The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jumlah halaman: 72
Harga: RM6.50 (WM) / RM6.90 (EM)
- Ditulis berdasarkan format Pentaksiran Ujian Akhir Sesi Akademik mulai 2022/2023
- Boleh digunakan sebagai penilaian bilik darjah sumatif (PBD Sumatif)
- 4 set kertas model yang ditulis mengikut urutan tema buku teks
- 1 set kertas model merangkumi semua tema buku teks
- Setiap kertas model boleh dileraikan dan digunakan secara berasingan
- Bimbingan dan tip menjawab soalan disediakan
- Jawapan lengkap disertai ulasan dilampirkan
- Merangkumi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-THINK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Daya, 2024-02-26 03:44:46

Kertas Model UASA Mantap Bahasa Melayu SJKC Tahun 6

Jumlah halaman: 72
Harga: RM6.50 (WM) / RM6.90 (EM)
- Ditulis berdasarkan format Pentaksiran Ujian Akhir Sesi Akademik mulai 2022/2023
- Boleh digunakan sebagai penilaian bilik darjah sumatif (PBD Sumatif)
- 4 set kertas model yang ditulis mengikut urutan tema buku teks
- 1 set kertas model merangkumi semua tema buku teks
- Setiap kertas model boleh dileraikan dan digunakan secara berasingan
- Bimbingan dan tip menjawab soalan disediakan
- Jawapan lengkap disertai ulasan dilampirkan
- Merangkumi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-THINK

Keywords: Bahasa Melayu,Tahun 6,Kertas Model,UASA,Sumatif

Kandungan Kertas Model 1 Tema 1 - 2 Jawapan Pengenalan Format Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas Model 3 Tema 5 - 6 Kertas Model 2 Tema 3 - 4 Kertas Model 4 Tema 7 - 8 Kertas Model 5 Tema 1 - 8 (ii) ©马来亚文化事业有限公司


Peperiksaan UPSR dimansuhkan pada tahun 2021. Selepas pemansuhan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan langkah-langkah untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sebahagian PBS yang berbentuk akademik, antaranya terbahagi kepada Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif. Pentaksiran Formatif: Pentaksiran berterusan sepanjang PdP Pentaksiran Sumatif: Pentaksiran yang dijalankan selepas satu peringkat PdP Antara langkah pemerkasaan PBS termasuklah murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 perlu menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik sebelum tamat sesi persekolahan setiap tahun. Format Pentaksiran Sekolah Rendah: Bahasa Melayu Tahun 4, 5, dan 6 BIL. PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis: Pemahaman dan Penulisan 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP Tatabahasa (3 – 5 soalan) Pemahaman petikan (5 – 7 soalan) (Teks tunggal dan teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRT Tatabahasa dan Pemahaman Petikan (3 – 5 soalan) Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb Penulisan Perenggan (1 soalan) Bahagian D (20 markah): SRTb Penulisan Karangan (1 soalan) 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit 6 Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis Kemahiran Menulis: • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik Format dan Sumber Kertas Pentaksiran: Lembaga Peperiksaan, KPM Pengenalan Format Ujian Akhir Sesi Akademik (iv) ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 1 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 6 KSSR Semakan Cara menjawab soalan Teliti penggunaan penjodoh bilangan yang paling sesuai berdasarkan konteks ayat yang diberikan. TIP 011 Kertas Model 1 Nama: Kelas: Tarikh: TEMA 1 – 2 Kertas Model 1 BAHASA MELAYU [011] Satu jam lima belas minit 1. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan. Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Ayah membina se sangkar burung yang baharu untuk burung-burung merpati yang baru dibelinya. A ekor B buah C pintu D papan 2 Pihak sekolah telah kakak Darshita sebagai duta sekolah pada peringkat negeri. A menjaga B meminta C melantik D menyuruh Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Davina membasuh biliknya supaya tidak berhabuk. B Kakak memasang sebotol pewangi kecil di dalam bilik tidurnya. C Ibu menghamparkan sebidang permaidani baharu di ruang tamu. D Su Tian berasa bosan apabila dia gagal dalam ujian Matematik itu. ©马来亚文化事业有限公司


