HALAMAN : 33 (BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA)
Soalan 2(c) – Prosa Tradisional
(i) Apakah maksud maka menjadi muafakatlah? [2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan, huraikan latar masyarakat yang dapat anda temukan.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan rakyat yang berkualiti tinggi kepada
negara?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN :
(i) Maksud maka menjadi muafakatlah
- Jadi, merekapun bersatu hati
(ii) Latar masyarakat yang dapat anda temukan
- Masyarakat yang bijaksana
Contohnya Bendahara Paduka Raja di Melaka digambarkan sama bijaksana
dengan Patih Aria Gajah Mada di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.
- Masyarakat yang sanggup berkorban demi kesejahteraan rakyat
Contohnya Sultan Muzaffar menceraikan isterinya untuk dikahwini oleh Seri Nara
Diraja
(iii) kepentingan rakyat yang berkualiti tinggi kepada negara
- Dapat menjadi pelapis pemimpin kepada negara.
- Dapat menyumbangkan idea dan pandangan untuk pembangunan negara
- Dapat menjadi penggerak kepada kumpulan pekerja kolar biru.
© Telegram Guru BMSPM 51
HALAMAN : 34 – 35 (BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA)
Soalan 2(c) – Prosa Tradisional
(i) Berikan maksud suluh perahu Siam itu. [2 markah]
(ii) Mengapakah orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar? [3 markah]
(iii) Tun Umar seorang hulubalang yang berani dan ini telah menakutkan tentera Siam.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor lain yang dapat menentukan kejayaan
dalan sesuatu peperangan ? [3 markah]
SKEMA JAWAPAN :
(i) Maksud suluh perahu Siam itu ialah mengintip kapal perang Siam.
(ii) Sebab orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar
- Orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar kerana dengan seorang
diri Tun Umar berani melanggar perahu Siam.
- Selain itu Tun Umar yang hanya menggunakan perahu kecil dapat melanggar
dua tiga perahu Siam setiap kali.
(iii) Faktor-faktor lain yang dapat menentukan kejayaan dalan sesuatu peperangan ialah
- membuat perancangan yang teliti
- kerjasama antara para pepimpin dan tentera
- mempunyai kelengkapan yang cukup
© Telegram Guru BMSPM 52
HALAMAN : 36 (BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA)
Soalan 2(c) – Prosa Tradisional
(i) Berikan maksud rangkai kata sekadar menantikan musim juga lagi?
[2 markah]
(ii) Apakah reaksi Sultan Muzzafar Syah setelah Bendahara Paduka Raja selesai
mempersembahkan laporannya?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengawal perasaan marah apabila
berhadapan dengan sesuatu perkara yang tidak menyenangkan hati kita.
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN :
(i) Maksud
- hanya menunggu masa / waktu yang sesuai / tepat [2 markah]
- hanya menantikan masa / waktu yang sesuai / tepat [1 markah]
- hanya menunggu musim yang sesuai / tepat [1 markah]
- menunggu masa / waktu yang sesuai / tepat [0 markah]
- hanya menunggu masa [0 markah]
(ii) Reaksi :
- terlalu suka
- memberi persalinan kepada Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang
mulia-mulia
- menganugerahi hulubalang yang turut serta dengan Bendahara Paduka Raja
berdasarkan kedudukan mereka
(iii) Pendapat :
- Mengelakan diri daripada membuat keputusan yang silap
- Dapat menenangkan fikirian sebelum membuat keputusan
- Dapat berfikir dengan waras
- Mengelakkan daripada ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan
© Telegram Guru BMSPM 53
HALAMAN : 37 – 38 (BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA)
Soalan 2(c) – Prosa Tradisional
(i) Berikan maksud terlalu baik parasnya. [2 markah]
(ii) Nyatakan keadaan Cau Pandan yang didengari sudah meninggal dunia atau mati.
[3 markah]
(iii) Sesebuah negara amat memerlukan seorang pemerintah yang adil dan saksama
semasa pemerintahannya.
Pada pendapat anda, mengapa seorang pemerintah yang adil sangat diperlukan?
[3 markah]
SKEMA JAWAPAN :
(i) Maksud terlalu baik parasnya. [2 markah]
- Sungguh elok rupanya [2 markah]
- Amat sempurna wajahnya [1 markah]
- Sungguh cantik parasnya
(ii) Nyatakan keadaan Cau Pandan yang didengari sudah meninggal dunia atau mati.
- Sakit sehingga memuntahkan darah
- Dadanya seperti kena panah
(iii) Sebab seorang pemerintah yang adil sangat diperlukan bagi sesebuah negara.
- Pemerintah mendapat kepercayaan rakyat
- Tidak berlaku penindasan
- Mewujudkan keadaan harmoni
© Telegram Guru BMSPM 54