The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jumlah halaman: 88
Harga: RM9.50 (WM) / RM10.50 (EM)
- Buku Utama: Pentaksiran Formatif, iaitu latihan berdasarkan DSKP, dapat digunakan sebagai latihan dalam kelas (PdP)
- Buku Sisipan: Pentaksiran Sumatif, iaitu ujian topikal/bulanan dan termasuk juga Ujian Akhir Sesi Akademik yang ditulis berdasarkan format UASA
- Semua latihan disusun mengikut urutan buku teks
- Semua latihan saling melengkapi dengan buku teks
- Buku Sisipan bertebuk agar mudah dikoyakkan untuk disimpan dalam bentuk fail
- Kod QR audio dilampirkan
- Merangkumi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Peta i-THINK
- Bahan PdP percuma yang disediakan dalam Google Drive

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Daya, 2023-06-22 04:12:41

MODUL AKTIVITI INTERAKTIF PBD BAHASA MELAYU SJKC 5B KSSR SEMAKAN

Jumlah halaman: 88
Harga: RM9.50 (WM) / RM10.50 (EM)
- Buku Utama: Pentaksiran Formatif, iaitu latihan berdasarkan DSKP, dapat digunakan sebagai latihan dalam kelas (PdP)
- Buku Sisipan: Pentaksiran Sumatif, iaitu ujian topikal/bulanan dan termasuk juga Ujian Akhir Sesi Akademik yang ditulis berdasarkan format UASA
- Semua latihan disusun mengikut urutan buku teks
- Semua latihan saling melengkapi dengan buku teks
- Buku Sisipan bertebuk agar mudah dikoyakkan untuk disimpan dalam bentuk fail
- Kod QR audio dilampirkan
- Merangkumi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Peta i-THINK
- Bahan PdP percuma yang disediakan dalam Google Drive

Keywords: 5B,PBD,DSKP,Sumatif,Formatif,Bahasa Melayu,Sasbadi

iii KANDUNGAN BUKU UTAMA: PENTAKSIRAN FORMATIF PENGENALAN FORMAT UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK iv TEMA 5 Lestarikan Alam 1 – 12 • Unit 13: Cintailah Alam Kita 1 – 4 • Unit 14: Celik Alam Sekitar 5 – 8 • Unit 15: Amalan Lestari Hijau 9 – 12 TEMA 6 Pertanian dan Penternakan 13 – 22 • Unit 16: Berjaya dalam Pertanian dan Penternakan 13 – 16 • Unit 17: Produk Pertanian dan Penternakan Audio 17 – 18 • Unit 18: Teknologi dalam Pertanian dan Penternakan Audio Video 19 – 22 TEMA 7 Bersama Menjanakan Pendapatan 23 – 34 • Unit 19: Perniagaan Sumber Rezeki 23 – 26 • Unit 20: Usahawan Berjaya 27 – 30 • Unit 21: Bijak Mengurus Wang 31 – 34 TEMA 8 Bijak Sains, Mesra Teknologi dan Inovasi 35 – 44 • Unit 22: Bermanfaatnya Sains 35 – 38 • Unit 23: Teknologi dalam Kehidupan 39 – 40 • Unit 24: Janakan Idea Kreatif dan Inovasi Audio 41 – 44 JAWAPAN J1 – J8 BUKU SISIPAN: PENTAKSIRAN SUMATIF UJIAN TOPIKAL/BULANAN: • Tema 5: Lestarikan Alam S1 – S6 UJIAN TOPIKAL/BULANAN: • Tema 6: Pertanian dan Penternakan S7 – S12 UJIAN TOPIKAL/BULANAN: • Tema 7: Bersama Menjanakan Pendapatan S13 – S18 UJIAN TOPIKAL/BULANAN: • Tema 8: Bijak Sains, Mesra Teknologi dan Inovasi S19 – S24 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK S25 – S32 © Sasbadi Sdn. Bhd.

iv PENGENALAN FORMAT UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Peperiksaan UPSR dimansuhkan pada tahun 2021. Selepas pemansuhan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan langkah-langkah untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sebahagian PBS yang berbentuk akademik, antaranya terbahagi kepada Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif. Pentaksiran Formatif: Pentaksiran berterusan sepanjang PdP Pentaksiran Sumatif: Pentaksiran yang dijalankan selepas satu peringkat PdP Antara langkah pemerkasaan PBS termasuklah murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 perlu menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik sebelum tamat sesi persekolahan setiap tahun. Format Ujian Akhir Sesi Akademik: Bahasa Melayu Tahun 4, 5, dan 6 BIL. PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis: Pemahaman dan Penulisan 2 Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRT) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 3 Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP Tatabahasa (3 – 5 soalan) Pemahaman petikan (5 – 7 soalan) (Teks tunggal dan teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRT Tatabahasa dan Pemahaman Petikan (3 – 5 soalan) Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb Penulisan Perenggan (1 soalan) Bahagian D (20 markah): SRTb Penulisan Karangan (1 soalan) 4 Markah 50 markah 5 Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit 6 Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis Kemahiran Menulis: • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 7 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi (5 : 3 : 2) 8 Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik Format dan Sumber Kertas Pentaksiran: Lembaga Peperiksaan, KPM © Sasbadi Sdn. Bhd.

