Jawapan Kertas Model (Tema 1 - 2) 1 Kandungan Pengenalan Format Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas Model (Tema 3 - 4) 2 Kertas Model (Tema 5 - 6) 3 Kertas Model (Tema 7 - 8) 4 Kertas Model (Tema 1 - 8) 5 (ii) 00 KM UASA LING SJKC BM TH4-KANDUNGAN-Venus 3P.indd ii 3/22/23 1:16 PM ©马来亚文化事业有限公司
Pengenalan Format Pengenalan Format Ujian Akhir Sesi Akademik Ujian Akhir Sesi Akademik Peperiksaan UPSR dimansuhkan pada tahun 2021. Selepas pemansuhan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan langkah-langkah untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sebahagian PBS yang berbentuk akademik, antaranya terbahagi kepada Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif. Pentaksiran Formatif: Pentaksiran berterusan sepanjang PdP Pentaksiran Sumatif: Pentaksiran yang dijalankan selepas satu peringkat PdP Antara langkah pemerkasaan PBS termasuklah murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 perlu menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik sebelum tamat sesi persekolahan setiap tahun. Format Pentaksiran Sekolah Rendah: Bahasa Melayu Tahun 4, 5, dan 6 BIL. PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis: Pemahaman dan Penulisan 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP Tatabahasa (3 – 5 soalan) Pemahaman petikan (5 – 7 soalan) (Teks tunggal dan teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRT Tatabahasa dan Pemahaman Petikan (3 – 5 soalan) Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb Penulisan Perenggan (1 soalan) Bahagian D (20 markah): SRTb Penulisan Karangan (1 soalan) 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit 6 Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis Kemahiran Menulis: • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik Format dan Sumber Kertas Pentaksiran: Lembaga Peperiksaan, KPM (iv) 00 KM UASA LING SJKC BM TH4-KANDUNGAN-Venus 3P.indd iv 3/22/23 1:16 PM ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 1 – 1 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 BAHASA MELAYU [011] Satu jam lima belas minit 1. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan. Bahagian A [10 markah] TEMA 1 – 2 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Pak Cik Chan menggunakan ____________ untuk menggali tanah. A cangkul B penyapu C pongkes D pencakar 2 Murid-murid itu sedang menyapu dedaun kering yang ____________ di taman sains. A turun B gugur C datang D terbang Soalan 3 3 Pilih ayat yang betul. A Hazrul dan Seng Kun mengikuti pertandingan nyanyian. B Gauri memimpin rakannya menyelesaikan soalan Matematik. C Mereka membina laluan khas itu untuk golongan orang kurang upaya. D Pak Cik Wong Han meletakkan pakaian yang nipis ketika cuaca panas. Kertas Model 1 5HTH! 2LSHZ! ;HYPRO! 01 KM UASA LING SJKC BM TH4-KM 1-Venus 2LP.indd 1 3/24/23 10:40 AM ©马来亚文化事业有限公司
1 – 2 Kertas Model 1 011 TIP Ayat ini menyatakan bahawa jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan. Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Jantung merupakan antara organ yang paling penting dalam badan manusia. Jantung tidak pernah berhenti berdegup dalam menjalankan fungsinya untuk mengepam darah ke seluruh badan. Untuk memastikan jantung sentiasa sihat, kita mestilah mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan yang diambil haruslah terdiri daripada sayur-sayuran, buah-buahan, dan kekacang. Selain itu, kita mestilah kekal aktif secara fizikal. Aktiviti senaman dapat membantu menguatkan otot jantung, melancarkan peredaran darah, dan mengekalkan berat badan yang sihat. Pengurusan stres yang baik juga penting untuk kesihatan jantung. Hal ini demikian kerana stres yang berlebihan dapat menyebabkan tekanan darah meningkat. 4 Jantung berfungsi untuk A mengurangkan stres. B melancarkan peredaran darah. C memastikan badan kekal sihat. D mengepam darah ke seluruh badan. 