The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jumlah halaman: 72
Harga: RM6.50 (WM) / RM6.90 (EM)
- Ditulis berdasarkan format Pentaksiran Ujian Akhir Sesi Akademik mulai 2022/2023
- Boleh digunakan sebagai penilaian bilik darjah sumatif (PBD Sumatif)
- 4 set kertas model yang ditulis mengikut urutan tema buku teks
- 1 set kertas model merangkumi semua tema buku teks
- Setiap kertas model boleh dileraikan dan digunakan secara berasingan
- Bimbingan dan tip menjawab soalan disediakan
- Jawapan lengkap disertai ulasan dilampirkan
- Merangkumi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-THINK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Daya, 2024-02-26 03:03:05

Kertas Model UASA Mantap Bahasa Melayu SJKC Tahun 4

Jumlah halaman: 72
Harga: RM6.50 (WM) / RM6.90 (EM)
- Ditulis berdasarkan format Pentaksiran Ujian Akhir Sesi Akademik mulai 2022/2023
- Boleh digunakan sebagai penilaian bilik darjah sumatif (PBD Sumatif)
- 4 set kertas model yang ditulis mengikut urutan tema buku teks
- 1 set kertas model merangkumi semua tema buku teks
- Setiap kertas model boleh dileraikan dan digunakan secara berasingan
- Bimbingan dan tip menjawab soalan disediakan
- Jawapan lengkap disertai ulasan dilampirkan
- Merangkumi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-THINK

Keywords: Bahasa Melayu,Tahun 4,Kertas Model,UASA,Sumatif

Kandungan Kertas Model 1 Tema 1 - 2 Jawapan Pengenalan Format Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas Model 3 Tema 5 - 6 Kertas Model 2 Tema 3 - 4 Kertas Model 4 Tema 7 - 8 Kertas Model 5 Tema 1 - 8 (ii) ©马来亚文化事业有限公司


Peperiksaan UPSR dimansuhkan pada tahun 2021. Selepas pemansuhan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan langkah-langkah untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sebahagian PBS yang berbentuk akademik, antaranya terbahagi kepada Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif. Pentaksiran Formatif: Pentaksiran berterusan sepanjang PdP Pentaksiran Sumatif: Pentaksiran yang dijalankan selepas satu peringkat PdP Antara langkah pemerkasaan PBS termasuklah murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 perlu menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik sebelum tamat sesi persekolahan setiap tahun. Format Pentaksiran Sekolah Rendah: Bahasa Melayu Tahun 4, 5, dan 6 BIL. PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis: Pemahaman dan Penulisan 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP Tatabahasa (3 – 5 soalan) Pemahaman petikan (5 – 7 soalan) (Teks tunggal dan teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRT Tatabahasa dan Pemahaman Petikan (3 – 5 soalan) Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb Penulisan Perenggan (1 soalan) Bahagian D (20 markah): SRTb Penulisan Karangan (1 soalan) 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit 6 Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis Kemahiran Menulis: • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik Format dan Sumber Kertas Pentaksiran: Lembaga Peperiksaan, KPM Pengenalan Format Ujian Akhir Sesi Akademik (iv) ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 1 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan BAHASA MELAYU [011] Satu jam lima belas minit 1. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan. Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Tanya Putera Hassanal kepada Bendahara, “Bendahara, di manakah ayahanda berada sekarang?” A aku B beta C patik D hamba 2 Pokok-pokok mangga yang ditanam oleh ayah hidup dengan suburnya dan berbuah . A lebat B tebal C rapat D penuh Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Adik sedang menggesek kasut sekolah di bilik air. B Encik Ali membersihkan longkang yang terganggu itu. C Datuk membawa sebidang jala dan selaras joran menuju ke sungai. D Pak Cik Chong dan isterinya akan bersenam di taman itu pada setiap hari. Cara menjawab soalan Teliti penggunaan kata ganti nama diri yang paling sesuai berdasarkan konteks ayat yang diberikan. TIP Nama: Kelas: Tarikh: TEMA 1 – 2 Kertas Model 1 ©马来亚文化事业有限公司


