The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Total pages: 80
Price: RM8.90 (WM) / RM9.90 (EM)
- Modul PBD/DSKP formatif dapat digunakan sebagai latihan pengukuhan di dalam bilik darjah.
- PBD sumatif dan satu set Kertas Model UPSA ditulis berdasarkan format UASA terkini.
- Pelbagai bahan digital disediakan kepada murid untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif.
- Perkataan yang sukar disenaraikan dalam Kamus Mini dan diterjemahkan ke dalam bahasa Cina untuk mengukuhkan pemahaman dan menambah perbendaharaan kata.
- Tetingkap “Tip Menjawab” tentang cara menjawab soalan UASA disertakan.
- Pelbagai elemen digabungkan seperti KBAT dan i-THINK.
- Ruang jawapan yang luas dan mencukupi serta susun atur teks yang selesa.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Daya, 2023-11-20 20:07:16

Modul Aktiviti Strategi PdP Bahasa Melayu SJKC 6A KSSR Semakan (Naskhah Murid)

Total pages: 80
Price: RM8.90 (WM) / RM9.90 (EM)
- Modul PBD/DSKP formatif dapat digunakan sebagai latihan pengukuhan di dalam bilik darjah.
- PBD sumatif dan satu set Kertas Model UPSA ditulis berdasarkan format UASA terkini.
- Pelbagai bahan digital disediakan kepada murid untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif.
- Perkataan yang sukar disenaraikan dalam Kamus Mini dan diterjemahkan ke dalam bahasa Cina untuk mengukuhkan pemahaman dan menambah perbendaharaan kata.
- Tetingkap “Tip Menjawab” tentang cara menjawab soalan UASA disertakan.
- Pelbagai elemen digabungkan seperti KBAT dan i-THINK.
- Ruang jawapan yang luas dan mencukupi serta susun atur teks yang selesa.

Keywords: BM,Bahasa Melayu,Tahun 6,6A,UASA,DSKP,PBD,Sumatif,Formatif

TEMA 1 Kekeluargaan 1 – 15 • Unit 1: Keluarga Bahagia Hidup Ceria Audio Pautan Video Aktiviti Interaktif 1 – 3 • Unit 2: Keluarga Gembira Menjamin Kejayaan Audio Aktiviti Interaktif 4 – 7 • Unit 3: Keluarga Angkat Kami Sepakat Audio Aktiviti Interaktif 8 – 10 • Praktis: Tatabahasa Pautan Video 11 • Praktis: Ujian Akhir Sesi Akademik Video Tutorial Kuiz 12 – 15 TEMA 2 Kesihatan dan Kebersihan 16 – 30 • Unit 4: Pelihara Kesihatan Diri Audio Aktiviti Interaktif 16 – 18 • Unit 5: Kebersihan Jadikan Amalan Audio Pautan Video Aktiviti Interaktif 19 – 21 • Unit 6: Minda Sihat Emosi Terjaga Audio Aktiviti Interaktif 22 – 25 • Praktis: Tatabahasa Pautan Video 26 • Praktis: Ujian Akhir Sesi Akademik Video Tutorial Kuiz 27 – 30 TEMA 3 Keselamatan 31 – 44 • Unit 7: Jaga Diri Selalu Audio Aktiviti Interaktif 31 – 33 • Unit 8: Keselamatan Tanggungjawab Kita Audio Aktiviti Interaktif 34 – 36 • Unit 9: Cakna di Mana-mana Audio Pautan Video 37 – 39 • Praktis: Tatabahasa Pautan Video 40 • Praktis: Ujian Akhir Sesi Akademik Video Tutorial Kuiz 41 – 44 KANDUNGAN iii © Sasbadi Sdn. Bhd.


TEMA 4 Perpaduan 45 – 58 • Unit 10: Bersatu Hati Hidup Harmoni Audio Aktiviti Interaktif 45 – 46 • Unit 11: Masyarakat Sepakat Audio Aktiviti Interaktif 47 – 50 • Unit 12: Seia Sekata Sehati Sejiwa Audio 51 – 53 • Praktis: Tatabahasa Pautan Video 54 • Praktis: Ujian Akhir Sesi Akademik Video Tutorial Kuiz 55 – 58 KERTAS MODEL: UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 59 – 68 JAWAPAN J1 – J8 iv © Sasbadi Sdn. Bhd.


