Kandungan Kertas Model 1 Tema 1 - 2 Jawapan Pengenalan Format Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas Model 3 Tema 5 - 6 Kertas Model 2 Tema 3 - 4 Kertas Model 4 Tema 7 - 8 Kertas Model 5 Tema 1 - 8 (ii) ©马来亚文化事业有限公司
Peperiksaan UPSR dimansuhkan pada tahun 2021. Selepas pemansuhan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan langkah-langkah untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sebahagian PBS yang berbentuk akademik, antaranya terbahagi kepada Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif. Pentaksiran Formatif: Pentaksiran berterusan sepanjang PdP Pentaksiran Sumatif: Pentaksiran yang dijalankan selepas satu peringkat PdP Antara langkah pemerkasaan PBS termasuklah murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 perlu menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik sebelum tamat sesi persekolahan setiap tahun. Format Pentaksiran Sekolah Rendah: Bahasa Melayu Tahun 4, 5, dan 6 BIL. PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis: Pemahaman dan Penulisan 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP Tatabahasa (3 – 5 soalan) Pemahaman petikan (5 – 7 soalan) (Teks tunggal dan teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRT Tatabahasa dan Pemahaman Petikan (3 – 5 soalan) Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb Penulisan Perenggan (1 soalan) Bahagian D (20 markah): SRTb Penulisan Karangan (1 soalan) 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit 6 Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis Kemahiran Menulis: • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik Format dan Sumber Kertas Pentaksiran: Lembaga Peperiksaan, KPM Pengenalan Format Ujian Akhir Sesi Akademik (iv) ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 1 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 BAHASA MELAYU [011] Satu jam lima belas minit 1. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan. Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 “Saya akan berjumpa dengan Cikgu Rashid selepas habis bermesyuarat,” kata Adib kepada Li Jun. A dia B beliau C mereka D baginda 2 Encik Rahim kedatangan tetamu ke majlis perkahwinan anak perempuannya sambil tersenyum. A menyahut B menjemput C memanggil D menyambut Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Ayah membeli lima rumpun anggur di pasar raya. B Ibu mencuci ikan itu dengan bersihnya supaya tidak hapak. C “Damia adalah jiran baharu saya,” kata Mei Ying kepada Selvi. D Puan Siti membawa buah tangan semasa menziarahi jirannya yang sakit di hospital. Nama: Kelas: Tarikh: TEMA 1 – 2 Cara menjawab soalan Teliti penggunaan kata ganti nama diri yang paling sesuai berdasarkan konteks ayat yang diberikan. TIP Kertas Model 1 ©马来亚文化事业有限公司
1 – 2 Kertas Model 1 011 Ayat ini menunjukkan bahawa ibu bapa merupakan insan yang paling hampir dengan kita. TIP Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Ibu bapa ialah insan yang paling hampir dengan kita. Sejak kecil lagi, kita diasuh dan dijaga oleh mereka dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, sewajarnya kita menggembirakan hati mereka. Sebagai anak, kita mestilah mendengar kata-kata ibu bapa. Nasihat dan teguran mereka adalah untuk kebaikan kita juga. Sebagai ibu bapa, sudah tentu mereka mahu sesuatu yang terbaik buat anak-anak mereka. Kita juga hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh agar mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan seumpama itu merupakan hadiah yang paling berharga buat ibu bapa. Kita juga haruslah membantu ibu bapa membuat kerjakerja rumah terutamanya pada hari cuti. Sikap tersebut bukan sahaja dapat meringankan tugas mereka malahan dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga. 4 Siapakah insan yang paling hampir dengan kita? A Jiran B Guru C Rakan D Ibu bapa 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Anak-anak perlu