1 – 2 Kertas Model 1 011 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Puan Azlin suka berjoging. Beliau sering berjoging pada waktu petang. Joging merupakan aktiviti senaman mudah secara lari perlahan-lahan. Joging banyak manfaatnya kepada tubuh badan. Dengan berjoging, Puan Azlin dapat menurunkan berat badan. Ketika berjoging, badan Puan Azlin akan berpeluh dan kalori akan terbakar. Berjoging juga dapat membantu untuk mengelakkan kerosakan otot dan tulang Puan Azlin. Malah, berjoging dapat menguatkan otot jantung Puan Azlin. Selain itu, semasa berjoging, badan akan mengeluarkan hormon endorfin yang dapat meredakan ketegangan. Oleh itu, Puan Azlin dapat mengurangkan tekanan semasa bekerja. 4 Puan Azlin berjoging A dengan berlari laju. B pada waktu petang. C kerana beliau mengalami tekanan. D untuk menyembuhkan sakit tulang. 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Berjoging dapat menguatkan otak. B Kalori akan terbakar semasa berjoging. C Hormon endorfin dapat menguatkan otot jantung. D Puan Azlin mempunyai berat badan yang berlebihan. 6 Yang berikut ialah kebaikan joging berdasarkan petikan kecuali A dapat mengeluarkan peluh. B dapat menurunkan berat badan. C dapat mengurangkan ketegangan. D dapat merosakkan otot dan tulang. Ayat ini menunjukkan bahawa Puan Azlin berjoging pada waktu petang. TIP ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 3 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. BAHAN 1 “Ayah, apakah yang dilakukan oleh pekerja-pekerja itu?” tanya Suzi. “Mereka membina laluan pejalan kaki khas untuk orang kurang upaya. Tujuannya untuk memudahkan pergerakan orang kurang upaya terutamanya orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda,” kata Encik Shamsul dengan panjang lebarnya. “Bagaimanakah laluan itu dapat memudahkan orang kurang upaya, ayah?” tanya Suzi lagi. “Laluan khas itu tidak mempunyai anak tangga dan ada besi pemegang di sepanjang laluan itu. Jadi, orang kurang upaya dapat berjalan dengan mudahnya tanpa perlu bersesaksesak dengan orang yang normal. Orang yang berkerusi roda juga dapat menggunakan laluan ini dengan lebih selamat,” kata Encik Shamsul. BAHAN 2 Tempat letak kenderaan disediakan supaya orang kurang upaya dapat meletak kenderaan dengan lebih selamat dan selesa. Laluan khas orang kurang upaya disediakan supaya dapat memudahkan pergerakan orang kurang upaya. Tandas awam orang kurang upaya disediakan supaya orang kurang upaya dapat bergerak dengan bebasnya dan lebih selesa. KEMUDAHAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA ©马来亚文化事业有限公司


1 – 4 Kertas Model 1 011 7 Pekera-pekerja itu membina A tempat letak kenderaan. B tandas awam orang kurang upaya. C besi pemegang di sepanjang laluan. D laluan pejalan kaki khas untuk orang kurang upaya. 8 Tujuannya untuk memudahkan pergerakan orang kurang upaya terutamanya orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris dalam ayat di atas ialah A biji. B buah. C bentuk. D pasang. 9 Perkataan memudahkan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A melicinkan. B melancarkan. C menyenangkan. D mengutamakan. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Suzi mahu menggunakan laluan pejalan kaki itu. B Encik Shamsul sedang membina laluan pejalan kaki. C Laluan pejalan kaki itu tidak mempunyai besi pemegang. D Laluan pejalan kaki itu dapat digunakan oleh orang yang berkerusi roda. Cara menjawab soalan 1. Baca ayat yang diberikan dengan telitinya. 2. Kenal pasti kehendak soalan. Soalan tersebut meminta kamu memilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi perkataan yang bergaris. TIP ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 5 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Bahagian B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kampung Mulia telah dilanda ribut. Rumah Pak Jali mengalami kerosakan akibat ditimpa pokok yang tumbang. Beberapa keping atap rumah Pak Jali juga telah diterbangkan angin. Pak Jali berasa sungguh sedih. Ketua kampung menziarahi Pak Jali dan keluarganya. Beliau melihat keadaan rumah Pak Jali yang rosak. Beliau bermesyuarat dengan anggota jawatankuasa keselamatan kampung. Mereka telah bersetuju untuk membantu membaiki rumah Pak Jali secara gotong-royong. Keesokan harinya, penduduk kampung datang ke rumah Pak Jali. Mereka bekerjasama untuk membina semula bahagian rumah Pak Jali yang rosak. Mereka juga membersihkan halaman rumah Pak Jali yang dipenuhi daun yang gugur. Pak Jali berasa sungguh terharu atas bantuan dan keprihatinan ketua kampung dan penduduk yang lain. Pak Jali mengucapkan terima kasih kepada mereka. 1 (a) Rumah Pak Jali mengalami akibat ditimpa pokok yang tumbang. [1 markah] (b) Mengapakah ketua kampung menziarahi Pak Jali dan keluarganya? Ketua kampung menziarahi Pak Jali dan keluarganya untuk [2 markah] Ayat ini menunjukkan bahawa rumah Pak Jali mengalami kerosakan akibat ditimpa pokok yang tumbang. TIP ©马来亚文化事业有限公司