1 PBD Formatif Mendengar dan Bertutur Dengar maklumat yang diujarkan. Kemudian, lengkapkan dialog dan ujarkan maklumat tersebut semula. Sayangi Adik Tema 1: Kekeluargaan Situasi 2 Situasi 1 Adik, selepas loceng waktu rehat berbunyi, kamu tunggu abang di luar kelas kamu. Abang akan pergi ke kelas kamu. Kita akan pergi rehat di kantin bersama-sama. Ulang pesanan abang ini semula. UNIT 1 Keluarga Bahagia Hidup Ceria Buku Teks m.s. 2 SP 1.1.1 SP 1.1.1 TP 1 2 3 4 5 6 Rujuk JAWAPAN pada halaman J1 – J8 Audio https://bit. ly/48ECjFb Baiklah, abang. Selepas (2) . Baiklah, ayah. Saya mestilah (1) . Han Yung, adik kamu akan memasuki Tahun 1 di sekolah kamu esok. Dia tidak biasa dengan suasana di sekolah itu. Jadi, kamu mestilah membantu adik kamu semasa di sekolah nanti terutamanya semasa waktu rehat dan waktu pulang dari sekolah. Sebut pesanan ayah ini semula. © Sasbadi Sdn. Bhd.


2 Membaca Baca petikan. Kemudian, buat tafsiran. Keluargaku Prihatin Ayah mengambil kakak dari asrama. Kakak tidak sihat. Warden asrama telah menghubungi ayah untuk memberitahu beliau tentang keadaan kakak yang mengalami demam. Ayah telah membawa kakak ke klinik. Setelah sampai di rumah, kakak minum ubat dan berehat. Ibu menyapu krim berubat pada leher dan dada kakak untuk melegakan hidungnya yang tersumbat. Pada malam itu, ibu tidur di bilik kakak. Ibu menjaga kakak supaya kakak dapat tidur lena. Oleh itu, kakak akan cepat sembuh. Keesokan harinya, kakak bangun awal. Ibu memasak bubur nasi untuk kakak. Ibu juga menemani kakak makan. Kakak berasa semakin sembuh dan selesa. Buku Teks m.s. 3 SP 2.1.1 PBD Formatif SP 2.1.1 TP 1 2 3 4 5 6 Perenggan Tafsiran 1 Ayah penulis bertanggungjawab kerana mengambil (1) kakak penulis yang tidak sihat dari asrama. 2 Ayah penulis (2) mengambil berat tentang kesihatan kakak penulis dengan membawa kakak penulis ke klinik. Ibu penulis pula prihatin akan keadaan diri kakak penulis dengan menyapu (3) krim berubat pada leher dan dada kakak penulis . 3 Ibu penulis (4) bertindak bijak dengan tidur di bilik kakak penulis untuk menjaganya. 4 Ibu penulis seorang yang (5) penyayang dengan memasak bubur nasi untuk kakak penulis. Aktiviti Interaktif Audio https://bit. ly/3PHTPj0 https://bit. ly/46dvmZX Kamus Mini asrama: 宿舍 warden: 舍监 melegakan: 缓解 tersumbat: 阻塞 © Sasbadi Sdn. Bhd.


3 Menulis Tulis pantun semula dengan menggunakan tulisan berangkai. SP 3.1.1 TP 1 2 3 4 5 6 Buku Teks m.s. 4 SP 3.1.1 Pantun Keluarga Bahagia Lempeng labu cecah kelapa, Rasanya cukup menambat selera; Kasihi ibu sayangi bapa, Pasti hidup aman sejahtera. Jambu batu di dalam raga, Dimakan musang lalu terjerat; Bantu-membantu sesama keluarga, Kasih sayang bertambah erat. Kain pelekat dijadikan kerudung, Kerudung dipakai terbang melayang; Keluarga tempat kita berlindung, Untuk menyemai kasih sayang. Kutip pegaga bersama Hakimi, Di tepi perigi di rumah Pak Musa; Bahagianya keluarga saling memahami, Sayang-menyayangi sepanjang masa. PBD Formatif Pautan Video https://bit. ly/3F8RF79 Kamus Mini lempeng: 薄饼 cecah: 蘸 kain pelekat: 一种纱笼 kerudung: 头巾 perigi: 井 © Sasbadi Sdn. Bhd.


4 Mendengar dan Bertutur Dengar maklumat yang diujarkan. Kemudian, berikan respons. Si Gebu Tema 1: Kekeluargaan PBD Formatif UNIT 2 Keluarga Gembira Menjamin Kejayaan Selepas Si Gebu dirawat, Lili dan kakaknya mendengar penerangan doktor haiwan. Pada suatu hari, Lili dan kakaknya mendapati kucing mereka, Si Gebu tidak sihat. Buku Teks m.s. 7 SP 1.1.2 SP 1.1.2 TP 1 2 3 4 5 6 Rujuk JAWAPAN pada halaman J1 – J8 https://bit. ly/3POI6zb Keadaan Si Gebu tidak begitu serius. Saya telah memberinya suntikan. Si Gebu perlu makan ubat supaya cepat sembuh. Jika ada apa-apa masalah, segeralah bawa Si Gebu ke sini semula. Terima kasih, doktor. (2) . Saya rasa Si Gebu sakit. (1) . Audio Si Gebu asyik muntah-muntah sejak pagi tadi. Si Gebu juga tidak berselera makan. Keadaannya lemah dan tidak aktif seperti biasa. © Sasbadi Sdn. Bhd.


