(iii) PENGENALAN FORMAT UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (iv) UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 33 – 44 JAWAPAN J1 – J6 • Unit 13: Aku Berintegriti • Unit 14: Sekolah Berintegriti Murid Cemerlang • Unit 15: Rakyat Berintegriti KANDUNGAN TEMA 5 Integriti 1 – 8 • Unit 16: Warisan dan Adat • Unit 17: Permainan Tradisional • Unit 18: Warna-warni Budaya, Seni dan Estetika TEMA 6 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika 9 – 16 • Unit 19: Sains dalam Kehidupan • Unit 20: Teknologi Hari Ini • Unit 21: Minda Inovatif TEMA 7 Sains, Teknologi dan Inovasi 17 – 24 • Unit 22: Majukan Ekonomi Kita • Unit 23: Pupuk Minat Keusahawanan • Unit 24: Generasi Celik Wang TEMA 8 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 25 – 32 © Sasbadi Sdn. Bhd.
(iv) PENGENALAN FORMAT UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Peperiksaan UPSR dimansuhkan pada tahun 2021. Selepas pemansuhan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan langkah-langkah untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sebahagian PBS yang berbentuk akademik, antaranya terbahagi kepada Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif. Pentaksiran Formatif: Pentaksiran berterusan sepanjang PdP Pentaksiran Sumatif: Pentaksiran yang dijalankan selepas satu peringkat PdP Antara langkah pemerkasaan PBS termasuklah murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 perlu menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik sebelum tamat sesi persekolahan setiap tahun. Format Ujian Akhir Sesi Akademik: Bahasa Melayu Tahun 4, 5, dan 6 BIL. PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis: Pemahaman dan Penulisan 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP Tatabahasa (3 – 5 soalan) Pemahaman petikan (5 – 7 soalan) (Teks tunggal dan teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRT Tatabahasa dan Pemahaman Petikan (3 – 5 soalan) Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb Penulisan Perenggan (1 soalan) Bahagian D (20 markah): SRTb Penulisan Karangan (1 soalan) 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit 6 Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis Kemahiran Menulis: • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik Format dan Sumber Kertas Pentaksiran: Lembaga Peperiksaan, KPM © Sasbadi Sdn. Bhd.
1 Nama: Kelas: Tarikh: TEMA 5 INTEGRITI Rujukan Buku Teks [Unit 13 – 15, hlm. 86 – 100] Tatabahasa Tatabahasa Bahagian A Soalan 1 hingga 5 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Xia Wen . Dia suka membantu rakan-rakannya di sekolah. A ada hati C baik hati B sakit hati D keras hati 2. Ali sentiasa amanah dan tidak semasa menjalankan tugasnya sebagai pengawas. A pilih kasih C ringan tulang B cepat kaki D langkah kanan 3. SJKC Subang akan mengadakan Seminar Teknik Berpidato untuk tahap dua pada minggu depan. A rakan-rakan B murid-murid C kanak-kanak D pekerja-pekerja Nota Nota • Kata majmuk kiasan ialah kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa. Contoh: baik hati, ringan tulang, anak emas. • Kata ganda penuh terbentuk apabila kata dasar digandakan seluruhnya. Contoh: murid-murid, alat-alat, buku-buku, rakan-rakan. • Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian sahaja daripada kata digandakan. Contoh: dedaun, bebiri, sesiku, kekura. • Kata ganda berentak ialah kata ganda yang dasarnya digandakan mengikut rentak bunyi tertentu. Contoh: haru-biru, lalu-lalang, ramah-tamah. Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini. 4. Encik Zairi memakai baju sejuk yang dibuat daripada bulu . A bebiri C rerama B kekura D lelabah 5. Murni senang mendapat kawan kerana sikapnya yang . A sorak-sorai B riuh-rendah C ramah-tamah D mundar-mandir Soalan 6 Pilih ayat yang betul. 6. A Lelabi itu terbang bebas di taman bunga. B Sebaik sampai di rumah, adik terus menukar pakaian. C Ibu menggunakan cecair pencuci untuk mencuci pakaian. D Hilmi memulangkan baju-baju yang dipinjam di perpustakaan tepat pada waktunya. © Sasbadi Sdn. Bhd.