1 – 6 Kertas Model 1 011 (c) Bulatkan penjodoh bilangan yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Beberapa keping atap rumah Pak Jali juga telah diterbangkan angin. [1 markah] (d) Pilih dan tulis (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Mereka juga membersihkan halaman rumah Pak Jali yang dipenuhi daun yang gugur. Halaman rumah Pak Jali yang dipenuhi daun yang gugur dibersihkan oleh mereka juga. Daun yang gugur di halaman rumah mereka dibersihkan oleh Pak Jali. [1 markah] Cara menjawab soalan 1. Fahami ayat yang diberikan dengan telitinya. 2. Kenal pasti ayat yang membawa maksud yang sama dengan ayat yang diberikan. TIP ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 7 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu melihat seorang lelaki buta hendak melintas jalan. Lelaki buta itu membawa tongkat. Malangnya, tiada lintasan belang di kawasan itu. 2 Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang perlu kamu lakukan? Berdasarkan situasi di atas, saya akan memimpin lelaki buta itu [5 markah] Cara menjawab soalan 1. Baca dan fahami situasi yang diberikan. 2. Soalan tersebut meminta kamu memberikan pendapat berdasarkan situasi yang diberikan. TIP ©马来亚文化事业有限公司


1 – 8 Kertas Model 1 011 Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah ini menunjukkan aktiviti sebuah taman perumahan. Tulis pendapat kamu tentang manfaat aktiviti tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Saling mengenali dan beramah mesra Hubungan kekeluargaan lebih baik Bergembira dan memenangi hadiah Cara menjawab soalan 1. Baca dan fahami arahan soalan. 2. Kenal pasti kata kunci dalam arahan soalan. 3. Berdasarkan arahan soalan tersebut, kamu perlu menulis pendapat tentang manfaat yang dapat diperoleh daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. TIP ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 9 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Pada pendapat saya, aktiviti ini banyak manfaatnya. Antaranya, penduduk dapat saling mengenali dan (1) . Hubungan antara penduduk menjadi lebih rapat. Di samping itu, (2) . kerana anggota keluarga saling bekerjasama untuk memenangi sesuatu acara. Selain itu, kanak-kanak pula dapat (3) . Mereka juga dapat memenangi hadiah yang disediakan. [10 markah] ©马来亚文化事业有限公司


1 – 10 Kertas Model 1 011 Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. AKTIVITI PADA WAKTU PETANG ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 11 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 (1) 7 Februari 2024. Ke hadapan sahabatku, (2) . Saya berharap semoga saudari sihat sentiasa. Saya di sini juga sihat. Saudari, Dalam surat kali ini, saya ingin bercerita tentang aktiviti saya dan kawan-kawan saya pada waktu petang pada hujung minggu. Kawan-kawan saya juga merupakan jiran-jiran saya. Kebiasaannya, kami (3) . Kawan-kawan lelaki saya akan bermain (4) . Ada juga kawan-kawan saya yang lebih suka membaca buku cerita sambil duduk di pondok. Saya pula akan (5) . Kadang-kadang, saya juga akan (6) ©马来亚文化事业有限公司


