat buku cerita ini. Kamu boleh membaca buku cerita
(6) untuk mendapatkan idea menulis cerpen.
Ying: Baiklah, kakak. Saya akan membaca buku cerita ini.
Kakak: Kamu juga boleh melayari Internet untuk mencari maklumat tambahan bagi
menghasilkan karya yang baik.
Perkataan Maksud
1. karya
2. pengajaran
3. bantuan
4. mahir
5. idea
SP 2.1.2 TP 1 2 3 4 5 6 4
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 6
Tema 1: Keluarga Tercinta Unit 3: Hadapi Bersama-sama
Kemahiran: Membaca Standard Pembelajaran: 2.2.1
Arahan: Fahami maklumat. Kemudian, buat pertimbangan dan nyatakan keputusan.
Encik Chang Ming ingin membawa keluarganya bercuti. Beliau meminta anaknya,
Xiao Zhen memilih antara dua buah negeri, iaitu Pulau Pinang atau Langkawi.
Oleh itu, Xiao Zhen melayari Internet dan menyenaraikan tempat-tempat menarik
yang terdapat di setiap negeri itu.
Tempat-tempat menarik
• Muzium Perang Pulau Pinang
• Fort Cornwalls
• Muzium Peranakan Pinang
• Masjid Kapitan Keling
• Penang Time Tunnel
• Penang Street Art
© Sasbadi Sdn. Bhd.RM345h0ar.i020m(saelaomrang)
LangkawiPakej Percutian ke Tempat-tempat menarik
• Pantai Cenang
3 hari 2 malam RM550.00 (seorang) • Kota Mahsuri
• Dataran Lang
• Kereta Kabel Langkawi
• Muzium Seni 3D
• Kompleks Kraft Langkawi
Jika kamu Xiao Zhen, apakah pertimbangan dan keputusan kamu?
Saya telah membuat pertimbangan yang sewajarnya. Saya memilih
SP 2.2.1 TP 1 2 3 4 5 6 6
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 7
Tema 1: Keluarga Tercinta Unit 1: Riangnya Keluargaku
Kemahiran: Menulis Standard Pembelajaran: 3.1.1, 4.1.1
Arahan: Tulis ayat yang diberikan dengan tulisan berangkai.
Pada cuti sekolah yang lalu, Hadi sekeluarga pulang ke kampung. Kebetulan
pada masa itu musim buah-buahan. Datuk Hadi mempunyai dusun yang luas
seperti lautan.
Setibanya di kampung, Hadi disambut dengan tangan terbuka oleh datuk,
nenek, dan anggota keluarganya yang lain. Suasana di rumah datuk Hadi
sungguh meriah. Mereka berbual-bual untuk bertanyakan khabar dan berkongsi
pelbagai cerita.
Pada waktu petang, Hadi dan sepupu-sepupunya pergi ke dusun datuk
mereka. Pokok buah-buahan di dusun itu berbuah dengan lebatnya. Mereka
memetik dan mengumpulkan buah-buahan yang telah masak untuk dimakan.
Selepas itu, mereka mandi di sungai yang terletak berhampiran dengan
dusun itu. Air di sungai itu sejuk seperti salji. Mereka mandi-manda dengan
riangnya.
© Sasbadi Sdn. Bhd.
7 SP 3.1.1 TP 1 2 3 4 5 6
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 9
Tema 1: Keluarga Tercinta Unit 2: Keluarga Bestari
Kemahiran: Menulis Standard Pembelajaran: 3.2.1
Arahan: Tulis pendapat berdasarkan gambar yang ditunjukkan. KBAT
© Sasbadi Sdn. Bhd.
1. Berdasarkan gambar, apakah pendapat kamu tentang ibu bapa Yazid?
2. Pada pendapat kamu, mengapakah Yazid dipilih sebagai Tokoh Murid
di sekolahnya?
9 SP 3.2.1 TP 1 2 3 4 5 6
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 10
Tema 1: Keluarga Tercinta Unit 2: Keluarga Bestari
Kemahiran: Menulis Standard Pembelajaran: 3.2.1
Arahan: N yatakan pendapat berdasarkan gambar. KBAT
Perlukah Encik Kim memberikan hadiah
kepada anaknya kerana mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan? Berikan
pendapat kamu.