5 Membaca Baca petikan. Kemudian, buat tafsiran. Perniagaan Keluarga Sidek Sidek dan adik-beradiknya melakukan kerja mereka dengan bersungguh-sungguh. Mereka mengemas meja dan kerusi serta menyapu sampah. Tidak lama lagi, kedai makan milik keluarga mereka itu akan dibuka. Kira-kira pada pukul 7:00 pagi, kedai makan itu mula didatangi pelanggan. Ibu bapa Sidek mula sibuk dengan tugas masing-masing. Mereka tidak menang tangan melayani pelanggan yang mahu bersarapan di kedai itu. Makin lama pelanggan makin banyak. Sidek dan adik-beradiknya tidak berpeluk tubuh sahaja. Mereka dengan rela hati melakukan pelbagai kerja yang termampu. Bagi mereka, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pada pukul 6:00 petang, kedai makan itu ditutup kepada pelanggan. Sidek dan adik-beradiknya mengemas dan membersihkan kedai. Walaupun penat, mereka tidak mengeluh. Mereka gembira kerana dapat memanfaatkan masa cuti mereka dengan membantu perniagaan keluarga. Ibu bapa Sidek amat gembira. Perniagaan mereka memperoleh keuntungan yang besar. Mereka amat berterima kasih kepada anak-anak mereka yang ringan tulang. 1. Sikap Sidek dan adik-beradiknya Sidek dan adik-beradiknya amat bertanggungjawab, suka membantu, dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi. 2. Faktor kejayaan perniagaan keluarga Sidek Kejayaan perniagaan keluarga Sidek bergantung pada sikap anggota keluarga Sidek yang rajin, bersungguh-sungguh, dan saling membantu dalam menjalankan perniagaan tersebut. Buku Teks m.s. 8 SP 2.1.1 PBD Formatif SP 2.1.1 TP 1 2 3 4 5 6 Aktiviti Interaktif Audio https://bit. ly/45nHhTF https://bit. ly/3txO0wY Kamus Mini tidak menang tangan: 忙得不可开交 melayani: 招待 rela hati: 心甘情愿 © mengeluh: 抱怨 Sasbadi Sdn. Bhd.


6 Menulis Teliti maklumat. Kemudian, bina perenggan untuk menyatakan pendapat. Cita-cita Yi Chien Yi Chien amat meminati sukan memanah. Dia sering menonton atlet sukan memanah beraksi di kaca televisyen. Dia juga menyertai Kelab Memanah di sekolahnya. Dia bercita-cita mahu mewakili negara dalam sukan tersebut ke peringkat antarabangsa. Dia yakin bahawa dia mampu berjaya dalam bidang sukan yang diminatinya itu. Soalan Pendapat 1. Apakah pendapat kamu tentang cita-cita Yi Chien? Pada pendapat saya, Yi Chien mempunyai cita-cita yang bagus. 2. Wajarkah keluarganya menyokong citacitanya itu? Nyatakan pendapat kamu. Pada pendapat saya, keluarga Yi Chien wajar menyokong cita-cita Yi Chien itu. Mereka perlu menggalakkan Yi Chien meneruskan cita-citanya itu jika Yi Chien benarbenar berminat dan berbakat dalam bidang itu. 3. Selain memberikan sokongan moral, apakah cara lain yang dapat ditunjukkan oleh keluarga Yi Chien untuk menyokong citacitanya itu? Berikan pendapat kamu. Pada pendapat saya, selain memberikan sokongan moral, keluarga Yi Chien juga perlu mengeluarkan belanja untuk membeli peralatan sukan memanah yang diperlukan oleh Yi Chien untuk menyokong cita-citanya itu. Buku Teks m.s. 9 SP 3.2.1 PBD Formatif SP 3.2.1 TP 1 2 3 4 5 6 © Sasbadi Sdn. Bhd.