UNIT13 Cin ailah Alam Ki a Tema 5: Lestarikan Alam SP 1.2.2 TP 1 2 3 4 5 6 Dengar dan sebut. Kemudian, simulasikan. SP: 1.2.2 Kebaikan Penggunaan Pengangkutan Awam Joon Xian: Kawan-kawan, kita digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam seperti bas, Transit Laju Massa (MRT), dan sebagainya. Penggunaan pengangkutan awam dapat (1) Fahmi: Betul itu. Penggunaan pengangkutan awam dapat (2) Loges: Selain itu, penggunaan pengangkutan awam dapat (3) Mendengar dan Bertutur Buku Teks: m.s. 83 mengurangkan pencemaran udara – pengurangan penggunaan kenderaan persendirian – mengurangkan pelepasan asap mengurangkan pencemaran bunyi kenderaan – bunyi enjin dan hon kenderaan – bunyi bising – jumlah kenderaan berkurang mengurangkan kesesakan lalu lintas – MRT dapat membawa banyak penumpang – tidak perlu menggunakan kenderaan persendirian – jalan raya tidak sesak 1 Nama: ................................................................ Kelas: ................................... Tarikh: ............................... © Sasbadi Sdn. Bhd.

SP 3.2.1 TP 1 2 3 4 5 6 Teliti bahan multimedia di bawah ini. Kemudian, tulis ayat untuk menyatakan pendapat. SP: 3.2.1 Gotong-royong di Taman Bakawali Pada hujung minggu yang lalu, penduduk Taman Bakawali bergotong-royong untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan taman perumahan mereka. Mereka membawa peralatan seperti cangkul, penyapu, pencakar, dan sebagainya dari rumah masing-masing. Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing. Seorang daripada penduduk telah merakam gambar aktiviti tersebut. Menulis Buku Teks: m.s. 85 1. Pada pendapat kamu, bagaimanakah sikap penduduk Taman Bakawali terhadap alam sekitar? 2. Pada pendapat kamu, mengapakah para penduduk Taman Bakawali bekerjasama bagai aur dengan tebing? 3. Selain menanam pokok, bagaimanakah para penduduk Taman Bakawali dapat mengindahkan kawasan perumahan mereka? Aktiviti PAK-21: Peta i-THINK (i-THINK Map) 1. Murid berbincang tentang kepentingan memelihara alam sekitar. 2. Murid mencatat hasil perbincangan itu dalam peta bulatan. 3. Murid membentangkan maklumat di hadapan kelas. 3 Nama: ................................................................ Kelas: ................................... Tarikh: ............................... © Sasbadi Sdn. Bhd.

SP 2.3.1 TP 1 2 3 4 5 6 Membaca Seni Bahasa Buku Teks: m.s. 104 & 106 Baca cerita dan deklamasikan sajak. Kemudian, jawab soalan. SP: 2.3.1; 4.2.2 Pengusaha Tanaman Pokok Bunga Kantan Zhen Yang merupakan lulusan universiti dalam bidang pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM). Selepas tamat pengajian, dia mengusahakan tanah pusaka milik ibunya. Dia mengusahakan tanaman pokok bunga kantan. Zhen Yang memilih pokok bunga kantan kerana tanaman ini sukar diserang penyakit. Tanaman ini juga tidak disukai oleh haiwan atau serangga perosak kerana aromanya yang agak kuat. Walau bagaimanapun, untuk mengusahakan tanaman pokok bunga kantan, tempoh yang lama diperlukan untuk mendapatkan hasilnya. Secara keseluruhan, tanaman ini mengambil masa kira-kira dua tahun sebelum mula berbunga dan dapat dipetik. Kini, kesabaran Zhen Yang telah membuahkan hasil. Tanaman pokok bunga kantan miliknya mampu mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Dia mampu menjual antara 200 hingga 300 kuntum bunga kantan seminggu dengan harga yang tinggi. Bunga kantan jadi buruan ramuan penting dalam masakan Zhen Yang gembira bukan kepalang bunga kantannya sentiasa dipandang pendapatannya tidak terbilang. 1. Jelaskan maksud sajak di atas. 2. Berdasarkan petikan, buat rumusan tentang Zhen Yang. tanah pusaka: 祖传的土地 aroma: 香气 buruan: 追求物 ramuan: 配料 bukan kepalang: 非常 14 Nama: ................................................................ Kelas: ................................... Tarikh: ............................... © Sasbadi Sdn. Bhd.