Pada pendapat saya, Encik Kim perlu memberikan
hadiah kepada anaknya agar (1)
© Sasbadi Sdn. Bhd.
Adik Mei Ling akan menyertai pertandingan
bercerita di sekolahnya. Wajarkah Mei Ling
melatih adiknya kerana dia pernah menjadi
johan dalam pertandingan bercerita peringkat
negeri? Berikan pendapat kamu.
Pada pendapat saya, Mei Ling wajar melatih
adiknya kerana (2)
Pada pendapat kamu, mengapakah
Encik Bakri menerima Anugerah Ayah
Cemerlang?
Pada pendapat saya, Encik Bakri menerima
Anugerah Ayah Cemerlang kerana (3)
SP 3.2.1 TP 1 2 3 4 5 6 10
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 13
Tema 2: Perpaduan Tunjang Keharmonian Unit 4: Bersama-sama Pupuk Perpaduan
Kemahiran: Membaca Standard Pembelajaran: 2.3.1
Arahan: B aca maklumat, kemudian buat rumusan. KBAT
Cara-cara Memupuk Perpaduan Kaum
© Sasbadi Sdn. Bhd.Aktiviti gotong-royongAmalan Sambutan Hari
kunjung-mengunjungi Kebangsaan
Poster tersebut tentang cara-cara memupuk perpaduan kaum.
Antara cara untuk memupuk perpaduan kaum termasuklah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti ini, penduduk berpeluang untuk bertemu dan
mengenali antara satu dengan yang lain. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat
kerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan kediaman.
Selain itu, amalan kunjung-mengunjungi jiran tetangga semasa musim
perayaan juga dapat memupuk perpaduan kaum. Amalan ini bukan sahaja dapat
mengeratkan silaturahim malahan dapat menerbitkan perasaan hormat akan adat
dan kepercayaan kaum-kaum lain.
Di samping itu, perpaduan kaum dapat dipupuk melalui sambutan Hari
Kebangsaan. Aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa sambutan Hari Kebangsaan
dapat mengeratkan hubungan dan memupuk semangat cinta akan negara dalam
kalangan penduduk Malaysia yang berbilang kaum.
Rumusan:
13 SP 2.3.1 TP 1 2 3 4 5 6
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 15
Tema 2: Perpaduan Tunjang Keharmonian Unit 5: Hidup Berjiran Amalan Kita
Kemahiran: Membaca Standard Pembelajaran: 2.3.1
Arahan: Baca syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, buat
rumusan. KBAT
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, guru-
guru, dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan
yang bertajuk “Jiran Sepakat Membawa Berkat”.
Hadirin sekalian,
Jiran ialah sekelompok masyarakat yang tinggal berhampiran antara satu
dengan yang lain. Jiran yang sepakat akan mengadakan pelbagai aktiviti yang
dapat memberikan manfaat kepada mereka. Sebagai contohnya, mereka akan
mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan kediaman. Aktiviti
tersebut bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara jiran tetangga malahan
dapat menjaga kebersihan kawasan kediaman juga.
Selain itu, jiran yang sepakat juga akan sentiasa ziarah-menziarahi. Amalan ini
amat murni kerana menunjukkan sikap mengambil berat sesama mereka. Amalan ini
juga dapat memupuk sikap saling memahami dan menghormati dalam kalangan jiran.
Kebiasaannya, penduduk di sesuatu kawasan kediaman terdiri daripada
pelbagai kaum. Justeru, majlis rumah terbuka merupakan aktiviti terbaik yang dapat
memupuk semangat kejiranan. Melalui majlis tersebut, mereka dapat menikmati
juadah tradisional kaum tersebut.
Kesimpulannya, kita mestilah memupuk semangat kejiranan untuk mewujudkan
suasana yang harmoni di kawasan kediaman kita. Jiran yang sepakat akan
mewujudkan suasana yang harmoni di kawasan kejiranan.
Sekian, terima kasih.
© Sasbadi Sdn. Bhd.