mengambil alih semua tugas ibu bapa. B Setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. C Ibu bapa memberikan nasihat dan teguran supaya anak-anak berasa takut. D Anak-anak yang tidak cemerlang dalam pelajaran tidak akan disayangi oleh ibu bapa. 6 Yang berikut ialah cara menggembirakan hati ibu bapa berdasarkan petikan kecuali A mendengar kata-kata ibu bapa. B belajar dengan bersungguh-sungguh. C memberikan hadiah yang mahal untuk ibu bapa. D membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 3 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Keluarga Aidil bercadang untuk bercuti di Pulau Mabul pada cuti sekolah nanti. Aidil dan bapanya melayari Internet untuk mencari pakej percutian yang sesuai dan menarik untuk ke sana. “Ayah, lihat pakej percutian yang ditawarkan oleh Syarikat Pelanconga Jom Cuti ini. Mereka menawarkan harga istimewa sempena cuti sekolah,” kata Aidil sambil menunjukkan iklan tentang pakej percutian itu kepada bapanya. “Wah, pakej percutian ini sangat menarik! Harga yang ditawarkan juga berpatutan,” kata bapa Aidil. “Betul itu, ayah. Pakej ini termasuk calet berpenyaman udara, makanan dan minuman, pengangkutan, pemandu pelancong, dan bayaran ke tempat pelancongan. Aktiviti selam snorkel di lima buah pulau juga turut disediakan,” kata Aidil kepada bapanya. Bapa Aidil mengambil telefon bimbitnya. Beliau menghubungi Encik Faizal Ali untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej tersebut. PAKEJ PERCUTIAN KELUARGA KE PULAU MABUL PAKEJ PERCUTIAN KELUARGA KE PULAU MABUL Tawaran istimewa sempena cuti sekolah! 1–4 orang: RM1,119 Pakej termasuk: Syarikat Pelancongan Jom Cuti Ï&DOHWEHUSHQ\DPDQXGDUD Ï0DNDQDQGDQPLQXPDQ Ï3HQJDQJNXWDQGDQSHPDQGXSHODQFRQJ Ï%D\DUDQPDVXNNHWHPSDWSHODQFRQJDQ Ï$NWLYLWLVHODPVQRUNHOGL3XODX0DEXO3XODX.DSDODL3XODX7DWDJDQ 3XODX%RKH\'XODQJ3XODX0DQWDEXDQGDQ3XODX6LEXDQ 8QWXNPDNOXPDWODQMXWVLODKXEXQJLffl 010-3789057 (Encik Faizal Ali) ©马来亚文化事业有限公司
1 – 4 Kertas Model 1 011 7 Aidil dan bapanya melayari Internet untuk A mencari maklumat tentang Pulau Mabul. B mengisi masa lapang pada hujung minggu. C melihat tempat-tempat percutian yang menarik di Sabah. D mencari pakej percutian yang sesuai dan menarik ke Pulau Mabul. 8 Bapa Aidil mengambil telefon bimbitnya. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris dalam ayat di atas ialah A biji. B buah. C papan. D keping. 9 Perkataan istimewa dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A khas. B terhad. C mewah. D lumayan. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Aidil dan keluarganya bercuti di Pulau Mabul pada cuti sekolah yang lalu. B Bapa Aidil kurang berminat dengan pakej percutian yang ditunjukkan oleh Aidil. C Syarikat Pelancongan Jom Cuti menawarkan pakej percutian keluarga ke Pulau Mabul selama empat hari tiga malam. D Aidil menghubungi Encik Faizal Ali untuk mendapat maklumat lanjut tentang pakej percutian keluarga ke Pulau Mabul. Cara menjawab soalan 1. Baca ayat yang diberikan dengan telitinya. 2. Kenal pasti kehendak soalan. Soalan tersebut meminta kamu memilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi perkataan yang bergaris. TIP ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 5 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Bahagian B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Puan Ai Nee tinggal di Taman Muhibah. Jiran-jiran beliau terdiri daripada pelbagai bangsa. Walaupun mereka berlainan bangsa dan agama tetapi mereka sentiasa bekerjasama dan bersatu hati. Mereka hidup harmoni dan penuh semangat kejiranan. Pada setiap tiga bulan, mereka akan mengadakan gotongroyong untuk membersihkan kawasan kediaman mereka. Mereka memotong rumput, membersihkan longkang, mengutip sampah, dan lain-lain. Mereka melakukan kerja sambil beramah mesra semasa jiran tetangga. 1 (a) Penduduk Taman Muhibah terdiri daripada . [1 markah] (b) Apakah yang dilakukan oleh penduduk Taman Muhibah pada setiap tiga bulan? Pada setiap tiga bulan, penduduk Taman Muhibah akan mengadakan [2 markah] Ayat ini menunjukkan bahawa penduduk Taman Muhibah terdiri daripada pelbagai bangsa. TIP ©马来亚文化事业有限公司