7 Tatabahasa Lengkapkan dialog dengan kata ganti nama yang sesuai. Bercita-cita dan Berusaha saya mereka sana itu kami kita siapa beliau kamu mana Pada suatu hari, Encik Azlan dan anaknya, Amir sedang menjamu selera di sebuah restoran. Setelah selesai makan, Encik Azlan berbual-bual dengan anaknya itu. Buku Teks m.s. 11 SP 5.1.1(iii) Aktiviti Interaktif DSKP Apabila besar nanti, (7) saya mahu menjadi doktor seperti Datuk Dr. Ibrahim, ayah. Saya pun mahu membuka klinik saya sendiri. Ayah kenal Datuk Dr. Ibrahim? Ya, saya nampak. Lelaki itu (2) siapa , ayah? Saya faham, ayah. Ayah mahu pergi ke (9) mana ? Kenal, Amir. (6) Kami sekelas semasa berada di sekolah menengah suatu ketika dahulu. (3) Itu lah Datuk Dr. Ibrahim. (4) Beliau doktor pakar yang terkenal. Beliau mempunyai tiga orang anak lelaki. Semua anak lelaki beliau doktor juga. (5) Mereka membuka klinik pakar di Kuala Lumpur. Amir, kamu nampak lelaki yang sedang duduk di (1) sana ? Baguslah, Amir. (8) Kamu perlu mempunyai cita-cita dan berusaha sungguhsungguh untuk mencapai cita-cita kamu itu. Ayah mahu berjumpa dengan Datuk Dr. Ibrahim. Ayah mahu bertegur sapa dengan beliau. Mari (10) kita ke sana, Amir. Baiklah, ayah. https://bit. ly/45swWWC © Sasbadi Sdn. Bhd.


8 Mendengar dan Bertutur Dengar dan berikan respons. Program Pertukaran Pelajar Abang Ai Hoon mengikuti program pertukaran pelajar ke luar negara. Semasa berada di luar negara, abang Ai Hoon tinggal bersama-sama dengan keluarga angkatnya. Tema 1: Kekeluargaan PBD Formatif UNIT 3 Keluarga Angkat Kami Sepakat Rujuk JAWAPAN pada halaman J1 – J8 Buku Teks m.s. 12 SP 1.1.3 SP 1.1.3 TP 1 2 3 4 5 6 https://bit. ly/3Q6F4ru Program pertukaran pelajar seperti yang disertai oleh abang kamu sangat bermanfaat. Betul, ibu. Program ini (1) . Pelajar yang menyertai program itu perlu menjaga tingkah laku mereka. Semasa tinggal dengan keluarga angkat, mereka perlu memastikan hubungan mereka dengan keluarga angkat sentiasa baik. Perkara itu sangat penting. Mereka (2) . https://bit. ly/45mZssL Aktiviti Interaktif Audio © Sasbadi Sdn. Bhd.


9 Membaca Baca petikan. Kemudian, berikan makna perkataan dengan merujuk kamus. Keluarga Angkat, Keluarga Sepakat Pak Cik Abdul dan isterinya sudah berkahwin 20 tahun lamanya. Namun begitu, mereka masih tidak dikurniakan zuriat. Oleh itu, Pak Cik Abdul dan isterinya telah mengambil anak angkat. Anak angkat Pak Cik Abdul bernama Adam. Pak Cik Abdul dan isterinya menganggap Adam seperti anak kandung mereka sendiri. Mereka menyayangi Adam dan memelihara Adam bagai menatang minyak yang penuh. Pak Cik Abdul amat mahir dalam seni khat. Tulisan khat yang dihasilkan oleh beliau mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Pak Cik Abdul memperoleh pendapatan yang lumayan dengan menjual hasil seninya itu. Pak Cik Abdul mengasah bakat Adam dalam seni tulisan khat sejak Adam kecil. Beliau mencurahkan segala ilmu dan kemahiran yang dimilikinya kepada Adam. Kini, Adam sudah meningkat dewasa. Kemahirannya dalam seni khat semakin menyerlah. Adam mula mengambil alih kerja-kerja Pak Cik Abdul. Bagi membalas jasa ibu bapa angkatnya itu, Adam berjaya memajukan perniagaan seni khat itu. Buku Teks m.s. 13 SP 2.1.2 PBD Formatif SP 2.1.2 TP 1 2 3 4 5 6 Audio https://bit. ly/45oKu5m Perkataan Maksud 1. dikurniakan diberikan 2. zuriat anak 3. menatang membawa sesuatu di atas tapak tangan 4. lumayan mewah 5. mengasah memupuk dan meningkatkan 6. mencurahkan memberikan banyak-banyak © Sasbadi Sdn. Bhd.


10 Menulis Teliti bahan yang disediakan. Kemudian, berikan cadangan. Cadangan yang Bernas 1. Puan Aina telah terputus hubungan dengan adik angkatnya selama hampir 15 tahun. Beliau mahu bertemu dengan adik angkatnya semula tetapi tidak mengetahui alamatnya. Beliau hanya mempunyai gambar adik angkatnya itu ketika zaman remaja. 2. Wee Seng mempunyai seorang abang angkat berbangsa Melayu. Abang angkatnya itu akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Wee Seng mahu menghadiri majlis perkahwinan abang angkatnya. Dia juga mahu membeli hadiah sempena perkahwinan abang angkatnya itu. Bagaimanakah Puan Aina dapat mencari adik angkatnya semula? Berikan cadangan. Apakah hadiah yang sesuai diberikan oleh Wee Seng? Berikan cadangan. Cadangan saya, Puan Aina boleh menggunakan media sosial untuk menghubungi adik angkatnya itu. Beliau boleh menjejakinya menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, dan sebagainya. Selain itu, beliau juga boleh menguar-uarkan pencariannya itu menerusi media cetak atau elektronik. Cadangan saya, hadiah yang sesuai ialah peralatan atau kelengkapan rumah yang harganya tidak terlalu mahal. Sebagai contoh, set cadar atau langsir, alat pengisar, alat pembersih vakum, dan sebagainya. Peralatan seperti ini amat berguna kepada pasangan yang baru berkahwin. PBD Formatif SP 3.2.2 TP 1 2 3 4 5 6 Buku Teks m.s. 14 SP 3.2.2 © Sasbadi Sdn. Bhd.