2 Bahagian B A. Gariskan kata ganda berentak yang terdapat dalam ayat yang diberikan. 1. Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Penduduk Taman Sentosa berlangsung dengan gilang-gemilangnya. 2. Puan Rozita menghidangkan lauk-pauk yang enak kepada tetamu yang datang ke rumahnya. 3. Penonton bersorak-sorai semasa menyaksikan persembahan murid-murid yang sangat menghiburkan itu. 4. Kami memasang reben dan menggantung belon yang berwarna-warni untuk menghias dewan. [4 markah] B. Tandakan ( ✓ ) di dalam petak jawapan yang betul. 1. Priya memberikan rantai kunci berbentuk penyu kepada rakannya sebagai halwa mata tanda mata dari Terengganu. 2. Jia Chien menerima tanggungjawab sebagai ketua kumpulan itu dengan tangan terbuka langkah kanan . 3. Murid yang otak kering otak cair itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 4. Murid-murid Tahun Lima Bestari putih hati bulat suara untuk memilih Hadif sebagai ketua kelas. [4 markah] TIP Cara menjawab soalan 1. Baca dan fahami ayat yang diberikan dengan telitinya. 2. Soalan tersebut meminta kamu memilih dan menandakan ( ✓ ) bagi jawapan yang betul. © Sasbadi Sdn. Bhd.
5 Bahagian B Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Adib murid yang berintegriti. Dia jujur dan bertanggungjawab. Pada suatu hari, Adib tertinggal buku latihannya di rumah. Adib berasa susah hati. Dia sangat risau jika dia akan dimarahi oleh gurunya akibat tidak dapat menyerahkan buku latihannya. Namun, Adib tetap jujur dan memberitahu gurunya bahawa dia tertinggal buku latihannya di rumah. Gurunya memuji Adib kerana bersikap jujur. Beliau tidak memarahinya. Adib berjanji untuk tidak melakukan kesalahan itu lagi. 1. (a) Adib tertinggal buku latihannya di . [1 markah] (b) Apakah tindakan Adib apabila buku latihannya tertinggal? [2 markah] (c) Gariskan kata majmuk kiasan yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Adib berasa susah hati. Dia sangat risau jika dia akan dimarahi oleh gurunya akibat tidak dapat menyerahkan buku latihannya. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan ( ✓ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Adib berjanji untuk tidak melakukan kesalahan itu lagi. Berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan itu lagi Adib. Kesalahan itu berjanji tidak akan melakukan Adib lagi. [1 markah] TIP Cara menjawab soalan 1. Fahami ayat yang diberikan dengan telitinya. 2. Kenal pasti ayat yang membawa maksud yang sama dengan ayat yang diberikan. KOSA KATA jujur: 诚实 tertinggal: 落下 menyerahkan: 交出 © Sasbadi Sdn. Bhd.