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Otot jantung bertambah kuat jika kita stres. B Jantung tidak penting dalam badan manusia. C Sayur-sayuran dan kekacang baik untuk kesihatan jantung. D Aktiviti senaman dapat menyebabkan tekanan darah meningkat. 6 Yang berikut ialah cara-cara menjaga kesihatan jantung kecuali A kekal aktif secara fizikal. B mengurus stres dengan baiknya. C mengamalkan pemakanan yang seimbang. D tidak perlu melakukan sebarang bentuk senaman. 01 KM UASA LING SJKC BM TH4-KM 1-Venus 2LP.indd 2 3/24/23 10:40 AM ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 1 – 3 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. BAHAN 1 TABUNG SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM Wang sumbangan ini digunakan untuk membeli buku-buku dan alatan persekolahan anak-ank yatim Untuk sumbangan: Yayasan Kasih Maybank 1657709543 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Puan Adila Yusof (013-5541103) Tarikh tutup Pengerusi Yayasan Kasih sumbangan adalah pada 5 Mac 2023 Jom berderma untuk membina masa depan anak-anak yatim! BAHAN 2 Yong Wei melihat poster tentang Tabung Sumbangan Anak-anak Yatim di Instagram. Dia segera menunjukkan poster itu kepada ayahnya. “Ayah, lihat poster ini. Bolehkah saya mendermakan wang kepada anak-anak yatim itu?” tanya Yong Wei. “Sudah tentu boleh, Yong Wei. Lagipun, tujuan tabung sumbangan anak-anak yatim ini dianjurkan adalah untuk membeli buku-buku dan alatan persekolahan anak-anak yatim,” kata ayah Yong Wei. “Kalau begitu, saya mahu menyumbangkan wang sebanyak RM20.00,” kata Yong Wei lagi. “Baiklah. Ayah akan membantu kamu memindahkan wang ke dalam akaun bank yang dinyatakan,” kata ayah Yong Wei lagi. 01 KM UASA LING SJKC BM TH4-KM 1-Venus 2LP.indd 3 3/24/23 10:40 AM ©马来亚文化事业有限公司
1 – 4 Kertas Model 1 011 7 Yong Wei melihat poster tentang Tabung Sumbangan Anak-anak Yatim di Instagram. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan yang bergaris di atas ialah A carik. B pucuk. C keping. D naskhah. 8 Tujuan Tabung Sumbangan Anak-anak Yatim dianjurkan adalah untuk A membeli pakaian sekolah anak-anak yatim. B menunjukkan sikap prihatin kepada anak-anak yatim. C menyediakan makanan yang enak untuk anak-anak yatim. D membeli buku-buku dan alatan persekolahan anak-anak yatim. 9 Perkataan berderma dalam Bahan 1 dapat digantikan dengan perkataan A bersedekah. B berbincang. C berkenalan. D bercakap. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Tarikh tutup sumbangan adalah pada 3 Mac 2023. B Ayah Yong Wei mahu memberikan sumbangan sebanyak RM20.00. C Yong Wei melihat poster Tabung Sumbangan Anak-anak Yatim di Facebook. D Individu yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Puan Adila Yusof. TIP Cara menjawab soalan 1. Baca ayat yang diberikan dengan telitinya. 2. Kenal pasti kehendak soalan. Soalan tersebut meminta kamu memilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi perkataan yang bergaris. 01 KM UASA LING SJKC BM TH4-KM 1-Venus 2LP.indd 4 3/24/23 10:40 AM ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 1 – 5 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Bahagian B [10 markah] Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selain keluarga, sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan kita. Kita memerlukan sahabat yang baik. Hal ini demikian kerana sahabat yang baik akan sentiasa membantu kita ketika susah dan senang. Sahabat yang baik juga akan menjaga rahsia kita. Oleh sebab itu, kita dapat berkongsi segala perkara termasuklah rahsia yang kita ada dengan sahabat baik kita. Sahabat yang baik tidak akan sesekali membocorkan rahsia kita kepada orang lain. Di samping itu, sahabat yang baik mempunyai nilai-nilai murni dalam diri. Hal ini penting kerana sahabat yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri akan sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. Dengan demikian, kita akan berhemah tinggi. 