Rumusan:
15 SP 2.3.1 TP 1 2 3 4 5 6
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 17
Tema 2: Perpaduan Tunjang Keharmonian Unit 6: Rakyat Bersatu Negara Maju
Kemahiran: Membaca Standard Pembelajaran: 2.3.2
Arahan: Baca dan persembahkan cerita. Minta rakan menilai bacaan kamu dengan
mewarnakan bintang.
© Sasbadi Sdn. Bhd.
Encik Feng tinggal di Taman Melur. Walaupun sudah lama tinggal di situ, beliau
dan jiran-jirannya tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Mereka seperti
kera sumbang.
Sejak akhir-akhir ini, kes pecah rumah sering berlaku di Taman Melur. Kejadian
itu amat membimbangkan penduduk di situ. Encik Feng mengajak jiran-jirannya
berkumpul untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
“Kes pecah rumah di taman kita semakin menjadi-jadi. Marilah kita bekerjasama
untuk mengatasi masalah ini,” kata Encik Feng kepada jiran-jirannya.
“Betul itu, Encik Feng. Kita perlu melakukan sesuatu agar pencuri itu dapat
ditangkap,” kata Encik Ravi dan Encik Amar.
Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk membuat rondaan di kawasan
perumahan mereka secara bergilir-gilir. Pada suatu malam, Encik Feng dan
Encik Amar bertugas untuk membuat rondaan. Mereka ternampak dua orang lelaki
yang sangat mencurigakan.
“Lihat, ada perompak sedang mencuba untuk memecah masuk ke rumah
Encik Ahmad,” kata Encik Amar.
Mereka segera menghubungi pihak polis. Akhirnya, kedua-dua pencuri itu
berjaya ditangkap. Mereka dipercayai telah memasuki beberapa buah rumah
di kawasan perumahan itu.
Penduduk Taman Melur berasa gembira. Sejak dari kejadian itu, hubungan
kejiranan mereka semakin kuat. Mereka tidak lagi bersikap seperti enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
17 SP 2.3.2 TP 1 2 3 4 5 6
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 18
Tema 2: Perpaduan Tunjang Keharmonian Unit 6: Rakyat Bersatu Negara Maju
Kemahiran: Membaca Standard Pembelajaran: 2.3.2
Arahan: Baca cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, jawab soalan.
© Sasbadi Sdn. Bhd.
Pada zaman dahulu, Kampung Tanjung telah diserang oleh sekumpulan perompak.
Mereka telah merampas harta benda penduduk kampung. Rumah-rumah penduduk
kampung juga turut dimusnahkan.
Ketua kampung, iaitu Tuk Budin telah mengumpulkan para pemuda kampung.
Beliau mencari jalan untuk menumpaskan kumpulan perompak itu.
“Wahai anak muda sekalian, kampung kita telah diserang oleh sekumpulan
perompak! Marilah kita bersatu hati menewaskan mereka,” kata Tuk Budin.
“Betul itu, tuk. Kita mesti mempertahankan kampung ini walau dengan apa-apa
cara sekalipun,” kata seorang daripada pemuda kampung itu.
Para pemuda kampung bersemangat sebaik-baik sahaja mendengar kata-kata
ketua kampung. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menewaskan kumpulan
perompak itu.
Akhirnya, kumpulan perompak itu mengaku kalah dan menyerah diri. Penduduk
kampung berasa lega kerana kampung mereka kembali aman.
1. Apakah masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Tanjung?
2. Mengapakah Tuk Budin mengumpulkan para pemuda kampung?
3. Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada cerita? KBAT
SP 2.3.2 TP 1 2 3 4 5 6 18
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 19
Tema 2: Perpaduan Tunjang Keharmonian Unit 4: Bersama-sama Pupuk Perpaduan
Kemahiran: Menulis Standard Pembelajaran: 3.2.3
Arahan: Baca petikan. Kemudian, catat maklumat.
Pada minggu lalu, Su Yin dan kawan-kawannya menyertai pertandingan larian
perpaduan. Pertandingan itu dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Bestari.
Mereka berkumpul di padang seawal pukul 7:00 pagi. Suasana di situ riuh
sekali. Para peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat usia sudah
memenuhi kawasan padang. Su Yin dan kawan-kawannya mendaftarkan nama
di meja pendaftaran.