1 – 12 Kertas Model 1 011 apabila kawan-kawan bersorak untuk memberikan sokongan kepada kami yang sedang bermain. Hubungan persahabatan kami sungguh erat. Walaupun bangsa kami berbeza, namun (7) . Baiklah, sampai di sini dahulu coretan saya pada kali ini. (8) . Sekian. Yang benar, Amni Suraya [20 markah] ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) J1 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 4 KSSR Semakan KERTAS MODEL 1 Bahagian A 1 B beta – kata ganti nama diri pertama yang digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat 2 A lebat – banyak dan rapat tumbuhnya 3 D ayat yang betul A ayat yang betul: Adik sedang membasuh kasut sekolah di bilik air. B ayat yang betul: Encik Ali membersihkan longkang yang tersumbat itu. C ayat yang betul: Datuk membawa serawan jalan dan sebatang joran menuju ke sungai. 4 B ja wapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris pertama petikan 5 B jawapan dapat ditemukan pada perenggan kedua baris ketiga petikan 6 D jawapan tidak dapat ditemukan dalam petikan 7 D jawapan dapat ditemukan pada Bahan 1, perenggan kedua baris pertama petikan 8 B buah – penjodoh bilangan buah digunakan untuk benda-benda besar dan padu, tidak tentu bentuk dan jenisnya 9 C jawapan tersebut berbentuk KBAT – maksud perkataan memudahkan ialah menyenangkan 10 D jawapan dapat ditemukan pada Bahan 1, perenggan kedua baris ketiga petikan Bahagian B 1 (a) kerosakan (b) melihat keadaan rumah Pak Jali yang rosak. (c) Beberapa keping atap rumah Pak Jali juga telah diterbangkan angin. (d) Halaman rumah Pak Jali yang dipenuhi daun yang gugur dibersihkan oleh mereka juga. BETUL Daun yang gugur di halaman rumah mereka dibersihkan oleh Pak Jali. 2 melintas jalan raya. Saya akan melihat ke kanan, ke kiri, dan ke kanan semula sebelum melintas jalan raya bersama-sama dengan lelaki buta itu. Setelah melintas jalan raya, saya akan memastikan lelaki buta itu berada jauh dari jalan raya sebelum meninggalkannya untuk menuju ke destinasi masing-masing. Bahagian C 1 beramah mesra terutamanya penduduk yang baharu berpindah ke kawasan itu 2 hubungan kekeluargaan juga menjadi lebih baik 3 bergembira dengan menyertai acara yang diadakan Bahagian D Karangan Berformat (Surat Tak Rasmi) 1 Amni Suraya binti Amin, 8, Jalan Permata Budi 2, Taman Permata Budi, 59200 Kuala Lumpur. 2 Saudari Eileen Chua di Sarawak 3 akan berkumpul di padang permainan di sebelah rumah saya 4 bola sepak. Ada juga yang bermain badminton 5 duduk berbual-bual dengan kawan-kawan perempuan. Selalunya, kami akan berbual-bual tentang aktiviti di sekolah kami 6 bermain badminton dengan kawan-kawan. Suasana sungguh ceria dan meriah 7 semangat muhibah kami sentiasa mekar dalam hati. Kami sentiasa berharap semoga semangat muhibah dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan kami 8 Saya berharap agar saudari dapat membalas surat saya ini untuk menceritakan kisah saudari pula Karangan Tidak Berformat (Keperihalan) Rangka Karangan Pendahuluan waktu petang – hujung minggu – melakukan pelbagai aktiviti – dengan kawan-kawan – jiran-jiran juga Isi-isi Penting (a) saya dan kawan-kawan saya – berkumpul di padang permainan – di sebelah rumah saya – kawan-kawan lelaki – bermain bola sepak – bermain badminton – lebih suka membaca buku cerita – duduk di pondok (b) duduk berbual-bual – kawan-kawan perempuan – tentang aktiviti di sekolah kami – tidak belajar di sekolah yang sama – saling bertukar cerita (c) kadang-kadang – bermain badminton dengan kawan-kawan – suasana – ceria dan meriah – kawankawan bersorak – memberikan sokongan – sedang bermain Penutup hubungan persahabatan – erat – bangsa – berbeza – semangat muhibah – mekar dalam hati – berharap – semangat muhibah – mengekalkan perpaduan – kalangan kami Pada waktu petang pada hujung minggu, saya akan melakukan pelbagai aktiviti dengan kawan-kawan saya. Mereka merupakan jiran-jiran saya juga. Jawapan ©马来亚文化事业有限公司