SP 1.1.2 TP 1 2 3 4 5 6 UNIT17 Produk Per anian dan Pen ernakan Tema 6: Pertanian dan Penternakan Mendengar dan Bertutur Buku Teks: m.s. 108 Fahami maklumat dan berikan respons. SP: 1.1.2 Cara-cara Membuat Jem Nanas Kupas buah nanas dan potong kecilkecil. Kisar buah nanas dan tapis untuk mengasingkan serat nanas dengan jusnya. Masukkan serat nanas yang telah ditapis ke dalam periuk dan panaskan. Bubuh gula, sedikit garam, dan pewarna kuning ke dalam periuk. Kacau serat nanas di dalam periuk sehingga menjadi pekat. Tuangkan jem nanas ke dalam bekas dan biarkan biarkan sejuk. Aiman: Ibu, mari kita membuat jem nanas. Ketika berada di kampung, nenek mengajar saya cara-cara membuat jem nanas. Puan Zakia: Bagaimanakah cara membuat jem nanas, Aiman? Aiman: Mula-mula, kita mestilah (1) Puan Zakia: Betul itu, Aiman. Tujuannya adalah untuk memudahkan kita mengisar buah nanas tersebut. Setelah buah nanas dikisar, boleh kamu beritahu ibu langkah seterusnya? Aiman: Boleh, ibu. Setelah buah nanas dikisar, (2) Puan Zakia: Ya, Aiman. Selepas itu, masukkan serat nanas yang ditapis ke dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Apakah langkah yang berikutnya, Aiman? Aiman: Langkah yang berikutnya, kita perlulah (3) . Kemudian, kita harus (4) Puan Zakia: Bagus, Aiman. Kalau begitu, mari kita pergi ke pasar tani untuk membeli buah nanas. Audio 17 Nama: ................................................................ Kelas: ................................... Tarikh: ............................... Audio © Sasbadi Sdn. Bhd.

Menulis Buku Teks: m.s. 130 Tulis jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. SP: 3.2.2 Kedai Ikan Hiasan Encik Chia Encik Chia mengusahakan perniagaan ikan hiasan. Antara ikan hiasan yang dijual oleh beliau termasuklah ikan laga, ikan emas, ikan koi, dan ikan bandaraya. Selain itu, Encik Chia juga menjual akuarium dan makanan ikan. Encik Chia menjual ikan hiasan dalam pelbagai saiz. Beliau ada menjual ikan koi bersaiz kecil, sederhana, dan besar. Akuarium yang dijualnya terdapat dalam pelbagai saiz juga. Banyak pelanggan suka membeli ikan hiasan di kedai Encik Chia. Selain harganya yang agak murah, Encik Chia turut berkongsi cara-cara penjagaan ikan hiasan. Barangan yang dijual di kedainya juga berkualiti tinggi. 1. Mengapakah Encik Chia menjual ikan hiasan dalam pelbagai saiz? 2. Mengapakah Encik Chia berkongsi cara-cara penjagaan ikan hiasan dengan pelanggannya? 3. Nyatakan tindakan yang dapat dilakukan oleh Encik Chia supaya dapat menarik lebih banyak pelanggan ke kedainya. Berikan alasan. 29 SP 3.2.2 TP 1 2 3 4 5 6 Nama: ................................................................ Kelas: ................................... Tarikh: ............................... © Sasbadi Sdn. Bhd.

SP 2.2.1 TP 1 2 3 4 5 6 Baca petikan. Kemudian, jawab soalan. SP: 2.2.1; 5.3.4 Pembayaran secara Tunai atau secara Kredit? Pembayaran secara tunai bermaksud pembeli membuat pembayaran dengan wang tunai sebaik-baik sahaja menerima sesuatu barang. Pembeli akan membayar harga barang tersebut dengan lebih murah. Hal ini demikian kerana kaedah pembayaran secara tunai tidak melibatkan unsur faedah. Selain itu, pembeli dapat berbelanja secara bijak kerana mereka akan berbelanja mengikut jumlah wang yang ada. Pembayaran secara kredit pula bermaksud bayaran yang ditangguh untuk satu tempoh masa tertentu tetapi pembeli boleh menggunakan barangan yang dibeli sebelum barangan tersebut selesai dibayar. Dapat meringankan beban kewangan pembeli kaedah pembayaran secara kredit. Hal ini dikatakan demikian kerana bayaran dapat dibuat secara ansuran. Namun begitu, pembeli yang menggunakan kaedah pembayaran secara kredit terpaksa membayar jumlah yang lebih tinggi kerana dikenakan faedah. 1. Apakah maksud pembayaran secara kredit? 2. Sebagai pembeli, kaedah manakah yang akan kamu gunakan? Mengapa? 3. Tukar ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang dan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa. Ayat Susunan Biasa Ayat Susunan Songsang (i) Pembeli akan membayar harga barangan dengan lebih murah. (ii) Dapat meringankan beban kewangan pembeli kaedah pembayaran secara kredit. Membaca Tatabahasa Buku Teks: m.s. 134 & 137 faedah: 利息 ditangguh: 被推迟 beban: 负担 ansuran: 分期付款 33 Nama: ................................................................ Kelas: ................................... Tarikh: ............................... © Sasbadi Sdn. Bhd.