12 Bahagian A B. Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 1. Mengapakah program minggu kebudayaan itu sangat bagus diadakan? A Dapat dipertandingkan pada peringkat sekolah B Dapat mempersembahkan pelbagai jenis tarian C Dapat mencungkil bakat murid-murid dalam persembahan teater budaya D Dapat memberikan pendedahan tentang kebudayaan negara kita kepada murid-murid 2. Saya amat berminat untuk menyaksikan persembahan alat muzik tradisional seperti sitar. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A helai. C lembar. B buah. D naskhah. 3. Perkataan taklimat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A kenyataan. C pernyataan. B keterangan. D penerangan. 4. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Minggu kebudayaan itu diadakan selama sehari. B Pertandingan teater budaya diadakan pada hari Sabtu. C Minggu kebudayaan itu dianjurkan oleh Kelab Seni dan Budaya. D Penyampaian hadiah diadakan pada pukul 12:30 tengah hari pada hari Ahad. MINGGU KEBUDAYAAN SJKC TAMAN MURNI Tarikh: 10 dan 11 Oktober 2023 Anjuran: Kelab Seni dan Budaya Tempat: Dewan Utama Hari Masa Sabtu Ahad 8:00 pagi – 9:30 pagi 10:00 pagi – 12:30 tengah hari Perhimpunan pagi dan taklimat pertandingan kebudayaan Persembahan alat muzik tradisional Penyampaian hadiah dan majlis penutupan Pertandingan boria Persembahan teater budaya Persembahan Tarian Singa 2:00 petang – 4:00 petang “Hana, apakah pendapat kamu tentang minggu kebudayaan yang diadakan di sekolah kita?” tanya Gauri. “Program ini sangat bagus diadakan kerana dapat memberikan pendedahan tentang kebudayaan negara kita kepada murid-murid di sekolah kita,” jawab Hana. “Saya setuju dengan kata-kata kamu. Saya amat berminat untuk menyaksikan persembahan alat muzik tradisional seperti sitar. Kamu pula, bagaimana?” tanya Gauri. “Saya berminat untuk menyaksikan pertandingan teater budaya,” kata Hana. “Jadi, kita mesti pergi ke sekolah awal esok,” kata Gauri. “Ya, Gauri. Semua murid perlu sampai awal kerana perhimpunan dan taklimat pertandingan kebudayaan akan diadakan pada pukul 8:00 pagi,” jawab Hana. © Sasbadi Sdn. Bhd.
14 Bahagian B Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2. Adik kamu telah dipilih untuk menyertai pertandingan deklamasi sajak. Namun begitu, dia berasa sangat risau sekiranya dia tidak dapat mendeklamasikan sajak dengan baiknya. Adik kamu mengadu kepada kamu tentang kerisauannya itu. Sebagai seorang abang atau kakak, apakah yang akan kamu lakukan? [5 markah] TIP Cara menjawab soalan 1. Baca dan fahami situasi yang diberikan. 2. Soalan tersebut meminta kamu memberikan pendapat berdasarkan situasi yang diberikan. © Sasbadi Sdn. Bhd.
15 TIP Cara menjawab soalan 1. Baca dan fahami arahan soalan. 2. Kenal pasti kata kunci dalam arahan soalan. 3. Berdasarkan arahan soalan tersebut, kamu perlu menulis pendapat tentang faedah daripada pesta kebudayaan yang diadakan di sekolah. Penulisan Penulisan Penulisan Perenggan Grafik di bawah ini menunjukkan suasana ketika pesta kebudayaan di sebuah sekolah. Tulis pendapat kamu tentang faedah-faedah daripada pesta kebudayaan itu. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Pada pendapat saya, banyak faedah daripada pesta kebudayaan yang diadakan di sekolah. Antaranya termasuklah kita dapat mengenal (1) . Selain itu, kita dapat memelihara (2) . Seterusnya, melalui pesta kebudayaan yang diadakan di sekolah, (3) dapat diwujudkan. Kesimpulannya, pesta kebudayaan amat wajar diadakan di sekolah. [10 markah] © Sasbadi Sdn. Bhd.