1 (a) Sahabat merupakan orang yang paling dengan kita selain keluarga. [1 markah] (b) Mengapakah kita perlu memilih sahabat yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri? [2 markah] TIP Ayat ini menunjukkan sebab kita perlu memilih sahabat yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri. 01 KM UASA LING SJKC BM TH4-KM 1-Venus 2LP.indd 5 3/24/23 10:40 AM ©马来亚文化事业有限公司
1 – 6 Kertas Model 1 011 (c) Gariskan kata ganti nama yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Hal ini demikian kerana sahabat yang baik akan sentiasa membantu kita ketika susah dan senang. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Sahabat yang baik tidak akan sesekali membocorkan rahsia kita kepada orang lain. Rahsia kita tidak akan sesekali dibocorkan oleh sahabat yang baik kepada orang lain. Rahsia orang lain tidak akan sesekali dibocorkan oleh kita dan sahabat kita yang baik. [1 markah] TIP Cara menjawab soalan 1. Fahami ayat yang diberikan dengan telitinya. 2. Kenal pasti ayat yang membawa maksud yang sama dengan ayat yang diberikan. 01 KM UASA LING SJKC BM TH4-KM 1-Venus 2LP.indd 6 3/24/23 10:40 AM ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 1 – 7 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2 Kamu membantu ibu kamu mencabut rumput yang tumbuh di dalam pasu bunga. Semasa hendak mencabut rumput tersebut, kamu ternampak jentik-jentik di dalam air yang bertakung di dalam alas pasu bunga itu. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan. [5 markah] TIP Cara menjawab soalan 1. Baca dan fahami situasi yang diberikan. 2. Soalan tersebut meminta kamu memberikan pendapat berdasarkan situasi yang diberikan. 01 KM UASA LING SJKC BM TH4-KM 1-Venus 2LP.indd 7 3/24/23 10:40 AM ©马来亚文化事业有限公司
1 – 8 Kertas Model 1 011 Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah ini menunjukkan persiapan semasa Program Hari Mesra Penduduk Taman Prima. Tulis pendapat kamu tentang faedah-faedah daripada aktiviti yang dijalankan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. TIP Cara menjawab soalan 1. Baca dan fahami arahan soalan. 2. Kenal pasti kata kunci dalam arahan soalan. 3. Berdasarkan arahan soalan tersebut, kamu perlu menulis pendapat tentang faedah-faedah daripada Program Hari Mesra Penduduk Taman Prima. 01 KM UASA LING SJKC BM TH4-KM 1-Venus 2LP.indd 8 3/24/23 10:40 AM ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 1 – 9 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 [10 markah] 01 KM UASA LING SJKC BM TH4-KM 1-Venus 2LP.indd 9 3/24/23 10:40 AM ©马来亚文化事业有限公司
1 – 10 Kertas Model 1 011 Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KELAS 01 KM UASA LING SJKC BM TH4-KM 1-Venus 2LP.indd 10 3/24/23 10:40 AM ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 1 – 11 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 01 KM UASA LING SJKC BM TH4-KM 1-Venus 2LP.indd 11 3/24/23 10:40 AM ©马来亚文化事业有限公司
1 – 12 Kertas Model 1 011 [20 markah] 01 KM UASA LING SJKC BM TH4-KM 1-Venus 2LP.indd 12 3/24/23 10:40 AM ©马来亚文化事业有限公司
Jawapan © The Malaya Press Sdn. Bhd. J1 KERTAS MODEL UASA LINGKARAN ILMU Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan KERTAS MODEL 1 Bahagian A 1 A cangkul – alat untuk memecahkan tanah dan menggali tanah 2 B gugur – luruh atau jatuh 3 C ayat yang betul A ayat yang betul: Hazrul dan Seng Kun menyertai pertandingan nyanyian. B ayat yang betul: Gauri membimbing rakannya menyelesaikan soalan Matematik. D ayat yang betul: Pak Cik Wong Han mengenakan pakaian yang nipis ketika cuaca panas. 