SP 3.3.1 TP 1 2 3 4 5 6 Tulis karangan keperihalan berdasarkan maklumat yang diberikan. SP: 3.3.1 Pameran Teknologi Terkini reruai – pelbagai agensi – pameran 5G, kecerdasan buatan, teknologi realiti maya, dan Internet benda – merasai pengalaman – menggunakan aplikasi – Pameran Teknologi Terkini pameran teknologi robotik – membantu tugasan manusia – robot penghantar – menghantar makanan – ubat-ubatan – pesakit – memiliki kamera – sistem bunyi – mudah dikawal mendengar taklimat – pakar teknologi – berkongsi maklumat – teknologi terkini – semakin berkembang – memberikan kebaikan – sektor ekonomi Pada minggu lepas, kami sekeluarga berkunjung ke Pameran Teknologi Terkini. Pameran itu diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia. Saya berasa sangat gembira kerana banyak mendapat maklumat dan pengetahuan baharu. Saya semakin meminati bidang sains dan teknologi. Menulis Buku Teks: m.s. 150 & 151 40 Nama: ................................................................ Kelas: ................................... Tarikh: ............................... © Sasbadi Sdn. Bhd.

Baca petikan. Kemudian, nyatakan pertimbangan dan keputusan. SP: 2.2.1 Tudung Saji Tudung saji yang digunakan oleh Puan Yee telah rosak. Puan Yee mahu membeli tudung saji baharu secara dalam talian. Dia mencari maklumat tentang jenis-jenis tudung saji. Tudung Saji Boleh Lipat Tudung saji boleh lipat ini berbentuk heksagon. Tudung saji ini terdapat dalam pelbagai corak dan warna. Tudung saji ini mempunyai rangka pada bahagian dalamnya supaya dapat dilipat. Bahagian dalam tudung saji ini juga mempunyai lapisan aluminium yang berfungsi untuk mengelakkan makanan daripada cepat sejuk. Bahagian luarnya pula dibuat daripada bahan kalis air. Pengguna hanya perlu menarik tali yang terdapat pada bahagian atas tudung saji untuk melipat tudung saji ini. Tudung Saji Bertingkat Tudung saji bertingkat ini terdapat dalam tiga, empat, dan lima tingkat. Tudung saji bertingkat ini dibuat daripada plastik. Kebiasaannya, tudung saji bertingkat ini berwarna lut sinar supaya pengguna dapat melihat makanan yang disimpan di dalamnya. Tudung saji bertingkat ini dapat menjimatkan ruang. Hal ini demikian kerana saiz tudung saji bertingkat ini tidak terlalu besar, dapat dipisahkan, dan dapat disusun semula secara bertingkat. Tudung saji bertingkat ini juga kedap udara dan membolehkan makanan yang disimpan tahan lama. 1. Mengapakah Puan Yee mahu membeli tudung saji baharu? 2. Jika diberi pilihan untuk membeli satu daripada tudung saji tersebut, tudung saji yang manakah yang akan kamu beli? Nyatakan sebab. SP 2.2.1 TP 1 2 3 4 5 6 Membaca Buku Teks: m.s. 155 42 Nama: ................................................................ Kelas: ................................... Tarikh: ............................... © Sasbadi Sdn. Bhd.

TATABAHASA 1. Lim Wei pada keindahan Pulau Perhentian itu. A ada hati C jatuh hati B jauh hati D ambil hati Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini. 2. Wani mahu membeli rantai kunci sebagai untuk kawan baiknya. A tanda mata C halwa mata B gelap mata D cahaya mata 3. Seekor hinggap pada ranting pokok bunga ros milik Puan Geena. A kekura B lelabah C pepatung D sesumpah C. Gariskan kata ganda berentak yang terdapat dalam ayat yang diberikan. 5. Renjer Asri sudah mahir dengan selok-belok di hutan simpan itu. 6. Puan Husna memasukkan saki-baki makanan itu ke dalam tong kompos. 7. Pembalak haram itu lari lintang-pukang apabila dikejar oleh pihak berkuasa. 8. Morgan ulang-alik ke sekolah pada setiap hari dengan menunggang basikal. 9. Suasana ketika pameran kereta elektrik itu hiruk-pikuk dengan suara pengunjung. 10. Pak Husin menanam anak-anak pokok mangga kerana tanah-tanih di kawasan itu subur. Buku Teks: M.S. 1 – 20 Ujian Topikal/Bulanan Tema 5: Lestarikan Alam Buku Teks: m.s. 82 – 101 A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. B. Pilih ayat yang betul. 4. A Kelip-kelip di dalam sungai itu mati apabila sungai itu dicemari sisa-sisa toksik. B Mata-mata itu sedang mengintip gerak-geri pelombongpelombong haram. C Mereka baring-baring di kerusi yang disediakan di taman itu selepas aktiviti gotong-royong. D Pekerja-pekerja Kampung Seri Aman membincangkan masalah pencemaran bauksit di kampung mereka. S1 Nama: ................................................................ Kelas: ................................... Tarikh: ............................... © Sasbadi Sdn. Bhd.