11 Ulang Kaji Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah ini. 1. Ibu membancuh air limau di dalam . A jag B kendi C gelas D cawan 2. Puan Yati ke untuk mengepos barang kepada anaknya di luar negara. A Pejabat Pos Kuala Selangor B Pejabat pos Kuala Selangor C pejabat pos kuala Selangor D pejabat pos kuala selangor 3. “Bilakah abang akan pergi ke London untuk menyambung pengajiannya?” tanya Samy kepada Chong Wei. A kami B kamu C kalian D mereka 4. “ hanya makan se kek coklat itu,” kata Julia kepada ibunya. A Aku ... biji B Saya ... buah C Aku ... keping D Saya ... potong 5. Abang mengait dua langsat dengan menggunakan galah. A utas B untai C buah D gugus A. Isi tempat kosong dengan kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama, dan penjodoh bilangan yang paling sesuai. B. Gariskan kata nama am, kata ganti nama, dan penjodoh bilangan yang betul. 1. Kakak menghadiahkan se(jambak, untai, gugus) bunga mawar untuk ibu sempena hari lahir ibu. 2. Hua Wei sakit perut dan muntah-muntah. (Beliau, Dia, Kamu) dibawa ke klinik oleh Cikgu Adli dengan segeranya. 3. “(Kami, Kita, Mereka) akan pergi bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti sekolah nanti,” kata Encik Musa kepada isteri dan anak-anaknya. 4. Ganesh memanjat (papan, tangga, galah) yang disandarkan pada batang pokok itu untuk menyelamatkan kucing yang berada di atas pokok itu. https://bit. ly/3trSqWn PRAKTIS Tatabahasa Tema 1: Kekeluargaan © Sasbadi Sdn. Bhd.


12 6. Abang Mui Lan menempah beberapa ________ kemeja-T untuk anggota keluarganya. A helai B potong C bidang D keping B. Pilih ayat yang betul. 1. A Ayah membeli sekeping surat khabar Berita Harian. B Laila dan Ai Nee sekelas. Mereka ke sekolah bersama-sama. C Puan Chu menghantar kain yang hendak dijahit itu ke kedai dobi. D Ibu memasukkan secebis garam ke dalam kari ayam yang sedang dimasak itu. 2. A Badri mengayuh motosikal untuk pergi ke sekolah. B Surina memakai sebentuk jam tangan berjenama Kasio. C Encik Lau seorang doktor. Dia bertugas di hospital swasta. D Ayah membeli lima tangkai durian di gerai buah-buahan itu. A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Kami makan di sebuah yang terkenal untuk meraikan kejayaan kakak. A rumah B sekolah C restoran D bangunan 2. ialah ibu negara Malaysia. A Kuala Lumpur B Sungai Petani C Bukit Melawati D Kuala Kangsar 3. Ibu Hasni seorang guru. mengajar di sebuah sekolah rendah. A Dia B Anda C Kamu D Beliau 4. Ayah memastikan keretanya dalam keadaan baik sebelum sekeluarga pergi bercuti. A kita B kami C kamu D kalian 5. Kak Nina menyusun semua hadiah untuk sukaneka keluarga kami di atas meja . A itu B sini C situ D sana PBD Sumatif Tatabahasa https://bit. ly/3ZUIFvZ https://bit. ly/3POITA9 PRAKTIS Ujian Akhir Sesi Akademik Tema 1: Kekeluargaan © Sasbadi Sdn. Bhd.