19 Pemahaman Pemahaman Bahagian A A. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1. Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 menerima Anugerah Khas Terbaik Inovasi Peringkat Kebangsaan bagi kategori A sekolah rendah. B murid tahun dua. C murid tahun enam. D sekolah menengah. 2. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A Sebanyak 11 buah sekolah menyertai Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan itu. B Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan itu melibatkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah. C Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan itu diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Rawang (SBPI), Selangor. D SKBB 2020 mendapat tiga pingat emas, lima pingat perak, dan empat pingat gangsa dalam Sepintar Talent Enrichment Programme (STEP) 2019. 3. Yang berikut merupakan projek inovasi yang dihasilkan oleh SKBB 2020 kecuali A sabun ekstrak semalu. B pengecas basikal mesra alam. C penyedut minuman daripada besi. D penyedut minuman daripada serai. BEHRANG, 27 Jun – Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 (SKBB 2020) telah menerima Anugerah Khas Terbaik Inovasi Peringkat Kebangsaan kategori sekolah rendah bersempena dengan Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) Rawang, Selangor. Mereka menerima anugerah itu selepas berjaya menggondol tiga pingat emas, lima pingat perak, dan empat pingat gangsa dalam Sepintar Talent Enrichment Programme (STEP) 2019. Pertandingan inovasi itu disertai oleh 27 buah sekolah menengah dan sekolah rendah dari seluruh negara. SKBB 2020 diwakili oleh 52 orang murid membabitkan 11 kumpulan yang terdiri daripada murid tahun dua dan tahun enam. Mereka menerima pingat emas inovasi menerusi tiga projek, iaitu sabun ekstrak semalu, pengecas basikal mesra alam, dan penyedut minuman daripada serai. Sumber: bharian.com.my KOSA KATA menggondol: 赢得 diwakili: 由⋯⋯代表 ekstrak: 提取的精华 © Sasbadi Sdn. Bhd.
24 Penulisan Karangan Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. PERTANDINGAN ROBOTIK [20 markah] © Sasbadi Sdn. Bhd.
25 Nama: Kelas: Tarikh: TEMA 8 EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN Rujukan Buku Teks [Unit 22 – 24, hlm. 150 – 166] Tatabahasa Tatabahasa Bahagian A Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Patung mini itu sesuai dijadikan dan cenderamata. A hiasan C menghiasi B berhias D menghiaskan 2. Puan Tim perniagaannya secara dalam talian. A jalanan C menjalani B berjalan D menjalankan Nota Nota • Kata berimbuhan ialah kata yang mengandungi imbuhan awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Contoh: membuat, bantuan, perniagaan, kemelut. • Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya di hadapan dan predikatnya di belakang. Contoh: Azmi menggemari susu segar berperisa kurma. • Ayat susunan songsang ialah ayat yang predikatnya dikedepankan mendahului subjeknya. Contoh: Sungguh laris jualan susu segar itu. • Ayat aktif mengandungi kata kerja yang menekankan subjek dalam sesuatu ayat sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif dapat dibahagikan kepada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. – Contoh ayat aktif transitif: Ayah membeli perlindungan insurans hayat. – Contoh ayat aktif tak transitif: Lim Hui tersenyum sendirian. • Ayat pasif mengandungi kata kerja yang menekankan objek dalam sesuatu ayat sebagai unsur yang diterangkan. Contoh: Kos perubatan beliau ditanggung oleh syarikat insurans. Soalan 3 Pilih ayat susunan biasa yang betul. 3. A Encik Musa menternak 100 ekor lembu. B Diternak 100 ekor lembu Encik Musa. C Menternak 100 ekor lembu Encik Musa. D Sebanyak 100 ekor lembu Encik Musa menternak. Soalan 4 Pilih ayat susunan songsang yang betul. 4. A Syarikat mereka semakin berjaya dan maju. B Semakin berjaya dan maju syarikat mereka. C Semakin berjaya dan maju mereka syarikat. D Semakin berjaya dan maju mereka dan syarikat. Soalan 5 Pilih ayat aktif yang betul. 5. A Cemas beliau berasa. B Sungguh laris jualannya itu. C Kita haruslah menabung wang. D Wang belanja itu dibelanjakannya secara berhemat. Soalan 6 Pilih ayat pasif yang betul. 6. A Azli menyimpan wang di bank. B Beliaulah pengasas syarikat itu. C Anis membantu ibunya membuat kek cawan. D Bengkel keusahawanan itu disertainya pada minggu lepas. © Sasbadi Sdn. Bhd.