PEMAHAMAN Bahagian A A. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sistem akuaponik ialah sistem yang menggabungkan penanaman tumbuhan dan akuakultur. Sistem akuaponik dilakukan bertujuan untuk mengekalkan kualiti air, menjimatkan ruang, dan menghasilkan dua jenis makanan secara serentak. Sistem akuaponik dapat dilaksanakan dengan dua cara. Cara yang pertama ialah akuaponik secara takungan yang menggunakan bekas yang sama untuk ikan dan tanaman. Dengan menggunakan cara ini, ikan dipelihara di dalam bekas manakala tanaman berada di atas permukaan air dengan akar yang terendam. Cara yang kedua ialah akuaponik secara kitaran yang menggunakan dua bekas, iaitu bekas ikan dan bekas tanaman berasingan. Tanaman yang sesuai ditanam dengan menggunakan sistem ini termasuklah sawi dan bayam. Ternakan yang sesuai diternak pula adalah seperti tilapia, baung, patin, dan keli. 1. Apakah sistem akuaponik? A Sistem penanaman tumbuhan di kebun B Sistem penternakan ikan di dalam kolam C Sistem yang menggabungkan penanaman tumbuhan dan akuakultur D Sistem penanaman tumbuhan dan ternakan ikan yang dilakukan secara berasingan 2. Bagaimanakah akuaponik secara takungan dilaksanakan? A Ikan dan tanaman diletakkan di dalam bekas yang berasingan. B Tanaman terendam di dalam air manakala ikan timbul di atas permukaan air. C Ikan dipelihara di dalam bekas manakala akar tanaman di atas permukaan air. D Ikan dipelihara di dalam bekas manakala tanaman berada di atas permukaan air dengan akar yang terendam. 3. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Terdapat akuaponik secara takungan dan akuaponik secara kitaran. B Hanya ikan keli yang sesuai diternak menggunakan sistem akuaponik. C Sawi dan bayam tidak sesuai ditanam menggunakan sistem akuaponik. D Sistem akuaponik secara kitaran menggunakan bekas yang sama untuk ikan dan tanaman. 4. Yang berikut merupakan tujuan pelaksanaan sistem akuaponik kecuali A menjimatkan ruang. B mengekalkan kualiti air. C memastikan tanaman tumbuh dengan cepatnya. D menghasilkan dua jenis makanan secara serentak. S8 © Sasbadi Sdn. Bhd.

Bahagian B Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kini, banyak ibu bapa membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak-anak mereka seawal usia satu tahun. SSPN merupakan skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpanan SSPN dijamin oleh kerajaan. Selain itu, pelbagai pilihan pakej simpanan yang mampu milik ditawarkan oleh SSPN. Pengguna juga mendapat pulangan simpanan berbentuk dividen tahunan dan perlindungan takaful. Sila buka akaun SSPN untuk anak-anak anda kerana banyak manfaatnya. 1. (a) Banyak ibu bapa membuka untuk anak-anak mereka. (b) Apakah SSPN? (c) Gariskan kata perintah yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Sila buka akaun SSPN untuk anak-anak anda kerana banyak manfaatnya. (d) Pilih dan tandakan ( ✓ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Selain itu, pelbagai pilihan pakej simpanan yang mampu milik ditawarkan oleh SSPN. Selain itu, pilihan pakej simpanan yang pelbagai mampu milik SSPN tawarkan. Selain itu, SSPN menawarkan pelbagai pilihan pakej simpanan yang mampu milik. Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2. Rakan baik kamu selalu membeli barangan yang mahal. Dia menggunakan wang simpanannya untuk membeli barangan tersebut. Namun begitu, barubaru ini dia mengadu bahawa duit simpanannya semakin berkurang. Apakah nasihat yang dapat kamu berikan kepada rakan baik kamu itu? S16 © Sasbadi Sdn. Bhd.

B. Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Zaid sedang makan burger. Tibatiba, dia mengaduh kesakitan. Ruparupanya, Zaid sakit gigi dan gusinya pula bengkak. Encik Khai mahu membawa Zaid ke klinik pergigian. Dia membuat janji temu pergigian melalui aplikasi MySejahtera. Dengan membuat janji temu pergigian melalui aplikasi MySejahtera, Encik Khai dapat memilih lokasi klinik pergigian yang dikehendaki. Dia juga dapat memilih tarikh janji temu. Penggunaan aplikasi ini memang memudahkan orang ramai. 1. Rupa-rupanya, Zaid sakit gigi dan gusinya pula bengkak. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. C bentuk. B bilah. D batang. 2. Langkah keempat untuk melakukan janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian ialah A memilih tarikh temu janji. B memilih lokasi klinik pergigian. C memilih diri sendiri atau tanggungan. D memilih perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pergigian. 3. Perkataan lokasi dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A bekas. C tempat. B ruang. D pekarangan. 4. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Zaid mengaduh kesakitan ketika makan burger. B Penggunaan aplikasi MySejahtera memudahkan orang ramai. C Terdapat enam langkah untuk membuat janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian. D Encik Khai tidak dapat dapat memilih tarikh janji temu pergigian apabila membuat janji temu melalui aplikasi MySejahtera. Janji Temu Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian Melalui Aplikasi MySejahtera Dapatkan janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian anda sekarang. Langkah-langkah: 1. Buka aplikasi MySejahtera 2. Pilih janji temu 3. Pilih diri sendiri atau tanggungan 4. Pilih perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pergigian 5. Pilih lokasi klinik pergigian 6. Pilih tarikh janji temu S21 © Sasbadi Sdn. Bhd.

Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Encik Chan membawa keluarganya di Bukit Larut. A ada angin B naik angin C makan angin D kepala angin Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini. 2. Pak Idris duduk berehat di itu sambil melihat tanaman sayurnya. A bebalai B bebuluh C bebendul D bebenang Soalan 3 3. Pilih jawapan yang betul. A Murugan menghantar motosikalnya ke bengkel untuk membaiki. B Syatila membaca maklumat tentang pembaikan tanaman herba. C Li Li belajar cara-cara mengeluarkan wang di Mesin Teler Automatik (ATM). D Puan Saodah sedang mensiapkan kuih baulu yang dipesan oleh pelanggannya. PENCAPAIAN Markah TP UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Bahagian A 10 Nama: ................................................................ Kelas: ................................... Tarikh: ............................... S25 © Sasbadi Sdn. Bhd.

20 Bahagian D Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. PENTERNAKAN LEMBU TENUSU [20 markah] S32 © Sasbadi Sdn. Bhd.

J1 PENTAKSIRAN FORMATIF TEMA 5: LESTARIKAN ALAM UNIT 13: Cintailah Alam Kita Mendengar dan Bertutur (M. S. 1) 1. mengurangkan pencemaran udara. Hal ini demikian kerana pengurangan penggunaan kenderaan persendirian akan mengurangkan pelepasan asap ke udara. 2. mengurangkan pencemaran bunyi kenderaan juga. Bunyi enjin dan bunyi hon kenderaan menyebabkan bunyi bising. Dengan menggunakan pengangkutan awam, jumlah kenderaan di jalan raya berkurang seterusnya pencemaran bunyi dapat diatasi. 3. mengurangkan kesesakan lalu lintas. Misalnya, MRT dapat membawa banyak penumpang. Oleh itu, orang ramai tidak perlu menggunakan kenderaan persendirian. Keadaan ini akan menyebabkan jalan raya tidak sesak dengan kenderaan. Membaca (M. S. 2) 1. Maklumat Tersirat: Para peserta banyak memperoleh pengetahuan baharu. 2. Respons: Tumbuh-tumbuhan herba harus dipelihara kerana dapat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. 3. Maklumat Tersirat: Sungai itu bebas daripada pencemaran. 4. Respons: Jika sungai tercemar, hidupan akuatik akan mati dan sungai menjadi kotor serta berbau busuk. Menulis (M. S. 3) 1. Pada pendapat saya, penduduk Taman Bakawali prihatin dan mementingkan kebersihan dan keindahan alam sekitar. 2. Pada pendapat saya, para penduduk Taman Bakawali bekerjasama bagai aur dengan tebing supaya segala kerja yang dilakukan oleh mereka cepat selesai. 3. Selain menanam pokok, para penduduk Taman Bakawali dapat mengindahkan kawasan perumahan mereka dengan menanam rumput hiasan dan membina pintu gerbang di jalan masuk kawasan perumahan mereka. Menulis, Tatabahasa (M. S. 4) 1. untuk menarik lebih banyak pengunjung bercuti di situ di samping memberikan peluang kepada mereka untuk merasai pelbagai pengalaman melalui aktiviti yang disediakan. 2. mewujudkan peraturan kepada para pengunjung seperti melarang pengunjung merosakkan landskap, menoreh batang pokok, dan memetik daun pokok. 3. jatuh hati 4. ringan tulang 5. puas hati UNIT 14: Celik Alam Sekitar Mendengar dan Bertutur (M. S. 5) 1. Hari Alam Sekitar Negara disambut pada 21 Oktober pada setiap tahun di negara kita. 2. Sambutan Hari Alam Sekitar Negara itu diadakan adalah untuk mengajak masyarakat agar bersama-sama meraikan semangat kecintaan terhadap alam sekitar. 3. pertandingan reka cipta, pengumpulan bahan buangan elektrik dan elektronik, dan pameran kenderaan elektrik. Membaca (M. S. 6) 1. melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi 2. perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran 3. menyedari dan menghayati sesuatu 4. perbuatan yang selalu dilakukan 5. berasaskan atau menurut sistem 6. bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan dan sebagainya Membaca, Seni Bahasa (M. S. 7) 1. berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara 2. pendiam 3. setelah ditimpa musibah, baru hendak bertindak 4. menasihati seseorang tetapi tdak memberikan kesan 5. turut serta atau mencampuri urusan orang lain 6. orang yang mengikut hawa nafsu tanpa berfikir akan musnah akhirnya Menulis, Tatabahasa (M. S. 8) 1. minyak-minyak 2. lelaki 3. cecair 4. bekas-bekas 5. produk-produk 6. akan merosakkan ekosistem, menyebabkan pencemaran sungai, dan membuatkan paip serta longkang tersumbat. 7. Ya, ibu. Kita wajar menggalakkan orang ramai mengumpulkan minyak masak terpakai kerana perbuatan tersebut dapat menyelamatkan alam sekitar, menghasilkan produk baharu, dan menambah pendapatan. UNIT 15: Amalan Lestari Hijau Mendengar dan Bertutur (M. S. 9) sediakan bekas yang berlubang pada bawahnya. Lubang tersebut berfungsi untuk pengudaraan. Kemudian, masukkan tanah dan sisa makanan seperti tulang ikan, nasi, dan sebagainya. Seterusnya, siram sisa makanan di dalam bekas tersebut dengan air. Tutup bekas tersebut rapat-rapat agar tidak diselongkar oleh haiwan. Pada setiap minggu, gaul dan siram sisa makanan dengan air. Lakukan selama lima minggu. Selepas lima minggu, sisa makanan akan menjadi baja kompos. Kita bolehlah menggunakan baja kompos itu untuk apa-apa tanaman. Membaca (M. S. 10) Jika saya Puan Geeta, peti sejuk yang akan saya pilih ialah peti sejuk berjenama Hisea. Hal ini demikian kerana label kecekapan pada mesin basuh itu ialah lima bintang. Perkara ini akan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di rumah saya. Saya tidak perlu membayar bil elektrik yang tinggi pada setiap bulan. Selain itu, harga bagi peti sejuk tersebut berpatutan. Saya dapat menjimatkan perbelanjaan saya. Menulis (M. S. 11) 1. Mengamalkan kitar semula 2. Tidak menggunakan beg plastik sekali guna 3. Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik 4. Menggunakan air dengan cermatnya 5. Mengamalkan gaya hidup lestari Menulis, Tatabahasa (M. S. 12) 1. segar-bugar 2. tindak-tanduk 3. serta-merta 4. lambat-laun JAWAPAN © Sasbadi Sdn. Bhd.