Selepas selesai membuat pendaftaran, mereka mendengar taklimat ringkas yang
disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bestari, Encik Wong.
Beliau meminta para peserta supaya mengikut petunjuk jalan yang diberikan dan
mengutamakan keselamatan.
Para peserta memulakan larian pada pukul 8:00 pagi. Mereka perlu berlari sejauh
sepuluh kilometer. Su Yin dan kawan-kawannya berlari dengan penuh semangat.
Su Yin dan kawan-kawannya berjaya menamatkan larian pada waktu yang
ditetapkan. Mereka berasa gembira kerana menjadi 20 orang terawal yang sampai
di garisan penamat. Mereka menerima hadiah daripada Pengerusi Persatuan
Penduduk Taman Bestari.
© Sasbadi Sdn. Bhd.
(1) Mereka berkumpul (2) (3)
(4) (5)
19 SP 3.2.3 TP 1 2 3 4 5 6
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 21
Tema 2: Perpaduan Tunjang Keharmonian Unit 5: Hidup Berjiran Amalan Kita
Kemahiran: Menulis Standard Pembelajaran: 3.2.3
Arahan: Teliti gambar. Kemudian, catat maklumat. KBAT
Pada suatu hari, Kampung Sepakat dilanda ribut. Sebatang pokok telah tumbang
lalu menghempap bumbung rumah Encik Abu.
© Sasbadi Sdn. Bhd.
Bumbung rumah Encik Abu (2)
rosak akibat (1)
(3) (4)
21 SP 3.2.3 TP 1 2 3 4 5 6
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 1
Tema 1: Keluarga Tercinta Unit 1: Riangnya Keluargaku
Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Standard Pembelajaran: 1.1.1
Arahan: Dengar dan cam sebutan. Kemudian, lengkapkan dialog dan
sebut jawapan.
Sambutan Hari Keluarga Haji Yunus
Tarikh: 5 dan 6 Mac 2022
Tempat: Pantai Purnama, Port Dickson
Aktiviti:
• Sukaneka • Cabutan bertuah
© Sasbadi Sdn. Bhd.
• Persembahan keluarga • Sesi fotografi
• Majlis kesyukuran
Nadia: Bilakah program Sambutan Hari Keluarga kita akan diadakan, kakak?
Nazirah: (1)
Nadia: Di manakah program itu akan diadakan?
Nazirah: (2)
Nadia: Apakah aktiviti yang akan diadakan sepanjang hari keluarga itu nanti?
Nazirah: (3)
Nadia: Wah, seronoknya! Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan saudara
mara kita di sana. Pasti meriah apabila semua berkumpul.
SP 1.1.1 TP 1 2 3 4 5 6
MB1
Nama: .......................................................... Kelas: ........................... Tarikh: ........................
Bahasa Melayu 5A • PBD 2
Tema 1: Keluarga Tercinta Unit 2: Keluarga Bestari
Kemahiran: Mendengar dan Bertutur Standard Pembelajaran: 1.1.2
Arahan: Berikan respons terhadap maklumat yang diujarkan.
Tahniah, Puan Chia! Anak Terima kasih, puan. Saya berasa
puan telah menjadi juara (1)
dalam pertandingan teka
silang kata anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Anak puan akan menerima © Sasbadi Sdn. Bhd.Baiklah. Saya akan memaklumkan
wang tunai sebanyak (2)
RM300.00 dan sijil penyertaan.
Majlis penyampaian hadiah
akan diadakan di Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Majlis itu akan diadakan pada Baiklah. Kami akan (3)
minggu depan. Puan Chia
sekeluarga dipersilakan hadir
untuk memeriahkan majlis.
SP 1.1.2 TP 1 2 3 4 5 6
MB2
JAWAPAN
TEMA 1: Keluarga Tercinta © Sasbadi Sdn. Bhd.PBD 6
Unit 1 – Unit 3 Membaca
Pulau Pinang kerana pakej pelancongan ke sana lebih
PBD 1 murah. Oleh itu, kami dapat menjimatkan perbelanjaan. Di
Membaca sana, kami berpeluang untuk melihat warisan peninggalan
1. semasa memandu kereta untuk menjamin keselamatan. penjajah kerana banyak terdapat tempat bersejarah. Selain
2. ibu bapa kita untuk meringankan tugas dan itu, kami dapat melihat karya lukisan dinding yang cantik
dan unik di Penang Street Art.
memudahkan kerja.