13 PBD Sumatif Pemahaman Bahagian A Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kakak Hui Yin baru pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran. Oleh itu, keluarga Hui Yin mengadakan majlis makan malam di sebuah restoran untuk meraikan kejayaan kakak Hui Yin. Dalam majlis tersebut, kakak Hui Yin berpeluang untuk menyampaikan ucapan. Dia menceritakan pengalamannya semasa belajar di universiti tersebut. Dia turut memberikan kata-kata semangat kepada Hui Yin dan adik-adik sepupu Hui Yin supaya rajin belajar dan berusaha untuk mencapai kejayaan. Menurut kakak Hui Yin, walaupun berada di perantauan, dia tidak pernah melupakan keluarga di tanah air. Keluarga Hui Yin berasa amat bangga akan kejayaan kakak Hui Yin. Hui Yin berharap semoga dia juga dapat berjaya seperti kakaknya itu. 1. Apakah tujuan majlis makan malam itu diadakan? A Menyatakan perasaan bangga akan kejayaan kakak Hui Yin B Menceritakan pengalaman kakak Hui Yin ketika berada di luar negara C Memberikan kata-kata semangat kepada Hui Yin dan adik-adik sepupu Hui Yin D Meraikan kejayaan kakak Hui Yin menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran 2. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Kakak Hui Yin baru mendapat kerja sebagai doktor. B Hui Yin ingin belajar di universiti yang sama seperti kakaknya. C Kakak Hui Yin sentiasa mengingati keluarganya walaupun belajar di luar negara. D Kakak Hui Yin melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran di universiti tempatan. 3. Yang berikut ialah isi ucapan yang disampaikan oleh kakak Hui Yin berdasarkan petikan kecuali A pengalamannya belajar di luar negara. B ingatannya pada keluarga yang berada di tanah air. C rasa bangganya kerana Hui Yin berjaya menjadi doktor. D kata-kata semangat kepada Hui Yin dan adik-adik sepupu Hui Yin. Tip Menjawab Soalan Ayat ini menunjukkan bahawa keluarga Hui Yin mengadakan majlis makan malam untuk meraikan kejayaan kakak Hui Yin. © Sasbadi Sdn. Bhd.


14 Bahagian B Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Puan Suhada telah bersepakat dengan suami dan anaknya, Nani untuk menerima seorang anak angkat. Anak angkat mereka merupakan mahasiswa Universiti Malaya. Nani pula berasa sungguh gembira. Dia tidak sabar menunggu kedatangan kakak angkatnya itu. Puan Suhada dan keluarganya melayan anak angkat mereka itu dengan baik sekali. Mereka banyak melakukan aktiviti bersama-sama. Anak angkatnya itu pula banyak membantu Nani dalam pelajarannya. 1. (a) Puan Suhada telah bersepakat dengan suami dan anaknya, Nani untuk menerima seorang anak angkat . (b) Bagaimanakah layanan Puan Suhada dan keluarganya terhadap anak angkat mereka itu? Puan Suhada dan keluarganya melayan anak angkat mereka itu dengan baik sekali. (c) Gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Anak angkat mereka merupakan mahasiswa Universiti Malaya. (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Anak angkatnya itu pula banyak membantu Nani dalam pelajarannya. Dalam pelajaran anak angkatnya itu, Nani banyak membantu. Nani banyak dibantu oleh anak angkatnya itu dalam pelajarannya. ✓ Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2. Adik kamu menyertai pertandingan nyanyian lagu tradisional di sekolahnya. Adik kamu telah menjadi juara dalam pertandingan itu. Sebagai seorang kakak atau abang, apakah tindakan kamu setelah mengetahui berita kemenangan adik kamu itu? Sebagai seorang kakak atau abang, saya akan mengucapkan tahniah kepada adik saya. Saya akan menunjukkan rasa bangga dan gembira atas kemenangannya itu dengan memeluknya. Saya juga akan memberinya hadiah atas kemenangannya itu sebagai galakan kepadanya. PBD Sumatif © Sasbadi Sdn. Bhd.


15 PBD Sumatif Penulisan Penulisan Perenggan Grafik di bawah ini menunjukkan aktiviti mengemas rumah bersama-sama dengan keluarga. Tulis pendapat kamu tentang manfaat-manfaat daripada aktiviti tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Pada pendapat saya, aktiviti mengemas rumah bersama-sama dengan keluarga banyak manfaatnya. Antaranya termasuklah dapat menjadikan rumah (1) lebih bersih dan ceria . Selain itu, kita dapat merapatkan (2) hubungan kekeluargaan . Seterusnya, kita dapat berbual mesra (3) antara anggota keluarga ketika mengemas rumah . Akhir sekali, kita dapat memupuk sikap (4) tolong-menolong antara satu sama lain . . Kesimpulannya, setiap keluarga haruslah saling membantu untuk mengemas rumah bersama-sama. © Sasbadi Sdn. Bhd.