28 Bahagian A B. Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 1. Bagaimanakah wang simpanan dapat digunakan untuk masa depan? A Digunakan apabila ditimpa penyakit B Digunakan untuk menampung kos rawatan C Digunakan apabila dimasukkan ke hospital D Digunakan ketika hendak menyambung pelajaran ke menara gading 2. Kita boleh menyimpan wang di dalam tabung atau disimpan di bank. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A helai. C ketul. B buah. D batang. 3. Perkataan melatih dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A menjaga. C membantu. B mendidik. D memelihara. 4. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Adli akan menyambung pelajaran ke menara gading. B Kita akan bersikap boros jika menyimpan wang di bank. C Wang simpanan dapat digunakan untuk membeli peralatan hospital. D Ganesh dan Adli menyedari kepentingan amalan menabung dan menyimpan wang. “Ganesh, amalan menabung dan menyimpan wang banyak kepentingannya,” kata Adli. “Ya, betul kata kamu, Ganesh. Wang yang disimpan dapat kita gunakan untuk masa depan kita, misalnya jika kita hendak menyambung pelajaran ke menara gading,” kata Adli pula. “Jika berlaku kecemasan, wang simpanan juga dapat kita gunakan. Contohnya, jika kita dimasukkan ke hospital akibat penyakit, kita dapat menggunakan wang simpanan untuk menampung kos rawatan,” kata Ganesh. “Jadi, kita hendaklah rajin menyimpan wang. Secara tidak langsung, kita melatih diri kita supaya tidak bersikap boros,” kata Adli. “Ya, betul. Kita boleh menyimpan wang di dalam tabung atau disimpan di bank,” kata Ganesh lagi. melatih diri supaya tidak menjadi boros menyimpan wang demi masa depan digunakan ketika berlaku kecemasan Kepentingan Amalan Menabung dan Menyimpan Wang © Sasbadi Sdn. Bhd.
33 Nama: Kelas: Tarikh: BAHASA MELAYU [011] Satu jam lima belas minit 1. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan. Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Guru Besar apabila melihat semua warga sekolah bekerjasama untuk menjayakan program Hari Integriti itu. A hati batu B kata hati C hati emas D senang hati 2. Murid-murid itu sedang untuk membuat persembahan semasa Karnival Kebudayaan dan Kesenian nanti. A pelatih B latihan C terlatih D berlatih Soalan 3 3. Pilih ayat yang betul. A Amboi, begitu cara bermain chaturanga! B Puan Mariam dijual hasil kraf tangannya secara dalam talian. C Harap sila beratur semasa hendak membeli makanan di kantin. D Encik Wagiman mencipta trak pelbagai guna dengan menggunakan barangan terpakai. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK © Sasbadi Sdn. Bhd.
35 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BENGKEL USAHAWAN CILIK Yuran penyertaan: RM30.00 seorang Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 014-6732148 (Encik Zairi) Jom sertai bengkel ini untuk mengasah bakat keusahawanan anda. Program cuti sekolah BAHAN 2 Kakak Nurin membuka Facebook melalui telefon bimbitnya. Dia ternampak iklan tentang bengkel usahawan cilik. Dia menunjukkan iklan itu kepada adiknya. “Nurin, lihat, bengkel usahawan cilik ini akan diadakan pada cuti sekolah nanti. Kakak mencadangkan kamu menyertai bengkel usahawan cilik ini. Dengan menyertai bengkel ini, kamu dapat mengasah bakat keusahawanan kamu,” kata kakak Nurin. “Wah, menariknya! Di manakah bengkel usahawan cilik ini akan diadakan, kakak?” tanya Nurin. “Bengkel ini akan diadakan tidak jauh dari tempat tinggal kita, iaitu di Dewan Usahawan Kajang. Yuran yang dikenakan juga berpatutan. Jika kamu berminat, kakak akan mendaftarkan nama kamu,” kata kakak Nurin. Nurin bersetuju untuk menyertai bengkel usahawan cilik itu. Kakak Nurin menghubungi Encik Zairi untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bengkel itu. © Sasbadi Sdn. Bhd.