3. pengetahuan dan pengalaman apabila melawat ke PBD 7
Menulis
tempat-tempat bersejarah. Pada cuti sekolah yang lalu, Hadi sekeluarga pulang ke kampung.
Kebetulan pada masa itu musim buah-buahan. Datuk Hadi
PBD 2 mempunyai dusun yang luas seperti lautan.
Membaca Setibanya di kampung, Hadi disambut dengan tangan
1. Setia Alam terbuka oleh datuk, nenek, dan anggota keluarganya yang
2. bilik lain. Suasana di rumah datuk Hadi sungguh meriah. Mereka
3. buku berbual-bual untuk bertanyakan khabar dan berkongsi pelbagai
4. rak cerita.
5. Puan May Pada waktu petang, Hadi dan sepupu-sepupunya pergi ke
dusun datuk mereka. Pokok buah-buahan di dusun itu berbuah
1. menyediakan rumah yang selesa untuk mereka. dengan lebatnya. Mereka memetik dan mengumpulkan buah-
2. Ibu bapa perlu memupuk minat membaca dalam jiwa buahan yang telah masak untuk dimakan.
Selepas itu, mereka mandi di sungai yang terletak berhampiran
anak-anak sejak mereka kecil lagi. dengan dusun itu. Air di sungai itu sejuk seperti salji. Mereka
3. Kita perlu meluangkan masa bersama-sama dengan mandi-manda dengan riangnya.
keluarga untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. PBD 8
Menulis
PBD 3 1. Januari
Membaca 2. Taman Tema Legoland
1. keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu 3. Johor Bahru
2. mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan 4. kereta
5. tiket
mengembangkan idea baharu dan asli 6. gambar
3. perihal berjaya
4. pertunjukan (hasil seni, buku, dan lain-lain) Mula-mula, mereka pergi ke Taman Tema Air Legoland.
5. kategori atau jenis karya sastera atau seni yang Mereka mandi-manda di situ selama dua jam. Selepas itu,
mereka makan tengah hari di sebuah restoran yang terdapat
dicipta dengan sesuatu gaya, bentuk, atau sesuatu di situ.
kandungan tertentu
6. luar biasa Kemudian, mereka pergi ke taman tema khas yang
disediakan di situ. Mereka pergi ke Lego Kingdom, Land
PBD 4 of Adventure, Lego City, dan Miniland.
Membaca
1. saya 4. kamu Mereka bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pukul
2. Apa 5. dia 6:00 petang. Walaupun penat tetapi Hong Hui berasa
3. itu 6. ini sangat gembira.
1. buatan atau ciptaan PBD 9
2. sesuatu yang dapat dijadikan pedoman Menulis
3. pertolongan 1. Pada pendapat saya, ibu bapa Yazid amat menyokong
4. terlatih untuk mengerjakan sesuatu
5. buah fikiran minat anak mereka dalam sukan yang dia minati.
2. Pada pendapat saya, Yazid dipilih sebagai Tokoh
PBD 5
Membaca Murid di sekolahnya kerana dia cemerlang dalam
Pertandingan Mencari Harta Karun ini kerana saya pelajaran dan aktif dalam bidang sukan.
dapat menyertai pertandingan ini bersama-sama dengan
keluarga saya. Hadiah yang disediakan juga amat menarik,
iaitu pakej pelancongan ke Sabah. Pertandingan ini juga
diadakan pada hujung minggu. Oleh itu, kami dapat
memanfaatkan hujung minggu kami dengan aktiviti yang
berfaedah.
J1
J1
PBD 10 © Sasbadi Sdn. Bhd.yang sepakat akan sentiasa ziarah-menziarahi. Melalui
Menulis amalan ini, kita dapat menunjukkan sikap mengambil
1. anaknya berasa dihargai. berat dan dapat memupuk sikap saling memahami serta
2. dia mempunyai pengetahuan tentang gaya dan intonasi menghormati dalam kalangan jiran.