1 – 2 Ayat ini menunjukkan bahawa penulis tinggal di Kampung Tanjung. TIP Kertas Model 1 011 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Ayah memandu kereta keluar dari pekarangan rumah kami di Kampung Tanjung. Aku melihat papan tanda jalan yang menunjukkan arah ke Pantai Merdeka selepas kami melalui Kuala Ketil. Ayah memandu kereta dengan berhati-hati. Selepas sejam perjalanan, kami sampai di Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda. Ayah meletakkan kereta di kawasan letak kereta. Aku menghampar sebidang tikar di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku membantu ibu meletakkan semua makanan yang kami bawa di atas tikar itu. Kemudian, aku dan adik mandi-manda di pinggir laut. Ayah turut mandi bersama-sama untuk mengawasi kami. 4 Penulis tinggal di A Kuala Ketil. B Kuala Muda. C Pantai Merdeka. D Kampung Tanjung. 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Pantai Merdeka terletak di daerah Kuala Ketil. B Penulis dan keluarganya berkelah di air terjun. C Penulis mandi-manda di laut dengan ayah dan adiknya. D Makanan yang dibawa oleh penulis diletakkan di atas pokok. 6 Yang berikut ialah aktiviti yang dilakukan oleh penulis berdasarkan petikan kecuali A mandi-manda di laut. B memanjat pokok yang rendang. C meletakkan makanan di atas tikar. D menghampar tikar di bawah pokok. ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 3 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 6 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. BAHAN 1 Pada bulan lalu, kampung Anis telah dilanda banjir. Rumah Anis dinaiki air banjir sehingga paras pinggang. Anis dan keluarganya serta penduduk kampung telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Semasa berada di pusat tersebut, Anis dan keluarganya sentiasa mengutamakan kebersihan. Mangsa-mangsa banjir yang lain juga turut menjaga kebersihan. Mereka menjaga kebersihan diri, makanan, dan persekitaran. Mereka menitikberatkan kebersihan agar diri mereka tidak diserang penyakit. BAHAN 2 Minum air dan makan makanan yang telah dimasak. Jangan biarkan makanan terdedah dan dihinggapi lalat. Basuh tangan sebelum makan dan selepas keluar dari tandas. Buang sampah ke dalam tong sampah. PANDUAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR ©马来亚文化事业有限公司


1 – 4 Cara menjawab soalan 1. Baca ayat yang diberikan dengan telitinya. 2. Kenal pasti kehendak soalan. Soalan tersebut meminta kamu memilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi perkataan yang bergaris. TIP Kertas Model 1 011 7 Anis dan keluarganya berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana . A rumah mereka roboh B rumah mereka dinaiki air C mereka diserang penyakit D penduduk kampung menjaga kebersihan 8 Pada bulan lalu, kampung Anis telah dilanda banjir. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris dalam ayat di atas ialah A buah. B petak. C keping. D bidang. 9 Perkataan pusat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A titik. B punca. C tempat. D kampung. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Makanan yang terdedah akan dihinggapi lalat. B Sampah hendaklah dibuang di tepi tong sampah. C Rumah Anis telah dilanda banjir pada minggu lepas. D Anis dan keluarganya tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir. ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 5 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 6 KSSR Semakan Ayat ini menunjukkan bahawa Dinesh disayangi oleh keluarganya kerana dia anak yang berakhlak mulia. TIP 011 Kertas Model 1 Bahagian B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Dinesh anak yang berakhlak mulia. Dia diasuh oleh ibu bapanya dengan sikap berhemah dan sopan santun sejak kecil. Dia juga mengamalkan cara belajar yang diajarkan oleh keluarganya. Keluarganya amat menyayangi Dinesh. Di sekolah, Dinesh disukai oleh guru-gurunya kerana dia sentiasa menghormati mereka. Dia juga sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Dia sering menolong kawan-kawannya dalam pelajaran. Dia menjadi suri teladan dalam kalangan murid. Dia turut diumumkan sebagai tokoh sahsiah sekolah. Dalam bidang kokurikulum, Dinesh aktif dalam bidang sukan. Dia merupakan ayam tambatan dalam pasukan bola sepak sekolahnya. Malah, dia juga pendebat dalam pasukan debat sekolahnya. Dia amat fasih berbahasa Melayu. Dinesh terkenal kerana sentiasa mengharumkan nama sekolah. 1 (a) Dinesh disayangi oleh keluarganya kerana dia anak yang . [1 markah] (b) Mengapakah Dinesh disukai oleh guru-gurunya? Dinesh disukai oleh guru-gurunya kerana dia [2 markah] ©马来亚文化事业有限公司