36 7. Mengapakah kakak Nurin mencadangkan Nurin menyertai bengkel usahawan cilik itu? A Kerana yuran penyertaan bengkel itu berpatutan B Supaya Nurin dapat mengasah bakat keusahawanannya C Kerana bengkel itu diadakan dekat dengan tempat tinggal mereka D Supaya Nurin dapat mengisi masa lapang semasa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah 8. Kakak Nurin membuka Facebook melalui telefon bimbitnya. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. B utas. C buah. D bentuk. 9. Perkataan mengasah dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A mengesan. B menggilap. C mendorong. D menyokong. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Nurin tidak bersetuju untuk menyertai bengkel usahawan cilik itu. B Kakak Nurin melihat iklan bengkel usahawan cilik itu di Facebooknya. C Bengkel usahawan cilik itu akan berlangsung sepanjang cuti sekolah. D Nurin menghubungi Encik Zairi untuk mendapat maklumat lanjut tentang bengkel usahawan cilik itu. © Sasbadi Sdn. Bhd.
42 Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. KARNIVAL KEBUDAYAAN DAN KESENIAN © Sasbadi Sdn. Bhd.
© Sasbadi Sdn. Bhd. 198501006847 J1 PRAKTIS TOPIK KENDIRI Bahasa Melayu SJKC 6B KSSR Semakan JAWAPAN TEMA 5: Integriti Tatabahasa Bahagian A 1. C 2. A 3. B 4. A 5. C 6. C Bahagian B A. 1. Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Penduduk Taman Sentosa berlangsung dengan gilang-gemilangnya. 2. Puan Rozita menghidangkan lauk-pauk yang enak kepada tetamu yang datang ke rumahnya. 3. Penonton bersorak-sorai semasa menyaksikan persembahan murid-murid yang sangat menghiburkan itu. 4. Kami memasang reben dan menggantung belon yang berwarna-warni untuk menghias dewan. B. 1. halwa mata tanda mata ✓ 2. tangan terbuka langkah kanan ✓ 3. otak kering otak cair ✓ 4. putih hati bulat suara ✓ Pemahaman Bahagian A A. 1. D 2. B 3. C B. 1. C 2. D 3. B 4. B Bahagian B 1. (a) rumah (b) Adib tetap jujur dan memberitahu gurunya bahawa dia tertinggal buku latihannya di rumah. (c) Adib berasa susah hati. Dia sangat risau jika dia akan dimarahi oleh gurunya akibat tidak dapat menyerahkan buku latihannya. (d) Berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan itu lagi Adib. ✓ Kesalahan itu berjanji tidak akan melakukan Adib lagi. 2. Saya akan mengambil telefon bimbit itu. Kemudian, saya akan bergegas untuk mendapatkan wanita itu. Saya akan memberitahu wanita itu bahawa telefon bimbitnya tertinggal di atas meja dan menyerahkan telefon bimbit itu kepada wanita itu semula. Penulisan Penulisan Perenggan 1. kita dipercayai oleh semua orang 2. belajar dengan bersungguh-sungguh 3. menghormati guru agar kita disayangi oleh guru 4. mematuhi peraturan agar kita menjadi insan yang bertanggungjawab Penulisan Karangan 1. berbincang untuk menyertai pameran tersebut. 2. mengemas dan menghias gerai pameran mereka 3. kedatangan pengunjung dengan senyuman yang manis 4. memberikan penerangan tentang perangkap lalat yang mereka hasilkan kepada pengunjung 5. mengemas gerai pameran mereka TEMA 6: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Tatabahasa Bahagian A 1. B 2. A 3. A 4. A 5. D © Sasbadi Sdn. Bhd.