1 – 6 Kertas Model 1 011 (c) Bulatkan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Mereka memotong rumput, membersihkan longkang, mengutip sampah, dan lain-lain. [1 markah] (d) Pilih dan tulis (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Mereka melakukan kerja sambil beramah mesra sesama jiran tetangga. Jiran tetangga membuat kerja kerana mereka ingin beramah mesra. Sambil membuat kerja, mereka beramah mesra sesama jiran tetangga. [1 markah] Cara menjawab soalan 1. Fahami ayat yang diberikan dengan telitinya. 2. Kenal pasti ayat yang membawa maksud yang sama dengan ayat yang diberikan. TIP ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 7 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu hendak pergi ke padang untuk bermain bola sepak. Semasa hendak keluar dari rumah, kamu ternampak anak jiran kamu terjatuh dari basikal dan kakinya luka. 2 Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? Saya akan segera membantu anak jiran saya itu. Saya akan memapahnya ke tepi jalan. Kemudian, saya akan [5 markah] Cara menjawab soalan 1. Baca dan fahami situasi yang diberikan. 2. Soalan tersebut meminta kamu memberikan pendapat berdasarkan situasi yang diberikan. TIP ©马来亚文化事业有限公司
1 – 8 Kertas Model 1 011 Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang diadakan di sebuah kawasan kejiranan. Tulis pendapat kamu tentang kebaikan daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Cara menjawab soalan 1. Baca dan fahami arahan soalan. 2. Kenal pasti kata kunci dalam arahan soalan. 3. Berdasarkan arahan soalan tersebut, kamu perlu menulis pendapat tentang kebaikan-kebaikan yang dapat diperoleh daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. TIP ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 9 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Pada pendapat saya, banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat (1) . Amalan menziarahi jiran yang sakit dapat menunjukkan sikap (2) . Majlis rumah terbuka perayaan pula dapat memupuk (3) dan memberikan peluang kepada penduduk untuk saling (4) . [10 markah] ©马来亚文化事业有限公司
1 – 10 Kertas Model 1 011 Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. CARA MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) 1 – 11 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan 011 Kertas Model 1 Hubungan kekeluargaan sangat penting. Hubungan ini penting bagi melahirkan keluarga bahagia. Banyak cara dapat dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Antaranya termasuklah (1) . Semasa makan bersama-sama, anggota keluarga boleh bertanya khabar dan berkongsi cerita tentang aktiviti harian masing-masing. Melalui cara ini, (2) Selain itu, aktiviti (3) juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Anak-anak boleh membantu ibu bapa mengelap cermin tingkap, membuang sampah, mencuci longkang, dan lain-lain. Secara tidak langsung, semangat (4) ©马来亚文化事业有限公司
1 – 12 Kertas Model 1 011 Seterusnya, kita perlu (5) . Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa pada hujung minggu dengan membawa anak-anak berkelah di pantai. Melalui aktiviti ini, (6) Di samping itu, (7) . Ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menanam pokok bersama-sama. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan malahan dapat (8) Kesimpulannya, pelbagai aktiviti dapat dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setiap anggota keluarga perlu memainkan peranan untuk membina keluarga yang bahagia. [20 markah] ©马来亚文化事业有限公司