4 D jawapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris ketiga petikan 5 C jawapan dapat ditemukan pada perenggan kedua baris ketiga petikan 6 D jawapan tidak dapat ditemukan dalam petikan 7 C keping – penjodoh bilangan yang digunakan untuk benda yang nipis dan luas 8 D jawapan dapat ditemukan pada Bahan 2, perenggan ketiga baris kedua petikan 9 A soal an tersebut berbentuk KBAT – maksud kata berderma ialah bersedekah 10 D jawapan dapat ditemukan pada Bahan 1 Bahagian B 1 (a) rapat (b) Kita perlu memilih sahabat yang mempunyai nilainilai murni dalam diri kerana mereka akan sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. (c) Hal ini demikian kerana sahabat yang baik akan sentiasa membantu kita ketika susah dan senang. (d) Rahsia kita tidak akan sesekali dibocorkan oleh sahabat yang baik kepada orang lain. ✓ Rahsia orang lain tidak akan sesekali dibocorkan oleh kita dan sahabat kita yang baik. 2 Saya akan memberitahu ibu bapa saya tentang perkara itu. Selain itu, saya akan membuang air yang bertakung di dalam alas pasu itu supaya jentik-jentik dapat dihapuskan. Di samping itu, kami sekeluarga akan bergotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. [38 patah perkataan] Bahagian C Pada pendapat saya, program yang dijalankan dapat mengeratkan hubungan antara penduduk. Hal ini demikian kerana para penduduk dapat saling berbual dengan mesranya. Selain itu, program ini dapat memupuk perpaduan antara penduduk berbilang bangsa. Dengan itu, kawasan perumahan kekal harmoni. Amalan murni seperti hormatmenghormati dapat dipupuk juga di samping menggalakkan sikap bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. [50 patah perkataan] Bahagian D Karangan Berformat (Catatan) Rangka Karangan Pendahuluan 9:00 pagi – hari minggu – sekolah – mengadakan gotongroyong membersihkan kelas – membawa peralatan yang diperlukan Isi-isi Penting (a) 9:15 pagi – membahagikan tugas – memadam papan tulis – membersihkan tingkap (b) 10:00 pagi – menjalankan tugas dengan tekunnya – membersihkan tingkap kelas – menggunakan sehelai kain dan cecair pencuci – berhati-hati (c) 10:30 pagi – bekerjasama – saling membantu – meletakkan pewangi di dalam kelas – berbau wangi dan segar (d) 11:00 pagi – kerja-kerja pembersihan kelas – selesai – memberikan pujian – melaksanakan tugas dengan baik sekali – kagum melihat semangat kerjasama Penutup 11:10 pagi – memesan makanan – perkhidmatan penghantaran makanan – menghargai usaha kami membersihkan kelas – sangat gembira – mengucapkan terima kasih 9:00 pagi Hari ini hari minggu. Sekolah saya mengadakan gotongroyong membersihkan kelas. Saya dan kawan-kawan Tahun Empat Alamanda membawa peralatan yang diperlukan untuk membersihkan kelas. 9:15 pagi Kami membahagikan tugas. Saya bertugas untuk memadam papan tulis. Kemudian, saya bertugas untuk membersihkan tingkap bersama-sama dengan kawan baik saya, Chee Meng. 10:00 pagi Saya dan rakan-rakan menjalankan tugas dengan tekunnya. Saya dan Chee Meng membersihkan tingkap kelas dengan menggunakan sehelai kain dan cecair pencuci. Kami menjalankan tugas tersebut dengan berhati-hati. 10:30 pagi Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing. Kami saling membantu apabila diperlukan. Kami juga meletakkan 06 KM UASA LI SJKC BM THN4-JAWAPAN-Venus 1LP.indd 1 3/24/23 10:56 AM ©马来亚文化事业有限公司
J2 pewangi di dalam kelas supaya kelas kami berbau wangi dan segar selalu. 11:00 pagi Akhirnya, kerja-kerja pembersihan kelas selesai. Cikgu Hong memberikan pujian kepada kami kerana dapat melaksanakan tugas dengan baik sekali. Beliau juga kagum apabila melihat semangat kerjasama kami. 11:10 pagi Cikgu Hong memesan makanan melalui perkhidmatan penghantaran makanan sebagai menghargai usaha kami membersihkan kelas. Kami berasa sangat gembira. Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau. Karangan Tidak Berformat (Keperihalan) Rangka Karangan Pendahuluan hari minggu – sekolah – mengadakan gotong-royong membersihkan kelas – membawa peralatan yang diperlukan Isi-isi Penting (a) membahagikan tugas – memadam papan tulis – membersihkan tingkap (b) menjalankan tugas dengan tekunnya – membersihkan tingkap kelas – menggunakan sehelai kain dan cecair pencuci – berhati-hati (c) bekerjasama – saling membantu – meletakkan pewangi di dalam kelas – berbau wangi dan segar (d) kerja-kerja pembersihan kelas – selesai – memberikan pujian – melaksanakan tugas dengan baik sekali – kagum melihat semangat kerjasama Penutup memesan makanan – perkhidmatan penghantaran makanan – membeli nasi ayam dan air sirap – menghargai usaha kami membersihkan kelas – sangat gembira – mengucapkan terima kasih Hari ini hari minggu. Sekolah saya mengadakan gotongroyong membersihkan kelas. Saya dan kawan-kawan Tahun Empat Alamanda membawa peralatan yang diperlukan untuk membersihkan kelas. Mula-mula, kami membahagikan tugas. Saya bertugas untuk memadam papan tulis. Kemudian, saya bertugas untuk membersihkan tingkap bersama-sama dengan kawan baik saya, Chee Meng. Saya dan rakan-rakan menjalankan tugas dengan tekunnya. Saya dan Chee Meng membersihkan tingkap kelas dengan menggunakan sehelai kain dan cecair pencuci. Kami menjalankan tugas tersebut dengan berhati-hati. Saya dan rakan-rakan bekerjasama bagai aur dengan tebing. Kami saling membantu apabila diperlukan. Kami juga meletakkan pewangi di dalam kelas supaya kelas kami berbau wangi dan segar selalu. Akhirnya, kerja-kerja pembersihan kelas telah selesai. Cikgu Hong memberikan pujian kepada kami kerana dapat melaksanakan tugas dengan baik sekali. Beliau juga kagum apabila melihat semangat kerjasama kami. Sebelum pulang, Cikgu Hong memesan makanan melalui perkhidmatan penghantaran makanan sebagai menghargai usaha kami membersihkan kelas. Kami berasa sangat gembira. Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau. KERTAS MODEL 2 Bahagian A 1 C merd u – enak atau sedap didengar 2 D supaya – kata hubung yang menerangkan tujuan 3 A ayat yang betul B ayat yang betul: Lina menyimpan alat mainannya di dalam laci. C ayat yang betul: Wakid digunakan oleh golongan petani secara turun-temurun. D ayat yang betul: Inspektor Lim menyampaikan taklimat tentang keselamatan jalan raya. 4 D jawapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris pertama petikan 5 A jawapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris kelapan petikan 6 B jawapan tidak dapat ditemukan dalam petikan 7 D jawapan dapat ditemukan pada Bahan 1, perenggan pertama baris kedua petikan 8 D bidang – penjodoh bilangan yang digunakan untuk benda yang luas, lebar, dan rata 9 B soalan tersebut berbentuk KBAT – maksud kata pameran ialah pertunjukan 10 C jawapan dapat ditemukan pada Bahan 2 Bahagian B 1 (a) putus (b) Ibu Fei Fei berpesan kepada Fei Fei supaya tidak berbual dengan orang yang tidak dikenali. (c) Lagipun, Fei Fei berasa risau akan keselamatannya jika mengikut lelaki itu. (d) Lantaran itu, pelawaan Fei Fei dengan sopannya ditolak oleh lelaki itu. Lantaran itu, Fei Fei menolak pelawaan lelaki itu dengan sopannya. ✓ 2 Untuk memperkenalkan tarian-tarian tradisional kepada generasi kini, pihak yang bertanggungjawab boleh menganjurkan persembahan tarian tradisional di setiap negeri. Murid-murid perlu diberikan pendedahan tentang tarian tradisional melalui pembelajaran di dalam kelas. Pihak media pula boleh menyiarkan dokumentari tentang tarian tradisional di televisyen. [38 patah perkataan] Bahagian C Pada pendapat saya, kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh kecuaian pemandu kenderaan seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Selain itu, kemalangan jalan raya berpunca daripada keadaan 06 KM UASA LI SJKC BM THN4-JAWAPAN-Venus 1LP.indd 2 3/24/23 10:56 AM ©马来亚文化事业有限公司