16 Mendengar dan Bertutur Lengkapkan dialog dengan rumusan dan ramalan. Kemudian, lakonkan. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Kok Fun dan kakaknya menonton rancangan bual bicara kesihatan di televisyen. Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan PBD Formatif UNIT 4 Pelihara Kesihatan Diri SP 1.2.1 TP 1 2 3 4 5 6 Buku Teks m.s. 22 SP 1.2.1 Rujuk JAWAPAN pada halaman J1 – J8 Penyakit HFMD berlaku disebabkan oleh virus Coxsackie A16. Penyakit ini merebak melalui air liur, cecair lepuh, dan najis daripada mereka yang mengalami penyakit ini. Jika tanda-tanda penyakit ini diabaikan, pesakit boleh mengalami jangkitan saluran pernafasan, muntah, dan ciritbirit. Doktor, apakah penyebab penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak? Bagaimanakah penyakit ini merebak, doktor? Bolehkah doktor terangkan kesan yang akan berlaku jika tanda-tanda penyakit ini diabaikan? Bagaimanakah penyakit ini dapat diatasi? Kamu tahu kesan penyakit ini jika kita mengabaikan tanda-tandanya? Memandangkan penyakit ini sangat mudah merebak, kita hendaklah sentiasa mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran kita. Saya tahu, kakak. (1) . Pesakit akan (2) . Kok Fun, kamu tahu apakah penyakit HFMD? © Sasbadi Sdn. Bhd.


17 Membaca Baca teks. Kemudian, jawab soalan. Penjagaan Kebersihan Buku Teks m.s. 23 SP 2.2.1 PBD Formatif Audio SP 2.2.1 TP 1 2 3 4 5 6 https://bit. ly/3rAu6kF 1. Berdasarkan petikan, apakah aktiviti untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut kita? Aktiviti untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut kita ialah memberus gigi dengan kerapnya dengan menggunakan ubat gigi. 2. Apakah rumusan yang dapat kamu buat tentang penjagaan kebersihan diri? Penjagaan kebersihan diri sangat penting supaya kesihatan fizikal dan mental terjamin. 3. Ramalkan kemungkinan yang akan berlaku jika kebersihan diri tidak dijaga. Jika kebersihan diri tidak dijaga, kita mudah mendapat penyakit dan orang-orang di sekeliling kita mungkin akan menghindari kita kerana kita bukan orang yang pembersih. Kepentingan utama menjaga kebersihan diri adalah supaya kesihatan fizikal dan mental terjamin. Setiap kali kita ingin membersihkan diri seperti mandi atau mencuci tangan, pasti kita akan menggunakan sabun. Sabun berfungsi sebagai ejen pembersih bakteria yang mengancam kesihatan diri kita. Untuk membersihkan gigi dan mulut kita pula, kita digalakkan memberus gigi dengan kerapnya. Aktiviti memberus gigi memerlukan ubat gigi yang dapat membersihkan gigi dan mulut kita daripada sisa makanan dan minuman. Manfaat lain daripada penjagaan kebersihan diri ialah dapat mewujudkan suasana yang kondusif kepada diri dan orang di sekeliling kita. Kita pasti akan berasa tidak selesa dengan bau-bauan yang terhasil daripada peluh dan daripada persekitarannya. Sekiranya kita menjaga kebersihan diri dengan baiknya, kita sendiri akan berasa selesa, begitu juga dengan orang di sekeliling kita. © Sasbadi Sdn. Bhd.


18 Menulis Baca petikan. Kemudian, catat maklumat dan janakan idea. Pemakanan Seimbang SP 3.2.3 TP 1 2 3 4 5 6 Aktiviti Interaktif Buku Teks m.s. 24 SP 3.2.3 Pemakanan seimbang bermaksud pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan kita. Badan manusia memerlukan makanan yang seimbang untuk proses tumbesaran yang sempurna. Antara kebaikan yang diperoleh apabila kita mengamalkan pemakanan seimbang termasuklah kita dapat mengelakkan diri daripada dihinggapi penyakit. Dengan mengambil makanan yang sihat mengikut kuantiti yang ditetapkan, badan kita akan menjadi lebih kuat untuk melawan pelbagai penyakit. Jika kita mengambil makanan secara berlebihan, kita mudah mengalami penyakit seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi. Selain itu, badan kita akan sentiasa sihat dan cergas. Pengambilan makanan seimbang dapat memberikan vitamin yang secukupnya kepada badan kita. Misalnya, vitamin C dalam sayur-sayuran dan buah-buahan dapat menjadikan kita lebih sihat. Seterusnya, pengambilan makanan seimbang juga dapat mencegah seseorang daripada mengalami obesiti. Pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang berlebihan dapat menyebabkan kegemukan. Gejala ini dapat diatasi jika kita mengamalkan diet pemakanan mengikut panduan piramid makanan. Kesimpulannya, pengambilan makanan seimbang sangat penting untuk kita. Oleh itu, kita mestilah mengamalkan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian. Pemakanan Seimbang Kebaikan (1) mengelakkan diri daripada dihinggapi penyakit (2) menjadikan badan sentiasa sihat dan cergas (3) mencegah obesiti Penyakit akibat mengambil makanan secara berlebihan (4) kencing manis (5) darah tinggi Vitamin yang diperlukan oleh badan (6) vitamin C https://bit. ly/3rRPQbD PBD Formatif Kamus Mini tumbesaran: 成长 kuantiti: 分量 obesiti: 肥胖症 gejala: 现象 © Sasbadi Sdn. Bhd.