© Sasbadi Sdn. Bhd. 198501006847 J5 PRAKTIS TOPIK KENDIRI Bahasa Melayu SJKC 6B KSSR Semakan Selain itu, acara lain turut diadakan semasa Hari Kantin itu, iaitu kuiz keusahawanan, gerai tercantik, cabutan bertuah, dan pemeriksaan kesihatan. Banyak murid dan ibu bapa menyertai acara-acara tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar kepada para pemenang. Hari Kantin tamat pada pukul 1:00 tengah hari. Sebelum bersurai, peserta gerai jualan membersihkan tapak jualan masing-masing. Banyak manfaat yang dapat diperoleh melalui program Hari Kantin ini. Guru Besar berharap agar program ini dapat membantu untuk melahirkan murid yang berminat dalam bidang keusahawanan. Disediakan oleh, 26 SEPTEMBER 2023. Wong Lai Nee (WONG LAI NEE) Setiausaha Hari Kantin, SJKC Damansara. Karangan Tidak Berformat (Keperihalan) Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin. Kelab saya, iaitu Kelab Keusahawanan turut membuka gerai jualan semasa Hari Kantin ini. Kami telah menghias gerai kami dengan hiasan yang cantik dan menarik. Acara pembukaan dirasmikan oleh Guru Besar. Aktiviti jual beli bermula seawal pukul 8:00 pagi. Geraigerai jualan ditempatkan di pekarangan sekolah. Gerai kami menjual makanan dan minuman seperti mi goreng, nasi lemak, kek cawan, bebola goreng, dan pelbagai air minuman. Semua makanan telah siap dibungkus agar dapat memudahkan urusan jual beli. Banyak pengunjung datang membeli makanan dan minuman di gerai kami. Kami tidak menang tangan melayan para pembeli. Ketika pelanggan agak berkurang di gerai kami, saya mengambil kesempatan itu untuk mengunjungi gerai jualan yang lain. Ada gerai alat tulis, gerai buku dan majalah terpakai, gerai cenderamata, gerai aksesori pakaian wanita, dan lain-lain. Semua gerai mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung yang terdiri daripada warga sekolah dan ibu bapa murid-murid. Saya juga berkesempatan menyertai kuiz keusahawanan. Ada juga acara gerai tercantik, cabutan bertuah, dan pemeriksaan kesihatan. Banyak murid dan ibu bapa menyertai acara-acara tersebut. Gerai kami telah dinobatkan sebagai gerai tercantik. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar kepada para pemenang. Hari Kantin tamat pada pukul 1:00 tengah hari. Sebelum bersurai, kami dan para peserta gerai jualan membersihkan tapak jualan masing-masing. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Bahagian A 1. D 2. D 3. D 4. C 5. D 6. C 7. B 8. C 9. B 10. B Bahagian B 1. (a) Kajang (b) Ibu Hui Ting menyuruh Hui Ting duduk di zon keutamaan kerana terdapat tempat kosong di situ. (c) Hui Ting sedar bahawa amalan bertoleransi dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam hidup bermasyarakat. (d) Hui Ting memberikan tempat duduknya kepada ibu mengandung itu untuk dia terus bangun. Untuk memberikan tempat duduknya kepada ibu mengandung itu, Hui Ting terus bangun. ✓ 2. Jika saya dalam situasi Najiha, saya akan menjual rantai kunci. Hal ini demikian kerana rantai kunci dapat menarik minat rakan-rakan saya. Mereka boleh membeli rantai kunci itu untuk digantungkan pada beg sekolah mereka. Saya juga akan menjual rantai kunci itu dengan harga yang berpatutan supaya rakan-rakan saya mampu untuk membelinya. Bahagian C Kemajuan sains dan teknologi pada hari ini banyak membantu kehidupan manusia. Dengan adanya kapal terbang, manusia dapat pergi ke tempat yang jauh dalam masa yang singkat. Dron penyembur racun memudahkan petani melakukan kerja-kerja semburan racun serangga di sawah. Komputer dan Internet membolehkan pembelajaran dan pengajaran dilakukan secara dalam talian. Penciptaan mesin MRI pula membolehkan doktor dan penyelidik perubatan mengesan penyakit di dalam tubuh. Kesimpulannya, kemajuan sains menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mudah. © Sasbadi Sdn. Bhd.