© The Malaya Press Sdn. Bhd. 195901000026 (3379–P) J1 KERTAS MODEL UASA MANTAP Bahasa Melayu SJKC Tahun 5 KSSR Semakan KERTAS MODEL 1 Bahagian A 1 B beliau – kata beliau ialah kata ganti nama diri ketiga yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, menteri, dan sebagainya 2 D menyambut – menerima kedatangan pelawat atau tetamu 3 D ayat yang betul A ayat yang betul: Ayah membeli lima gugus anggur di pasar raya. B ayat yang betul: Ibu mencuci ikan itu dengan bersihnya supaya tidak hanyir. C ayat yang betul: “Damia ialah jiran baharu saya,” kata Mei Ying kepada Selvi. 4 D jawapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris pertama petikan 5 B jawapan dapat ditemukan pada perenggan kedua baris ketiga petikan 6 C jawapan tidak dapat ditemukan dalam petikan 7 D jawapan dapat ditemukan pada Bahan 2, perenggan pertama baris kedua petikan 8 B buah – penjodoh bilangan yang digunakan untuk benda-benda yang padu dan tidak mempunyai bentuk yang tentu 9 A jawapan tersebut berbentuk KBAT – maksud kata istimewa ialah khas 10 C jawapan dapat ditemukan pada Bahan 1 Bahagian B 1 (a) pelbagai bangsa (b) gotong-royong untuk membersihkan kawasan kediaman mereka. (c) Mereka memotong rumput , membersihkan longkang , mengutip sampah , dan lain-lain. (d) Jiran tetangga membuat kerja kerana mereka ingin beramah mesra. Sambil membuat kerja, mereka beramah mesra sesama jiran tetangga. BETUL 2 membantu untuk merawat lukanya. Selepas itu, saya akan memapahnya pulang ke rumah dan memberitahu ibu bapanya tentang kejadian yang berlaku. Bahagian C 1 kerjasama dan menjaga kebersihan kawasan kediaman 2 mengambil berat dan mengurangkan tekanan yang dihadapi 3 perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai kaum 4 mengenali dan memahami budaya kaum masingmasing. Bahagian D 1 makan bersama-sama 2 ibu bapa akan lebih memahami anak-anak dan anakanak berpeluang untuk menyuarakan masalah atau isi hati masing-masing. 3 gotong-royong mengemas dan membersihkan rumah 4 kerjasama antara anggota keluarga juga dapat dipupuk. 5 meluangkan masa dengan anggota keluarga 6 hubungan antara anggota keluarga akan bertambah erat dan mesra. 7 berkebun juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan 8 menghijaukan persekitaran rumah dan menyihatkan badan juga. Karangan Berformat (Syarahan) Rangka Karangan Pendahuluan kata alu-aluan – ucapan selamat – tajuk syarahan – “Cara-cara Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan” Isi-isi Penting (a) hubungan kekeluargaan – sangat penting – keluarga bahagia – pelbagai cara (b) makan bersama-sama – bertanya khabar – berkongsi aktiviti harian – ibu bapa memahami anak-anak – anak-anak menyuarakan masalah (c) gotong-royong – mengemas – membersihkan rumah – membantu ibu bapa – mengelap cermin tingkap – membuang sampah – mencuci longkang – semangat kerjasama – dipupuk (d) meluangkan masa – hujung minggu – berkelah – hubungan erat – mesra (e) berkebun – menanam pokok bersama-sama – mengeratkan hubungan – menghijaukan persekitaran rumah – menyihatkan badan Penutup kesimpulan – pelbagai cara – mengeratkan hubungan kekeluargaan – setiap anggota keluarga – memainkan peranan – keluarga bahagia Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Guru Besar SJKC Taman Permata, guru-guru, dan sahabatsahabat yang saya kasihi. Selamat pagi dan salam sejahtera. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Cara-cara Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan”. Jawapan ©马来亚文化事业有限公司
J2 Hadirin sekalian, Hubungan kekeluargaan sangat penting. Hubungan ini penting bagi melahirkan keluarga bahagia. Terdapat pelbagai cara dapat kita lakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Antara cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan termasuklah makan bersama-sama dengan anggota keluarga. Semasa makan, setiap anggota keluarga boleh bertanya khabar dan berkongsi cerita tentang aktiviti harian masingmasing. Melalui cara ini, ibu bapa akan lebih memahami anak-anak dan anak-anak berpeluang untuk menyuarakan masalah atau isi hati masing-masing. Selain itu, aktiviti gotong-royong mengemas dan membersihkan rumah juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Anak-anak boleh membantu ibu bapa mengelap cermin tingkap, membuang sampah, mencuci longkang, dan lain-lain. Secara tidak langsung, semangat kerjasama antara anggota keluarga juga dapat dipupuk. Seterusnya, kita perlu meluangkan masa dengan anggota keluarga. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa pada hujung minggu dengan membawa anak-anak berkelah di pantai. Melalui aktiviti ini, hubungan antara anggota keluarga akan bertambah erat dan mesra. Di samping itu, berkebun juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa boleh mengajak anakanak untuk menanam pokok bersama-sama. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan malahan dapat menghijaukan persekitaran rumah dan menyihatkan badan juga. Kesimpulannya, pelbagai aktiviti dapat dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setiap anggota keluarga perlu memainkan peranan untuk membina keluarga yang bahagia. Sekian, terima kasih. KERTAS MODEL 2 Bahagian A 1 D sungguh – kata penguat yang paling menepati konteks ayat 2 A kasut but – kasut but, iaitu kasut yang menutup kaki sampai ke atas buku lali paling tepat dengan konteks ayat 3 B ayat yang betul A ayat yang betul: Ain membantu Cikgu Chia mengemas pusat sumber secara sukarela. C ayat yang betul: Farid memulangkan buku cerita yang dipinjamnya itu kepada rakannya semula. D ayat yang betul: Zhi Lee menjalankan tugasnya sebagai pengawas dengan penuh tanggungjawab. 4 D jawapan dapat ditemukan pada perenggan pertama baris kedua petikan 5 D jawapan dapat ditemukan pada perenggan ketiga baris ketiga petikan 6 D jawapan tidak dapat ditemukan dalam petikan 7 A jawapan dapat ditemukan pada Bahan 2, perenggan pertama baris pertama petikan 8 B buah – penjodoh bilangan yang digunakan untuk benda-benda yang padu dan tidak mempunyai bentuk yang tentu 9 B jawapan tersebut berbentuk KBAT – maksud kata menghubungi ialah menelefon 10 B jawapan tersebut dapat ditemukan pada Bahan 1, iaitu pemanggil perlu memberikan nama dan nombor telefon ketika menghubungi talian kecemasan 999 Bahagian B 1 (a) garam dan kunyit (b) membawa barang-barangnya ke rumah Nek Timah. (c) Adib melihat Nek Timah sedang berjalan sambil membawa barang yang banyak di kedua-dua belah tangannya. (d) Adib menolak wang yang diberikan oleh Nek Timah kerana di ikhlas membantu Nek Timah. BETUL Adib menolak untuk memberikan wang kepada Nek Timah kerana dia ikhlas membantu Nek Timah. 2 baik. Saya akan menasihati budak itu supaya bermain dengan berhati-hati. Saya juga akan menerangkan akibat jika tidak menjaga keselamatan ketika bermain di taman permainan. Bahagian C 1 mematuhi peraturan seterusnya menjadi murid yang cemerlang 2 dengan bersikap jujur kita akan disenangi dan dipercayai oleh semua orang 3 sikap amanah dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan akan melahirkan murid yang berdedikasi Bahagian D Sebagai langkah untuk menjaga keselamatan di rumah, kita mestilah menyimpan segala peralatan yang tajam di tempat yang selamat. Peralatan yang tajam seperti pisau, gunting, dan jarum hendaklah disimpan di tempat yang selamat selepas digunakan. Kanak-kanak mungkin akan menjadikan alatan tersebut sebagai permainan yang boleh menyebabkan kecederaan. Selain itu, kita tidak boleh bermain api di dalam rumah. Sebagai contoh, kita tidak boleh bermain mancis atau pemetik api kerana boleh menyebabkan rumah kita terbakar. Lantai bilik air juga hendaklah kerap dicuci dan diberus agar tidak licin. Lantai yang licin boleh menyebabkan kita tergelincir dan terjatuh. Sebagai kesannya, kemungkinan berlaku pendarahan di kepala atau patah pada anggota badan. Di samping itu, kita perlulah berhati-hati ketika bermain di dalam rumah. Elakkan berlari atau bermain kejar-kejar di dalam rumah kerana kita mungkin akan terjatuh lalu terhantuk pada bucu meja. ©马来亚文化事业有限公司