1 – 6 Cara menjawab soalan 1. Fahami ayat yang diberikan dengan telitinya. 2. Kenal pasti ayat yang membawa maksud yang sama dengan ayat yang diberikan. TIP Kertas Model 1 011 (c) Bulatkan kata adjektif yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Dia amat fasih berbahasa Melayu. [1 markah] (d) Pilih dan tulis (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Dia diasuh oleh ibu bapanya dengan sikap berhemah dan sopan santun sejak kecil. Ibu bapanya mengasuhnya dengan sikap berhemah dan sopan santun sejak kecil. Sejak kecil, ibu bapa mengasuhnya apabila dia mempunyai sikap berhemah dan sopan santun. [1 markah] ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 7 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 6 KSSR Semakan Cara menjawab soalan 1. Baca dan fahami situasi yang diberikan. 2. Soalan tersebut meminta kamu memberikan pendapat berdasarkan situasi yang diberikan. TIP 011 Kertas Model 1 Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Nisha sering membawa makanan masuk ke dalam biliknya. Dia sering terlupa untuk membuang sisa makanan dan membawa keluar bekas makanan dari biliknya. Akibatnya, biliknya sering berbau busuk dan mengundang kehadiran lipas. 2 Jika kamu ialah kakak Nisha, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? Jika saya ialah kakak Nisha, saya akan selalu menasihatinya agar [5 markah] ©马来亚文化事业有限公司


1 – 8 Cara menjawab soalan 1. Baca dan fahami arahan soalan. 2. Kenal pasti kata kunci dalam arahan soalan. 3. Berdasarkan arahan soalan tersebut, kamu perlu menulis pendapat tentang cara-cara menjaga kesihatan mental. TIP Kertas Model 1 011 Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah ini menunjukkan penjagaan kesihatan mental. Tulis pendapat kamu tentang cara-cara menjaga kesihatan mental. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Kongsi perasaan dengan orang yang dipercayai. Lakukan aktiviti yang disukai dan bermanfaat. Cara-cara Menjaga Kesihatan Mental ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 9 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 6 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 P ada pendapat saya, banyak cara dapat dilakukan untuk menjaga kesihatan mental. Apabila kita berasa stres, kita hendaklah (1) . Kita boleh bercerita dengan mereka untuk mengurangkan stres. Selain itu, kita digalakkan (2) . Misalnya, kita boleh meluahkan masalah dan tekanan kepada ibu kita. Seterusnya, kita boleh (3) . Dengan cara ini, kita dapat melepaskan tekanan yang kita alami. [10 markah] ©马来亚文化事业有限公司


1 – 10 Kertas Model 1 011 Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. GOTONG-ROYONG ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 11 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 6 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 S abtu, 27 Januari 2024 8 :30 pagi Selepas bersarapan, saya dan keluarga saya (1) Kami akan bergotong-royong untuk (2) Ayah saya membahagi-bahagikan tugas. 9:00 pagi Kami memulakan tugas kami. Saya ditugaskan untuk (3) Saya membersihkan longkang dengan telitinya supaya (4) 9:30 pagi Saya melihat ayah saya memotong rumput dengan (5) Abang saya pula menyapu rumput-rumput (6) Ibu saya pula memotong daun pokok-pokok bunga yang merimbun supaya tidak menjadi semak. Adik saya memungut daun-daun yang dipotong itu dan dimasukkan ke dalam beg plastik sampah. Kakak saya menyapu (7) ©马来亚文化事业有限公司


1 – 12 Kertas Model 1 011 10:30 pagi Kami berehat seketika untuk (8) Setelah melepaskan penat, kami menyambung tugasan kami yang belum selesai itu semula. 11:45 pagi Kerja-kerja gotong-royong kami selesai sepenuhnya. Kami berasa sungguh gembira apabila (9) Walaupun berasa penat, namun kami (10) [20 markah] ©马来亚文化事业有限公司


© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) J1 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 6 KSSR Semakan KERTAS MODEL 1 Bahagian A 1 B buah – penjodoh bilangan buah digunakan untuk benda-benda besar dan padu, tidak tentu bentuk dan jenisnya 2 C melantik – mengangkat seseorang dengan rasminya untuk memegang sesuatu jawatan 3 C ayat yang betul A ayat yang betul: Davina mengemas biliknya supaya tidak berhabuk. B ayat yang betul: Kakak meletakkan sebotol pewangi kecil di dalam bilik tidurnya. D ayat yang betul: Su Tian berasa sedih apabila dia gagal dalam ujian Matematik itu. 4 D ja wapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris kedua petikan 5 C jawapan dapat ditemukan pada perenggan akhir baris keempat petikan 6 B jawapan tidak dapat ditemukan dalam petikan 7 B jawapan dapat ditemukan pada Bahan 1, perenggan pertama baris pertama petikan 8 A buah – penjodoh bilangan buah digunakan untuk benda-benda besar dan padu, tidak tentu bentuk dan jenisnya 9 C jawapan tersebut berbentuk KBAT – maksud perkataan pusat ialah tempat 10 A jawapan dapat ditemukan pada Bahan 2, iaitu Jangan biarkan makanan terdedah dan dihinggapi lalat. Bahagian B 1 (a) berakhlak mulia (b) sentiasa menghormati mereka. (c) Dia amat fasih berbahasa Melayu. (d) Ibu bapanya mengasuhnya dengan sikap berhemah dan sopan santun sejak kecil. BETUL Sejak kecil, ibu bapa mengasuhnya apabila dia mempunyai sikap berhemah dan sopan santun. 2 menjaga kebersihan biliknya. Saya akan mengingatkannya agar membuang sisa makanan dan membawa keluar bekas makanan dari biliknya ke dapur. Saya juga akan memintanya meletakkan pewangi di dalam biliknya supaya tidak berbau busuk lagi. Bahagian C 1 berhubung dengan keluarga atau rakan-rakan 2 berkongsi perasaan dengan orang yang kita percayai 3 menjaga kesihatan mental dengan melakukan aktiviti yang kita sukai dan bermanfaat Bahagian D Karangan Berformat (Catatan) 1 berkumpul di halaman rumah 2 membersihkan halaman rumah kami 3 membersihkan longkang dengan penyapu panjang 4 longkang tidak tersumbat 5 menggunakan mesin rumput 6 yang telah dipotong itu lalu dikumpulkan di satu tempat 7 daun-daun kering di bawah pokok mangga 8 menikmati minuman dan kuih yang disediakan oleh ibu saya 9 melihat halaman rumah kami telah bersih dan ceria 10 bangga kerana dapat membersihkan rumah kami bersama-sama Karangan Tidak Berformat (Keperihalan) Rangka Karangan Pendahuluan selepas bersarapan – saya dan keluarga – berkumpul di halaman rumah – bergotong-royong – membersihkan halaman rumah – ayah saya membahagi-bahagikan tugas Isi-isi Penting (a) memulakan tugas kami – ditugaskan – membersihkan longkang – penyapu panjang – membersihkan longkang – longkang tidak tersumbat (b) ayah saya memotong rumput – menggunakan mesin rumput – abang saya menyapu rumput-rumput – telah dipotong itu – dikumpulkan di satu tempat (c) ibu saya memotong daun pokok-pokok bunga yang merimbun – tidak menjadi semak – adik saya memungut daun-daun yang dipotong – dimasukkan ke dalam beg plastik sampah – kakak saya menyapu daun-daun kering – di bawah pokok mangga (d) berehat seketika – menikmati minuman dan kuih – disediakan oleh ibu saya – setelah melepaskan penat – menyambung tugasan – belum selesai Penutup menjelang tengah hari – kerja-kerja gotong-royong – selesai sepenuhnya – gembira – melihat halaman rumah – bersih dan ceria – penat – bangga – membersihkan rumah – bersama-sama Selepas bersarapan, saya dan keluarga saya berkumpul di halaman rumah. Kami akan bergotong-royong untuk membersihkan halaman rumah kami. Ayah saya membahagibahagikan tugas. Jawapan ©马来亚文化事业有限公司