61 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Cikgu Siti (guru penasihat Persatuan Bahasa Melayu) HARI TAUTAN KASIH IBU BAPA Anjuran Persatuan Bahasa Melayu Tarikh 20 Januari 2024 (Sabtu) Masa 8:00 pagi hingga 12:30 tengah hari Bilangan peserta 50 buah keluarga Objektif Merapatkan hubungan kekeluargaan BAHAN 2 “Persatuan Bahasa Melayu di sekolah saya akan mengadakan Hari Tautan Kasih Ibu Bapa. Marilah kita menyertainya, ibu, ayah,” kata Hani kepada ibu dan ayahnya. “Wah, menariknya! Apakah acara dalam program itu, Hani?” tanya ibu Hani. “Ada acara menyuap makanan kepada ibu bapa dan memotong kuku ibu bapa. Para peserta juga akan memberikan hadiah kepada ibu bapa dan memeluk ibu bapa dengan penuh kasih sayang,” kata Hani sambil tersenyum. “Acara sebegini bagus diadakan kerana dapat merapatkan hubungan antara anak dengan ibu bapa,” kata ayah Hani pula. © Sasbadi Sdn. Bhd.


J1 JAWAPAN TEMA 1: KEKELUARGAAN UNIT 1: Keluarga Bahagia Hidup Ceria Mendengar dan Bertutur 1. membantu adik saya semasa di sekolah nanti terutamanya semasa waktu rehat dan waktu pulang dari sekolah 2. loceng waktu rehat berbunyi, saya akan menunggu abang di luar kelas saya. Abang akan pergi ke kelas saya. Kita akan pergi rehat di kantin bersama-sama Membaca 1. kakak penulis yang tidak sihat 2. mengambil berat 3. krim berubat pada leher dan dada kakak penulis 4. bertindak bijak 5. penyayang Menulis UNIT 2: Keluarga Gembira Menjamin Kejayaan Mendengar dan Bertutur 1. Kita tidak boleh membiarkan hal ini begitu sahaja. Kita perlu membawa Si Gebu ke klinik haiwan 2. Saya gembira kerana penyakit Si Gebu tidak serius. Saya akan memastikan Si Gebu makan ubat agar kucing saya ini cepat sembuh Membaca 1. Sidek dan adik-beradiknya amat bertanggungjawab, suka membantu, dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi. 2. Kejayaan perniagaan keluarga Sidek bergantung pada sikap anggota keluarga Sidek yang rajin, bersungguh-sungguh, dan saling membantu dalam menjalankan perniagaan tersebut. Menulis 1. Pada pendapat saya, Yi Chien mempunyai cita-cita yang bagus. 2. Pada pendapat saya, keluarga Yi Chien wajar menyokong cita-cita Yi Chien itu. Mereka perlu menggalakkan Yi Chien meneruskan cita-citanya itu jika Yi Chien benar-benar berminat dan berbakat dalam bidang itu. 3. Pada pendapat saya, selain memberikan sokongan moral, keluarga Yi Chien juga perlu mengeluarkan belanja untuk membeli peralatan sukan memanah yang diperlukan oleh Yi Chien untuk menyokong cita-citanya itu. Tatabahasa 1. sana 2. siapa 3. Itu 4. Beliau 5. Mereka 6. Kami 7. saya 8. Kamu 9. mana 10. kita UNIT 3: Keluarga Angkat Kami Sepakat Mendengar dan Bertutur 1. memberikan peluang kepada pelajar untuk menambah pengetahuan dan memperoleh pengalaman hidup di negara orang 2. perlu membawa imej yang baik agar tidak mencemarkan nama keluarga dan negara Membaca Perkataan Maksud 1. dikurniakan diberikan 2. zuriat anak 3. menatang membawa sesuatu di atas tapak tangan 4. lumayan mewah 5. mengasah memupuk dan meningkatkan 6. mencurahkan memberikan banyak-banyak Menulis 1. Cadangan saya, Puan Aina boleh menggunakan media sosial untuk menghubungi adik angkatnya itu. Beliau boleh menjejakinya menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, dan sebagainya. Selain itu, beliau juga boleh menguar-uarkan pencariannya itu menerusi media cetak atau elektronik. 2. Cadangan saya, hadiah yang sesuai ialah peralatan atau kelengkapan rumah yang harganya tidak terlalu mahal. Sebagai contoh, set cadar atau langsir, alat pengisar, alat pembersih vakum, dan sebagainya. Peralatan seperti ini amat berguna kepada pasangan yang baru berkahwin. © Sasbadi Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version