Kita mestilah memupuk semangat kejiranan untuk
yang betul ketika bercerita. mewujudkan suasana yang harmoni di kawasan kediaman
3. beliau berjaya mendidik anak-anaknya hingga mereka kita.
berjaya dalam pelbagai bidang. PBD 16
Membaca
PBD 11 1. jauh
Menulis 2. erat
1. gotong-royong membersihkan halaman rumah mereka. 3. mesra
2. Aktiviti yang mereka lakukan bukan sahaja menjadikan 4. meriah
5. baik
halaman rumah mereka bersih malahan hubungan
mereka sekeluarga menjadi lebih erat juga. 1. persatuan penduduk di taman perumahan Encik Yap.
3. Selain melakukan aktiviti tersebut, kita boleh beriadah 2. Tujuan jamuan itu diadakan adalah untuk memupuk
dan bercuti bersama-sama dengan keluarga.
semangat kejiranan dan mengeratkan hubungan
PBD 12 antara jiran tetangga.
Menulis 3. Hubungan antara Encik Yap dengan jiran-jirannya
1. Kita perlu melakukan aktiviti bersama-sama dengan sangat erat. Walaupun mereka berlainan kaum dan
agama tetapi mereka saling menghormati dan sepakat
keluarga untuk memupuk semangat kerjasama dan dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang diadakan
untuk mengeratkan hubungan sesama anggota di taman mereka.
keluarga.
2. Sebagai anak, peranan kita terhadap ibu bapa ialah PBD 18
menghormati dan mentaati perintah ibu bapa kita. Membaca
3. Pada pendapat saya, kita perlu membentuk keluarga 1. Harta benda penduduk Kampung Tanjung telah
yang bahagia kerana keluarga bahagia merupakan
tunggak kemajuan negara. dirampas dan rumah mereka telah dimusnahkan oleh
sekumpulan perompak.
TEMA 2: Perpaduan Tunjang Keharmonian 2. Tuk Budin mengumpulkan para pemuda kampung
Unit 4 – Unit 6 untuk mengajak mereka supaya bersatu hati bagi
menewaskan sekumpulan perompak yang menyerang
PBD 13 kampung mereka.
Membaca 3. Pengajaran yang dapat diperoleh daripada cerita ialah
Rumusannya, pelbagai cara untuk memupuk perpaduan jika kita bekerjasama kita dapat menentang musuh
kaum. Antaranya termasuklah dengan mengadakan dengan mudahnya.
aktiviti gotong-royong, kunjung-mengunjungi jiran tetangga
semasa musim perayaan, dan mengadakan sambutan PBD 19
Hari Kebangsaan. Perpaduan kaum wajar dipupuk agar Menulis
masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. 1. di padang.
2. Mereka mendaftarkan nama di meja pendaftaran.
PBD 14 3. Mereka mendengar taklimat ringkas yang disampaikan
Membaca
1. Ayah Khai Boon sedang memeriksa enjin kereta jiran oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bestari.
4. Mereka memulakan larian.
mereka, Encik Farid. 5. Mereka menerima hadiah daripada Pengerusi
2. Encik Farid hendak pergi ke Johor Bahru untuk
Persatuan Penduduk Taman Bestari.
menziarahi kakaknya yang sakit di sana.
3. Ayah Khai Boon seorang yang baik hati. Beliau PBD 20
Menulis
membantu jirannya, Encik Farid membaiki enjin kereta 1. berlangsung
dengan ikhlas hati. 2. menyusun
3. menyediakan
PBD 15 4. berjumpa
Membaca 5. berbual-bual
Semangat kejiranan amat penting dalam hidup
bermasyarakat. Jiran yang sepakat akan mengadakan 1. Jamuan perpaduan
pelbagai aktiviti yang dapat memberikan manfaat kepada 2. Persatuan Penduduk Taman Ceria
mereka seperti aktiviti gotong-royong. 3. Hari Sabtu
Selain itu, majlis rumah terbuka merupakan aktiviti 4. Nasi tomato, nasi ayam, bihun sup, dan kuih-muih.
terbaik yang dapat memupuk semangat kejiranan. Jiran
J2