J2 Kami memulakan tugas kami. Saya ditugaskan untuk membersihkan longkang dengan pen yapu panjang. Saya membersihkan longkang dengan telitinya supaya longkang tidak tersumbat. Saya melihat ayah saya memotong rumput dengan menggunakan mesin rumput. Abang saya pula menyapu rumput-rumput yang telah dipotong itu lalu dik umpulkan di satu tempat. Ibu saya pula memotong daun pokok-pokok bunga yang merimbun supaya tidak menjadi semak. Adik saya memungut daun-daun yang dipotong itu dan dimasukkan ke dalam beg plastik sampah. Kakak saya menyapu daundaun kering di bawah pokok mangga. Kami berehat seketika untuk menikmati minuman dan kuih yang disediakan oleh ibu saya. Setelah melepaskan penat, kami menyambung tugasan kami yang belum selesai itu semula. Menjelang tengah hari, kerja-kerja gotong-royong kami selesai sepenuhnya. Kami berasa sungguh gembira apabila melihat halaman rumah kami telah bersih dan ceria. Walaupun berasa penat, namun kami bangga kerana dapat membersihka n rumah kami bersama-sama. KERTAS MODEL 2 Bahagian A 1 A di – kata sendi nama di ialah kata sendi yang digunakan untuk tempat 2 D menyumbangkan – memberikan sesuatu sebagai sokongan atau bantuan 3 A ayat yang betul B ayat yang betul: Saya akan pergi ke perkhemahan itu jika mendapat keizinan bapa saya. C ayat yang betul: Ibu berpesan supaya saya menjaga keselamatan ketika menunggang basikal. D ayat yang betul: Mohan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua murid dengan dedikasinya. 4 B jawapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris kelima petikan 5 D jawapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris ketiga petikan 6 D jawapan tidak dapat ditemukan dalam petikan 7 C jawapan dapat ditemukan pada Bahan 2, perenggan keempat baris kedua petikan 8 A biji – penjodoh bilangan biji digunakan untuk benda-benda yang kecil 9 D jawapan tersebut berbentuk KBAT – maksud perkataan baik ialah sempurna 10 D jawapan dapat ditemukan pada Bahan 1, iaitu Periksa tekanan angin tayar supaya cukup dan stabil. Bahagian B 1 (a) larian perpaduan (b) bantuan abangnya untuk menghantar dia dan rakanrakannya ke Taman Botani Shah Alam. (c) Larian itu akan diadakan pada hari Sabtu dan bermula pada pukul 7:00 pagi di Taman Botani Shah Alam. (d) Liu Meng mengajak Adam dan Pritam menyertai larian itu sekali sahaja. Liu Meng ingin mengajak Adam dan Pritam untuk menyertai larian itu bersama-sama. BETUL 2 kawan saya itu dan memberitahunya bahawa dia perlu melintas jalan di lintasan belang yang disediakan. Oleh itu, saya akan mengajaknya melintas jalan di lintasan belang bersama-sama dengan saya ketika itu. Bahagian C 1 menutup suis dengan tangan yang kering. Jika tangan kita basah semasa kita menutup suis, kita mungkin akan terkena renjatan elektrik 2 menyimpan barangan yang tajam seperti pisau, gunting, dan parang di tempat yang selamat seperti di dalam laci 3 memastikan lantai bilik air sentiasa kering supaya kita tidak terjatuh atau tergelincir akibat licin Bahagian D Karangan Tidak Berformat (Keperihalan) Ketika sampai di tapak perkhemahan, hari sudah petang. Kami segera memasang khemah. Setelah selesai memasang khemah, kami berkumpul untuk mendengar taklimat ringkas daripada Cikgu Musa selaku komandan kem. Kemudian, kami diarahkan supaya bergotong-royong untuk menyediakan juadah makan malam kami. Pada awal pagi esoknya, kami sudah bangun. Kami melakukan senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Suhaili. Kemudian, kami menyediakan sarapan. Selepas bersarapan, kami diarahkan mengemas khemah masing-masing. Pada pagi itu diadakan pemeriksaan khemah paling cantik dan kemas. Khemah kumpulan saya telah diumumkan sebagai pemenang. Selepas itu, satu pertandingan memasak diadakan. Semua bahan disediakan oleh guru-guru penasihat. Kami diminta memasak nasi dan lauk-pauk dengan menggunakan kayu api sebagai bahan bakar. Pemenang dikira berdasarkan keenakan dan susun atur serta hiasan. Kali ini kumpulan rakan saya telah muncul sebagai johan. Selepas makan malam, persembahan malam kebudayaan diadakan. Ada pelbagai persembahan diadakan, iaitu nyanyian, tarian, dan lakonan. Kumpulan yang mengadakan persembahan boria telah menjadi juara. Bahagian D Karangan Berformat (Surat Tak Rasmi) Rangka Karangan Pendahuluan mendoakan kesihatan sahabat – menyatakan khabar diri Isi-isi Penting (a) tujuan – menceritakan program perkhemahan integrasi – minggu lepas – dianjurkan oleh sekolah – tiga hari dua malam – Kem Seri Pilah, Negeri Sembilan – peserta – murid tahun enam pelbagai kaum ©马来亚文化事业有限公司


Click to View FlipBook Version