J5 Kesalahan Pembetulan (v) Namun begitu, satu tempahan sahaja setiap bulan ayah saya menerima. Namun begitu, ayah saya menerima satu tempahan sahaja setiap bulan. 2. Ayat Aktif Ayat pasif (i) Ayah saya membuat perabotperabot ini. Perabot-perabot ini dibuat oleh ayah saya. (ii) Ayah saya menerima tempahan perabot daripada kayu palet. Tempahan perabot daripada kayu palet diterima oleh ayah saya. PENTAKSIRAN SUMATIF UJIAN TOPIKAL/BULANAN TEMA 5: LESTARIKAN ALAM TATABAHASA A. 1. C 2. A 3. C B. 4. B C. 5. selok-belok 6. saki-baki 7. lintang-pukang 8. ulang-alik 9. hiruk-pikuk 10. tanah-tanih PEMAHAMAN Bahagian A A. 1. A 2. A 3. A 4. C B. 1. B 2. B 3. C 4. D Bahagian B 1. (a) titian kanopi (b) Aktiviti yang dilakukan oleh Izuan sekeluarga di Santuari Ikan Kelah ialah mandi-manda bersamasama dengan ikan kelah dan memberi ikan-ikan kelah itu makan. (c) Mereka dapat melihat pepohon di situ dari paras ketinggian 50 meter. (d) Berjaya menangkap ayah Izuan seekor ikan kelah yang besar. Seekor ikan kelah yang besar berjaya ditangkap oleh ayah Izuan. ✓ 2. Tindakan yang perlu diambil oleh Encik Raju termasuklah memasang alat penyaman udara pada suhu yang sederhana sahaja. Selain itu, Encik Raju tidak perlu memasang penyaman udara jika cuaca tidak panas sebaliknya hanya menggunakan kipas angin. PENULISAN Penulisan Perenggan 1. mengelakkan pencemaran udara daripada berlaku 2. mengelakkan pencemaran bunyi 3. minyak petrol untuk bergerak. Penulisan Karangan 1. menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan sungai 2. mengagihkan tugas kepada kami 3. membawa beberapa peralatan 4. kami menjalankan tugas masing-masing 5. kawasan sungai kembali bersih 6. mengucapkan terima kasih kepada para penduduk TEMA 6: PERTANIAN DAN PENTERNAKAN TATABAHASA A. 1. B B. 2. C C. 3. B D. 4. C E. 5. Amboi, lembut dan sedapnya isi buah durian ini! ✓ 6. Wahai Jia Heng, lihatlah ikan-ikan yang pak cik ternak ini! ✓ 7. Nah, banyaknya tumbuhan herba yang ditanam oleh ibu kamu! 8. Aduh, itulah pokok anggur Brazil yang diceritakan oleh Najah! PEMAHAMAN Bahagian A A. 1. C 2. D 3. A 4. C B. 1. D 2. B 3. C 4. A Bahagian B 1. (a) enam (b) Pak Uda Hamid memasang jaring di sekeliling sangkar dan di bahagian bawah sangkar untuk membolehkan peredaran air sungai berlaku secara semula jadi. (c) “Amboi, banyaknya ikan patin yang diternak oleh pak uda!” kata Zarif. (d) Pak Uda Hamid menyatakan bahawa terdapat kira-kira 2000 ekor ikan patin di dalam setiap sangkar. ✓ Pak Uda Hamid bertanya sama ada terdapat kira-kira 2000 ekor ikan patin di dalam setiap sangkar. 2. Ya, Nita perlu menghantar kucing-kucingnya ke hotel kucing agar keselamatan kucing-kucingnya terjamin. Selain itu, kesihatan kucing-kucingnya terjaga juga. Kucing-kucingnya akan berasa selesa kerana hotel kucing banyak mempunyai kemudahan. PENULISAN Penulisan Perenggan tidak mudah berputus asa. Petani yang berjaya akan sentiasa mencuba untuk mencapai kejayaan walaupun gagal berkalikali. Selain itu, petani yang berjaya berani menghadapi cabaran. Dia juga mempunyai matlamat yang jelas. Dengan demikian, dia dapat fokus pada matlamatnya Penulisan Karangan Produk daripada biri-biri yang paling popular ialah susu. Susu itu diproses menjadi susu tepung dan susu segar. Pada setiap pagi, saya minum susu segar kerana banyak khasiatnya. Selain itu, daging biri-biri dapat dijadikan makanan seperti sate dan kari. Saya sangat menggemari sate biri-biri kerana rasanya sungguh enak. © Sasbadi Sdn. Bhd.