J2 Kebiasaannya, saya dan kawan-kawan saya akan berkumpul di padang permainan di sebelah rumah saya. Kawan-kawan lelaki saya akan bermain bola sepak. Ada juga yang berm ain badminton. Ada juga kawan-kawan saya yang lebih suka membaca buku cerita sambil duduk di pondok. Saya pula akan duduk berbual-bual dengan kawa nkawan perempuan. Selalunya, kami akan berbual-bual tentang aktiviti di sekolah kami. Ada antara kami yang tidak belajar di sekolah yang sama. Oleh itu, kami akan saling bertukar cerita. Kadang-kadang, saya juga akan bermain badminton dengan kawan -kawan. Suasana sungguh ceria dan meriah apabila kawan-kawan bersorak untuk memberikan sokongan kepada kami yang sedang bermain. Hubungan persahabatan kami sungguh erat. Walaupun bangsa kami berbeza, namun semangat muhibah kami sentiasamekar dalam hati. Kami sentiasa berharap semoga semangat muhibah dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan kami. KERTAS MODEL 2 Bahagian A 1 B halus – kelihatan elok dan rapi 2 C supaya – kata hubung yang paling menepati konteks ayat 3 B ayat yang betul A ayat yang betul: Ayah bangun lalu menuju ke beranda rumah. C ayat yang betul: Cheong menggilap basikal baharunya supaya/agar berkilat. D ayat yang betul: Zaki dan adiknya pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. 4 D jawapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris akhir petikan 5 B jawapan dapat ditemukan pada perenggan kedua baris pertama petikan 6 A jawapan tidak dapat ditemukan dalam petikan 7 A jawapan dapat ditemukan pada Bahan 1, baris kedua petikan 8 D pasang – penjodoh bilangan pasang digunakan untuk benda-benda yang berpasangan 9 A jawapan tersebut berbentuk KBAT – maksud perkataan menakjubkan ialah mengagumkan 10 D jawapan dapat ditemukan pada Bahan 1, baris kedua akhir petikan Bahagian B 1 (a) adat makan (b) makan secara duduk bersimpuh bagi orang perempuan manakala orang lelaki pula makan secara duduk bersila. (c) Banyak maklumat yang kita dapat daripada video tentang adat makan masyarakat di negara kita ini. (d) Chong berasa bangga akan video dan maklumat yang dipaparkan tersebut. Chong berasa kagum akan maklumat yang dipaparkan dalam video tersebut. BETUL 2 perbuatan adik saya itu. Saya akan memadamkan kertas-kertas yang dibakar itu dengan air. Saya akan menegur sikapnya yang membakar kertas-kertas itu secara terbuka. Saya akan menasihatinya bahawa perbuatannya itu boleh mendatangkan kecederaan kepada dirinya. Saya juga akan menyimpan pemetik api itu di tempat yang tidak dapat dicapainya. Bahagian C 1 oleh ibu bapa atau orang dewasa untuk mengelakkan sebarang kecederaan 2 alat permainan dengan cara yang betul 3 pakaian yang sesuai ketika bermain di taman permainan supaya mereka tidak mengalami kecederaan Bahagian D Karangan Tidak Berformat (Cerita) Ketika mereka sampai di sana, sudah banyak pengunjung yang membanjiri tempat itu. Mereka masuk ke dalam dewan besar yang menempatkan pelbagai pameran kesenian dan kebudayaan. Reruai pertama yang dikunjungi oleh mereka ialah reruai pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia. Mereka dapat melihat pakaian kaum Melayu, Cina, dan India yang sungguh cantik. Kemudian, mereka mengunjungi reruai alat-alat muzik tradisional. Mereka dapat menyaksikan persembahan seorang pemuda Cina yang bermain erhu ketika itu. Mereka berasa terpukau apabila mendengar bunyi alat muzik itu yang sungguh merdu. Selepas itu, mereka berkunjung pula ke reruai kraf tangan dan kesenian. Ada labu sayung, ukiran kayu, dan kaligrafi Cina. Mereka berkesempatan melihat seorang lelaki menghasilkan kaligrafi Cina yang sungguh halus dan berseni. Sebelum pulang, mereka sempat menjamu selera dengan makanan tradisional di gerai di luar dewan tersebut. Adam makan yong tau fu yang amat digemarinya. Chong pula makan roti canai mamak manakala Rajesh makan nasi lemak. Mereka menikmati makanan mereka dengan penuh berselera. Bahagian D Karangan Berformat (Dialog) Rangka Karangan Pendahuluan minggu lepas – pergi ke – Karnival Kesenian dan Kebudayaan – di bandar – menaiki bas Isi-isi Penting (a) turut mengunjungi – keluarga – pameran – sungguh menarik – meriah ©马来亚文化事业有限公司


Click to View FlipBook Version