Sasbadi Group SASBADI https://bit.ly/3P1xCxO Nama Nama Kelas Kelas Sekolah Sekolah Siri Modul Aktiviti Interaktif PBD KSSR Semakan diterbitkan khusus untuk memenuhi keperluan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) khususnya Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, kandungan siri ini dirancang dan digubal agar menepati kehendak PBD – Pentaksiran Berterusan (DSKP) dan Pentaksiran Sumatif baik dari segi latihan mahupun pentaksiran yang disediakan. Siri ini bersifat Mesra PBD dengan menyediakan garisan gunting atau garisan bertebuk bagi memudahkan urusan pemfailan bahan eviden. Kandungannya dibina berdasarkan keperluan DKSP, format terkini PBD, buku teks, dan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Siri ini turut menggabungjalinkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), i-THINK, Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), dan praktis bagi memastikan murid menguasai silibus dan pelajaran. Persembahan yang diolah secara integrasi ini diharapkan dapat membantu murid memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru di sekolah. SEMAKAN KSSR 5B SJKC SASBADI Memenuhi Keperluan Pentaksiran Berterusan & Pentaksiran Sumatif KELAS HIBRID • • Buku Utama: Pentaksiran Formatif Buku Sisipan: Pentaksiran Sumatif Mesra Mesra 5B SEMAKAN KSSR SJKC Bahan Digital Eksklusif • Video • Audio Peneraju Teknologi Pendidikan Digital • • • • • • • • Pentaksiran Formatif Latihan berdasarkan DSKP Disusun mengikut urutan buku teks Saling melengkapi dengan buku teks Sesuai sebagai latihan pengukuhan dalam kelas Pentaksiran Sumatif Ujian bulanan mengikut tema Latihan berdasarkan format Pentaksiran Sekolah Rendah Aras kesukaran latihan berperingkat Digunakan untuk menilai hasil pembelajaran Bahasa Melayu English Subjek/Tahun 4A/B 5A/B 6A/B MODUL AKTIVITI INTERAKTIF PBD MODUL AKTIVITI INTERAKTIF PBD Bahasa Melayu MODUL AKTIVITI INTERAKTIF PBD Shuhada Nawawi BERDASARKAN FORMAT TERKINI UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Bahan PdP Percuma Modul Aktiviti PAK-21 Latihan Lisan dan Audio Tambahan 2 Set Kertas Ujian Akhir Sesi Akademik Jadual Pentaksiran & Rekod Pelaporan Kelas • • • • NETT PRICE SASBADI SDN. BHD. 198501006847 RM9.50 (WM) RM10.50 (EM) (Anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad 201201038178) Lot 12, Jalan Teknologi 3/4, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: +603-6145 1188 Faks: +603-6145 1199 Laman web: www.sasbadisb.com e-mel: [email protected] MODUL AKTIVITI INTERAKTIF PBD国文 BAHASA MELAYU SJKC 5B KSSR SEMAKAN SASBADI ISBN 978-983-77-3507-1 9 789837 735071

Click to View FlipBook Version